trial upsr 2012percubaan_sarawak(sarikei) 2012_bm1

16
021 – BAHASA MELAYU SJK Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. SULIT 021 Bahasa Malaysia SJK Ujian Pra UPSR 2012 50 minit PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAERAH SARIKEI 021 Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

Upload: chew-boon-wei

Post on 14-Aug-2015

52 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

021 – BAHASA MELAYU SJK

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

SULIT

021Bahasa MalaysiaSJKUjian PraUPSR201250 minit PEJABAT PELAJARAN DAERAH

DAERAH SARIKEI

021

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

021 Hak Cipta Terpelihara [Lihat sebelah SULIT

Page 2: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

Soalan 1 – 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _______________ Dato’ Othman bin Ali akan menyampaikan hadiah kepada Tokoh Murid Tahun 2012 sebentar lagi.

A Puan B Tuan C Encik D Yang Berhormat

2. Siti dan Aminah _______________ basikal ketika berada di kawasan sekolah.

A menolak B menuntun C menonton D menarik

3. Liza membuat pemeriksaan mata kerana penglihatannya semakin ______________ .

A kaburB kelamC pudarD samar

4. Emak Joanne menghidangkan makanan di atas meja yang ___________ kain merah itu.

A beralasB beralaskanC mengalasiD mengalaskan

5. Baginda sultan _________ untuk melawat rakyat jelata pada bulan hadapan.

A bersiramB bersabdaC berkenanD bersantap

SULIT 0212

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 3: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

6. Bas ekspres yang dipandu ___________ itu hampir-hampir terbabas ke dalam gaung.

A cepatB lajuC pantasD deras

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7. Ikan paus itu telah ditemui ____________ di tepi pantai.

A tersungkur B terhumban C terhampar D terdampar

8. Para peserta lawatan _________ berkumpul di dewan sebelum bertolak.

A dapatB mestiC bolehD mahu

9. Gasing itu sedang berputar dengan __________ di atas tanah.

A pantasB cepatC ligatD laju

SULIT 3 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 4: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Tayar kereta ayah ___________ selepas terlanggar paku yang tajam.

A kempisB buncitC kemikD leper

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Para pendaki dapat melihat keindahan pemandangan dari ________ puncak gunung.

A sudutB tepiC atasD sisi

12. Musang itu meraung di _________ pokok rambutan yang berbuah lebat itu.

A pangkalB sudutC antaraD hujung

SULIT 4 021

021 Hak Cipta Terpelihara

Page 5: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

13. Sebahagian _________ murid tahap dua terpaksa berdiri semasa guru besar memberikan ucapan kerana tidak cukup kerusi.

A dariB daripadaC padaD kepada

14. ________ daripada ibu bapa dan guru menjadi punca kejayaan kepada Ani dalam Pertandingan Melukis.

A PendorongB MendorongC DidorongD Dorongan

15. Tuan rumah memberikan ________ kepada setiap tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anaknya.

A bunga rosB bunga manggarC bunga telurD bunga matahari

16. Para pelancong terpegun melihat keindahan cahaya_______ di Kampung Gembira, Selangor.

A rama-ramaB labi-labiC kelip-kelipD kupu-kupu

17. Adik _________ tangannya yang gatal kerana digigit nyamuk semasa bermain di halaman rumah.

A memicit-micitB menekan-nekanC mencubit-cubitD menggaru-garu

SULIT 5 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 6: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Puan Ani menyuruh Abu menyusun beberapa _________ surat khabar lama di dalam stor.

A kepingB helai

C buahD naskhah

19. Harimau merupakan haiwan yang liar yang kian pupus.

Pilih perkataan seerti bagi liar.

A buas B garang C kuat

D cergas

20. Yuk Sing menyimpan baki wang belanja untuk membeli komputer riba.

Pilih perkataan berlawan bagi menyimpan.

A membuang B membazirkan C menjimatkan D mengeluarkan

SULIT 6 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 7: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

Soalan 21 -22

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I Air sirap yang dibancuh oleh ibu itu terlalu manis.

II Sungguh manis raut wajah gadis itu.

III Hati budi budak perempuan itu sungguh manis.

IV Tidak manis anak gadis pulang lewat malam.

A I dan IIIB II dan IVC I, II dan IVD II, III dan IV

22. I Pembantu gerai makan itu memikul sedulang minuman.

II Pemuda itu dapat memikul seguni besi dengan mudah.

III Pak Sudin memikul anaknya dengan rotan kerana malas ke sekolah.

IV Sebagai anak yang baik, dia perlu memikul tanggungjawab menjaga ibu bapanya.

A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

Mengapakah bahasa Malaysia perlu dipelajari ?

A Bahasa Malaysia perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati.B Bahasa Malaysia dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.C Bahasa Malaysia mesti dipelihara kerana mempunyai darjat yang tinggi. D Bahasa Malaysia mudah dipelajari oleh sesiapa juga.

