tonggak dua belas pdf nota

24
TONGGAK DUA BELAS TONGGAK DUA BELAS (THE TWELVE PILLARS) (Rajah ini diubahsuui daripada Ucaputama Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Ketua Setiausaha Negara di upacara perasmian Seminar Nilai Dan Etika, 2 Mac 1992)

Upload: vincchinhanwei

Post on 13-Jun-2015

3.163 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tonggak Dua Belas PDF Nota

TONGGAK DUA BELAS

TONGGAK DUA BELAS (THE TWELVE PILLARS)

(Rajah ini diubahsuui daripada Ucaputama Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Ketua Setiausaha Negara di upacara perasmian Seminar Nilai Dan Etika, 2 Mac 1992)

Page 2: Tonggak Dua Belas PDF Nota

1. MENGHARGAI MASA (The Value of Time)

Orang yang menghargai masa menganggap

"masa itu emas. " Berlalunya masa tanpa

sebarang perbuatan atau sumbangan yang

berfaedah bererti suatu kerugian, kerana masa

yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada

hari ini, dengan adanya teknologi canggih

maka perhubungan menjadi semakin rapat dan

banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam

masa yang singkat. Tidak bertindak segera

atau melengahkan keputusan akan

menyebabkan hilangnya peluang keemasan.

Setiap orang diberi masa yang sama banyak.

Terpulanglah kepada setiap individu

bagaimana dia merancangkan masanya.

"Those who make the worst use of their time

most complain of its shortness" - La Bruyere.

Oleh itu gunakanlah masa itu dengan bijak

untuk setiap perilaku kita, sama ada rasmi,

tidak rasmi atau persendirian.

"Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

Kecuali orang-orang yang beriman dan

beramal soleh, dan mereka pula berpesan-

pesan dengan kebenaran serta berpesan-

pesan dengan sabar. "

(Al-Quran, 103: 1-3)

"An inch of time cannot be bought by an inch

of gold. "

(Chinese Proverb)

TONGGAK DUA BELAS

AMALAN POSITIF

� Menepati masa

� Menyegerakan tugas

� Mempunyai perancangan waktu

� Bijak menguruskan tempoh masa yang

diberi

� Menumpukan masa pada kerja-kerja

yang produktif dan kreatif

� Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja

� Menyelesaikan tugas dalam masa yang

ditetapkan

Contoh:

1. Penggunaan masa secara maksimum

memerlukan disiplin diri yang ketat.

Caranya ialah dengan menggunakan

catatan penggunaan masa (time log)

setiap hari. Ini adalah satu tabiat yang

mesti dimula dan dikekalkan.

2. "Tepat pada masa" adalah satu tabiat

yang mesti dibiasakan. Tabiat ini wujud

hasil daripada ketinggian maruah diri

dan adanya rasa hormat kepada orang

lain. Contohnya, jikalau lewat tiba pada

sesuatu majlis, mesyuarat atau temu

janji, bermakna kita tidak ada maruah

dan tidak menghormatinya.

3. Seseorang pegawai atasan perlulah

mengetahui secara menyeluruh

matlamat kerja, bidang kerja dan jangka

masa yang diambil untuk menjalankan

tugas-tugas apabila beliau memberi

arahan kepada pegawai bawahannya.

Beliau perlulah meminta supaya kerja-

kerja tersebut disiapkan dalam waktu

yang munasabah dan mampu

diselesaikan oleh pegawai yang

diarahkan itu.

Page 3: Tonggak Dua Belas PDF Nota

4. Seseorang pegawai yang menggunakan

kemudahan kenderaan pejabat untuk

urusan rasmi perlu memberitahu

pemandu jangka masa urusan tersebut

supaya dapat diputuskan sama ada

pegawai tersebut perlu ditunggu atau

tidak. Sekiranya tidak, pemandu tersebut

hendaklah pulang ke pejabat untuk

membuat tugas lain dan kembali semula

pada masa yang ditetapkan. Tindakan

yang sedemikian dapat menjimatkan

masa pemandu tersebut.

5. Setiap pegawai perlu mengetahui cara

menggunakan Word Processorsekiranya

kemudahan ini terdapat di pejabat. Ini

akan menjimatkan masa dan

menambahkan produktiviti dalam

menjalankan tugas-tugas mereka dan

membolehkan mereka menjalankan

tugas harian yang penting semasa

ketiadaan jurutaip.

6. Menggalakkan penggunaan time

planner, iaitu jadual perancangan masa

kerja.

7. Para pegawai dan kakitangan pejabat

digalakkan merancang hal-hal peribadi

mereka. Sekiranya mereka ingin keluar

untuk urusan peribadi yang penting serta

tidak menggunakan masa yang terlalu

lama, kebenaran hendaklah dipinta

terlebih dahulu.

8. Seseorang pegawai hendaklah tidak

melengahkan kerja yang diarahkan.

Sekiranya kerja-kerja tersebut dapat

disiapkan dalam masa sejam, beliau

tidak seharusnya mengambil masa

sehingga dua hari.

9. Produktiviti dan kualiti boleh dikawal

dengan penggunaan masa yang

terencana. Sesuatu yang boleh

diselesaikan dalam masa dua hari tidak

akan menjadi produktif jika mengambil

masa seminggu. Bagaimana ini dapat

dikenal pasti bergantung kepada

kemahiran dan pengetahuan kerja.

TONGGAK DUA BELAS

Orang yang mahir sudah tentu dapat

menjimatkan masa.

10. Seseorang pegawai hendaklah sentiasa

peka kepada kehendak masa dan oleh

kerana itu ia hendaklah menyiapkan

kerja selaras dengan keperluan semasa.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Berbual-bual kosong

� Tidak menyegerakan tugas

� Tidak ada sense of urgency

� Tidak merancang pekerjaan

� Tidak ada prioriti

� Melayan tetamu yang tidak berkenaan

� Tinggalkan pejabat untuk urusan

peribadi

� Membuat kerja peribadi di pejabat

� Berniaga di waktu pejabat

� Membuat kerja yang tidak mustahak

� Ke kantin dalam waktu bertugas

� Tidak peka kepada pembaziran masa

Contoh:

1. Pengerusi mesyuarat yang tidak

merancang masanya dengan cermat dan

tepat akan memanjangkan mesyuarat

sehingga meleret-leret. Sesuatu

mesyuarat yang sepatutnya selesai

dalam masa dua jam tetapi terpaksa

mengambil masa empat hingga lima jam

dan ini membuang masa.

2. Jika prioriti tidak dikenal pasti semua

perkara akan dianggap sama pentingnya.

Ini merugikan masa, tenaga, wang dan

lain-lain. Oleh itu perkara-perkara yang

penting mesti didahulukan. Kriteria

prioriti mestilah ditentukan berdasarkan

objektif organisasi dan bukannya

berdasarkan keperluan atau kemahuan

individu.

3. Pembaziran masa boleh berlaku dalam

pelbagai bentuk. Misalnya, pembaziran

masa kerana leka berbual dan membuat

kerja yang sama berulang-ulang kali.

Page 4: Tonggak Dua Belas PDF Nota

4. Tabiat berbual-bual terlalu lama sewaktu

melayan tetamu adalah membuang

masa. Tetamu juga hendaklah sedar

bahawa perbuatan mereka akan

membuang masa orang lain. Demikian

juga perbuatan berbual-bual panjang di

telefon tentang hal-hal peribadi dan

mengambil kesempatan semasa

percakapan telefon secara rasmi untuk

membincangkan hal-hal peribadi atau

perkara yang tidak rasmi.

5. Salah satu sebab kesesakan di kaunter

ialah kerana petugas di kaunter tersebut

diberi tugas yang melibatkan kerja-kerja

menulis yang banyak dan pengisian

serta penelitian borang tertentu. Ini

membazirkan masa para pelanggan.

6. Tidak menjawab surat daripada

pelanggan dengan serta merta akan

membanyakkan bilangan surat yang

akan dijawab kelak yang tentunya akan

mengambil masa. Hal yang demikian

juga membuang masa pelanggan kerana

dia tentunya menunggu jawapan

daripada pihak pegawai.

7. Ahli-ahli mesyuarat terpaksa membuang

masa untuk menunggu mesyuarat

bermula disebabkan kelewatan ahli-ahli

penting hadir pada mesyuarat itu.

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN (The Success of Perseverance)

Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada

sesuatu kerja hingga selesai dengan

sempurnanya dan membawa kejayaan serta

kecemerlangan kepada agensi dan individu.

Bila kita sebut ketekunan yang tergambar

dalam ingatan kita ialah semut. Serangga

yang kecil ini tidak kenal penat lelah

apabila melakukan sesuatu seperti membina

sarang ataupun membawa makanan untuk

kumpulannya. Biasanya sang semut akan

memikul benda-benda yang berpuluh kali

lebih berat daripada dirinya.

TONGGAK DUA BELAS

Namun begitu kegigihan, kesabaran,

kekuatan hatinya tidak akan padam

sehingga selesai kerja atau matlamatnya

tercapai. Peribahasa "sedikit-sedikit lama-

lama menjadi bukit" memang ditujukan

kepada daya usaha sang semut. Daripada

Forbes Epigrams kita dapati: "Diamonds

are chunks of coal that stuck to their jobs.

