tuhfat al nafisslide 1-9
DESCRIPTION
pensejarahan malaysiaTRANSCRIPT
Tuhfat al-NafisBab 1 – 9
Siti Aisyah bt. Mohd Adib
Bahagian 2 :1. Kemangkatan Sultan Mahmud
• Sewaktu Sultan mahmud sedang beradu, datanglah orang mempersembahkan nangka masak. Tiba-tiba, datang bini Megat Seri Rama yang bunting mengidam makan nangka, lalu dimintanya seulas.
• Penghulu istana memberi seulas kepada bini Megat Seri Rama.
• Apabila raja hendak menyantap akan nangka itu, penghulu istana mempersembahkan kepada baginda, ‘Ada yang tiada baik itu, patik berikan kepada bini Megat Seri Rama daripada terbuang sahaja’.
• Baginda pun murka lalu dipanggil dan dibelah perut bini Megat seri Rama.
• Anak itu dikeluarkan dari perut dan matilah bini Megat Seri Rama itu.
• Setelah berita itu sampai kepada suaminya, maka ia pun menangis dan marah.
• Maka Datuk Bendahara bermusyawarah dengan Temenggung dan Indera Bungsu.
Pada suatu malam baginda berahikan isterinya peri itu, konon.Maka terpancarlah manikamnya ke tikar peraduan baginda itu.Maka lalu disuruhnya telah kepada gundiknya, anak Laksamana bernama Encik Pong. Maka Encik Pong pun buntinglah, konon.
• Pada ketika baginda itu di atas julang hendak sembahyang Jumaat, lalu diparangnya hulu baginda itu lalu mangkat, dan Megat Seri Rama pun mati juga, kerana dilontar oleh baginda itu dengan kerisnya.
• Selepas kemangkatan baginda, maka segala orang besar-besar negeri Johor pun mengangkatlah akan Datuk Bendahara menjadi Raja Johor.
2. Bugis di Luwuk
• Raja sebelah Bugis, iaitu raja yang besarnya di negeri Luwuk bernama Opu La Maddusilat.
• Baginda mempunyai 3 orang putera iaitu Pajung, Opu Tendriburang Dahing Rilaga dan Opu Dahing Biasa.
• Pajung menggantikan takhta setelah kemangkatan ayahandanya.
• Saudaranya yang dua ingin dijadikan menteri tetapi ditangguhkan kerana bermohon pergi mengembara.
• Opu Dahing Biasa berperang bersama-sama Holanda di Tanah Jawa.
• Dijadikan Holanda raja seluruh Bugis di Betawi.
• Opu Tendriburang mempunyai lima orang putera iaitu Opu Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing Marewah, Opu Dahing Cellak dan Opu Dahing Kemasi. Puteranya yang berlima baik parasnya serta sikap dan pahlawannya. Akan tetapi Opu Dahing Cellak yang paling baik parasnya.
3. Raja Kecik
• Kisah Raja Kecik Siak yang di Pagar Ruyung (Raja Beralih).• Anak angkat Puteri Jamilan (memelihara anak Encik Pong).• Raja Kecik keluar menegmbara
menumpang orang minagkabau Tambang Kelimun Batang Hari Rawas (Hulu palembang)
• Sultan Lembayang terkentut.• Meminang putera Sultan Abdul Jalil (tidak diterima).• Berkahwin dengan mariam (anak tuan haji).• Tuan Bujang bersunat di situ.• Ke Bangka Kota dan ingin melanggar palembang.• Minta bantuan Bugis dari Siantan.• Minta bantuan Holanda.• TB minta pulang ke Pagar Ruyung.• Berbinikan anak Dipati Batu Kucing.• Dapat anak lelaki (Raja Rabbiul Alam)• Berkhidmat dengan Sultan Jambi (Sultan Maharaja).
• Ikut Sultan Jambi berperang.• Pehanya luka dan pulang ke Pagar Ruyung apabila lukanya sembuh.• Diberi nama Yamtuan Raja Kecik oleh Yamtuan Sakti dan Puteri
Jamilan.• Diberi pedang kebesaran iaitu Sapu Rejab, cap kuasa yg
membolehkan memerintah anak Minangkabau di Pasisiran Laut.• Turun ke Siak ke Bugis• Berniaga jual beli telur terubuk.• Kena hukuman 20 rial smsa melalui pemerintahan bandar Bukit
Batu.• Raja Kecik berdendam.• Melayarkan perahu orang(Nakhoda Penangko) ke Melaka ke
Bengkalis ke Batu Bahara.• Memerintah Batu Bahara dan masyhur tempat itu.• Mempersiapkan alatan kelengkapan perang. • Raja Kecik ajak opu-opu anak Bugis melanggar Johor.• Didalihkan ingin ke Langat, ingin bemuafakat dgn Bugis di situ.• Menyuruh menterinya ke Kuala Johor dan Singapura.
• Memujuk dan menipu mengatakan sebenar-benarnya anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
• Konon ingin mengambil pusaka rajanya.• Siapa yg tidak mahu ikut, akan ditimpa daulat.• Maka, disambut kedatangan Raja Kecik itu. • Orang suruhan disuruh pergi kepada Laksamana Encik Pong,
bawa surat Raja Kecik.• Laksamana pun belot.• RK menyerang Johor. Ketika itu Yamtuan Dipertuan Muda
sedang bermain catur.• Bersama orang Minangkabau tiba di Pengkalan Rama dan
naik ke jambatan.• Ramai orang Johor belot sebab laksmana pun belot.• YDM mangkat.• SAJ keluar ke kampung lain dan bermusyawarah.• SAJ menyerah diri.• Rk bertunang dengan putera SAJ(Tengku Tengah).• Terpandang dan berahikan Tengku Kamariah, maka tidak jadi
dengan Tengku Tengah. • Berkahwin dengan Tengku Kamariah
4. Bugis di Johor
• Opu-opu raja Bugis pergi ke Langat.• Sultan Johor sedang berperang dengan Raja Kecik.• Johor telah kalah, Raja Kecik telah menjadi menantu
SAJ.• SAJ dan raja Sulaiman telah dihina oleh raja Kecik.• RK ingin menjadikan SAJ menjadi bendahara semula.• Mereka berpakat dengan Tengku Tengah dan rela
menjadi isteri opu-opu itu (untuk menutup malu).• Raja Sulaiman berjanji akan menjadikan salah seorang
daripada mereka sebagai Yang Dipertuan Muda.• Tengku Tengah dikahwinkan dengan Opu Dahing
Parani.• ODP ke Siantan untuk melihat anak-anaknya.• Sekiranya ada kesusahan , beri sahajalah surat dan
datanglah bantuan.
