terma & syarat debit mastercard uob · 2017-08-25 · “terminal cip” – suatu terminal...
TRANSCRIPT
TERMA & SYARAT DEBIT MASTERCARD UOB
Berkuatkuasa 1 April 2017
NOTIS PENTING
I. Sila baca terma dan syarat ini ("Terma dan Syarat") sebelum mengesahkan penerimaan dan/atau penggunaan Kad Debit.
II. Apabila anda mengesahkan penerimaan Kad Debit, menandatangani Kad Debit atau menggunakan Kad Debit untuk kali
pertama, anda dianggap telah membaca,menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini.
TERMA DAN SYARAT
Pengeluaran Kad Debit oleh kami kepada anda, pengesahan penerimaan Kad Debit oleh anda, dan penggunaan Kad Debit oleh anda
adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.
1.0 DEFINISI DAN INTERPRETASI
1.1 Perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Terma dan Syarat ini mempunyai maksud berikut:
“Akaun” – Akaun semasa dan/atau simpanan konvensional dan/atau Islamik bagi nama anda sama ada secara
tunggal atau bersama yang berkaitan dengan Kad Debit, di mana anda bertanggungjawab ke atas semua
transaksi.
“Pengesahan Penerimaan” – Sebarang dokumen dalam bentuk dan cara yang diterima oleh kami dan
ditandatangani oleh anda untuk tujuan pengesahan penerimaan Kad Debit.
“ATM” – Sebuah mesin teler automatik.
“Kedai Tunai yang Dibenarkan” – Mana-mana cawangan, pejabat, lokasi atau pedagang, di dalam atau di luar
Malaysia yang dilantik oleh kami atau mana-mana sekutu MasterCard Worldwide untuk menyediakan kemudahan
pengeluaran tunai.
“Pedagang yang Dibenarkan” – Mana-mana individu atau peruncit yang bersetuju untuk menerima atau
membenarkan kedainya untuk menerima Kad Debit untuk pembayaran barangan atau perkhidmatan menurut
perjanjian pedagang.
“Pusat Panggilan” – Tempat atau lokasi yang ditetapkan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan telefon
yang ditawarkan oleh kami kepada anda yang membolehkan anda untuk mengakses akaun anda dan/atau
melaksanakan apa-apa transaksi atau pertanyaan yang berkaitan dengan Kad Debit dan Akaun yang lain.
“Ahli Kad”, “anda” atau “kamu” – Individu di mana Kad Debit dikeluarkan kepadanya, sama ada pemegang
akaun utama atau sebaliknya.
“Transaksi Tanpa Kad” – Transaksi Debit Terus yang dilaksanakan tanpa memerlukan Kad Debit secara fizikal
di tempat jualan termasuk tetapi tidak terhad kepada E-Dagang (dalam talian) dan transaksi Pesanan Pos
Pesanan Telefon (Mail Order and Telephone Order atau MOTO).
“Pengeluaran Tunai” – Pengeluaran tunai dari Akaun di ATM atau Kedai Tunai yang Dibenarkan.
“Draf Pengeluaran Tunai” – Dokumen/slip yang diberi oleh kami atau mana-mana sekutu MasterCard Worldwide
kepada Kedai Tunai yang Dibenarkan bagi merekodkan pengeluaran tunai yang menggunakan Kad Debit.
“Terminal Cip” – Suatu terminal transaksi dan, di mana sesuai, dilengkapkan dengan pembaca tanpa sentuhan
yang berupaya untuk membaca, berkomunikasi dan memproses transaksi yang menggunakan Kad Debit.
“Transaksi Sentuhan” - Transaksi Debit Terus dilaksanakan dengan memasukkan PIN anda ke dalam Terminal
Cip dan/atau menandatangani Draf Jualan. Bagi mengelakkan keraguan, Transaksi Sentuhan tidak termasuk
Transaksi Tanpa Sentuhan dan Transaksi Tanpa Kad.
“Transaksi Tanpa Sentuhan” –Transaksi Debit Terus yang menggunakan pengenalan frekuensi radio (RFID)
bagi membuat pembayaran dengan menyentuh/mengimbas Kad Debit pada pembaca bersekuriti di mana anda
tidak perlu menandatangani Draf Jualan atau masukkan PIN anda dan tidak termasuk Kad Transaksi Tidak Hadir.
“Kad Debit” – Setiap dan semua kad yang dikeluarkan oleh kami yang boleh digunakan untuk melaksanakan
fungsi-fungsi yang dinyatakan dalam Klausa 3 Terma dan Syarat ini.
“Transaksi Debit Terus” – Perkhidmatan bayaran untuk mendebitkan Akaun anda di mana transaksi
pembayaran telah dimulakan oleh kami menurut persetujuan asas yang diberikan oleh anda kepada kami dan
melainkan selainnya diperuntukkan.
“EFTPOS” – Pindahan Dana Elektronik di tempat jualan.
“ePenyata” – Penyata elektronik yang disediakan untuk paparan melalui Perbankan Internet Peribadi UOB anda
selepas anda mendaftar untuk perkhidmatan ePenyata bagi Akaun.
“HOUSe” – Rangkaian perkongsian ATM yang dikendalikan oleh House Network Sdn Bhd di bawah jenama
"HOUSe".
