tn borang pengesahan status...
TRANSCRIPT
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN OI\TN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS·
JUDUL: TEKNOLOGI KERANGKA WEB (WEB TEMPLATE) DALAM
PEMBINAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN KELAS MAYA
(E-CLASSROOM) SECARA ONLINE
SESI PENGAJIAN : 2002/2003
Saya _____ ----.:M.:.:.O=-:...:H.:....:A.:..:.:M::....:A=D.....:.N..:..:O::..:H~B~IN~A.:....:H.:..:.M::....:A~D~ _____ _
(HURUF BESAR)
mengaJ..."U membenarkan tesis (PSMfSaIjanaIDo]ctoF Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat saIinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. •• Sila tandakan ( ,1')
II II SULIT
ICII TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdaIjah keselamatan atau kepenringan Malaysia seperri yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
II ,/ II TIDAK TERHAD
(T ENYELIA)
Alamat Tetap :
20, JLN SEJAHTERA 15, NUSA DAM AI,
EN. BAHARUDDIN BIN MOHAMED Nama Penyclia
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Tarikh: 25109/2002 Tarikh 25/09/2002
CATATAN: * **
•
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasaiorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali scbab dan tcrnpoh tesis ini pcrlu dikelaskan scbagai SULIT atau TERHAD. Tesis dirnaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah DoJ..:tor Falsafah dan Srujana secara pcnyelidikan, atau disertasi bagi pcngajian sccara kerja J..:ursus dan pcnyelidikan, atau
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional ".
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
EN.B IN MOHAMED
25HB SEPTEMBER, 2002
TEKNOLOGI KERANGKA WEB (WEB TEMPLATE) DALAM PEMBINAAN
LAMAN WEB PENDIDIKAN KELAS MA Y A
(E-CLASSROOM) SECARA ONLINE
MOHAMAD NOH BIN AHMAD
Laporan projek sarjana iill dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazab Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Fak.-ulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
SEPTEMBER, 2002
" Saya akLli karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telab saya jelaskan sumbernya " .
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
....... / .................... .
MOHAMAD NOH BIN AHMAD
25HB SEPTEMBER, 2002
11
iii
Untuk bonda tercinta, Hasnah bt Othman serta ayahanda yang dihormati, Ahmad bin
Juli. Terima kasih atas doa, dorongan., pengorbanan dan kasih sayang yang telah
diberikan. Untuk kekasih tercinta, Zuraiban bt Kamaruddin atas harapan serta
dorongan yang membina. Semoga dirahmati Allah hendak-Nya.
PENGRARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH I:4NG MAHA PENGASIlI LAGI MAliA
PENJ:4I~NG
1\'
Alhamdulillah, bersyukllr saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kumia-Nya saya dapat menyiapkan laporan projek sarjana yang bertajuk " Teknologi
Kerangka Web (Web Template) Dalam Pembinaan Laman Web Pendidikan Kelas
Maya (E-Classroom) Secara Online."
Jutaan terima kasih kepada En. Baharuddin bin Mohamed selaku penyelia
projek diatas segal a keluangan masa, bantuan, keIjasama, tunjuk ajar, nasihat dan
idea sepanjang perlaksanaan projek ini.
Ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik
dan Vokasional (JPTV) dan pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan
Multimedia (JTMM), Fakulti Teknologi Kejuruteraan, KUiTTHO di atas keIjasama
yang diberikan dalam membantu menyiapkan laporan projek sarjana ini.
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sepeIjuangan dan semua pihak yang
telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih
diucapkan kepada anda semua.
U MENONGKAH ARUS PERDA1VA "
ABSTRAK
Teknologi dalam membina web semakin lama semakin berkembang dan
pelbagai teknologi terbaru dalam membina web telah pun wujud. Salah satu
teknologi itu ialah teknologi kerangka web. Perkembangan dalam dunia teknologi
maklumat sudah pasti mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan refonnasi
bidang pendidikan. Untuk menghadapi agenda perubahan teknologi maklumat dan
pendidikan dimana web pendidikan kelas maya telah menjadi satu piawai, teknologi
ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Kajian ini dapat memudahkan para
pensyarah membina laman web pendidikan kelas mayanya sendiri. Data-data
diperolehi adalah melalui borang soal selidik dan responden kajian pula terdiri
daripada kalangan pensyarah di dua jabatan dalam FalLllti Teknologi Kejuruteraan,
KUiTTBO iaitu Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dan juga Jabatan
Teknologi Maklumat dan Multimedia. Basil kajian yang dijalankan mendapati
responden memberikan respon yang positifterhadap ketiga-tiga persoalan kajian.
