tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

43
LAPORAN PENYELIDIKAN BAB I 1.0 PENGENALAN "Herbal" merujuk kepada tambahan (supplement) yang mengandungi herba tunggal, atau herba pelbagai. Pusat Kebangsaan Perubatan Komplementari dan Alternatif menjelaskan bahawa "botani" merupakan satu lagi istilah dipertukarkan dengan "herba." Herba dengan sendirinya datang dari benih, daun dan bunga pelbagai tumbuhan. Ia dipecah dan digunakan dalam teh, makanan tambahan untuk membantu merawat dan mencegah penyakit masyarakat Melayu tradisional. Sehingga kini,keberkesanan tumbuh-tumbuhan liar sebagai pencegah penyakit tidak dapat dinafikan lagi. Syamsul Hidayat,Sri Wahyuni dan Sofia Andalusia (2008): Seri Tumbuhan Obat Berpotensi Hias (I), PT Elex Media Komputindo,Jakarta.hlmn 10. Pada dasarnya terdapat tiga kategori yang sering dijadikan tanaman kebun rumah atau perkarangan : herba dapur (culinary herbs),herba obat (medicinal herbs) dan herba hias (ornamental herbs). Menurut Fatan Hamamah Bt Hj.Yahaya (2003),Bahagian Antropologi & Sosiologi,Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurnalnya, 1 | Page

Upload: ramlah-mell

Post on 13-Aug-2015

300 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian mengenai tumbuh-tumbuhan ubatan/herba yang terdapat di sekitar kawasan kajian iaitu kedah.

TRANSCRIPT

Page 1: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB I

1.0 PENGENALAN

"Herbal" merujuk kepada tambahan (supplement) yang mengandungi herba tunggal, atau

herba pelbagai. Pusat Kebangsaan Perubatan Komplementari dan Alternatif menjelaskan

bahawa "botani" merupakan satu lagi istilah dipertukarkan dengan "herba." Herba dengan

sendirinya datang dari benih, daun dan bunga pelbagai tumbuhan. Ia dipecah dan digunakan

dalam teh, makanan tambahan untuk membantu merawat dan mencegah penyakit

masyarakat Melayu tradisional. Sehingga kini,keberkesanan tumbuh-tumbuhan liar sebagai

pencegah penyakit tidak dapat dinafikan lagi. Syamsul Hidayat,Sri Wahyuni dan Sofia

Andalusia (2008): Seri Tumbuhan Obat Berpotensi Hias (I), PT Elex Media

Komputindo,Jakarta.hlmn 10. Pada dasarnya terdapat tiga kategori yang sering dijadikan

tanaman kebun rumah atau perkarangan : herba dapur (culinary herbs),herba obat (medicinal

herbs) dan herba hias (ornamental herbs).

Menurut Fatan Hamamah Bt Hj.Yahaya (2003),Bahagian Antropologi &

Sosiologi,Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurnalnya, tumbuh-tumbuhan telah

menjadi sumber penting bagi ubat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Kini,WHO (World

Health Organizations) telah menganggarkan bahawa hampir 80% manusia masih lagi

bergantung kepada ubat-ubatan tradisional seperti herba,akar kayu dan rumpai sebagai ubat.

____________________________

Syamsul Hidayat,Sri Wahyuni dan Sofia Andalusia (2008): Seri Tumbuhan Obat Berpotensi Hias (I), PT Elex

Media Komputindo,Jakarta:hlmn 10 diperolehi pada 2013/01/04 daripada http://books.google.com.my/books?

1 | P a g e

Page 2: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

Dianggarkan sebanyak 7000 spesies tumbuhan peringkat tinggi (angiosperma) terdapat di

dalam hutan tropika Malaysia dan 1,000 spesies dilaporkan mempunyai nilai perubatan.

Jumlah ini termasuk kumpulan herba,pokok renek,pokok,tumbuhan memanjat,epifit dan

parasit. Sehingga kini, hanya sebahagian kecil yang telah dikaji secara sainstifik dari segi

botani,fitokimia dan kandungan bahan aktif. Setiap jenis tumbuhan ubatan mempunyai

keperluan yang tersendiri untuk tumbesarannya dan dengan demikian terdapat ekologi yang

spesifik baginya. Keadaan ini biasanya berkait rapat dengan suhu

persekitaran,kelembapan,keperluan cahaya dan tahap kandungan karbon dioksida.(Musa

Yaacob,Azimah Abd.Kadir dan Zaharah Hasan 2009;1,3 ,Tumbuhan Ubatan Popular

Malaysia, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI ).

Hal ini jelas menunjukkan masih banyak lagi tumbuhan ubatan ini belum diterokai dan

dikaji secara saintifik untuk mengetahui mengenai khasiat dan kepentingan tumbuh-

tumbuhan ini. Justeru,kahsiat tumbuhan ubatan ini perlu diketahui oleh semua masyarakat

bahawa tumbuh-tumbuhan ini juga dapat mengubati penyakit bukan sahaja bergantung

kepada perubatan moden malah perubatan tradisional dengan menggunakan herba juga

dapat mengubati kebanyakan penyakit.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

1.1.1 Sehingga kini hanya sebahagian kecil yang telah dikaji secara sainstifik

dari segi botani,fitokimia dan kandungan bahan aktif. Kajian bagi tujuan

di peringkat komersial masih belum dibuat walaupun secara tradisi

tumbuh-tumbuhan ini telah digunakan semenjak turun-temurun.(Musa

Yaacob,Azimah Abd.Kadir dan Zaharah Hasan 2009:1, Tumbuhan Ubatan

Popular Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia, MARDI).

2 | P a g e

Page 3: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

1.1.2 Prof.Dr.Ong Hean Chooi (2008),rempah-ratus: Khasiat makanan &

ubatan. “ramai yang menggunakan rempah-ratus dalam masakan tetapi

berapa ramaikah yang tahu bahawa rempah-ratus juga mempunyai khasiat

sebagai ubat untuk merawat penyakit?. Hal ini terbukti bahawa masih

ramai masyarakat yang belum mengetahui khasiat tumbuh-tumbuhan yang

menjadi ubatan ini.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.2.1 Objektif kajian adalah untuk mendedahkan tentang keistimewaan dan

potensi

tumbuhan liar sebagai ubat atau herba penyembuh penyakit,khususnya di

sekitar daerah Kulim kedah.

1.2.2 Tujuan kajian,adalah untuk mengenalpasti fungsi tumbuh-tumbuhan

dalam mengubati pelbagai penyakit.