5. Bugis di Matan
• Anak Sultan Muhammad Saiful Din iaitu Pangeran Agung.• Setelah mangkat, digantikan anaknya yang tua Sultan
Muhammad Zainal Din. • Sangat tamak.• Kerajaan dirampas saudaranya pada ketika malam.• Membawa anak isterinya ke banjar dan meminta bantuan
Sultan Banjar.• Bersama panglima perang Banjar iaitu Panglima Pantas.• Panglima Pantas mati, orang Banjar melarikan diri, SMZD
mesuk ke dalam masjid dan kunci pintu masjid. Sultan agung menyuruh orang menjaga masjid itu.
• Sebelum terkepung, melepaskan orang suruhannya kepada opu-opu lima beradik di Siantan dengan satu surat.
• Opu lima beradik ke Matan berjumpa Pangeran Agung memohon maaf.
• PA tidak menerima kehendak opu-opu itu.Opu-opu itu ke masjid dan mengambil SMZD berjumpa PA. PA marah, lalu disuruh opu-opu keluar dari Matan hari itu juga.
6. Kemangkatan Sultan Abdul Jalil
• Johor seperti ada dua raja.• Menyebelahi Raja Kecik dan Sultan Abdul Jalil.• Tengku Tengah kurang suka akan RK, sebab dengar akan
fitnah itu.• Tengku Kamariah pun benci akan Raja Kecik.• Tengku Tengah mengambil Tengku Kamariah masa RK
sedang sembahyang.• RK marah dan disuruh ambil isterinya.• Tidak diberi Tengku Tengah.• RK melanggar SAJ (berperang Minangkabau dengan Johor).• SAJ buat kubu di Seluyut tapi kalah.• SAJ berundur ke Terengganu dan ada yang ke Melaka.• SAJ buat negeri di Pahang lepas 3 tahun di Terengganu.• RK berpindah ke Riau dan buat istana bunga emas di sana.• RJ mengajak SAJ ke Riau.• Jika ditolak, maka berperang.
• Laksamana Nakhoda Sekam ke Pahang.• SAJ tidak mahu ke Riau.• Maka berperang dan Kuala Pahang alah.• LNS pujuk juga SAJ ke Riau dan bersetuju.• Si Raden Emas bawa surat dari Rk kepada LNS untuk bunuh SAJ.• Bunuh SAJ masa di tikar sembahyang lepas solat Subuh(sedang
berwirid).• Dimakamkan di Kuala Pahang di Teluk Kandang. • RK jaga anak-anak raja.• Raja Sulaiman marah lalu bermusyawarah dengan Datuk
Bendahara.• Tulis surat kepada Opu-opu 5 beradik.• Apabila sudah teguh ikatan perangnya, berangkatlah ia ke Riau.• RK alah dan melawan sampai lari.• Membawa diri ke Pulau Bayan.• Opu membahagi dua kelengkapan naik ke Tanjung Pinang dan
Hulu Riau. • RK berundur lari ke Pulau Penyengat.• Orang Minagkabau lari ke tepi pantai lalu diamuk oleh orang
Bugis.
• Diusir RK yang lari ke Pulau penyengat itu.• RK menuju ke Lingga.• Dapat Riau di tangan Bugis semula.• Opu Kelana Jaya Putera minta Raja Sulaiman & Datuk
Bendahara ke Selangor dan langat utk mendapatkan bugis-bugis di sana.
• Tambah kuasa dan pekerjaan. • Raja Sulaiman ke Pahang.• Tinggal orang-orang tua di Riau.• Bertemu Bugis dengan RK, lalu berperang.• RK lari selat-menyelat sebelah Lingga.• Tidak terikut oelh Bugis.• RK berlepas ke Riau dan bertemu dengan 3 buah
perahu Bugis yang berdagang. • Menyerang• Alahlah Bugis.• Dirampasnya harta oleh RK.• Rk masuk ke negeri riau den mengukuhkan semula
Riau.
7. Bugis di Selangor
• Mengenai Opu Kelana Jaya Putera dan saudara bugisnya di Selangor.
• Di Linggi, org2 Bugis memasang belat mengambil ikan. • Orang suruhan Penghulu Linggi meminta hasil.• Penghulu Linggi marah.• Menuyuruh juak-juaknya mengeraskan Bugis itu. Bugis pun
melawan. • Maka undurlah orang suruhan minta bantuan penghulu dan
Bugis pulang ke Selangor.• Penghulu mengarahkan belat itu dicencang-cencang.• Sampai orang suruhan penghulu dan belat yg telah
dicencang.• Marahlah opu-opu.• Penghulu mengarahkan org suruhan membuat kubu. • Linggi dibwh pemerintahan Raja Kecik. • Kelana Jaya Putera dan opu-opunya berangkat ke Linggi. • Penghulu meminta aman kepada opu-opu (hendak
memberitahu Raja Kecik).• Membawa surat kepada Raja Kecik.
• Apabila sampai di Linggi, lalu berperanglah dengan Opu Kelana Jaya Putera.
• RK suruh orangnya sediakan sampan.• Takut dipintas bugis. • Sampan Bugis berundur perlahan-lahan dan diikuti
Minangkabau. • Menyangka Bugis tewas.• Apabila sampan bugis dekat dengan perahu
besarnya, maka ia pun berlindunglah di belakang perahu besarnya.
• Lalu dibedilnya dengan meriam dan lela. • Apabila perahu besar RK melihat sampan-
sampannya berlawan dengan perahu besar Bugis, lalu dibedilnya dengan meriam.
• Terkena kawan-kawannya sendiri.• Tewaslah Raja Kecil.
8. Pertabalan Sultan Sulaiman
• Opu-opu ingin melantik Raja Sulaiman menjadi sultan Johor.
• Tp, segala semberab dan pedang kerajaan (Laila Majnun dan keris panjang) pada Raja Kecik.
• Opu-opu ke Siak dan mudik ke Buantan utk ambil alat kerajaan.
• Opu-opu tidak mahu memulangkannya. • Marahlah Kelana Jaya Putera.• Maka, berperanglah Minagkabau dengan Bugis.• Bugis yg berniaga di Siak menyebelahi Kelana Jaya
Putera.• Buantan pun alah.• RK lari ke hulu dan naik ke darat diikuti Bugis.• RK hampir tewas dan dimintanya aman serta
memulangkan segala semberab kerajaan.
• KJP berangkat pulang ke Riau. • Dilantik Raja Sulaiman dgn gelaran Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah.• Sultan Sulaiman dan Datuk Bendahara berpakat
membalas jasa opu-opu Raja Bugis itu.• Minta salah seorang opu-opu itu menjadi Yang
Dipertuan Muda.• Akhirnya diputuskan Kelana Jaya Putera menjadi
Yang Dipertuan Muda serta menikahkan Opu Dahing Cellak dengan Tengku Mandak.
• Dahing Menampuk dinikahkan pula dengan bonda saudaranya iaitu Tun Tipah.
