tugasan 1 esei ilmiah
DESCRIPTION
KAEDAH PENGAJARAN BMTRANSCRIPT
-
PPG PJJ SEMESTER 1
SESI 2014/2015
KRB3053
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NOORLIES BINTI SUKUR D20112054887
KUMPULAN : UPSI13(A141PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABD KADIR BIN ARIFIN
TARIKH SERAH: 28 NOVEMBER 2014
PEMARKAHAN
TAJUK
TUGASAN 1
ESEI ILMIAH
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 2
BIL
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
1.
PENGENALAN
3
2.
KONSEP 5P DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA
4 13
3.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
14 17
4.
RANCANGAN PENGAJARAN BERINOVASI
18 - 22
5.
ULASAN TENTANG AMALAN
PENGAJARAN BIASA DAN AMALAN
PENGAJARAN BERINOVASI
23- 24
6.
PENUTUP
25
7.
RUJUKAN
26
8.
LAMPIRAN 1 DAN 2
27 - 28
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 3
1. PENGENALAN
Proses pendidikan di Malaysia merupakan usaha untuk membantu individu menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan. Pendidikan juga memberi peluang individu mengembangkan
bakat, potensi dan kebolehan mereka untuk mencapai kesejahteraan diri seterusnya dapat
menyumbang tenaga dan buah fikiran ke arah keharmonian negara.
Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan rakyat maka, golongan pendidik diberi
tanggungjawab dan kepercayaan melaksanakan tugas ini. Berdasarkan sukatan pelajaran yang
disediakan yang mengandungi objektif khusus dan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran,
diharapkan institusi pendidikan yakni sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, emosi, jasmani, rohani dan sosial selaras dengan kehendak dan cita-cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Melalui Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003), murid-murid dilatih
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, mengembangkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Kebijaksanaan guru dalam memilih, menyusun dan merancang
pengajaran dan pembelajaran akan menentukan sama ada hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tercapai atau tidak. Faktor kesediaan guru dan keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi kejayaan kerana melalui sukatan pelajaran, akan
lahirlah insan yang diharapkan iaitu berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing,
berakhlak mulia dan berupaya mencapai kesejahteraan diri bagi menghadapi dunia yang
sentiasa berubah.
Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di peringkat
sekolah. Terdapat lima elemen yang terkandung dalam konsep 5P iaitu strategi
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, program pengayaan dan pemulihan. Konsep ini
merupakan satu saranan agar bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran disampaikan secara bersepadu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru
merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia yang efektif. Semua
elemen dalam konsep 5P dijalankan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 4
5P
Penggabungjalinan
Penyerapan
Pengayaan Pemulihan
Penilaian
2. KONSEP 5P DALAM PENGAJARAN DAN P-EMBELAJARAN BAHASA
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P? Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang
kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak
secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,
pengayaan, dan pemulihan.
2.1 Penggabungjalinan
Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan?
Penggabungjalinan adalah proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan
pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Menurut
Juriah Long (1992), strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling
memperkukuh dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti.
2.1.1 Tujuan strategi penggabungjalinan
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 5
K1
K2 K4
BM K3
K1
K2 K3
BM
2.1.2 Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
2.1.3 Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan :
i. Penggabungjalinan Kemahiran
Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa dalam Satu Mata Pelajaran
Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran
K1-Kemahiran Mendengar
K2-Kemahiran Bertutur
K3-Kemahiran Membaca
K4-Kemahiran Menulis
BM-Bahasa Melayu
K1-Kemahiran Bahasa
K2-Kemahiran Muzik
K3-Kemahiran Seni
BM-Bahasa Melayu
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 6
ii. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca, dan menulis. Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu
merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.
Contoh:
Berceramah mencatat isi
Bercerita berbincang menulis karangan
Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan
iii. Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh
dilakukan mengikut keperluan masa yang diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti
yang bersesuaian. Lihat contoh yang berikut:
Berita ulasan
Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.
