topik 7_struktur penulisan - copy.ppt

Upload: sophie-wong

Post on 02-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • GWP1092 WACANA PENULISAN

    Topik 7Struktur dalam Penulisan

    Pensyarah: En. Mat KamalAhli kumpulan: Lam Mei Nguo Wong Toh Ming

  • Kandungan PerbincanganStruktur/binaan dalam penulisanPemerenggan yang berkesanPenanda Wacana:Penggunaan penunjuk arah (sign posts)Kata kesinambungan ayat

  • Apakah struktur atau binaan dalam sesebuah esei?

  • Maksud struktur/binaan dalam penulisanStruktur binaan dalam esei/karanganMenurut Awang Sariyan (1992), pada dasarnya binaan karangan yang lengkap harus terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pendahuluan, badan karangan, dan penutup.

  • Struktur binaan dalam esei/karanganPada bahagian Pendahuluan atau Pengenalan perlu memuatkan definisi atau huraian ringkas tentang keseluruhan isi karangan atau tema karangan.

  • Struktur binaan dalam esei/karanganBadan karangan menjadi wadah untuk memuatkan isi-isi penting yang mendukung atau menunjangi tema atau persoalan pokok dalam karangan.

  • Struktur binaan dalam esei/karanganBahagian penutup pula biasanya berfungsi untuk mengukuhkan atau merumuskan apa-apa yang telah dibincangkan dalam badan karangan.

  • Bagaimanakah pemerengganan yang baik di dalam sesebuah esei?

  • Pemerenggan yang berkesanSesuatu wacana yang utuh dan berkesan dapat dilihat dari segi kesatuan perenggan.Unit asas perenggan ialah ayat.Untuk mewujudkan kesatuan, setiap perenggan mestilah mengandungi ayat yang berkaitan, iaitu yang menyentuh tema atau ayat judul (topik).

  • Untuk membolehkan perenggan berfungsi seperti yang dikehendaki, sesuatu perenggan itu mestilah jelas dan berstruktur.Komponen utama yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu perenggan ialah ayat topik dan pengembangannya.

  • Ayat judul biasanya mengandungi idea atau fakta terpenting dalam sesuatu perenggan, dan idea itu merupakan perkara yang difokuskan.Untuk memperjelas maklumat atau gagasan yang terkandung dalam ayat judul, pengembangan perlu dilakukan, sama ada dalam bentuk huraian lanjut, bahasan perbincangan, data atau contoh.

  • Perenggan harus tidak terlalu panjang untuk mengurangkan keletihan mata, tetapi ia juga tidak boleh terlalu pendek.Kumpulkan perkara-perkara dan ayat-ayat yang serupa supaya memudahkan pembacaan. Perenggan yang panjang biasanya boleh dibahagikan menjadi dua atau lebih perenggan.

  • Ciri-ciri penulisan yang baikMenurut Ismail Ahmad (1992), Antara ciri-ciri penulisan yang baik ialah:

    Jelas dan terbaca (keterbacaan)KoherensMudah dan langsungRingkas dan padatkepelbagaian

  • Henry Guntur Tarigan (1985) pula merumuskan ciri tulisan yang baik ialah:Mengambarkan kemampuan penulis menggunakan nada yang sesuai.Menggambarkan kemampuan penulis menyusun bahan menjadi satu keseluruhan atau wacana yang utuh.

  • Selain itu, tulisan yang baik haruslah:Jujur tidak memalsukan idea.Jelas tidak mengelirukan atau membingungkan.Singkat tidak membuang masa pembaca.Mewujudkan variasi ayat atau kalimat

  • Apakah kepentingan penanda wacana di dalam sesebuah teks atau esei?

  • Penanda WacanaPenanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis.Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

  • Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan.Contoh penanda wacana:Seterusnyabegitu jugadi samping itu

  • Kesinambungan ayat1. Kata hubungContoh: Saya perlu rajin berusaha agar dapat mencapai kejayaan.

  • 2. Kata PenambahContoh: Kita haruslah membaca dan memahami topik tersebut sebelum ke kuliah.

  • 3. Kata perbandingan/perbezaanContoh: Ali telah lulus ujian itu tetapi rakannya hanya lulus bersyarat.

  • 4. Kata turutanContoh: Seterusnya, kita perlu membuat pemerhatian untuk melihat perubahan yang berlaku dalam kajian ini.

  • 5. Kata yang merujuk kepada contohContoh: Contohnya, melalui penggunaan internet kita boleh mendapatkan sesuatu maklumat dengan cepat.

  • 6. Kata yang menunjukkan masaContoh: Dewasa ini, kita sering didedakan dengan pelbagai teknologi meden sebagai salah satu langkah untuk menuju ke arah sesebuah negara yang maju.

  • 7. Kata yang merujuk kesimpulan/rumusanContoh: Kesimpulannya, kita harus menilai pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.

  • Sumber RujukanAsmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25.Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP.Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.htmlhttp://becahpelting.blogspot.com/2014/10/penandawacana-dan-kesinambungan-idea.html

  • Terima Kasih

    ****