• Dahing Massuro dinikahkan dengan Tun Kecik(sepupu Sultan Sulaiman).
• Dahing Mangngatuk dinikahkan dengan Tun Inah(sepupu Sultan Sulaiman).
BAB 9Jamilah Mustakim
PERANG KEDAH YANG PERTAMA
• Opu Dahing Perani pulang ke Selangor bersama-sama saudaranya.
• Berkhawin dengan putera Yang Dipertuan Selangor. Dan mempunyai seorang anak
• Utusan surat dari Raja Kedah yang tua• Memohon bantuan drpd Opu Dahing Parani untuk
mendapatkan semula takhta kerajaan Kedah yg diambil oleh Raja Kedah yg muda
• Raja Sulaiman, Yang Dipertuan Muda Riau dan Opu Dahing Cellak bermuafakat untuk menolong
• Yang Dipertuan Muda serta Opu-Opu bersaudara datang ke Kedah.
• Raja Kedah yang tua berjanji akan memberikan ganjaran lima belas ringgit kepada Yang Dipertuan Muda serta Opu-Opu bersaudara.
• Hasrat sebenar mereka hanya untuk menolong Raja Kedah yang tua semata-mata
• Mengumpul semua orang Bugis yg berada di Kedah untuk mendapatkan kata putus
• Raja Kedah yang tua dilantik sebagai Yang Dipertuan Kedah
• Tidak di iktiraf oleh Raja Kedah yg muda.• Tercetusnya perang selama hampir sebulan.• Raja Kedah yg muda berundur dan membawa
diri ke tempat yg jauh• Org Bugis dan Yang Dipertuan Muda merampas
kawasan yg dahulunya dimiliko oleh Raja Kedah yang muda
• Yang Dipertuan Muda dan Opu-Opu bersaudara pulang ke Riau.
• Diberi ganjaran sebanyak tiga belas ringgit.• Setelah kembali ke Riau, mereka menceritakan
kemenangan dalam peperangan kepada Raja Sulaiman.
• Opu Dahing Parani berkahwin dgn saudara Yang Dipertuan Kedah, dan dikurniakan seorang anak perempuan
• Opu Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasik meminta izin dgn Yang Dipertuan Muda dan Raja Sulaiman untk pulang ke Matan.
• Raja Sambas iaitu Sultan Adil menghantar utusan kepada Yang Dipertuan Muda dan saudaranya untuk datang melawat ke Sambas.
• Bertujuan untuk memberikan jawatan kepada salah satu daripafa mereka.
• Hanya Dahing Kemasik sahaja yg belum mempunyai jawatan
• Disambut secara besar-besaran dengan penuh adat istiadat anak-anak raja.
• Sultan Adil menikahkan Dahing Kemasik dengan saudara baginda yang bernama Raden Tengah
• Dahing Kemasik memerintah Sambas dengan gelaran Pangeran Mangkubumi
• Dahing Menambun pulang ke Mantan• Disambut oleh mentuanya Sultan Muhammad
Zainul Din
• Dahing Menambun diberi gelaran Pangeran Emas Seri Negara dan isterinya Puteri Kesuma diberi gelaran Ratu Agung Sinuhun
• Memerintah negeri Mempawah
BAB 10
PERANG KEDAH YANG KEDUA
• Raja Kedah yg muda tidak berpuas hati dengan pertabalan Raja Kedah yang tua menjadi Yang Dipertuan Kedah.
• Meminta bantuan Raja Kecik dari Siak.• Raja Kecik di kahwinkan dengan saudara Raja Kedah
yang muda.• Raja Kedah yang tua, memohon bantuan daripada
Yang Dipertuan Muda Riau.• Terjadinya salah faham antara Sultan Sulaiman dgn
org-org Bugis di Riau
• Sultan Sulaiman membawa diri belayar ke Kampar• Yang Dpertuan Muda dan saudaranya sepakat
untuk membaikan hubungan antara dua Raja Kedah yg bersaudara itu.
• Membuat rundingan dengan Raja Kecik• Berlakunya peperangan antara Yang Dipertuan
Muda Riau dgn Raja Kecik• Kubu org Siak berjaya ditawan oleh org Bugis hasil
daripada serangan Opu Dahing Perani.
• Raja Kecik terjun ke dlm parit di tepi kubunya bersama dengan panglima baginda yg bernama Panglima Dalam
• Berenang ke kubu seberang • Berpakat dgn hulubalang yg bernama Panglima
Yahya untuk menyerang hendap kubu org Bugis.
• Menyelinap masuk pada waktu malam dan berjaya mendapatkan semula kubu Raja Kecik
• Yang Dipertuan Muda mengumpulkan segala kelengkapan untuk menyerang kubu Raja Kecik di sebelah hulu.
• berlaku peperangan yg sengit• Opu Dahing Paerani mangkat terkena bedilan peluru
meriam di dada• Yang Dipertuan Muda dan Apu Dahing Cellak
mengamuk lalu menyerang kubu serta rumah Raja Kecik.
• Raja kecik lari balik ke Siak
• Yang Dituan Muda serta Raja Kedah memakamkan jenazah Opu Dahing Parani mengikut adat istiadat raja-raja mangkat.
• Yang Dipertua Muda kembali ke Riau• Singgah ke Kampar untuk membawa balik
semula Sultan Sulaiman ke Riau• Bercadang meramaikan Riau dengan aktiviti
perdangangan
• Membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dengan membina kubu serta melengkapkan senjara untuk berperang.
• Setahun selepas itu berlakulah Perang Kedah yang ke -3 pada 1136 Hijrah.
• Raja Kecik menyerang Riau pada 9 Syahban 1137 Hijrah.
• Adakala berperang adakala tidak..• 20 Zulhijah org-org tua dan rakyat bermuafakat
memohon agar berdamai.
• Bulan Hijrah 1138, Sultan Khalifah Allah Muhammad Syah datang ke Kampar.
• Membawa surat sumpah setia antara Raja Pangar Ruyung dengan Raja Johor dan anak Minangkabau yang di pesisiran pantai.
• Raja Kecik datang ke Riau tanpa sebarang tentera• Bertujuan untuk memohon kepada Sultan Sulaiman
dan Yang Dipertuan Muda agar membenarkan baginda membawa pulang isterinya ke Siak.
• Raja Kecik bersumpah setia kepada Raja Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda.
• Sekiranya Raja Kecik mempunyai niat yang tidak baik terhadap Sultan Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda, tidak akan selamat hidupnya sehingga ke anak cucu dan hilang daulatnya sesebagai seorang raja.
• Raja kecik balik ke Siak bersama-sama isterinya Tengku Kamariah.
• Pada tahun 1139 Hijrah, Raja Kecik mungkir janji yg telah dibuat dengan menyerang Riau.