“Proses Undang-undang” - Mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana proses pemula termasuk
writ saman dan saman pemula serta apa-apa bentuk proses, rayuan, permohonan interlokutori, afidavit,
arahan,penghakiman, notis dan mana-mana dokumen lain yang perlu diserahkan di bawah sebarang undang-
undang bertulis dan notis sedemikian di bawah Akta Kebankrapan 1967.
“Had” – Amaun maksimum harian atau bulanan (ditetapkan oleh kami pada bila-bila masa pada budi bicara
mutlak kami) yang dibenarkan untuk anda berurusniaga daripada Akaun dengan menggunakan Kad Debit atau
amaun baki dalam Akaun, yang mana lebih rendah.
“MasterCard Worldwide” – MasterCard International Incorporated, sebuah syarikat yang diperbadankan di
Delaware yang mempunyai ibu pejabat di 2000 Purchase Street, Purchase, NY 10577-2509, United States (dan
termasuk pengganti-pengganti hakmilik dan penerima serah haknya)..
“Minor” – Seorang individu di bawah umur 18 tahun.
“MyClear” – Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
“MyDebit” – Satu skim pembayaran kad debit yang membenarkan Ahli Kad membuat pembayaran bagi
pembelian barangan dan/atau perkhidmatan di Pedagang yang Dibenarkan dan pengeluaran tunai di Kedai Tunai
yang Dibenarkan dengan mendebitkan terus dari Akaun.
“OTP” – Kata laluan sekali.
“Kod Laluan” – Kata laluan atau kod yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda atau membenarkan
sesuatu transaksi menggunakan Kad Debit. Kod Laluan adalah termasuk kata laluan, OTP, PIN dan termasuk
sebarang Kod Laluan lain yang kami mungkin keluarkan dari semasa ke semasa.
“PIN” – Nombor pengenalan peribadi anda.
“Draf Jualan” – Dokumen yang diberikan oleh kami atau mana-mana sekutu MasterCard Worldwide kepada
Pedagang yang Dibenarkan untuk merekodkan pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dengan
menggunakan Kad Debit.
“Penyata Akaun” - Salinan fizikal penyata yang kami keluarkan secara automatik kepada anda setiap bulan atau
sebarang penyata tambahan lain yang dikeluarkan atas permintaan anda, atau ePenyata bulanan yang disediakan
untuk paparan melalui Perbankan Internet Peribadi UOB anda yang menunjukkan semua transaksi Akaun
termasuk pengeluaran, pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan transaksi internet yang dilaksanakan
dengan menggunakan Kad Debit, sebarang jumlah yang dikreditkan ke dalam Akaun dan baki kredit dalam
Akaun.
“Tarikh Penyata” – Tarikh Penyata Akaun.
“Arahan Telekomunikasi” – Arahan daripada anda kepada kami melalui telefon atau penghantaran faksimile
atau melalui apa-apa cara arahan telekomunikasi yang lain.
“UOBM”, “kami” atau “kita” – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) yang mempunyai pejabat
berdaftar di Aras 11, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dan cawangan-cawangan di Malaysia.
“Tempoh Sah” – Tempoh yang dinyatakan pada Kad Debit.
1.2 Terma dan Syarat ini adalah sebagai tambahan dan tertakluk kepada terma dan syarat yang mentadbir Akaun,
serta terma dan syarat bagi promosi lain yang mentadbir Akaun sebagaimana yang ditentukan oleh kami dari
semasa ke semasa.
1.3 Sekiranya terdapat percanggahan atau ketidaksejajaran antara terma dan syarat yang mentadbir Akaun dan
terma dan syarat bagi promosi lain yang mentadbir Akaun, Terma dan Syarat ini akan dikekalkan berhubung
dengan penggunaan Kad Debit.
1.4 Rujukan kepada –
(a) bilangan tunggal juga termasuk jamak, dan sebaliknya;
(b) jantina maskulin juga termasuk jantina feminin dan neuter, dan sebaliknya;
(c) seseorang termasuk individu, suatu perkongsian, sebuah pertubuhan korporat, persatuan yang tidak
diperbadankan, sebuah kerajaan, sebuah negeri, sebuah agensi negeri, dan satu amanah;
(d) seseorang termasuk wasi individu, pentadbir, waris, pengganti, dan pemegang serah hak, dan Terma
dan Syarat ini akan mengikat individu-individu tersebut; dan
(e) apabila memperkenalkan sesuatu contoh, “termasuk” atau “sebagai contoh” (atau perkataan lain yang
sama) tidak mengehadkan maksud perkataan bagi contoh-contoh tersebut.
2.0 PENERIMAAN KAD DEBIT
2.1 Jika anda membuka Akaun dengan kami, kami boleh mengeluarkan Kad Debit untuk kegunaan anda menurut
Terma dan Syarat ini.
2.2 Setelah Kad Debit dikeluarkan, anda perlu mengambil Kad Debit tersebut dari mana-mana cawangan kami.
2.3 Apabila anda menerima Kad Debit, anda mesti menandatangani jalur tandatangan dengan serta-merta dan
mengesahkan penerimaan Kad Debit dengan menandatangani dan mengembalikan Pengesahan Penerimaan
kepada kami.
2.4 Apabila anda menandatangani pada Kad Debit atau menggunakan Kad Debit untuk kali pertama, anda dianggap
telah menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini.