2.2 Penyerapan
Penyerapan bertujuan untuk memenuhi elemen pengisian kurikulum dalam mata pelajaran
bahasa Malaysia. Menurut Kamarudin (1998), penyerapan merupakan proses penyebatian dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain
sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Terdapat empat aspek yang
terkandung dalam proses penyerapan iaitu aspek pembelajaran, aspek komunikasi,
pengetahuan atau isi pelajaran dan nilai murni. Proses penyerapan diaplikasikan secara
terancang oleh guru dan diserap pula oleh murid-murid secara tidak langsung semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 7
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran
bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh
diserapkan.
2.2.1 Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan
melalui aktiviti yang dijalankan;
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan; Meluaskan ruang untuk
meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
c. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
d. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
e. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
f. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa
yang lain mengikut konteks;
g. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri; dan
h. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan
sebaya dan masyarakat.
2.2.2 Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu:
i. Ilmu Pengetahuan.
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata
pelajaran untuk mata pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 8
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri. Hal ehwal
budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah
melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara
terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh
dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan
dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik,
berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara
satu dengan lain.
iii. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan
semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
iv. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras
bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sisio-budaya
ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
v. Kemahiran Bernilai Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan pelajar
dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai
tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 9
2.3 Penilaian
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating,
obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya
digunakan dalam membuat keputusan.
Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu
proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.
Rajah 1: Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian
2.3.1 Jenis-jenis Penilaian
Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua
jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau
objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
PENILAIAN
PEMULIHAN PENGAYAAN
PENILAIAN
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 10
2.3.2 Perbezaan ujian formatif dan sumatif
Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif dapat ditunjukkan menerusi jadual di
bawah:
Jadual 1: Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif
2.3.3 Aktiviti Penilaian Bahasa
Bagaimanakah anda hendak menilai kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
anda? Berikut merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh anda lakukan:
Penilaian Porfolio
Penilaian portfolio merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul
dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza iaitu:
a. Portfolio Kerja Harian
b. Portfolio Hasil Terbaik
c. Portfolio Dokumen
Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif
Maklum balas kepada pelajar
dan guru tentang kemajuan dan
kelemahan.
Fungsi Pensijilan dan penggredan
Sepanjang pengajaran Masa Pada akhir unit/kursus
Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan Kognitif
Terhad kepada tugasan Sifat Beraneka jenis
Berubah-ubah Kesukaran Senang-sukar
Dibentuk khas Alat Peperiksaan akhir
tahun
Rujukan kriteria Jenis ujian Rujukan norma
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 11
Bagaimana menilai portfolio?
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada
perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil
pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance)
tentang tahap pencapaian pelajar. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk
memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan
seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
Sebagai contoh, mari kita lihat bagaimana penilaian portfolio dilaksanakan dengan
menggunakan peta perkembangan pembelajaran berkaitan penguasaan ejaan murid yang
mempunyai lima tahap perkembangan. Setiap tahap telah ditentukan kriteria-kriteria yang
perlu dikuasai oleh murid. Selepas murid menguasai setiap tahap, maka murid itu boleh
meneruskan dengan tahap berikutnya sehinggalah sampai ke tahap lima, iaitu tahap yang
terakhir.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
Rajah 2: Lima tahap perkembangan pembelajaran murid
Penilaian Melalui Pemerhatian.
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya
ialah:
a. Kualiti Pemerhatian
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 12
b. Bentuk Perancangan
c. Jenis-jenis Pemerhatian
2.4 Pengayaan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi
peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti,
dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan
cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran
kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai
kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.
2.4.1 Objektif Pengayaan
Di bawah ini, dicatatkan beberapa objektif pengayaan. Selepas membacanya, cuba
bincangkan dengan rakan anda:
a. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas
pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;
b. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;
c. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai
sesuatu hasil kerja sendiri;
d. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai
bahan dan sumber pengetahuan;
e. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup.
2.4.2 Aktiviti Pengayaan
Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:
a. Menggunakan daya usaha sendiri;
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;
d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 13
e. Melibatkan pembacaan luas; dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti:
a. Kerja projek;
b. Bacaan tambahan;
c. Permainan dan rekreasi; dan
d. Pembelajaran berbantukan komputer.