" Kedua-dua benda ini (intan dan arang

batu) terdiri daripada unsur yang sama iaitu

karbon. Arang batu yang melalui proses

perubahan selama berjuta juta tahun

akhirnya berjaya menjadi bahan yang

paling keras dan berharga. "Victory belongs

to the most persevering" kata Napoleon

Bonaparte.

AMALAN POSITIF

� Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar

� Rajin dan sentiasa berusaha

� Tekun dalam menjalankan tugas

� Sabar dalam menghadapi cabaran

pekerjaan

� Berdisiplin dalam setiap pekerjaan

� Berpandanganjauh

� Bersemangat dalam melaksanakan

tugas yang diarah

� Dedikasi dalam mencapai matlamat

organisasi

� Sanggup berkorban

� Cekal menghadapi kesulitan semasa

bertugas

� Tidak patah semangat

� Bercita-cita tinggi

Contoh:

1. Keazaman dan kegigihan akan

menjadikan kerja yang sukar berjaya

dilaksanakan dan ini mendatangkan

kepuasan.

2. Ketekunan hanya akan lahir jika

terdapat disiplin diri yang tinggi. Antara

cara yang baik untuk mendisiplin diri

ialah dengan selalu membaiki

kelemahan diri dan meningkatkan lagi

Page 5: Tonggak Dua Belas PDF Nota

kecekapan. Hidup akan penuh dengan

cabaran dan ini akan membuat

seseorang lebih bersemangat.

3. Tabah serta sanggup menghadapi segala

rintangan dan cabaran adalah strategi

untuk mencapai kecemerlangan yang

tinggi.

4. Ketua pejabat yang mempunyai harapan

yang tinggi untuk organisasinya tidak

mudah patah semangat apabila melihat

kekurangan sumber, contohnya seperti

kekurangan kakitangan. Setiap cabaran

dihadapi dengan tabah dengan melatih

kakitangan dan terus berusaha

mendapatkan sumber-sumber itu. Beliau

tidak mudah hilang pertimbangan dan

tidak ragu-ragu tentang kejayaannya.

5. Seseorang pegawai baru yang diberi

tanggungjawab hendaklah sentiasa

bersedia untuk bertugas dalam apa jua

keadaan pun.

6. Seseorang pegawai perlu melihat segala

kerjayanya dari sudut yang positif.

Sekiranya ada kelemahan dalam

memikul tanggungjawab, perlulah ia

meningkatkan pengetahuan, ketabahan

dan berpandangan jauh supaya dapat

menghasilkan sumbangan yang

berkesan untuk kerjayanya.

7. Seseorang pegawai perlulah sentiasa

berusaha untuk melengkapkan diri

dengan pengetahuan dan berusaha

bersungguh-sungguh untuk menjadi

seorang yang profesional dalam

bidangnya.

8. Seseorang pegawai perlulah bersedia

menerima apa-apa arahan yang di luar

bidang tugasnya. Ini termasuklah

urusan-urusan rasmi di luar pejabat.

Beliau perlu sanggup berkorban untuk

organisasi dan negara.

TONGGAK DUA BELAS

9. Apabila seseorang ketua terlibat dalam

usaha-usaha untuk mewujudkan sesuatu

perubahan, selalunya is mendapat

tentangan daripada pegawainya. Kita

perlu mempunyai semangat untuk

mengatasi segala halangan yang

dihadapi.

KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Mudah tersinggung

� Kurang berdisiplin

� Mudah putus asa

� Tidak tekun

� Mudah mengalah

� Tidak bercita-cita tinggi

� Tidak bersemangat

� Tidak tahan kena marah

� Tidak ada inisiatif

� Tidak kreatif

� Suka bertangguh

� Disuruh buat, baru buat

Contoh:

1. Seseorang yang mudah tersinggung dan

bersikap negatif akan sukar membaiki

kelemahan dirinya. Ini akan

membuatnya malas, lembab, takut

menghadapi cabaran dan tidak tekun

dalam kerjanya. Dia akan ketinggalan

dalam semua bidang.

2. Membuat kerja sebarangan atau "asal

ada" adalah contoh pegawai dan

kakitangan yang kurang berdisiplin.

3. Tabiat "disuruh buat, baru buat" boleh

dihapuskan dengan menentukan

standard yang mesti dicapai oleh setiap

pekerja. Ketua organisasi hendaklah

memastikan perkara ini dilaksanakan.

4. Tabiat suka bertangguh boleh diatasi

dengan penyeliaan yang lebih rapi dan

kerap.

Page 6: Tonggak Dua Belas PDF Nota

5. Ketiadaan inisiatif di kalangan

kakitangan terjadi apabila ketua tidak

menghargai idea dan cadangan baru

serta curiga akan kualiti idea dan

cadangan tersebut.

6. Pegawai dan kakitangan yang terlalu

sensitif, apabila dimarah atau ditegur

kerana membuat kesilapan tidak dapat

melaksanakan tugas dengan sempurna

kerana gangguan mental.

7. Pegawai dan kakitangan yang tidak

kreatif akan melakukan kerja rutin

sahaja hari demi hari dan tahun demi

tahun. Ini bukan sahaja menjadikan dia

bosan dengan kerjanya sendiri, bahkan

orang lain pun akan menjadi bosan

dengan sikapnya.

8. Pegawai dan kakitangan yang mudah

berputus asa akan merugikan bukan

sahaja dirinya sendiri bahkan

organisasinya juga akan rugi kerana

kurangnya daya usaha, inisiatif, daya

kreatif serta inovatif.

9. Sikap "disuruh buat, baru buat" tidak

akan menghasilkan kecekapan serta

hasil kerja yang bermutu dan kreatif.

Sebaliknya keadaan begini akan

membazirkan masa pengurus kerana dia

terpaksa mengawasi setiap langkah yang

dibuat oleh pekerjanya.

3. KESERONOKAN BEKERJA (The Pleasure of Working)

Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban

yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada

membanting tulang ataupun memeras otak.

Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah

bagi kebanyakan manusia bekerja itu

merupakan perlakuan yang tiada hujungnya.

Namun begitu jika kita mengambil pendirian

yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu

sesuatu yang mendatangkan keseronokan.

Pertama, bekerja hendaklah dijadikan suatu

ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran.

TONGGAK DUA BELAS

Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan cabaran

yang memerlukan bukan saja daya usaha

malah pemikiran dan kreativiti anda. Ia

merupakan sumbangan yang hendaklah

dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat

dan negara. Dengan sendirinya kita akan

merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah

berjaya membangunkan negara. Ketiga, jika

kerja itu kita anggap domain kita atau

pengkhususan kita maka dengan sendirinya

kita menjadi pakar yang diiktiraf. "Work done

spontaneously and joyfully is never

oppressive," tegas Mahatma Gandhi.

AMALAN POSITIF

� Menganggap kerja sebagai ibadat

� Mempunyai inisiatif sendiri

� Menghasilkan sesuatu yang berfaedah

� Mempunyai komitmen terhadap kerja

� Sedia memberi kerjasama

Contoh:

1. Konsep kerja sebagai ibadat akan

menimbulkan dedikasi, ketekunan,

amanah, bertanggungjawab dan ikhlas.

2. Keseronokan bekerja lahir daripada

sikap positif terhadap tugas dan sesuatu

tugas itu dihasilkan daripada inisiatif

sendiri.

3. Kerja akan menyeronokkan jika

seseorang berasa bangga dengan hasil

kerjanya dan bersikap positif terhadap

cabaran baru.

4. Untuk menjadikan seseorang pekerja itu

seronok beliau hendaklah diberitahu

bahawa kerjanya itu penting dan

membantu organisasi itu; bahawa kerja

yang bermutu akan diberi pengiktirafan

dan bahawa sebarang kekurangan dari

segi kemahiran akan dibaiki dengan

latihan dari semasa ke semasa.

Page 7: Tonggak Dua Belas PDF Nota

5. Kerja tidak akan membosankan jikalau

pekerja itu mendapatkan ganjaran yang

setimpal dengan kerjanya. Kerja akan

menjadi menyeronokan sekiranya hasil

kerja diberi pengiktirafan, sama ada

dalam bentuk surat pujian, hadiah atau

pemberian cuti khas.

6. Daya kreatif dan adanya keinginan

mencuba idea atau cara baru akan

menimbulkan keseronokan bekerja.

Untuk memupuk daya kreatif seseorang

itu perlulah sentiasa didedah dengan

perkembangan baru dalam bidang

kerjanya.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Menganggap kerja sebagai beban

� Tidak komited

� Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua

� Tidak diberi masa yang mencukupi

� Kerja tidak diiktiraf

� Hanya menunggu arahan

� Tidak berdisiplin

� Tidak suka menolong

� Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar

� Tiada peluang untuk meningkat

� Tidak dipercayai dan selalu dicurigai

Contoh:

1. Seseorang yang menganggap kerja

sebagai beban tidak akan bersemangat

untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Ini

akan menimbulkan rasa jemu dan bosan.