2.5 Anda tidak boleh menggunakan Kad Debit untuk apa-apa tujuan, dan mesti memotong Kad Debit kepada dua
bahagian dengan serta-merta apabila mana-mana yang berikut berlaku:-
a) jika anda tidak bersetuju dengan kandungan Terma dan Syarat ini;
b) pada penamatan Tempoh Sah;
c) pada pembatalan atau penamatan Kad Debit;
d) pada permintaan anda untuk mengganti Kad Debit;
e) pada pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kad Debit oleh kami;
f) pada pengembalian Kad Debit selepas memaklumkan kehilangan atau kecuriannya;
g) jika Kod Laluan didedahkan atau terdedah, secara sukarela atau sebaliknya, kepada mana-mana
individu; atau
h) jika anda tidak dapat mengingat PIN anda.
2.6 Selepas kami menggantung Kad Debit, anda tidak boleh menggunakan Kad Debit untuk apa-apa tujuan sekalipun.
Anda hanya boleh menggunakan Kad Debit selepas kami memaklumkan anda bahawa kami telah menarik balik
penggantungan Kad Debit tersebut.
2.7 Pada setiap masa, Kad Debit akan kekal sebagai hak milik kami dan mesti diserahkan kepada kami atas
permintaan kami.
2.8 Kad Debit tidak boleh dipindah milik kepada individu lain, dan mesti digunakan selaras dengan Terma dan Syarat
ini, serta segala keperluan, arahan, peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kami, MasterCard
Worldwide, MyClear, Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain.
3.0 FUNGSI KAD DEBIT
3.1 Kad Debit boleh digunakan untuk apa-apa perkhidmatan yang kami sediakan untuk apa-apa tujuan yang
diluluskan oleh kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada –
a) pembelian barangan dan/atau perkhidmatan daripada Pedagang yang Dibenarkan di Malaysia melalui
Transaksi Debit Terus;
b) mengeluarkan wang tunai daripada Akaun anda di mana-mana Kedai Tunai yang Dibenarkan dan/atau ATM
yang ditetapkan di Malaysia.
c) pembelian barangan dan/atau perkhidmatan daripada Pedagang yang Dibenarkan dengan menjalankan
Transaksi Tanpa Sentuhan.
d) pembelian barangan dan/atau perkhidmatan daripada Pedagang yang Dibenarkan di luar Malaysia
(transaksi luar negara) melalui Transaksi Debit Terus (selain daripada Transaksi Tanpa Sentuhan, yang
dilingkungi dalam Klausa 3.1 (c) di atas);
e) mengeluarkan wang tunai daripada Akaun anda di mana-mana Kedai Tunai yang Dibenarkan and/atau ATM
yang ditetapkan di luar Malaysia; dan
f) menjalankan Transaksi Tanpa Kad;
3.2 Jika anda tidak memilih perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 3.1(a), 3.1(b) dan/atau 3.1(c) di atas dalam
borang permohonan, perkhidmatan ini akan disediakan secara automatik kepada anda sejurus selepas anda
melakukan transaksi di ATM dengan menggunakan Kad Debit anda di mana-mana ATM kami.
3.3 Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 3.1(a),
3.1(b) dan/atau 3.1(c) di atas dengan menandakan kotak yang berkenaan dalam borang permohonan. Jika anda
kemudiannya membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 3.1(a),31.(b)
dan/atau 3.1(c) di atas, anda boleh mengaktifkan perkhidmatan ini dengan melawat mana-mana cawangan kami
dan perkhidmatan tersebut akan disediakan kepada sebaik sahaja selepas anda melakukan sesuatu transaksi
atau pertanyaan di ATM dengan menggunakan Kad Debit anda di mana-mana ATM kami.
3.4 Berkuatkasa dari 26 November 2015, perkhidmatan dalam Klausa 3.1(d), 3.1(e) dan/atau 3.1(f) akan disekat
secara automatik kecuali anda telah memilih perkhidmatan tersebut. Anda boleh memilih untuk menggunakan
mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 3.1(d), 3.1(e) dan/atau 3.1(f) di atas dalam borang
permohonan atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan kami untuk menyediakan mana-mana
perkhidmatan ini kepada anda.
3.5 Selepas anda membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 3.1(a),
3.1(b) dan/atau 3.1(c) di atas atau memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa
3.1(d), 3.1(e) dan/atau 3.1(f) di atas, anda kemudiannya boleh memilih untuk tidak menggunakan mana-mana
perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 3.1 di atas dengan mengunjungi mana-mana cawangan kami.
3.6 Penggunaan anda untuk perkhidmatan Kad Debit adalah tertakluk kepada Had, dan kami boleh, pada budi bicara
mutlak kami, memutuskan untuk tidak menunaikan transaksi jika transaksi tersebut melebihi Had atau tidak
mempunyai dana yang mencukupi dalam Akaun transaksi tersebut.
3.7 Kad Debit anda mengandungi dua jenama kad debit – MyDebit yang boleh digunapakai di Malaysia dan
MasterCard yang membenarkan Kad Debit anda diterima di luar negara dan juga di Malaysia. Dengan adanya
kedua-dua jenama kad debit ini, Kad Debit anda boleh digunakan untuk pembayaran di lebih banyak pedagang/
kedai-kedai peruncit di Malaysia dan luar negara.
3.8 Apabila menggunakan Kad Debit anda Pedagang yang Dibenarkan di Malaysia, Pedagang yang Dibenarkan
mempunyai pilihan untuk menerima dan memproses pembayaran Kad Debit anda sama ada melalui MyDebit,
atau pun melalui MasterCard. Ini adalah pilihan Pedagang yang Dibenarkan dan membolehkan peruncit tersebut
untuk memproses pembayaran anda melalui rangkaian kad debit pilihan mereka.
