training day 3 web version

41
171 transforming education through the Internet powered by 3.0 Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran (Pengguna: Pentadbir) 3.0 How the Administrator Shares a Departmental / Subject Site (Users: Admin) TUGASAN: Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran. OBJEKTIF: Untuk memahami bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran dikongsi dengan guru-guru. TEMPOH MASA: 20 minit BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.0 – Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen TATACARA: 1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan konsep umum tentang Laman Bidang / Mata Pelajaran. Terangkan bahawa adalah penting untuk berkongsi laman-laman bidang / mata pelajaran ini dengan ketua-ketua bidang / ketua- ketua panitia sebelum mereka boleh mengedit laman-laman tersebut. Ini adalah kerana ke semua 4 ruang Laman Bidang / Mata Pelajaran hanya boleh diedit oleh pengguna Pentadbir Frog. Bagi memastikan bahawa semua laman-laman ini boleh diedit semasa sesi latihan, adalah penting bagi pengguna Pentadbir Frog untuk berkongsi laman-laman ini dengan individu yang sesuai sebelum sesi latihan bermula. Panduan ini akan menunjukkan anda caranya. 2. VIDEO – Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran Mainkan klip video dan minta para peserta untuk mengikuti arahan seperti di dalam video. 3. SESI IMBASAN Mengimbas kembali matlamat sesi. Sesi soal jawab. Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

Upload: fairosazmi

Post on 25-Sep-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Training Day 3 Web Version

TRANSCRIPT

  • 171transforming education through the Internet

    powered by

    3.0 Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata

    Pelajaran (Pengguna: Pentadbir)

    3.0 How the Administrator Shares a Departmental / Subject Site (Users: Admin)

    TUGASAN:Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.

    OBJEKTIF: Untuk memahami bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran dikongsi dengan guru-guru.

    TEMPOH MASA: 20 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.0 Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

    Komputer

    Papan putih

    Pen penanda

    Buku nota

    Projektor

    Kertas & pen

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Jurulatih menerangkan konsep umum tentang Laman Bidang / Mata Pelajaran. Terangkan bahawa adalah penting untuk berkongsi laman-laman bidang / mata pelajaran ini dengan ketua-ketua bidang / ketua-ketua panitia sebelum mereka boleh mengedit laman-laman tersebut. Ini adalah kerana ke semua 4 ruang Laman Bidang / Mata Pelajaran hanya boleh diedit oleh pengguna Pentadbir Frog. Bagi memastikan bahawa semua laman-laman ini boleh diedit semasa sesi latihan, adalah penting bagi pengguna Pentadbir Frog untuk berkongsi laman-laman ini dengan individu yang sesuai sebelum sesi latihan bermula. Panduan ini akan menunjukkan anda caranya.

    2. VIDEO Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

    Mainkan klip video dan minta para peserta untuk mengikuti arahan seperti di dalam video.

    3. SESI IMBASAN

    Mengimbas kembali matlamat sesi. Sesi soal jawab.

    Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

  • transforming education through the Internet

    powered by

    172 173transforming education through the Internet

    powered by

    Panduan Pengguna

    Perkongsian Laman Bidang / Mata Pelajaran

    Nota: Untuk berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran, anda mesti log masuk sebagai pentadbir.

    Untuk melihat Laman Bidang / Mata Pelajaran, anda mesti klik ikon Quick Launch pada Frog Bar.

    Klik pada ikon Departmental Sites dan anda akan lihat ruang Laman Web Jabatan.

    Klik pada salah satu laman yang telah dihasilkan. Contohnya, klik pada laman Bahasa

    Anda akan lihat halaman utama bagi Bahasa. Klik pada tab Rangkaian Mata Pelajaran.

    Anda akan lihat tetingkap yang memaparkan dua laman mata pelajaran: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Klik pada laman Bahasa Melayu.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    174 175transforming education through the Internet

    powered by

    Bagi membenarkan pengguna yang lain mengedit laman ini, klik pada butang Share di Frog Bar.

    Pada tetingkap Share, taipkan nama pengguna yang anda ingin tambah ke dalam kotak Who has access.

    Selepas menaip beberapa huruf, anda akan dapat melihat senarai pengguna.

    Menu ke bawah memaparkan 3 pilihan:

    Can edit and manage Pengguna mempunyai kebenaran untuk mengedit dan menguruskan laman.

    Can contribute Pengguna boleh memberi sumbangan di ruang interaktif seperti memberi komen di forum, muat naik dan muat turun fail.

    Can view Pengguna boleh melihat laman tersebut sahaja.

    Pilih nama yang betul dan klik Add.

    Sekarang, anda akan melihat nama pengguna telah didaftarkan sebagai User. Klik pada menu ke bawah di sebelah kanan untuk peringkat akses.

    Akhirnya, klik pada butang biru Share. Kemudian, pengguna yang telah didaftarkan boleh mengedit laman.

  • transforming education through the Internet 176

    Anda akan kembali ke halaman utama iaitu laman Bahasa Melayu.

    Ulangi latihan ini bagi ke semua laman bidang. Keempat-empat laman harus dikongsi dengan pengguna yang sesuai.

    3.1 Bagaimana Laman Bidang /Mata Pelajaran Digunakan

    di Sekolah (Pengguna: Guru)3.1 How Departmental / Subject Sitesare Used Within a School (User: Staff)

  • transforming education through the Internet 178 179transforming education through the Internet

    powered by

    TUGASAN:Menggunakan Laman Bidang / Mata Pelajaran di sekolah.

    OBJEKTIF: Menimbulkan kesedaran ke atas bagaimana sesebuah Laman Bidang / Mata Pelajaran boleh digunakan secara efektif bagi meningkatkan komunikasi dan penglibatan pelajar.

    TEMPOH MASA: 15 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.1 Bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Jurulatih menerangkan tujuan utama sesi:

    Di dalam sesi ini, anda akan diterangkan dengan bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran dihasilkan untuk menjadi bantuan komunikasi di antara jabatan mata pelajaran dan pelajar.

    Jurulatih menerangkan tujuan Laman Bidang / Mata Pelajaran:

    Laman Bidang / Mata Pelajaran terdiri daripada 4 jabatan utama, antaranya Bahasa, Teknik dan Vokasional, Matematik dan Sains, dan juga Kemanusiaan. Laman ini boleh dilihat oleh semua guru dan pelajar. Ini bermakna, semua pelajar mempunyai satu pusat rujukan untuk memperolehi maklumat yang berkaitan di dalam sesebuah jabatan / panitia dengan mudah.

    Dokumen sekolah, tips peperiksaan, soalan peperiksaan tahun lalu (bank soalan) dan dokumen-dokumen umum dapat disimpan dengan mudah di sini. Maklumat-maklumat yang menarik dan menyeronokkan juga boleh dimasukkan ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran untuk menarik lebih ramai kunjungan daripada guru dan pelajar. Ini akan menjadikan Laman Bidang / Mata Pelajaran satu medium komunikasi dan penyiaran bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai sesuatu subjek di dalam sekolah.

    Halaman baru boleh ditambah ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran apabila dikehendaki. Ia mungkin diperlukan bagi menempatkan galeri gambar, video atau kajian. Kebiasaannya, Laman Bidang / Mata Pelajaran ini akan diuruskan oleh Ketua Bidang / Panitia atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawabkan untuk mengemaskinikan laman tersebut.

    Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh cadangan bahan sumber pembelajaran yang boleh dimasukkan ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran:

    Bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah

    powered by

    Tab Kandungan

    1. Profil Panitia / Jabatan

    2. Dokumen Pelajaran

    Sukatan Mata Pelajaran

    Huraian Sukatan Pelajaran

    Rancangan Pelajaran

    Pekeliling

    3. Penilaian dan Peperiksaan

    Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah

    Kertas Peperiksaan Tahun Lepas

    Tips Peperiksaan

    Analisa Keputusan Ujian

    / Peperiksaan

    4. Pengkayaan

    Senarai Rujukan Tambahan

    Informasi Tambahan

    Carta Organisasi bagi jabatan / panitia.

    Informasi mengenai jabatan / panitia yang perlu disebarkan kepada komuniti sekolah.

    Semua dokumen rasmi yang berkaitan dengan jabatan/ panitia perlu dimasukkan. Ia akan menjadi bahan rujukan utama bagi guru dan pelajar untuk mendapatkan maklumat bagi subjek tersebut.

    Secara tidak langsung, ini akan membentuk satu suasana kerja yang telus diantara guru dan pelajar. Kedua-dua pihak boleh memahami lebih mendalam mengenai sukatan mata pelajaran dan hasil yang diingini daripada pembelajaran.

    Maklumat yang berkaitan mengenai penilaian dan peperiksaan boleh di masukkan di sini. Maklumat ini sangat berguna bagi guru dan pelajar.

    Contohnya: Garis panduan bagi penilian asas sekolah, bank soalan termasuklah soalan peperiksaan tahun lalu beserta tip-tip dan analisis.

    Maklumat mengenai acara dan aktiviti yang berkaitan dengan jabatan juga boleh di masukkan ke dalam Laman Bidang ini. Maklumat lengkap dan menarik mengenai sesuatu acara juga boleh disertakan. Ini akan menarik lebih banyak kunjungan daripada guru dan pelajar ke laman bidang.

    2. SESI IMBASAN

    Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

  • 181transforming education through the Internet

    powered by

    3.2 Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran

    (Pengguna: Guru)3.2 How to Create Departmental / Subject Sites (User: Staff)

    TUGASAN: Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran.

    OBJEKTIF: Memastikan pengguna mempunyai kefahaman yang baik mengenai bagaimana untuk membina Laman Bidang / Mata Pelajaran.

    TEMPOH MASA:30 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.2 Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran

    Komputer

    Papan Putih

    Pen dan Buku Nota

    Projektor

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Jurulatih menerangkan manfaat menghasilkan Laman Bidang / Mata Pelajaran dengan menggunakan Frog VLE.

    2. VIDEO

    Mainkan klip video. Berhenti dan beri penerangan apabila perlu. Meminta para peserta untuk menonton video dan mengikut arahan

    3. SESI IMBASAN

    Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

    Panduan Pengguna

    Bagaimana membina Laman Bidang / Mata Pelajaran

    Kita akan membina laman bidang untuk digunakan di sekolah. Laman bidang / Mata Pelajaran ini akan terdiri daripada beberapa laman yang mengandungi teks dan media (gambar atau video) yang ingin dikongsi bersama warga sekolah yang lain.

    Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran

  • transforming education through the Internet

    powered by

    182 183transforming education through the Internet

    powered by

    Bagi membina Laman Bidang / Mata Pelajaran, klik pada Quick Launch yang berada di Frog Bar. Seterusnya klik pada ikon Departmental Sites.

    Laman Web Jabatan yang terdiri daripada 4 bidang utama seperti Bahasa, Matematik dan Sains, Kemanusiaan dan,Teknik dan Vokasional akan tertera. Kesemua laman ini adalah untuk tatapan semua warga sekolah.

    Pilih laman bidang Bahasa.

    Anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti di bawah.

    Terdapat dua pautan di laman ini iaitu pautan Laman Utama dan Rangkaian Mata pelajaran. Klik pada pautan Rangkaian Mata pelajaran. Ini akan membawa anda ke laman seterusnya yang mengandungi pautan kepada subjek-subjek yang dikategorikan di bawah bidang Bahasa.

    Terdapat dua subjek yang diketegorikan di bawah bidang Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kita akan membina laman untuk subjek Bahasa Melayu, klik pada pautan Bahasa Melayu.

    Paparan di bawah menunjukkan laman Bahasa Melayu. Terdapat beberapa widget yang telah tersedia untuk membantu para guru agar memudahkan kerja membina laman subjek ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubahsuai laman ini mengikut citarasa dan kreativiti anda.

    Bagi mengubahsuai laman subjek anda, klik pada butang Edit pada sebelah kiri skrin anda.

    Sebaik sahaja anda klik, Content Tray akan dipaparkan.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    184 185transforming education through the Internet

    powered by

    Kita akan mula mengubahsuai laman ini dengan menukar paparan tajuk utama dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Klik dua kali pada tajuk utama dan taipkan Bahasa Malaysia pada ruang Name of Site.

    Tajuk utama laman anda akan berubah.

    Setelah tamat, klik pada butang Save Changes untuk menyimpan tetapan yang telah ditukar.

    Menukar Teks pada Laman Utama

    Klik dua kali pada teks yang bertulis Bahasa Melayu Laman Utama, ini akan membawa anda ke bahagian tetapan widget tersebut.

    Oleh kerana kita akan meletakkan Carta Organisasi Panitia Bahasa Melayu di bahagian ini, maka kita akan menukarkan teks Bahasa Melayu Laman Utama kepada Carta Organisasi Panitia.

    Taipkan Carta Organisasi Panitia pada panel tetapan. Apabila anda selesai menaip, anda akan dapat melihat perubahan pada bahagian laman seperti yang tertera di bawah.

    Bagi meletakkan carta organisasi panitia pada halaman ini, widget teks bertulis Di Laman ini, anda boleh perlu dipadam terlebih dahulu. Bagi memadamkan widget ini, klik dua kali pada widget teks tersebut dan klik Remove Widget di panel tetapan.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    186 187transforming education through the Internet

    powered by

    Sebaik sahaja anda klik pada Remove Widget, satu kotak dialog akan tertera bagi meminta pengesahan untuk memadam widget tersebut. Kemudian klik pada butang OK.

    Sekali lagi, klik pada tab Widgets. Pilih widget Media dan seret ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak bertukar biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

    Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi widget Media tersebut. Kemudian klik pada butang Upload.

    Setelah klik pada butang Upload, anda akan melihat paparan File Uploader.

    Klik pada butang biru Choose Files untuk memuat naik fail dari komputer anda.

    Setelah itu File Manager akan muncul bagi membenarkan anda memilih fail dari komputer peribadi anda.

    Cari fail yang ingin dimuat naik. Sebagai contoh, kita akan memuat naik Carta Organisasi yang akan diberi nama chart

    Setelah anda menjumpai fail yang diingini, klik pada fail tersebut dan klik butang Open.

    Setelah fail selesai dimuat naik, butang Done yang berwarna hijau akan muncul. Kemudian, klik pada kotak Done di sebelah kiri pada bahagian bawah kotak dialog tersebut.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    188 189transforming education through the Internet

    powered by

    Imej Carta Organisasi Panitia akan terpapar seperti di bawah.

    Sekarang anda telah mempunyai sebuah carta organisasi pada laman anda. Anda boleh memilih saiz imej pada tetapan media. Tiga pilihan tersebut ialah Large, Medium dan Small.

    Pilih Large.

    Klik pada Save Changes dan tutup tetingkap edit anda dengan menekan butang X.

    Menambah Notis

    Untuk membuat penambahan pada notis, klik pada butang Create Notice.

    Anda boleh memasukkan maklumat mengenai carta tersebut di dalam kotak dialog yang terpapar.

    Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.

    Taipkan tajuk dan maklumat mengenai notis tersebut di ruangan Title dan Content.

    Nota: Semua notis yang dipaparkan mestilah berkaitan dengan topik berkenaan.

    Klik pada butang Submit setelah selesai.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    190 191transforming education through the Internet

    powered by

    Menukar Nama Tab

    Sekarang kita akan menukar nama tab dari Tingkatan 1 ke Sukatan Pelajaran. Klik pada butang Edit.

    Seterusnya klik pada teks Tingkatan 1 dan taipkan Sukatan Pelajaran.

    Nama tab baru anda akan berubah seperti yang tertera di bawah.

    Menambah Widget Baru (Embed Website Widget)

    Anda sekarang akan menambah widget baru, iaitu Embed Website widget ke Laman Bidang / Mata Pelajaran anda.

    Pilih widget tersebut dan seret ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak bertukar biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

    Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi widget Embed Website tersebut.

    Masukkan maklumat URL ke dalam ruangan Enter URL:

    http://www.ppk.smkdpk.com/sp/bm.html#.

  • transforming education through the Internet 192

    Kemudian klik pada butang Save Changes

    Klik pada butang X untuk kembali ke Laman Bidang.

    Laman Embed Website anda akan terpapar di Laman Bidang / Mata Pelajaran anda.

    3.3 Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

    (Pengguna: Guru)3.3 How Departmental / Subject Sites are shared (User: Staff)

  • transforming education through the Internet

    powered by

    194 195transforming education through the Internet

    powered by

    TUGASAN:Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.

    OBJEKTIF: Memahami cara berkongsi laman bidang/laman mata pelajaran.

    TEMPOH: 20 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 3.3 - Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Jurulatih menerangkan mengapa laman bidang/laman mata pelajaran perlu dikongsi:

    Setelah laman bidang /mata pelajaran dihasilkan oleh guru, guru perlu menukar peringkat akses bagi semua guru dan pelajar. Terdapat 3 peringkat akses pada tetapan asal laman bidang, iaitu:

    Pentadbir: Edit dan Urus (Edit and Manage)

    Guru: Edit dan Urus (Edit and Manage)

    Pelajar: Papar (View)

    Pada tetapan asal peringkat akses, pelajar hanya dibenarkan untuk melayari laman bidang / mata pelajaran sementara guru dan pentadbir boleh mengubahsuai laman ini. Oleh yang demikian, peringkat akses bagi guru dan pelajar perlu diubah supaya mereka dapat memberi sumbangan pada laman ini.

    2. VIDEO Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

    Memainkan klip video. Berhenti dan beri penerangan apabila diperlukan. Minta peserta untuk menonton video dan mengikuti arahan pada video.

    3. SESI IMBASAN

    Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

    Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

    Panduan Pengguna

    Berkongsi Laman Mata Pelajaran

    Untuk memulakan proses perkongsian laman mata pelajaran, anda perlu membuka laman mata pelajaran yang ingin dikongsikan. Bagi latihan ini, laman mata pelajaran yang telah dihasilkan pada sesi sebelum ini akan digunakan, iaitu laman Bahasa Malaysia.

    Anda akan dibawa ke Laman Web Jabatan. Kemudian klik pada pautan Bahasa.

    Ini akan membawa anda ke halaman umum bagi bidang Bahasa. Klik pada tab Rangkaian Matapelajaran untuk melihat senarai mata pelajaran di bawah bidang Bahasa.

    Bagi membuka laman mata pelajaran yang diingini, klik pada Quick Launch pada Frog Bar. Seterusnya, klik pada ikon Departmental Sites.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    196 197transforming education through the Internet

    powered by

    Di halaman ini, anda akan lihat 2 laman mata pelajaran di sebelah kanan halaman. Mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Klik Bahasa Malaysia untuk memaparkan laman mata pelajaran tersebut.

    Apabila laman Bahasa Malaysia telah dibuka, klik pada butang Share untuk berkongsi laman ini. Anda akan dibawa ke tetingkap Share di mana anda boleh menetapkan peringkat akses laman bagi pengguna tertentu.

    Menu ke bawah di sebelah kanan memaparkan tiga peringkat akses yang berbeza. Peringkat akses ini menetapkan akses bagi setiap kumpulan pengguna. Peringkat akses tersebut adalah:

    Peringkat akses telah ditetapkan untuk tiga jenis pengguna iaitu Pentadbir, Guru dan Pelajar

    Jangan ubah tetapan bagi Pentadbir Frog.

    Anda hanya boleh mengubah tetapan bagi guru dan pelajar.

    Can Edit & Manage Peringkat akses ini membenarkan pengguna mengubahsuai dan kongsi laman ini.

    Can Contribute Peringkat akses ini membenarkan pengguna melayari laman dan menyumbang pada bahagian interaktif laman ini seperti Forum, File Drop dan lain-lain.

    Can View Peringkat akses ini hanya membenarkan pengguna melayari laman ini. Pengguna tidak dapat mengubah atau menyumbang kepada pada bahagian interaktif laman ini seperti Forum, File Drop dan lain-lain

    Ini dapat mengawal jumlah pengguna yang boleh mengubahsuai dan berkongsi laman bidang / mata pelajaran ini.

    Laman mata pelajaran ini adalah umum bagi keseluruhan komuniti sekolah, termasuk pelajar. Pada tetapan asal, pelajar tidak diberi akses. Jadi, peringkat akses bagi pelajar perlu diubah.

    Bagi latihan ini, anda dikehendaki mengubah peringkat akses pengguna dari Can Edit & Manage kepada Can contribute.

    Bagi mengubah peringkat akses pelajar, taipkan nama pelajar dan pilih daripada menu ke bawah. Kemudian klik pada butang Add.

    Anda kini telah menambah pelajar dalam senarai perkongsian.

    Peringkat akses pelajar tersebut dipaparkan di sebelah kanan iaitu Can view.

  • transforming education through the Internet 198

    Ubah peringkat akses bagi pelajar tersebut kepada Can Contribute pada pilihan dari menu ke bawah. Ini akan membolehkan pelajar menyumbang pada bahagian interaktif laman mata pelajaran tersebut.

    Klik pada butang biru Share.

    Laman Bahasa Malaysia kini telah dikongsi bersama pelajar-pelajar yang berkenaan.

    3.4 Menginspirasikan Pelajar (Pengguna: Pelajar)

    3.4 Inspiring Students (User: Student)

  • transforming education through the Internet 200

    TUGASAN:Menginspirasikan Pelajar

    OBJEKTIF: Untuk memotivasi dan menginspirasi pelajar untuk menerima teknologi baru ke dalam sekolah mereka.

    TEMPOH MASA: 20 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.4 (Link) - Engage Me www.youtube.com/watch?v=ZokqjjIy77Y

    TATACARA:

    1. PENGLIBATAN PELAJAR

    Jurulatih mendapatkan maklum balas bagi kaedah pengajaran pada masa kini serta pendapat dari para pelajar mengenainya.

    SOALAN:

    Apakah mata pelajaran kegemaran anda? Mengapa?

    Apakah yang digunakan oleh guru anda untuk mengajar?

    Apakah mata pelajaran yang paling tidak anda minati?

    Adakah anda berpuas hati dengan teknik-teknik pengajaran yang digunakan? Mengapa?

    Adakah anda ingin guru anda mengubah kaedah mereka? Apakah cadangan anda?

    2. VIDEO - Engage Me

    Jurulatih memainkan klip video.

    Pelajar menonton video dan mencatat nota.

