ting 5 bm minggu 2 amalan murni

6
CHENG @ 2013 Bahasa Melayu Tingkatan 5 – Minggu (2) _________________________________________________________________ Soalan: Amalan murni semakin diabaikan oleh golongan remaja sekarang. Bincangkan cara-cara untuk memupuk amalan murni dalam kalangan remaja. __________________________________________________________________________________ _________________ Karangan Jenis Pendapat Bina ayat berdasarkan rangkai kata di bawah. Rangkai Kata Erti/ Definisi Contoh ayat terpahat dalam jiwa remaja bersendel bahu prakarsa istiqamah ... semakin lenyap ditelan zaman..... prakarsa istiqamah membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. dalam atma anak-anak jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai merupakan senjata yang dominan mengorak langkah yang afdal BM/Ting.5/2013 1

Upload: sk-zhong

Post on 13-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Karangan Ting 5

TRANSCRIPT

Page 1: Ting 5 BM Minggu 2 Amalan Murni

CHENG @ 2013

Bahasa Melayu Tingkatan 5 – Minggu (2)_________________________________________________________________

Soalan: Amalan murni semakin diabaikan oleh golongan remaja sekarang. Bincangkan cara-cara

untuk memupuk amalan murni dalam kalangan remaja.

___________________________________________________________________________________________________

Karangan Jenis Pendapat

Bina ayat berdasarkan rangkai kata di bawah.

Rangkai Kata Erti/ Definisi Contoh ayat

terpahat dalam jiwa remaja

bersendel bahu

prakarsa istiqamah

... semakin lenyap ditelan

zaman.....

prakarsa istiqamah

membezakan antara intan

dengan kaca dan antara

batu dengan permata.

dalam atma anak-anak

jika menebang menuju

pangkal, jika melanting

menuju tangkai

merupakan senjata yang

dominan

mengorak langkah yang

afdal

Rangka Karangan

Pendahuluan:

- ditakrifkan -amalan yang baik dalam kehidupan, - amalan hormat-menghormati, tolong-

menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian -.

BM/Ting.5/20131

Page 2: Ting 5 BM Minggu 2 Amalan Murni

CHENG @ 2013 - semakin lenyap ditelan zaman.

- menyanjung tinggi budaya barat - meminggirkan amalan masyarakat timur yang mulia ini.

- percaturan minda - prakarsa istiqamah - dijana - menjamin amalan suci in terus

diamalkan?

Isi 1:

Obligasi - tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu bapa dan haruslah dijulang

sampai ke langit.

Ibu bapa - anak-anak merah tapak kaki lagi, bak kata pepatah, melentur buluh,

biarlah dari rebungnya.

- diibaratkan kain putih dan ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan

anak-anak mereka

ibu bapa -menerapkan ajaran agama - atma anak-anak dengan membawa mereka untuk

mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-

masing.

-tidak bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri.

-remaja boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan

permata.

- teladan yang terbaik kepada anak-anak -bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada

mengatakan bahawa bapa borek anak rintik.

Ikhtisarnya, - berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting

menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar-.

Isi 2:

- pendidikan formal - tidak harus kita kesampingkan.

Amalan nilai-nilai murni - wajar diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik

Dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam.

Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah -menganjurkan minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan

memberi anugerah Pelajar Sopan kepada pelajar yang menghormati guru-guru dan berhemah

tinggi -.

- para pendidik - mementingkan amalan nilai murni - dengan mengajar murid-murid

Deduksinya, sudah terang lagi bersuluh –pendidikan- senjata yang dominan -

memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja.

Isi 3:

Kerajaan- Kempen Budi Bahasa Budaya Kita

Isi 4:

peranan media massa

Penutup:

BM/Ting.5/20132

Page 3: Ting 5 BM Minggu 2 Amalan Murni

CHENG @ 2013_________________, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk

_______________________________bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja agar

memacu pembangunan negara untuk _______________________ mencapai Wawasan 2020. Kita

sedia maklum bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam diri individu akan menyumbang

kepada pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat. Selaras dengan

peribahasa Melayu yang mengatakan

______________________________________________________________________________ bersama-samalah

kita memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja.