4.0 KOD LALUAN DAN KERAHSIAAN KOD LALUAN
4.1 Apabila Kad Debit dikeluarkan, atau digantikan dan dikeluarkan semula, anda perlu mengambil Kad Debit dari
cawangan kami dan memilih PIN anda dengan menaip PIN pilihan anda ke pad PIN yang disediakan di cawangan
kami.
4.2 Anda boleh menukar PIN anda di mana-mana ATM kami pada bila-bila masa.
4.3 Jika PIN didedahkan atau terdedah, secara sukarela atau sebaliknya, kepada sesiapa, anda mesti segera
memberitahu Pusat Panggilan kami untuk mengelakkan apa-apa transaksi tanpa kebenaran daripada berlaku dan
menggantikan PIN anda yang sedia ada. Proses menggantikan PIN anda adalah seperti yang dinyatakan dalam
Klausa 4.2 di atas.
4.4 Anda perlu mengambil segala langkah munasabah untuk memastikan dan mencegah sebarang penggunaan
tanpa kebenaran dan/atau penipuan bagi Kod Laluan anda pada setiap masa dan menyimpan telefon bimbit anda
yang menerima OTP selamat semasa anda membuat transaksi E-Dagang (dalam talian). Anda bersetuju bahawa
Kod Laluan anda adalah sulit dan berjanji untuk tidak mendedahkan atau membongkarnya dalam apa-apa cara
yang menyebabkan Kod Laluan anda didedahkan atau terbongkar kepada mana-mana individu melalui panggilan
telefon yang tidak diminta, e-mel yang tidak diingini atau pada mana-mana laman web selain dari laman web
rasmi kami di www.uob.com.my atau melalui apa-apa cara lain. Anda harus menghafal Kod Laluan anda dan
memastikan tiada rekod bertulis Kod Laluan anda disimpan di mana-mana tempat atau pada apa-apa disimpan
berdekatan dengan Kad Debit anda atau dalam apa-apa cara yang mungkin membolehkan pihak ketiga mendapat
akses kepada atau menggunakan Kod Laluan anda. Anda tidak harus menggunakan Kod Laluan yang umum,
seperti nombor kad pengenalan, pasport, lesen memandu, tarikh lahir atau nombor perhubungan anda. Anda
bersetuju bahawa kegagalan untuk mematuhi syarat ini boleh mendedahkan anda kepada risiko kecurian atau
penggunaan yang tidak dibenarkan bagi Kad Debit, di mana anda akan bertanggungjawab untuk semua transaksi
yang dilakukan dengan Kad Debit, sama ada transaksi sedemikian dilakukan dengan pengetahuan atau
kebenaran anda atau sebaliknya.
4.5 Jika anda mengesyaki atau menyedari, sama ada melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) amaran transaksi
dari kami yang berhubungan dengan transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Kad Debit anda atau
sebaliknya bahawa –
a) seseorang yang tidak dibenarkan mengetahui Kod Laluan anda; atau
b) terdapat akses tanpa kebenaran untuk Kad Debit, Akaun, atau penggunaan Kod Laluan anda; atau
c) Kad Debit anda hilang atau dicuri; atau
d) terdapat transaksi yang tidak dibenarkan berlaku dengan menggunakan Kad Debit anda
anda mesti memaklumkan kami di Pusat Panggilan secepat yang semunasabahnya untuk berbuat demikian dan
mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam Klausa 11.1 dan 11.2 Terma dan Syarat ini dan memotong Kad Debit
kepada dua bahagian mengikut Klausa 2.5 Terma dan Syarat ini. Anda juga perlu memberi apa-apa maklumat
berkaitan dan bantuan yang munasabah dalam penyiasatan perkara tersebut.
4.6 Sebaik sahaja anda memaklumkan kami dan mematuhi keperluan dalam Klausa 4.5, kami boleh, pada permintaan
anda dan pada budi bicara mutlak kami, menggantikan Kad Debit tersebut dan mengeluarkan Kad Debit baru
kepada anda.
5.0 PENGGUNAAN KAD DEBIT
5.1 Anda bersetuju dan berjanji untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah seperti berikut untuk mencegah
kehilangan atau kecurian Kad Debit:-
(a) anda perlu menandatangani Kad Debit dengan serta-merta apabila menerima daripada kami;
(b) anda perlu memastikan bahawa Kad Debit dikembalikan kepada anda selepas anda melengkapkan
sebarang transaksi di Kedai Tunai yang Dibenarkan atau Pedagang yang Dibenarkan;
(c) anda harus menyimpan Kad Debit anda yang tidak digunakan di tempat yang selamat jika anda
mempunyai lebih daripada satu (1) Kad Debit; atau
(d) anda harus memusnahkan Kad Debit dengan betul, iaitu dengan memotong sepanjang jalur magnetik
dan cip sekiranya anda ingin membatalkan Kad Debit dan kembalikannya kepada kami.
(e) anda perlu menyimpan Kad Debit dan PIN selamat pada setiap masa, termasuk di tempat anda tinggal.
Ini termasuk tidak:
i. membiarkan Kad Debit tanpa pengawasan di dalam kereta dan/atau di tempat-tempat awam;
ii. mendedahkan butiran kad debit kepada mana-mana orang lain;
iii. membenarkan mana-mana orang lain menggunakan Kad Debit anda.