    Jurulatih mengaitkan soalan-soalan yang diajukan dengan mesej video yang dimainkan. Tanya pelajar sama ada mereka bersetuju dengan mesej yang disampaikan oleh kandungan video tersebut. Minta mereka untuk membincangkan pendapat mereka.

    RUMUSAN

    Terangkan kepada pelajar bagaimana Frog VLE boleh membantu mereka untuk menjadi pelajar abad ke-21 dengan menyediakan penyelesaian yang bersepadu.

    Menginspirasikan Pelajar

    3.5 Berkenalan dengan Frog (Pengguna: Pelajar)

    3.5 Meet Frog (User: Student)

  • transforming education through the Internet 202

    TUGASAN:Menginspirasikan pelajar.

    OBJEKTIF: Untuk memberikan pemahaman umum mengenai projek ini.

    TEMPOH MASA: 10 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.5 - Meet Frog

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Jurulatih menyediakan tempat bagi aktiviti menonton video.

    Jurulatih meminta pelajar untuk berfikir mengenai soalan-soalan berikut sebelum memainkan klip video:

    Wujudkah pembelajaran tanpa batasan?

    Wujudkah pembelajaran di mana jua dan pada bila-bila masa?

    Bolehkah anda melakukannyasekarang? Mengapa? Bagaimana?

    2. VIDEO Meet Frog

    Jurulatih memainkan video. Pelajar menonton dan membuat perkaitan dengan soalan-soalan yang diajukan.

    Berkenalan dengan Frog

    3.6 Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar (Pengguna: Pelajar)

    3.6 Overview of Frog VLE for Students (User: Student)

  • transforming education through the Internet

    powered by

    204 205transforming education through the Internet

    powered by

    TUGASAN: Memberi gambaran keseluruhan Frog VLE untuk pelajar.

    OBJEKTIF: Untuk memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum mengenai fungsi Frog VLE serta dapat menggunakan Frog VLE dengan baik.

    TEMPOH MASA: 20 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 3.6 Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar

    Komputer

    Papan putih

    Pen dan buku nota

    Projektor

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

    Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE ialan satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah pembelajaran maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

    Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di sekolah ataupun di rumah mahupun di mana-mana, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

    2. OBJEKTIF

    Untuk memastikan bahawa pengguna memahami fungsi-fungsi utama pada Frog VLE.

    3. LOG MASUK KE DALAM VLE

    Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.

    Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar 4. VIDEO Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk PelajarMemainkan video dan berhentikan video seketika dan beri penerangan jika perlu.

    5. SESI IMBASAN

    Mengimbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan faedah penggunaan Frog VLE.

    Panduan Pengguna

    Antara Muka (Interface) Frog VLE

    Klik pada butang Get started untuk log masuk ke dalam Frog VLE. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan apabila diminta.

    Penting! Adalah penting untuk log keluar daripada akaun Google lain sebelum log masuk ke dalam Frog VLE. Jika ini tidak dilakukan, pengguna baru tidak boleh log masuk ke dalam Frog VLE.

    Antara muka (Interface) Frog VLE direka bagi memudahkan penggunaan Frog. Penerangan bagi fungsi ikon serta kegunaannya akandiberikan pada bahagian yang seterusnya.

    Frog Bar

    Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin FrogVLE yang memberikan akses kepada System Options, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar tidak boleh dipadam.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    206 207transforming education through the Internet

    powered by

    Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen seperti berikut:

    Menu Frog Head

    Menu Frog Head memberi akses yang pantas untuk melihat ruangan System Options VLE. Ia mengandungi:

    Help Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan lazim di sini.

    Preferences Anda boleh mengubah tetapan asas VLE di sini. Pilihan-pilihan tersebut terdiri daripada:

    Language

    Set Background Memberi anda pilihan satu imej daripada senarai yang ada untuk menetapkan latar belakang Frog VLE anda.

    Log Out Membenarkan anda log keluar dari VLE selepas penggunaan.

    Help

    Dashboard Switch

    Global Search Box

    Jika suatu aplikasi sedang aktif, pencarian anda akan bermula di dalam aplikasi tersebut sebelum merentasi ke seluruh Frog VLE. 15 hasil carian pertama anda akan dipaparkan dengan nama sumber tersebut. Jika lebih daripada 15 hasil carian ditemui, butang Show All akan mempamerkan hasil carian selebihnya dalam ruangan Resource Manager.

    Nota: Minimum 3 huruf perlu diisi di dalam kotak carian sebelum pencarian dapat dijalankan.

    Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan VLE yang sedang dipaparkan. Jika General Help tidak dapat memberikan jawapan yang sesuai kepada permasalahan anda, anda boleh menjalankan satu carian di ruangan Help untuk mendapatkan dokumen-dokumen bantuan. Pautan ke Community Site yang bersesuaian akan dipaparkan di samping hasil carian anda.

    Dengan menekan butang kursor, anda akan beralih dari laman Dashboard Peribadi ke Dashboard Sekolah dan sebaliknya.

    Home

    Quick Launch

    Ikon Quick Launch memaparkan menu VLE. Di sini anda boleh meneroka semua behagian VLE.

    Resource Manager

    Application Tray

    Butang Home membawa anda kembali ke Dashboard anda atau Dashboard Sekolah. Oleh kerana butang ini sentiasa dipamerkan, anda sentiasa boleh kembali ke Dashboard anda dengan segera dari mana-mana ruangan VLE.

    Resource Manager membolehkan anda melihat dan menyunting sebarang sumber yang boleh diakses atau dicipta sendiri. Sumber-sumber ini mungkin dalam bentuk dokumen, Sites atau Applications.

    Dengan menekan butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan dipaparkan pada Tray. Jika anda klik pada mana-mana ikon yang terdapat pada Tray, anda akan dibawa ke halaman yang telah dipilih. Anda boleh menutup laman atau aplikasi yang sedang aktif dengan menekan butang [x].

    Nota: Aplikasi di dalam menu VLE mungkin berbeza dengan paparan, bergantung kepada peringkat akses pengguna (Pentadbir, Guru atau Pelajar).

  • transforming education through the Internet

    powered by

    208 209transforming education through the Internet

    powered by

    Ikon Notifications akan memberikan petunjuk bewarna merah apabila terdapat mesej baru dalam Events Feed anda. Ikon ini akan menunjukkan jumlah notifikasi yang belum dibaca oleh pengguna. Ikon ini akan mempamerkan notifikasi dari Sites, Calendars dan Assignment.

    Notifications

    Apabila anda klik pada satu-satu mesej dalam Events Feed, anda akan dibawa ke aplikasi atau laman yang menjana mesej tersebut. Notifikasi yang dihantar dari sumber yang sama, misalnya dari guru yang sama atau laman yang sama, akan dikumpulkan dalam Events Feed.

    Nota: Notifikasi dapat dipamerkan di Dashboard dengan menggunakan Notifications Widget (seperti gambar di atas).

    Quick Launch

    Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam VLE. Pautan-pautan ke ruangan ini boleh didapati dalam menu Quick Launch pada Frog Bar.

    Assignments

    Calendar

    Departmental Sites

    Tetingkap Assignments membenarkan anda memberi, menyemak, mengulas, dan berkongsi tugasan yang diberi kepada para pelajar. Selepas tugasan dihasilkan, ia dapat dihantar kepada individu atau kumpulan secara mudah. Tambahan pula, apabila pelajar telah menyiapkan tugasan, ia dapat dihantar semula dengan cara yang sama.

