topik 2 msp 3033

14
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI 1 TOPIK 2 ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN SENI HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: Memahami definisi estetika dalam pendidikan seni. Mengenalpasti ciri-ciri estetika dalam pendidikan seni. Memahami estetika dari pelbagai perspektif budaya. Memperkayakan pengalaman estetika kanak-kanak menerusi aktiviti-aktiviti seni. 1. PENGENALAN Tajuk ini membincangkan tentang definisi estetika dalam seni serta mengenengahkan ciri-ciri estetika agar dikenalpasti oleh para guru dalam menilai keunikan karya yang dihasilkan oleh para pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan turut menyumbang dalam memperkayakan pengalaman estetika kanak-kanak sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran kesenian. Hasil seni kanak-kanak seperti lukisan, kraf mudah, muzik, pergerakan kreatif, tarian dan drama turut mempunyai unsur-unsur estetika yang tersendiri. Estetika merupakan kesedaran dan penghayatan terhadap keindahan, asas kehidupan dan sebagai satu cara manusia menikmati keindahan dunia dan persekitaran. Estetika juga berkait rapat dengan perasaan, kognitif dan afektif. Nilai estetika amat penting dalam kehidupan kanak- kanak kerana dapat memotivasikan mereka dan membantu perkembangan mereka dalam menghayati nilai kecantikan yang terdapat di dalam pelbagai cabang aliran seni. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang nilai estetika agar kemahiran estetik mereka dapat dibangunkan dalam menilai, menghargai dan peka terhadap nilai estetika yang terkandung di dalam sesebuah karya seni yang telah dihasilkan yang merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan, reka bentuk, pergerakan kreatif dan sebagainya samada dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Pendidikan estetik yang turut berkait rapat dengan kreativiti juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan sesebuah karya seni. Justeru itu, para guru boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu para pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan untuk menghargainya. Rentetan itu, para pendidik seni atau sesiapa sahaja yang terlibat di dalam bidang seni perlu meningkatkan pengetahuan samada secara formal atau informal dalam memikul tanggungjawab untuk mendidik dan memimpin generasi yang akan datang.

Upload: hasnah-halip

Post on 23-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

p/point

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

1

TOPIK 2 ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN SENI

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

• Memahami definisi estetika dalam pendidikan seni. • Mengenalpasti ciri-ciri estetika dalam pendidikan seni. • Memahami estetika dari pelbagai perspektif budaya. • Memperkayakan pengalaman estetika kanak-kanak menerusi aktiviti-aktiviti seni.

1. PENGENALAN Tajuk ini membincangkan tentang definisi estetika dalam seni serta mengenengahkan ciri-ciri estetika agar dikenalpasti oleh para guru dalam menilai keunikan karya yang dihasilkan oleh para pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan turut menyumbang dalam memperkayakan pengalaman estetika kanak-kanak sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran kesenian. Hasil seni kanak-kanak seperti lukisan, kraf mudah, muzik, pergerakan kreatif, tarian dan drama turut mempunyai unsur-unsur estetika yang tersendiri. Estetika merupakan kesedaran dan penghayatan terhadap keindahan, asas kehidupan dan sebagai satu cara manusia menikmati keindahan dunia dan persekitaran. Estetika juga berkait rapat dengan perasaan, kognitif dan afektif. Nilai estetika amat penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana dapat memotivasikan mereka dan membantu perkembangan mereka dalam menghayati nilai kecantikan yang terdapat di dalam pelbagai cabang aliran seni. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang nilai estetika agar kemahiran estetik mereka dapat dibangunkan dalam menilai, menghargai dan peka terhadap nilai estetika yang terkandung di dalam sesebuah karya seni yang telah dihasilkan yang merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan, reka bentuk, pergerakan kreatif dan sebagainya samada dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Pendidikan estetik yang turut berkait rapat dengan kreativiti juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan sesebuah karya seni. Justeru itu, para guru boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu para pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan untuk menghargainya. Rentetan itu, para pendidik seni atau sesiapa sahaja yang terlibat di dalam bidang seni perlu meningkatkan pengetahuan samada secara formal atau informal dalam memikul tanggungjawab untuk mendidik dan memimpin generasi yang akan datang.

