tmk tahun 4 dunia komputer

Upload: arlong-willkins

Post on 08-Mar-2016

114 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI

TRANSCRIPT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)Dunia komputer : memperihal komputer dan fungsinyaApa itu Unit Sistem?Unit sistem ialah bahagian terpenting pada sesebuah komputer.Unit sistem menempatkan pelbagai komponen elektronik.Komponen elektronik di dalam unit sistem akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjalankan sesuatu proses yang diarahkan.Unit Sistem

Unit Sistem

Port input dan Port output Port ialah soket atau slot yang terdapat pada unit sistem.Port merupakan penghubung antara unit sistem dengan peralatan peranti komputer yang lain.Port input ialah soket yang membenarkan sesuatu peranti memasukkan data / maklumat ke dalam unit sistem.Port output ialah soket yang membenarkan sesuatu peranti menerima data / maklumat dari unit sistem.Port input / Port output

Port input / Port output

Pemacu Cakera LiutPeranti yang digunakan untuk membaca dan menulis di atas cakera liut.Cakera liut ialah peranti yang menyimpan data yang terdiri daripada kepingan bulat nipis mudah lentur yang ditutup oleh bekas plastik segi empat sama / tepat.

Cakera liut

Pemacu cakera liut

Pemacu Cakera OptikPeranti yang digunakan untuk membaca dan menulis di atas cakera optik.Cakera optik ialah cakera plastik leper dan bulat serta diselaputi dengan bahan yang mampu menyimpan bit data.

Cakera Optik

Pemacu cakera optik

Soket input arus ulang alik (AU)Peranti yang digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik dengan bekalan elektrik arus ulang alik.Kegunaannya ialah membekalkan arus ulang alik (tenaga elektrik) kepada unit sistem.

Soket input arus ulang alik (AU)

Soket input arus ulang alik (AU)

Jawab soalan berikut.1. Apa itu port input?2. Apa itu port output?3. Apakah kegunaan cakera liut?4. Apakah perbezaan diantara cakera liut dan cakera optik?5. Mengapakah soket input arus ulang alik (AU) sangat penting kepada unit sistem?