Anda mesti memaklumkan kami di Pusat Panggilan sebaik sahaja ia munasabah untuk berbuat demikian dan
mematuhi syarat yang dinyatakan dalam Klausa 11.1 dan 11.2 dalam Terma dan Syarat ini jika Kad Debit anda
hilang atau dicuri.
5.2 Anda perlu menggunakan Kad Debit dan PIN anda untuk mengakses Akaun anda atau mana-mana akaun lain
anda dengan kami bagi Pengeluaran Tunai melalui ATM.
5.3 Pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dari mana-mana Pedagang yang Dibenarkan dengan menggunakan
Kad Debit pada amnya akan memerlukan anda untuk memasukkan PIN anda ke dalam Terminal Cip dan/atau
menandatangani Draf Jualan, kecuali pembelian tersebut dilakukan melalui pesanan pos atau telefon, terminal
layan diri, Terminal Cip tanpa sentuhan, internet atau apa-apa cara sama yang lain.
5.4 Transaksi Tanpa Sentuhan
i. Apabila pembayaran bagi pembelian barangan dan/ atau perkhidmatan daripada mana-mana Pedagang
yang Dibenarkan adalah dilaksanakan dengan cara satu Transaksi Tanpa Sentuhan, transaksi tersebut
diproses dengan menyentuh/ mengimbas Kad Debit anda yang berciri “PayPass” atau “MyDebit” di
pembaca/ terminal tanpa sentuhan. Satu Transaksi Tanpa Sentuhan membenarkan satu transaksi diproses
tanpa memerlukan Kad Debit anda dileret dan/ atau dimasukkan di pembaca/ Terminal Cip dan/ atau
memerlukan anda sama ada memasukkan PIN anda pada Terminal Cip dan/ atau tandatangan pada Draf
Jualan untuk memberi kuasa transaksi, tertakluk pada had transaksi yang kami benarkan.
ii. Anda mengakui kemudahan menggunakan Kad Debit dengan Transaksi Tanpa Sentuhan dan tertakluk
kepada Klausa 11.0, mengaku janji untuk bertanggungjawab bagi semua Transaksi Tanpa Sentuhan.
iii. Terdapat 2 jenis Transaksi Tanpa Sentuhan:
(a) Tanpa Sentuhan MyDebit - Satu kaedah pembayaran tanpa sentuhan melalui rangkaian MyDebit yang
boleh dilakukan pada mana-mana terminal tempat jualan yang memaparkan logo MyDebit tanpa
sentuhan; dan
(b) MasterCard PayPass - Satu kaedah pembayaran tanpa sentuhan melalui rangkaian MasterCard yang
boleh dilakukan pada mana-mana terminal tempat jualan yang memaparkan logo MasterCard
PayPass.
iv. Anda mengakui bahawa penggunaan Transaksi Tanpa Sentuhan adalah terhad kepada:-
(a) Dihadkan pada maksimum RM250 atau bersamaan dalam mata wang asing (tertakluk kepada
Klausa 9.3 di bawah) bagi setiap transaksi atau terkumpul. Kami berhak untuk menyemak semula
had tersebut atau mengenakan apa-apa had lain dari semasa ke semasa mengikut budi bicara
mutlak kami ; atau
(b) lima (5) Transaksi Tanpa Sentuhan berturut-turut di mana-mana tempoh masa,
mengikut mana-mana yang berlaku dahulu. Untuk kegunaan Transaksi Tanpa Sentuhan seterusnya, anda
dikehendaki untuk mengaktifkan semula dengan Transaksi Sentuhan.
v. Bagi Transaksi Tanpa Sentuhan, Pedagang yang Dibenarkan tidak perlu untuk memberikanDraf Jualan
transaksi lengkap melainkan anda meminta Draf Jualan.
5.5 Untuk menggunakan Kad Debit bagi melakukan pengeluaran wang tunai daripada Rangkai Niaga Tunai yang
Dibenarkan, anda perlu memasukkan PIN anda ke dalam Terminal Cip dan/atau menandatangani Draf
Pengeluaran Tunai yang disediakan oleh Pedagang yang Dibenarkan.
5.6 Jika anda ingin menggunakan Kad Debit untuk bayaran berhubung dengan transaksi E-Dagang (dalam talian),
anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk “Kod Keselamatan™ MasterCard®” (“Perkhidmatan”) di laman web
kami (www.uob.com.my) atau laman web lain sedemikian seperti yang mungkin dimaklumkan kepada anda.
Dengan mendaftar untuk Perkhidmatan tersebut, anda akan dianggap telah bersetuju untuk diikat oleh terma dan
syarat Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam laman web berkenaan. Anda secara amnya perlu
memasukkan OTP yang diterima oleh telefon bimbit anda untuk melengkapkan bayaran untuk transaksi E-Dagang
(dalam talian).
5.7 Kami boleh pada budi bicara mutlak kami memerlukan anda pada bila-bila masa untuk menetapkan Had ke atas
transaksi harian atau bulanan anda dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak boleh menggunakan Kad Debit untuk
sebarang transaksi yang melebihi Had tersebut.
5.8 Anda tidak boleh menggunakan atau cuba untuk menggunakan Kad Debit untuk sebarang transaksi, terutamanya
untuk pengeluaran tunai, pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pembayaran atau pemindahan baki
daripada mana-mana Akaun kecuali terdapat baki yang mencukupi dalam Akaun berkenaan.