Page 2: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

2

2. ESTETIKA DAN CIRI-CIRI Estetika merupakan satu konsep abstrak yang diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang bererti persepsi dan merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria serta mula digunakan oleh ahli falsafah Jerman iaitu Alexander Baumgarten sekitar tahun 1744. Dari sudut estimologi, estetika adalah salah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang keindahan yang turut berkait rapat dengan tanggapan, penilaian dan perhargaan terhadap keindahan atau kecantikan yang lebih bersifat subjektif. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, estetika atau estetik membawa maksud sebagai “keindahan atau penghargaan terhadap keindahan, terutamanya dalam bidang seni.” Ianya lebih merujuk kepada penghayatan terhadap keindahan, asas kehidupan dan cara manusia menikmati keindahan dunia dan persekitaran. Terdapat pelbagai lagi definasi tentang estetika. Bagi Bates (2000), beliau menterjemahkan estetik sebagai satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan. Ragans (2000) pula menjelaskan bahawa menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya, iaitu dari segi penyampaian dan gaya penghasilan. Sesuatu karya mungkin tidak nampak cantik namun ianya dikira berjaya daripada aspek penyusunan dan reka letak imej dan objek karya tersebut yang menjadikan ianya berjaya dan unik. Sebagai contoh, terdapat karya yang mengganggu emosi apabila dilihat dan karya ini masih dikategorikan sebagai karya yang baik dan berjaya. Menurut Barnard (1998) pula, estetika atau aestethic adalah perkataan Bahasa Inggeris moden yang berasal dari perkataan purba bagi persepsi. Perkataan Bahasa Inggeris moden ini adalah satu konotasi yang turut merujuk kepada sesuatu yang indah. Oleh itu, estetika mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan persepsi yang merujuk tentang keindahan yang dapat mencetus dan mengusik emosi mahupun perasaan kita. Lankford (1992) turut menghuraikan estetik sebagai satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk manakala Gazalba (1978) pula mentakrifkan estetik itu sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikan dan kebaikan. Menurut Pham (1999), Ruskin (1957) di dalam “The Elements of Drawing”, turut membincangkan tentang perbezaan di antara persepsi artis atau pengkarya seni dengan persepsi masyarakat umum yang bukan hanya merujuk kepada penilaian terhadap kecantikan semata-mata, malah lebih menjurus kepada tindakbalas atau respon seseorang. Istilah estetika ini juga turut berkaitan dengan konsep gaya, fesyen, citarasa dan keaslian. Estetika yang turut melibatkan perasaan, kognitif dan afektif dapat dihayati dengan lebih mendalam melalui penggunaan deria rangsangan yang melibatkan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau serta emosi kita yang melibatkan tindak balas kita terhadap sesuatu objek mahupun persekitaran. Setiap individu mempunyai respon estetika yang tersendiri dan secara tidak langsung akan mewujudkan perbezaan persepsi antara satu sama lain. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai respon rangsangan yang turut dipengaruhi oleh citrasa, pengalaman dan persekitaran yang unik dan berbeza-beza. Abdul Shukor Hashim (1991) turut melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai sebuah pengalaman estetik. Apabila seseorang individu menghayati karya, individu terbabit akan bertindak balas dengan karya tersebut dan proses ini dikenali sebagai Tindak balas Estetik.

