tokoh sejarah-onn jaafar

Upload: zainasir

Post on 14-Apr-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    1/19

    Penghargaan

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa terhutang budi kepada

    mata pelajaran sejarah saya, Puan Shuhana yang telah banyakmembantu memberi penerangan dan memberi tunjuk ajar dalammelaksanakan projek ini dan juga Puan Guru Besar, Puan HajahNorsham kerana memberi saya menyiapkan projek ini di luar waktupersekolahan.

    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulankecil saya iaitu Sheena, Izzati, Atiq, Firdaus dan Aqilah yang telahbekerjasama, memberi dorongan, tunjuk ajar, serta inspirasi dalam

    menyiapkan projeck ini terutamanya Sheena yang telahmeluangkan masa untuk menemani saya ke Perpustakaan Negeri.

    Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya yang telah menolong saya dari segi kewangan danpengangkutan semata-mata untuk projek ini. Dia juga telahmenyumbangkan beberapa idea dalam projek ini.

    Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapasahaja yang terlibat dalam menjayakan folio ini sama ada secara

    langsung atau secara tidak langsung.

    Dengan adanya tugasan seperti ini, ia dapat menolong pelajarseperti saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagimengenai tokoh dan sejarah mereka. Oleh itu, tugasan inisememangnya memberi banyak kebaikan yang tersendiri dalammemahami sejarah tokoh-tokoh kita. Sekian, terima kasih.

    top

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    2/19

    Objektif Kajian

    Objektif Penilaian Kerja Kursus Sejarah ini adalah untukmencari dan mengumpul data dari sumber yang sahih. Selain itujuga, pelajar dapat mengelas, menganalisis, mentafsir danmerumus fakta sejarah secara rasional.

    Pelajar juga dapat merekod fakta sejarah yang telah dianalisismengikut format kajian yang betul. Di samping itu, pelajar dapatmengenali sejarah diri, keluarga, persekitaran tempat tinggal dannegara. Selain daripada itu, pelajar dapat mengamal nilai murni danunsure patriotisme.

    Selain itu, pelajar dapat mengenali dan menghargai jasa dansumbangan tokoh kepada bangsa dan Negara. Kajian ini diharapkandapat memupukan perasaan cinta dan bangga terhadap tokohnegara kita.

    top

    Kaedah Kajian

    Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapakaedah untuk mendapatkan maklumat.

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    3/19

    Saya telah menjalankan kaedah temu ramah dengan mengadakanbeberapa sesi temu ramah dengan pegawai bertugas yangmengetahui serba sedikit sejarah tentang Dato' Onn Jaafar diPerpustakaan Tun Uda (Negeri). Semasa sesi temu ramah

    dijalankan, saya telah mengemukakan beberapa soalan tentanglatar belakang dan sejarah yang telah kami sediakan. Saya telahmerakamkan sesi temu-ramah itu dengan menggunakan pitarakaman.

    Kemudian, saya mencatat butir-butir penting yang telahdirakamkan itu untuk digunakan semasa menulis laporan. Selainmenemu ramah, saya telah membuat pemerhatian dengan melayariinternet untuk mengkaji tentang tokoh. Kemudian sayamenganalisis buku milik ayah saya yang berkenaan dengan tokoh.

    Saya juga telah membentuk satu kumpulan kecil dengan rakan-rakan saya, Sheena, Fatin, Aqilah, dan Aliah untuk bersama-samamembincangkan tentang tokoh ini dan bekerjasam untukmenyiapkan kajian ini.

    top

    Laporan Kajian

    Dato' Onn Jaafar

    Nama penuh: Dato' Onn Jaafar

    Gelaran: Bapa Kemerdekaan, Order of British Empire (Sir)

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    4/19

    top

    Latar Belakang Tokoh

    Dato' Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru pada 3 Februari 1895. Beliau ialah

    anak Dato' Jaafar Hj. Muhammad, Menteri BEsar Johor yang pertama (1838-1919). Abang-abangnya, Dato' Abdullah dan Dato' Mustapha juga dilantik menjadi Menteri Besar Johor.

    Dato' Abdullah menjadi Menteri Besar yang ketiga (1925-1928) dan Dato' Mustaphamenjadi Menteri Besar yang keempat (1929-1931). Onn pula menjadi Menteri Besar yangketujuh dari tahun 1946 hinggan 1949. Rumahnya di Jalan Larkin, Johor Bahru.

    Beliau telah berkahwin dengan 4 orang wanita iaitu, Rafeah Abdullah (empat orang anak),

    Cik Jamilah (anaknya meninggal dunia), Rafeah Abdullah (empat orang anak), dan Halimah

    Hussein (tujuh orang anak). Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim. Beliaumendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernahbekerja sebagai wartawan pada tahun 1930.

    Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.

    Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.

    Sebagai Menteri Besar Johor Dato' Onn menjadi anggota MPP sebagai wakil dari Johor dari

    tahun 1948 sehingga akhir tahun 1949. Dato' Onn menjadi anggota rasmi MPP. Beliau

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    5/19

    menghadiri mesyuarat MPP bagi pertama kalinya pada bulan Februari 1948, iaitupersidangan pertama MPP selepas Persekutuan 1948 dibentuk.

    Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan MakananNegeri Johor. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu

    pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman.

    Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan

    Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana BesarJohor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk

    Onn sebagai president yang pertama. Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn Datuk Jaafardilantik menjadi Menteri Besar Johor.

    Sebagai Menteri Besar Johor Dato' Onn menjadi anggota MPP sebagai wakil dari Johor dari

    tahun 1948 sehingga akhir tahun 1949. Dato' Onn menjadi anggota rasmi MPP. Beliaumenghadiri mesyuarat MPP bagi pertama kalinya pada bulan Februari 1948, iaitu

    persidangan pertama MPP selepas Persekutuan 1948 dibentuk.

    Tiga tahun kemudian, Datuk Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor danmenumpukan kepada UMNO. Di bawah kepimpinana Dato' Onn, UMNO telah berjayamemaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan PersekutuanTanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu,memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.

    Penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru itu melibatkan Dato' Onn secaraperibadi. Dato' Onn telah mencadangkan Kongres 1946 melalui sepucuk suratnya bertarikh

    23 Januari 1946 di Utusan Melayu, sebuah akhbar Melayu yang terbesar pada masa itu.Dalam suratnya itu, Dato' Onn mengesyorkan penubuhan sebuah badan kebangsaan bagi

    menentang Malayan Union dan badan itu dinamakan United Malays Organization (UMO).

    Ia kemudiannya menjadi UMNO, melalui cadangan Za'ba, pengerusi Jawatankuasa Kongres1946. UMNO ditubuhkan dengan rasmi pada 11 Mei 1946 bagi menggantikan Kongres 1946.

    Mesyuarat agung yang kedua diadakan di Ipoh pada 29 Jun dan 30 Jun 1946. Mesyuarat

    agung yang ketiga di Pulau Pinang pada 27 dan 28 Julai 1946. Dalam mesyuarat inilahbendera UMNO dikibarkan pada pertam kali oleh Sultan Kedah, Sultan Badlisyah. Mesyuarat

    agung keempat diadakan di Balai Besar, Alor Setar pada 10, 11 dan 12 Januari 1947.Mesyuarat agung yang kelima diadakan di Seremban pada 1 dan 2 Mac 1947. Mesyuarat

    agung keenam di Kota Bharupada 10 Mei dan mesyuarat agung ketujuh di Johor Bahrupada 2, 3 dan 4 September 1947.

    Dato' Onn bercadangan bahawa membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa

    mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan

    jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenamdiadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951. Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-

    parti yang dianggotai ole kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun1955.

    Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yanglain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-

    ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato'

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    6/19

    Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguhdemi negara dan bangsa.

    Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO.Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun

    1954m beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan

    penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertamapada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi

    sebarang kerusi dalam pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha

    untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi dikawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959.

    Pada tahun 1961, kesihatan Dato' Onn terganggu. Beliau terpaksa ditempatkan di wadhospital. In menghalang beliau menjalankan. Menjelang tahun 1961, kesihatan beliau

    semakin teruk. Penyakit kencing manisnya tidak dapat diubati. Beliau juga tidak bolehberjalan dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

    Namun, penglihatannya tetap terang dan selera makannya tetap ada. Beliau tetap meminati

    buah laici bersirap, walaupun itu menambahkan kesihatannya. Isterinya, Datin Halimahmenjadi teman setia sepanjang masa.

    Pada malam 18 Januari 1962, dengan dikelilingi oleh isteri, anak-anaknya dan sanak

    saudaranya, Dato' Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan begitu tenang

    dalam usia 67 tahun. Kematian Dato' Onn diisytiharkan di Radio Malaya pada pagi 19Januari 1962. Orang ramai terutamanya orang Melayu menerima kematiannya denganterharu sekali. Kepada mereka, Dato' Onn ialah seorang tokoh yang tidak asing dan sangat

    rapat dengan mereka sejak tahun 1930-an. Tidak siapa pun yang dapat melupakan jasaDato' Onn kepada negara dan bangsa.

    Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri PTM, dalam ucapan takziahnya mengatakan:"Allahyarhum adalah seorang pejuang, seorang pahlawan yang tidak ada tolok

    bandingannya. Kehilangannya sangatlah menyedihkan hati, kerana Allahyarhum telah

    meninggalkan jasa-jasa yang sangat besar kepada orang-orang Melayu dan PersekutuanTanah Melayu. Kalau rakyat Indonesia bangga dengan Soekarnonya, maka kita di sini jugamerasa bangga denga Dato' Onn."

    Kerajaan PTM memberi pengebumian negara kepada Dato' Onn. Tunku Abdul Rahman

    melaksanakan janjinya kepada Dato' onn yang dibuatnya pada Disember 1960. KeluargaDato' Onn yang ada pada mulanya menolak, kemudiannya menerima atas desakan Sultan

    Ismail, kawan rapat Dato' Onn. Baginda juga memberi Datin Halimah $2000.00 bagimenguruskan pengebumian Dato' Onn.

    Jenazah Dato' Onn dibawa ke Istana Lama Johor Bahru dari rumahnya di Jalan Larkin.