2.5 Pemulihan
Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Sebaik sahaja masalah pembelajaran
dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori
pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid
menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain
dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
2.5.1 Objektif program pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental individu;
c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah;
f. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan
berdikari; dan
g. Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian
dengan keperluan masing-masing.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 14
3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIASA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( BAHASA MALAYSIA TAHUN 5)
Tarikh : 28 Oktober 2014
Hari : Isnin
Masa : 8.50 9.50 (60 Minit)
Kelas :Tahun 5 Standard
Bil Murid : 25 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Teknologi Maklumat
Topik/ Tajuk : Kesan-kesan Negatif Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah
Penulisan Fakta/pendapat
Hasil Pembelajaran :1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang
berkaitan
8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
8.2 Aras 3 (i) Menulis fakta berdasarkan sesuatu tajuk dengan
menggunakan pelbagai jenis ayat.
9.3 Aras 1 (ii) Menyusun atur maklumat mengikut mengikut
keutamaan.
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:
a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan tajuk yang diberi
b. Menulis karangan dengan format yang betul
c. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda
baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa bermain alat permainan video samada di
rumah mahupun di pusat-pusat siber.
Sistem bahasa : Tatabahasa kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat
penyata,tanda baca.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 15
Kosa kata - menyeramkan, menyeronokkan, kegilaan, popular
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/TMK/Sains
Nilai Berjimat cermat, menghargai masa, bijak membuat
pilihan.
KBT- Kontekstual mengaplikasi, menghubungkait
Media Pengajaran : Kad Manila, Pentel Pen, Pelekat, kad gambar alat/permainan
video, pita rakaman cd.
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Aktiviti Guru Aktiviti Guru
Set Induksi
5 Minit
1.Bacaan doa
2.Mencungkil
pengetahuan sedia
ada
Murid diminta untuk
membaca doa penerang
hati
Guru bersoaljawab dengan
murid tentang cara mereka
menghabiskan masa
lapang.
Guru bertanya kepada
murid tentang perkara
yang paling mereka gemari
semasa waktu lapang
Murid membaca doa
penerang hati secara
serentak
Murid dijangka
menjawab:
-bermain permainan
video
-melayari internet
-bermain permainan
computer
-berbasikal
-bermain bola
Murid bercerita
tentang apa yang
mereka gemar lakukan
apabila ada masa
lapang.(individu)
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Langkah 1
(10 Minit)
1.Guru
menunjukkan
pelbagai jenis
gambar alat-
alat/permainan
video.
Guru menunjukkan
pelbagai jenis gambar
kepada murid.
Guru mengajukan soalan:
1. Gambar apakah ini?
2. Di manakah kamu biasa
melihat alat-alat ini?
3. Nyatakan nama-nama
permainan video yang
kamu tahu?
Murid melihat
pelbagai jenis gambar
yang guru tunjukkan.
Murid-murid akan
memberi reaksi ke atas
soalan-soalan yang
diajukan.
Beberapa orang murid
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 16
4. Apakah kesan
permainan video kepada
pelajar sekolah?
secara individu diberi
peluang untuk
menyatakan menjawab
atau menyatakan
pendapat.
Langkah 2
(15 Minit)
Gambar
rangsangan.
(Kad gambar)
Merangka
karangan bertajuk:
Kesan Negatif
Permainan Video
Kepada Pelajar
Sekolah
Guru mengedarkan satu
kad gambar kepada
kumpulan.
Guru Membahagikan
murid kepada 6 kumpulan.
Kad Manila dan pentel pen
diberi kepada setiap
kumpulan
Murid diarah
menyenaraikanisi/rangka
karangan (Kumpulan)
1.Pendahuluan
-jenis alat permainan
2.Isi karangan
- nama permainan
video
- permainan yang
popular masa
kini.
3.Penutup
-kesan dan akibat
bermain permainan
video.
Murid memerhati dan
memberi reaksi
Murid bersedia
menurut arahan
Setiap kumpulan
bersedia dan
memulakan
perbincangan dan
menyiapkan tugasan
dalam tempoh masa
yang dinyatakan
Langkah 4
(10 Minit)
Melapor hasil kerja
kumpulan
Seorang wakil kumpulan
yang dilantik dalam
kumpulan akan
melaporkan hasil kerja
mereka.
Pujian diberikan selepas
selesai pembentangan.
