topik 5 surah makkiyah dan madaniah

12
 68 TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH O UM TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH PENGENALAN Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan topik Makkiyah dan Madaniyah. Antaranya ialah Konsep Makkiyah dan Madaniyah, Surah-surah Makkiyah dan Madaniyah dan keraguan-keraguan berkaitan dengan Makkiyah dan Madaniyah . OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda dapat: 1. menghuraikan konsep Makkiyah dan Madaniyah; 2. menjelaskan ciri-ciri dan p etanda-petanda ayat Makkiyah dan Madaniyah; dan 3. mengenalpasti s urah-surah Makki dan madani se rta ayat-ayat Makki yan g berada dalam surah Madani dan sebaliknya. PETA MINDA

Upload: fadil

Post on 05-Jul-2015

2.231 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 1/12

 

68

TOPIK 5SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan topikMakkiyah dan Madaniyah. Antaranya ialah Konsep Makkiyah dan Madaniyah, Surah-surahMakkiyah dan Madaniyah dan keraguan-keraguan berkaitan dengan Makkiyah danMadaniyah .

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda dapat:

1. menghuraikan konsep Makkiyah dan Madaniyah;

2. menjelaskan ciri-ciri dan petanda-petanda ayat Makkiyah dan Madaniyah; dan

3. mengenalpasti surah-surah Makki dan madani serta ayat-ayat Makki yang beradadalam surah Madani dan sebaliknya.

PETA MINDA

Page 2: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 2/12

 

69

TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

5.1 KONSEP MAKKIYAH DAN MADANIYAH 

Kota Makkah dan Madinah sering dikaitkan dengan ibadah Haji. Dalamkonteks Ulum Al-Quran Kota Makkah dan Madinah mempunyai pengertianyang lebih luas daripada itu. Mari kita sama-sama mendalaminya.

5.1.1 Pengertian

Makki dan Madani umumnya bermaksud ilmu yang membincangkan hal-hak yangberkaitan dengan bahagian-bahagian Al-Quran yang Makki dan bahagian Al-Quran

yangmadani. Ia merangkumi erti dan makna, cara mengenali petanda-petandanya,mahupun bahagian-bahagiannya. Secara lebih khusus Makki bermaksud bahagian-bahagian kitab suci al-Quran di mana sebahagiannya termansuk Makki dan sebahagianyang lain termasuk Madani.

Para sarjana al-Quran khususnya, berselisihan pendapat mengenai pentakrifan yangsesuai dan tepat terhadap ayat serta surah Makkiyyah dan Madaniyyah. Walaupun secaraumumnya, Rasulullah (s.a.w.) tidak meletakkan ketentuan sesuatu ayat al-Quran tersebutbersandarkan Makkiyyah atau Madaniyyah sebagaimana diungkapkan oleh al-Qadi AbuBakar dalam kitabnya ‘al-Intisar ’. Namun sandaran kepada keprihatinan para Sahabat danTabi`in (r.a.) dalam menghafaz secara terperinci setiap penurunan ayat al-Quran tersebutbagi memenuhi tuntutan kesahihan dalam berhujjah dan memelihara kemurnian Kalam

 Allah.

Jesteru itu paling kurang terdapat 4 pendapat atau teori yang merujuk kepada pentakrifanayat Makkiyyah dan madaniyah dari pelbagai aspek:-

1. Aspek Masa Penurunan Ayat (Mulahazhatu Zamani Nuzuli ) atau Teori Histari

Bermaksud: Mana-mana ayat al-Quran yang diturunkan sebelum Hijrah sama ada iaditurunkan di Mekah mahupun di Madinah adalah Makkiyah manakala surah serta ayat-ayat yang diturunkan selepas penghijrahan rasul dinamakan ayat atau surah Madaniyah.