    Calendar membolehkan anda mengurus semua aktiviti. Jika perlu, anda boleh berkongsi kalendar dengan guru-guru lain. Informasi tambahan boleh disertakan pada sesuatu acara/aktiviti seperti lokasi, jemputan dan nota.

    Departmental Sites adalah bahagian di mana laman yang dicipta oleh setiap bidang boleh diakses. Selepas setiap bidang menghasil dan berkongsi laman masing-masing, barulah ia boleh diakses oleh pengguna.

    Departmental Sites adalah bahagian di mana laman yang dicipta oleh setiap bidang boleh diakses. Selepas setiap bidang menghasil dan berkongsi laman masing-masing, barulah ia boleh diakses oleh pengguna.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    210 211transforming education through the Internet

    powered by

    My Dashboard

    School Dashboard

    My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui selepas log masuk ke dalam VLE. Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, atau notifikasi. Anda boleh menambah kandungan peribadi seperti gambar, video, atau pautan ke laman kegemaran anda. Gunakan Widgets untuk mengubah rupa dan kandungan Dashboard mengikut kesesuaian.

    School Dashboard boleh diakses dengan mengklik Dashboard Switch yang diletak di tengah-tengah Frog Bar. Dashboard ini memaparkan notis dan maklumat yang diurus oleh pihak sekolah. Ia juga mengandungi MOE RSS feed untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan mengenai berita pendidikan atau maklumat untuk sekolah dan guru-guru. School Dashboard hanya boleh diubahsuai oleh pentadbir.

    Forums

    Frog Store

    Sites

    Forums merupakan ruangan yang memaparkan semua forum dalam VLE. Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan mengenai topik tertentu berkaitan sekolah. Setiap maklumat mempunyai tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan dan mengetahui individu mana yang memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta forum dapat mengawal semua topik, akses dan tetapan.

    Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi dan sumber untuk digunakan dalam VLE. Pengguna boleh mencari kandungan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti imej dan video untuk digunakan dalam Site.

    Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE dengan menggunakan widgets. Laman yang dihasilkan atau dikongsi akan disenaraikan di sini. Laman yang dihasilkan untuk aktiviti kokurikulum seperti kelab dan lawatan juga akan dipaparkan di sini.

    Terdapat 2 ruangan umum untuk anda layari. Bahagian Apps memaparkan aplikasi yang ada untuk anda muat turun. Ini menambahkan fungsi ke dalam VLE. Bahagian Channels mengandungi kandungan daripada rakan kongsi pendidikan Frog seperti Khan Academy atau KPM.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    212 213transforming education through the Internet

    powered by

    My Documents

    Resource Manager

    Nota: Tetapan asal Resource Manager memaparkan fail yang terbaru yang anda telah muat naik ke VLE.

    My Documents adalah satu ruangan untuk menyimpan semua fail peribadi anda dalam VLE. Ruangan ini adalah peribadi dan tidak boleh diakses oleh pengguna lain.

    Resource Manager adalah aplikasi utama untuk mengakses sumber yang anda telah hasilkan atau yang telah dikongsikan kepada anda. Ia membolehkan anda menyimpan, melihat, mengubah dan menghasilkan kandungan di semua bahagian VLE yang dibenarkan

    Resource Manager terbahagi kepada dua Personal dan Shared. Bahagian Personal memberi anda melihat, mengedit dan mencipta sumber termasuk yang anda telah muat naik berdasarkan peringkat pengguna. Bahagian Shared mengandungi sumber pengajaran dan pembelajaran dan dokumen-dokumen sekolah.

    School Documents

    Pelajar akan mempunyai akses untuk membaca sementara guru mempunyai akses pentadbir untuk menambah atau memadam maklumat.

    The Pond

    School Documents adalah tempat di mana dokumen boleh disimpan dan digunakan oleh semua warga sekolah. Ini merangkumi buku panduan guru dan pelajar, polisi atau maklumat sekolah. Dokumen boleh berformat zip, MS Word, MS Excel, PDF, video atau fail audio. (Akses adalah berdasarkan peringkat pengguna)

    The Pond ialah sebuah portal bagi pelajar untuk melayari ke dalam dunia Frog. Ia membolehkan pelajar menerokai idea berkaitan penggunaan Frog, mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di FrogAsia serta lawatan-lawatan sekolah yang telah dianjurkan oleh pasukan FrogAsia. Pelajar juga boleh menerokai video- video, artikel-artikel dan bahan-bahan pembelajaran terbaik dari serata dunia. Portal ini boleh dilayari oleh pelajar dan juga guru.

  • transforming education through the Internet 214

    E-mail

    E-mail akaun Yes akan dibuka secara automatik apabila anda telah log masuk ke dalam Frog. E-mel ini memudahkan komunikasi ke dunia luar.

    3.7 Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

    3.7 How to Edit Your Dashboard

  • transforming education through the Internet

    powered by

    216 217transforming education through the Internet

    powered by

    TUGASAN: Mengubah suai Dashboard anda.

    OBJEKTIF: Untuk memastikan para peserta mengetahui cara untuk mengedit Dashboard sendiri.

    TEMPOH MASA: 30 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.7 - Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara Dashboard diedit.

    2. LOG MASUK KE DALAM VLE

    Memberi arahan kepada pelajar untuk log masuk ke VLE.

    3. VIDEO Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

    Memaparkan video. Berhenti seketika dan beri penjelasan apabila perlu. Menggalakkan para peserta untuk menonton video dan mengikut arahan yang diberi menerusi video.

    4. SESI IMBASAN

    Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

    Panduan Pengguna

    Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

    Your Dashboard adalah halaman pertama yang terpapar sebaik sahaja anda log masuk ke dalam VLE. Dashboard boleh diubah suai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, ataupun notifikasi. Anda juga boleh menambah bahan seperti foto, video atau pautan kepada laman web kegemaran. Susun atur kandungan adalah mengikut kehendak anda. Gunakan Widgets untuk menukar paparan dan kandungan Dashboard mengikut kehendak anda.

    Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

    Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu:

    Menukar Tetapan pada Dashboard Anda

    Untuk mengedit Dashboard anda, anda perlu klik pada butang Edit pada sebelah kiri skrin anda. Ini akan memaparkan Content Tray.

    Layout Ini akan menukar bilangan dan kedudukan kotak kandungan dalam halaman anda.

    Settings Ini membenarkan anda untuk menukar nama dan tema Dashboard anda.

    Widgets Widget boleh diseret ke dalam lajur pada halaman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video dan gambar.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    218 219transforming education through the Internet

    powered by

    Ini akan terpapar pada sebelah kiri atas Dashboard seperti yang ditunjukkan di bawah.

    Untuk menukar nama pada Dashboard anda, masukkan nama ke dalam kotak Name of Site. Ini secara automatik akan mengemaskini nama Dashboard pada halaman anda. Contohnya: Sharon . G

    Untuk menukar tema Dashboard anda, pilih tema baru dengan mengklik pada menu ke bawah di sebelah kanan.

    Apabila anda klik pada menu ke bawah, menu yang mengandungi tema yang telah disedia ada akan dipaparkan. Skrol menu ke bawah, dan klik pada tema yang anda inginkan. Ini secara automatik menukar kepada tema Dashboard yang anda pilih.

    Menukar susun atur Dashboard anda

    Widgets

    Di dalam Content Tray klik pada tab Widgets.

    Pastikan anda menyimpan perubahan dengan mengklik butang Save Changes.

    Di dalam Content Tray klik pada tab Layout.

    Pilih bilangan kotak kandungan yang anda inginkan berdasarkan butang bernombor. Anda boleh pilih antara 1 hingga 4 kotak pada satu halaman.

