tugasan projek sce3112_2014

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS TUGASAN PROJEK PROGRAM: PPG NAMA PELAJAR: KOD DAN NAMA KURSUS: SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER SEMESTER : 6/2014 TARIKH MULA : 15 Februari 2014 TARIKH HANTAR : 29 Mac 2014 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menerangkan keperluan dan kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains. 2. Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan pengurusan makmal sains. 3. Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti sains. 4. Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan spesimen biologi. 5. Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan dan peralatan sains. 6. Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah. Kerja kursus ini menangani Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menghasilkan laporan penambahbaikan untuk mewujudkan makmal sains yang kondusif. 2. Menjalankan proses pengawetan basah dan kering untuk haiwan atau tumbuhan. 3. Menghasilkan laporan pengawetan spesimen biologi yang lengkap menggunakan format amali.

Upload: hudaayob

Post on 29-Dec-2015

174 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sem 6

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Projek SCE3112_2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLISTUGASAN PROJEK

PROGRAM: PPG NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS:SCE3112PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SEMESTER : 6/2014

TARIKH MULA : 15 Februari 2014 TARIKH HANTAR : 29 Mac 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan keperluan dan kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

2. Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan pengurusan makmal sains.

3. Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti sains.4. Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan spesimen biologi.5. Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan dan peralatan

sains.6. Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber yang sesuai

dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah.

Kerja kursus ini menangani Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menghasilkan laporan penambahbaikan untuk mewujudkan makmal sains yang kondusif.2. Menjalankan proses pengawetan basah dan kering untuk haiwan atau tumbuhan.3. Menghasilkan laporan pengawetan spesimen biologi yang lengkap menggunakan format

amali.

Page 2: Tugasan Projek SCE3112_2014

Tugasan Projek (100%)

Tugasan 1 (60%) Secara Individu

Pengurusan makmal sains merupakan satu kemahiran yang penting bagi seorang guru sains. Ini adalah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran sains dapat dilaksanakan dengan berkesan.

1. Anda dikehendaki menyediakan laporan untuk menambahbaik bilik sains atau makmal sains di sekolah anda supaya menjadi sebuah makmal sains yang kondusif.

2. Laporan anda mesti mengandungi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah:

i. Pengenalan dan penerangan ringkas mengenai sekolah dan makmal sains di sekolah anda.

ii. Keadaan fizikal makmal sains sekolah sebelum ditambahbaik.iii. Cadangan penambahbaikan pengurusan makmal meliputi pengurusan makmal sains

termasuk penyimpanan stok, prosedur pelupusan serta peraturan dan keselamatan makmal.

iv. Justifikasi bagi setiap cadangan penambahbaikan.v. Kesimpulan laporanvi. Refleksi vii. Lampiranviii. Bibliografi

Tugasan 2 (40%) Secara Berpasangan

Menjalankan proses pengawetan basah dan kering sama ada untuk haiwan atau tumbuhan. Spesimen yang telah siap diawet hendaklah disertakan bersama laporan pengawetan mengikut format amali.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan 1 adalah tugasan individu dan tugasan 2 adalah tugasan berpasangan.2. Gambar dan gambarajah perlu disertakan bagi menyokong hujah serta meningkatkan

kredibiliti penulisan dan pelaporan.3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Font Arial 3.2 Saiz huruf ialah 11 point 3.3 Langkau 1.5 baris 3.4 Rujukan mengikut format APA4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.5. Tugasan 1 membawa markah 60% dinilai secara individu dan tugasan 2 membawa markah

40% secara berpasangan. Jumlah keseluruhan markah adalah 100%.

Page 3: Tugasan Projek SCE3112_2014

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan laporan yang menyeluruh, konsisten dan menyeluruh.2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah

dikemukan.3. Keseluruhan isi dan pengelohan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.4. Organisasi laporan perlu jelas dan koheren.5. Rujukan mestilah tepat dan dari pelbagai sumber6. Penulisan refleksi menunjukkan kematangan fikiran dari idea yang jelas, lahir dari proses

perolehan dan penguasaan ilmu.

Kriteria Pemarkahan

Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan.

Disediakan oleh:

(YUSMARINI BINTI YUSOFF)Penyelaras Kerja Kursus SCE3112IPG Kampus Perlis

Disemak oleh:

(AB. AZIZ BIN RAJAB)Pakar Bidang (SME)Jabatan Sains dan MatematikIPG Kampus Perlis

Disahkan oleh:

(OTHMAN BIN ZAKARIA)Ketua JabatanJabatan Sains dan MatematikIPG Kampus Perlis