Page 3: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

3

3. ESTETIKA DARI PELBAGAI PERSPEKTIF BUDAYA Karya seni yang diciptakan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu dan setiap budaya mempunyai penilaian dan apresiasi yang berbeza dari sudut estetikanya. Bagi masyarakat tradisional, karya seni biasanya digunakan sebagai medium untuk aktiviti-aktiviti pemujaan atau ritual, sebagai pendekatan keagamaan, tontonan serta hiburan. Bagi masyarakat modern, karya seni digunakan sebagai ekspresi diri, media pendidikan, industri, terapi, dan media komersial. Bagi seorang seniman atau karyawan, tujuan menciptakan sebuah karya seni digunakan sebagai ungkapan ekspresi peribadi, komunikasi idea dan keindahan. Dalam visualisasi sesebuah objek atau karya pula, jika dahulunya lebih bersifat realistik, representative, dan dekoratif; namun kini kebanyakan karya telah banyak bergerak dan berubah arah ke arah sesuatu yang lebih bersifat abstrak, non-representative dan ringkas. Contohnya jelas kelihatan dalam bidang arca, catan serta reka bentuk produk, perabot mahupun rumah. Kelihatan masyarakat moden kini lebih cenderung kepada konsep kontemporari yang lebih mementingkan sesuatu yang ringkas atau lebih popular dengan konsep less is more, simplicity dan minimalist berbanding dengan sesuatu yang bersifat dekoratif. Ini mungkin selari dengan persekitaran, di mana produk-produk yang dihasilkan banyak bergantung kepada penggunaan mesin, yang turut melibatkan kos, masa dan tenaga berbanding dengan pembuatan tangan oleh masyarakat dahulu. Oleh itu, kelihatan penilaian dan penghargaan terhadap konsep estetika juga kelihatan telah berubah mengikut arus peredaran masa selari dengan teknologi yang ada kini. Citarasa dan cara hidup masyarakat moden kini telah membuka satu persepsi baru dalam mendefinisikan nilai estetika berbanding dengan masyarakat tradisional dahulu.

Rajah 2: Rekabentuk bekas air kontemporari.

Rajah 1: Labu Sayung.

Rajah 4: ‘Lotus House’-Country Heights di Kajang, Selangor.

Rajah 3: Rumah Tradisional Melayu di Langkawi, Kedah.

Page 4: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

4

4. TEORI ESTETIKA Estetika merupakan cabang ilmu falsafah yang menekankan penggunaan pancaindera dalam mengapresiasi suatu karya seni. Estetika berkait rapat dengan kecantikan atau menghargai kecantikan suatu hasil seni. Oleh kerana kecantikan adalah suatu yang bersifat subjektif maka kita dapat perhatikan bahawa persepsi terhadap kecantikan juga berbeza. Terdapat dua teori atau konsep untuk menilai kecantikan, iaitu konsep kecantikan yang berteraskan (i) relativisme dan (ii) objektivisme.

(i) Konsep relativisme: Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan mengenai kecantikan. Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu masa. Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang. Golongan ini berpandangan bahawa kecantikan tidak terletak pada sesuatu objek tetapi pada persepsi seseorang. Latar belakang, kepelbagaian budaya dan perubahan cita rasa turut mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kecantikan. Pandangan golongan ini menghormati segala jenis keindahan yang merangkumi perubahan citarasa semasa dan turut mengambil kira pengaruh budaya seseorang, di mana kecantikan tidak hanya terlalu bergantung kepada objek semata-mata, tetapi keindahan yang hakiki terletak pada persepsi dan pemikiran seseorang individu seperti yang dinyatakan oleh Plato “Beauty lies in the eyes of the beholder”.

(ii) Konsep objektivisme: Golongan objektivisme berpandangan bahawa kecantikan sememangnya wujud dalam sesuatu karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang dan pendapat ini sangat bertentangan dengan konsep relativisme. Teori yang diguna pakai dari zaman Greek Klasik ini mementingkan kesempurnaan di mana kecantikan perlu diukur mengikut mekanisma tertentu iaitu perlulah berlandaskan elemen dan prinsip seni. Peraturan-peraturan atau piawaian-piawaian ini turut terikat elemen-elemen seni seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna; manakala dari sudut prinsip-prinsip seni pula adalah seperti harmoni, kontras, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, imbangan, ritma dan pergerakan.