    Jenazahnya ditutup dengan bendera Johor sebagai tanda penghormatan negeri Johorkepadanya. Maka tamatlah perjalanan hidup seorang pemimpin Melayu yang terbilang.

    top

    Keluarga

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    7/19

    Dengan hasil perkahwinan Dato' Jaafar dan ibunya, Rugayah, Onn Jaafar emempunyai

    darah keturunan bangsawan Melayu. Moyangnya berasal dari kerabat diraja Melaka yangmerupakan para bendahara yang terkenal di Melaka dan Johor. Nenek moyang Onn

    bergerak mengikut keturunan Raja-raja Melaka ke Sumatera, Johor, Riau-Lingga, danSingapura. Hasilnya Tok Abdul Jabar, moyang Onn mempunyai keturunan yang ramai hasil

    daripada perkahwinan di tempat yang menjadi jajahan Melaka. Ini membolehkan Onn Jaafarmempunyai hubungan darah dan hampir kebanyakan pembesar Johor pada zamanpemerintahan Sultan Ibrahim.

    Onn dipelihara dengan penuh kasih sayang dan kemewahan oleh ayahnya. Seorangpengasuh yant bernama Kuntum ditugaskan bagi menjaga dan menguruskan makan minum

    serta pakaian beliau. Ini memang kebiasaan Dato' Onn Jaafar yang memperuntukkanseorang pengasuh bagi tiap-tiap orang anaknya. Pengasuh ini menjadi sebahagian daripada

    kakitangan Dato' Onn Jaafar. Mereka tinggal di rumah papan yang didirikan di belakangrumah Dato' Jaafar di Buit Gambir, Johor.

    Onn membesar sebagai seorang kanak-kanak yang cergas dan ihat serta jarang sekalidihinggapi penyakit. Beliau seorang kanak-kanak yang lasak. Beliau juga kerapmenimbulkan kemarahan ibunya. Bagaimanapun ini merapatkan lagi hubungan mereka.

    Ayahnya mendidk Onn dengan kawalan ketat. Walaupun sibutk dengan tugas-tugasnya,Dato' Jaafar tetap tegas mendidik anak-anaknya dengan nilai kebudayaan dan adat resam

    Melayu. Dalam hal ini, beliau memberi lebih perhatian terhadap Onn, yang agak degildaripda adik-beradiknya yant lain. Onn tidak suka mengikut peraturan ayahnya yang

    dianggap lapuk. Akibatnya, Onn sering dimarahi ayahnya. Onn tidak menjawab, tetapisebagai tanda bantahannya, beliau akan menghilangkan diri buat beberapa lama. Kadang-

    kadanga sehingga senja baru beliau pulang ke rumah. Selalunya beliau menghabiskanmasanya merayau-rayau dalam hutan di belakang rumah.

    Walaupun begitu, Onn tetap sayang dan hormatnya kepada ayahnya, kerana ayahnya akanmembentuk sikap dan peribadi yang tidak sombong. Dato Onn Jaafar sering bercerita

    kepada anak-anaknya yang dapat memberi kesedaran dengan kemewahan yang dinikmatiitu datang daripada usaha dan kesungguhan bekerja bapanya.

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    8/19

    Onn kerap menghabiskan masa di istana Sultan Ibrahim. Beliau selalu bermain denganputera-putera Sultan Ibrahim iaitu Tengku Ismail (Tengku Mahkota), Tengku Abu Bakar

    (Tengku Bendahara) dan Tengku Ahmad (Tengku Temenggong Johor). Daripadapergaulannya dengan kerabat diraja itu, Onn mengenali adat-istiadat istana, sehinggabeliau tidak berasa canggung dalam pergaulannya dengan golongan diraja negeri-negeriMelayu. Kebiasaannya itu menyebabkan beliau sangat terbuka terhadap golongan ini dalam

    perkembangan politik Tanah Melayu.

    Pada pertengahan tahun 1902, sewaktu Onn berusia 8 tahun, ibunya meninggal dunia. Ini

    memberi kesan kepada Onn yang agak manja dan rapat dengan ibunya. Beliau menjadimurung dan kerap bersendirian selepas kematian ibunya. Walaupun beberapa bulankemudian Onn mendapat seorang ibu tiri bernama Salmah, isteri Dato' Onn Jaafar yang

    terakhir, kesedihannya tatap ada.

    Beliau kemudiannya bertunang dengan Rafeah Abdullah, anak angkat Dato' Jaafar. Merekaberkahwin pada akhir tahun 1911, sewaktu berusia 16 tahun. Namun, usia perkahwin tidaklama kerana kematian isterinya setelah mendapat empat orang anak. Pada tahun 1915,

    Onn berkahwin dengan anak saudara ibunya, Cik Jamilah tetapi hanya bertahan selama dua

    tahun sahaja kerana kesihatan isterinya tergangu dan anaknya meninggal dunia.Kemudiannya, beliau berkahwin dengan seorang seri panggung bernama Che' Kah yangmendapat tentangan daripada keluarganya.

    Akhirnya, beliau berkahwin bagi kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya

    Muhammad. Perkahwinan mereka adalah paling lama sehingga beliau dikurniakan tujuhorang anak. Anaknya yang tua ialah Hussein (Tun), Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

    top

    Pekerjaan

    Sebaik sahaja tamat daripada MMKK, Onn diterima bekerja sebagai kerani percubaan dalam

    Perkhidmatan Awam Johor pada tahun 1911. Dua bulan kemudian berpindah ke PejabatSetiausaha Kerajaan Johor dengan gaji $180.00. Dua bulan kemudian berpindah ke PejabatPenasihat British (Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat

    Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan

    Negeri sebagai Pembantu Kerani Besari. British Advisor). Menjelang akhir tahun itu, beliaudilantik sebagai kerani penuh. Sehingga tahun 1917, Onn telah bekerja di tujuh buah

    jabatan. Perpindahannya ke jabatan itu memberi pengalaman pentadbiran yang bergunakepadanya, terutama sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor tiga puluh tahunkemudian.