1.2.3 Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan tumbuh-tumbuhan

sebagai supplement atau makanan tambahan dalam memberi kesihatan

kepada tubuh manusia.

1.2.4 Tujuan kajian adalah untuk menganalisis kaedah penggunaan tumbuhan

herba terhadap sesetengah penyakit menggunakan kaedah tradisional.

1.2.5 Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti impak yang timbul

setelah menggunakan tumbuhan dalam mengubati penyakit.

3 | P a g e

Page 4: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dibuat ini mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat dilihat dari

pelbagai aspek iaitu dari aspek individu, dari aspek masyarakat mahupun dari aspek

institusi ataupun dari aspek Negara. Kepentingan kajian ini akan memberi manfaat

kepada kesemua aspek di bawah:

1.3.1 Individu

- Melalui kajian ini setiap individu akan memperolehi maklumat dan

ilmu pengetahuan yang mendalam tentang jenis-jenis tumbuhan yang

boleh dijadikan herba untuk merawat penyakit.

- Pengetahuan ini akan membolehkan individu tersebut dapat

membezakan dan membandingkan ramuan dalam perubatan moden

dan tradisional yang menggunakan tumbuhan sebagai herba.

1.3.2 Masyarakat

-Bagi masyarakat pula, ia amat penting untuk mendedahkan

bagaimana kepada masyarakat bagaimana amalan yang digunakan

terhadap sesuatu tumbuhan untuk mengubati penyakit.

-Hal ini sedikit sebanyak akan memberitahu kepada masyarakat

tentang kepentingan tumbuhan liar yang sering diabaikan ini banyak

mempunyai manfaat dan langkah penjagaan dan pemeliharaan

tumbuhan ini perlu dilakukan.

4 | P a g e

Page 5: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

1.3.3 Institusi

- Hasil daripada kajian ini dan setelah ia dibukukan, ianya akan

menjadi salah satu sumber rujukan untuk dijadikan bahan rujukan

kepada orang ramai yang ingin mencari atau ingin mengetahui tentang

khasiat tumbuhan semula jadi.

- Kebiasaanya hasil kajian ini akan ditempatkan di perpustakaan,

pusat sumber dan ia sebagai bahan rujukan tambahan untuk

memudahkan orang ramai membuat rujukan. Selain itu,sesetengah

institusi akan melakukan penyelidikan mengenai tumbuhan ini seperti

di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),FRIM dan sebagainya

yang membuat penyelidikan mengenai tumbuhan herba.

1.3.4 Negara

- Kajian ini juga amat penting kepada 5egara kerana dengan adanya

penyelidikan yang berterusan dan menyeluruh mengenai khasiat dan

kepentingan tumbuhan herba,ia turut akan memberi manfaat kepada

Negara iaitu dari segi peningkatan pendapatan Negara melalui sumber

ini dengan perkembangan teknologi perubatan di 5egara ini. Sebagai

contoh,misai kucing yang digunakan secara meluas sehingga kini

dalam pelbagai produk perubatan dan makanan setelah kajian yang

menyeluruh terhadap khasiatnya dijalankan. Selain itu,secara tidak

langsung ia akan meningkatkan imej negara dimata dunia.

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian yang bertajuk “Tumbuhan Herba dan Potensinya Mengubati Penyakit

Dalam Masyarakat Melayu Kedah” ini hanya dibataskan kepada tumbuh-tumbuhan

liar yang hidup secara semula jadi di daerah Kulim,Kedah. Skop kajian hanya

5 | P a g e

Page 6: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

tertumpu kepada tumbuhan liar yang boleh dijadikan dan sering digunakan dalam

mengubati penyakit oleh masyarakat di daerah ini. Kajian hanya tertumpu kepada

tumbuh-tumbuhan herba yang terdapat di daerah Kulim Kedah sahaja ini kerana

pengkaji ingin mengetahui sejauhmana masyarakat di negeri ini khususnya di

daerah ini mengamalkan dan menggunakan tumbuhan herba ini di dalam perubatan

seharian mereka dan apakah fungsi tumbuhan ini kepada masyarakat di kawasan

yang dibataskan serta bagaimanakah masyrakat setempat dapat melakukan

pengecaman terhadap tumbuhan ubatan ini?.

BAB II

1.0 TINJAUAN PUSTAKA

pengkaji telah melakukan tinjauan pustaka bagi tajuk penyelidikan beliau antaranya ialah

pelbagai khasiat tumbuhan herba yang sudah dan masih belum diterokai sepenuhnya.

Pelbagai kajian telah dilakukan serta buku-buku diterbitkan bagi mengetahui dan

melihat keberkesanan tumbuh-tumbuhan ini sebagai ubat-ubatan dan memberi panduan

kepada setiap lapisan masyarakat. Namun, buku-buku atau kajian atau tesis yang telah

dilakukan ini banyak menceritakan tentang khasiat tumbuh-tumbuhan seperti rempah

ratus dan tumbuhan herba yang biasa kita lihat dan dengar seperti kunyit,halia,tongkat ali

dan sebagainya. Tidak banyak yang membuat kajian berkaitan tumbuhan liar. Noraida

Arifin (2005),penyembuhan semula jadi dengan herba,terbitan pertama (2005) PTS

Millennia Sdn.Bhd,hanya menceritakan mengenai khasiat tumbuhan herba yang telah

dikenali masyarakat. Sebanyak 108 jenis herba seperti inai,lidah buaya,misai kucing,temu

lawak dan sebagainya.

6 | P a g e

Page 7: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

Selain itu, Ong Hean Chooi (2008),rempah-ratus: khasiat makanan & ubatan hanya

menceritakan tentang khasiat tumbuh-tumbuhan yang berkaitan rempah ratus seperti

bunga lawang,cengkih,kayu manis dan sebagainya dalam merawat penyakit.

Justeru,masih kurang yang masih mengetahui tentang khasiat tumbuhan liar dan nama-

nama tumbuhan ini juga hanya diketahui sebilangan kecil masyarakat. Oleh yang

demikian,kajian berterusan perlulah dilakukan dan dilanjutkan untuk mendedahkan atau

menjadikan ia sebagai bahan rujukan tambahan dalam khasiat tumbuh-tumbuhan liar

sebagai ubatan daerah Kulim,Kedah ini.