Responden bersetuju bahawa web pendidikan kelas maya diperlukan oleh pensyarah
untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi kerangka web ini
bersifat ramah pengguna kerana mudah digunakan untuk membina laman web.
Dapatan terakhir pula menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa teknologi
kerangka web dapat meningkatkan penggunaan web pendidikan kelas maya oleh
para pensyarah.
ABSTRACT
The technologies in web developing were expanding and many of new
technology in web developing were existed one by one. One of the technologies is
web template. The revolution in information and technology surely influenced the
style of environment, innovation and reformation of education field. To awareness in
information technology and education agenda to change, where is the technology
being a standard, this technology must be awareness. This research made easier to
the lecturers having their own e-c1assroom web. All the data collect by survey form
and respondent are among lecturer from two departments inside of Faculty of
Engineering Technology, KUiTTHO that is Technique and Vocational Department
and Information Technology and Multimedia Department. Results of this research
are positive response to all of research questionnaire. The respondent was agreed,
lecturers need e-c1assroom web to helping teaching and learning process. Web
template technologies are user friendly because it is easy to use for web developing.
The results, shown that the respondent was agree web template technology could
make an improvement of using e-classroom web among of lecturers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKlJAN 11
HALAMAN DEDIKASI III
HALAMANPENGHARGAAN IV
ABSTRAK V
ABSTRACT VI
KANDUNGAN VlI
SENARAIJADUAL XII
SENARAI RAJAH Xlll
SENARAI SINGKATAN XIV
SENARAI LAMPIRAN ;.. .. v
BABI PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan
1.2 Latarbelakang Masalab 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Tujuan Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 ObjektifKajian 6
1.7 Skop Kajian 6
1.8 lustifikasi / Kepentingan Kajian 7
1.9 Definisi Kajian 8
viii
1.9.1 Teknologi 8
1.9.2 Kerangka Web 9
1.9.3 Laman Web 9
1.9.4 Kelas Maya 9
1.9.5 Pensyarah 10
1.10 Perancangan Kerja 10
1.11 Rumusan 11
BABll KAJIAN LITERA TUR 12
2.1 Pengenaian 12
2.2 Pendidikan 12
2.2.1 Pengajaran 13
2.2.2 Pembelajaran 13
2.3 Teknologi Dalam Pendidikan 15
2.4 Komputer Dalam Pendidikan 17
2.5 Teknologi Maklumat Dalam
Pendidikan 18
2.6 Corak Pembelajaran Terkini 21
2.6.1 Pembelajaran Berasaskan
Internet (Internet Based) 21
2.6.2 Pembelajaran Eleh.-tronik
( e-Iearning) 25
2.6.3 Pembelajaran Berasaskan
Web (Web-Based) 27
2.7 Komponen-Komponen Web 29
2.7.1 Pelayar Web 30
2.7.2 Hiperteks 31
2.7.3 Laman Web 31
2.8 Kriteria Pembangunan Laman
Web 32
2.9 Laman Web Kelas Maya 35
BABID
BABIV
2.10 Kerangka Web
2.11 Interaksi Manusia dan Mesin
(Human-Computer Interaction)
2.11.1 Komponen-komponen
Interaksi
2.12 Rumusan
METODOLOGlKAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Sumber Data
3.3.1 Data Primer
3.3.2 Data Seh."1111der
3.4 Populasi
3.5 Sarnpe1
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Bahagian Soal Selidik
3.7 Proses Mendapatkan Data
3.8 Kaedah Analisis Data
3.8.1 Peratusan
3.8.2 Purata Skor
3.9 Kajian Rintis (pilot Test)
3.10 Andaian
3.11 Rumusan
REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN PRODUK
4.1
4.2
Pengenalan
Metodologi dan Paradigma
IX
38
39
40
41
42
42
42
43
43
43
44
44
45
45
47
48
49
49
51
52
52
53
53
53
BABV
4.3 Kaedah dan Teknik
4.4 .Tustifikasi Pemilihan Metodologi
4.5 Rekabentuk Produk
4.5.1 Rekabentuk dan Ciri-Ciri
Kerangka Web
