thesis full

Download THESIS FULL

Post on 27-Jan-2016

69 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KEPUASAN PERKAHWINAN DI SELANGOR : FAKTOR DEMOGRAFIK, PERSONALITI DAN CORAK KOMUNIKASI PASANGAN DENGAN KEPUASAN PERKAHWINAN

TRANSCRIPT

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab utama yang menjelaskan tentang komponen keseluruhan kajian. Dengan kata yang lebih mudah, bab ini menerangkan mengenai maklumat awal kajian. Pada bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kesignifikanan kajian, definisi konsep dan operasi, survei kajian lepas, kerangka teori, kerangka kajian dan hipotesis kajian. Latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian dan objekif kajian dapat membantu penyelidik untuk memahami kandungan serta kefahaman terhadap kajian atau penyelidikan yang akan dilakukan terutamanya dalam pembinaan hipotesis kajian.

Kesignifikanan kajian pula amat berguna kepada pengkaji dalam memastikan kajian yang dilakukan mampu untuk menghasilkan sumbangan yang berguna kepada semua pihak. Selain daripada itu, survei kajian lepas, kerangka teori dan kerangka kajian turut dibincangkan dalam bab ini. Survei kajian lepas dan kerangka teori merupakan komponen yang penting bagi membantu pengkaji mencari maklumat yang bersesuaian dalam memastikan keberkesanan dan kesignifikanan kajian. Manakala kerangka kajian yang dibina dapat membantu pengkaji dengan menjadi panduan terarah dan terancang agar kajian dapat dilakukan mengikut aliran dan kehendak kajian yang betul.

Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan kebahagiaan dalam perkahwinan. Kebahagiaan dalam perkahwinan merujuk kepada penafsiran pasangan mengenai kepuasan dan kesejahteraan yang dialami dalam perkahwinan. Walaupun kajian ini sudah banyak dilakukan oleh sarjana dalam bidang psikologi,namun kebanyakan kajian dijalankan di negara Barat; tidak banyak kajian yang dijalankan dalam konteks Malaysia. 1

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh di antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Di dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah S.A.W. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh dengan tanggungjawab (Sansabil Ismail et al., 2006).

Menurut Barat, perkahwinan merupakan perhubungan kompleks dalam siri interaksi tahap sedar dan tidak sedar antara dua orang atau lebih. Interaksi ini mempengaruhi harapan, penilaian dan perasaan antara satu sama lain yang akan mempengaruhi tingkah laku mereka (Nichols dan Schwartz, 2001)

Perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup di antara lelaki dengan perempuan. Hal ini kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Bukan hanya manusia yang memerlukan pasangan untuk hidup, tetapi semua makhluk ciptaan Allah S.W.T. juga begitu. Apabila melalui gerbang perkahwinan dan memasuki alam rumahtangga, seseorang itu sewajarnya mengetahui beberapa aspek utama seperti bagaimana dan mengapa ia mengambil keputusan untuk berumahtangga.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu berkahwin adalah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menguruskan rumahtangga, penjanaan ekonomi yang kukuh, pengetahuan agama yang secukupnya, keperluan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga termasuk tempat tinggal, makanan, dan sebagainya bagi menjadikan alam berumahtangga yang bahagia dan harmoni. Ini penting kerana mendirikan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh ditempuhi tanpa mengetahui atau memiliki keupayaan dan keperluan dalam sesebuah perkahwinan (Sansabil Ismail et al., 2006).

Sememangnya telah menjadi lumrah dalam kehidupan berkeluarga atau berumahtangga, setiap individu yang terlibat mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai kebahagiaan. Ini kerana secara fitrah tidak ada seorang pun yang sanggup meletakkan penderitaan, penindasan dan kegagalan sebagai matlamat hidup mereka. Walaupun kebahagiaan bukan sesuatu yang boleh dijelaskan dengan kata-kata, penampilan mimik muka yang ceria atau seumpamanya lantaran dari sifatnya yang abstrak, namun ia boleh digambarkan melalui nilai-nilai yang mampu mencetuskan rasa kasih sayang (mawaddah), kepuasan, bersyukur, keharmonian dan rasa tanggungjawab yang diadaptasikan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga. (Fakhrurrazi, 2013).

Setiap pasangan yang berkahwin bercita-cita memiliki sebuah keluarga yang bahagia tetapi untuk mencapainya bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan keluarga yang dibina mampu mencapai kebahagiaan yang diidamkan. Ini kerana, perkahwinan melibatkan pasangan yang berlainan jantina, akal, perasaan, dan emosi yang biasanya merumitkan perhubungan antara manusia khususnya suami dan isteri serta ahli keluarga (Sansabil Ismail et al., 2006).