• Berkubu di Pulau Bayan, lengkap bersenjata.• Namun dipatahkan oleh Yang Dipertuan Muda.• Setelah berperang selama 2 hari Raja Kecik lari
semula ke Siak.• Beras mahal di dalam Riau sehingga mencecah
ecam cupak emas.
• Sultan Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda menyuruh Raja Tua ke Terengganu untuk merajakan Tun Zainul Abidin, yg kemudiannya bergelar Sultan Zainul Abidin Raja Terengganu.
BAB 11
BUGIS DI MEMPAWAH
• Opu Mayur Dahing Biasa memanggil anaknya Opu Dahing Kekola
• Menyuruh anaknya untuk pergi melihat khabar saudaranya yg berlima adakah benar khabar angin yang mengatakan mereka sering berperang untuk membertahankan iparnya Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
• Menintahkan agar anak gadis nya di kahwin kan dengan anak lelaki daripada salah satu saudaranya yang berlima.
• Singgah ke Mempawah, menghadap Pangeran Emas Seri Negara iaitu Opu Dahing Menambun.
• Opu Dahing Kelola belayar ke Betawi.• Membawa bersama anak saudaranya Gusti Jameril
untuk dikahwinkan dengan anaknya yang bernama D
• Opu Mayur teramat suka dengan kedatangan Opu Dahing Kelola
• Membawa Gusti Jameril berjumpa dengan Jeneral Ihmuf lalu diperkenalkan bahawa beliau merupakan anak Raja Mempawah, bakal menantu anaknya. Dahing Muda.
• Perkahwinan dijalankan penuh dengan adat istiadat perkahwinan diraja. Dengan jamuan yang besar-besaran
• 5 bulan berkahwin, Gusti Jameril memohon kepada paduka nenda baginda Mayur untuk balik ke Mempawah.
• Belayarlah dia kembali ke Mempawah dengan ditemani oleh saudaranya yang bernama Dahing Lolo bersama-sama pelbagai barang dagangan dari Betawi.
• Gusti Jameril memohon kepada ayahndanya untuk mudik ke hulu untuk berdagang.
• Berjumpa dengan datuk moyang sebelah ibunya iaitu Pangeran Dipati di Pinang Sekayuk.
• Pangeran Dipati datang menyambut Gusti Jameril. Lalu tinggal selama 2 malam di dalam istananya
• Di suruhnya Gusti Jameril membaca al-Quran berserta maksudnya.
• Pangeran Dipati mempunyai 3 org anak• Anak pertama lelaki bernama Raden Jaga, dan
dua org perempuan bernama Emas Seri Sangka dan Emas Candi.
• Disuruh memilih antara dua puterinya itu mana yang berkenan
• Mohon diberi masa untuk berbicang dengan ayahndanya Pangeran Emas Seri Negara
• Pangeran Dipati ingin mengahwinkan anaknya Emas Seri Sangka dengan Gusti Jameli.
• Gusti Jameli memohon untuk mudik ke Sebukit untuk berjumpa dengan ayahndanya
• Gusti Jameli menolak cadangan Pangeran Dipati• Gusti Jameli sudah mempunyai isteri di Betawi dan
sudah pun bercadang untuk membawanya tinggal bersama-sama.
• Takut merosakkan hubungan persaudaraan dengan ayah kepada Pangeran Emas Seri Negara.
• Pangeran Emas Seri Negara menyuruh Demang Rilaga untuk mudik mengambil perahu Gusti Jameli di Pangkalan Salih serta menghantar satu surat kepada Pangeran Dipati
• Demang Rilaga ingin mengutip hutang dengan menujukkan surat-surat hutang kepada kepala-kepala Dayak Salih
• Salah seorang daripada kepala dayak bernama Pak Senti membuat fitnah kepada Raden Jaga mengatakan bahawa Demang Rilaga berlaku keras semasa menuntut hutang
• Raden Jaga tanpa usul periksa, mengumpul org2 Islam serta beratus-ratus Dayak pergi memusnahkan perahu dari Sebukit milik Gusti Jameril
• Demang Rilaga Mudik ke Sebukit. Dan menceritakan perkara yang berlaku.
• Pangeran Emas berasa marah lalu menyiapkan kelengkapan untuk pergi berperang untuk menyerang Pangeran Dipati di Pinang Sekayuk.
• Memberi tahu adinda baginda Pangeran Mangkubimi di Sambas
• Setelah kepergian Demang Rilanga, Raden Jaga mengarahakan untuk membuat kubu sepanjang sungai
• Indera Guru La Maluk membawa surat ke Riau kepada paduka adinda baginda Yang Dipertuan Muda Riau
• Pangeran Emas Seri Negara mudik ke Pinang Sekayu bersama-sama dengan Pangeran Mangkubumi, Gusti Jameril, Gusti Jamadin. Gusti Panglima serta Indera guru To Jerpak dan segala panglima-panglima.
• Setelah sampai ke Kuala Melansam, Pangeran Emas Seri Negara menitahkan orang-orang Bugis untuk membuat kubu.
• Pangeran Dipati pun membuat kubu bertentangan dengan kubu Melansam.
• Banyak Dayak-Dayak Kuala Melansam berpihak kepada Pangeran Emas Seri Negara
BAB 12
PEPERANGAN DI MEMPAWAH
• Raja Landak ataupun nama betulnya Ratu terdengar khabar mengatakan bahwa Raja Pinang Sekayuk berperangan dengan Raja Sebukit di dalam Mempawah.
• Segera berangkat bersama-sama Raden Othman dan diringi oleh org Islam Landak dan Dayak Cugi ke Piang Sekayuk.
• Berjumpa dengan Pangeran Dipati Pinang Sekayuk, untuk mendamaikan kedua-dua kerana sudah seperti saudara.
• Namun Pangeran Emas Seri Negara telah menghantar surat meminta bantuan ke Riau. Apa-apa keputusan tunggu setelah kapal dari Riau datang
• Pangeran Emas Seri Negara dan Ratu Bagus, berangat untk berjumpa dengan Yang Dipertuan Muda
• Berbincang dengan Yang Dipertuan Muda untuk berdamai
• Ratu Bagus menyuruh Tuan Imam Sebukit untuk menyampaikan hasrat baginda untuk memperhambakan diri kepada Pangeran Emas Seri Negara.
• Berkahwinlah Ratu Bagus dengan Utin Dewaman.• Mendapat gelaran yang Dipertuan Muda
Panglima Perang`• Pangeran Dipati serta anaknya Raden Jaga
bermesyuarat dengan menteri-menterinya.
• Semua kubu-kubu Pangeran Dipati musnah di serang orang Bugis.