    1 hb. Ogos, 1913 Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, kemudian

    dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahunyang berikutnya; bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor. Atas perintah Sultan

    Ibrahim Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai, 1917,berakhir dengan pangkat Leftenan. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke

    Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikanpada 31hb. Januari, 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham denganBaginda.

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    9/19

    Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniagakecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok

    dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagaipegawai tambah sementara dalam pejabat tanah. Pada 1 hb. Januari, 1923 beliau dilantiksebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagaiPenolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.

    Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan

    Syed Husin Alsagof, dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934,

    beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan mingguan Lembaga Malaya danharian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.

    top

    Pendidikan

    Seperti anak-anak Melayu yang lain, Onn mendapat pendidikan sekolah vernacular Melayu

    di Johor Bahru. Pada sebelah petangnya, Onn belajar bahasa Inggeris di istana Johor,bersama-sama dengan putera-putera Sultan Ibrahim daripada seorang wanita Inggeris. Iniadalah persediaan asas putera-putera Sultan Ibrahim sebelum dihantar ke England, untukmendapat pendidikan sebenar.

    Pada tahun 1903, Onn yang berusia lebih kurang 9 tahun, dihantar sebagai pengiringputera-putera Sultan Ibrahim ke sebuah sekolah persediaan, Alderbugh Lodge School, di

    Suffolk England. Di sekolah Onn banyak sekali membaca buku sejarah dan sastera Inggerisdari Eropah. Beliau juga meminati biografi, terutama tentang tokoh-tokoh sarjana Barat.

    Kerana kegemaraannya itu, Onn dikatakan dapat menguasai bahasa Inggeris, Perancis danLatin sehingga menjadi pemidato terbaik di sekolahnya. Di bidang sukan pula, beliau

    seorang pemain bola sepak, kriket, pedang dan penunggang kuda yang baik. Onn, boledikatakan seorang penuntut yang cerdik dan cergas di sekolahnya.

    Onn kembali ke Johor pada 25 Mac 1910, dengan membawa bersamanya sifatkebaratannya. Beliau tidak fasih berbahasa Melayu dan lebih gemar makan roti daripadanasi serta suka mengejek orang yang membaca akhar Melayu. Ini diakui ole Onn sendiridengan mengatakan "I found myself more English than Malay".

    Oleh itu, selama 2 tahun Onn dihantar belajar bahasa Melayu di Maktab Melayu Kuala

    Kangsar (MMKK), sebuah sekolah yang dibina khas bagi anak kaum bangsawan. Pendidikandi MMKK benar-benar berkesan kepada Onn. Perasaan cinta terhadap kebudayaan Melayutersemai semula di jiwanya.Akhar dan hikayat Melayu lama yang memang dikumpul oleh

    ayahnya, menjad tumpuan beliau. Kadang-kadang, dia akan memasak lauk karikegemarannya.

    top

    Bidang yang Diceburi

    Bidang kewartawaan telah menarik perhatian Onn sejak 1927 lagi. Tulisannya di dalamSunday Mirror yang membidas Sultan Ibrahim, telah menonjolkan kebolehannya.

    Pengalamannya di Johor pula menyakinkan beliau tentang kebebasan bersuara yang

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    10/19

    menjadi pegangan dan bidang tugas utama seorang wartawan. Seorang wartawan bolehmembincangkan dan mengutarakan pendapat dan bidasannya secara terus keapda

    masyarakatnya. Bagi Onn, yang mempunyai sikap berani yang jitu, bidang ini sangat sesuaidengan sikapnya.

    Disebabkan hubungan antara Onn dengan keluarga Alsagoff, Syed Abdullah dan sepupunya,

    Sharifah Amaniah, mendirikan Warta Malaya. Onn memulakan tugasnya sebagai pengarangutama Warta Malaya pada Januari 1930, dengan dibantu oleh dua orang penolong kanan

    yang berkebolehan dalam bidang masing-masing. Ismail Abu Kadir dan Hasyim yang

    berasal dari Singapura, ditugaskan untuk mengendalikan hal-hal pertanian dan agamaIslam. Soal politik, sosial dan pentadbiran dipegang oleh Onn. Yusof Ishak yangkemudiannya mengusahakan Utusan Melayu pada tahun 1939 telah dilantik sebagai

    pengurus Warta Malay.

    Penglibatan Onn dan penerbitan Warta Malaya memulakan peringkat kedua akhbar Melayu.Pada peringkat ini kesuburan akhar Melayu lebih baik daripada peringkat pertam, yangbermula pada akhir kurun ke-19. Pada peringkat ini pengedaran akhbar Melayu sangat

    kecil. Pada kedua-dua peringkat ini, Singapura menjadi pusat penerbitan akhbar-akhbar

    Melayu yang paling cergas jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan negeri-negeri Melayulain.

