tugasan 2
DESCRIPTION
tugasanTRANSCRIPT
1.0 MERANGKA JADUAL (CARTA GRANTT)
Tarikh/Tugas
8Mac
9Mac
10Mac
11Mac
12Mac
13Mac
14mac
15Mac
16Mac
17Mac
18Mac
19Mac
Promosi
#Tempahan gelanggang #TempahanPeralatan #PermohonanPengadil #MesyuaratAJK #LatihanMurid # # # # # # # # #Pertandingan
# #
2.0 PROMOSI PERTANDINGAN SKUASY
Pada peringkat promosi, ahli jawatankuasa promosi akan digerakkan untuk membuat
pengumuman tentang pertandingan yang akan dilaksanakan, untuk kejohanan tertutup,
promosi akan dilaksanakan dalam bentuk poster dan juga pengumuman melalui
perhimpunan mingguan atau harian. Promosi juga akan dibuat dua minggu lebih awal bagi
member peluang kepada para peserta untuk bersedia. Berikut adalah contoh poster untuk
mempromosikan pertandingan skuasy ini :
3.0 MENYEDIAKAN TEMPAT PERTANDINGAN
Bagi penyediaan tempat pertandingan, memandangankan gelanggang skuasy ini amat
terhad, maka penggunaan gelanggang akan digunakan di kompleks sukan daerah, untuk
menggunakan gelanggang tersebut, tempahan haruslah dilaksanakan dengan memaklumkan
pihak kompleks sukan selewat-lewatnya seminggu lebih awal sebelum tarikh penggunaan.
Tetapi didalam sukan skuasy, terdapat dua jenis gelanggang, iaitu untuk bergu dan individu.
Mengikut syarat pertandingan, hanya acara individu yang akan dipertandingkan, maka
berikut adalah spesifikasi gelanggang bagi acara individu :
4.0 MENYEDIAKAN PERALATAN
Peralatan skuasy tidaklah begitu rumit, hanya memerlukan :
1. Raket Skuasy
2. Bola Skuasy
Contoh Raket Skuasy :
Tetapi bagi bola skuasy, terdapat beberapa jenis bola yang digunakan oleh peserta
mengikut pengalaman samada pemain baru (newbies) atau separa professional (semi-pro)
dan juga pemain professional. Bola skuasy ini dibezakan pada bintik atau dot yang
terdapat pada bola, berikut merupakan jenis-jenis bola yang digunakan dalam permainan
skuasy :
5.0 MENYEDIAKAN FORMAT PERTANDINGAN
Setiap pertandingan haruslah ada ketetapan atau format yang ingin digunakan semasa
pertandingan contohnya format liga, liga Lombard, kalah mati dan sebagainya. Tetapi bagi
permainan skuasy ini, adalah tidak sesuai menggunakan cara permainan liga kerana
mengambil masa yang agak lama, disamping pertandingan yang akan dianjurkan ini
hanyalah peringkat sekolah, maka dengan masa yang agak terhad, kelab sukan skuasy
memutuskan bahawa format perlawanan skuasy untuk pertandingan tertutup peringkat
sekolah ini akan diadakan secara kalah mati. Berikut merupakan carta atau jadual
perlawanan yang akan dijalankan :
P.1
P.2
P.3
P.4
P.5
P.6
P.7
P.8
Suku Akhir
Suku Akhir
Suku Akhir
Suku Akhir
Separuh Akhir
Separuh Akhir
AKHIR
6.0 MENYEDIAKAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Bagi syarat-syarat pertandingan sukan skuasy tertutup peringkat sekolah ini, akan
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu syarat am dan juga syarat khas. Bagi syarat Am ialah
syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur tanpa mengikut atau termaktub dalam syarat-
syarat permainan skuasy antarabangsa. Manakla bagi syarat khas pula adalah syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak Persatan Skuasy Kebangsaan (SRAM) dan Persekutuan Skuasy
Sedunia (WSF). Berikut merupakan syarat Am Pertandingan :
1. Haruslah murid yang bersekolah di Sk. Padang Nenas.
2. Berumur 11 tahun dan ke atas.
3. Tidak mempunyai halangan semasa bermain (penyakit & lain-lain masalah kesihatan)
Manakala bagi syarat pertandingan yang ditetapkan oleh Persekutuan Skuasy Sedunia
(WSF) adalah :
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut PERATURAN PERSATUAN SKUASY
KEBANGSAAN (SRAM) PERSEKUTUAN SKUASYSEDUNIA(WSF) dan peraturan-peraturan
AM MSSM.