• Pangeran Dipati menyerah kalah.• Segala kepala-kepala Dayak mengharap
Pangeran Emas Seri Negara dan bersumpah setia dengan pemerintahan Mempawah
• Yang Dipertuan Muda dan Pangeran Mangkubumi pulang ke negara asal masing-masing.
BAB 13
KEKACAUAN DI RIAU
• Setelah Raja Kecik balik ke Riau bersama-sama Dahing Matekkuh.
• Bermuafakat untuk menyerak Riau. Dengan 60 buah penjajap serta kelengkapan perang yang banyak.
• Sultan Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda menyiapkan segala kelengkapan untuk menangkis serangan dari Siak.
• 7 hari sebelum menyerang Riau, Raja Kecik mengadakan perbincangan dengan menterinya
• Berlakulah peperangan dibesar-besaran di Penyengat pada pada 7 Safar pada waktu tengah hari.
• Senjata Raja Kecik tidak setanding dengan senjara Riau.
• Pada waktu malam, semua tentera dan kapal-kapal perang Raja Kecik bertempiaran melarikan diri.
• Raja Kecik berundur balik ke Siak dengan kerugian.
• Datang Raja Alam, lalu diperiksa oleh Sultan Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda.
• Ditanya sama ada datang untuk niat yang baik atupun tidak
• Raja Alam Tidak membalas, malah berdiam diri.• Yang Dipertuan Muda murka, lalu menintahkan
dua org panglimanya untuk menyerang kapal Raja Alam di Tanjung Sebadam.
• Berperanglah dua panglima tersebut dengan org Siak.
• Dua org panglima tersebut berundur balik kalah diserang oleh kapal-kapal Siak.
• Raja Alam mengambil Batangan.• Dua orang panglima Riau diberi bantuan
kelengkapan perang berserta bantuan daripada anak raja-raja bugis.
• Berjaya menewaskan Raja Alam. Raja Alam kemudiannya lari ke Kuala Riau. Bersembunyi selama 8 bulan. Sebelum melarikan diri semula meninggalkan segala kelengkapannya.
• Sultan Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda menikahkan putera baginda Sultan Sulaiman yang perempuan bernama Raja Bulang dengan Yang Dipertuan Raja Kecik Terengganu, yang merupakan anak Sultan zainul Abidin Syah
BAB 14
PERANG SAUDARA DI SIAK
• Raja Alam dan Dahing Matekkuh serta Raja Emas balik semula ke Siak setelah kalah dalam peperangan
• Raja Kecik berputus asa untuk menyerang kembali Riau.
• Menyerahkan pemerintahan kerjaanya kepada anaknya Raja Alam, dengan gelaran Yang Dipertuan Muda.
• Di bantah oleh Tengku Mahmud kerana merasakan dirinya lbih layak, kerana berdarah gahara.
• Rakyat berpecah kepada dua, ada yang menyokong Raja Alam, dan ada yang menyokong Tengku Mahmud.
• Berlakulah peperangan dalam negara Siak.• Tengku Mahmud di dalam Kota Besar• Raja Alam di Dalam Kota Tuan Besar• Para menteri mengadu kepada Raja Kecik
namun Raja Kecik seolah-olah orang yang hilang akal.
• Semakin hari pengikut Tengku Mahmud semakin banyak.
• Raja Alam berundur membawa diri ke batu Bahara untuk mencari kuasa. Kemudiannya mengembara ke Palembang untuk mendapatkan sedikit harta.
• Raja Alam seterusnya ke Deli. Dan mendapat sokongan rakyat di situ.
• Menyiapkan alatan perang untuk menyerang Tengkuh Mahmud.
• Raja Kecik mangkat, dan digantikan oleh Tengku Ahmad, yg kemudiannya dipanggil Sultan Mahmud.
• Tidak berapa lama kemudian Raja Alam datang ke Siak dan berperang.
• Sultan Mahmud berundur ke Pulau Lawan.• Raja Alam melantik anaknya Raja Muhammad
Ali menjadi yang Dipetuan muda.
BAB 15
PERBALAHAN ANTARA PERAK DAN SELANGOR
• 16 Jamadil Akhir 1153 Hijrah, Yang Dipertuan Muda berangkat ke Selangor.
• Berlaku salah faham dengan Yang Dipertuan Perak. Raja Perak berkeras tidak mahu memengikut perintah Yang Dipertuan Muda.
• Yang Dipertuan Muda menyerang kerajaan Perak.
• Raja Perak membuah kubu, maka tercetusnya peperangan.
• Semua Kubu Raja Perak berjaya ditawan oleh orang Bugis
• Setelah Perak menyerah kalah, Yang Dipertuan Muda membuat janji setia dengan Yang Dipertuan Selangor.
• Sultan Sulaiman menghantar utusan untuk memanggil Yang Dipertuan Muda balik ke Riau.
• Riau menjadi pusat perdagangan yg mashyur berkat pemerintahan Sultan Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda.
• Pada 1158, Yang Dipertuan Muda Opu Dahing Cellak jatuh gering, tidak berapa lama kemudian mangkat.
• Dimakamkan oleh Sultan Sulaiman dengan adat istiadat raja-raja mangkat
• Berkabung selama 40 hari.• Sultan Sulaiman susah untuk mencari penganti
kerana perjanjian sumpah setia antara Bugis dan melayu.
• Melantik Dahing Kembuja menjadi yang Dipetuan Muda
• Dahing Kembuja memohon untuk ke Selangor untuk bermuafakat dengan paduka adindanya Yang Dipertuan Selangor putera Yang Dipertuan Muda Riau Opu Dahing Cellak.
• Raja Buangan Sultan Mahmud memohon ampun kepada Sultan Sulaiman.
• Setelah selesai Dahing Kambuja ke selangor, beliau kembali semula pada 17 Muhharam 1161.
BAB 16
PEPERANGAN DI SIANTAN
• Banyak konflik berlaku antara Raja-Raja Melayu dgn Raja-raja peranakan Bugis semasa Dahing Kembuja menjadi Yang Dipertuan Muda.
• Orang-orang Bugis mengambil kuasa, kuasa Yang Dipertuan Muda berketurunan Bugis lebih tinggi daripada Bendahara, Temenggung dan menteri-menteri lain.
• Sultan Sulaiman terhutang budi dengan Opu-Opu Bugis, dalam mendapatkan semula kerajaannya ayahandanya yang dirampas oleh Raja Kecik
• Perjanjian sumpah setia antara Sultan Sulaiman berketurunan Melayu dengan Opu-Opu Bugis.
• Melantik Yang Dipertuan Muda daripada keturunan Bugis.
• Sekiranya org Melayu melanggar perjanjian, orang Bugis akan mempertahankan haknya.
• Raja Tua anak Dahing Menampuk berketurunan Bugis, manakala ibunya berketurunan raja Melayu.
• Tidak tahu menyebelah pihak yg mana satu.