    Onn juga seorang penerbit akhbar. Beliau cuba memulakan satu detik baru dalam duniapersuratkhabaran Melayu. Beliau mahu memecahkan tradisi monopoli Arab selama ini.

    Dengan itu, Onn telah cuba meninggikan maruah masyarakat Melayu. Beliau juga cuba

    membezakan dirinya daripada wartawan-wartawan lain yang seazaman dengannya. Jikamereka hanya menjad pengarang, tetapi Onn adalah kedua-dua sekali, pengarang danpenerbit akhbar. Beliau mengetuai angkatan wartawan dan nasionalis tahun 1930-an.

    Onn juga menceburi bidang politik, ekonomi dan sosial. Persatuan-persatuan di Tanah

    Melayu kebanyakannya dipimpin oleh beliau. Penglibatan beliau dalam bidang ini, telah

    memberi kesan jangka panjang yang sangat penting kepada kepimpinan politiknya. Iamenjadi tapak yang padu untuk Onn diterima sebagai pemimpin politik oleh masyarakatMelayu Semenanjung pada tahun 1940-an.

    Melalui tulisannya dan idea yang diutarakannya yang menyentuh secara langsung

    permasalahan masyarakat Melayu, Onn dilihat sebagai pembela nasib atau pemimpin yang

    sanggup bekerja untuk mereka. Oleh itu, mereka denga mudah menerima Onn apabilakeadaan terdesak. Maka, kemunculan Onn sebagai pemimpin Melayu pada tahun 1940-anbukanlah sesuatu yang berakar. Beliau bukan orang asing dalam kegiatan politik orang

    Melayu Semanjung.

    Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknyayang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau

    berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui oleh semua kalangan. Beliauseorang tokoh politk nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak

    menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan pengarang yang terkenal dengankebolehan bahasa yang menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakanpolitik tanahair paling muncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang

    Melayu dan membentuk corak politik yang akan diikuti kemudian.

    top

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    11/19

    Anugerah dan Pengiktirafan

    Tunku Abdul Rahman sering disanjungi sebagai 'Bapa Kemerdekaan' negara. Rakyat

    Malaysia tidak menyedari ataupun seolah-olah tidak mengakui bahawa Datuk Onn adalah

    orang yang bertanggungjawab membawa negara kearah kmerdekaan. Beliau adalah orang

    pertama yang menyedari serta menyeru akan pentingnya perpaduan dikalangan rakyatuntuk mencapai kemerdekaan.

    Tunku hanya muncul setelah Datuk Onn berjaya mendirikan asas-asas untuk mencapaikemerdekaan. Datuk Onn jugalah yang betanggungjawab merancang penentangan

    terhapada Malayan Union. Jikalau tiada tentangan tersebut, nescaya Malayasia tidak akan

    wujud seperti mana yang ada pada hari nin. Jikalay Malayan Union tidak dihapuskan, hakistimewa orang Melayu dan kedaulatan Kesultanan Melayu telah lama hilang. Oleh itu,

    segala jasa dan sumbangan Datuk Onn tidak patut dilupakan, sebaliknya harus disanjyngseperti Tunku juga.

    Walaupun apa jua telah berlaku ke atas diri Datu Onn, beliau masih lagi disanjungi sebagai

    orang pertama yang menyatukan orang Melayu. Beliau menubuhkan UMNO dankepimpinana beliau telah menjadikan UMNO sebuat parti politik yang utama di Malaysiahingga kini. Kemasyuran nama beliau dimalapkan oleh Tunku Abdul Rahman yang berjaya

    mendapatkan kemerdekaan kepada persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

    Sebelum dihantar ke England beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersam Tunku Mahkota

    Ismail, Tunku Abu Bakar dand Tunku Ahmad. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodgedi England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau melanjutkan lagi

    pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1hb. September , 1911 beliau mula

    berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha KerajaanJohor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulankemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    12/19

    Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dandalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai

    Pembantu Kerani Besar.

    1 hb. Ogos, 1912 Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, kemudian

    dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun

    yang berikutnya; bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

    Atas perintah Sultan Ibrahim Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johorpada bulan Julai, 1917, berakhir dengan pangkat Leftenan. Pada Mac 1918, Onn telah

    dilantik menjadi leftenan dalam Johore Voluntary Forces (JVF). Tetapi ini tidak

    menggembirakan Dato' Onn. Kehidupan baru itu sangat membosankan kerana tidak adatugas-tugas tertentu kecuali berbaris pada tiap-tiap pagi. Pada 26 Oktober 1953, Dato' Onn,sebagai pengerusi RIDA dapat bertemu dengan Richard Nixon, Naib Presiden Amerika yang

    melawat Tanah Melayu atas jemputan Sir Gerald Templer, Pesuruhanjaya Tinggi PTM, Dato'Onn dapat beramah mesra dan berbincang mengenai peranan RIDA dalam memajukanorang Melayu, selama setengah jam di King's House, Kuala Lumpur.

    Richard Nixon melihat RIDA sebagai tanda hubungan baik British dan orang Melayu. BagiDato' Onn pula, ini ialah satu pengalaman yang menarik. Ia satu pengiktirafan kepada

    kepentingannya sebagai pemimpin Melayu, oleh dunia luar. Dari Bukit Timbalan Johor Bahrubeliau dipindahkah ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmatkerana diberhentikan pada 31 hb. Januari, 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan

    perselisihan faham dengan baginda.

    Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga

    kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok

    dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagaipegawai tambah sementara dalam pejabat tanah.

    Pada 1hb. Januari, 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di

    Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penologn Pemungut Hasil Tanah Muar dankemudiannya berpindah ke Johor Bahru.

    Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan

    Syed Husin Alsagof, dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934,beberap orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan mingguan Lembaga Malaya danharian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.

    Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis MesyuaratKerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau

    bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1hb. Jun 1938, beliau dilantik pula sebagai Setiausahasulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oleh Sultan sama ada

    peribadi, kerja istana atau kerajaan.

    Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukanDatuk Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletuskan Perang Dunia dan

    pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan MakananNegeri Johor mulai 1hb. Januari, 1942 hingga tahun 1945

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    13/19

    Pada awal thaun 1946, beliau telah menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johoryang beliau sebagai Yang Dipertuannya. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari

    sebagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di KelabSultan Sulaiman, Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu badan yangmewakili orang Melayu menentang Malayan Union.

    Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei,1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai Yag Dipertuanya

    yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1hb. Oktober, 1946 Sultan Ibrahim melantik

    Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor. Saudara-saudaranya, Datuk Abdullahdan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan tersebut.

    Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untukmenumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran

    kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO.Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO.

    Tahun 1946 merupakan era kebangkitan orang-orang Melayu menentang penjajahan secara

    "politik" melalui sasaran terhadap Malayan Union. Waktu inilah menampakkan kepimpinanDatuk Onn sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuh Persekutuan Tanah Melayu.

    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-RajaMelayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberibeberapa hak istimewa kepada orang-orang Melayu. Dengan usaha-usaha Datuk Onn itulah

    kedudukan orang-orang Melayu dapat dikembalikan setelah hampir-hampir dihanyutkanoleh Malayan Union.

    Setelah mendapat tempat di kalangan orang-orang Melayu, Datuk Onn mengemukakan

    cadangan membuka keahlian UMNO kepada lain-lain kaum. Saranan Datuk Onn inimendapat tentangan dikalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan suasana

    kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti ini.

    Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala

    Lumpur pada 25 dan 26 Ogos 1951 Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DipertuaUMNO. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiripernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu. Sebenarnya Datuk Onn telah

    mendahului zamannya; orang-orang Melayu masih tidak dapat bersetuju UMNO menerima

    keahilian semua kaum kerana menghendaki UMNO dianggotai oleh orang-orang Melayusahaja. Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lainmasih belum dapat diterima walaupun kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan

    Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi kepada kaum-kaum lain. Malah UMNOsendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui parti Perikatan(yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya).

    Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeritelah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin

    kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain danmempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orangMelayu sebelum mencapai kemerdekaan.

    Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah,

    tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seorang wakilnya menerima tempat dalam

    kabinet itu. Sewaktu dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    14/19

    Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomiorang-orang Melayu dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya

    terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain 'Biasiswa UMNO'sewaktu beliau dalam parti ini.

    Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi

    tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliayumenubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi pilihanraya

    Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya tidak berjaya dalampilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair.

    Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatandalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinyabeliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang

    mengandungi ahli-ahli dari UMNO/Perikatan dan parti-parti lain.

    top

    Sumbangan

    Dato Onn Jaafar, riwayat beliau ini penuh dengan jasa dan sumbangan. Dari segi

    kewangan, negara dan peribadi. Antara sumbangan-sumbangan beliau adalah seperti

    berikuti:

    Masalah kemunduran ekonomi dan kemiskinan orang Melayu telah disedarioleh Dato Onn sejak tahun 1920-an. Walaupun beliau berasal daripadakeluarga ternama dan hidup mewah, namun beliau dapat memahamimasalah itu, daripada pengalaman dan penelitiannya. Kehidupannya yangserba kekurangan, tanpa pekerjaan dan tinggal di kawasan sesak di Siglap,Singapra, pada tahun 1927, mengajar Dato Onn erti kemiskinan secara

    tegas.Beliau mencadangkan bantuan kewangan diberikan kepada orang Melayusebagai usaha untuk mengatasi masalah kemunduran itu. Dengan bantuankewangan itu, Dato Onn percaya British bukan sahaja dapat membaikiekonomi orang Melayu tetapi akan mendapat semula kepercayaan danmembaiki hubungan yang telah rosak kerana pelaksanaan Malayan Union.Sokong orang Melayu kerana membantu British menentang PKM semasadarurat juga patut diambil kira.Bagaimanapun, Dato Onn gagal. British enggan memenuhinya kerana

    perbelangaan Tanah Melayu telah pun berjumlah $61 500 000 pada tahun

    1949. Penambahan peruntukkan kepada Tanah Melayu akan mengeringkanperbendaharaan British.Selain itu, Dato Onn telah memimpin orang-orang Melayu berjuangmenentang Malayan Union dan akhirnya berjaya memansuhkan rancangantersebut. Menyatukan orang-orang Melayu dari seluruh negara di bawayPEKEMBAR. Dato Onn juga menjadi wakil orang-orang Melayu bersemukadengan Sultan untuk menggagalkan Malayan Union.