5.9 Anda membenarkan kami untuk mendebit Akaun yang telah dinamakan sebagai Akaun Utama untuk transaksi di
Tempat Penjualan dengan semua pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang dilakukan, apa-apa
Pengeluaran Tunai dan apa-apa transaksi lain yang dilaksanakan dengan menggunakan Kad Debit, tanpa
mengira bahawa pendebitan sedemikian akan menyebabkan Akaun terlebih keluar.
5.10 Anda akan bertanggungjawab kepada kami untuk transaksi di mana anda tidak mendapatkan atau
menandatangani Draf Jualan dan/atau Draf Pengeluaran Tunai jika kami memutuskan bahawa kegagalan tersebut
disebabkan oleh transaksi, atau kelalaian anda, Pedagang yang Dibenarkan, atau Rangkai Niaga Tunai yang
Dibenarkan.
5.11 Kami boleh pada budi bicara mutlak kami memutuskan untuk tidak menerima suatu transaksi yang dilaksanakan
dengan menggunakan Kad Debit jika terdapat –
(a) sesuatu kesilapan, kerosakan, kegagalan atau gangguan dalam penyediaan perkhidmatan ATM atau
dalam sistem atau peralatan kami akibat daripada apa-apa sebab di luar kawalan kami atau untuk apa-
apa sebab lain;
(b) kerosakan mekanikal atau kepincangan terminal atau peralatan di Pedagang yang Dibenarkan atau
Kedai Tunai yang Dibenarkan atau mana-mana ATM atau rangkaian perkhidmatan lain akibat gangguan
bekalan elektrik atau apa-apa sebab di luar kawalan kami;
(c) satu kesilapan di pihak kami;
(d) baki tersedia yang tidak mencukupi di dalam Akaun berkenaan;
(e) penggunaan atau percubaan penggunaan Kad Debit untuk transaksi yang melebihi Had.
dan anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab bagi penolakan tersebut atau sebarang
kesulitan, kehilangan, kecederaan atau kerosakan di mana anda mungkin alami secara langsung atau tidak
langsung akibat daripada kami tidak menerima transaksi tersebut.
5.12 Tanpa menjejaskan Klausa 5.11 di atas, kami boleh menolak untuk memenuhi transaksi yang dilaksanakan
dengan menggunakan Kad Debit untuk apa-apa sebab yang kami anggap sesuai dan anda bersetuju bahawa
kami tidak akan dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara atas penolakan atau sebarang kesulitan, kehilangan,
kecederaan atau kerosakan di mana anda mungkin alami secara langsung atau tidak langsung akibat daripada
kami tidak menerima transaksi tersebut.
6.0 AKAUN BERSAMA
6.1 Transaksi yang dilaksanakan dengan sebarang Kad Debit dari Akaun bersama akan mengikat semua pemegang
akaun, yang akan bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk semua transaksi, walaupun
pemegang akaun bersama adalah Minor.
6.2 Mandat untuk operasi Akaun bersama hanya boleh dibatalkan apabila Kad Debit dipulangkan oleh pemegang kad
di mana mandatnya akan dibatalkan, dan Kad Debit telah dibatalkan atau ditamatkan mengikut Klausa 12 Terma
dan Syarat.
7.0 AKAUN
7.1 Pada penerimaan sebarang pengesahan dan rekod transaksi yang dilaksanakan menggunakan Kad Debit yang
dikeluarkan oleh kami, atau yang didapati dalam mana-mana Penyata Akaun, anda perlu memastikan bahawa
semua pengesahan, rekod dan/atau kemasukan adalah betul. Jika anda mendapati kesilapan dalam:
a) pengesahan dan rekod tersebut, anda mesti memaklumkan kami secara bertulis sebaik sahaja ia
munasabah untuk berbuat demikian setelah menerima pengesahan dan rekod tersebut;
b) Penyata Akaun, anda mesti memaklumkan kami secara bertulis sebaik sahaja ia munasabah untuk berbuat
demikian tetapi tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari Tarikh Penyata;
dan anda perlu memberikan kami apa-apa maklumat berkaitan dan bantuan yang munasabah dalam penyiasatan
perkara tersebut. Jika anda tidak berbuat demikian, pengesahan, rekod dan/atau Penyata Akaun tersebut akan
dianggap sebagai bukti yang betul dan muktamad terhadap anda dan anda akan dianggap telah mengetepikan
apa-apa hak untuk mengemukakan sebarang bantahan terhadap pengesahan, rekod dan/atau Penyata Akaun
tersebut. Anda akan diikat oleh dan bertanggungjawab ke atas semua jumlah yang dinyatakan dalam Penyata
Akaun.
7.2 Jika anda memaklumkan kami mengenai sesuatu kesilapan dalam (i) pengesahan dan rekod sedemikian sebaik
sahaja ia munasabah untuk berbuat demikian setelah menerima pengesahan dan rekod tersebut; (ii) Penyata
Akaun sebaik sahaja ia munasabah untuk berbuat demikian tetapi tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari
Tarikh Penyata;
a) anda masih akan diikat oleh kandungan baki Penyata yang tidak terjejas oleh kesilapan yang didakwa
tersebut;
b) kami akan menyiasat kesilapan yang didakwa, dan sekiranya siasatan mendedahkan atau menunjukkan
tiada kesilapan, anda akan diikat oleh kandungan Penyata Akaun;
c) jika kami berpuas hati, kami boleh melakukan pelarasan dan pembetulan yang diperlukan ke atas
Akaun, tetapi ini tidak akan menjejaskan hak kami untuk mendebit atau mengkredit Akaun dengan apa-
apa jumlah.