Walaupun terdapat kajian mengenai tumbuh-tumbuhan liar ini seperti yang telah

dilakukan oleh Ong Hean Chooi (2004),Tumbuhan liar: Khasiat Ubatan & Kegunaan

lain. Terbitan pertama Utusan Publications & Distribuctors Sdn.Bhd 2004,namun masih

banyak tumbuhan liar yang masih belum dinyatakan di dalam buku beliau tersebut.

Justeru hasil kajian ini dapat membantu menambahkan maklumat yang sedia ada

terutamanya tumbuhan liar yang terdapat di daerah Kulim,Kedah.

Fatan Hamamah Bt.Haji Yahaya (2003), Bahagian Antropologi & Sosiologi,Universiti

Sains Malaysia (USM): “ Potensi Tumbuh-Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan” pula hanya

menfokuskan kepada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan

sebagai ubat-ubatan sahaja khususnya betik di dalam jurnal yang ditulis oleh beliau.

Justeru penyelidikan yang berterusan haruslah dilakukan sebagai panduan kepada setiap

masyarakat bahawa masih banyak lagi tumbuhan ubatan yang mempunyai khasiat kepada

manusia.

______________________________

Fatan Hamamah bt.Hj. Yahaya (2003) Bahagian Antrapologi & Sosiologi,diperolehi melalui

http://eprints.ukm.my/75/1/Fatan-1.pdf 2012/10/19“Potensi Tumbuh-Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan”.

7 | P a g e

Page 8: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

BAB III

1.0 METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklumat

mengenai kajian ini. Antara kaedah yang digunakan ialah dokumentasi dan kaedah temubual

disamping mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat setempat di kawasan kajian.

Kajian ini dijalankan di sekitar daerah Kulim Kedah khususnya Mukim Sedim. Lokasi ini

dipilih kerana ia sesuai dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Jumlah

responden adalah seramai 22 orang.Dimana kaedah menggunakan borang soal selidik

seramai 20 orang dan kaedah temubual seramai 2 orang.Selain itu, maklumat tambahan

dikutip dengan menggunakan kaedah perpustakaan dari buku dan tesis-tesis lepas serta

sumber internet yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Dalam kajian ini,pengkaji telah

menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif merujuk kepada kaedah

yang berkaitan data-data yang berbentuk nombor, statistik, pengiraan dan bersifat angka.

Data yang diperolehi adalah nyata dan jelas manakala kaedah kualitatif merupakan kaedah

berbentuk naratif seperti analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan sebagainya.

1.1 PROSEDUR KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah dokumentasi dan temubual yang

bersifat deskriptif yang lebih fokus kepada aspek penghuraian ‘makna’ berkaitan perkara-

perkara yang dikaji.Data-data kualitatif ini boleh diperolehi melalui pemerhatian, temu bual,

analisis dokumen dan ianya juga boleh dalam bentuk video atau gambar. Ianya tidak

mengutamakan data-data yang berbentuk numerikal dan kurang berstruktur di samping

bersifat terbuka dan menumpukan kepada proses. Skop kajian ini meliputi bilangan

responden yang kecil sahaja iaitu pengkaji menggunakan 2 orang responden untuk kualitatif

melalui kaedah temubual.

8 | P a g e

Page 9: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

1.1.2 DOKUMENTASI

Melalui kaedah ini,pengkaji telah melakukan pembacaan dan pengumpulan maklumat

melalui buku-buku,jurnal dan tesis serta maklumat yang diperoleh dari laman sesawang

yang berkaitan. Untuk mendapatkan bahan bacaan ini,pengkaji telah ke Perpustakaan

Kulim Kedah dan Perpustakaan Terengganu. Di Perpustakaan daerah Kulim Kedah

pengkaji telah mendapatkan maklumat mengenai tumbuh-tumbuhan ubatan yang terdpat

di sekitar daerahKulim serta yang terdapat di Malaysia melalui buku-buku yang telah

dipinjam.

Selain itu,pengkaji turut mencari maklumat di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan

namun tidak banyak maklumat yang di peroleh dari perpustakaan ini. Oleh hal yang

9 | P a g e

Pengkaji mencari buku –buku,jurnal,tesis terdahulu dan melalui laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.

Pengkaji mencari buku –buku,jurnal,tesis terdahulu dan melalui laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.

Kumpul dan baca kesemua buku dan maklumat yang diperoleh mengenai maklumat berkaitan dengan tajuk kajian

Kumpul dan baca kesemua buku dan maklumat yang diperoleh mengenai maklumat berkaitan dengan tajuk kajian

Setelah mendapat maklumat yang diperoleh melalaui hasil pembacaan,proses yang seterusnya ialah mengumpul data-data yang berkaitan dengan tajuk kajian

Setelah mendapat maklumat yang diperoleh melalaui hasil pembacaan,proses yang seterusnya ialah mengumpul data-data yang berkaitan dengan tajuk kajian

Mencatat data-data penting yang berkaitan dengan tajuk kajian

Mencatat data-data penting yang berkaitan dengan tajuk kajian

Membuat analisis sebelum menggunakan maklumat tersebut

Membuat analisis sebelum menggunakan maklumat tersebut

Page 10: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

demikian,pengkaji telah mendapatkan maklumat dari Perpustakaan Awam Negeri

Terengganu. Di sana pengkaji telah mendaptkan beberapa buku untuk mencari maklumat

yang berkaitan tajuk kajian ini. Antaranya buku yang bertajuk “ Kaedah Penyelidikan

Sosioekonomi edisi ketiga”Ahmad Mahdzan Ayob (2007) Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kuala Lumpur, “Khasiat Tumbuhan Hijau Untuk Perubatan Tradisional I & II yang

ditulis oleh SMSI Fauziah A.R (2008)”, “Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia oleh

Musa Yaacob,Azimah Abd.Kadir dan Zaharah Hasan (2009). Melalui buku-buku ini

penkaji telah memperoleh maklumat yang dikehendaki. Selain itu, pengkaji turut

mendapatkan buku-buku dari individu atau pelajar yang telah lepas serta kajian mereka

yang lepas sebagai panduan untuk menjalankan kajian ini. Maklumat juga diperoleh

melalui laman sesawang iaitu internet dengan mencari jurnal-jurnal,tesis yang telah

ditulis sebelum ini yang berkaitan tajuk kajian ini. Antaranya ialah jurnal yang ditulis

oleh Fatan Hamamah Bt.Hj. Yahaya (2003),Bahagian Antropologi & Sosiologi,Universiti

Sains Malaysia (USM) yang bertajuk “Potensi Tumbuh-Tumbuhan Sebagai Ubat-

Ubatan” dan beberapa jurnal lain sebagai rujukan .