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    15/19

    Dato Onn telah berjaya menubuhkan UMNO pada 11. 5. 1946. Dato Onntelah mengutarakan perjuangan politik bukan perkauman. Di mana beliauingin membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu, iaitu dari UnitedMalay National Organisation keapda United Malayan National Organisation.Dato Onn juga telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada

    thaun 1951. Dato Onn juga telah menubuhkan Parti Negara pada tahun1954. Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan keapdaBritish tentang bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Dato Onnberjaya memujuk raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan SirEdward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.

    top

    Sifat-Sifat Istimewa Dato Onn Jaafar

    Dato' Onn diingati kerana budinya yang besar kepada orang Melayu dan peripadi luhurnyayang berasal daripada keturunan keluarga menteri di Johor. Sebagai seorang nationalis,dengan wataknya yang tenang tetapi tegas Onn Jaafar telah membangkitkan kesedaran ke

    arah memerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Banyak babak

    menarik dalam sejarah hidupnya. Salah satu yang penting ialah apabila beliau berselisihfaham dengan istana. Insiden ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi yangsentiasa mementingkan Sultan.

    Dato' Onn berkhidmat dengan Kerajaan Johor antara 1911-49, bermulasebagai seorang kerani dan menamatkan perkhidmatannya sebagai MenteriBesar Johor. Beliau pernah dua kali dibuang kerja. Kali pertama pada 1920dan sekali lagi pada 1926. Bahkan beliau pernah dibuang negeri oleh SultanIbrahim. Kesukaran hidup yang dialaminya bersama rakyat jelata lebihketara apabila pada suatu ketika semasa pemerintahan Jepun, beliau

    bersembunyi di hutan Kempas dan menjalani hidup yang sukar.Kehidupannya di hutan bersama orang kampung ini telah mendekatkanbeliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutam semasa kesusahn dilandaperperangan. Beliau sepatutnya berada dengan selesa bersama Sultan Johordiiringi tentera Jepun menyelamatkan diri ke Batu Pahat.

    Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satubarisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada pnejajah Inggerisdengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Dato' Onndikenali juga kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan selurah

    rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideology

    politik. Namun demikian, sikapnya yant anti perkauman itu kemudiannyatelah meminggirkan beliau daripada pentas politik negara ini.Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkankemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang seringmeniupkan semangat kemerdeaan dengan mengangkat senjata.Dato' Onn seorang Menteri Besar yang tidak merelakan negeri-negeri Melayukehilangan kebebasan pentadbirannya. Beliau, walaupun bertanggungjawabmenghilangkan 'kebebasan' Johor, tetapi tidak mahu menjadi 'yes man'

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    16/19

    kepada British. Beliau sanggup bersuar keras, menolak tekanan British,walaupun kerananya, beliau tidak disukai British.Dalam kesibukan mentadbir Johor, beliau ditimpa kesedihan. Beliaukehilangan dua orang saudara dalam jarak masa seminggu. Kakaknya, DatinFatimah Jaafar, isteri Dato' Baba, bekas Ketua Jabatan Candu Johor,

    meninggal dunia pada 7 Mei 1949 kerana sakit tua. Seminggu kemudian,adiknya yang bongsu, Yahya, meninggal dunia kerana sakit jantung.Anaknya, Rogayah dijaga oleh Dato' Onn sebagai tanda kasih sayangnya.Dato' Onn ialah seorang anggota MPP yang cergas. Beliau memberikanpendapatnya hampir keatas semua perkara. Ini termasuklah soal pelajaran,ekonomi, kedudukan kuasa British dan hal-hal kebajikan Tanah Melayu.Beliau kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang menolak cadanganrang undang-undang MPP. Misalnya pada 17 Februari 1949, beliau menolakrang undang-undang yang menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhanbebas.Bagi Dato' Onn, ini akan meluaskan jurang kekayaan antara negeri-negeriTanah Melayu. Tetapi dalam rang undang-undang mengadakan UniversitiMalaya pada bulan Mac 1949, beliau menyokongnya. Beliau adalah seoranganggota MPP yang seimbang.Pada Oktober 1948, beliau telah dihantar ke England oleh Sultan Ibrahim,untuk berbincang dengan British tentang tekanan British. Dato' Onn telahmendesak penubuhan satu pasukan tentera kebangsaan Tanah Melayudengan orang Melayu sebagai anggotanya. Bagi Dato' Onn hanya orangMelayu sahaja yang boleh bertanggungjawab kepada pertahanan Tanah

    Melayu. Desakan itu memperlihatkan perhatian Dato' Onn yang mendalamterhadap kepentingan kedudukan politik orang Melayu.