2. Ada beberapa perkara yang

menyebabkan bekerja itu tidak

mendatangkan keseronokan.

Persekitaran yang tidak kemas, rakan

sejawatan yang tidak bekerjasama dan

ketua yang tidak mengharapi kerja

adalah di antara beberapa keadaan yang

tidak mendorong seseorang itu bekerja

dengan baik.

TONGGAK DUA BELAS

3. Tabiat "hanya menunggu arahan" adalah

contoh kurang disiplin dan tidak

bertanggungjawab. Inisiatif dan daya

kreatif boleh membuat seseorang

merasai keseronokan semasa bekerja.

4. Ketua yang selalu mencurigai

kepemimpinan dan kebolehan

pekerjanya akan menimbulkan rasa

terasing di kalangan pekerja. Ketua

seumpama ini tidak cekap dan tidak ada

daya kepemimpinan yang baik.

5. Hal-hal yang mengganggu kerja dan

mengakibatkan pekerja menjadi bosan,

marah dan tidak berminat ialah:

(i) Gangguan terhadap kerja yang

sedang berjalan dihentikan kerana

mengutamakan kerja-kerja berupa

ad hoc,

(ii) Ketua yang selalu mengubah-ubah

keputusan atau membuat perubahan-

perubahan dengan mendadak,dan

(iii)Pihak atasan yang mahukan hasil

kerja dengan segera yang

menyebabkan kerja itu menjadi tidak

sempurna.

6. Rasa terasing yang dirasai oleh pekerja

itu perlu dikikis kerana ia tidak

mendatangkan semangat kerjasama.

Rasa terasing akan menimbulkan sifat

rendah diri yang tidak sihat dari segi

pemupukan semangat berpasukan dan

motivasi untuk meningkatkan

produktiviti.

7. Pegawai dan kakitangan yang tidak suka

membantu biasanya akan diasingkan

oleh rakan-rakannya. Selain itu dia

sendiri tidak akan dibantu dalam tugas-

tugasnya walaupun dalam hal

peribadinya.

Page 8: Tonggak Dua Belas PDF Nota

8. Pegawai dan kakitangan yang selalu

merasai jemu terhadap kerja dan lesu

semasa membuat kerjanya adalah akibat

sikap negatif terhadap kerja. Kerja

dianggap tidak penting, diiktiraf dan

mendatangkan sebarang keuntungan.

Kelesuan wujud akibat kurangnya

kreativiti dalam kerja kerana kerja

dibuat secara rutin.

4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN (The Dignity of Simplicity)

Kesederhanaan adalah sikap yang inenolak

keterlaluan, sama ada keterlaluan dalam

menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan

dan sebagainya. Kesederhanaan menimbulkan

keadaan yang bersih, kemas, selesa dan

harmoni. Sesuatu yang keterlaluan,

umparnanya hiasan yang berlebihan tidak

menyenangkan mata memandang. Begitu juga

orang yang suka menggunakan perkataan-

perkataan yang bombastic tidak begitu

disenangi. Dalam tugas sehari-hari, sikap

sederhana dalam percakapan, mengeluarkan

arahan, bergaul, berpakaian yang sopan dan

lain-lain adalah sangat penting bagi

meningkatkan kecekapan sesuatu organisasi.

Perbuatan seperti melambatkan kerja, ponteng

kerja dan melanggar disiplin tidak boleh

dibiarkan kerana ini bukan dianggap

sederhana lagi.

"Only those who have the patience to do sim-

ple things perfectly ever acquire the skill to do

difficult things easily, " jelas Johann C.

Schiller

AMALAN POSITIF

� Jelas dan jitu dalam pemikiran,

penulisan dan percakapan

� Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan

� Tidak membazir dalam perbelanjaan

pejabat

TONGGAK DUA BELAS

� Bersifat pemaaf dalam pergaulan

� Boleh menerima teguran

� Berlaku adil dalam semua tindakan

� Menepati janji

� Sedia menerima cadangan dan nasihat

� Jujur dan ikhlas

� Merendah diri

� Bijaksana dalam membuat

pertimbangan

� Bermaruah dan berhemah tinggi

� Berjimat cermat

� Cermat dalam kata-kata

� Tidak memperagakan kemewahan

� Mesra dalam pergaulan

� Senang didampingi oleh semua pihak

Contoh:

1. Sesuatu kertas kerja yang dibuat

hendaklah mudah difaham, tidak

berbelit-belit, tidak terlalu tebal dan

tidak mengandungi terlalu banyak rajah

atau jadual yang tidak bersesuaian.

Cadangan dalam kertas itu hendaklah

mudah dilaksanakan.

2. Dari segi peribadi, orang yang

sederhana tidak meninggi diri, boleh

ditegur, sedia menerima kritikan, sedia

menerima cadangan yang membina,

merendah diri, jujur dan bijaksana.

3. Seseorang yang bersikap sederhana

sentiasa memilih jalan pertengahan

apabila berhadapan dengan dua keadaan

extreme. Misalnya membeli alat pejabat,

dia boleh berbelanja lebih untuk

mendapatkan alat terbaik atau kurang

berbelanja tetapi mungkin mendapatkan

alat yang tidak berguna langsung.

Kebijaksanaan berbelanja juga sifat

seorang yang sederhana.

4. Amalan sedia menerima cadangan

walaupun dari sesiapa, tanpa mengira

pangkat. Kadangkala cadangan daripada

orang bawahan yang terlibat dengan

masalah itu lebih baik daripada

pegawai-pegawai yang hanya tahu

mengurus.

Page 9: Tonggak Dua Belas PDF Nota

5. Sifat jujur adalah perilaku yang terpuji

dan hendaklah ada pada setiap pegawai

mahupun kakitangan. Pihak pegawai

secara jujur hendaklah memberitahu

kakitangannya secara berseorangan

tentang apa yang diharapkan dari

kerjanya, menegur kelemahannya dan

memberi cadangan untuk membaikinya.

6. Seseorang yang bersifat sederhana tidak

tamak menggunakan kemudahan

kerajaan untuk kepentingan diri dan

kedudukan. Misalnya, kalau dia tidak

layak menikmati sesuatu kemudahan,

dia tidak akan menipu atau mencari

jalan untuk mendapatkannya. Andainya

dia layak sekalipun dia tidak

menagihnya dengan tamak.

7. Komunikasi secara lisan ataupun tulisan

hendaklah senang difahami, tidak

menggunakan perkataan yang pelik dan

tidak biasa digunakan. Bahasanya

mestilah mudah difahami.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Menonjol-nonjolkan diri

� Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic

� Berkelakuan mengada-ngada

� Sombong dan meninggi diri

� Menyukarkan persoalan yang mudah

� Memperbesar-besarkan perkara kecil

� Kedekut atau berlebihan dalam

memenuhi keperluan organisasi

� Berlebih-lebihan mengampu ketua

� Memperagakan kemewahan dan

kedudukan

� Membazir dan merosakkan harta kerajaan

� Kerap menghias diri di pejabat �

Bersifat melampau dan keterlaluan

dalam semua hal.

TONGGAK DUA BELAS

Contoh:

1. Kesederhanaan tidak bererti sambil lewa

dalam penghasilan keria. Kalau ini

dilakukan, maka sikap demikian timbul

kerana kemalasan dan tanpa disiplin

serta tiada rasa tanggungjawab terhadap

kualiti pekerjaan.

2. Menggunakan alat tulis seperti pen atau

pensil untuk mendail telefon akan

merosakkan harta kerajaan.Sikap ini

tidak bertanggungjawab.

3. Berpura-pura dan berkelakuan berlebih-

lebihan adalah amalan yang tidak

sederhana. Misalnya, seorang pegawai

yang menonjol-nonjolkan diri jika ada

majlis khas yang dihadiri pembesar-

pembesar negara dan ia cuba

bercampur-gaul dengan mereka padahal,

hal yang demikian bukanlah kebiasaan

kelakuannya sehari-hari.

4. Ketua yang senang diampu adalah

contoh peribadi yang rendah dan kurang

disiplin dalam kepemimpinan. Ketua

yang tegas dan adil dapat mengurangkan

sifat suka mengampu ini.

5. Mempersukarkan persoalan yang mudah

dengan merujuk kepada semua

peraturan rasmi, walaupun tidak

bersesuaian dengan tujuan untuk

melengahkan keputusan. Perbuatan

melengahkan keputusan ini terjadi

kerana tidak cekap atau tidak

bertanggungjawab.

6. Merosakkan harta benda kerajaan atau

mendedahkannya sehingga

mengakibatkan kerosakan ialah amalan

yang tidak baik bahkan merugikan.

Merugikan harta kerajaan bererti secara

tidak langsung merugikan orang yang

membayar cukai pendapatan.

Page 10: Tonggak Dua Belas PDF Nota

7. Memperbesar-besarkan perkara kecil

ialah penipuan dan menunjukkan sifat

yang tidak jujur, lebih-lebih lagi jika

kesalahan kecil diperbesarkan supaya

orang yang bersalah itu akan dikenakan

denda atau hukuman yang lebih berat.