Seterusnya,setelah pengkaji mendapatkan semua buku dan bahan-bahan bacaan,pengkaji

telah mencatatkan dan mengumpulkan semua maklumat yang diperoleh tersebut dan

serta melakukan analisis terhadap maklumat dan data yang yang diperoleh tersebut. Data-

data yang dikumpul tersebut digunakan dalam melakukan kajian ini. Sebagai contoh

kenyataan daripada tokoh-tokoh yang diperoleh dari kaedah dokumentasi ini dimasukkan

di dalam penulisan proposal sebelum ini. Melalui kaedah ini,pengkaji dapat mengetahui

sedikit sebanyak mengenai tumbuh-tumbuhan herba ini dan mengetahui samaada tajuk

yang dipilih telah dikaji atau sebaliknya.

10 | P a g e

Page 11: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

1.1.3 TEMUBUAL

11 | P a g e

Proses pertama yang pengkaji lakukan ialah kenalpasti individu atau responden yang ingin ditemubual terlebih dahulu.

Proses pertama yang pengkaji lakukan ialah kenalpasti individu atau responden yang ingin ditemubual terlebih dahulu.

Membuat panggilan/pergi sendiri ke rumah responden untuk membuat janji temu.

Membuat panggilan/pergi sendiri ke rumah responden untuk membuat janji temu.

sediakan soalan-soalan yang ingin disoal semasa proses temubual dijalankan.

sediakan soalan-soalan yang ingin disoal semasa proses temubual dijalankan.

Mencatat keterangan yang diberikan/merekod sesi temubual.

Mencatat keterangan yang diberikan/merekod sesi temubual.Menganalisis data/maklumat

yang diperoleh melalui temubual.

Menganalisis data/maklumat yang diperoleh melalui temubual.

Page 12: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

Melalui kaedah ini,pengkaji telah menjalankan temubual dengan dua orang responden

iaitu menggunakan kaedah temubual secara bersemuka atau peribadi. Sebelum menemu

bual responden-responden tersebut,pengkaji telah mengenalpasti dahulu responden atau

informer yang ingin di temu bual. Pengkaji telah memilih dua orang penduduk di

kawasan kajian sebagai responden iaitu En. Izhar Bin Hassan iaitu pengusaha tumbuhan

herba secara kecilan sebagai hobi dan En. Zakaria Bin Saad iaitu seorang pengamal

perubatan/dukun yang menggunakan tumbuhan herba ini sebagai sumber/ bahan asas

dalam perubatan tradisional.

Proses pertama pengkaji lakukan semasa ingin menemu bual responden/informer pertama

iaitu En. Izhar Bin Hassan ialah dengan mengambil tarikh untuk bertemu dengan beliau

kerana beliau agak sibuk dengan pekerjaannya iaitu sebagai peniaga.Walaupun beliau

merupakan seorang peniaga namun tetap dengan hobi beliau iaitu mengumpul pokok-

poko herba dengan menanamnya di sekitar rumah. Pengkaji telah menelefon beliau

terlebih dahulu memperkenalkan diri dan memaklumkan tentang kajian yang dibuat serta

tujuan menelefonnya iaitu untuk menjadi salah seorang responden dalam kajian yang

dilakukan. Setelah beliau bersetuju untuk ditemu ramah dan tarikh pertemuan

diberikan,pengkaji ke rumah beliau untuk menemu bual beliau. Apabila pengkaji telah

mendapatkan tarikh pertemuan dengan informer,pengkaji telah menyediakan soalan-

soalan yang berkaitan untuk ditanya kepada beliau. Antara soalan yang ditanya

diantaranya ialah mengenai maklumat peribadi atau latar belakang beliau,apakah faktor

yang menyebabkan beliau menanam tumbuh-tumbuhan herba,apakah khasiat tumbuh-

tumbuhan yang ditanam beliau,jenis-jenis pokok yang ditanam dan beberapa soalan lain.

Pengkaji telah mencatatkan setiap jawapan yang diberikan oleh informer tersebut

menggunakan kaedah manual iaitu dengan mencatat di buku di samping merekod

perbualan denagn menggunakan alat bantu iaitu kamera untuk merekod perbualan yang

berlaku supaya setiap jawapan atau data yang diberikan oleh informer dapat dikutip

dengan lengkap. setelah data dikutip,pengkaji telah membuat rangka semula tentang

soalan-soalan dan jawapan yang diberikan untuk lebih kepastian.

12 | P a g e

Page 13: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

Di sini,pengkaji telah sertakan soalan-soalan yang telah ditanya kepada informer pertama

iaitu En.Izhar Bin Hassan atau lebih senang dipanggil pak cik Izhar beserta jawapan/hasil

data yang telah diberikan oleh beliau. Antaranya ialah :

1.1.1.1 Assalamualaikum sebelum memulakan sesi temu bual ini saya

ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Ramlah bt

Yaakub,pelajar warisan Universiti Malaysia Kelantan ingin

menemu ramah encik mengenai tumbuh-tumbuhan ubatan yang

encik kenali.. bolehkah saya memulakan sesi temuramah ini?.

Silakan.

1.1.1.2 Sebelum saya memulakan temubual ini,saya ingin mendapatkan

sedikit maklumat peribadi En. sebagai rujukan saya.

Nama pak cik ialah Izhar Bin Hassan. Pak cik berumur 45 tahun

dan mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Pak cik bekerja

sebagai peniaga di pasar-pasar pagi di sekitar daerah Kulim ini.

Pak cik mula menanam pokok-pokok ubat ini semasa ayah pak

cik masih hidup kerana dia merupakan seorang yang gemar

masuk ke hutan mencari tumbuhan ubatan ini. Ini yang

menyebabkan pak cik berminat untuk menanam pokok-poko ini

di samping dpat membantu penduduk setempat di sini untuk

mendapatkan pokok-pokok ubatan ini.

1.1.1.3 Menurut sumber yang saya dapati bahawa encik merupakan

individu yang menanam tumbuhan ubatan ini. Apakah tumbuh-

tumbuhan ubatan yang encik tanam disekitar rumah encik/pak

cik?