Teori ini bersandarkan kepada Hadith yang diriwayat oleh Abu Amr dan Uthman b Said al-Darimi:

ا ص ا ا ل و ل ا ا أن 

  رأ ص ا ل وا ا م  

Maksudnya: Al-Quran yang diturunkan di Mekkah dan yang dirurunkan dalam perjalananhijrah ke Madinah adalah termasuk Makki. Dan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam perjalanan beliau setelah tiba di Madinah adalah termasuk Madani.

Page 3: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 3/12

 

70

TOPIK 5SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

Pendapat ini adalah yang paling tepat sekali jika dilihat dari segi kesyumulan danpengkhususannya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh `Uthman bin Sa`id al-Razi,Yahya bin Salam berkata: “Apa jua ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dan di dalam

perjalanan ke Madinah sebelum Nabi Muhammad (s.a.w.) tiba di Madinah adalah dikirasebagai Makkiyyah”.

Pendapat ini juga pendapat mashur dan majoriti sarjana muslim kerana;

• Ia pendapat yang menyeluruh dan tepat.

• Pendapat ini juga tidak mempunyai percanggahan antara satu dengan lain.

• Mendapat sokongan daripada ulama yang mashur seperti Imam Bukhari dan lain-lain ulama.

 Ayat-ayat berikut membuktikan asas-asas pendapat tersebut;

• Ayat 3 surah Al-Maidah yang diturunkan di Padang Arafah tetap dikira ayat Madanikerana ia diturunkan sebelum penghijrahan nabi.

• Ayat 58 surah Al-Nisa’ diturunkan di dalam Ka’bah semasa penaklukan Kota Mekahtetap dikira ayat Madani.

2. Aspek Tempat Penurunan Ayat (Mulaahazhatu Makanin Nuzuli) atau TeoriGeografi

Bermaksud: Mana-mana ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dan kawasan sekitarnya

seperti Mina, Arafah dan Hudaybiyyah adalah dikira sebagai Makkiyyah walaupun iaditurunkan selepas Hijrah dan apa-apa surah serta ayat yang diturunkan di Kota Madinahdan sekitarnya diistilahkan ayat atau surah Madaniyah. Tempat di sekitar Madinahtermasuklah Badar, Quba’ dan Uhud.

Kelebihan pendapat ini ialah hasil rumusan pengertiannya jelas dan tegas. Kejelasannyaialah dinamakan ayat atau surah Makki ialah ayat atau surah yang diturunkan di Mekkahmeskipun ayat atau surah itu turun di Mekah sesudah penghijrahan Nabi ke Madinah.

Pendapat ini kurang tepat berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di kawasan al- Asfar, Tabuk dan Baytul Maqdis yang tidak dapat dimasukkan dalam mana-mana kategoriini. Ayat-ayat tersebut tidak dikira sebagai Makkiyyah mahupun Madaniyyah. Adapun

mana-mana ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah selepas Hijrah pula dikirasebagai Makkiyyah.

Kekurangan pendapat ini jelas dirasai apabila merujuk kepada Hadith Nabi yang diriwayatoleh Al-Tabrani daripada Abu Umamah;

" :   : "

 

Page 4: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 4/12

 

71

TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

Maksudnya: Dari Abu Umamah berkata Rasulullah s.a.w bersabda; Al-Quran itu diturunkan pada tiga tempat Mekkah, Madinah dan Syam Al-Walid menyatakan Yakni di Baitul Maqdis.

  Apabila dibuat penelitian yang lebih jauh pendapat ini juga menimbulkan beberapapersoalan antaranya yang sangat menonjol ialah;

• Ia hanya menghadkan takrifan kepada sesuatu tempat

• Ada juga sebahagian ayat Al-Quran yang tidak diturunkan di Mekah dan Madinahatau di sekitar kedua-dua bandar tersebut.

• Ada sebahagian ayat pula diturunkan ketika nabi sedang musafir.