8. Setiap anggota perkhidmatan awam

hendaklah mengelakkan diri daripada

berpakaian tidak senonoh atau tidak

sopan di pejabat atau semasa

menghadiri majlis rasmi, misalnya

memakai jeans, slacks, seluar pendek,

selipar dan pakaian yang menjolok

mata.

5. KETINGGIAN PERIBADI (The Worth of Character)

Peribadi seseorang ialah "the total

personality" - wataknya, sikapnya, perilakunya

dan gaya dia membawa diri dalampergaulan

sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di

dalam organisasinya dan di dalam masyarakat

umum. Pengalaman hidup biasanya membina

watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk

membentuk satu peribadi yang baik. Sikap

yang positif dan terbuka membantu seseorang

meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih

tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab

dan sopan santun turut mewarnakan peribadi.

Selain itu gaya yang segak, kemas dan bersih

menambahkan lagi hiasan luaran peribadi.

Dari sifat dalaman pula seseorang itu perlu

tenang, bersikap belas kasihan tetapi tegas,

beramah mesra, kuat disiplin diri dan pemaaf

terhadap kesalahan orang lain. Ketinggian

peribadinya akan dilihat sebagai contoh

seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak

tinggi.

"Buruk laku itu menambah buruknya

amalan, sebagaimana cuka merosakkan

madu, " ujar Imam Abu Hamid Muhammad al-

Ghazali.

TONGGAK DUA BELAS

AMALAN POSITIF

� Teguh beriman dan bertakwa dalam

setiap tindakan

� Menyempurnakan tugas dengan amanah

� Bersifat ikhlas dalam menjalankan

tanggungjawab

� Berilmu dan berpengetahuan luas

� Mengutamakan keadilan dalam setiap

perbuatan

� Sedia berkorban

� Berlumba-lumba membuat kebajikan

� Kemas dalam pakaian, pemikiran dan

tindakan

� Bersifat penyayang

� Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran

� Bertimbang rasa tetapi tegas

� Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan

� Taat setia dan patuh kepada arahan �

Bersyukur dan menghargai kebaikan �

Bersih daripada sifat dengki

� Berani dan berpendirian teguh �

Bertanggungiawab dan sedia berbakti �

Jimat cermat dalam segala aspek �

Tertib dan baik budi bicara

� Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas

� Cekal menghadapi cabaran

� Bekerjasama dan saling hormat-

menghormati

Contoh:

1. Seseorang yang beriman dan

bertakwa dapat dilihat daripada

airmukanya yang jernih, bersih, manis

dan menyenangkan. Dia cenderong ke

arah kebaikan clan menggalakkannya

serta peka kepada kejahatan dan

mencegahnya.

2. Seseorang yang ikhlas tidak akan

merasai terjejas dengan teguran, kritik,

bangkangan dan pertentangan pendapat.

Dia juga tidak merasai megah dengan

pujian dan sanjungan. Teguran adalah

peringatan ke arah kesempurnaan

Page 11: Tonggak Dua Belas PDF Nota

peribadinya dan pujian adalah amaran

supaya dia mengawasi keikhlasannya.

3. Seseorang yang mencintai ilmu dan

selalu menyebarkan kebaikan, sentiasa

bijaksana dalam percakapan, tidak

berlebih-lebihan, tidak memuji diri dan

selalu memberi nasihat yang baik

dengan ikhlas. Orang yang berilmu

selalu menjaga lidahnya untuk

menuturkan perkara yang benar, baik,

mengajak kepada kebaikan, tidak

mencerca, berbohong dan sebagainya.

4. Ketua yang adil selalu mengiktiraf

kebaikan dan kelebihan orang lain

dengan memberi peluang untuk

meningkatkan kerjayanya. Seseorang

yang adil selalu bersedia mengakui

kesilapannya clan bersedia memaafkan

kesilapan orang lain.

5. Seseorang yang tegas dan berani tidak

teragak-agak mempertahankan

kebenaran, kebaikan dan keadilan

walaupun terpaksa menghadapi risiko

yang tinggi. Namun begitu dia

melakukannya secara sopan dan

bijaksana.

6. Seseorang yang sentiasa menjaga

maruah dirinya clan orang lain yang ia

berurusan akan sensitif terhadap orang

lain. Bila memuji dia ikhlas dengan

pujiannya dan apabila menegur atau

memarahi tidak di depan kakitangan

yang lain.

7. Seseorang pegawai yang bertimbang

rasa dan sentiasa sensitif terhadap

kebajikan orang di bawah jagaannya

akan melakukan sesuatu tanpa disuruh,

asal sahaja behau sedar bahawa sesuatu

itu perlu diambil tindakan.

8. Seseorang yang bersopan santun dan

memahami adab bila berhadapan

dengan orang yang lebih tua atau

berpangkat lebih tinggi daripadanya, dia

akan faham peranan dan kedudukannya

TONGGAK DUA BELAS

dan dengan itu tidak segan silu untuk

menunjukkan perasaan hormat melalui

tingkah laku yang sesuai.

9. Orang yang berilmu sentiasa berusaha

untuk melengkapkan diri dengan

pengetahuan untuk pembangunan diri

(self-development) dan juga bersedia

mempelajari teknik-teknik baru dalam

pekerjaannya.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Selalu berpura-pura dalam tindakan

� Bersikap sombong dan suka menunjuk-

nunjuk

� Sukar untuk membuat kebajikan

� Suka mengumpat dan memtitnah rakan

sejawat

� Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan

� Gopoh dalam bertindak

� Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan

� Mungkir janji

� Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain

� Pemarah dan tidak sabar

� Khianat dalam melaksanakan tugas

� Berdendam serta hasad dengki

� Bersungguh-sungguh mempertahankan

kelemahan dan keburukan diri

� Suka membangkang tanpa cadangan

untuk memperbaikinya

� Mementingkan diri sendiri

� Lembab dan malas berusaha

� Pengotor dan selekeh dalam

pembawaan

� Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah

� Tidak bertimbang rasa dan

mementingkan diri

� Suka membuat janji palsu

� Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan

� Percaya pada tahayul

� Memfitnah orang lain

� Suka mengintip salah silap orang

� Tidak ada pendirian tetap

� Tidak berdisiplin

Page 12: Tonggak Dua Belas PDF Nota

Contoh:

1. Pegawai yang perengus atau pemarah

melemparkan fail kerana kerja-kerja

yang diarah tidak memuaskan hatinya.

Dia sepatutnya menyatakan perkara-

perkara yang tidak memuaskan itu untuk

diperbaiki.

2. Menggunakan kebudukan, kuasa dan

kemudahan untuk memuaskan

keperluan peribadi, misalnya membaiki

atau membesar bilik pejabat mengikut

selera peribadi.

3. Menerima rasuah.

4. Mengumpat dan menghina orang lain di

khalayak ramai.

5. Kekejaman clan kezaliman boleh

berlaku bila seseorang terlalu fanatik

kepada sikap birokratik clan autokratik.

Misalnya, setiap keputusan mesti

mengikut peraturan rasmi walaupun

tidakbersesuaian atau semua keputusan

mesti dibuat oleh seseorang tertentu

walaupun hanya perkara rutin.

6. Percaya kepada perkara yang tahayul

akan merugikan bahkan ia membawa

kepada syirik. Kita akan kerugian masa

kerana sentiasa bergantung kepada

untung nasib, rugi harta benda kerana

berbelanja benda-benda yang tidak

perlu. Ini akan menyebabkan kerugian

dari segi keteguhan peribadi kerana

sentiasa dalam keadaan takut dan risau.

7. Mengintip kesilapan orang lain adalah

merupakan satu amalan yang buruk. Ini

bererti kita selalu was-was dan ianya

adalah dilarang dalam agama. la

memburukkan perhubungan sesama

manusia.

TONGGAK DUA BELAS

8. Seseorang yang berdegil clan tidak

mahu mengubah cara membuat sesuatu

tidak akan maju kerana dia sentiasa

berada pada tahap yang sama.

Meluaskan pandangan dan mencuba

sesuatu yang baru menunjukkan sikap

ingin maju.

9. Sentiasa tuduh menuduh tanpa mencari

punca sebenar.

10. Menjalankan urusan peribadi semasa

waktu pejabat seperti ke bank,

menghantar anak ke sekolah, bayar bil

utiliti dan sebagainya.

11. Antara amalan negatif yang

menunjukkan sikap tidak berdisiplin

ialah mengambil keputusan pada masa

yang tidak sesuai untuk kepentingan diri

sendiri. Oleh itu setiap pekerja tidak

boleh membincangkan hal-hal peribadi

pada waktu bermain di padang, di

majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi.

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI (The Power of Kindness)

Kita merasa senang dan selesa dengan orang

yang baik hati. Kita tidak merasa gentar, takut

atau resah apabila bersama-sama dengan dia.

Segala sifat yang disukai manusia dihayati

oleh orang yang baik hati, seperti sopan

santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa,

beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan

suka menolong. Mengapa kita sukakan sifat-

sifat sedemikian dan tidak yang sebaliknya?