4.5.2 Rekabentuk dan Ciri-Ciri
Kerangka Laman Web
4.5.3 Rekabentuk Sistem
Pembina Web Pendidikan
Secara Online
4.6 Permasalahan Dalam Membina
Produk
4.7 Analisis dan Spesifikasi Peralatan
4.7.1 Perkakasan
4.7.2 Perisian
4.8 Penggunan Sistem
4.9 Penilaian Produk
4.10 Rumusan
ANALISIS DATA
5.1
5.2
5.3
5.4
Pengenalan
Responden Kajian
Hasil Kajian Rintis
Dapatan Kajian
5.4.1 Analisis Data Demografi Responden
5.4.2 Analisis Bahagian IT (A) : Penilaian
Terhadap Keperluan Penggunaan
Web Kelas Maya
5.4.3 Analisis Bahagian n (B) : Penilaian
Responden Mengenai Aspek Interaksi
Dan Ramah Pengguna Dalam
x
54
56
57
57
57
59
60
61
61
61
62
62
63
64
64
64
65
65
65
70
BABVI
5.5
5.6
Menggunakan Teknologi Kerangka Web
5.4.4 Analisis Bahagian II (C) : PeniJaian
Responden Mengenai Teknologi
Kerangka Web Dalam Meningkatkan
Penggunaan Web Kelas Maya
Di Kalangan Pensyarah
Ujian Kebolehpercayaan
Rumusan
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
6.2 Kesimpulan
6.3 Cadangan
6.4 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
XI
71
72
73
74
75
75
75
77
77
79
84
Xli
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK M1TKA SURAT
3.1 Soalan Kajian dan Item-Item Soalan 46
3.2 Skala Likert 47
3.3 Kaedah Peratusan Kekerapan 49
3.4 Kaedah Purata Skor 50
3.5 Analisis Skor Purata 50
3.6 Analisis Skala Likert 50
5.1 Peratusan Responden Mengikllt Jantina 66
5.2 Peratusan Responden Mengikut Kumpulan Umur 66
5.3 Peratusan Responden Mengikut Tahap Kelulusan 67
5.4 Peratusan Responden Mengikllt Jawatan 68
5.5 Peratusan Responden Mengikut Jabatan 69
5.6 Peratusan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 69
5.7 Min Bahagian II (A) 70
5.8 Min Bahagian IT (B) 7]
5.9 Min Bahagian II (C) 72
5.10 Nilai Ujian Alpha Crombach 74
XIII
SENARAIRAJAH
NO. RAJAH TAJUK MLTKASURAT
2.1 Peringkat Pembelajaran 14
2.2 Model Trochim 28
? " -.:) Model Yusuf 29
4.1 Model Prototaip 54
4.2 Rajah Aliran Data 56
4.3 Rekabentuk Kerangka Web 57
4.4 Model Konfigurasi Komputer 60
5.1 Demografi Responden Mengikut Jantina 66
5.2 Demografi Responden Mengikut Kumpulan Umur 67
5.3 Demografi Responden Mengikut Tahap Kelulusan. 67
5.4 Demografi Responden Mengikut Jawatan 68
5.5 Demografi Responden Mengikllt Jabatan 69
5.6 Demografi Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 70
MSC
WWVv
P&P
HTML
KUiTTHO
HCI
ASP
IT
CD
WAN
TCPlIP
FTP
IRC
DHTML
IDE
W3C
UTM
KPM
SADM
DFD
LAN
SENARAI SINGKATAN
Multimedia Super Corridor
World Wide Web
Pengajaran dan Pembelajaran
Hypertext Marked Language
Ko)ej Universiti Telcnologi Tun Hussein Onn
Human-Computer Interaction
Active Server Pages
Information Technology
Compact Disc
Wide Area Network
Transmission Control ProtocollIntemet Protocol
File Transfer Protocol
Internet Relay Chat
Dynamic Hypertex1 Marked Language
Integrated Development Environtment
World Wide Web Consortium
Uruversiti Teknologi Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Structured Analysis and Design Method
Data Flow Diagram
Local Area Network
xiv
SENARAI LAMPmAN
LAMPlRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Gant1 Perlaksanaan Projek I 84
B Carta Gantt Perlaksanaan Projek II 87
C .Tadual Penentuan Saiz Sampel Kajian 90
D Borang Soal Selidik 92
E Aliran Proses Rekabentuk 98
F Kerangka Web 103
G Kerangka Laman Web 108
H Laman Utama Sistem 111
I Nilai Min dan Alpha Crombach 113
BABI
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat., corak pendidikan
masakini lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi maklumat sebagai satu alat
(tools). Teknologi maklumat bukan sahaja digunakan dalam proses pengurusan
tetapi juga dalam ak'tiviti pengajaran dan pembelajaran (Harun Khalid, 1998b).