Rajah 5: Asas Seni

Page 5: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

5

5. PENGALAMAN ESTETIKA UNTUK KANAK-KANAK Estetika kanak-kanak melibatkan sifat kemanusiaan dan kesedaran dan penghayatan terhadap keindahan adalah perlu dalam melatih kanak-kanak mencintai dan menghargai kecantikan. Estetika kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga jenis estetika iaitu estetika sikap, estetika pengalaman dan estetika respon.

(i) Estetika sikap: kanak-kanak dapat memperlihatkan pengalaman estetika mereka melalui isyarat visual yang ditunjukkan secara spontan. Perasaan kegembiraan dan kekaguman mereka secara spontan, di samping memperkembangkan perasaan ingin tahu dalam jiwa mereka. Kanak-kanak dapat dilatih untuk menghargai estetika dengan menggunakan pancaindera mereka secara lebih berkesan. Mereka boleh menggunakan pancaindera mereka untuk melihat, mendengar, menyentuh, mencium bau dan merasa sesuatu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Estetika pengalaman: kanak-kanak akan memperolehi pengalaman estetik diperolehi melalui penglihatan, pengalaman dan eksporasi. Penglibatan aktif dalam seni visual dan persembahan memberi pengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan kepada kanak-kanak.

(iii) Estetika respon: kanak-kanak berpeluang berinteraksi dengan karya seni. Mereka dapat memberikan tindak balas dengan menyatakan pandangan mereka dan pada yang sama dan meluahkan perasaan mereka melalui karya seni. Respon fisiologi dipantulkan melalui melalui perbuatan seperti ketawa jika lucu atau berpeluk tubuh jika takut ketika melihat sesebuah karya, manakala respon mental pula dapat diperhatikan berdasarkan keputusan dan penilaian yang dilakukan oleh kanak-kanak. Mereka juga akan memberi respon terhadap karya seni dengan menyatakan pandangan dan juga perasaan mereka.

Victor Lowenfeld berpendapat naluri dan keingingan turut merupakan faktor utama bagi mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Perasaan kanak-kanak yang mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa. Kanak-kanak akan mengalami dan menyedari masalah, menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti. Mereka berkebolehan untuk mengaplikasikan bahan seni dengan membuat eksperimen dan menerokai sesuatu yang baru dalam proses seni. Beliau turut menyatakan bahawa perkembangan estetik kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran, di mana faktor-faktor ini setererusnya akan membantu membentuk dan mencorakkan pemikiran kanak-kanak. Contohnya, kematangan kanak-kanak dapat dilihat dari segi kebolehan mengolah gambar atau objek dalam menyampaikan idea. Tindak balas estetik kanak-kanak ini banyak dipengaruhi oleh faktor pengalaman, umur, latar belakang dan budaya. Para guru perlu memainkan peranan untuk membimbing murid-murid dalam berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan terutamanya dari sudut psikologi, persekitaran serta budaya kerana perkembangan estetik kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan perkembangan kreativiti mereka.

Page 6: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

6

6. TINDAK BALAS ESTETIK (AESTHETIC RESPONSE) Tindak balas estetik merujuk kepada reaksi semula jadi dan tindak balas spontan manusia terhadap sesebuah seni mahupun alam semulajadi. Sebagai contoh, “Wah! Cantiknya warna langit itu!” Ini merujuk kepada keindahan semulajadi atau sapuan warna yang menarik pada hasil nukilan pelukis yang diluahkan secara spontan oleh seseorang audien. Perasaan kekaguman yang wujud dalam diri seseorang apabila melihat sesebuah hasil karya atau ketika mengamati keindahan alam semulajadi yang mempersonakan terus terlontar apabila menghayati sesuatu karya atau pemandangan. Tindakbalas pertama inilah yang dikatakan tindak balas estetik. Selalunya, tindak balas estetik berlaku apabila terdapat dua elemen yang tercetus semasa seseorang itu mengamati karya. Elemen-elemen yang mempengaruhi tindak balas estetika terdiri daripada elemen pertama, iaitu aspek kualiti yang terdapat pada karya dan yang kedua adalah aspek makna pada karya. Aspek kualiti pada karya merujuk kepada perkara-perkara dan elemen yang berkaitan dengan kualiti lliteral, kualiti rekaan dan kualiti ekspresif. A. Aspek kualiti pada karya seni Kualiti pada karya seni merujuk kepada kualiti yang dapat dilihat dari beberapa aspek seperti:

(i) Kualiti Literal atau Imitanionalism: Keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan di sekeliling. Contohnya, pengkarya menghasilkan lukisan realistik figura, buah-buahan, atau pemandangan.