3. Aspek Pengkhususan (Khitab) Penurunan Ayat (Mulazhahatul Mukhatibiina Fi

Nuzuli) atau Teori Subjek

Bermaksud: Mana-mana ayat al-Quran yang ditujukan khusus (al-Mukhatab) untuk  penduduk Mekah dikira sebagai Makkiyyah begitulah di sebaliknya.

Pendapat ini merujuk kepada firman Allah (s.w.t.) iaitu:

• yang bermula dengan dikira sebagai Makkiyah

• yang bermula dengan اا أا dikira sebagai Madaniyah 

Perkaitan petanda ini adalah berdasarkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Madinah danMakkah. Pada umumnya masyarakat Makkah biasanya hidup dalam kekufuran manakalakeimanan dirujuk kepada masyarakat Madinah.

Teori ini berdasarkan Hadith yang diriwayat dari Abu Ubaid dari Makmun b Mihran yangberbunyi;

"   "   " 

Maksudnya: Bahagian dalam Quran yang dimulakan dengan Ya ayyuhannas dan Ya Bani   Adam adalah surah Makki. Dan yang dimulai dengan Ya ayyuhalazina āmanu adalahMadani.

Kekuatan teori bentuk ini ialah rumusan yang senang difahami. Ini disebabkan ia merujukkepada kriteria khitab atau nida’ . Ciri-ciri kehidupan di kedua-dua bandar ini jelaskan

dikhitabkan di permulaan ayat.

Page 5: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 5/12

 

72

TOPIK 5SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

Pendapat ini juga tidak menyeluruh dan mempunyai beberapa keraguan antaranya;

• Ada banyak ayat yang tidak memulakan dengan sighah yang ditentukan tadi, jadi

apakah istilah untuk ayat atau surah yang tidak mempunyai petanda-petanda atausighah-sighah tersebut.

• Ada juga sebahagian daripada ayat madaniyah yang diturunkan mempunyai sighahayat-ayat Makki. Begitulah di sebaliknya.

Contohnya ayat 1 surah al-Nisa’ yang bermula dengan Ya Ayyuhan nas tetapi iaditurunkan di Madinah. Begitu juga ayat 21 surah al-Baqarah dan surah al-Nisa’ ayat 133.

• Dan al-Quran itu sendiri merupakan ‘khitab’ Allah bagi semua makhluknya.

4. Teori Isi Kandungan (Mulahazhatu Ma Tadammanat as-Suratu)

Ia bermaksud teori content analysis iaitu surah atau ayat yang memuatkan cerita-ceritaumat dan para Rasul terdahulu di namakan Makkiyah. Manakala surah atau ayat yangmemuatkan hukum-hukum hudud, faraid dan seumpamanya adalah ayat Madani.

Kelebihan teori ini adalah keriterianya yang jelas dan khusus serta ia mudah difahami.Pengkaji hanya melihat isi kandungan tertentu yang dizahirkan daripada ayat atau surahtersebut.

Kelemahanya pula ialah pada tanda-tanda yang membezakan kedua-dua jenis surahtersebut. Pengkaji perlu lebih dahulu mendalami isi-isi kandungan yang terdapat di dalamatau ayat tersebut.

5.1.2 Ciri-ciri Makki dan Madani

Menurut sarjana kajian al-Quran sheikh Abd Fattah Qadhi bahawa tidak ada diterima apa-apa pesanan daripada Rasulullah SAW dan khabar yang sah (sabit) yang menentukanciri-ciri ayat Makki dan Madani. Baginda tidak tidak diperintahkan untuk melaksanakannya.Ia juga tidak menjadikannya satu perkara yang fardhu dalam agama. Para sahabat jugatidak perlu menentukan hal sedemikian. Mereka sendiri menyaksikan waktu wahyuditurunkan di samping juga mengetahui sebab-sebab dan situasi-situasi yangmenyebabkan sesuatu ayat diturunkan.