Tentulah sifat-sifat baik itu sifat semulajadi

manusia, iaitu sifat fitrah. Oleh kerana

manusia telah menurut hawa nafsu dan bisikan

syaitan maka sifat-sifat yang buruk telah

menepikan sifat-sifat yang semula jadi dan

perangai manusia menjadi bercampur-aduk

dengan sifat-sifat baik dan buruk. Pengawalan

hawa nafsu amat penting dalam proses

pembersihan diri daripada sifat-sifat buruk dan

pengawalan ini hendaklah dilakukan melalui

pemikiran yang waras dan wajar.

Page 13: Tonggak Dua Belas PDF Nota

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, bermaksud:

"Tidak dihitung kaya orang yang banyak

harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa. "

AMALAN POSITIF

� Bersopan santun setiap masa

� Pemaaf dan berhemah tinggi

� Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain

� Ikhlas dan bertimbang rasa

� Pemurah dalam usaha kebaikan

� Mudah mesra dan bekerjasama

� Merendah diri

� Berbudi mulia

� Boleh menerima teguran

� Berlaku adil dalam semua tindakan

� Sedia menerima cadangan

Contoh:

1. Seseorang itu sentiasa senang hati bila

ada peluang membuat sumbangan. Dia

menghulurkan bantuan dan memberi

kerjasama walaupun tidak diminta.

2. Demi untuk meningkatkan

perkembangan diri pekerja, seseorang

pegawai hendaklah sentiasa bersedia

memaafkan kesilapan kakitangannya

kerana dia percaya bahawa

kakitangannya mesti diberi peluang

mencuba sesuatu yang baru walaupun

terdapat kesilapan.

3. Seseorang yang berbudi mulia berterima

kasih apabila menerima teguran dan dia

sentiasa berwaspada dalam tindak

tanduknya supaya orang yang berurusan

dengannya akan sentiasa bertimbang

rasa akibat dari keikhlasan dan

kebaikannya.

4. Seseorang yang ikhlas lebih

mementingkan penyelesaian masalah

daripada mencari siapa yang melakukan

kesalahan.

TONGGAK DUA BELAS

5. Sifat berhemah tinggi tidak

menunjukkan sifat pilih kasih. Semua

orang harus dilayan sama rata tidak kira

pangkat dan kedudukan. Beliau tidak

bertindak bersungguh-sungguh

membantu seseorang yang

berkedudukan tinggi, tetapi bertindak

semata-mata kerana menjalankan tugas.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Kasar dan kurang sopan

� Berdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan

� Bersikap tidak peduli terhadap teguran

dan nasihat

� Tidak bertimbang rasa

� Mementingkan diri sendiri

� Sombong, bongkak dan membesar-

besar diri

� Bermuka-muka

� Cepat menghukum tanpa siasatan

� Cepat menuduh tanpa siasatan �

Suka mencaci

� Suka menghina orang

� Tidak boleh menerima kritikan

� Cepat membuat kritikan

Contoh:

1. Sifat bermuka-muka melahirkan

perilaku suka mengampu, terlalu

menghormati orang berpangkat, tetapi

tidak hormat kepada orang orang

bawahan atau yang tidak mempunyai

kedudukan.

2. Suka mengkritik hasil kerja pegawai dan

kakitangan bawahan tanpa memberi

cadangan untuk memperbaiki dan

memberi tun juk ajar.

3. Sifat tidak bertimbang rasa dan cepat

menghukum melahirkan perilaku cepat

mengambil keputusan sebelum

memahami masalah dalam perspektif

sebenarnya. Misalnya, seorang juruwang

tidak dapat balance kira-kiranya kerana

Page 14: Tonggak Dua Belas PDF Nota

kekurangan sepuluh sen diambil

tindakan disiplin di atas kelalaiannya,

pada hal juruwang itu memang amanah

dan cekap bekerja tetapi kerana sebab-

sebab tertentu kesilapan itu berlaku di

luar pengetahuan atau kuasanya.

4. Seseorang yang ditegur dengan baik

kerana kesilapannya, menyimpan

perasaan dendam terhadap si penegur

tadi.

5. Sifat suka mencaci perilaku orang lain

dan menuduh yang bukanbukan di

depan khalayak.

7. PENGARUH TELADAN (The Influence of Examples)

Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat

itu dipimpin oleh seorang pemimpin atau

sekumpulan pemimpin, maka segala gerak laku

pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak

tamadun yang membangun disebabkan

pemimpin-pemimpin yang kuat, berani dan

bijaksana. Sebaliknya keruntuhan tamadun

disebabkan kelemahan, kebodohan dan

kelalaian pemimpin-pemimpin.Pengaruh

teladan yang positif boleh mendatangkan hasil

atau keuntungan yang baik dan banyak, begitu

juga yang negatif boleh membawa padah yang

buruk. Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang

bermaksud : "Sebaik-baik kamu ialah orang

yang paling berfaedah kepada orang lain. "

Di sini nyatalah bahawa orang yang paling

baik itu akan mempengaruhi orang lain sama

ada dari segi kepemimpinan, tunjuk-ajar,

akhlak, tutur kata atau tingkah lakunya yang

mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

Seterusnya baginda bersabda: "Siapa yang

memberi contoh kebaikan, maka is mendapat

pahala dan pahala orang-orang yang meniru

perbuatannya hingga hari kiamat; dan Siapa

yang memberi contoh kejahatan maka is

mendapat dosa dan dosa orang-orang yang

meniru perbuatannya hingga hari kiamat. "

TONGGAK DUA BELAS

AMALAN POSITIF

� Sentiasa berkelakuan baik

� Tidak tamak kepada harta dan kedudukan

� Bermoral dan berakhlak tinggi �

Tertib dan beradab sepanjang masa �

Rajin dan kuat bekerja

� Amanah dan bertanggungjawab �

Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha �

Mengutamakan masyarakat lebih

daripada diri sendiri

� Berpandanganjauh

� Berdisiplin dalam semua tindakan

� Sanggup berkorban setiap ketika

� Bekerjasama untuk kebaikan

� Sederhana dalam tindakan dan tutur

kata

� Berani mempertahankan kebaikan dan

kebenaran

� Berbudi mulia serta merendah diri

� Gemar dan cintakan ilmu yang

bermanfaat

� Bersih hati dan fikiran

Contoh:

1. Pemimpin yang berbudi mulia sangat

mudah ditaati, dihormati, disegani dan

bukan ditakuti. Dari cara ia

berkomunikasi, seorang dapat membuat

tanggapan tentang peribadinya.

2. Pemimpin yang boleh dicontohi ialah

pemimpin yang luas pembacaannya.

Pembacaan yang sempit dan sikap malas

membaca walaupun kertas-kertas kerja

yang perlu dibentangkan dalam satu-

satu majlis adalah perbuatan yang

memalukan.

3. Perangai tamak seseorang itu tidak

semestinya berkaitan dengan harta

benda sahaja tetapi digambarkan secara

keseluruhannya dari segi perilakunya.

Misalnya, seseorang yang berilmu tidak

akan tamak dengan ilmunya. Ilmu

adalah untuk dimanfaatkan bersama,

bukannya disembunyikan.

Page 15: Tonggak Dua Belas PDF Nota

4. Ketua yang tegas tetapi adil lebih

senang meningkatkan produktiviti dan

kualiti organisasi serta lebih mudah

dicontohi.

5. Sifat merendah diri memerlukan

kekuatan peribadi dan kebijaksanaan.

Ketua yang mempunyai sifat ini

dihormati pekerja dan lebih mudah

mengawal organisasi.

6. Seseorang yang mengutamakan

masyarakat, tidak mengharapkan apa-

apa ganjaran kerana padanya

sumbangan yang baik daripadanya

sudah cukup sebagai ganjaran.

Mementingkan diri sendiri sebenarnya

menyempitkan peluang dan rezeki

kerana peluang dan rezeki yang luas

datangnya daripada pergaulan kita

dengan masyarakat.

7. Tertib dan beradab mencerminkan

seseorang yang penuh disiplin dalam

urusan hidupnya, tahu berinteraksi

sesama manusia, tahu membawa diri

dalam semua situasi dan persekitaran

serta tahu peraturan-peraturan dan etiket

sosiobudaya bangsanya.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Buruk perangai dan tingkahlaku

� Jahil dan tidak suka membaca

� Hasad dengki dan buruk sangka

� Mempersendakan agama

� Kedekut dan bakhil

� Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab

� Suka mengumpat dan mengadudomba

� Terlalu sensitif dan cepat marah �

Tidak kenal budaya sendiri

� Hipokrit serta berpura-pura

� Tidak berpandangan jauh

TONGGAK DUA BELAS

Contoh:

1. Sifat tidak bermoral seperti ketawa

berdekah-dekah bila mendengar jenaka

lucah atau menceritakan jenaka lucah

dalam mesyuarat, majlis rasmi dan

sebagainya. lni juga menimbulkan

perilaku suka mencarut.

2. Orang yang bermuka-muka atau hipokrit

kelihatan bersungguhsungguh untuk

membaiki tingkah laku orang lain yang

dianggap tidak betul tanpa menyedari

dia sendiri membuatnya. Misalnya, dia

menyuruh orang berjimat cermat

sedangkan dia sendiri boros, atau

menyuruh orang lain bekerjasama dan

hormat-menghormati pada hal dia

sendiri suka menghina orang lain.

