tugasan psv-jawapan

33
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG SEPTEMBER 2012 HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL RONI BIN JUMIL NO. MATRIKULASI : 800417125243001 NO. KAD PENGENALAN : 800417-12-5243 NO. TELEFON : 0198975011 E-MEL : [email protected]

Upload: ronie-lesron

Post on 27-Oct-2015

203 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN PSV-jawapan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPTEMBER 2012

HBAE 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

RONI BIN JUMIL

NO. MATRIKULASI : 800417125243001

NO. KAD PENGENALAN : 800417-12-5243

NO. TELEFON : 0198975011

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE

Page 2: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEPADA KANAK-KANAK. 4

2.1 Aspek Kognitif

2.2 Aspek Fizikal

2.3 Aspek Kreativiti

2.4 Aspek Persepsi

2.5 Aspek Sosial & Emosi

3.0 ORGANISASI KURIKULUM 6

3.1 Pemerhatian Secara Aktif

3.2 Interaksi Yang Kritis dan Kreatif Dengan Alat dan Bahan

3.3 Apresiasi Seni Visual Secara Mudah

3.4 Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan

4.0 MAKLUMAT SOKONGAN (Sorotan Kajian) 10

5.0 KESIMPULAN 19

RUJUKAN / REFERENSI 20

1

Page 3: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 1.0 PENGENALAN

Apabila disebut “ Pendidikan Seni Visual ”mungkin terdapat sesetengah orang tertanya-

tanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah Pendidikan Seni Visual?Bagi

mereka yang pakar dalam bidang ini mungkin istilah ini sudah menjadi kebiasaan

baginya.

Oleh yang demikian,eloklah saya definisikan istilah ini satu persatu;

i. Pendidikan

Pendidikan menurut Plato, seorang filosofis Yunani, ialah mengasuh jasmani dan rohani

seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling

tinggi.

Menurut Aristotle pula,pendidikan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk menyediakan

akal fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah

untuk diisikan dengan tanam-tanaman. 

Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang

membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan

mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses

mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut.

ii. Seni

Menurut kamus Dewan edisi keempat,seni bermaksud karya (sajak, lukisan, muzik, dll)

yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni

adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan

daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.

Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya

2

Page 4: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak

mengandungi nilai tamadun.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu

adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan

“menyenangkan” ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).

iii. Visual

Menurut kamus Dewan edisi keempat,Visual ditafsirkan sebagai berkenaan atau

berdasarkan penglihatan; dapat dilihat.

Oleh yang demikian,dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Seni Visual lebih menjurus

untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam

pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang.

3

Page 5: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103

2.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat

melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan

menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak

membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada

otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid

untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek

di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding

dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi

murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,

produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan

meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata

pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam

aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Tambahan pula, seni lukis merupakan

4

Page 6: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk

bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melukis juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada

kanak-kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi

selaindapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu

menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Pendidikan seni visual dapat

memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat

lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut

tahap pemahaman mereka.

Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya

sensitiviti pancaindera. Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa,

sentuhan, bau, penglihatan,pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan

kepada manusia. Pancainderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang

murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa

penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pelajar perlu

memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan,maka

berlakulah pengamatan secara teliti.

Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilustrasi emosi adalah

dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu.

Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti senikesan emosi terhadap diri pelajar ialah

mereka akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan

ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti

melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan menimbulkan kesan kelegaan

denganmeluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Pengajaran

yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni dan

berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur

dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat

menjadikan murid berasa lebih seronok.

5

Page 7: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 3.0 ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun

bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni.Kegiatan seni yang

dijalankan berdasarkan empat bidang utama.Bidang-bidang tersebut ialah bidang

menggambar,membuat corak dan rekaan,membentuk dan membuat binaan dan

mengenal kraf tradisional.

Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan

persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran

kritis dan kreatif.

Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan

dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,psikomotor dan mental yang

merangkumi perasaan,koordinasi,manipulasi dan persepsi visual.

Dengan memepelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah,murid

akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.Antara pengetahuan

yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,alat dan teknik

yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.Murid juga akan mendapat

pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,kraf tradisional,unsur

seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,proses pembuatan hasil

seni,menyimpan maklumat atau dokumentasi,mengintegrasikan maklumat dan

aplikasi komputer dalam kerja seni visual.

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran

memanipulasi bahan,alat dan teknik,mengaplikasi disiplin seni visual,berfikir

secara kritis dan kreatif,berkomunikasi secara berkesan membuat

pilihan,membuat interpretasi,menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang

dipertingkatkan iaitu:

6

Page 8: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 3.1 Pemerhatian Secara Aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian

keseluruhan,berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi

murid.Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan

pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan

imaginasi.Pemahaman tentang asas seni visual juga turut

diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek bauatan

manusia.Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi

mendapatkan imej mental.Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus

menyelaras idea,imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan

persepsi dan pemikiran abstrak.

Aspek ini melibatkan sesitivit deria.Semasa menyediakan sebarang

aktiviti,pemerhatian perlu diberi kepada perkara berikut;

Pengetahuan sedia ada murid;

Benda yang konkrit;

Minat,kecenderungan dan latar belakang murid;

Bahan,bunyi,pergerakan,dan aksi;dan

Mencetus idea dan imaginasi.

3.2 Interaksi Yang Kritis dan Kreatif Dengan Alat dan Bahan

Peringkat ini menggalakan murid membuat penerokaan dan percubaan

dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan

bahan.Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan

kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan

serta teknik-teknik mudah.

Aspek ini melibatkan penerokaandan penghasilan atau

pembuatan.Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti

penghasilan.Semasa menyediakan aktiviti,perlu diberi perhatian kepada

perkara berikut;

7

Page 9: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 a) Penerokaan

Aktiviti yang kecil,mudah dan ringkas.

Cuba mencuba,suaikenal dengan bahan.

Penemuan oleh murid sendiri,uji menguji;

Mencari altenatif,variasi dan kemungkinan lain;

Bebas daripada jawapan tetap,murid senang dan ingin

mencuba;

Aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;dan

Menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

b) Penghasilan / Membuat.

Penggunaan alat bahan dan teknik;

Tatacara,langkah dan proses membuat;

Amalan tertib kerja;

Keselamatan semasa bekerja;dan

Penyampaian kandungan subjek,idea,halbenda dengan

bentuk hasil.

3.3 Apresiasi Seni Visual Secara Mudah

Apresiasi Seni Visual memberi pengalaman kepada murid

mengenali aspek pengetahuan seni visual dalam kegunaannya dalam

pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Murid terlibat

dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek

seni melalui hasil kerja.

Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai

cara seperti lisan,cerita,lakonan,nyanyian,karangan dan puisi.Murid

diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

8

Page 10: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 3.4 Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara

mudah,murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek

yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.Ini termasuklah

memelihara dan memulihara alam sekitar,nilai patriotisme,nilai kebersihan

dan kepekaan.Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang

sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

9

Page 11: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103

4.0 MAKLUMAT SOKONGAN (Sorotan Kajian)

TAJUK KAJIAN

Kemahiran Psikomotor Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Murid Tahun 2

PENGENALAN

Pembelajaran kemahiran psikomotor melibatkan proses dalam saraf deria dan

proses motor di mana pembelajaran ini bertujuan untuk memperolehi maklumat,

menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu.

Dikenali sebagai kemahiran deklaratif mengikut pandangan (merrieuboer, 1992)

di mana pandangan ini berasaskan kepada kemahiran melihat apa yang perlu

dilakukan dan akan dilaksanakan.

Kesediaan psikomotor merujuk kepada kesediaan seseorang individu melakukan

aktiviti di mana dalam aktiviti pendidikan seni visual memerlukan koordinasi

pergerakan otot.