Berdasarkan kajian para sarjana al-Quran berkaitan dengan aspek yang menentukan ayatal-Quran tersebut diletakkan di bawah kategori Makkiyah atau Madaniyah, beberapaaspek utama perlu dijadikan garis panduan terutamanya topik yang berkaitan dengan ciri-ciri (al-Dawabit ) ayat Makkiyah atau gaya bahasa ayat dan isu-isu yang diterkandung didalam ayat tersebut (al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasa’is al-Uslub).

Dalam mempraktikkan kesahihan kedudukan penurunan sesuatu ayat al-Quran itu, paraulama’ telah menetapkan 2 kaedah atau metod asas bagi mengenalpasti sama ada ayattersebut adalah Makkiyyah atau Madaniyyah. Dua metod tersebut ialah:-

Page 6: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 6/12

 

73

TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

   

 

(a) Metod al-Naqli  Bermaksud: Sandaran melalui riwayat-riwayat yang sahih daripada kalangan paraSahabat Nabi dan Tabi`in.

(b) Metod al-Ijtihadi  Bermaksud: Sandaran melalui penelitian terhadap garis panduan ayat Makkiyyahatau Madaniyyah itu sendiri sebagaimana yang telah ditetapkan dan diputuskanoleh para sarjana al-Quran.

Garis panduan tersebut terdiri daripada 2 perkara:-

(i) Ciri-ciri ayat Makkiyyah

Jadual 5.1: Tanda-tanda Ayat Makkiyyah (al-Dawabit)

Bil. al-Dawabit/Petanda 

1. Setiap surah yang mengandungi sajadah. Contoh dalam surah al-Sajadah pada

ayat ke-1:

:  .. 

2. Setiap surah yang mengandungi lafaz , disebut sebanyak 33 kali dalam 15

surah.

3. Setiap surah yang mengandungi  kecuali surah al-Haj , di mana ayattersebut bermula dengan ciri-ciri ayat Madaniyyah, namun para `ulama’berpendapat ia adalah ayat Makkiyyah iaitu pada ayat ke-77:

:  .. 

4. Setiap surah yang mengandungi kisah-kisah para Nabi dan umat-umat yang

terdahulu kecuali surah al-Baqarah.

5. Setiap surah yang mengandungi kisah Nabi Adam (a.s.) dan Iblis kecuali surahal-Baqarah.

6. Setiap surah yang dimulakan dengan Huruf Hija’iyyah melainkan surah al-Baqarah dan Ali `Imran serta ikhtilaf pada surah al-Ra`d .

Page 7: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 7/12

 

74

TOPIK 5SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

Jadual 5.2 : Gaya Bahasa dan Topik Ayat Makkiyyah(al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasa’is al-Uslub)

Bil. al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasa’is al-Uslub

1. Setiap surah yang mengandungi seruan kepada mengesakan Allah dan beribadathanya kepadaNya, mengakui perutusan para Nabi, hari kebangkitan danpembalasan, menyebut tentang hari kiamat dan kedahsyatannya, menyebuttentang api neraka dan azabnya, menyebut tentang kenikmatan syurga,menyebut tentang perbalahan kaum al-Mushrikin yang berdalilkan akal semata-mata dan menyebut tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.

2. Setiap surah yang menceritakan tentang keistimewaan akhlak Islam dankemuliaannya di samping meletakkan asas-asas Shari`ah Islamiyyah.

3. Setiap surah yang menceritakan kisah-kisah para perutusan Allah dan perihalumat-umat yang terdahulu sebagai satu paparan pengajaran.

4. Setiap surah yang pendek beserta kekuatan lafaz dan ibaratnya sertamenggunakan lafaz sumpah (Qasm) bagi menguatkan sesuatu makna.

(ii) Ciri-ciri ayat Madaniyah 

Jadual 5.3: Tanda-tanda Ayat Madaniyyah (al-Dawabit)

Bil. al-Dawabit/petanda 

1. Ayat-ayat yang menjelaskan keizinan berjihad, berperang serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kedua-duanya.