• Org Melayu semakin rasa tergugat dengan bilangan org Bugis.
• Punca tercetusnya konflik org Melayu dengan orang Bugis bermula apabila Sultan Mahmud Siak memohon ampun kepada Sultan Sulaiman dan semua org Bugis.
• Berpakat dengan Raja Alam di Siak, diketuai oleh Raja Kecik Terengganu.
• Orang Bugis dan org Melayu mula bertengkar satu sama lain
• Pada 12 Syawal 1161, Sultan Sulaiman pergi meminta bantuan Holanda di Melaka untuk menyerang Siak.
• Siak kalah, Raja Alam berundur ke Batu Bahara. • Sultan Mahmud menjadi Raja Siak.• Holanda menduduki Pulau Gontong, membuat
perjanjian dengan Sultan Mahmud.• Sultan Mahmud merompak perahu-perah Jawa
dan Holanda yang ingin masuk ke Siak.
• Gabenor Holanda di Melaka menghantar tentera menyerang Sultan Mahmud di Sanglar.
• Sultan Mahmud kalah, dan tidak dibenarkan untuk masuk ke Siak oleh Raja Melaka.
• Raja Alam tetap menyerang Sultan Sulaiman di Riau.• Raja Alam berundur ke Matan, dan dilindungi oleh
Raja Matan• Yang Dipertuan Muda dan Sultan Sulaiman balik ke
Riau.
BAB 17
PERMUSUHAN TERHADAP BUGIS DI RIAU
• Orang-orang Melayu berasa tidak senang hati melihat keakraban anak-anak Sultan Sulaiman bergaul mesra dengan anak-anak Yang Dipertuan Muda.
• Raja Kecik membuat fitnah mengatakan Bugis hendak mengamuk dan membakar rumah, menyebabkan org Terengganu mengamuk dengan org Bugis selama 2 tau 3 bulan
• Yang Dipertuan Muda menyiasat, ternyata hanya satu penipuan
• Selang 5 hari, datang fitnah mengatakan bahawa Bugis hendak membakar kota, dikejarnya lari.
• Yang Dipertuan Muda mengumpul orang-orang Bugis dan semua org Melayu.
• Bertanya siapa yg melihat, siapa yg mengejar, siapa yg dikejar, dan siapa yg memberi tahu hal semalam.
• Sultan Sulaiman kecewa dengan suku-suku Melayu, orang2 besar Melayu dan menantunya Raja Kecik Terengganu kerana menabur fitnah kepada org Bugis
• Kira-kira 10 hari selepas peristiwa fitnah itu berlaku, org-org Melayu membawa lembing dan senjata menuju ke rumah Tun Wangsa
• Raja Abdul Jalil terbangun dan bertanya apa yg berlaku.
• Dikatakan Bugis memasuki istana Paduka bonda Tun Wangsa.
• Raja Abdul Jalil bertanya macam mana mereka tahu org Bugis yg bertikam, walhal ketika itu waktu malam
• Raja Abdul Jalil mengadu kepada ayahndanya Yang Dipetuan Muda
• Memanggil Raja Kecik, Bendahara Temenggung dan Raja Abdul Jalil untuk mendengar cerita sebenar.
• Semua terdiam tiada berkata apa-apa, melainkan Raja Abdul Jalil, mengatakan Raja Kecik sengaja menimbulkan fitnah agar org Melayu salah faham dengan org Bugis.
• Yang Dipertuan Muda sedar, suku-suku Melayu semakin iri hati dengan dengan org Bugis.
• Hubungan mesra putera-putera beliau dengan Sultan Sulaiman tidak terjejas malah semakin rapat dan semakin mesra.
• Raja Kecik tidak sakit hati, menabur fitnah setiap hari untuk menimbulkan rasa benci dalam diri suku Melayu terhdap org Bugis.
• Yang Dipertuan Muda ingin keluar dari Riau.
• Sultan Sulaiman tidak membenarkan Yang Dipertuan Muda keluar dari Riau.
• Yang Dipertuan Muda, menyiapkan segala kelengkapan, anak isterinya naik perahu.
• Tetap akan keluar dari dari Riau, meskipun Sultan Sulaiman tidak membenarkan.
• Selama pemerintahan saudara-saudara Bugis yg lain aman damai, kenapa sekarang mula hulu hara.
• Jika diberi arahan beliau akan kerjakan.
• Memohon untuk berpisah sebentar daripada Sultan Sulaiman.
• Sultan Sulaiman bersedih hati.• Yang Dipertuan Muda mudik ke Linggi.• Sultan Sultan Sulaiman menangis berhari-hari,
bimbang sekiranya saudara-saudaranya menyerang baginda.
• Raja Kecik dan Bendahara menyerang Riau.• Dibantu oleh kapal Holanda.• Mengambil Raja Aminah dan Raja Halimah keluar Riau
• Raja Haji mengajak Raja Kecik untuk berperang.• Raja Kecik berjumpa gabenor Halonda di Melaka,
mengaku bahawa baginda merupakan utusan Sultan Sulaiman.
• Sultan Sulaiman ingin menghusir org-org Bugis yang berada di Riau
• Org-org Bugis mengamil kerajaan Johor.• Menyebabkan Yang Dipertuan Muda di husir
keluar
Bab 18 – Bab 27
Nizar Syazwan
Bab 28 – Bab 36
Jay Fresley John
Bab 28: Raja Haji Menjadi Yamtuan Muda Riau
• Riau - Sultan Mahmud• Riau - Yang Dipertuan Muda Riau iaitu Marhum
Janggut mangkat.• Raja Haji yang berada di Pahang dijemput balik
untuk menjadi Yamtuan Muda Riau.• Raja Haji membuat istana di Pulau Malam
Dewa.• Kota-kota yang indah, tiang balai bersalut
tembaga (melambangkan kekayaan Riau).
• Alat perhiasan istana daripada emas dan perak, talam dan ceper dari China dan tepak dan balang air mawar dari Benila (berlakunya interaksi perdagangan).
• Riau menjadi aman dan makmur, orang-orang Riau menjadi kaya raya.
• Raja Haji mendapat hasil-hasil perdagangan dan cukai-cukai.
• Orang-orang Melayu menaruh dendam terhadap Raja Haji dan orang-orang Bugis.
• Yang Dipertuan Terengganu, Raja Indera Bongsu dan Bendahara Pahang menabur fitnah dan berkirim surat dengan Hollanda dan Inggeris meminta agar Riau diserang.
• Raja Ismail di Tanah Putih menawan Siak yang diperintah oleh Yang Dipertuan Muhammad Ali.
Bab 29: Belanda Mengepung Selangor
• Selangor – Sultan Salihul Din mangkat dan digantikan dengan Raja Ibrahim (putera Raja Haji) menjadi Yamtuan Besar dan Raja Nala menjadi Yang Dipertuan Muda.