Untuk pengetahuan,Pokok-pokok yang pak cik tanam ini tidak

banyak. Pak cik menanam pokok-pokok ini hanya untuk

kegunaan harian sahaja serta untuk penduduk setempat agar

memudahkan mereka mendapatkan sumber ini tidak perlu masuk

ke hutan. Antaranya ialah pokok mas cotek,cekur,bayam

13 | P a g e

Page 14: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

duri,bonglai,kunyit ,lengkuas,misai kucing,pandan,serai wangi

dan beberapa pokok-pokok lain. Ada juga pokok-pokok yang pak

cik tidak tanam malah tumbuh liar di sekitar rumah ini seperti

pokok ara tanah,butang baju,dukung anak,lalang,rumput

sambau,rumput Israel,semalu,kaduk dan sebagainya.

1.1.1.4 Apakah faktor yang menyebabkan pak cik mengambil inisiatif

ini iaitu menanam pokok-pokok ubatan ini?

Sebenarnya pak cik hanya menanam pokok-pokok ini untuk

kegunaan harian sahaja. Contohnya kunyit,kantan pandan dan

beberapa jenis yang lain adalah sebagai bahan asas dalam

makanan harian. Pak cik menanam pokok-pokok ini juga pada

asalnya adalah kerana isteri pak cik yang menghidap penyakit

kencing manis,namun lama-kelamaan ia menjadi hobi apabila

ramai yang datang ke rumah pak cik mendapatkan pokok-pokok

ubatan ini.Ada juga pokok-pokok yang pak cik tanam untuk

kegunaan ubatan lain. Contohnya mas cotek yang ditanam ini

sesuai untuk wanita lepas bersalin dan berkesan menyembuhkan

dan membetulkan urat saraf dengan cara mengeringkan dua

hingga tiga helai daunnya. Oleh itu,banyak jiran-jiran yang

datang ke rumah pak cik mengambil pokok-pokok ini apabila

ada anak-anak mereka yang bersalin.

1.1.1.5 Adakah tumbuh-tumbuhan ubatan ini penting dan mujarab

kepada penggunanya?

Mengikut pengalaman pak cik dan orang-orang sebelum ini

setiap tumbuhan yang digunakan sebagai ubatan ini insyaallah

mujarab dan berkesan. Ini kerana amalan perubatan yang

diamalkan ini adalah dilakukan secara turun temurun oleh

generasi dahulu ke generasi lain. Jadi kebekersanan ini telah

terbukti oleh pengguna terdahulu. Pak cik sendiri juga yakin

14 | P a g e

Page 15: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

bahawa pokok-pokok herba ini banyak memberi manfaat kepada

manusia.

1.1.1.6 Bagaimanakah pak cik menanam pokok-pokok ubatan ini dan

perlukah penjagaan yang rapi untuk membiakkan tumbuhan ini?

Ooo, cara penanaman pokok-pokok ini berbeza mengikut jenis

pokok itu. Pelbagai cara atau teknik untuk menanam dan

membiakkan tumbuhan ini. Contohnya cekur ini, cara

penanamannya ialah menggunakan ubinya yang telah

matang,mas cotek melalui keratan ranting atau batang,serai

wangi melalui anak pokok,pandan melalui sulur iaitu anak sulur

dan sebagainya megikut jenis pokok itu. Tumbuhan ini juga tidak

memerlukan penjagaan yang rapi yang berterusan sebenarnya

hanya semasa anak semasa awal penanaman sahaja memerlukan

penjagaan rapi agar pokok ini dapat terus hidup. Air yang cukup

perlu diberikan kepada pokok-pokok yang baru ditanam kerana

jika tidak akan menjejaskan kualiti khasiat ubatan yang ada

pada pokok tersebut.

1.1.1.7 Apakah khasiat pokok-pokok herba ini pak cik?

Khasiat pokok-pokok ubatan ini sangat banyak dan berbeza

mengikut tumbuhan ini. Contohnya pokok Halia digunakan untuk

merawat angin dalam badan,muntah-muntah,menghangatkan

badan dan membantu penghadaman makanan. Untuk muntah-

muntah atau cirit-birit,ambil halia,buah pala,jintan putih,satu

gelas santan kelapa dan satu sudu the minyak kayu putih dan

kesemua bahan itu ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati

dan digunakan sebagai ubat sapu pada perut. Kalau pokok

dukung anak pula,khasiatnya ialah seperti dapat mengubati

penyakit cirit-birit,kencing manis,darah tinggi dan sebagainya

dengan cara merebus keseluruhan pokok tersebut dan diminum

air rebusannya. Pokok-pokok lalang juga mempunyai khasiat

15 | P a g e

Page 16: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

ubatannya. Antaranya pokok ini dapat melawaskan kencing iaitu

dengan cara rebusan akar dan ubinya lalu diminum. Ia juga

dapat mengecutkan peranakan iaitu akar lalang dibakar

bersama kemenyan putih,dicampurkan sedikit air dan ditampal

di tempat peranakan.

Bagi responden kedua, Proses sebelum menemu bual beliau ialah berjumpa dengan beliau

iaitu pergi ke rumah beliau untuk mendapatkan persetujuan pengkaji telah pergi sendiri

ke rumah beliau untuk mendapatkan persetujuan beliau menjadi responden bagi kajian

ini. Disebabkan jarak rumah yang tidak jauh,masa yang diambil tidak terlalu lama.

Setelah pengkaji mendapatkan persetujuan dari beliau iaitu dua hari selepas perjumpaan

pertama,pengkaji telah membuat soalan-soalan yang baru untuk responden kedua

sebelum tarikh pertemuan untuk temubual kerana latar belakang responden yang tidak

sama dengan responden sebelum ini,namun soalannya tidaklah jauh berbeza. Antara

soalan yang ditanya kepada responden kedua ialah seperti latar belakang beliau,tentang

pengalaman beliau mengubati penyakit menggunakan herba,cara beliau mendapatkan

kemahiran mengubati penyakit dan sebaginya.

Di sini,pengkaji sertakan soalan-soalan yang telah ditanya dan yang telah dijawab oleh

responden kedua.

1.1.1.1 Assalamualaikum sebelum memulakan sesi temu bual ini saya

izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya

Ramlah bt Yaakub,pelajar warisan Universiti Malaysia Kelantan

ingin menemu ramah encik mengenai tumbuh-tumbuhan ubatan

yang pak cik kenali dan yang pernah pak cik.gunakan di dalam

mengubati pesakit?bolehkah saya memulakan sesi temuramah ini?.