Rajah 6: Lukisan ‘The Mona Lisa’ oleh Leonardo da Vinci (1503-1506)

Rajah 7: Lukisan ‘Peasant Girl’ oleh Datuk Mohd Hoessein Enas (1993)

Page 7: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

7

(ii) Kualiti Rekaan atau Formalism:

Kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Dalam sejarah seni, formalisme ialah kajian seni yang menganalisa dan membandingkan gaya, bentuk dan objek dari aspek visual. Contohnya, bagaimana pengkarya mengaplikasikan elemen garisan, bentuk berserta prinsip harmoni, imbangan, dan sebagainya.

(iii) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi: Menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea penonton yang mengamati karya. Karya kadangkala bersifat subjektif tetapi mementingkan kesan ekspresif dalam usaha untuk membangkitkan perasaan atau idea yang berfokus kepada makna atau pengalaman emosi. Contohnya, bagaimana pengkarya menggunakan warna atau garisan untuk mewujudkan tindak balas emosi.

Rajah 8: Lukisan ‘Composition II in Red, Blue, and Yellow’ oleh Piet Mondrian (1930)

Rajah 9: Arca ‘Unity In Diversity’ oleh Ramlan Abdullah (2012)

Rajah 10: Lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch (1893)

Rajah 11: Lukisan ‘Tari XXI’ oleh Yusof Ghani (1988)

Page 8: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

8

B. Aspek makna pada karya seni Makna pada karya seni merujuk kepada isi kandungan atau mesej yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Selalunya aspek ini dipengaruhi oleh pengalaman, citarasa, umur, latar belakang, dan persekitaran seseorang individu. Respon estetika dari aspek makna ini mungkin berbeza antara satu individu dengan satu individu yang lain, di mana isu-isu yang diketengahkan oleh pengkarya mungkin mempunyai nilai estetik yang tersendiri mengikut kecenderungan minat audien tertentu. Bagi kanak-kanak, makna pada karya seni kanak-kanak ialah mesej yang ingin disampaikan dalam suatu karya menerusi simbol, garisan, warna dan sebagainya. Contohnya, kanak-kanak melukis simbol bulat yang membawa maksud bola atau melukis garisan beralun yang melambangkan ombak atau awan. Ini turut bergantung kepada peringkat perkembangan kanak-kanak, di mana penafsiran makna mungkin berbeza-beza mengikut peringkat umur dan latar belakang kanak-kanak itu sendiri. Hal ini turut disokong oleh beberapa teori perkembangan artistik kanak-kanak seperti yang telah dikemukakan oleh Hurwitz dan Day (1991) serta Lowenfeld (1947). Apa yang pasti, kanak-kanak mampu menterjemahkan nilai estetika yang terkandung di dalam karya sesebuah karya samada yang dihasilkan mereka sendiri mahupun dihasilkan oleh individu lain. Nilai estetika yang tertanam dalam jiwa mereka perlulah dicungkil dan dibaja secara konsisten dari masa ke semasa. Seringkali kita diajukan soalan oleh kanak-kanak dengan samada semasa atau setelah mereka menghasilkan karya mereka. Contohnya, “Cantik tak lukisan saya?” atau “Cuba teka apa yang saya lukis?” Apakah tindak balas estetika anda apabila melihat karya seni kanak-kanak ini? Apakah komen anda?