3. Orang yang jahil gemar memberi komen

atau pandangan terhadap sesuatu

perkara yang dia tidak mengetahui

tentangnya.

4. Sifat mempersendakan agama

menimbulkan perilaku yang

memandang rendah akan hukum-hukum

dan peraturan agama. Misalnya, endah

tidak endah bila diberi salam dan

apabila bersalaman genggamannya

longgar dan tidak bertentangan mata.

5. Sifat tidak mengenali budaya sendiri,

misalnya meletakkan kaki di atas meja,

bercakap takbur clan bermegah di atas

pencapaian diri sendiri.

6. Sifat buruk sangka, hasad dengki dan

tamak adalah merbahaya dalam

organisasi. Perangai ini akan

menimbulkan banyak konflik dan

mewujudkan suasana curiga-mencurigai.

Page 16: Tonggak Dua Belas PDF Nota

7. Ketidakupayaan seseorang ketua

berkomunikasi secara berkesan

menyebabkan pegawainya salah faham

tentang tugas-tugas yang perlu

dilaksanakan atau maklumat-maklumat

yang hendak disebarkan.

8. Tingkah-laku yang buruk ialah seperti

berebut-rebut untuk mengambil

makanan, mengisi pinggan sepenuh-

penuhnya, bercakap semasa makan,

mencungkil gigi di hadapan orang lain

dan membuang hingus atau kahak.

8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS (The Obligation of Duty)

Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan

bagi seseorang yang hidup bermasyarakat.

Tugas tiap seseorang itu akan terkumpul

menjadi hasil yang besar kepada sesuatu

masyarakat yang akan menentukan untung-

rugi produktiviti mereka. Tugas mesti

dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan

dan sempurna. Sebarang proses yang tidak

menepati empat kriteria tadi maka hasilnya

akan menjadi cela, rosak lambat, tidak

berguna, membazir dan seterusnya

mendatangkan kerugian dari segi wang,

tenaga manusia, masa dan peralatan. Oleh

yang demikian, sesuatu tugas itu memerlukan

pengurusan yang baik supaya tugas dapat

dikendalikan secara berkesan agar mencapai

matlamat. Peribahasa Cina telah menegaskan:

"Thinking well is wise, planning,well is wiser,

doing well is the wisest and best of all. "

AMALAN POSITIF

� Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan

� Tekun dan sabar menjalankan tugas

� Selalu mempunyai inisiatif sendiri

� Boleh diharap untuk menyempurnakan

tugas

� Mementingkan kualiti

� Cergas dan pantas bekerja

TONGGAK DUA BELAS

� Cermat dan berdisiplin dalam segala

perkara

� Accountable

� Sentiasa belajar dari kesalahan

� Bersikap profesional dan cekap

Contoh:

1. Sifat bistari akan membolehkan seorang

itu berfikir semasa menjalankan

tugasnya dan dapat membuat unjuran

mengenai masalahmasalah yang akan

timbul serta sentiasa bersedia untuk

menyelesaikannya dengan baik di

samping mengambil langkah-langkah

pencegahan.

2. Untuk menjalankan sesuatu tugas

dengan berkesan, kita perlu memahami

visi dan misi organisasi dengan jelas.

3. Apabila seseorang mengambil alih

sesuatu tugas baru, jangan tergesa-gesa

memperkenalkan perubahan tanpa

mengetahui latar belakang organisasi

yang dipimpin secara terperinci.

4. Mendengar dengan aktif akan

membolehkan seseorang individu

menjalankan tugasnya dengan teliti, oleh

kerana tiap-tiap langkah yang terlibat

telah diberi perhatian dengan terperinci.

5. Jika hasil kerja yang memuaskan diberi

pengiktirafan, maka tugas yang

dijalankan akan menimbulkan

kegembiraan.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Mudah menyeleweng daripada

tanggungjawab

� Tidak boleh diharap

� Suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas

� Tidak taat kepada arahan

� Tidak bertangguh-sungguh

� Suka bertangguh

Page 17: Tonggak Dua Belas PDF Nota

� Mengelak daripada tanggungjawab

� Tidak peka kepada kualiti

� Menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri

� Bekerja sambil lewa

� Tidak cermat dengan harta kerajaan

� Sentiasa membuat kesilapan kerja �

Tidak ikut peraturan

� Mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar

� Tidak suka membantu rakan sejawat

� Berniaga di waktu pejabat

Contoh:

1. Tidak peka kepada kualiti akan

menimbulkan sikap "asal ada" atau "asal

menjalankan tugas" seperti tidak

meneliti sesuatu tugas dengan

mendalam sebelum dilaksanakan.

2. Sifat "tidak boleh diharap" melahirkan

perilaku yang tidak mempunyai sense of

urgency dalam melaksanakan tugas.

Misalnya, apabila diberi tempoh selama

sepuluh hari untuk menyiapkan sesuatu

tugas tetapi selepas dua minggu masih

belum disiapkan, jikalau disiapkan pun

hasil kerja kurang memuaskan.

3. Sifat menyeleweng melahirkan

ketegangan peribadi semasa

menjalankan tugas dan kadang kala

terbawa-bawa dalam membuat

keputusan. Misalnya, seorang ketua unit

meminta sesuatu, tetapi oleh kerana dia

tidak disukai oleh pihak atasan, maka

segala keperluan unitnya tidak

diberikan.

4. Apabila sesuatu tugas menghasilkan

kejayaan, kejayaan itu dianggap hasil

dari usahanya sendiri tetapi sekiranya

timbul sesuatu masalah, ia akan cuba

menyalahkan orang lain. Sifat ini

mencerminkan sifat yang tidak

accountable.

TONGGAK DUA BELAS

5. Ketaatan perlu dilihat dalam konteks

yang lebih meluas. Mencurigai ketaatan

seseorang itu terhadap seorang ketua

akan menyebabkan hilangnya dorongan

untuk bekerja.

9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT (The Wisdom of Economy)

Menurut peribahasa Cina: "He who will not

economise, Will have to agonise. "

Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpak-

salah hidup melarat. Berhemat ialah satu sifat

yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan

sahaja berhemat dari segi wang bahkan

perkara-perkara lain seperti masa, bahan,

kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Orang

yang berhemat sebenarnya menghargai

perkara atau benda-benda yang dicermatkan

itu. Ini kerana tabiat tidak berhemat lambat-

laun akan mendatangkan kerugian semata-

mata. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan

sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang itu

bertanggungjawab terhadap bahan-bahan

yang digunakannya. Ia juga seharusnya tahu

menggunakan bahan dengan cermat, teliti dan

tahu menjaga bahan-bahan atau peralatan

agar tahan lama. Sekiranya bahan dan alat

dapat digunakan dalam jangka waktu yang

lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang

lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan

lain.

AMALAN POSITIF

� Berhati-hati bila berbelanja

� Accountable

� Tidak membazir harta kerajaan �

Tahu membezakan antara keperluan

dengan kemewahan

� Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik

� Bertanggungjawab di atas perbelanjaan

yang dilakukan

� Mengadakan sistem kewangan yang

berkesan

� Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

Page 18: Tonggak Dua Belas PDF Nota

Contoh:

1. Keperluan organisasi adalah untuk

faedah seluruh anggota organisasi bagi

mencapai matlamatnya. Tetapi

kemewahan bersifat individu, biasanya

menurut kemahuan ketua. Dua perkara

ini mesti dibezakan dalam pengurusan.

2. Sifat berhati-hati bila berbelanja

diperlihatkan dengan mengutamakan

perbelanjaan untuk keperluan organisasi

daripada perbelanjaan untuk tujuan

bermewah-mewah. Contohnya,

pembelian kerusi dan meja baru untuk

kakitangan lebih diutamakan daripada

menukar kerusi dan meja ketua.

3. Keadaan pejabat yang kotor dan tidak

terurus mencerminkan tiadanya daya

usaha menyelenggarakan harta kerajaan

dengan baik.

4. Sifat accountable dapat dilihat misalnya

dalam perilaku organisasi yang

menentukan jumlah perbelanjaan yang

tepat. Contoh sifat tidak accountable

ialah seperti mengemukakan

permohonan perbelanjaan yang

berlebihan dari yang diperlukan, dengan

harapan jumlah yang sebenar akan

diperolehi.

5. Kesedaran kepada prinsip "hasil"

kerajaan datang daripada rakyat

membuat sesebuah organisasi

mengutamakan kepentingan rakyat.

Misalnya, Pejabat Daerah akan berusaha

bersungguh-sungguh untuk

memudahkan rakyat membayar cukai

dan mendapatkan perkhidmatan yang

segera.

6. Orang yang cermat dan berhemat

dengan harta sendiri atau harta kerajaan

mempunyai sifat yang terpuji. Sifat ini

akan menjamin harta benda itu tahan

lama dan dipelihara dengan baik supaya

tidak rosak. Kerosakan bererti

mengakibatkan pembaziran wang.