Ya boleh

1.1.1.2 Sebelum itu,bolehkah pak cik menceritakan serba sedikit

maklumat megenai latar belakang pak cik ini?

Boleh. Nama sebenar pak cik ialah Zakaria Bin. Saad. Pak cik

16 | P a g e

Page 17: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

berumur 57 tahun pada tahun ini dan mempunyai seorang isteri

serta tiga orang anak.

1.1.1.3 Apakah pekerjaan pak cik dan sudah berapa lamakah pak cik

terlibat di dalam bidang perubatan tradisional ini?

Pak cik bekerja sebagai penoreh getah di samping menjadi dukun

di kampung ini. Pak cik mula menjadi dukun lebih kurang sejak 7

tahun yang lepas lagi.

1.1.1.4 Adakah pak cik menggunakan tumbuh-tumbuhan herba ini

sewaktu mengubati penyakit seseorang dan apakah nama penyakit

yang sering memerlukan pak cik gunakan tumbuhan herba?

Ya,pak cik banyak menggunakan pokok-pokok herba untuk

mengubati penyakit kerana ia bnayak manfaat.

Contohnya,penyakit yang berkaitan lelaki biasanya seperti

kencing tidak lawas,batu karang,meningkatkan tenaga batin dan

sebagainya. Pak cik juga pernah mengubati pelbagai penyakit

yang memerlukan pokok-pokok ubatan ini sebagai penawar

terhadap sesuatu penyakit di samping membaca ayat-ayat suci al

quran dan in sha Allah dengan izinnya penyakit yang dihadapi

itu dapat disembuhkan.

1.1.1.5 Bagaimana pak cik mendapatkan sumber pokok-pokok herba ini?

Kebanyakan pak cik dapatkan pokok-pokok ubat ini adalah

dengan cara mencari di hutan-hutan kerana kebayakan tumbuhan

ubatan ini hidup di kawasan hutan/rimba. Namun ada juga yang

pak cik peroleh dari sekitar rumah kerana pokok-pokok yang di

anggap tidak berguna yang tumbuh di sekitar rumah juga adalah

pokok-pokok yang menjadi ubat yang digunakan oleh pak cik.

17 | P a g e

Page 18: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

1.1.1.6 Bagaimanakah pak cik mendapat kemahiran mengubati pesakit

dengan menggunakan kaedah tradisional ini dan bagaimana pak

cik dapat mengenali setiap tumbuhan yang ingin pak cik gunakan?

Pak cik mendapat kemahiran ini daripada keluarga pak cik dahulu

yang juga merupakan bomoh kampung. Jadi segala kemahiran ini

diperolehi secara turun-temurun lagi. Begitu juga dengan

pengecaman pokok-pokok ubatan juga di ajar kepada pak cik sejak

dahulu lagi kerana sering ikut bapa pak cik masuk ke rimba

mencari hasil ubatan untuk mengubati penyakit. Setiap tumbuhan

yang menjadi ubatan juga tidak semua bahagian pokok tersebut

yang menjadi ubat. Kadang-kadang hanya akarnya sahaja dan

ada juga keseluruhan bahagian pada tumbuhan tersebut boleh

digunakan.

1.1.4 SOAL SELIDIK

Selain itu,pengkaji turut menggunakan kaedah kuantitatif iaitu suatu pertanyaan terhadap

masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori

yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa

menggunakan teknik statistikal.

Kaedah kajian kuantitatif yang biasa ialah kajian eksperimental dan kajian

tinjauan.Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang

bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan

memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian

ini lebih besar berbanding kajian kualitatif. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal

selidik iaitu dengan mengedarkan soalan yang telah dibina kepada 20 orang responden

untuk mengetahui tentang kepentingan tumbuh-tumbuhan herba dalam masyarakat

Melayu mengubati penyakit.

18 | P a g e

Page 19: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

Melalui soal selidik ini, responden yang dipilih iaitu seramai 20 orang dikehendaki

menjawab soalan-soalan yang telah di buat. Dalam soal selidik yang dihasilkan oleh

responden terdapat tiga bahagian utama yang telah dijawab iaitu bahagian A,B dan C.

Setiap bahagian mempunyai soalan yang berbeza iaitu bahagian A mengenai maklumat

peribadi responden yang mempunyai enam soalan yang dijawab oleh responden yang

memerlukan setiap responden memilih jawapan yang sesuai samaada a,b,c atau

d,bahagian B pula memerlukan pengetahuan responden mengenai tumbuhan herba iaitu

lebih kepada fungsi dan kepentingan tumbuhan ubatan ini. Di bahagian ini,responden

hanya perlu menandakan ( √ ) bagi pilihan jawapan yang mereka inginkan. Pilihan

jawapan pula boleh dilakukan lebih dari satu pilihan jawapan yang diberikan,manakala

bahagian C adalah berkaitan factor-faktor dan langkah pemuliharaan terhadap tumbuhan

ubatan ini. Di bahagian ini,responden yang dipilih perlu membulatkan jawapan

berpandukan skala yang telah diberikan iaitu dari skala 1 hingga 5 yang menunjukkan

tahap persejutuan responden terhadap soalan yang diberikan samaada setuju,tidak

setuju,kurang setuju,sangat setuju dan sangat tidak setuju dengan pernyataan atau soalan

yang diberikan.Contoh soalan soal selidik yang telah dilakukan diletakkan di bahagian

lampiran. Hasil soal selidik setelah data-data yang dikehendaki diperolehi dan analisis

dibuat,pengkaji telah memaparkan hasil soal selidik tersebut melalui graf bagi

memudahkan pengkaji melihat keberkesanan terhadap kaedah ini graf yang telah

dibentuk adalah berkenan umur responden dengan tahap pengetahuan mereka terhadap

tumbuhan herba. Seramai 10 orang responden lelaki dan 10 orang responden perempuan

yang telah pengkaji temui untuk mendapatkan data.

19 | P a g e

Page 20: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

Graf menunjukkan peratusan masyarakat dari aspek jantina mengikut peringkat

umur yang mengenali tentang tumbuh-tumbuhan herba di Kulim,Kedah.