    Dalam berbincangannya, Dato' Onn tetap mengkritik British dengan carayang beterus-terang dan pdas. Kadang-kadang beliau tidak dapat menahanmarah, sehinnga, hujahnya tersekat-sekat. Namun, beliau akanmembangkitkannya semula apabila ada peluang, sama ada dalam jamuanatau bertemuan separuh rasmi.Walaupun sikapnya itu tidak disukai oleh pegawai-pegawai tersebut, merekatetap memberi layanan baik kepadanya. Dato' Onn juga dipuji sebagaiseorang pemimpin yang bijak oleh Lord Earl Listowel, Ahli Parlimen'Conservative Party di House of Commons, England'. Sebagai balasannya,Dato' Onn mengadakan jamuan makan malam di Grosvenor House tempat

    menginapnya, pada 21 November 1948.Dato' Onn ialah seorang pemimpin yang degil. Sikap ini sangat sesuai untukmenjadi pemimpin UMNO pada tahun 1946, kerana tugas menentangMalayan Union adalah tugas yang besar. Beliau juga sentiasa mempunyaiidea dan cadangan yang berguna kepada UMNO. Beliau sentiasa memikirkanlangkah-langkah bagi memajukan UMNO. Sikapnya ini menjadikan UMNOdapat bergerak dengan cergas.

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    17/19

    Dato' Onn juga merupakan seorang yang cerewet dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai pengerusi. Beliau terpaksa melakukan demikian keranabimbang dengan sikap pegawai British yang mungkin tidak bersungguh-sungguh menjalankan rancangan RIDA. Sebagai seorang yang benar-benaringin memajukan orang Melayu, Dato' Onn mahu menentukan rancangan

    RIDA dijalankan dengan sempurna, sesuai seperti yang dirancangkan.Beliau tidak yakin dengan keikhlasan pegawai British yang dilihatnya, sepertijuga kerajaan British, memandang ringan kepada kemiskinan penduduk luarBandar. Bagi Dato' Onn, hanya orang tempatan yang benar-benar fahamdengan masalah penduduk Bandar dan dapat melihat kepentingan RIDAkepada mereka. Oleh itu, tidak hairanlah beliau bersikap keras dan cemburudengan pegawai Inggeris itu.

    top

    Rumusan

    Secara kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa Dato Onn Jaafaradalah seorang pemimpin yang harus diingati oleh generasi hari ini dangenerasi akan dating dalam memupuk semangat patriotisme. Di sini sayamenyusulkan beberapa cadangan dalam usaha ini. Antarannya mengadakanhari memperingati beliau dan jasa-jasa beliau. Mengefilemkan sejarahperjuangan beliau dalam memerdekakan Malaysia dan memberikanpendekatan tentang pemimpin negara seperti beliau kepada murid-murid di

    sekolah.Semasa menjalankan proses mencari maklumat, banyak pengalaman yangsaya laui. Antaranya terpaksa berjalam dalam keadaan hujan rintik-rintik kePerpustakaan Negeri. Pengalaman ini amat menarik kerana saya tidakpernah bersungguh-sungguh dalam mencari maklumat tentang seorangtokoh.Saya juga mendapat unsure-unsur patriotisme seperti;

    i) Berbangga Sebagai Rakya Malaysia- menghormati raja dan pemimpin negara- menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

    - menghormati lambing-lambang negara (seperti bendera, lagukebangsaan, jata negara)- menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara- berbangga dengan sejarah negara

    ii) Bersemangat Setia Negara- cinta akan bangsa dan negara

    - taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara- sedia berkorban untuk bangsa dan negara

    http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#tophttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=190&xslFile=papirus#top
  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    18/19

    - bertanggungjawab kepada bangsa dan negara

    - berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dannegara

    - peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara- bersyukur sebagai warganegara Malaysia

    iii) Bersemangat Kekitaan- bersatu padu dan berharmoni- bertolak ansur dan bertoleransi- bekerjasama dan tolong-menolong- hormat-menghormati- bersefahaman dan bermuafakat- munibah atua semangat bermasyarakat

    iv) Berdisplin- Berakhlak dan berbudi pekerti mulia- Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara- Mematuhi peraturan dan undang-undang

    - Bersifat amanah dan jujurv) Berusaha dan Produktif

    - rajin dan gigih- berdikari

    - tabah menghadapi cabaran- berilmu dan berketerampilan

    Terdapat banyak iktibar dan pengajaran yang saya dapat setelah

    menyiapkan folio ini. Antaranya cara-cara mencari maklumat. Saya jugadapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Saya dapat mengetahui jasa-

    jasa beliau. Ia juga memberi saya pengajaran iaitu kita perlu rajin dalammencari ilmu seperti beliau walaupun telah berusia 40 an tetap meneruskanpengajian dalam bidang undang-undang.Selain daripada itu, Dato Onn Jaafar adalah seorang pemimpin yangberkaliber. Melalui beliau, saya dapat mengetahui antara ciri-ciri pemimpinialah menjadi contoh kepada orang bawahan mereka dan dapat menerimakelemahan diri sendiri. Iktibar lain ialah untuk mencapai sesuatu kitaharuslah mencari ikthiar atau jalan supaya kita dapat mencapai apa yangdikehendaki.

    Melalui aktiviti seperti ini, saya rasa masa saya tidak terbuang begitu

    sahaja. Antara faedah lain ialah saya dapat mengenali tokoh yangdisanjungi, saya dapat memupuk saying kepada negara selain perassanbangga menjadi anak Malaysia. Ia juga memberi saya pengetahuan tentangpengorbanan dan jasa-jasa beliau dalam kemerdekaan negara.Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya ini kerana sayamenyiapkannya tanpa memerlukan bantuan orang lain. Saya juga berasaamat gembira kerana telah berjaya menghasilkan folio ini.

  • 7/29/2019 Tokoh Sejarah-Onn Jaafar

    19/19