Wakil kumpulan
dengan diiringi oleh
ahlinya melaporkan
hasil
kerja masing-masing.
Rakan-rakan sekelas
akan memberi komen
dan tepukan atas usaha
kerja sama dari
kumpulan kerana
berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan
dengan baik.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 17
Langkah 5
(15 Minit)
Menulis karangan
yang panjangnya
tidak kurang
daripada 80 patah
perkataan.
Murid diminta menulis
karangan berdasarkan
rangka karangan yang
telah dihasilkan oleh
kumpulan masing-masing.
Guru membimbing murid
terutama yang berkaitan
dengan kesalahan
perenggan,tatabahasa,
ejaan, struktur ayat, tanda
baca dan penggunaan
tanda baca.
Catatan:
Murid yang lambat diberi
peluang untuk menyiapkan
karangan di rumah.(Kerja
rumah)
Murid menulis
karangan. (Individu)
Murid membuat
pembetulan akan
kesilapan yang
dilakukan.
Murid berhenti
menulis. Murid yang
telah selesai
mengarang
akan menghantar hasil
kerja mereka untuk
penilaian guru.
Penutup
(5 Minit)
Menyanyi lagu
permainan video
yang mereka
gemari.
Lagu Dragon
Ball Z Kai
melalui pita
rakaman cd.
Merumus isi
pelajaran
Murid di minta berdiri dan
menyanyi lagu Dragon
Ball Z Kai
Guru merumus isi
pelajaran sebagai penutup.
Murid menyanyi
dengan penuh
bersemangat.
Murid memberi
perhatian
Refleksi:
-20 orang murid dapat menulis sebuah karangan fakta dengan baik dari segi isi, struktur ayat,
tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.
-5 orang murid yang lambat akan diberikan peluang menyelesaikan karangan di rumah
dengan bimbingan guru serta ibubapa.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 18
4. RANCANGAN PENGAJARAN BERINOVASI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( BAHASA MALAYSIA TAHUN 5)
Tarikh : 28 Oktober 2014
Hari : Isnin
Masa : 8.50 9.50 (60 Minit)
Kelas :Tahun 5 Standard
Bil Murid : 25 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Teknologi Maklumat
Topik/ Tajuk : Kesan-kesan Negatif Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah
Penulisan Fakta/pendapat
Hasil Pembelajaran :1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang
berkaitan
8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
8.2 Aras 3 (i) Menulis fakta berdasarkan sesuatu tajuk dengan
menggunakan pelbagai jenis ayat.
9.3 Aras 1 (ii) Menyusun atur maklumat mengikut mengikut
keutamaan.
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:
a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan tajuk yang diberi
b. Menulis karangan dengan format yang betul
c. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda
baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa bermain alat permainan video samada di
rumah mahupun di pusat-pusat siber.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 19
Sistem bahasa : Tatabahasa kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat
penyata,tanda baca.
Kosa kata - menyeramkan, menyeronokkan, kegilaan, popular
Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/TMK/Sains
Nilai Berjimat cermat, menghargai masa, bijak membuat pilihan.
KBT- Kontekstual mengaplikasi, menghubungkait
Media Pengajaran : Kad Manila, Pentel Pen, Pelekat, Laptop, Skrin, Pembesar Suara.
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Aktiviti Guru Aktiviti Guru
Set Induksi
5 Minit
1.Bacaan doa
2.Mencungkil
pengetahuan sedia
ada
Murid diminta untuk
membaca doa penerang
hati
Guru bersoaljawab
dengan murid tentang
cara mereka
menghabiskan masa
lapang.
Guru bertanya kepada
murid tentang perkara
yang paling mereka
gemari semasa waktu
lapang
Murid membaca doa
penerang hati secara
serentak
Murid dijangka
menjawab:
-bermain permainan
video
-melayari internet
-bermain permainan
computer
-berbasikal
-bermain bola
Murid bercerita
tentang apa yang
mereka gemar
lakukan apabila ada
masa
lapang.(individu)
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Langkah 1
(10 Minit)
1.Tayangan video
kesan negatif
permainan video
kepada pelajar
sekolah.
2.Mempelihatkan
beberapa paparan
gambar.