Daripada graf di atas dapat dilihat bahawa responden lelaki lebih mengenali dan

mempunyai pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan herba dan ubatan ini iaitu daripada

10 orang responden lelaki yang dipilih 8 daripanya mengenali dan mengetahui tentang

fungsi-fungsi pokok ubatan,manakala bagi responden perempuan hanya sebahagian

daripanya yang mengetahuinya iaitu daripada 10 orang responden hanya 5 orang yang

dapat mengetahui tentang kepentingan tumbuhan ini. Hal ini didapati menjadi begitu

kerana golongan lelaki di sekitar kawasan kajian yang di kaji oleh pengkaji lebih banyak

terlibat dengan bidang dan mengetahui mengenai tumbuhan ubatan ini kerana ada

diantaranya bekerja sebagai pengamal perubatan,penanam/pengusaha pokok-pokok

ubatan ini. Hasil analisa graf juga menunjukkan bahawa semakin meningkat umur

20 | P a g e

Page 21: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

individu yang menjadi responden,semakin banyak pengetahuan mereka mengenai

tumbuhan herba ini. Hal ini kerana melalui kajian yang dibuat,individu lelaki yang telah

dewasa mempunyai banyak pengalaman tentang tumbuhan herba. Mereka dapat

mengetahui fungsi-fungsi dan kepentingan sesuatu pokok ubatan melalui warisan yang

diperturunkan oleh mereka kebanyakannya iaitu melalui ibu-bapa mereka yang menjadi

pengutip hasil ubatan sebelum ini. Hal ini yang menyebabkan semakin meningkat umur

mereka.semakin banyak maklumat yang diketahui dan setelah itu,akan di perturunkan

kepada golongan remaja. Nama-nama responden serta contoh soalan soal selidik

diletakkan di bahagian lampiran. Rujuk lampiran A.

Selain itu,hasil soal selidik daripada bahagian C yang menanyakan soalan tentang setuju

atau tidak setuju juga mendapati bahawa 16 orang responden-responden yang terpilih

daripada 20 orang berdasarkan soal selidik turut bersetuju bahawa sumber tumbuhan

ubatan ini perlu dipelihara agar warisan perubatan ini tidak terus pupus di masa depan.

Langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil agar sumber semula jadi ini tidak

terus hilang.

1.2 PENUTUP

Secara kesimpulannya,tumbuhan herba atau tumbuhan ubatan ini memang tidak dapat

dinafikan lagi keberkesanannya iaitu dapat mengubati penyakit. Pengkaji turut mendapati

bahawa penduduk kawasan yang dikaji juga kebanyakannya megetahui mengenai

kepentingan tumbuhan ini. Justeru mereka mengamalkan di dalam kehidupan seharian

mereka iaitu melalui campuran tumbuhan ini ke dalam masakan mereka dan sebagainya.

Selain itu,mereka turut menanam pokok-pokok ubatan ini untuk kegunaan mereka. Ini

menunjukkan tahap pengetahuan mereka terhadap fungsi tumbuhan ini ada walaupun tidak

mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Selain itu,responden-responden yang ditemui juga

bersetuju agar sumber semula jadi ini terus dikaji kerana masih banyak khasiatnya yang

belum diketahui. Justeru langkah-langkah yang sewajarnya seperti pemuliharaan sumber

genetik secara ex situ dan in situ,tanaman secara tanaman berpagar dan sebagainya bolehlah

dilakukan.

21 | P a g e

Page 22: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

RUJUKAN

Abidah Ahmad (2012): Kaedah Kajian- Soal Selidik ,Temubual dan Rujukan diperolehi pada

2013/01/04 melalui http://gemilanggeografivi.blogspot.com/2012/03/kaedah-kajian-soal-selidek-

dan-temubual.html

Ahmad Mahdzan Ayob (2007),Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi edisi ketiga.Dewan Bahasa

Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Fatan Hamamah bt.Hj. Yahaya (2003) Bahagian Antrapologi & Sosiologi,Potensi Tumbuh-

Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan.

http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/08/kunyit-bukan-sekadar-ramuan-untuk.html

diperolehi 2012/10/19.

(2010) Kamus Dewan Edisi Keempat Kuala Lumpur.Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Musa Yaacob,Azimah Abd. Kadir dan Zaharah Hasan (2009), Tumbuhan Ubatan Popular

Malaysia,Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Noraida Arifin (2005),Penyembuhan Semula jadi Dengan Herba terbitan pertama PTS Millennia

Sdn.Bhd

Ong Hean Chooi (2008),Rempah-ratus: Khasiat Makanan & Ubatan, Utusan Publication &

Distributors Sdn.Bhd.

Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM),Utusan Malaysia (2011): Daun Tujuh Bilah Untuk

Barah,Sakit Kepala diperolehi pada 2012/10/19 melalui

http://blogherba.mesrabioherb.com/2011_10_01_archive.html

SMSI Fauziah A.R (2008), Khasiat Tumbuhan Hijau Untuk Perubatan Tradisional I,Pekan Ilmu

Publications Sdn.Bhd.

SMSI Fauziah A.R (2008), Khasiat Tumbuhan Hijau Untuk Perubatan Tradisional II,Pekan Ilmu

Publications Sdn.Bhd.22 | P a g e

Page 23: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

Sulaiman Masri (2005),Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan :esei,proposal.tesis. Utusan

Publications & distributors Sdn.Bhd.

Syamsul Hidayat,Sri Wahyuni dan Sofia Andalusia (2008): Seri Tumbuhan Obat Berpotensi

Hias (I), PT Elex Media Komputindo,Jakarta.hlmn 10

Yeong (1999): Borang Soal Selidik diperolehi pada 2013/01/04 melalui

www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/.../q1.html.

23 | P a g e

Page 24: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

LAMPIRAN A1

BORANG SOAL SELIDIK KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN HERBA DALAM MASYARAKAT MELAYU MENGUBATI PENYAKIT.

Borang soal selidik bertujuan untuk dipenuhi oleh setiapresponden di daerah Kulim,Kedah. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang kepentingan tumbuh-tumbuhan herba dalam masyarakat Melayu mengubati penyakit. Soal selidik ini mengandungi Bahagian A – C. Tuan/puan diminta untuk menjawab dalam borang soal selidik ini.

BAHAGIAN A

MAKLUMAT PERIBADI

1. Nama respoden/informer _______________________

2. Umur : 4. Sektor Pekerjaaana. 15-25 tahun a. Swastab. 25-35 tahun b. Badan berkanunc. 35-45 tahun c. Bekerja sendirid. 45 tahun ke atas d. Lain-lain

3. Jantina 5. Taraf Pendidikana. Lelaki a. Pendidikan rendah b. Perempuan b. Menengah c. Pendidikan tinggi /IPT

24 | P a g e

Page 25: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

d. Lain-lain

6. Status Perkahwinana. Bujangb. Berkahwinc. Janda/Duda

BAHAGIAN B

FUNGSI DAN KEPENTINGAN HERBA

Sila tandakan ( √ ) di bahagian yang disediakan bagi pilihan jawapan yang anda inginkan. Pilihan jawapan boleh melebihi dari satu.

