tugasan ujian pertengahan semester 5 qgj3033

5
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER QGJ3033 SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI SEMESTER 1 SESI 2014/2015 NAMA PELAJAR : JAMES BIN G. JUAR NO. MATRIK : D20121061599 KUMPULAN : GROUP UPSI05(A141PJJ) Arahan: 1. Sila jawab semua soalan dalam ruangan yang disediakan. 2. Hantar jawapan ujian ini kepada saya melalui tapak tugasan yang disediakan. 3. Tarikh akhir penghantaran adalah pada : 26 OKTOBER 2014 1. Sport Accord telah memberikan ciri-ciri sukan yang lebih spesifik agar ianya boleh dibezakan dengan aktiviti kesenggangan. Menurut organisasi ini, sukan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri serta begitu jelas. Sila nyatakan 2 (dua) ciri-ciri sukan tersebut: i. Mengandungi elemen pertandingan. ii. Mempunyai undang-undang dan peraturan yang spesifik serta tersendiri. (2 markah) 2. Kementerian Pelajaran telah menetapkan bahawa setiap sekolah mesti malaksanakan sukan tahunan. Matlamat utama penganjurannya adalah untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam sukan dan permainan. Secara umumnya matlamat utama sukan ialah sebagai medium i. Medium pembangunan sosial masyarakat , melalui matlamat ini sukan berfungsi sebagai symbol penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat dunia yang berbilang bangsa. Sebagai contoh, penganjuran Sukan Olimpik telah berjaya menyatukan masyarakat seluruh dunia untuk sama-sama terlibat samada sebagai peserta, sukarelawan mahu pun penonton untuk menjayakan temasya tersebut. Dalam temasya ini semangat perpaduan dapat dilihat jelas melalui keterlibatan seluruh masyarakat dunia yang merentasi agama, warna kulit, bangsa mahu pun jantina. ii. Medium psikologi, Keterlibatan dalam sukan juga dapat meningkatkan prestasi psikologi penggiatnya. Kajian yang

Upload: james-faizal

Post on 09-Aug-2015

22 views

Category:

Design


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan ujian pertengahan semester 5 qgj3033

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTERQGJ3033 SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

SEMESTER 1 SESI 2014/2015NAMA PELAJAR : JAMES BIN G. JUAR

NO. MATRIK : D20121061599

KUMPULAN : GROUP UPSI05(A141PJJ)

Arahan: 1. Sila jawab semua soalan dalam ruangan yang disediakan. 2. Hantar jawapan ujian ini kepada saya melalui tapak tugasan yang disediakan. 3. Tarikh akhir penghantaran adalah pada : 26 OKTOBER 2014

1. Sport Accord telah memberikan ciri-ciri sukan yang lebih spesifik agar ianya boleh dibezakan dengan aktiviti kesenggangan. Menurut organisasi ini, sukan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri serta begitu jelas. Sila nyatakan 2 (dua) ciri-ciri sukan tersebut:i. Mengandungi elemen pertandingan.ii. Mempunyai undang-undang dan peraturan yang spesifik serta tersendiri. (2 markah)

2. Kementerian Pelajaran telah menetapkan bahawa setiap sekolah mesti malaksanakan sukan tahunan. Matlamat utama penganjurannya adalah untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam sukan dan permainan. Secara umumnya matlamat utama sukan ialah sebagai medium

i. Medium pembangunan sosial masyarakat , melalui matlamat ini sukan berfungsi sebagai symbol penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat dunia yang berbilang bangsa.

Sebagai contoh, penganjuran Sukan Olimpik telah berjaya menyatukan masyarakat seluruh dunia untuk sama-sama terlibat samada sebagai peserta, sukarelawan mahu pun penonton untuk menjayakan temasya tersebut. Dalam temasya ini semangat perpaduan dapat dilihat jelas melalui keterlibatan seluruh masyarakat dunia yang merentasi agama, warna kulit, bangsa mahu pun jantina.

ii. Medium psikologi, Keterlibatan dalam sukan juga dapat meningkatkan prestasi psikologi penggiatnya. Kajian yang dilaksanakan oleh Bull, Shambrook, James, & Brooks (2005) mendapati bahawa majoriti atlit ternama dunia memiliki kekuatan dan kestabilan mental yang tinggi. Tahap psikologi yang tinggi dan stabil adalah amat penting dalam dunia kehidupan hari ini yang sememangnya mencabar. Jika tiada penguasaan ini, individu mungkin akan mengalami masalah psikologi seperti kemurungan dan tekanan perasaan. Selain itu, sukan juga berperanan membentuk imej positif dalam kalangan masyarakat. Ini sekaligus akan mendoktrin amalan seharian masyarakat yang positif dan sihat. Secara psikologi juga, sukan dapat membina rasa bangga rakyat terhadap sesebuah negara.

Contohnya kebangkitan Jamaica dalam acara lumba lari di peringkat antarabangsa telah melonjakkan nama negara tersebut ke mata dunia. Akibatnya negara yang suatu masa dahulu agak ketinggalan dan tersisih dari arus pembangunan dunia semakin dikenali dan menjadi tumpuan dunia. Kejayaan Usain Bolt Telah Menjulang Nama Jamaica.

