topik 1 pengenalan kepada wacana

42
PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

Upload: tan-jie

Post on 14-Jul-2016

79 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

GWP 1092 notes

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

PROGRAM PPISMP GWP 1092

WACANA PENULISANTopik 1:

Pengenalan kepada Wacana

Page 2: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Pengenalan

Apakah yang anda faham maksud WACANA ?

Page 3: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Perkara yang akan dibincangkan

1.1 Definisi Wacana Wacana secara maknawi (kamus)Pendapat ahli bahasaCiri-ciri wacana

Page 4: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana1. Wacana adalah terjemahan dari

perkataan Inggeris discourse.“ Kata discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bererti lari kian-kemari.

2. Wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca.

Page 5: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana ialah 1. hubungan fikiran dengan

kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan 2. hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok telahan 3. Risalah tulis; disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah.

(Kamus Webster, 1983)

Page 6: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Menurut kamus linguistik, wacana didefinisikan sebagai satuan kebahasaan terlengkap; dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (buku, ensiklopedia, novel, dll) paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Kridalaksana, 2008).

Page 7: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang

merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen).

(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Page 8: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.

(Asmah Hj Omar,1982)

Page 9: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana adalah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar pada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan itu sebagai yang bermakna dalam berkomunikasi.

Asmah Hj Omar (1986)

Page 10: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

(Raminah Haji Sabran, 1984)

Page 11: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

( Anton M.Moeliono, 1995)

Page 12: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Istilah wacana digunakan bukan hanya mencakupi percakapan, tetapi juga dalam syarahan di khalayak, tulisan, laporan-laporan ilmiah, dan lakonan. Wacana meliputi keempat tujuan penggunaan bahasa, iaitu;a. Ekspresi diri sendirib. Eksposisi (pemaparan)c. Sasterad. Persuasi

(Landsteen, 1979)

Page 13: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaUnit-unit wacana mempunyai struktur dalaman apabila ditelaah, ternyata sama teratur dan terpercayanya dengan struktur ayat-ayat. Unit-unit ini dibentuk oleh sejumlah perinsip kepaduan yang rasmi dan yang bersifat kultural, termasuk pengaturan kala atau waktu, struktur pohon, dan keseluruhan jaringan asumsi-asumsi sosial tentang cara, hal-hal itu ada dan cara hal-hal itu menjelma.

(Linde, 1981)

Page 14: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana merupakan satu peristiwa yang berstruktur yang dimanifestasikan dalam perilaku linguistik (atau yang lainnya), sedangkan teks adalah suatu urutan ekspresi linguistik yang berstruktur dan membentuk suatu keseluruhan yang padu atau unit.

(Edmondson, 1981)

Page 15: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana adalah seperangkat proposisi yang saling berhubungan untuk menghasilkan suatu rasa kepaduan atau rasa kohensi bagi penyemak atau pembaca. Kohensi atau kepaduan itu sendiri harus muncul daripada isi wacana, tetapi banyak sekali rasa kepaduan yang dirasakan oleh penyemak atau pembaca perlu mundur daripada cara pengutaraan atau pengutaraan wacana tersebut.

(Deese,, 1984)

Page 16: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan perkataan lain wacana wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tulisan. Secara ringkas: yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran (utterance).

(Stubbs,, 1983)

Page 17: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Perbincangan Pelbagai definisi wacana daripada kamus dan tokoh-tokoh bahasa dan linguistik telah dibincangkan. Apakah unsur-unsur penting WACANA?Bincangkan.

Page 18: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Rumusan WacanaMenurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ menyatakan terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :

1.satuan bahasa2.terlengkap3.mengatasi ayat atau klausa4.teratur atau tersusun rapi5.berkesinambungan6.kohesi7.lisan atau tulisan8.awal dan akhir yang nyata.

Page 19: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Rumusan Wacana Unsur-unsur penting wacana yang dapat dilihat adalah seperti berikut:

HAKIKAT WACANA

satuanbahasa terlengk

ap & tertinggidi atas ayat/klausateratu

r rapi/ koheran

awal & akhir yang nyata

lisan & tulis

rasa kohensi/rasa kese- paduan

berkesi-nambun-gan

Page 20: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Struktur Wacana“wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan”

fonemmorfemkatafrasaklausa

Kalimat/ayatWACANA

Page 21: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Rumusan Definisi Wacana Antara definasi wacana yang lengkap. Henry Guntur Tarigan (1987), mengemukakan bahwa wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan, memiliki kohesi dan koherensi yang baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas, berkesinambungan, dan dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.

Page 22: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana Apakah ciri-ciri wacana?

Page 23: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu;

1.tautan (kohensi)2.runtutan (koheren)3.tujuan4.penerimaan5.maklumat6.keadaan 7.interteks

Page 24: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri WacanaMenurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, 1. kohesi (tautan)2. koheren (runtutan)3. tujuan sesuatu wacana4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca,5. maklumat yang terkandung, 6. keadaan yang mewujudkan wacana 7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu

pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)

Page 25: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana1) Tautan atau kohesi Tautan atau kohesi ialah keserasian

hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut.

Page 26: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana1) Tautan atau kohesi Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei

yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan,

tautan, kepaduan dan sebagainya. Contohnya:

1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan dan ia dianggap sebagai wacana

Page 27: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana2) Runtutan atau koheren Runtutan atau koheren merupakan

kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Page 28: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana2) Runtutan atau koheren Contohnya:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

Page 29: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana2) Runtutan atau koheren Contoh ayat-ayat yang tidak koheren:

Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren.

Page 30: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana3) Tujuan Setiap wacana yang diujarkan sama

ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan.

Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Page 31: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana3) Tujuan Tujuan ini akan menentukan jenis

wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

Page 32: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana4) Penerimaan Sesuatu wacana sama ada lisan atau

tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Page 33: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana5) Maklumat Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu

maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah

dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang

baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Page 34: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana5) Maklumat Contohnya:

(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu

Page 35: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana6) Keadaan Keadaan ialah latar sewaktu bahasa

itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya.

.

Page 36: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana6) Keadaan Dalam kehidupan sehari-hari terdapat

pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

Page 37: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana6) Keadaan Tiap-tiap wacana tidak boleh

dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Page 38: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana6) Keadaan Tiap-tiap wacana tidak boleh

dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Page 39: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana7) Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana

itu bergantung kepada wacana yang lain.

Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

Page 40: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana7) Interteks Dengan kata lain, kefahaman

seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

Page 41: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

SEKIANTerima Kasih

Page 42: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

RujukanAsmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal

Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25.

Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP.

Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html