• Raja Haji memerintah Riau dan jajahan takluknya selama 80 tahun.
• Kemerosotan Riau bermula apabila Perjanjian Riau-Belanda dicabuli.
• Perjanjian – harta rampasan perang akan dibahagikan (musuh Belanda, musuh Riau juga).
• Belanda tidak membahagikan rampasan dari satu kapal musuh Belanda yang ditahan di pelabuhan Riau.
• Raja Haji pergi ke Muar dan Raja Melaka (Belanda) menyuruh seorang kepercayaannya untuk berunding tetapi timbul pula salah faham.
• Raja Haji memulangkan surat perjanjian, Belanda marah dan mengarahkan Piter Jakub Pamberam menyerang Riau sebelum Riau menyerang terlebih dahulu.
• Perang Riau - Belanda berlangsung selama 11 bulan.• Ada usaha berdamai tetapi gagal.• Satu kapal Belanda yang bernama Malak Suar Far
berjaya dibedil dan diletupkan dan dikatakan seramai 800 ratus orang mati termasuk komesarisnya.
• Perang tamat.
Bab 30: Kemangkatan Raja Haji
• Yang Dipertuan Selangor, Sultan Ibrahim serta Raja Nala bermusyawarah dengan Datuk Punggawa, Penghulu Rembau dan Penghulu Pedas untuk membantu Raja Haji menyerang Melaka.
• Angkatan Melaka tewas dan berundur, Gabernor Melaka mengirim surat meminta bantuan dari Piter Jakub di pelabuhan Riau.
• Sultan Ibrahim pergi ke Riau untuk mengajak Raja Haji berperang bersama dan dengan mengharap mati syahid baginda pun pergi.
• Sultan Mahmud dan Raja Haji berangkat ke Melaka, Sultan Mahmud ditinggalkan di Muar dan Raja Haji membuat kubu di Teluk Ketapang.
• Semabuk ditawan oleh Punggawa Opu Nasti.Raja Haji melarang Sultan Mahmud berperang dan meminta baginda menjaga pacal-pacal anak Bugis sekiranya Raja Haji mangkat dalam perang.
• Raja Ibrahim berkubu di Batang Tiga dan menyerang Melaka dari sebelah darat Melaka.Raja Haji menyerang dari timur Melaka.
• Angkatan Melaka tewas dan berundur masuk ke dalam kota Melaka.
• Bantuan dari Betawi lewat sampai.• Gabenor Melaka menulis surat kepada raja-
raja di negeri sekitar untuk meminta bantuan.• Yamtuan Muhamad Ali dan Saiyid Ali bin
Othman dari Siak pergi ke Melaka membantu Belanda kerana hendakkan harta.
• Bantuan dari Betawi juga sampai.• Raja Haji dan angkatan bersuka-sukaan tiap
malam meraikan kemenangan.
• Belanda dengan bantuang Siak menyerang kubu Raja Haji dan baginda pun mati syahid.
• Raja Haji dikebumikan dengan penuh istiadat di Melaka oleh kapitan Melayu.
• Raja Selangor-punca Belanda berperang dengan Riau sedangkan proses damai sedang diusahakan ketika itu.
• Belanda dengan bantuan Siak menyerang Selangor.
Bab 31: Belanda Membuat Perjanjian Dengan Riau
• Perebutan Yang Dipertuan Muda yang baru berlaku antara suku Melayu dan Raja Tua dengan suku Bugis.
• Raja Ali dilantik menjadi YDM yang baru tetapi akhirnya pergi ke Mempawah dan Sukadana kerana bertelagah dengan suku Melayu.
• Raja Tua merampas istana dan harta benda-Sultan Mahmud terpaksa menurut.
• Raja Tua berdamai dengan Belanda dan membuat satu perjanjian yang menguntungkan Belanda.
• Belanda meninggalkan seorang fetur untuk mengawal perdagangan.
Bab 32: Belanda Mengepung Selangor
• Raja Ibrahim dengan bantuan Pahang menyerang Selangor secara mengejut menyebabkan Belanda berundur semula ke Melaka.
• Belanda mengepung Selangor selama 11 bulan dan kemudiannya membuat perjanjian.
• Inggeris “kononnya” menegur tindakan Belanda yang asyik berperang.
Bab 33: Perpindahan Dari Riau Ke Lingga
• Fetur Belanda memperhambakan rakyat Riau untuk membangunkan negeri.
• Sultan Mahmud meminta bantuan Raja Tempasuk untuk menyerang Belanda di Riau.
• Sultan Mahmud menipu Belanda dan dapat dikalahkan lalu berundur ke Melaka.Hal ini berlaku pada Hijrat 1215.
• Sultan Mahmud berpindah ke Lingga bersama-sama orang-orang Melayu dan peranakan Bugis kerana takut diserang semula oleh Belanda.
• Suku-suku Bendahara pula belayar ke Pahang.• Tinggal orang-orang Cina yang menjadi kuli
orang-orang Melayu dan Bugis di ladang-ladang gambir dan lada hitam.
• Belanda datang semula-meninggalkan fetur dan beberapa buah kapal perang.
• Membuka perdagangan kepada orang Jawa-beras.
• Belanda berusaha memerangi lanun-lanun.
Bab 34: Peristiwa di Terengganu, Kalimantan dan Siak
• Hijrat 1206- Sultan Mahmud pergi ke Terengganu untuk berbincang dengan Yang Dipertuan Terengganu untuk berdamai dengan Belanda.
• Siak-YDM Muhammad Ali menjadi Raja Tua dan menasihati anaknya, Raja Yahya.
• Mengambil Saiyid Ali bin Othman sebagai menantu.• Saiyid Ali berkuasa-merompak dan melanggar negeri-
negeri kecil.• Menyerang dan merompak harta benda rakyat Kuala
Singgora.
Bab 35: Percubaan Berdamai dengan Belanda
• Yang Dipertuan Terengganu bersetuju berdamai dengan Belanda.
• Menyuruh Encik Ismail dan Wan Kobat menghantar surat kepada Belanda di Riau.
• Belanda membalas surat dengan kasar, bangkit tempelak dan cercanya kepada YD Terengganu.
• YD Terengganu membaca surat dan baginda tidak berani memberitahu Sultan Mahmud tentang isi kandungan surat Belanda itu.
• Sultan Mahmud yang berada di Pahang tidak menerima surat tersebut lalu balik ke Lingga.
• Tanah Singkep dibuka-perahu-perahu dari timur datang bawa beras dan wangkang dari China juga datang.
• Orang Melayu dan peranakan Bugis mengerjakan timah-timah.
• Kegiatan perlanunan berleluasa.• Inderagiri ditakluk dan Raja Jaafar menjadi raja.