    Klik pada 3 dalam tetapan Boxes. 3 susun atur yang berbeza akan tersedia.

    Di sini, anda boleh memilih bagaimana kotak kandungan akan dipaparkan pada Dashboard anda. Apabila anda klik pada susun atur tertentu, halaman anda secara automatik akan dikemaskini dengan susun atur baru.

    Klik pada susun atur kedua pada sebelah kanan.

    Dashboard anda sedia untuk diisikan dengan kandungan.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    220 221transforming education through the Internet

    powered by

    Menambah Widget pada Dashboard anda

    Pilih widget Media dan seretkannya pada kotak sebelah kiri atas. Pastikan kotak berwarna biru sebelum melepaskan widget.

    Klik dua kali pada widget Media dalam kotak kandungan tersebut untuk memaparkan tetapan widget.

    Widget adalah aplikasi kecil yang membenarkan kandungan untuk dipapar kepada pengguna. Ini boleh digunakan dengan menyeret setiap widget ke dalam kotak kandungan pada halaman dan menetapkan tetapannya. Pelbagai widget boleh digunapakai dalam satu halaman.

    Nota: Widget hanya boleh memaparkan kandungan apabila diarahkan. Untuk kebanyakan widget, anda perlu memasukkan maklumat berkaitan kandungan yang diingini sebelum ia boleh dipaparkan pada Dashboard.

    Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.

    Padamkan sebarang widget tersedia ada sebelum mengubah suai Dashboard anda. Klik dua kali pada widget yang diingini dan klik pada tanda pangkah kecil berwarna merah untuk memadamnya dari Dashboard.

    Muat naik gambar daripada komputer anda atau daripada storan USB. Klik pada butang Upload di bahagian Choose Media untuk melancarkan File Uploader.

    Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam komputer anda. Pilih satu fail untuk dimuat naik.

    Sebaik sahaja muat naik sudah lengkap, mesej Done berwarna hijau akan terpapar. Klik pada butang Done di bawah.

    Anda boleh menukar saiz gambar dengan memilih saiz daripada menu ke bawah Please select media size. Klik pada butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    222 223transforming education through the Internet

    powered by

    Menambah Widget Calendar

    Widget Calendar digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti penting di dalam kalendar pada Dashboard anda.

    Pilih widget Calendar dan seretkannya ke dalam kotak kanan atas. Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget tersebut.

    Terdapat beberapa jenis kalendar yang berbeza dalam Frog VLE anda seperti peribadi, kokurikulum, akademik dan peperiksaan. Oleh yang demikian, anda boleh memilih kalendar yang ingin dipaparkan pada Dashboard. Pilih kalendar peribadi anda.

    Pilih bilangan acara / aktiviti yang ingin dipaparkan daripada senarai menu ke bawah Max Events to Display dan pilih nombor 5.

    Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.

    Menambah Widget Notes

    Pilihkan widget Notes dan seretkannya ke dalam Dashboard seperti tertera di bawah. Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget.

    Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    224 225transforming education through the Internet

    powered by

    Di dalam tetapan Notes, anda boleh menaipkan peringatan untuk dipaparkan. Klik dua kali pada My Notes. Anda akan melihat tetapan My Notes pada sebelah kiri.

    Taipkan nota ini di dalam kotak: Beli kotak tisu untuk Jamuan Kelas

    Ikon yang terletak pada bahagian bawah tetingkap teks digunakan untuk mengubah suai format teks anda. Di samping itu, anda boleh memilih salah satu daripada pilihan sedia ada daripada menu ke bawah Font Format.

    Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah.

    Menambah Pautan Luar

    Kini, kita akan menambah pautan luar kepada Dashboard anda untuk memudahkan akses kepada laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menghasilkan pautan kepada laman Khan Academy. Pautan ini akan sedia ada pada Dashboard setiap kali kita log masuk ke dalam Frog VLE.

    Pilih widget External Link dan tarik ke dalam kotak sebelah kanan bawah widget Calendar.

    Masukkan nama laman web dan URL laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menggunakan:

    Simpan perubahan dengan klik pada butang Save Changes.

    Enter Name for Site: Khan Academy

    Enter URL: http://www.khanacademy.org

  • transforming education through the Internet 226 227transforming education through the Internet

    powered by

    Klik pada butang Add Icon for Site bagi menukar ikon asal pada widget External Link.

    Pilih logo Khan Academy daripada Frog Store dan klik pada butang Use. Ini akan menambahkan ikon tersebut kepada pautan anda.

    Kemudian, cari logo Khan Academy dari Frog Store. Taipkan Logo Khan Academy di dalam kotak carian dan klik pada ikon Frog Store di sebelah ikon carian.

    Masukkan deskripsi untuk pautan luar tersebut. Berikan penerangan berkenaan laman web yang dipaut. Misalnya, deskripsi untuk pautan ini adalah: Laman Kegemaran ku

    Simpan perubahan dengan klik pada butang Save Changes.

    powered by

    Klik pada butang X untuk menutup Dashboard anda.

    Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah. Apabila anda klik pada pautan, laman web akan terpapar pada tetingkap baru.

    Tahniah! Anda telah berjaya mengubah suaikan Dashboard anda.

  • 229transforming education through the Internet

    powered by

    3.8 Langkah Permulaan dengan Frog (Pengguna: Pelajar)

    3.8 Starting out with Frog (User: Student)

    Langkah Permulaan dengan Frog

    TUGASAN: Melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas mengguna VLE seperti mengguna kalendar, memuat naik fail, menghasilkan folder dan mengakses e-mel.

    OBJEKTIF:

    Untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada para pelajar tentang perlunya kaedah pembelajaran baru melalui Frog VLE.

    TEMPOH:

    30 minit

    SUMBER YANG DIPERLUKAN:

    VIDEO 3.8 - Langkah Permulaan dengan Frog

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Mengajukan soalan kepada peserta tentang cara-cara VLE boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

    Menekankan bagaimana Frog menyediakan sistem untuk memudahkan pembelajaran dan menjimat masa pelajar.

    2. VIDEO Langkah Permulaan dengan Frog

    Memainkan video Langkah Permulaan dengan Frog

    3. RUMUSAN

    Refleksi dan sesi soal jawab.

    Panduan Pengguna

    Bagaimana menggunakan Calendar

    Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan kemudian klik pada ikon Calendar.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    230 231transforming education through the Internet

    powered by

    Dalam panel New Entry, masukkan nama acara / aktiviti tersebut.

    Sebagai latihan, gunakan aktiviti anda sendiri seperti Ulangkaji Berkumpulan. Kemudian, masukkan lokasi aktiviti, contohnya Perpustakaan Sekolah.

    Pada panel New Entry, masukkan nota jika terdapat maklumat tambahan yang berkaitan dengan aktiviti. Sebagai contoh, masukkan nota: Subjek Bahasa Malaysia. Bab 5.

    Hantar jemputan kepada seorang rakan atau kumpulan dengan klik pada butang Manage Invitations dan mencari individu atau kumpulan yang berkenaan.

    Di dalam kotak carian, taip nama individu atau kumpulan yang anda ingin jemput ke acara / aktiviti tersebut. Sebagai contoh taipkan Mar. Jika nama mereka tersimpan di dalam VLE, ia akan muncul secara automatik di bawah kotak carian. Nama yang tertera dalam senarai adalah Marina Amath.

    Tetingkap Calendar akan dipaparkan seperti di bawah. Anda akan dapat lihat beberapa acara / aktiviti yang berwarna merah pada kalendar anda.