2. Ayat yang mengemukakan dialog-dialog dengan Ahli Kitab, ia termasuklahajakan mereka memeluk dan menerima ajaran Islam.

3. Ayat yang mengutuk dan menghentam sifat-sifat dan watak-watak orang-orangmunafik kecuali surah al-Ankabut.

4. Ayat yang menjelaskan persoalan hukum-hukum seperti hukum-hukum

 jenayah, hudud, faraid, civil kemasyarakatan dan kenegaraan.

Page 8: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 8/12

 

75

TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

Jadual 5.4: Gaya Bahasa dan Topik Ayat Madaniyyah(al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasa’is al-Uslub)

Bil. al-Mumayyizat al-Mawdu`iyyah Wa Khasa’is al-Uslub

1. Setiap surah yang mengandungi seruan kepada mengesakan Allah danberibadat hanya kepadaNya, mengakui perutusan para Nabi, hari kebangkitandan pembalasan, menyebut tentang hari kiamat dan kedahsyatannya,menyebut tentang api neraka dan azabnya, menyebut tentang kenikmatansyurga, menyebut tentang perbalahan kaum al-Mushrikin yang berdalilkan akalsemata-mata dan menyebut tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.

2. Setiap surah yang menceritakan tentang keistimewaan akhlak Islam dankemuliaannya di samping meletakkan asas-asas Shari`ah Islamiyyah.

3. Setiap surah yang menceritakan kisah-kisah para perutusan Allah dan perihalumat-umat yang terdahulu sebagai satu paparan pengajaran.

4. Setiap surah yang pendek beserta kekuatan lafaz dan ibaratnya sertamenggunakan lafaz sumpah (Qasm) bagi menguatkan sesuatu makna.

5.1.3 Faedah Mempelajari Ayat Makkiyyah dan Madaniyyah

 Abu al-Qasim al-Hasan bin Muhammad bin Habib al-Naysaburi dalam kitabnya ‘al-Tanbih`Ala Fadli `Ulum al-Quran’ ada menyebut bahawasanya “Mempelajari kepentingan

kedudukan Ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah di dalam al-Quran adalah merupakansalah satu dari ilmu-ilmu al-Quran yang tinggi martabatnya..”

Secara umumnya, terdapat 3 faedah utama dalam keperluan mengetahui danmemperlajari ilmu Makkiyyah sebagaimana yang ditulis oleh Shaykh Manna` al-Qattandalam kitabnya ‘Mabahis Fi `Ulum al-Quran’:-

1. Membantu golongan Mufassirun dalam mentafsir al-Quran. Ini kerana pengetahuandalam ilmu penurunan ayat-ayat al-Quran dapat membantu dalam memahami ayatal-Quran dan mentafsirkan dengan penafsiran yang tepat dan sahih.

2. Membantu dalam mendalami gaya bahasa al-Quran dan mengambil pengajaran

daripadanya. Ini dapat membantu para pengkaji dan pendakwah dalam menyusunstrategi dakwah dan kaedah terbaik untuk memperbaiki akidah, sosial masyarakatdan isu-isu semasa berpandukan al-Quran.

3. Membantu dalam mengetahui susur galur Sirah Nabawi melalui ayat-ayat al-Qurandan berpegang dengan sejarah tersebut. Ini kerana setiap penurunan wahyu Allahkepada perutussanNya berjalan di atas susur galur kejadian dan peristiwa sama adaianya berlaku di Mekah mahupun di Madinah.

4. Mudah mengetahui mana ayat atau surah yang turun terlebih dahulu dan mana pulaayat atau surah yang turun kemudian.

Page 9: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 9/12

 

76

TOPIK 5SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

5. Mengetahui mana ayat atau surah yang bacaannya telah dnasakh (dihapus dandiganti) dan mana pula ayat yang menasakhkannya kehususnya bila dua ada duaayat yang menerangkan sesuatu masalah tetapi ketetapan hukumnya berbeza antara

satu sama lain.