Pernyataan masalah

Mengetahui tahap kemahiran psikomotor di dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan seni visual di kalangan murid tahun 2 selain faktor psikomotor dapat

menjana minda yang kreatif di kalangan murid-murid. (haubenstricker dan seefeld

(1986))

Tinjauan tahap kemahiran psikomotor adalah untuk mengetahui samada berlaku

peningkatan kesedaran dan kefahaman murid-murid mengenali tubuh badan

sebagai perantaraan untuk pergerakan.

Mengenalpasti jenis-jenis kemahiran psikomotor yang dominan dilakukan dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual murid tahun 2 tersebut.

Mengetahui kumpulan dan jantina yang lebih dominan melaksanakan kemahiran

psikomotor.

10

Page 12: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui tahap kemahiran psikomotor di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pendidikan seni visual murid tahun 2.

2. Menyenaraikan jenis-jenis kemahiran psikomotor yang lebih dominan sewaktu

menjalani pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual murid tahun 2.

3. Mengenalpasti jantina yang lebih dominan menggunakan kemahiran psikomotor

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

4. Mengenalpasti kumpulan yang lebih banyak menggunakan kemahiran psikomotor

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual?

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan ke atas murid-murid tahap 1 tahun 2 di sebuah

sekolah rendah kebangsaan di seremban, negeri sembilan sahaja dan tidak

melibatkan semua murid di sekolah berkenaan dan mana-mana sekolah rendah

kebangsaan di seluruh malaysia.

Tumpuan penemuan pemerolehan data kajian hanya tertumpu di dalam

kawasan sekolah rendah kebangsaan tersebut sahaja.

Kajian tertakluk sepenuhnya terhadap pengkaji sendiri dari segi masa, kos dan

cara pengendalian kajian.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Lansing (1971) murid-murid di peringkat sekolah rendah lagi perlu

diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor dalam penggunaan

bahan dan peralatan.

Laura Chapman (1978) dan efland (1977) pula menyatakan pelajaran

pendidikan seni harus boleh menerapkan latihan yang menggunakan

kemahiran psikomotor untuk membuat pernyataan mengenai seni dan

11

Page 13: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 bertindak balas dengan meningkatkan keupayaan individu sebagai seorang

penggiat atau sebagai peminat seni.

METODOLOGI KAJIAN

01. Rekabentuk Kajian Kajian Ini Dijalankan Dalam Bentuk Kuantitatif

Menggunakan kaedah tinjauan dengan instrumen alat kajian ialah borang

soal selidik dan senarai semak pemerhatian juga digunakan kerana ia

membantu pengkaji mengumpulkan data yang banyak dan difikirkan suatu

kaedah yang berkesan.

Rasional menggunakan reka bentuk kuantitatif ini ialah untuk memastikan

hampir semua faktor yang mempengaruhi sesuatu keadaan telah dikaji.

02. INSTRUMEN KAJIAN

Satu set soalan/borang soal selidik

03. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Mengutip data daripada responden melalui set soalan borang soal selidik

dari 3 kelas tahun 2 yang berlainan aras kecerdasan (setiap kelas 20 orang)

Bagi murid-murid tahun 2, pengkaji akan membacakan arahan dan soalan

tersebut bagi memudahkan pemahaman.

12

Page 14: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 Jadual 1:

Demografi Kajian

JANTINA BILANGAN

LELAKI 30

PEREMPUAN 30

BANGSA BILANGAN

MELAYU 46

INDIA 7

CINA 5

LAIN-LAIN 2

JUMLAH 60

Hasil Dapatan

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan

1 (murid- murid suka aktiviti melukis)

54

6

0

10

20

30

40

50

60

ya tidak

soalan 1

keke

rapa

n m

urid

13

Page 15: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan

2 (murid suka melakukan aktiviti menggunting dan menampal)