    Untuk menambah acara / aktiviti pada kalendar, klik pada tarikh dan masa aktiviti tersebut bermula. Kotak biru akan terbentuk apabila anda seret kursor anda pada tarikh dan masa tamat yang dikehendaki.

    Apabila anda melepaskan seretan kursor, satu kotak dialog New Entry akan dipaparkan.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    232 233transforming education through the Internet

    powered by

    Memadam Acara / Aktiviti

    Sekiranya anda ingin memadam acara / aktiviti pada kalendar, klik pada acara / aktiviti tersebut pada kalendar anda untuk melihat butirannya. Tetingkap bagi acara / aktiviti tersebut akan dipaparkan. Klik butang Delete yang berwarna merah untuk memadam acara / aktiviti tersebut dari kalendar.

    Tindakan ini juga akan memadamkan mana-mana jemputan pada kalendar dan panel Notifications pengguna lain.

    Bagaimana Memuat Naik Fail

    Sekarang, anda akan diperkenalkan dengan kemahiran memuat naik fail. Klik pada Quick Launch pada Frog Bar. Kemudian, klik pada ikon Resource Manager.

    Tetingkap Resource Manager akan dipaparkan.

    Klik butang Add di sebelah nama individu tersebut untuk menambahkannya ke dalam senarai Invitees. Jemputan akan dihantar kepada mereka melalui panel Notifications. Aktiviti tersebut juga akan muncul di dalam kalendar mereka supaya mereka boleh menerima atau menolak jemputan tersebut.

    Kini acara / aktiviti tersebut telah dimasukkan ke dalam kalendar anda.

    Klik OK untuk menghantar jemputan.

    Tetingkap New Entry akan dipaparkan. Sekiranya anda berpuas hati dengan tetapan yang telah dibuat, klik Create Event untuk menambah acara / aktiviti pada kalendar anda.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    234 235transforming education through the Internet

    powered by

    Apabila fail tersebut telah selesai dimuat naik, butang Done di sebelahnya akan bertukar hijau. Klik pada butang DONE yang terdapat di sebelah kanan bawah tetingkap. Kini, fail anda telah disimpan di My Document.

    Bagaimana Menghasilkan Folder

    Pada tetingkap Resource Manager, klik pada Action. Anda akan dapat lihat satu menu ke bawah. Klik pada New Folder.

    Folder baru akan muncul pada tetingkap Resources. Namakan fail baru anda.

    Klik pada butang biru Add Files pada bar di atas ruangan penyimpanan My Documents.

    Tetingkap File Uploader akan dipaparkan. Klik pada butang biru Choose Files untuk memulakan pencarian fail di dalam komputer anda.

    Sebaik sahaja anda klik pada butang biru Choose Files, tetingkap Open akan dipaparkan. Klik pada fail yang ingin dimuat naik dan kemudian klik butang Open di sebelah kanan bawah tetingkap. Fail anda akan dimuat naik secara serta-merta.

  • transforming education through the Internet 236 237transforming education through the Internet

    powered bypowered bypowered by

    Nota: Jika anda log masuk ke dalam Frog VLE, anda tidak perlu log masuk ke akaun e-mel anda secara berasingan.

    Klik pada butang X yang terdapat di tab pelayar untuk menutup e-mel anda.

    Kini, anda boleh menggunakan folder tersebut untuk menyimpan fail. Untuk kembali ke Dashboard anda, klik pada tanda X.

    Bagaimana Mengakses E-mel

    Anda boleh mengakses e-mel anda dengan klik pada butang Quick Launch yang terdapat di Frog Bar. Kemudian, klik pada ikon Email.

    Satu tetingkap baru akan muncul. E-mel anda akan dipaparkan pada Inbox.

  • 239transforming education through the Internet

    powered by

    TUGASAN:Menghasilkan dan berkongsi laman kokurikulum dengan pelajar

    OBJEKTIF:Memastikan peserta memahami bagaimana untuk membina sebuah laman kokurikulum dan berkongsi laman tersebut dengan para pelajar.

    TEMPOH MASA:20 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN Video 3.9 - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

    Komputer

    Papan Putih

    Pen dan buku nota

    Projektor

    TATACARA:

    1. PENGENALAN

    Jurulatih mengajukan soalan-soalan berikut:

    SOALAN

    Apakah jenis aktiviti kokurikulum yang anda rancang untuk persatuan / kelab / sukan?

    Bagaimana anda merekod semua aktiviti yang anda diadakah?

    Bagaimanakah anda menyampaikan maklumat penting kepada ahli-ahli persatuan/kelab/sukan dan seluruh warga sekolah?

    Apakah masalah yang anda sering hadapi semasa berkongsi maklumat berkaitan aktiviti kokurikulum?

    2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

    Menonton video Bagaimana untuk Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum. Meminta peserta mengikuti arahan pada video.

    3. SESI IMBASAN

    Mengimbas objektif sesi latihan. Sesi soal jawab.

    Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

    3.9 Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum (Pengguna: Guru)

    3.9 How to create an Extra Curricular Site (User: Staff)

  • transforming education through the Internet

    powered by

    240 241transforming education through the Internet

    powered by

    Pada tetingkap New Site, taipkan nama laman anda dan masukkan deskripsi ringkas tentang kandungannya. Sebagai contoh, masukkan maklumat berikut:

    Anda akan dapat lihat nama laman baru disebelah atas iaitu PERSATUAN BULAN SABIT MERAH.

    Pada Choose a Theme, pilih satu tema dan pada Choose an Icon, pilih satu ikon untuk laman anda.

    Give Your Site a name: Persatuan Bulan Sabit Merah

    Write a brief description of your Site: Kami Sedia Membantu

    Seterusnya, klik pada butang Next.

    Panduan Pengguna

    Bagaimana Menghasilkan dan Berkongsi Sebuah Laman Kokurikulum

    Penting! Anda mesti log masuk sebagai Guru untuk menghasilkan sebuah laman kokurikulum.

    Untuk membina sebuah laman kokurikulum, anda perlu ke Frog Bar dan klik pada ikon Quick Launch.

    Untuk menghasilkan sebuah laman baru, klik pada butang biru New Site.

    Kemudian, klik pada ikon Sites.

  • transforming education through the Internet

    powered by

    242 243transforming education through the Internet

    powered by

    Disini, anda mempunyai dua pilihan iaitu Share dan Assign.

    Pilihan Share akan membenarkan laman dikongsi kepada inidividu atau kumpulan.

    Klik pada pilihan Share untuk berkongsi laman anda. Ini akan membawa anda ke tetingkap Share.

    Di laman Share, anda diberi 2 pilihan iaitu Privacy dan Who has access.

    Privacy mempunyai 2 pilihan iaitu Public dan Private.

    Klik butang Private untuk membenarkan pelajar mengedit laman.

    Taipkan nama pelajar yang dikehendaki di dalam kotak Who has access.

    Sebagai latihan, taipkan Student.

    Setelah memilih satu tema dan ikon, klik pada Create Site untuk memaparkan laman kokurikulum tersebut.

    Paparan laman anda akan kelihatan seperti di bawah bergantung kepada tema yang telah dipilih.

    Berkongsi Laman Kokurikulum

    Setelah berjaya membina sebuah laman kokurikulum, anda boleh berkongsi laman tersebut dengan ahli-ahli kelab / persatuan anda untuk tujuan mengedit dan mengemaskini laman tersebut.

    Untuk berkongsi laman ini, anda perlu klik butang Share pada Frog Bar.