TONGGAK DUA BELAS

7. Seseorang yang bersifat accountable

mempunyai jiwa yang luhur dan

berdisiplin kerana conscience sentiasa

memberi panduan agar jujur kepada

dirinya, kepada ketuanya, kepada negara

dan akhir sekah kepada Tuhan yang

Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

8. Teladan yang baik ialah pemimpin yang

tahu membezakan antara keperluan

organisasi dan kemewahan.

9. Penjawat awam perlu berhati-hati dalam

perbelanjaan. Sifat berhati-hati ini perlu

diamalkan di semua peringkat daripada

perancangan hinggalah ke peringkat

pelaksanaan dan seterusnya dalam

penjagaan, penyelenggaraan, baik pulih

dan penjualannya.

10. Seseorang penjawat awam yang

mengendalikan kewangan kerajaan perlu

mengadakan sistem kewangan yang

berkesan dan dari semasa ke semasa

mengikuti kursus-kursus yang dapat

meningkatkan pengetahuan dan

kecekapan dalam pengendalian

kewangan. Wang kerajaan adalah wang

rakyat yang perlu diurus dengan amanah

dan cekap.

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Boros dan suka membazir

� Memperaga kehebatan dan kemewahan

� Suka bermewah dengan harta kerajaan

� Tidak cermat dengan harta kerajaan

� Suka berbelanja besar tidak kena pada

tempatnya

� Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam

Page 19: Tonggak Dua Belas PDF Nota

Contoh:

1. Tidak memadam lampu, menutup

pendingin udara dan menutup paip air

apabila telah digunakan.

2. Sifat boros boleh dilihat misalnya

apabila menyediakan makanan yang

terlalu banyak di dalam majlis-majlis

rasmi, membazirkan masa dalam

perbualan telefon dan menggunakan

telefon di pejabat untuk kegunaan

persendirian.

3. Pembelian alat-alat kelengkapan yang

canggih dan mahal tetapi tidak

digunakan sepenuhnya.

4. Tidak menyediakan alat kelengkapan

dan keperluan kepada mereka yang

benar-benar memerlukan.

5. Memperagakan kemewahan, misalnya

menggunakan wang yang berlebihan

untuk menghiasi bilik-bilik pejabat.

6. Membiarkan pemandu menggunakan

kenderaan di bawah jagaannya untuk

kegunaan persendirian serta

membiarkan harta kerajaan tanpa jagaan

yang rapi.

7. Sifat bakhil terhadap keperluan

organisasi menimbulkan sikap tidak

peduli kepada masalah yang perlu

diselesaikan, tetapi mengutamakan hal-

hal lain yang tidak penting. Misalnya,

membeli peti TV untuk kegunaan

peribadi ketua sedangkan seorang kerani

memerlukan kerusi baru kerana yang

ada sudah rosak dan perlu diganti.

8. Menggunakan telefon di pejabat untuk

kepentingan peribadi.

9. Mencetak borang atau dokumen-

dokumen melebihi keperluan, akan

mengakibatkan pembaziran wang

kerajaan.

TONGGAK DUA BELAS

10. Mencari jalan mudah untuk kaya dengan

mengamalkan rasuah, pilih kasih dan

sebagainya.

10. KEUTAMAAN KESABARAN (The Virtue of Patience)

Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua

agama dan diakui kebaikannya oleh para

ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar

menerima segala cabaran dengan tenang,

memikirkannya dengan teratur dan jika timbul

masalah ia tidak berputus asa. Semangat

ketabahan yang ada pada seorang yang sabar

itu menunjukkan kewibawaannya dalam

menjalankan tugas, keberaniannya

menghadapi dugaan dan kepercayaannya

terhadap matlamat yang harus dicapai. Ia

sebenarnya mempunyai wawasan yang jelas

dan hanya mengatur langkah-langkah yang

sesuai untuk mencapai wawasan itu. Kelakuan

gopoh-gapah tidak membawa apa-apa

keuntungan, malah akan mengusutkan keadaan

hingga segala keadaan menjadi kucar-kacir

dan rumit.Rasulullah(s.a.w.)bersabda

bermaksud: "Sabar itu salah satu daripada

cabang iman seperti kepala sebahagian

daripada tubuh badan. " Begitu penting dan

utamanya kesabaran itu jelas digambarkan

sebagai kepala sesuatu badan.

AMALAN POSITIF

� Tenang menghadapi masalah rumit

� Mempunyai perhitungan jauh �

Tahan menerima cabaran

� Tidak putus asa

� Pemaaf dan berhemah tinggi

� Cermat dalam tutur kata

Page 20: Tonggak Dua Belas PDF Nota

Contoh:

1. Sifat tenang, berani dan mempunyai

perhitungan jauh melahirkan ketelitian

dan cermat dalam membuat keputusan

yang bijaksana. Kalau sifat-sifat ini tidak

ada atau kurang diperhatikan, akan

timbul perilaku yang gopoh-gapah, lekas

panik, penakut dan was-was.

2. Bertimbang rasa dapat menghalang sifat

gopoh. Misalnya, jika sesuatu kerja

terlalu hendak dipercepat, semata-mata

untuk memuaskan kemahuan sendiri

akan menimbulkan ketegangan dan

menyebabkan kerja tidak sempurna. Ini

akan membawa salah faham dan

permusuhan.

3. Seseorang pegawai yang mempunyai

sifat kesabaran, ketabahan dan kerajinan

di dalam kerjayanya akan diberi

pengiktirafan seperti Anugerah Khidmat

Cemerlang. Pegawai mithali seperti ini

boleh dicontohi serta dinaikkan pangkat.

4. Kesilapan dan kesalahan dalam

membuat pertimbangan boleh dielakkan

sekiranya setiap masalah disiasat,

dianalisis serta diberi pertimbangan

yang wajar sebelum sesuatu ketetapan

atau keputusan dibuat.

5. Keutamaan sesebuah organisasi

ditentukan oleh ketuanya. Walaupun

begitu seseorang pekerja yang sabar

tidak bersungut bila keutamaan

organisasi berubah, malah terus

berusaha melaksanakannya.

6. Salah satu sifat terpuji ialah mendengar

dengan sabar sesuatu ucapan bila berada

dalam sebarang majlis dan tidak

meninggalkan majlis sebelum tamat.

TONGGAK DUA BELAS

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Selalu mengubah pendirian dan

keputusan

� Tidak sanggup berkorban

� Takutkan cabaran

� Lekas mengalah

� Berpandangan sempit

� Tidak tahan menghadapi kesusahan

� Tidak bertanggungjawab

Contoh:

l. Sifat pemarah melahirkan perilaku cepat

mencari kesalahan dan memaki hamun

orang lain, walaupun perkara yang

dimarahkan itu kecil sahaja.

2. Mencari jalan keluar untuk mengatasi

masalah seperti mengambil dadah,

minum arak dan berjudi akan

mendatangkan kemudaratan.

3. Tanpa sifat sabar, seseorang akan rasa

sukar dan lemah semangat bila

menerima cabaran besardalam

menjalankan tugas. Sifat lekas mengalah

menghalang peningkatan produktiviti

dan kualiti.

4. Memotong baris ketika beratur di kantin

atau dewan makan.

5. Suka menonjol diri di khalayak ramai.

Misalnya, terlalu banyak bercakap

dalam mesyuarat.

6. Cepat membuat kesimpulan tanpa usul

periksa apabila sesuatu ekspektasi tidak

tercapai.

7. Bekerja bersungguh-sungguh untuk

mendapatkan pujian dan anugerah

adalah contoh perbuatan yang tidak

ikhlas.

Page 33

Page 21: Tonggak Dua Belas PDF Nota

11. PENINGKATAN BAKAT (The Improvement of Talent)

Semua manusia mempunyai bakat. Cuma lebih

atau sedikitnya berbeza di antara satu sama

lain. Walau bagaimanapun, bakat dalam apa

bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Mengapa

bakat perlu ditingkatkan? Bakat ialah sifat

yang mendorong ke arah penciptaan, inovasi

dan penyelesaian masalah yang rumit. Hal

yang demikian penting bagi kita kerana

persekitaran yang ada sentiasa berubah.

Perubahan membawa kepada peningkatan

hidup yang lebih selesa. Oleh itu sebarang

bakat baik dari segi pentadbiran, sains dan

teknologi, kesenian dan yang lainnya memang

memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

Pemupukan bakat bukanlah secara paksaan

tetapi dengan gaya yang tersendiri mengikut

masa dan keadaan. Rabindranath Tagore per-

nah menegaskan: "Not hammer strokes, but

dance of the water sings the pebbles into

perfection. "

AMALAN POSITIF

� Memberi dorongan terhadap kreativiti

� Memberi pengiktirafan kepada usaha-

usaha original

� Memberi galakan kepada pemikiran baru

� Berani mencuba idea-idea baru

� Mengenal bakat-bakat yang ada

� Memupuk bakat-bakat yang ada

� Menggalakkan penyertaan dalam

aktiviti kreatif

� Menggalakkan percambahan fikiran �

Menyediakan persekitaran dan suasana

yang dapat melahirkan idea-idea kreatif

TONGGAK DUA BELAS

Contoh:

1. Apabila wujud pengiktirafan kepada

usaha-usaha original, maka seseorang

yang mengemukakan idea-idea itu akan

merasa bangga jika ia dilaksanakan,

tetapi tidak diremehkan jika tidak sesuai.