Komponen-komponen (flagship) dalam teknologi maklumat iaitu internet dan world
wide web didapati berkesan dan telah digunakan secara meluas dalam menyebarkan
maklumat atau bahan berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran (Ahmad Tarmizi
Muhamad et. al., 2001).
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu
yang barn malah ianya telah diperkenalkan eli negara-negara maju seperti Amerika,
Jerman dan Jepun. Kecanggihan teknologi maklumat telah membuka mata ramai
pihak dan ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden hari ini
termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (Abu Haris Abu Hasan et. al., 1998).
Pendidikan di Malaysia menyambut baik ledakan teknologi maklumat yang
memberi tekanan bahawa perJunya perubahan-perubahan yang radikal dalam era
pendidikan. Kehadiran era ledakan maklumat serta anjakan yang dibawa oJehnya
turut menagih perubahan dalam persekitaran pendidikan bta (Harun Khalid, 1998b).
Melalui projek terulung kita iaitu Multimedia Super Corridor (MSC) hasiJ daripada
gagasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Malaysia cuba untuk menjadikan pendidikan negara ke arah penggunaan
teknologi maklumat sepenuhnya melalui konsep sekolah bestari. Ini menunjukkan
bahawa dunia pendidikan di Malaysia sedang berubah menuju ke arah pendidikan
yang berorientasikan teknologi maklumat selaras dengan misi dan visi negara
menjelang tahun 2020.
2
Pembelajaran berasaskan web atau e-learning telah menjadi satu standard
kepada mana-mana institusi pengajian tinggi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Wujudnya konsep e-learning ini, penggunaan web sebagai alat
untuk pengajaran dan pembelaj aran mula dilakllkan (Khairul Nizam, 2001).
Daripada senario tersebut, dapat dilihat perlaksanaan konsep e-learning merubah
gaya pembelajaran ke arah berpusatkan kepada pelajar (student centralized),
manakala web dijadikan antaramuka komunikasi antara pelajar dan pensyarah.
Pensyarah pula hanya bertindak sebagai pemberi maklumat dan juga pembimbing
(Baharuddin Aris et. al., 2000).
Penghasilkan sesuatu web adalah sukar sekiranya tidak mempunyai as as
dalam pembinaan web. Menurut Azlina Uzir (2001), untuk membina sesuatu laman
web mestilah mahir dalam penggunaan HTML (Hypertext J..;farked Language),
komputer dan juga internet. Sekiranya kemahiran itu tiada, mereka perlu mengikllti
kursus-kursus pembinaan laman web dan sebagainya. Walaupun kini sudah ada
perisian yang membolehkan laman web dibangunkan tanpa mengetahui kod-kod
HTML tetapi pengguna terpaksajuga mempelajari bagaimana perisian itu berfungsi
di sam ping merekabentuk sendiri web yang hendak dibina. Proses untuk
mempelajari peri sian dan rekabentuk web bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu,
projek ini penting bagi membolehkan pembinaan sesuatu laman web dapat dilakukan
dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan kemahiran yang diperlukan.
Kaji selidik akan bennula dengan mengenalpasti fasa-fasa yang terlibat untuk
mengaplikasikan penggunaan teknologi kerangka web dalam menghasilkan laman
web kelas maya. Teknologi kerangka web merupakan satu teknologi terbaru dalam
menghasilkan sesuatu laman web. Kajian diteruskan dengan mengkaji kaedah untuk
menghasilkan kerangka web terse but. Penyelidikan kaedah ini adalah berkisar
terhadap elemen-elemen dan spesifikasi yang perlu ada dalam sesuatu kerangka web.
Fasa rekabentuk merupakan fasa yang diutamakan kerana dalam fasa ini ia akan
menentukan ciri-ciri yang ada di dalam kerangka web tersebut.
Hasil daripada projek ini ialah data-data maklumat terhadap penggunaan
teknologi kerangka web dalam membina laman web kelas maya, kerangka-kerangka
web dan juga satu sistem pembina web penclidikan kelas maya secara online.
1.2 Latarbelakang Masalah
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam
teknologi maklumat sudah pasti akan mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan
reformasi pengajaran dan pembelajaran. Satu contoh yangjelas ialah penggunaan
internet dan world wide web (Norafida Ithnin dan Othman Ibrahim, 2000).