7.3 Tanpa menjejaskan keluasan makna Klausa 7.1, baki dalam Akaun dan yang dipaparkan pada skrin ATM atau
mana-mana rangkaian perkhidmatan dan/atau yang terdapat pada Penyata Akaun tidak akan termasuk deposit
yang dilakukan di ATM atau di cawangan kami atau apa-apa transaksi lain yang dilaksanakan dengan
menggunakan Kad Debit yang belum disahkan mengikut cara yang kami tentukan.
7.4 Semua bayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan menggunakan Kad Debit, fi
tahunan dan caj lain akan didebitkan kepada Akaun dan dinyatakan dalam Penyata Akaun.
7.5 Pada kelulusan transaksi pra-kebenaran seperti yang dinyatakan dalam klausa 7.5.1 dan 7.5.2 di bawah, baki
tersedia dalam Akaun anda, atau sebahagian daripadanya mungkin disekat/diperuntukkan sehingga transaksi
dilengkapkan.
7.5.1 Bagi pembelian petrol yang dilakukan di pam/kiosk menggunakan Kad Debit, jumlah pra-kebenaran
yang kami tentukan akan disekat/diperuntukkan daripada baki sedia ada dalam Akaun anda untuk
T+3 hari di mana “T” merupakan hari transaksi.
7.5.2 Bagi transaksi pra-kebenaran lain yang dilakukan dengan menggunakan Kad Debit kecuali transaksi
yang disebut dalam klausa 7.5.1 di atas, jumlah pra-kebenaran yang ditentukan oleh Pedagang yang
Dibenarkan akan disekat/diperuntukkan daripada baki sedia ada dalam Akaun anda sehingga
transaksi tersebut dilengkapkan dan jumlah transaksi sebenar didebitkan dari Akaun anda.
7.6 Jika baki sedia ada dalam Akaun tidak mencukupi untuk membayar sesuatu transaksi atau amaun lain yang perlu
dibayar daripada Akaun (termasuk sebarang fi, caj atau bayaran lain yang perlu dibayar kepada kami), kami boleh
pada budi bicara mutlak kami (dan tanpa sebarang tanggungjawab untuk berbuat demikian), memindah atau
mengatur pemindahan dana yang mencukupi daripada akaun lain yang dipegang oleh anda dengan kami, ke
dalam Akaun.
7.7 Walaupun terdapat apa-apa yang bertentangan dalam Terma dan Syarat ini, jika kami, akibat sebarang sebab,
termasuk sebarang kelulusan salah yang diberi atau sebarang kesilapan di pihak kami, mengkredit sebarang
amaun yang salah ke dalam Akaun atau mendebitkan sebarang amaun yang salah daripada Akaun, anda
bersetuju bahawa kami mempunyai hak mutlak untuk melakukan pelarasan atau pembetulan yang sepatutnya,
termasuk mendebit Akaun dengan sewajarnya.
8.0 DEPOSIT DI ATM
8.1 Anda boleh melakukan deposit tunai atau cek di ATM yang ditetapkan dengan menggunakan Kad Debit dan
memasukkan PIN anda ke dalam ATM.
8.2 Deposit tunai atau cek tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun berkenaan selepas pengesahan oleh kami
dengan cara yang kami tentukan dari semasa ke semasa.
8.3 Kami boleh memulangkan apa-apa cek, draf atau instrumen yang didepositkan tetapi tidak ditunaikan oleh kami
untuk apa-apa sebab, dan ini akan dikembalikan kepada anda melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yang
diketahui oleh kami, atau dalam apa-apa cara yang kami anggap sesuai pada risiko dan perbelanjaan anda
sendiri.
9.0 TRANSAKSI LUAR NEGARA
9.1 Anda boleh menggunakan Kad Debit di luar Malaysia di Pedagang yang Dibenarkan, Kedai Tunai yang
Dibenarkan dan/atau Pedagang SMART$ yang Dibenarkan kecuali untuk Transaksi Tanpa Sentuhan di luar talian
yang hanya boleh digunakan secara domestik di Malaysia sahaja.
9.2 Anda boleh menggunakan Kad Debit untuk Pengeluaran Tunai di tempat yang mempunyai logo MasterCard,
Maestro dan Cirrus di negara-negara yang diluluskan oleh kami, atau di mana-mana Rangkai Niaga Tunai yang
Dibenarkan. Jika anda melakukan Pengeluaran Tunai di ATM bukan milik kami, anda boleh dikenakan bayaran
yang dikenakan oleh kami untuk Pengeluaran Tunai tersebut.
9.3 Jika anda menggunakan Kad Debit untuk Pengeluaran Tunai atau untuk transaksi dalam mata wang selain
daripada Ringgit Malaysia, ia tersebut akan ditukar melalui MasterCard Worldwide pada kadar pertukaran yang
ditentukan oleh MasterCard Worldwide pada tarikh transaksi dimasukkan ke dalam Akaun. Kadar pertukaran pada
tarikh kemasukan tersebut mungkin berbeza daripada kadar pertukaran yang berkuatkuasa pada tarikh transaksi.
Selain itu, kos pentadbiran sebanyak 1% atau kadar lain sedemikian yang ditentukan oleh kami untuk penukaran
transaksi yang dilakukan dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia akan dikenakan kepada anda.