6. Mengetahui sejarah pensyariatan hukum-hukum Islam yang menggambarkankebijaksanaan Allah Taala.

7. Mengetahui hikmah disyariatkan sesuatu hukum seperti hukum minum arak yangdilakukan berperingkat-peringkat.

8. Menambahkan kepercayaan kepada kewahyuan al-Quran kerana melihatkebijaksanaan dalam menetapkan hukum-hukum sehingga hukum itu mudahdifahami dan dihayati.

9. Meningkatkan keyakinan terhadap kesucian dan kemurniaan al-Quran

10. Situasi masyarakat yang terdapat pada kedua-dua tempat juga dapat difahami.

5. 2 SURAH-SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

5.2.1 Bilangan dan Nama Surah

Menurut jumhur ulama jumlah keseluruhan surah di dalam Al-Quran ialah 114. Ulama

salaf pula berpendapat sebanyak 113 kerana menggabungkan surah Al-Anfal dengansurah Al-Baraah, surah yang tidak mempunyai Basmalah. Atas inisiatif sarjana muslimselepasnya Al-Quran dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil. Pembahagian tersebutasasnya adalah memudahkan penghafazan dan pengkajian. Unit-unit tersebutmerangkumi juzuk, hizib, rubuk, ain dan lain-lain bentuk pembahagian yang memudahkan. 

Untuk melihat simbol-simbol yang berkaitan dengan unit-unit kecil tersebut anda dapatlihatnya di bahagian belakang Mushaf cetakan Madinah dan Mushaf cetakan Malaysia.

Surah-surah Makkiyyah

Berdasarkan pendapat Jumhur ulama juga surah-surah Makki berjumlah 86 surah. Surah-surah Makki disusun mengikut ururtan turunnya adalah seperti berikut; Al-Alaq, Al-Qalam, Al-Muzammil, Al-Muddasthir, Al-Fatihah, Al-Lahab, Al-Takwir, Al-Aala, Al-Layl, al-Fajr, Al-Duha, Al-Nasrah, Al-Asr, al-Adiyat, Al-Kauthar, Al-Takathur, Al-Maun, al-Kafirun, al-Fil, Al-Falaq, Annas, Al-Ikhlas An-Najm, al-Abasa, Al-Qadr, al-Shamsu, al-Buruj, al-Tin, al-Quraish, al-Qariah, al-Qiyamah, al-Humazah, al-Mursalat, Qaf, Al-Balad, al-Tariq, al-Qamar, Sad, al-Akraf, al-Jin, Yasin, al-Furqan, Fatir, Maryam, Waqiah, taha, al-Shuara,al-Naml, al-Qasas, al-Isra’, Yunus, Hud, Yusuf, al-Hijr, al-Anam, al-Saffat, Luqman, Saba’, al-zumar, al-mukmin, al-Fussilat, al-Syura, al-Zukruf, al-Dukhan, al-Jasiah, al-Ahqaf, al-Zariyat, al-Ghasiah, al-Kahf,al-Nahl, Nuh, Ibrahim, Anbiya’, al-mukminun, al-sajadah, al-

Tur, al-Mulk, al-Haqqah, al-maarij, an-Naba’, am-naziat, al-infitor, al-insyiqaq, al-Rum, al-ankabut dan al-Muttoffifin.

Page 10: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 10/12

 

77

TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

Surah-surah Madaniyyah

28 surah adalah surah madaniyaah. Surah-surah tersebut yang disusun mengikut urutan

turunnya ialah; al-Baqarah, al-Anfal, Ali Imran, al-Ahzab, al-Mumtahanah, al-Nisa’, al-Zalzalah, al-hadid, Muhammad,al-Raad, al-Rahman al-Insan, al-Talaq,al-Bayyinah, al-Hasr, al-Nur, al-Haj, al-munafiqun, al-Mujadalah, al-Hujurat, al-Tahrim, al-Taghabun, al-Saff, al-Jumuah, al-Fath, al-Maidah, al-Taubah dan al-Nasr.