2. Apabila seseorang kakitangan yang

mempunyai idea-idea baru memberitahu

atau menyampaikan kepada ketuanya,

maka idea itu tidak dibiarkan begitu

sahaja, tetapi dibincang dan diambil

perhatian.

3. Semua kakitangan dianggap berbakat

dan digalakkan untuk mengetengahkan

bakat masing-masing dalam sebarang

bidang.

4. Menggalakkan penubuhan kelab-kelab

yang bersifat kreatif, misalnya kelab

seni dan budaya, kelab fotografi dan

kelab lukisan.

5. Memberi hadiah kepada kakitangan

yang telah melahirkan idea-idea kreatif

yang dilaksanakan oleh organisasi.

6. Memberi penghargaan dimajlis

perhimpunan kepada kakitangan yang

telah menunjukkan bakat serta prestasi

yang baik di dalam sesuatu bidang.

7. Memberi peluang kepada anggota

organisasi menikmati kesenian yang

berkualiti seperti persembahan simfoni

dan gamelan. Di samping itu, jabatan

hendaklah mengadakan pertunjukan

pentasnya sendiri.

Page 22: Tonggak Dua Belas PDF Nota

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Menyekat pemikiran baru

� Tidak menggalakkan percubaan

� Takut mencuba sesuatu yang baru

� Tidak menghargai bakat yang ada

� Memperkecilkan usaha-usaha original

� Mengekalkan suasana yang tidak

menggalakkan kreativiti

� Berpuashati dengan tahap bakat yang

ada

Contoh:

I . Sesuatu idea yang baik akan terbiar

begitu sahaIa apabila terdapat sikap

takut unluk mencuba.

2. Anggota organisasi diminta oleh

pengurusan untuk memberi idea.

cadangan atau fikiran tetapi kesemua

usaha itu tidak diberi perhatian. Amalan

begini boleh menyekatkan daya kreatif

anggota organisasi dan hilang

kepercayaan kepada pengurusan.

3. Takutkan perubahan akan menghalang

lahirnya idea-idea baru dalam

organisasi.

4. Perasaan dengki akan menghalang

kreativiti dan pemikiran baru.

5. Anggota organisasi yang berbakat akan

hilang minat dan daya usahanya jika

bakat mereka tidak dihargai.

TONGGAK DUA BELAS

12. NIKMAT MENCIPTA (The Joy of Originating)

Kepuasan ialah tujuan dan puncak segala

usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara

dan mendalam ialah nikmat yang terhasil

daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi

jika perkara atau bahan yang dicipta itu

mendatangkan faedah kepada masyarakat dan

negara. Penciptaan aliranaliran seni

membawa kepuasan sama ada dari segi

keharmonian bentuk, warna dan bunyi yang

memuaskan pancaindera. Kepuasan mencipta

peralatan baru atau teknik baru akan

menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni

rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa

bangga kerana is memanfaatkan orang ramai.

Apatah lagi jikalau bahan ciptaan itu

dihasilkan secara baik dan indah, bukan

sahaja elok dipakai bahkan indah dipandang.

Inilah manusia yang sebenarnya seorang

seniman. Sir Wilfred Grenfell ada mengatakan:

"Real joy comes not from ease or riches or

from the praise of men, but from doing

something worthwhile. "

AMALAN POSITIF

� Merasa puas kerana sesuatu idea atau

cadangan dapat dilaksanakan dan

dimanfaatkan

� Sentiasa berada dalam cabaran intelektual

� Sentiasa mencari idea dan kaedah baru

dalam menyelesaikan masalah

� Over-zealous dengan pekerjaan

� Gembira melihat wujudnya idea dan

kaedah baru dalam pentadbiran

� Senang 'bermain' dengan idea dan

berani mencuba

Page 23: Tonggak Dua Belas PDF Nota

Contoh:

l. Idea mewujudkan pungutan hasil

setempat di pejabat pos pada mulanya

diragui dan ditentang kerana ianya

berbeza daripada cara yang biasa.

Apabila dilaksanakan cara ini didapati

sangat baik, memudahkan orang ramai

membuat bayaran dan pungutan hasil.

2. Konsep lanskap pejabat pada mulanya

tidak menyakinkan, tetapi setelah

dilaksanakan bersungguh-sungguh dan

mengikut perancangan, hasilnya akan

dapat menggembirakan semua orang.

3. Idea memainkan piped music di pejabat-

pejabat pada mulanya dianggap

canggung dan mengganggu, tetapi bila

dilaksanakan dengan betul boleh

menghilangkan rasa jemu bekerja atau

jemu menunggu dan menimbulkan

suasana gembira.

4. Alam sekitar disesuaikan untuk

mewujudkan ciptaan baru misalnya,

Jambatan Temerloh menggunakan satu

tiang besar sahaja untuk mengelak

daripada dirempuh kayu-kayu balak

semasa banjir. Jambatan lama yang

mempunyai banyak tiang telah runtuh

semasa banjir kerana sampah sarap

terkumpul di situ.

5. Mengatasi masalah pentadbiran dengan

formula tertentu ataupun mengeluarkan

pekeliling khusus contohnya, Pekeliling-

pekeliling Kemajuan Pentadbiran

Awam.

TONGGAK DUA BELAS

AMALAN NEGATIF DAN DILARANG

� Berpuas hati dengan kedudukan yang

sedia ada

� Takut menemui kegagalan

� Memandang remeh usaha orang lain

� Pemikiran tidak dinamik

� Mempertahankan status quo secara membuta tuli

� Tidak suka pembaharuan

� Tidak sabar dalam penciptaan baru

Contoh:

1. Suatu masa dahulu ada percubaan untuk

menembak awan yang membawa hujan

bagi mengelak banjir, tetapi usaha ini

bertentangan dengan kehendak alam dan

akibatnya boleh menimbulkan kemarau.

Ini merupakan pemikiran yang tidak

rasional.

2. Sifat memandang remeh usaha orang

lain timbul kerana perasaan hasad

dengki dan rendah budi pekerti.

3. Jika tidak sabar mencuba setiap perkara

baru, tidak akan lahir kejayaan daripada

pemikiran baru.

4. Sifat takut menemui kegagalan akan

melemahkan organisasi, menghalang

peningkatan produktiviti dan kualiti.

5. Contoh pemikiran tidak dinamik ialah

suka mengetepikan cadangan atau

pemikiran baru sebelum diteliti dengan

sebaik-baiknya.

Page 24: Tonggak Dua Belas PDF Nota

SUMBER PETIKAN 1. Menghargai Masa (The Value of Time)

La Bruyere dipetik daripada The

Reader's Digest Great Encyclopedic

Dictionary. N. Y.: The Reader's Digest

Association, Inc., 1975.

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

(The Success of Perseverance)

Forbes Epigrams dipetik daripada The

Reader's Digest Great Encyclopedic

Dictionary. N.Y..: The Reader's Digest

Association, Inc., 1975.

3. Keseronokan Bekerja

(The Pleasure of Working)

Mahatma Gandhi dipetik daripada Kata-

kata Bestari Kepimpinan. K.L.:

Arkib Negara Malaysia, 1984.

4. Kemuliaan Kesederhanaan

(The Dignity of Simplicity)

Johann C. Schiller dipetik daripada The

Reader's Digest Great Encyclopedic

Dictionary. N.Y.: The Reader's Digest

Association, Inc., 1975.

5. Ketinggian Peribadi

(The Worth of Character)

Imam Ghazali dipetik daripada Kata-

kata Bestari Kepimpinan. K.L.:

Arkib Negara Malaysia, 1984.

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

(The Power of Kindness)

Hadith dipetik daripada Kata-kata

Bestari Kepimpinan. K.L.:

Arkib Negara Malaysia, 1984.

TONGGAK DUA BELAS

7. Pengaruh Teladan

(The Influence of Examples)

Hadith dipetik daripada Kata-kata

Bestari Kepimpinan. K.L.:

Arkib Negara Malaysia, 1984.

8. Kepimpinan Menjalankan Tugas

(The Obligation of Duty)

Peribahasa Cina dipetik daripada R. G. H.

Siu, The Master Manager. N.Y: New

American Library, 1982.

9. Kebijaksanaan Berhemat

(The Wisdom of Economy)

Peribahasa Cina dipetik daripada R.G.H.

Siu, The Master Manager. N.Y:

New American Library, 1982.

10. Keutamaan Kesabaran

(The Virtue of Patience)

Hadith dipetik daripada Kata-kata

Bestari Kepimpinan. K.L.:

Arkib Negara Malaysia, 1984.

11. Peningkatan Bakat

(The Improvement of Talent)

Rabindranath Tagore dipetik daripada

The International Thesaurus of

Quotations. N.Y.: Thomas Y. Crowell

Co., 1973.

12. Nikmat Mencipta

(The Joy of Originating)

Sir Wilfred Grenfell dipetik daripada The

Reader's Digest Great Encyclopedic

Dictionary. N.Y.: The Reader's Digest

Association, Inc., 1975.