tingkat hasil udang galah

Upload: angela-murray

Post on 05-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fre4e

TRANSCRIPT

Tingkat hasil udang galah

0 1 0 Google +2

Oleh Mohd Sabran Md Sani

[email protected]

Teknologi dan inovasi yang baik dapat meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran hasil akuakultur.

Antara sektor akuakultur yang mendapat tempat adalah penternakan udang galah.

Biarpun industri penternakan udang galah ini dilihat berkembang pesat, namun ia masih ketinggalan dari aspek penggunaan teknologi.

Perbandingan itu bersandarkan teknologi yang digunakan dalam penternakan udang marin.

Kekurangan benih dan tapak yang sesuai, penternakan pada skala kecil dan bersifat individu serta tumbesaran tidak seragam antara yang dikenal pasti menjadi punca.

Ketidakseragaman saiz selalunya disebabkan faktor jantina.

Jika dilihat kadar tumbesarannya, udang galah betina mempunyai tumbesaran yang agak perlahan berbanding jantan.

Penghasilan benih monosek jantan atau all male dijangka dapat mengatasi masalah ketidakseragaman ini.

Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah mengorak langkah menjayakan program perintis penghasilan benih all male ini.

Projek itu dilaksanakan tiga pegawai penyelidik, Badrulnizam Basri, Balton Martin dan Dr Azhar Hamzah.

Persoalannya apakah kelebihan penggunaan all male dalam penternakan?

Berdasarkan amalan sekarang, udang jantan dipilih secara manual selepas dua hingga tiga bulan diternak di dalam kolam asuhan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34390#sthash.6nx3JHx2.dpuf