Guru menayangkan
video yang memaparkan
tentang permainan
video.
Guru mengajukan
soalan:
1. Apa yang telah kamu
lihat melalui tayangan
video yang
dipertontonkan sebentar
Murid menonton klip
video kemalangan
jalan raya.
Murid-murid akan
member reaksi
keatas soalan-soalan
yang
diajukan.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 20
tadi?
2.Apakah jenis-jenis
permainan video yang
kamu lihat?
3.Apakah nama
permainan video yang
paling digemari?
4.Yang mana satukah
permainan video yang
paling kamu gemari?
5.Di manakah tempat
yang dikunjungi untuk
bermain permainan
video?
6.Apakah kesan negatif
permainan video?
7. Patutkah permainan
video dijadikan sebagai
hobi?Kenapa?
8. Kalau tidak
setuju?Kenapa?
Beberapa orang
murid secara
individu diberi
peluang untuk
menyatakan
menjawab atau
menyatakan
pendapat.
Langkah 2
(15 Minit)
Gambar rangsangan
(Permainan video)
Merangka karangan
bertajuk:
Kesan Negatif
Permainan Video
Kepada Pelajar
Sekolah
Guru memperlihatkan
rakaman video.
Guru membahagikan
murid kepada 6
kumpulan.
Kad Manila dan pentel
pen diberi kepada setiap
kumpulan
Murid diarah
menyenaraikan
isi/rangka karangan
(Kumpulan)
1.Pendahuluan
-jenis alat permainan
2.Isi karangan
- nama permainan
video
- permainan yang
popular masa
kini.
3.Penutup
-kesan dan akibat
Murid memerhati
dan memberi reaksi
Murid bersedia
menurut arahan
Setiap kumpulan
bersedia dan
memulakan
perbincangan dan
menyiapkan tugasan
dalam tempoh masa
yang dinyatakan
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 21
bermain permainan
video
Langkah 4
(10 Minit)
Melapor hasil kerja
kumpulan
Seorang wakil kumpulan
yang dilantik dalam
kumpulan akan
melaporkan hasil kerja
mereka.
Pujian diberikan selepas
selesai pembentangan.
Wakil kumpulan
dengan diiringi oleh
ahlinya melaporkan
hasil
kerja masing-
masing.
Rakan-rakan sekelas
akan memberi
komen dan tepukan
atas usaha kerja
sama dari kumpulan
kerana berjaya
menyiapkan tugasan
yang diberikan
dengan baik.
Langkah 5
(15 Minit)
Menulis karangan
yang panjangnya
tidak kurang
daripada 80 patah
perkataan.
Murid diminta menulis
karangan berdasarkan
rangka karangan yang
telah dihasilkan oleh
kumpulan masing-
masing.
Guru membimbing
murid terutama yang
berkaitan dengan
kesalahan
perenggan,tatabahasa,
ejaan, struktur ayat,
tanda baca dan
penggunaan tanda baca.
Catatan:
Murid yang lambat
diberi peluang untuk
menyiapkan karangan di
rumah.(Kerja rumah)
Murid menulis
karangan. (Individu)
Murid membuat
pembetulan akan
kesilapan yang
dilakukan.
Murid berhenti
menulis. Murid yang
telah selesai
mengarang
akan menghantar
hasil kerja mereka
untuk penilaian guru.
Penutup
(5 Minit)
Menyanyi lagu
permainan video
yang mereka gemari.
Lagu Dragon Ball
Z Kai melalui
Youtube.
Merumus isi
pelajaran
Murid di minta berdiri
dan menyanyi lagu
Dragon Ball Z Kai
Guru merumus isi
pelajaran sebagai
penutup.
Murid menyanyi
dengan penuh
bersemangat.
Murid memberi
perhatian
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 22
Refleksi:
-20 orang murid dapat menulis sebuah karangan fakta dengan baik dari segi isi, struktur ayat,
tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.
-5 orang murid yang lambat akan diberikan peluang menyelesaikan karangan di rumah
dengan bimbingan guru serta ibubapa.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 23
4. ULASAN TENTANG AMALAN PENGAJARAN BIASA DAN AMALAN
PENGAJARAN BERINOVASI
Melalui hasil dapatan yang membezakan kedua-dua amalan pengajaran di atas, dapat
mengenalpasti bahawa penggunaan TMK dapat menjana pemikiran dan kreativiti murid
dalam menghasilkan penulisan karangan yang lebih baik.
Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea
dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam
mengadaptasikan TMK sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan
tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan.
Penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran membolehkan:
a. Murid meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam pembelajaran.
b. Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
c. Murid mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau
terlalu mahal untuk dikumpulkan.
d. Murid meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
e. Murid diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan guru secara
minimum.
f. Murid meningkatkan kemahiran TMK mereka.
Namun begitu, setiap rancangan pengajaran sama ada amalan pengajaran biasa mahupun
amalan pengajaran berinovasi konsep dan elemen 5P terkandung di dalam kedua-dua
rancangan pengajaran iaitu
Penggabungjalinan matapelajaran lain seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, TMK dan Sains.
Penyerapan - nilai berjimat cermat, menghargai masa dan bijak membuat pilihan.
Penilaian dibuat secara formatif sepanjang pembelajaran iaitu menilai karangan
murid pada akhir pengajaran.
Pengayaan guru menggalakkan murid mencari bahan-bahan daripada suratkhabar
ataupun internet.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 24
Pemulihan guru memberikan panduan kepada murid-murid yang lemah bagaimana
cara membuat karangan berdsarkan rangka karangan. Guru memberi peluang murid
menyelesaikan karangan di rumah dengan meminta bimbingan daripada ibubapa.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 25
6. PENUTUP
Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan
sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang
sama ia juga berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid-
murid. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa hadapan. Oleh itu, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni.
Penggabungjalinan merupakan strategi pengajaran yang mampu untuk menghasilkan
sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti. Guru perlu
mempertimbangkan kemahiran-kemahiran, unsur-unsur daripada mata pelajaran lain, serta
bahan-bahan yang sesuai untuk digabungjalin dalam sesebuah pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan murid-murid
memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya (Omardin Ashaari,
1999). Strategi yang menggabungjalinkan kemahiran, bahan dan aktiviti dapat digunakan
oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperkaya, memperjelas dan
menimbulkan keseronokan dalam mempelajari subjek bahasa Malaysia.
Strategi penggabungjalinan membolehkan murid-murid melihat perkaitan di antara
disiplin diri. Isi-isi pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid tidak terpisah dan dengan itu
proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri mereka. Hasil
daripada gabungan yang mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang
guru mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, maka
terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah
disasarkan oleh guru akan dapat dicapai. Hanya guru yang mempunyai komitmen, iltizam
dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan
tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan
sempurna dan efektif.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 26
7. RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan
Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Faridah Nazir. (2010). Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
Johnson & Johnson. (1991). Learning Together and Alone: Cooperative, Competitive and
Individualistic Learning. Upper Saddle River: Prentice Hall.
Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
Kamarudin Haji Husin, et al. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd:
Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan
Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mook Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Tahap I. Siri
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. Bhd
Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Lima, Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 27
LAMPIRAN 1
BAHAN BANTU BELAJAR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIASA
PSP
PS3
PSP
CD-CD PSP
PSP
X- BOX
PSP
PS4
PSP
PS1
PSP
-
KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH 28
LAMPIRAN 2
BAHAN BANTU BELAJAR RANCANGAN PENGAJARAN BERINOVASI
- VIDEO KESAN-KESAN NEGATIF PERMAINAN VIDEO KEPADA
PELAJAR SEKOLAH YANG DIBANGUN BERASASKAN MOVIE MAKER
BOLEH DILIHAT MELALUI PAUTAN DI BAWAH:
https://drive.google.com/file/d/0B-E2CTvDip3jZHcwN3JnTzFiY3c/view?usp=sharing
LEFT 4 DEAD
DRAGONBALL Z
MENGHABISKAN MASA
UNTUK BERMAIN
PERMAINAN VIDEO
PSP
MENGHABISKAN WANG
SEMATA-MATA UNTUK
BERMAIN PERMAINAN VIDEO
PSP
https://drive.google.com/file/d/0B-E2CTvDip3jZHcwN3JnTzFiY3c/view?usp=sharing