SULIT 7 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 8: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

24. Pilih ayat tanya yang paling sesuai dengan ayat yang diberikan.

Keropok yang telah digoreng dimasukkan ke dalam bekas yang kedap udara.

A Mengapakah keropok yang telah digoreng dimasukkan ke dalam bekas kedap udara?

B Bagaimanakah keropok yang telah digoreng dimasukkan ke dalam bekas kedap udara?

C Apakah keropok yang telah digoreng dimasukkan ke dalam bekas kedap udara?D Di manakah keropok yang telah digoreng disimpan?

Soalan 25 dan soalan 26.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. “Baju kurung Puan Ani ini mesti ibu siapkan malam ini juga,” kata ibu .

A Puan Ani meminta ibu menyiapkan baju kurungnya malam ini juga.B Ibu meminta Puan Ani menyiapkan baju kurungnya malam ini juga.C Ibu dan Puan Ani terpaksa menyiapkan baju kurung pada malam ini juga.D Ibu bertekad menyiapkan baju kurung Puan Ani pada malam ini juga.

26. Badan Pak Ngah disengat oleh tebuan itu sehingga bengkak.

A Tebuan yang menyengat badan Pak Ngah telah bengkak.B Tebuan itu menyengat badan Pak Ngah sehingga bengkak.C Pak Ngah menyengat badan tebuan itu sehingga bengkak.D Pak Ngah menyengat sehingga badan bengkak pada tebuan.

Soalan 26 dan soalan 27

Pilih ayat yang betul.

27. A Encik Kim telah berusia apabila dia masih kuat bekerja.B Puan Fatima menjahit baju lalu mendengar radio.C Pemuda itu bukan sahaja kacak malahan pintar.D Bapa budak itu doktor sambil ibunya peguam.

SULIT 8 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 9: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

28. I Alat penghawa dingin di bilik itu telah rosak.II Ah Lim selalu bermain bola di waktu petang.III Abang melekatkan sekeping setem pada sampul surat itu.IV Pak Cik Ahmad menjual pisang goreng di hadapan rumahnya.

A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

Soalan 29 hingga soalan 30.

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

29.

A ada bakatB ada akalC ada hatiD ada gaya

30. Mak Cik Sofia menerima kunjungan tetamunya dengan ___________ semasa Hari Raya.

A tangan terbukaB bekas tanganC ringan tulangD panjang tangan

SULIT 9 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Mary bukan sahaja boleh menyanyi dengan baik bahkan dia juga pandai bermain piano.

Page 10: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Memancing ikan bukan saja suatu pengalaman yang menyeronokkan malahan dapat membentuk sikap pemancing. Apa tidaknya kerana pemancing itu terpaksa menunggu beberapa jam sebelum pancingnya diragut ikan. Dengan itu, segelintir pemancing yang tidak sabar akan angkat kaki dari tempat tersebut.

Pengalaman yang pelbagai dapat dirasai dan ini bergantung kepada tempat seseorang itu memancing. Pengalaman memancing di sungai berbeza dengan pengalaman memancing di sawah atau di laut. Selain itu umpan yang digunakan juga berbeza mengikut jenis ikan yang akan dipancing. Pemancing ikan bujuk misalnya, terpaksa menempuh kesukaran semasa meredah semak-samun dan rumput-rumput yang tinggi. Pemancing juga terpaksa berendam di dalam paya berjam-jam dengan air separas pinggang. Pemancing juga terpaksa menggunakan kayu panjang semasa merentas kawasan berpaya. Kayu panjang ini berguna untuk menakutkan ular air yang lazimnya menghuni kawasan berpaya.

Bagi pemancing yang memburu ikan di laut lain pula ceritanya. Mereka terpaksa menaiki perahu atau bot dan berdepan dengan ombak kuat. Olengan perahu atau bot yang kuat boleh menyebabkan sesetengah pemancing mengalami mabuk laut. Jika pancing diragut ikan pula bukannya mudah untuk mendaratkan ikan tersebut. Misalnya untuk mendaratkan seekor ikan pari seberat 10 kilogram akan mengambil masa satu jam untuk menaikkan ikan tersebut. Jika tidak berhati-hati pemancing terpaksa berputih mata apabila tali pancing terpaksa diputuskan. Hal ini berlaku apabila ikan pari melekapkan tubuhnya ke dasar laut.

Barang kali cabaran yang paling mudah ialah memancing ikan yang diternak di kolam. Bayaran dikenakan mengikut bilangan pancing yang dibawa atau mengikut masa pemancing berada di situ. Yang sering berlaku ialah ikan tidak makan pancing kerana telah kenyang atau ikan memang kurang di kolam tersebut.