44

16

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

ya tidak

soalan 2

keke

rapa

n m

urid

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan

5 (murid suka berkomunikasi, bekerjasama dan saling membantu rakan-

rakan yang lain semasa membuat tugasan seni)

40

20

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

ya tidak

soalan 5

keke

rapa

n m

urid

14

Page 16: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan

6 (murid suka membuat binaan daripada kotak menghasilkan sebuah

kereta, lori, rumah dan lain-lain )

56

4

0

10

20

30

40

50

60

ya tidaksoalan 6

keke

rap

an m

uri

d

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 7

(murid suka membuat corak menggunakan ubi kentang, span, daun kering dan

ranting)

50

10

0

10

20

30

40

50

60

ya tidak

soalan 7

keke

rapa

n m

urid

15

Page 17: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 8

(murid gemar aktiviti melipat kertas untuk menghasilkan sesuatu objek)

49

11

0

10

20

30

40

50

60

ya tidak

soalan 8

keke

rapa

n m

urid

16

Page 18: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 Jadual 2:

Skala Min Bagi Tahap Kemahiran Psikomotor

TAHAP SKALA MIN

RENDAH 0 – 0.33

SEDERHANA 0.34 – 0.66

TINGGI 0.69 – 1.00

Jadual 3:

Kekerapan jantina lebih dominan kemahiran psikomotor dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan seni visual

JANTINA FREKUENSI MIN

LELAKI 203 0.42

PEREMPUAN 193 0.40

Jadual 4:

Kekerapan Kumpulan Yang Lebih Banyak Menggunakan Kemahiran Psikomotor

KUMPULAN FREKUENSI MIN

CERDAS 150 0.93

SEDERHANA 126 0.78

LEMAH 120 0.75

17

Page 19: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 RUMUSAN

Kemahiran psikomotor adalah berada pada tahap yang tinggi mengikut nilai

min keseluruhan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni

visual yang merangkumi aktiviti keempat-empat bidang.

Murid lebih dominan terhadap kemahiran menggunakan warna krayon dan

warna pensil dalam melaksanakan aktiviti seni berbanding tujuh kemahiran

lain yang dilihat.

Hasil dapatan telah membuktikan bahawa kaum lelaki telah berjaya

menguasai kemahiran psikomotor dalam aktiviti seni berbanding kaum

perempuan dengan bukti kiraan min lelaki yang lebih tinggi berbanding

perempuan.

Murid-murid dalam kumpulan cerdas sememangnya lebih aktif menguasai

kemahiran psikomotor berbanding dengan kumpulan sederhana dan kumpulan

lemah yang menunjukkan nilai min agak rendah berbanding kumpulan cerdas

tersebut.

18

Page 20: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 5.0 KESIMPULAN

Melalui tugasan yang diberikan dapat disimpulkan tiga perkara mengenai pendidikan

Seni Visual dan kanak-kanak iaitu;

a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya

untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina

kekuatanotot.Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi

kanak-kanak.

(c)Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa

yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut

tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan

daya sensitiviti pancaindera.

19

Page 21: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

01. Rousliluddin Ambia,Mohd Jamel Hj Mohd Taslim Abd Rahim & Manan Sarbani

(2011).HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Open University

Malaysia.

02. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni

Visual, KBSR. K.L.: DBP.

03. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni

Visual, KBSR. K.L.: DBP.

04. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

05. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

06. Iberahim Hassan. (2000). Matlamat Dan Objektif Pendidikan Seni Visual Untuk

Sekolah Menengah: Perlu Kajian Semula. Proseding Konvensyen Kebangsaan

Pendidikan Seni Visual. Balai Seni Lukis Negara.

07. Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

20

Page 22: TUGASAN PSV-jawapan

HBAE 1103

Receipt No : 242749

Assignment Submission Receipt

Student ID 800417125243

Course HBAE1103SMP

Title SEPTEMBER 2012: ASSIGNMENT

Due Date 18 November 2012

Submission Date 17 November 2012

Submission Time 17:42:09

 

21