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam
bahasa Inggeris akan dipatuhi.
1.3 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan-Peraturan Am
MSSM.
1.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Skuasy
MSSM adalah muktamad .
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan Skuasy MSSMK dijalankan secara terbuka mengikut kategori umur :-
2.1.1. Perseorangan lelaki - 12,15 & 18 Tahun dan ke bawah.
2.1.2 Perseorangan wanita - 12,15 & 18 Tahun dan ke bawah.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berdaftar dengan Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Kelantan.
3.2. Hanya peserta yang lahir pada 1 Januari tahun pertandingan dan selepasnya sahaja yang
layak didaftarkan oleh satu-satu pasukan.
3.3. Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan borang pendaftaran peserta.
3.4. Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama
salinan surat beranak atau kad pengenalan atau dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau JPN
1/11.
3.5. Setiap sekolah boleh menghantar seberapa ramai pemain.
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati seperti berikut :-
4.1. Semua acara perseorangan akan dijalankan secara kalah mati mengikut rangking yang ditetap
dan disahkan oleh MSSMK.
4.2. Undian akan dijalankan berdasar kepada 4 rangking pemain terbaik (mengikut sirkit
kebangsaan ) manakala pemain selebihnya akan diundi oleh pihak penganjur
5. CARAMENENTUKAN KEPUTUSAN
5.1. Pusingan awal dijalankan secara " BEST OF THREE " ( Peserta yang memenangi dua set
terbaik dikira sebagai pemenang )
5.2. Pusingan separuh akhir dan akhir dijalankan secara " BEST OF FIVE " ( Peserta yang
memenangi tiga set terbaik dikira sebagai pemenang
7. ALATAN
7.1. Bola yang digunakan :-
7.1.1. Pro XX - Dua titik kuning pada bola hitam - Perlahan - Pemain professional dan
berpasukan.
7.1.2. Pertandingan XT- Satu titik kuning pada titik hitam - Perlahan - Pemain amatur.
7.1.3. Max Progress - Bola hitam 6% besar dari standard -Sederhana - Pemain yang sedang
meningkat naik.
7.1.4. Max - Bola biru,12 % besar dari standard - Laju - untuk pemain baru.
7.2. Raket mengikut spesifikasi PSAdan WISPA( standard )
7.3. Setiap pemain diwajibkan memakai pelindung mata " EYE-MASK " semasa berada di dalam
gelanggang ketika bermain.
8. KELEWATAN
(Rujuk Peraturan 11 - Peraturan AM MSSMK )
8.1. Pasukan atau peserta yang yang terlewat lima belas (15) minit selepas masa dijadualkan
dengan tidak memberi alasan yang munasabah, dianggap menarik diri dan akan memberi
kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya.
9. MENARIK DIRI
9.1. Menarik diri (Walk-Over) adalah tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku maka pasukan atau
peserta berkenaan akan dikira sebagai menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak
dibenarkan menyertai pertandingan-pertandingan seterusnya.
10. BANTAHAN
(Rujuk Peraturan 12 - Peraturan Am MSSMK )
10.1. Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan
membuat bantahan. Bantahan hendahlah secara bertulis dan disertakan dengan wang
pertaruhan sebanyak RM 200.00 tunai. ( RINGGITMALAYSIADUARATUS SAHAJA)
10.2. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.
10.3. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada pengarah / pegawai pertandingan dalam masa
tiga puluh (30) minit selepas tamat perlawanan tersebut.
11. JURI RAYUAN
(Rujuk Peraturan 13 - Peraturan AM MSSMK )
12. LEMBAGATATATERTIB
(Rujuk Peraturan 14 - Peraturan AM MSSMK )
13. PERKARA-PERKARAYANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
7.0 MELANTIK PENGADIL ATAU PEGAWAI PERTANDINGAN
Pengadil atau pegawai pertandingan ini haruslah terdiri daripada individu individu
atau badan-badan berkaitan skuasy yang mempunyai pengiktirafan dalam kepengadilan
dan kepegawaian. Pihak pengelola juga boleh menghubungi Persatuan Skuasy
Kebangsaan bagi mendapatkan maklumat tentang pengadil atau pegawai pertandingan
yang berkelayakan di kawasan terdekat.