SULIT 10 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 11: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

31 . Apakah cabaran yang selalu dihadapi ketika memancing ikan yang diternak di kolam?

A Terpaksa membawa umpan sendiri B Tempatnya mudah didatangi C Ikan yang diternak sangat jinak D tidak mendapat ikan kerana ikan tidak makan umpan

32. Berikut ialah masalah ketika memancing di laut kecuali…

A. keadaan cuaca yang tidak menentu ketika di laut B masa yang singkat untuk menaikkan ikan C pemancing mengalami muntah dan pening-pening D terpaksa menempuh ombak besar

33. Apakah sikap utama yang terbentuk melalui kegiatan memancing?

A Sabar B Berani C Tabah D Prihatin

34. Mengapakah sesetengah pemancing meninggalkan lubuk tempat mereka memancing?

A Kerana tidak sabar B Tidak sanggup berendam lama dalam paya C Kerana ikan tidak banyak di lubuk berkenaan D Kerana tidak tahan dengan kesukaran yang dihadapi

35. Apakah maksud bagi perkataan angkat kaki dalam petikan di atas ?

A Beredar ke tempat lain B Mengangkat kaki apabila terkena air C Menunggu sahaja di situ D Menunggu pemancing mendapat ikan

SULIT 11 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

Page 12: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca catatan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SABTU, 11 MEI 2012

8.00 pagi

Murid-murid mula memenuhi dewan. Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru, Yang Dipertua PIBG dan anggota jawatankuasa PIBG masuk ke dalam dewan. Para hakim pertandingan tiba. Mereka masuk ke dalam dewan untuk majlis perasmian Karnival Bahasa Melayu. Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei juga tiba untuk merasmikan majlis pada hari tersebut.

8.30 pagiAku selaku Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia mengalu-alukan kehadiran para jemputan dan mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah-sekolah Zon 4 dan peserta yang sudi mengambil bahagian. Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru dan anggota jawatankuasa pertandingan yang berjaya melaksanakan majlis. Menurutnya lagi, tujuan pertandingan tersebut dapat menambah minat seseorang untuk berpuisi dan mengembangkan bakat terpendam mereka.

9.00 pagiPengerusi panel hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan. Sistem pengadilan pula dinilai berdasarkan kesesuaian tema, kelancaran, dan gaya persembahan. Para peserta dan hakim dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Peserta pertandingan telah bersedia. Sepuluh minit kemudian, semua yang hadir tertumpu ke arah pentas pertandingan. Pertandingan bermula. Seramai 30 peserta yang mengambil bahagian. Pelbagai gaya persembahan, ada yang menyampaikan sajak dengan penuh bersemangat.

11.10 pagiPertandingan berakhir. Para hakim dan pegawai pertandingan mengira semua markah untuk mencari pemenang yang muktamad. Peserta menanti keputusan dengan perasaan yang berdebar-debar. Pegawai pendidikan daerah menyampaikan ucapan penutup. Beliau melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan bakat yang ditonjolkan dan pelaksanaan majlis yang teratur.

11.45 pagiKeputusan diumumkan, Fadzli bin Atari telah menjuarai pertandingan, Alina binti Ahmad mendapat tempat kedua dan Mohd Zaki bin Sardi di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei.

SULIT 12 021

Page 13: Trial Upsr 2012Percubaan_Sarawak(Sarikei) 2012_BM1

11.55 pagiMajlis bersurai. Tetamu dijemput menikmati jamuan di bilik khas. Guru Besar menepuk-nepuk bahuku. Beliau berpuas hati dengan tanggungjawab dan tugas yang telah aku laksanakan. Guru penasihat persatuan tersenyum memerhatikan telatah kami.

36 Pengerusi majlis Karnival Bahasa Melayu ialah

AB

Guru Besar Guru Penolong Kanan

CD

Guru penasihat Persatuan Bahasa MalaysiaGuru pengerusi panel hakim

37 Pengerusi panel hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan kepada para peserta supaya

AB

peserta memahami syarat pertandingan.peserta berasa takut dan mematuhi syarat.

CD

peserta mudah memenangi pertandingan itu.peserta dapat menghafal syarat pertandingan.

38 Siapakah yang menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang?

AB

Guru BesarPanel hakim

CD

Guru penasihatPegawai pendidikan daerah

39 Berapa lamakah pertandingan Karnival Bahasa Melayu itu berlangsung?

A 120 minit B 130 minit C 180 minit D 190 minit

40 Apakah tujuan utama pertandingan tersebut diadakan?

A

B

Mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru dan anggota pertandingan.Mengembangkan bakat terpendam untuk berpuisi.

C

D

Mengalu-alukan kedatangan para jemputan.

Mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar Zon 4.

KERTAS SOALAN TAMAT

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT

SULIT 13 021

021 Hak Cipta Terpelihara SULIT