Rajah 12: Lukisan pelajar yang berumur 6 tahun

Rajah 13: Lukisan pelajar yang berumur 8 tahun

Page 9: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

9

Tindak balas estetik di kalangan kanak-kanak perlulah diransang agar pemahaman estetik di kalangan kanak-kanak akan terus berkembang. Koster (2001), menyarankan agar kanak-kanak dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka. Usaha ini melibatkan beberapa perangcangan dan strategi dari para guru dengan menitikberatkan beberapa aspek seperti yang dinyatakan di bawah. Di antaranya ialah memastikan:

(i) Pemilihan karya berkualiti: Karya yang mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya perlulah

dipilih dan dijadikan contoh kepada para pelajar.

(ii) Kepelbagaian media dan teknik: Karya yang mengaplikasikan pelbagai teknik dan media dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar. Pemilihan karya arca dan kolaj, dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja akan dapat membuka minda pelajar.

(iii) Kepelbagaian gaya, budaya dan artis:

Memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh pengkarya daripada pelbagai latar belakang etnik, usia dan gender.

(iv) Mempamerkan budaya:

Mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan masyarakat sekeliling.

7. KEPENTINGAN ESTETIKA UNTUK KANAK-KANAK Guru-guru perlulah memainkan peranan dalam memimpin kanak-kanak dalam mengembangkan pengalaman estetik mereka kerana estetik dapat menyumbang kepada pelbagai aspek dalam memajukan diri kanak-kanak. Di antara aspek-aspek yang terlibat ialah:

(i) Memperkembangkan aspek kognitif dan sosio-emosi kanak-kanak: Membantu kanak-kanak mengekspresikan pendapat dan perasaannya ketika melihat

sesebuah karya. (ii) Menghidupkan suasana aktif pembelajaran: Menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran

lebih menyeronokkan. (iii) Meningkatkan kefahaman terhadap imej dan bahasa visual: Membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka

dengan istilah-istilah baru. (iv) Menyemai kefahaman terhadap satu sama lain: Murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza dan

setiap individu melihat dan menterjemahkan makna sesuatu karya dengan cara dan pemahaman yang tersendiri.

(v) Meningkatkan keupayaan pemikiran: Pelajar membuat perbandingan dalam menganalisa dan menilai sesuatu karya yang

turut menyumbang kepada peningkatkan daya kreativiti mereka.

Page 10: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

10

8. STRATEGI MEMBIMBING KANAK-KANAK MENGAPRESIASI NILAI ESTETIK Sebagai seorang guru, anda boleh membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetik dalam karya seni yang dihasilkan. Kita akan membincangkan lima strategi untuk membimbing mereka estetik karya seni, iaitu:

Berdasarkan rajah di atas, anda perlu membuat perancangan untuk membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan, menghasilkan karya seni dan menyatakan nilai estetik yang ada pada karya seni. Contohnya, aktiviti membuat alatan muzik daripada bahan-bahan buangan. Anda disarankan meminta kanak-kanak mengumpul bahan yang sesuatu untuk menghasilkan alatan muzik dan mendidik kanak-kanak mengaplikasikan bahan-bahan yang dipilih untuk membuat alatan muzik.

Rajah 14: Strategi Membimbing Kanak-kanak Mengekspresi Nilai-nilai Estetika Dalam Karya Seni