Jika keadaan tidak mengizinkan contohnya tidak terdapat sebarang pegawai atau
pengadil yang bertauliah berdekatan dengan kawasan, maka bolehlah merujuk kepada
individu yang mempunyai sijil atau tauliah dari segi kejurulatihan bagi mengadili
perlawanan yang akan diadakan. Sebagai seorang pengelola, untuk melantik pengandil
haruslah melihat kepada kritirea berikut untuk dipenuhi :
1. Hantar permohonan dua minggu lebih awal samada kepada individu ataupun badan
berwajib
2. Tetapkan pada surat permohonan berkenaan dengan :
a. Tarikh
b. Masa
c. Tempat
d. Bayaran
e. Anggaran masa perlawanan (keseluruhan perlawanan)
3. Pastikan pihak pengelola menerima maklumbalas daripada individu atau badan skuasy
yang dipohon untuk menjadi pengadil dan pegawai pertandingan.
8.0 MERANCANG JADUAL LATIHAN
Jadual latihan amat perlu bagi memastikan murid bersedia untuk bermain, dan jadual
latihan memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari teknik-teknik atau taktikal
semasa permainan. Disamping itu, guru berfungsi untuk melatih murid dari segi ketahanan
stamina yang juga diselitkan didalam jadual latihan.
Tarikh Masa Tempat Latihan Jenis Latihan Kumpulan
9/03/13 7-8 a.m Padang Bola sepak Fitness Semua Kumpulan
10/03/13 2-3 p.m Gelanggang Skuasy Drill Kumpulan 1
11/03/13 2-3 p.m Gelanggang Skuasy Drill Kumpulan 2
12/03/13 7-8 a.m Padang Bola Sepak Fitness Semua Kumpulan
13/03/13 2-3 p.m Gelanggang Skuasy Drill Kumpulan 1
14/03/13 2-3 p.m Gelanggang Skuasy Drill Kumpulan 2
15/03/13 7-8 a.m Padang Bola Sepak Fitness Semua Kumpulan
16/03/13 2-3 pm Gelanggang Skuasy Drill Kumpulan 1
17/03/13 2-3 p.m Gelanggang Skuasy Drill Kumpulan 2
18/03/13 7-8 am Gimnasium Regangan Otot Semua kumpulan
9.0 SURAT MENYURAT, LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DAN PINJAMAN
PERALATAN
Sebagai seorang pengelola, tidak akan pernah lari dariapada membahagikan tugas dan
bekerja secara kolektif dalam menjayakan satu-satu pertandingan, berikut merupakan contoh
surat menyurat, boring peminjaman barang dan carta organisasi dalam pelaksanaan
pertandingan skuasy peringkat sekolah.
Contoh Organisai Penganjur :
PENAUNG
Tn. Hj. Ramli Shafiee
(Guru Besar)
PENGERUSI
Pn. Mastura Binti Zainol
JURULATIH
(Pn. Zainab Bt. Shamsudin)
AJK PERALATAN
( Mohd. Shahrul Nazri Bin Hasbullah)
URUSETIA
(Pn. Nor Alfishah Binti Abd Rahman)
AJK DOKUMENTASI
(Pn. Bazlin Binti Zainol)
AJK HADIAH DAN CENDERAHTI
(En. Noor Hisyam Bin Hamid)
AJK PERTANDINGAN
Aisyah Bt Abd Rahman
Rosli Bin Mohamad
Fahmi Bin Arshad
Zalia Bt. Zainal Abidin
Mashitah Bt. Abang Arshad
AJK PERHUBUNGAN
Pn. Asyikin Bt Rahmat
En. Rusdi Bin Shaari
AJK MAKANAN DAN KEBAJIKAN
En. Teng Han Li
Miss Anita Ramanathan
KELAB SKUASY SK.PADANG NENAS
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG NENAS
48020 TAWAU, SABAH.
KOD SEKOLAH : BEA 7620 NO. TEL : 03-60342395
_____________________________________________________________________________________
Ruj Kami : SMKSK 07/01/001
Tarikh : 8 MAC 2013
Kepada:
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB SKUASY SK.PADANG NENAS SESI 2013/2014
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas
akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 10 MAC 2013
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK. PADANG NENAS
3. Agenda mesyuarat tersebut ialah:-3.1 Ucapan Guru Besar3.2 Ucapan Guru Penasihat Kelab Skuasy. 3.3 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.3.4 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baharu
4. Kehadiran Tuan /Puan amat diharapkan bagi menjayakan mesyuarat dan kemajuan Kelab Skuasy sekolah. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Masliza) di nombor 012-2841898.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
......................................................