1. Adakah anda mengenali tumbuh-tumbuhan herba?

( ____ ) Ya

( ____ ) Tidak

( ____ ) Tidak pasti

2. Apakah fungsi tumbuh-tumbuhan herba yang anda pernah tahu?

( ____ ) Sebagai bahan asas menyembuhkan penyakit tertentu

( ____ ) Sebagai sumber makanan harian masyarakat

( ____ ) Untuk perubatan tradisional terutama masyrakat Melayu

( ____ ) Tidak pasti

( ____ ) Semua jawapan di atas

3. Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan ini digunakan dalam mengubati penyakit yang anda tahu?

( ____ ) Melalui perubatan tradisional

25 | P a g e

Page 26: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

( ____ ) Membabitkan pawang,bomoh dan dukun menggunakan mentera atau doa

tertentu

( ____ ) Digunakan sebagai makanan atau bahan asas dalam masakan harian

( ____ ) Tidak pasti

4. Apakah ciri-ciri habitat tumbuh-tumbuhan herba?

( ____ ) Memerlukan teduhan, naungan dan semak

( ____ ) Bergantung kepada jenis tumbuhan ubatan tersebut

( ____ ) Memerlukan suhu,kelembaapan,keperluan cahaya dan tahap karbon dioksida.

5. Bagaimanakah anda mengenali atau melakukan pengecaman terhadap tumbuhan ubatan ini?

( ____ ) Melalui nama tempatan yang diberikan oleh masyarakat

( ____ ) Melalui sifat fizikal sesuatu tumbuhan itu

( ____ ) Melalui pengecaman warna daun,saiz ,bentuk daunnya dan buah

( ____ ) Mendapatkan panduan dan bantuan dari yang pakar

( ____ ) Tidak pernah mengenali tumbuhan ubatan ini

6. Jika tersalah melakukan pengecaman dalam menggunakan tumbuhan ini adakah mendatangkan masalah kepada pengguna yang menggunakan tumbuhan ini dalam perubatan?

( ____ ) Ya kerana sesetengah tumbuhan adalah beracun

( ____ ) Tidak kerana setiap tumbuhan mempunyai khasiat yang tersendiri

( ____ )Tidak pasti

7. Golongan manakah yang sesuai menggunakan tumbuhan ubatan ini?

( ____ ) Kanak-kanak sahaja

( ____ ) Remaja dan dewasa

26 | P a g e

Page 27: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

( ____ ) Golongan tua dan kanak-kanak

( ____ ) Semua golongan di atas

BAHAGIAN C

FAKTOR-FAKTOR DAN LANGKAH PEMULIHARAAN

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Kurang Setuju 3

Setuju 4

Sangat Setuju 5

Bulatkan jawapan anda berpandukan skala di atas.

Bil Perkara Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju Sangat Setuju

1. Pentingkah sumber tumbuh-tumbuhan ubatan ini kepada masyarakat?

1 2 3 4 5

2. Pada pandangan anda,perlukah usaha dan langkah-langkah yang sewajarnya dilakukan supaya pengekalan sumber ubatan ini?

1 2 3 4 5

3. Adakah perubatan tradisional lebih berkesan daripada perubatan moden?

1 2 3 4 5

4. Pada pendapat anda,adakah pengekploitasian sumber ubatan ini menyebabkan kepupusan?

1 2 3 4 5

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

27 | P a g e

Page 28: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

LAMPIRAN A2

Hasil soal selidik yang telah dianalisa dijadikan dalam bentuk graf.

28 | P a g e

Page 29: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

LAMPIRAN B1

STRUKTUR SOALAN TEMU BUAL

RESPONDEN PERTAMA

1. Assalamualaikum sebelum memulakan sesi temu bual ini saya izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Ramlah bt Yaakub,pelajar warisan Universiti Malaysia Kelantan ingin menemu ramah encik mengenai tumbuh-tumbuhan ubatan yang encik kenali. Bolehkah saya memulakan sesi temuramah ini?.

2. Sebelum saya memulakan temubual ini,saya ingin mendapatkan sedikit maklumat peribadi En. sebagai rujukan saya.

3. Menurut sumber yang saya dapati bahawa encik merupakan individu yang menanam tumbuhan ubatan ini. Apakah tumbuh-tumbuhan ubatan yang encik tanam disekitar rumah encik/pak cik?

4. Apakah faktor yang menyebabkan pak cik mengambil inisiatif ini iaitu menanam pokok-pokok ubatan ini?

5. Adakah tumbuh-tumbuhan ubatan ini penting dan mujarab kepada penggunanya?

6. Bagaimanakah pak cik menanam pokok-pokok ubatan ini dan perlukah penjagaan yang rapi untuk membiakkan tumbuhan ini?

7. Apakah khasiat pokok-pokok herba ini pak cik?

29 | P a g e

Page 30: tumbuhan herba dan potensinya dalam mengubati penyakit

LAMPIRAN B2

RESPONDEN KEDUA

1. Assalamualaikum sebelum memulakan sesi temu bual ini saya izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Ramlah bt Yaakub,pelajar warisan Universiti Malaysia Kelantan ingin menemu ramah encik mengenai tumbuh-tumbuhan ubatan yang pak cik kenali dan yang pernah pak cik.gunakan di dalam mengubati pesakit?bolehkah saya memulakan sesi temuramah ini?.

2. Sebelum itu,bolehkah pak cik menceritakan serba sedikit maklumat megenai latar belakang pak cik ini?

3. Apakah pekerjaan pak cik dan sudah berapa lamakah pak cik terlibat di dalam bidang perubatan tradisional ini?

4. Adakah pak cik menggunakan tumbuh-tumbuhan herba ini sewaktu mengubati penyakit seseorang dan apakah nama penyakit yang sering memerlukan pak cik gunakan tumbuhan herba?

5. Bagaimana pak cik mendapatkan sumber pokok-pokok herba ini?

6. Bagaimanakah pak cik mendapat kemahiran mengubati pesakit dengan menggunakan kaedah tradisional ini dan bagaimana pak cik dapat mengenali setiap tumbuhan yang ingin pak cik gunakan.

30 | P a g e