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekarang harus condong ke arah pemupukan
pemikiran kreatif dan inovatif yang berupaya menghasilkan individu-individu yang
kreatif dan inovatif. lndividu seperti ini mampu menangani pelbagai masalah dalam
kehidupan apabila mereka dewasa keIak. Pengajaran dan pembelajaran sekarang
perlu berpusatkan kepada pelajar. Pendidik hanya bertindak sebagai pembimbing
sahaja dan yang lain dilah."llkan oleh pelajar sendiri (Baharuddin Aris et. al., 2000).
Revolusi teknologi maklumatjelas mempengaruhi gaya persekitaran
pendidikan masa kini. Proses pengajaran yang berbentuk traclisional iaitu
penyampaian di bilik h.llliah kini telah bertukar kepada pengajaran secara bentuk
dalam talian (online) atau secara maya (virtual) (Noorul Azliza bt. Ahmad, 2001). la
menjadi cabaran besar yang menuntut komitmen daripada semua pihak terutama
kementerian pendidikan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menjadi
teras kepada pembentukan masyarakat bermaklumat serta pembangunan teknologi
(Abu Haris dan Shaharimah, 1998).
3
Perkembangan teknologi telah memperlihatkan kepentingan teknologi
maklumat sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan
manusia termasuklah pendidikan (Harun Khalid, 1998a). Pensyarah menggunakan
4
teknologi maklumat sebagai satu media yang dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat secara terancang akan dapat
mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi ruang kepada para
pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik,
menyeluruh dan bersepadu. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh
teknologi maklumat umpamanya membolehkan proses komunikasi antara pelajar dan
pensyarah walaupun kedua-duanya berada di 10kasi yang berlainan danjarak yang
jauh (Norafida lthnin dan Othman Ibrahim, 2000).
Penggunaan web sebagai alat kepada pengajaran dan pembelajaran telah
terbukti berkesan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Internet dan
World Wide Web merupakan sebahagian daripada aplikasi teknologi maklumat yang
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. World
Wide Web telah digunakan dalam menyebarkan maklumat berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran (Khairul Nizam, 2001). Kini kebanyakkan institusi
institusi pengajian sarna ada awam atau pun swasta giat menggorak langkah menuju
ke arah penggunaan sepenuhnya teknologi maklumat. Banyak laman web
pendidikan telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.
Melalui World Wide Web membolehkan para pensyarah mempunyai web
perkuliahnya sendiri. Segal a maklumat atau bahan bagi pengajaran dan
pembelajaran rnesti dimasukkan ke dalam web tersebut bagi memudahkan para
pelajar mencapainya. Kaedah ini telah digunakan oleh negara-negara maju dan
terbuh.1i berkesan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Proses
pembelajaran berasaskan web adalah bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak
tertakluk kepada 10kasi tertentu tetapi merangkumi seluruh dunia (Noorul Azliza
Ahmad, 2001). 01eh sebab itu, web pendidikan kelas maya adalah amat penting bagi
setiap pensyarah dan pelajar.
Kini terdapat banyak kaedah untuk menghasilkan web pendidikan kelas
maya. Di antara kaedah inl ialah dengan menggunakan peri sian hlackboard dan
sebagainya (Khairul Nizam, 2002). Perkembangan teknologi web telah mewujudkan
peJbagai kaedah atau teknologi baru untuk membangunkan web. Di antara teknologi
baru yang wujud ialah teknologi kerangka web (web template). Oleh itu. adalah
menjadi satu hasrat pengkaji untuk melihat adakah teknologi ini dapat membantu
pensyarah dalam menghasiJkan web kelas mayanya sendiri.
1.3 Pernyataan Masalah
TeknoJogi dalam membina web semakin lama semakin berkembang dan
pelbagai teknologi terbaru daJam membina web telah pun wujud. Salah satu
teknologi tersebut ialah teknologi kerangka web. Perkembangan daJam dunia
teknologi maklumat sudah pasti mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan
reformasi bidang pendidikan.
Untuk menghadapi agenda perubahan teknologi maklumat dalam bidang
pendidikan, teknologi ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Namun, sehingga
kini, tiada lagi kajian berkenaan penggunaan teknologi kerangka \""eb dalam
membina laman web kelas maya di KUiTTHO.
Justeru itu, satu sistem pembina laman web telah dibina untuk membolehkan
teknologi kerangka web digunakan dalam menghasilkan laman web keJas maya.
Kajian ini juga turut mengkaji keberkesanan sistem yang dibina serta kelebihan
penggunaan teknologi kerangka web.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi
kerangka web dalam menghasilkan web pendidikan keJas maya yang mengandungi
sumber-sumber maklumat dan bahan bagi sesuatu matapelajaran yang diajar.
5