Fenomena perceraian di negara ini bukanlah suatu perkara yang asing. Saban tahun dapat dilihat penambahan kadar penceraian dalam kalangan umat Islam khususnya. Pelbagai usaha dijalankan sebagai persediaan ke alam perkahwinan antaranya kursus pra-perkahwinan dan seminar perkahwinan. Namun, usaha itu tidak mampu menghalang pertambahan perceraian. Keadaan tersebut sepatutnya dianggap bertentangan dengan norma kehidupan dan budaya umat Islam yang memandang perkahwinan sebagai ikatan murni yang perlu dipelihara.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Mencari dan memilih pasangan hidup merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk dilakukan di dalam hidup kerana proses pemilihan pasangan akan melibatkan beberapa langkah. Biasanya sebelum seseorang membuat keputusan untuk berkahwin mereka akan membuat saringan terlebih dahulu bagi memastikan bahawa hanya orang yang sesuai dan layak sahaja akan dijadikan sebagai pasangan hidup. Antara proses saringan tersebut ialah kerapatan, kedekatan dan perkenalan, mengenal pasti beberapa persamaan yang wujud, daya tarikan dan menilai sekiranya individu tersebut boleh masuk (compatible) atau sepadan serta selaras dengan jangkaan dan peranan yang akan dimainkan oleh calon itu kelak. Selepas semua proses saringan tersebut dipenuhi barulah pasangan mengambil keputusan untuk berkahwin bagi mengekalkan perhubungan mereka (Rozmi, 2011). Faktor yang menyebabkan berlakunya keretakan dalam sebuah ikatan perkahwinan sememangnya membangkitkan semangat inkuiri iaitu perasaan ingin tahu dalam diri setiap orang. Bukan itu sahaja, perceraian juga secara tidak langsung akan memberi kesan yang negatif kepada ahli keluarga dan mempunyai hubungkait dengan kualiti perhubungan yang lemah antara ibu bapa dan anak (Suzana et al., 2012). Menurut Wolcott dan Hughes (1999), terdapat tiga faktor utama yang membawa kepada perceraian. Antaranya ialah aspek afektif (ketidakserasian, kemunculan masalah komunikasi dan ketidaksetiaan), personaliti dan tekanan luaran (kesihatan mental dan fizikal, masalah kewangan dan pekerjaan). Faktor demografi sering dijadikan sebagai peramal kepada kepuasan perkahwinan. Faktor demografi yang dimaksudkan adalah jantina, umur dan tempoh perkahwinan. Kajian Faulkner et al. (2005) misalnya telah membuat satu kajian yang mengaitkan faktor jantina dengan kepuasan perkahwinan. Dapatan kajian tersebut meramalkan bahawa suami yang cenderung menjadi ketua keluarga dilaporkan kurang berpuas hati dengan perkahwinan mereka kerana kebanyakan daripada mereka merasakan bahawa diri tidak berupaya untuk menjadi pemimpin atau pembimbing keluarga. Namun begitu, berbeza pula dengan dapatan kajian Coyne et al. (2002) yang melaporkan bahawa isteri lebih kurang berpuas hati terhadap perkahwinan mereka berbanding dengan suami. Disebabkan terdapat percanggahan pendapat di antara pengkaji terdahulu, kajian ini ingin menyelidik sejauh mana faktor jantina mempunyai kaitan dengan kepuasan perkahwinan.

Walaupun begitu, umur dan tempoh perkahwinan juga saling berkait rapat dengan kepuasan perkahwinan. Shiota dan Levenson (2007) misalnya, telah menjalankan kajian terhadap pasangan yang telah berkahwin selama 12 tahun tetapi datang daripada tiga kumpulan umur yang berbeza iaitu 20-an (muda), 40-an (pertengahan dewasa) dan 60-an (akhir dewasa). Dapatan kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga kumpulan umur ini mencatatkan kepuasan perkahwinan yang berbeza. Disebabkan itulah pengkaji berminat untuk mengkaji kaitan umur dan tempoh perkahwinan terhadap kepuasan perkahwinan.

Big Five Personality merujuk kepada lima domain atau dimensi personaliti yang digunakan untuk menggambarkan tingkah laku manusia. Big Five Personality adalah berdasarkan Model Lima Faktor (Five Factor Model [FFM]) yang banyak diperkatakan oleh McRae dan Costa (2005). Terdapat lima dimensi personaliti yang terdapat dalam Big Five Personality iaitu ekstraversi, keterbukaan, kepersetujuan, kehematan dan neurotikisme. Big Five Personality bukanlah merupakan satu teori tetapi ianya datang daripada penemuan empirikal yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Personaliti merupakan satu sifat yang tetap dan stabil. Justeru, ia jelas memberi kesan terhadap kepuasan perkahwinan yang dialami oleh seseorang. Contohnya, personaliti yang kaku akan memberi kesan terhadap proses rundingan atau penyelesaian konflik sesama pasangan manakala personaliti yang ceria membawa kepada perhubungan yang gembira dan selesa (Bradbury & Karney, 2004).

Faktor demografi sering dijadikan sebagai peramal kepada kepuasan perkahwinan. Faktor demografi yang dimaksudkan adalah jantina, umur dan tempoh perkahwinan. Kajian Faulkner et al. (2005) misalnya telah membuat satu kajian yang mengaitkan faktor jantina dengan kepuasan perkahwinan. Dapatan kajian tersebut meramalkan bahawa suami yang cenderung menjadi ketua keluarga dilaporkan kurang berpuas hati dengan perkahwinan mereka kerana kebanyakan daripada