Bab 36: Permusuhan Melayu-Bugis Berterusan
• Sukadana-YDM Raja Ali bermusuh dengan Pontianak dan Belanda kerana fitnah dan tamak dan haloba.
• Perang-Raja Ali kalah dan berundur ke Lawar-Tambelan-Siantan.
• Meminta YD Selangor untuk bedamai dengan Belanda bagi pihaknya.Belanda enggan kerana takut tidak dipatuhi lagi.
• Dipertimbangkan tetapi perlu dirujuk kepada Astatan Jeneral di Betawi.
• Hijrat 1208-Inggeris mengambil alih Riau dan Melaka.
• Belanda menyerahkan Riau kepada Sultan Mahmud tanpa perjanjian.
Bab 37 – Bab 44
FAIZ JAWAWI
Bab 37 : Perdamaian di Antara Bugis dan Orang Melayu
• Berlaku perselisihan faham antara YDM Raja Ali dan Engku Muda
• Disebabkan perebutan kuasa di Riau• Rakyat Riau berbelah bahagi• Berlakunya peperangan antara YDM Raja Ali
dan Engku Muda
• Engku Muda tewas dan berundur ke Bulang• Sultan Mahmud telah ke Bulang untuk
mendamaikan kedua-dua pihak• Kedua-duanya telah berdamai dan sumpah
setia antara Bugis dan Melayu telah berlaku
Bab 38 : Peristiwa-peristiwa di Siak
• Sayid Ali, abang YD Muda menyerang Siak setelah kemangkatan YD Muhammmad Ali
• YDB Tengku Musa dan YDM terpengaruh dengan tipu helah Sayid Ali
• Kerabat dan pembesar Siak berundur ke Kampar• Di Kampar, Sayid Ali telah datang menyerang • Sayid Ali berjaya menjadi YD Siak • Sayid Ali menghadap Sultan Mahmud
Bab 39 : Sultan Mahmud Menyerahkan Pulau Penyengat kepada Bugis
• Sultan Mahmud membuka Pulau Penyengat• Membina istana di situ• Memindahkan Raja Hamidah dan kerabatnya• Sultan menitahkan Pulau Penyengat milik Raja
Hamidah adik-beradik, iaitu putera-putera Marhum Raja Haji
• YDM Raja Ali mangkat• YDM Raja Raja Jaafar menggantikan Raja Ali
Bab 40 : Kemangkatan Sultan Mahmud
• Wujud ajaran sesat di Lingga yang dibawa oleh Lebai Tamat
• YDM Raja Jaafar murka dan Lebai Tamat dihantar ke Lampung
• Di Lampung, Lebai Tamat mengaku sebagai Raja Haji• Sultan murka dan mahukan Lebai Tamat dan
pengikutnya dibunuh• Dengan tipu muslihat, Lebai Tamat berjaya dibawa
ke Riau dan disalib serta dipancung
• Sultan Mahmud gering• Memanggil YDM raja Jaafar dan berwasiat supaya
anaknya, Tengku Abd Rahman menggantikan tempatnya setelah baginda mangkat
• Tengku Abdul Rahman telah menggantikan ayahandanya dengan gelaran Sultan Abd Rahman
• Raja Husin turut datang ke Riau setelah mengetahui ayahandanya mangkat
• Dikatakan Sultan Abd Rahman seorang yang kuat ibadat.
Bab 41 : Belanda Menetap di Tanjung Pinang
• Raja Melaka, Mejur Wilim Ferkuar singgah di Riau sebelum meneruskan perjalanannya ke Pontianak
• Melihat banyak kapal Belanda telah berlabuh di Pontianak
• Beranggapan bahawa Belanda mahukan Riau dan berjumpa dengan YDM Raja Jaafar
• Inggeris sedia beri pertolongan kepada YDM Raja Jaafar memerangi Belanda
• YDM serta pembesar yang lain mengambil keputusan berperang dengan Belanda
• Wakil Belanda, Adrian Kok berjumpa dengan YDM Raja Jaafar bahawa niat Belanda bukanlah untuk berperang
• Bagi menjaga hubungan, YDM Raja Jaafar bersetuju membatalkan peperangan
• Angkatan Belanda telah sampai ke Riau dan disambut baik
• Perjanjian antara Belanda dan Riau telah dicapai• Belanda memasang bendera di Tanjung Pinang dan
meletakkan seorang wakil Belanda
Bab 42 : Sultan Husin Menjadi Sultan Singapura
• Raja Melaka, Mejar Wilim Ferkuar menggantikan tempat Raffles(Gabenor Janeral Bengal) yang ke Bengal
• Ferkuar berpakat dengan Temenggung Ibrahim untuk merajakan Tengku Husin
• Ferkuar perlu menunggu Raffles pulang dahulu• Raffles pulang dan merajakan Tengku Husin di
Singapura
• Berlakunya perang antara Bugis dan Belanda disebabkan salah faham
• Puncanya Arung Bilawah yang memasang meriam di Tanjung Pinang
• Wakilnya, Dahing Ronggik pergi ke kubu Belanda dan berlaku sedikit perbalahan menyebabkan kematian Dahing Ronggik
• Bugis tewas dan bernaung di bawah Singapura• Belanda mendapat bantuan dari Melaka
Bab 43 : Rombongan Riau ke Betawi
• YDM menghantar utusan ke Betawi• Utusan Riau terdiri daripada Engku Saiyid M.
Zainul Kudsi, Raja Ahmad dan anak-anak raja yang lain
• Berjumpa dengan Gabenor Jeneral Kapila• Dilayan baik oleh Gabenor Jeneral Kapila
• Di sana, dibawa melihat istana Gabenor Jeneral, makan bersama Gabenor Jeneral, diajak menonton wayang
• Setelah 3 bln, berlakunya wabak penyakit• Anak-anak Raja Ahmad turut mendapat sakit• Utusan balik semula ke Riau
Bab 44 : Pertabalan Sultan Abdul Rahman sebagai Sultan Riau-Lingga
• Sultan Abdul Rahman berada di Terengganu• YD Riau dan Engku Saiyid melantik Raja
Ahmad menjadi utusan ke Betawi untuk mendapatkan *keci.
• Dilayan baik oleh Gabernur Jenderal• Kemudian, YDM dan rombongannya berangkat
ke Terengganu bersama-sama Residen Riau
• Sultan Abdul Rahman bersetuju pulang ke Riau• Belanda telah menabalkan Sultan Abdul
Rahman sebagai Sultan di Tanjung Pinang• Sultan Abdul Rahman pulang ke Lingga
• Inggeris dan Belanda telah membahagikan tanah Kerajaan Johor antara Sultan Husin dan Sultan Abdul Rahman
• Adanya dua raja dan dua Gabenor dalam satu kerajaan
• Peranan YDM telah berkurangan
Sekian, Terima Kasih