Page 2: Tugasan ujian pertengahan semester 5 qgj3033

(4 markah)

3. Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi telah lama berakar umbi dalam senario kehidupan seluruh masyarakat dunia. Telahan ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui pelbagai catatan dalam teks lama. Segalanya telah dibuktikan dengan jelas tentang cara hidup masyarakat masa dahulu yang lasak dan mencabar. Nyatakan bukti-bukti sukan sepanjang hayat telahpun dilaksanakan oleh orang terdahulu.

i. Melalui penemuan beberapa artifak purba. Antara artifak yang popular ialah penemuan getah pokok yang digunakan untuk melekatkan busur panah di Gua Sibudu, Afrika Selatan. Penemuan ini memperkukuhkan teori bahawa aktiviti memburu (sebahagian dari aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi) telah diamalkan semenjak 64 ribu tahun lampau. Contohnya mata anak panah yang ditemui di Gua Sibudu.

ii. Lukisan di dinding gua juga membuktikan bahawa aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi telah diamalkan sejak berkurun lamannya. Contohnya lukisan sukan gusti kuno telah ditemui di gua Lascaux, Perancis.

iii. Ukiran batu, gangsa, tembikar dan emas juga telah menjadi bukti kukuh tentang amalan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam kalangan masyarakat terdahulu. Pelbagai artifak yang ditemui dalam tamaddun Sumeria, Mesir, Greek, dan Tanah Melayu (Malaysia).

iv. Artifak sukan yang amat popular ialah penemuan lukisan pelbagai aktiviti sukan seperti gusti, angkat berat, lompat jauh, berenang, mendayung, olahraga dan memanah yang telah ditemui di kawasan permakaman Firaun di Bani Hasan (Rice, 2001).

(4 markah)

4. Refleksi ataupun muhasabah diri merupakan suatu proses yang penting dalam kehidupan insan. Ini merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam spektrum kesenggangan individu. Proses refleksi kendiri boleh memberikan input yang berguna terhadap diri individu. Berikan contoh refleksi diri yang telah anda lakukan dalam kehidupan sekarian

i. Saya memilih untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bagi merehatkan mental dan fizikal dari tekanan kerja seharian. Keterlibatan aktif ini membolehkan saya melupakan sebentar kesibukan seharian. Contoh: Antara aktiviti tersebut ialah badminton, bermain bola, mendengar muzik melancong dan menonton perlawanan sukan.

ii. Akibat kesibukan seharian, saya memilih aktiviti sukan dan rekreasi sebagai medium sosialisasi. Saya gemar terlibat aktif dalam aktiviti berpersatuan dan melaksanakan aktiviti

dalam kelompok yang besar.Contoh: Gotong royong dan sukarelawan.

(4 markah)

Page 3: Tugasan ujian pertengahan semester 5 qgj3033

5. Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai upacara ritual yang amat kompleks dan tersendiri berdasarkan budaya sesuatu kaum tersebut. Sehubungan itu, aktiviti seni dan kebudayaan telah lama menjadi salah satu medium ritual dalam kalangan masyarakat Malaysia. Berikan 2 (dua) cotoh upacara ritual yang dilakukan di Malaysia:

i. Masyarakat Orang Asal dengan tarian sewang.

ii. Masyarakat Melayu dengan tarian Ulik Mayang.

(2 markah)

6. Aktiviti perkhemahan yang tidak beretika telah menimbulkan pelbagai maslaahah seperti pencemaran, kebakaran hutan dan gangguan kepada penggiat, masyarakat mahu pun alam sekitar Sehubungan itu, penggiat aktiviti rekreasi luar telah memperkenaklan kod etika perkhemahan yang juga dikenali sebagai Perkhemahan Impak Rendah (MIC).

(1 markah)7. Secara umumnya aktiviti outdoor extreme recreation (OER) mempunyai ciri-cirinya yang

tersendiri. Nyatakan 3 (tiga) ciri-ciri OER beserta 1 (satu) contoh.i. Jenis penggiat . Secara umumnya terdapat tiga kategori penggiat dalam aktiviti OEM ini iaitu: (1) atlit professional, (2) pengiat amatur, dan (3) penonton tegar. Ketiga-tiga kelompok utama ini kerap memeriahkan lokasi aktiviti OER dengan kehadiran mereka.Contoh: Mendaki tembok.

ii. Tahap Aktiviti Terdapat dua kategori tahap aktiviti OER iaitu: (1) ekstrem, dan (2) riadah. Aktiviti ekstrem kebanyakannya dilaksanakan oleh atlit profesional. Aktiviti ini kerap dilakukan dilokasi yang baharu dan belum diterokai. Matlamat utamanya ialah untuk mencabar potensi diri dan mencatatkan rekod peribadi. Aktiviti riadah kerap dilaksanakan oleh golongan amatur dan penonton. Matlamat utamanya ialah untuk riadah dan mengisi masa lapang.Contoh: Kayak arus deras.

iii. Teknologi Oleh kerana aktiviti OER dilaksanakan di kawasan yang terpencil dan terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, aplikasi teknologi terkini adalah amat penting. Alatan elektronik mini kalis air (contohnya video kamera, telefon bimbit, GPS), pengecas solar, pakaian kalis air dan makanan tenaga adalah antara alatan yang penting dalam perlaksanaan aktiviti ini. Sehubungan itu, majoriti penggiat OER amat mahir dalam penggunaan alatan berteknologi tinggi ini khususnya untuk mendokumentasi aktiviti yang mereka laksanakan.Contoh: Basikal BMX dan inline skate.

(3 markah)