  • transforming education through the Internet 244 245transforming education through the Internet

    powered bypowered bypowered by

    Seterusnya, klik pada butang Share untuk berkongsi laman ini dengan pelajar yang dipilih

    Laman kokurikulum kini telah sedia untuk diedit oleh pelajar berkenaan. Setelah log masuk ke dalam Frog VLE, pelajar ini akan dapat lihat laman kokurikulum ini dalam senarai laman pada tetingkap Sites. Pelajar tersebut boleh memaparkan dan mengedit laman untuk menambah imej, video dan forum.

    Sekarang, anda akan melihat senarai nama pengguna pelajar yang telah didaftarkan sebagai User.

    Pilih seorang pengguna pelajar yang disenaraikan dan klik pada butang Add.

    Pilih Can edit & manage untuk tujuan latihan.

    Klik pada menu ke bawah untuk pilihan akses pelajar. Hanya Ketua Persatuan / Kelab Kokurikulum atau guru yang boleh memberi kebenaran untuk akses.

    Menu ke bawah akan memaparkan 3 pilihan iaitu:

    Can edit and manage Pengguna mempunyai kebenaran untuk mengedit dan mengurus laman.

    Can contribute Pengguna boleh menyumbang kepada kawasan interaktif seperti forum, muat naik dan muat turun fail.

    Can view Pengguna boleh melihat laman tetapi tidak boleh mengedit, mengurus dan menyumbang.

  • 247transforming education through the Internet

    powered bypowered bypowered by

    TUGASAN:Memperkenalkan pelajar kepada laman The Pond

    OBJEKTIF: Memastikan pelajar faham tentang laman The Pond dan kandungannya.

    TEMPOH MASA: 20 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video3.10 - Pengenalan kepada The Pond

    PowerPoint Pengenalan kepada The Pond

    TATACARA:

    1. OBJEKTIF

    Jurulatih menjelaskan tujuan dan fungsi The Pond dalam Frog VLE.

    The Pond ialah sebuah portal yang membolehkan pelajar turut serta dalam dunia Frog. The Pond membolehkan pelajar:

    meneroka tip-tip dan idea bagaimana untuk menggunakan Frog dengan lebih berkesan bagi tujuan komunikasi, meningkatkan mutu pembelajaran dan penganjuran acara / aktiviti.

    mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di FrogAsia serta lawatan-lawatan ke sekolah yang telah dianjurkan oleh pasukan FrogAsia.

    meneroka video, artikel dan bahan pembelajaran terbaik dari serata dunia.

    2. VIDEO Pengenalan kepada The Pond

    Membentangkan PowerPoint yang bertajuk : Pengenalan kepada The Pond.

    Kaitkan apa yang diperkatakan dalam video. Tanya peserta soalan berikut:

    Adakah The Pond penting dalam Frog? Berikan hujah anda.

    3. RUMUSAN

    Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

    Pengenalan kepada The Pond

    3.10 Pengenalan Kepada The Pond(Pengguna: Pelajar)

    3.10 Introduction to The Pond (User: Student)

  • 249transforming education through the Internet

    powered by

    TUGASAN:Penglibatan pelajar.

    OBJEKTIF: Semua pelajar memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam proses pelaksanaan Frog, merancang dan menguruskan Minggu Frog Buzz serta memahami peranan pelajar.

    Pelajar-pelajar memahami cara memuat turun Panduan Student Champion (Student Champion Guide) dan Panduan Frog Buzz.

    TEMPOH MASA: 120 minit

    BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 3.11 - Frog Student Champions

    Komputer

    Projektor

    Pembesar suara

    Mikrofon

    Papan putih

    Pen Penanda

    Pen dan buku nota

    Projektor

    Kertas mahjong

    Krayon berwarna

    Fail Pembentangan PowerPoint:

    Frog Student Champion Roles English v4

    Frog Buzz Presentation for Trainers BM

    Frog Idea Pack v5

    Frog Student Champion Roles BM v4

    TATACARA:

    1. PERANAN FROG STUDENT CHAMPION

    Menerangkan struktur pasukan Frog di sekolah dan peranan guru dan pelajar dalam struktur ini.

    Memainkan video Frog Student Champions.

    Frog Student Champions

    3.11 Frog Student Champions (Pengguna: Pelajar)

    3.11 Frog Student Champions (User: Students)

  • transforming education through the Internet

    powered by

    250 251transforming education through the Internet

    powered by

    Pembentangan idea-idea - Setiap kumpulan akan menghuraikan idea dengan menunjukkan lakaran dan memberi penerangan.

    Pembentangan yang terbaik akan dimasukkan ke dalam Frog Buzz Idea Pack dan akan diberi kredit.

    Meminta pelajar membentuk kumpulan baru terdiri daripada pelajar dari sekolah berlainan untuk berkongsi pandangan dan maklumbalas mengenai Frog.

    4. SUMBER

    Memberitahu pelajar untuk melayari Community Site FrogAsia di www.frogasia.com/gettingstarted/ untuk memuat turun fail-fail yang berikut:

    Panduan Frog Buzz

    Frog Idea Pack

    Membentangkan slaid nombor 14.

    5. RUMUSAN

    Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

    Merumuskan peranan pelajar iaitu:

    Mempromosi dan memotivasi pelajar lain untuk menggunakan Frog VLE.

    Merancang dan melaksanakan Minggu Frog Buzz sebagai salah satu cara mempromosi projek Frog.

    Membantu Frog Teacher Champion dalam pelaksanaan latihan platform kepada seluruh warga sekolah.

    2. PEMBENTANGAN POWERPOINT MINGGU FROG BUZZ

    Memperkenalkan tujuan powerpoint iaitu untuk memberi panduan penggunaan dokumen.

    Mengajukan soalan kepada peserta kursus:

    Bagaimana anda memperkenalkan VLE kepada warga sekolah yang lain?

    Menerangkan objektif Minggu Frog Buzz.

    Membentangkan slaid PowerPoint Minggu Frog Buzz (nombor 1-5).

    SOALAN:

    Apakah peranan Frog Student Champions sepanjang Minggu Frog Buzz?

    Siapakah yang terlibat dalam Minggu Frog Buzz?

    Apakah aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dianjur pada Minggu Frog Buzz?

    Memaklumkan peserta bahawa slaid-slaid tersebut akan memberi idea mengenai aktivitiaktiviti yang boleh dianjurkan sepanjang Minggu Frog Buzz.

    Membentangkan slaid Frog Idea Pack (nombor 6-11)

    Pilih 5 idea umum dari Frog Buzz Idea Pack yang telah dibentangkan sebelum ini sebagai contoh aktiviti yang boleh dianjurkan semasa Minggu Frog Buzz.

    Peringatan: Sila lihat dokumen Frog Idea Pack V5 untuk senarai idea.

    Tamatkan sesi ini dengan memainkan video aktiviti Minggu Frog Buzz dari sekolah-sekolah rintis:

    Lagu FrogBomb dari SK Sri Petaling

    www.youtube.com/watch?v=avxwl7ZsZQ&feature=youtube

    Pengenalan kepada Frog dari SMK Assunta dan Sek. Men. Convent Bukit Nanas

    http://youtu.be/QHRJ5uKwNY0

    http://youtu.be/kyXVGFYRPmA

    3. PERBINCANGAN MINGGU FROG BUZZ

    Meminta pelajar membentuk kumpulan mengikut sekolah.

    Arahan:

    Bincangkan idea-idea untuk Minggu Frog Buzz sekolah anda.

    Lukis idea atas kertas mahjong dengan menggunakan krayon.

    Paparkan idea pada kertas mahjong anda di atas meja.

    Beralih dari satu meja ke meja lain untuk melihat lakaran idea.