(MASTURA BINTI ZAINOL)
Guru Penasihat Kelab Skuasy
Sk.Padang Nenas
Atas kesukaran mencari peralatan skuasy, pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk
membuat peminjaman peralatan dari pusat Belia dan Sukan Negeri. Berikut pula adalah contoh
borang peminjaman peralatan skuasy dari puast Belia dan Sukan negeri :
BORANG PINJAMAN PERALATAN
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PERSEKUTUAN NEGERI SABAH
NAMA PEMINJAM :
AGENSI / UNIT :
PROGRAM / AKTIVITI :
BIL
PERALATAN KUANTITI CATATAN
TARIKH PINJAMAN : ………………………………..………… TANDATANGAN: …………………..…………
TARIKH DIKEMBALIKAN : ………………….……………….. TANDATANGAN:……………………………..
Pegawai yang meluluskan / membenarkan :
………………………………………..
( Tandatangan Pegawai )
Nama :
Tarikh :
10.0 LAIN-LAIN HAL
Pengurusan pertandingan ini haruslah mendapat persetujuan daripada Guru Besar terlebih
dahulu. Maka guru penasihat atau pihak pengelola haruslah memastikan surat makluman
sudah disampaikan kepada pihak Guru Besar dan disahkan serta mendapat kelulusan dari
pihak sekolah. Berikut adalah boring yang perlu disediakan bersama lampiran surat
makluman kepada guru Besar :
1. Surat Kebenaran Penjaga / Tanggung risiko
2. Senarai perbelanjaan
3. Lampiran Pinjaman Peralatan
Berikut pula adalah contoh surat kebenaran ibubapa/penjaga :
BORANG PELEPASAN TANGGUNGAN
AKTIVITI KOKURIKULUM NEGERI 2010
(Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor)
Saya / kami (nama ibu bapa atau penjaga) ........................................................................
..........................................................bin / binti .................................................................
Dengan ini kebenaran kepada (nama anak) .....................................................................
................................................................No. Kad Pengenalan ..........................................
dari Sekolah .................................................................................Negeri ..................... untuk menyertai aktiviti XXXXXXX yang dikelolakan oleh XXXX mulai XXXX dengan ini mengaku dan sanggup dengan tidak berubah-ubah bagi pihak saya /kami dan pihak anak saya /kami mengikut peraturan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS) 8591/Jld.XIV/(24) bertarikh 10 Oktober 1998, para 3(C).
Sesungguhnya saya /kami faham bahawa segala langkah keselamatan sepenuhnya akan diambil oleh pihak penganjur / pengelola bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini dan akan melakukan tindakan segera bagi pihak ibu bapa / penjaga di atas apa-apa juga insiden dalam tempoh tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas.
Saya mengaku anak saya / jagaan saya telah mempunyai Insurans Takaful yang sah yang diuruskan oleh pihak sekolah tempat di mana anak saya bersekolah.
Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ..............................................
(R) : ................................................ (P): ..............................................
Sekian, terima kasih.
Adalah saya yang benar;
..................................................................
(Nama : ) Tarikh: ....................
(No. KP : ..................................................)
Diakuikan bahawa No. Pendaftaran Insurans Takaful murid nama di atas adalah seperti berikut : ............................................................
Disahkan oleh Pengetua Sekolah:
.................................................................
(Nama: ) Tarikh: ...................
(No. KP:...................................................) Cop :
Contoh Surat Jemputan Pengadil :
KELAB SKUASY SK.PADANG NENAS
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG NENAS
48020 TAWAU, SABAH.
KOD SEKOLAH : BEA 7620 NO. TEL : 03-60342395
_____________________________________________________________________________________
Ruj Kami : SMKSK 07/01/002
Tarikh : 8 MAC 2013
Kepada:
Tuan,
Jemputan Untuk Mengadili Pertandingan Skuasy Tertutup Peringkat Sekolah
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
5. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas
akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 18-19 MAC 2013
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Daerah Tawau
6. Kehadiran Tuan /Puan amat diharapkan bagi menjayakan Pertandingan Skuasy Tertutup Peringkat Sekolah ini.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
......................................................
(MASTURA BINTI ZAINOL)
Guru Penasihat Kelab Skuasy
Sk.Padang Nenas