Surah-surah yang Diperselisihkan antara Makkiyah atau Madaniyah

Terdapat 12 surah yang diperselisihkan samada ia surah makkiyah atau surah Madaniyah.Surah-surah tersebut ialah;

1. al-Fatihah,

2. al-Raad,3. al-Rahman,

4. al-saffat,

5. al-taghabun,

6. al-tatfif,

7. al-Qadar,

8. al-Bayyinah,

9. al-Zalzalah,

10. al-ikhlas,

11. al-Falaq dan

12. An-nas.

5.2.2 Ayat atau Ayat-ayat Makkiyyah dalam Surah-surah Madaniyyah

Sarjana al-Quran menjelaskan terdapat 6 surah Madani yang terdapat ayat atau ayat-ayatMakki di dalamnya. Ayat atau ayat-ayat tersebut ialah;

1. Ayat 281 surah al-Baqarah yang bermula

2. Ayat 3 surah al-Maidah yang bermula

3. Ayat-ayat 30-36 surah al-Anfal yang bermula

Page 11: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 11/12

 

78

TOPIK 5SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

4. Ayat-ayat 128-129 surah al-Taubah

5. Ayat-ayat 52-55 surah al-Hajj

6. Ayat 13 surah Muhammah

5.2.3 Ayat-ayat Madaniyyah dalam Surah-surah Makkiyyah

Terdapat 34 surah-surah Madaniyyah yang mengandungi beberapa ayat Makkiyah. Ayat-ayat Madaniyah tersebut ialah;

1. Ayat 20,23,91,93,114,141,151 dan 153 surah Al-Anaam.

2. Ayat-ayat 163 dan 170 surah al-akraf.

3. Ayat-ayat 40 dan 94-96 surah Yunus.

4. Ayat-ayat 12, 17 dan 114 surah hud.

5. Ayat-ayat 1-3 dan 7 surah yusuf.

6. Ayat 28-29 surah Ibrahim.

7. Ayat 87 surah al-Hijr.

8. Ayat-ayat 126-128 surah al-Nahl.

9. Ayat-ayat 26, 32-33, 57, 73 dan 80.

10. Ayat-ayat 28,83 dan 101 surah al-Kahfi.

11. Ayat-ayat 71 dan 58 surah Maryam.

12. Ayat 130-131 surah Toha.

13. Ayat 68-70 surah al-Furqan.

14. Ayat-ayat 197 dan 224-227 surah al-Syuara’,

15. Ayat-ayat 52 dan 55 surah al-Qasas,

16. Ayat 1-11 surah al-Ankabut,

17. Ayat 17 surah al-Rum.

18. Ayat 27-29 surah Luqman.

19. Ayat 16-20 surah al-sajadah.

20. Ayat 6 surah Saba’.

21. Ayat 45 surah Yasin.

Page 12: Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah

5/6/2018 Topik 5 Surah Makkiyah Dan Madaniah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/topik-5-surah-makkiyah-dan-madaniah 12/12

 

79

TOPIK 5 SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH

OUM

22. Ayat 52-54 surah al-Zumar.

23. Ayat 56-57 surah al-mu’min.

24. Ayat 23-25 dan 27 surah al-Syura.

25. Ayat 54 surah al-Zukruf.

26. Ayat 10, 15 dan 35 surah al-Ahqaf.

27. Ayat 38 surah Qaf.

28. Ayat 32 surah al-Najm.

29. Ayat 45-46 surah al-Qamar.

30. Ayat 81-82 surah al-Waqiah.

31. Ayat 17,33,48 dan 50 surah al-Qalam.

32. Ayat 10-11 dan 22 surah al-Muzammil.

33. Ayat 48 surah al-Mursalat.

34. Ayat 4-7 surah al-Maun.