Rajah 15: Pemilihan bahan yang bersesuaian

Page 11: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

11

Anda boleh juga menunjukkan contoh hasil seni yang baru dan berlainan untuk mencungkil imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Guru yang mengajar kanak-kanak melakukan sesuatu yang sama secara berulangan akan menghalang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak serta menyebabkan mereka berhenti berfikir dan tidak berupaya untuk menilai estetika karya seni. Contohnya, jika anda menunjukkan contoh alatan muzik yang sama berulang kali dalam bilik darjah dan meminta kanak-kanak menghasilkan alatan muzik mengikut langkah demi langkah yang ditetapkan, kanak-kanak akan ketandusan idea untuk mempelbagaikan penggunaan bahan dan tidak mampu untuk menilai estetik yang ada pada karya seni masing-masing. Strategi ketiga apabila membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetik karya seni ialah anda perlu berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak. Apabila anda menunjukkan contoh karya seni kepada kanak-kanak, anda perlu berpesan kepada kanak-kanak bahawa contoh tersebut hanyalah sebagai pencetus idea untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja seni dengan lebih baik dan bukannya untuk meniru. Komen dan ulasan anda sepanjang aktiviti seni berlangsung sangat penting untuk mendorong kanak-kanak menjadi lebih kreatif. Anda juga perlu membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif untuk menghasilkan karya seni secara kreatif dan penuh dengan nilai estetika. Setiap karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak diharapkan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Bahan yang diaplikasikan dalam aktiviti seni kanak-kanak hendaklah memberi kesan terhadap hasil seni. Bahan seni yang mahal tidak semestinya mempunyai potensi estetika yang tinggi. Anda seharusnya membimbing kanak-kanak mencari alternatif lain seperti menggunakan bahan-bahan di persekitaran yang senang diperoleh dan boleh dikitar semula. Bahan-bahan seni yang mempunyai nilai estetika perlulah boleh dirasai dengan menggunakan deria seperti lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Selain itu, bahan seni yang dipilih sewajarnya dapat dimanipulasikan, seperti senang diwarnai, mudah digunakan dan mudah dibentuk.

Anda juga perlu mempunyai banyak idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetika dan seterusnya membimbing mereka mengapresiasi hasil seni. Apabila kanak-kanak dibimbing untuk menemui dan menyatakan nilai estetika dalam karya seni yang dihasilkan, mereka akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi dan seterusnya mampu menghargai nilai estetika yang terdapat di sekeliling mereka.

Rajah 16: Menunjukkan contoh karya sebagai pencetus idea. Karya kemudiannya boleh digantung dan dipamerkan di dalam kelas sebagai tanda penghargaan kepada nilai estetika yang terdapat pada karya kanak-kanak. Ianya akan menjadi satu dorongan kepada mereka

Page 12: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

12

LATIHAN 2.0 Berdasarkan pemerhatian, nyatakan reaksi estetika anda apabila melihat karya-karya di bawah dari aspek Relativisme dan Objektivisme. Akhir sekali, nyatakan kesimpulan yang

diperolehi. Relativisme Objektivisme

Karya 1:

Karya 2:

Karya 3:

Karya 4:

Page 13: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

13

Karya 5:

Karya 6:

Karya 7:

Karya 10:

Kesimpulan:

Page 14: Topik 2 MSP 3033

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI

14

9. RUJUKAN

• Austring, B. D., & Sørensen, M. C. Aesthetics and learning. International Conference, The Future of Education diambil dari http://conference.pixel-online.net/edu_future/common/download/Paper_pdf/ART07-Austring,Sorensen.pdf

• Day, M., & Hurwitz, A. (2012). Children and Their Art: Art Education for Elementary and

Middle Schools, 9th ed. Boston: Wadsworth, Cengage Learning.

• Barnard, M. (1998). Art, Design and Visual Culture. London: MacMillian Press.

• Holahan, C., & Roche, M. (1993). Art Craft Design. Dublin: Gill & Macmillian.

• Libby, W. M. L. (2002). Enriching the Curriculum with Art Experiences. New York: Delmar.

• Gaitskell, C. D., Hurwitz, A., & Day, M. (2007). Children and Their Art: Methods for Elementary School, 9th ed. Belmont: Thomson Wadsworth.

• Gordon, A.M., & Browne, K. W. (2007). Beginning Essentials in Early Childhood Education.

New York: Thomson Delmar Learning.

• The Primary Program Growing and Learning in the Heartland, Aesthetic and Artistic Development in the Primary Program diambil dari www.education.ne.gov/OEC/pubs/pri_pro/AA.pdf

• Wright, S. (2010). Understanding Creativity in Early Childhood. London: SAGE

Publications.