Contoh Karangan

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya

amalan hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-

lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan

zaman. Remaja kini yang semakin menyanjung tinggi budaya barat telah meminggirkan amalan

masyarakat timur yang mulia ini. Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah apakah

prakarsa istiqamah yang boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan?

Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu

bapa dan haruslah dijulang sampai ke langit. Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak

anak-anak merah tapak kaki lagi, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari

BM/Ting.5/20133

Page 4: Ting 5 BM Minggu 2 Amalan Murni

CHENG @ 2013rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, remaja diibaratkan kain putih dan ibu bapa

merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa

harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam atma anak-anak dengan membawa

mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama

masing-masing. Selain itu, mereka haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua

dan menyayangi haiwan. Mereka mestilah memberi amaran kepada anak-anak supaya tidak

bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri. Apabila selalu

terdedah kepada pengajaran sedemikian, remaja boleh membezakan antara intan dengan

kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi

teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu

ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang

kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam

mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi.

Sementelahan itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam

sukma remaja tidak harus kita kesampingkan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan

misalnya nilai bertanggungjawab, rasional, hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan

undang-undang wajar diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam. Kendatipun, untuk mencapai misi yang

komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni haruslah diamalkan secara berkesan. Bertitik tolak

daripada itu, pihak sekolah boleh menganjurkan minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan memberi

anugerah Pelajar Sopan kepada pelajar yang menghormati guru-guru dan berhemah tinggi

sepanjang berada di sekolah supaya boleh menjadi suri teladan kepada pelajar lain. Tambahan

pula, para pendidik harus mementingkan amalan nilai murni dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) dengan mengajar murid-murid terutama pelajar sekolah rendah tentang adab

sopan ketika berada di dalam kelas, adab sopan ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan.

Deduksinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan merupakan senjata yang

dominan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja.

Rentetan iu, kerajaan juga sewajarnya memandang serius masalah yang berkaitan sahsiah

remaja bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan

berserak. Pihak kerajaan sepatutnya bersendel bahu dengan pihak media massa dan badan

bukan kerajaan (NGO) seperti Astro, Persatuan Karyawan Malaysia dan lain-lain lagi untuk

menggerakkan kempen Budi Bahasa Budaya kita secara menyeluruh di tanah air kita kerana

bersatu teguh bercerai roboh. Berikutan itu, kempen Budi Bahasa Budaya kita hanya akan

berjaya sekiranya semua pihak melibatkan diri dalam pelaksanaannya. Ceramah, pertandingan

menulis esei, melukis poster, pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan sebagainya boleh

dilaksanakan sempena kempen ini. Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan murid-

murid dalam kempen ini untuk memastikan keberkesanannya, bak kata pepatah, bulat air

kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat. Jelaslah menunjukkan bahawa kempen-

BM/Ting.5/20134

Page 5: Ting 5 BM Minggu 2 Amalan Murni

CHENG @ 2013kempen yang mendapat sokongan semua pihak khasnya di bawah pimpinan pihak kerajaan

mampu mencapai matlamat melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik amat

dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma remaja. Berdasarkan

penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan

internet serta akhbar arus perdana mampu mempengaruhi akhlak remaja kerana remaja pada

era moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Oleh hal yang demikian, pihak

media massa bolehlah mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama

dan paling penting, siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran remaja. Misalnya, iklan

tentang seorang remaja yang memberi tempat duduk kepada orang tua di dalam komuter yang

kerap disiarkan di TV3 dan iklan remaja membantu seorang wanita tua mengangkat barang amat

berkesan kepada penonton. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa media massa merupakan

wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja.

Akhirulkalam, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak langkah yang

afdal bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja agar memacu pembangunan

negara untuk memakbulkan hasrat mencapai Wawasan 2020. Kita sedia maklum bahawa

kekurangan nilai-nilai murni dalam diri individu akan menyumbang kepada pelbagai gejala sosial

yang semakin meruncing dalam masyarakat. Selaras dengan peribahasa Melayu yang

mengatakan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan, tiada kusut yang tidak dapat

dileraikan, bersama-samalah kita memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja.

BM/Ting.5/20135