Sebarang kadar yang dikenakan akan ditentukan oleh MasterCard Worldwide dan adalah muktamad dan
konklusif, dan anda akan menanggung semua risiko pertukaran, kerugian, komisen dan kos lain yang mungkin
ditanggung.
9.4 Semua Pengeluaran Tunai atau transaksi luar negara oleh anda tidak boleh melanggar undang-undang sedia ada
di negara di mana Pengeluaran Tunai atau transaksi dilakukan. Di mana berkenaan, anda mesti mematuhi
Peraturan Kawalan Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sebagaimana yang diubah
dan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan akan bertanggungjawab ke atas sebarang pelanggaran untuk
peraturan tersebut.
10.0 TRANSAKSI YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG
Anda bertanggungjawab untuk menggunakan Kad Debit secara bertanggungjawab. Anda tidak boleh menggunakan Kad
Debit untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Sekiranya kami mendapati, mengesyaki atau mempunyai
sebab untuk mempercayai bahawa Kad Debit anda telah digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang,
kami boleh mengambil tindakan yang kami anggap sesuai dalam usaha kami untuk memenuhi sebarang kewajipan atau
keperluan di Malaysia atau di tempat lain di dunia berhubung dengan pencegahan atau apa-apa aktiviti yang menyalahi
undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, aktiviti pengganas, sogokan,
rasuah atau pengelakan cukai atau penguatkuasaan apa-apa sekatan ekonomi atau perdagangan. Tindakan yang kami
mungkin ambil termasuk menggantung atau menamatkan penggunaan Kad Debit dengan serta-merta, membuat laporan
dan mengambil tindakan sedemikian yang kami anggap wajar pada budi bicara mutlak kami.
11.0 LIABILITI UNTUK KEHILANGAN ATAU KECURIAN KAD DEBIT, PENDEDAHAN KOD LALUAN ANDA KEPADA
MANA-MANA INDIVIDU ATAU PENGGUNAAN KAD DEBIT TANPA KEBENARAN
11.1 Anda bersetuju dan berjanji untuk menjaga dan mengambil semua langkah berwaspada yang sewajarnya bagi
mengelakkan kehilangan atau kecurian Kad Debit, pendedahan Kod Laluan anda atau penggunaan Kad Debit
tanpa kebenaran dan mesti memaklumkan Pusat Panggilan sebaik sahaja ia munasabah untuk berbuat demikian.
Sekiranya kehilangan atau kecurian Kad Debit berlaku di luar negara, anda perlu memaklumkan mana-mana ahli
MasterCard Worldwide melalui telefon sebaik sahaja ia munasabah untuk berbuat demikian. Anda memahami
bahawa kegagalan untuk menjaga dan mengambil semua langkah berwaspada yang sewajarnya untuk
melindungi Kad Debit atau Kod Laluan anda mungkin mendedahkan anda kepada kecurian dan/atau penggunaan
Kad Debit yang tidak dibenarkan.
11.2 Anda mesti mengambil tindakan susulan selepas pemakluman anda dalam Klausa 11.1 melalui pengesahan
bertulis dan penyerahan apa-apa dokumen yang diperlukan oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada salinan
laporan polis yang difailkan berhubung dengan kehilangan atau kecurian Kad Debit, dan/atau Kod Laluan anda
dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh kehilangan/kecurian dan/atau pendedahan tersebut.
11.3 Anda akan bertanggungjawab atas Transaksi Sentuhan tanpa kebenaran dimana pengesahan PIN diperlukan jika
anda:
a) melakukan penipuan
b) lambat dalam memaklumkan kepada kami secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan selepas
mendapati Kad Debit anda hilang atau digunakan tanpa kebenaran;
c) mendedahkan PIN kepada orang lain secara sukarela; atau
d) merekodkan PIN pada Kad Debit anda, atau pada apa-apa benda yang disimpan berdekatan dengan
Kad Debit anda dan boleh hilang atau dicuri dengan Kad Debit anda.
11.4 Anda akan bertanggungjawab ke atas Transaksi Sentuhan tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan
tandatangan atau dengan Transkasi Tanpa Sentuhan, jika anda:
a) melakukan penipuan
b) lambat dalam memaklumkan kepada kami secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan selepas
mendapati Kad Debit anda hilang atau digunakan tanpa kebenaran;
c) meninggalkan Kad Debit anda atau item yang mengandungi Kad Debit anda, tiada jagaan di tempat
yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain; atau
d) membenarkan orang lain secara sukarela menggunakan Kad Debit anda.
11.5 Pada permintaan anda, kami boleh (tetapi tidak diwajibkan) untuk mengeluarkan Kad Debit gantian kepada anda
berikutan kehilangan atau kecuriannya. Anda perlu membayar fi penggantian sebanyak RM8.00 (atau apa-apa fi
yang mungkin detentukan oleh kami dari semasa ke semasa untuk setiap gantian Kad Debit. Setakat yang
dibenarkan undang-undang, anda akan kekal bertanggungjawab ke atas apa-apa transaksi yang dilaksanakan
melalui penggunaan Kad Debit yang hilang atau dicuri, termasuk transaksi yang dilakukan tetapi belum
dimasukkan ke dalam Akaun, dan apa-apa arahan tetap sedia ada yang dilakukan oleh anda kepada Pedagang
yang Dibenarkan.
11.6 Apabila anda menerima Kad Debit gantian, anda perlu menandatangani pada jalur tandatangannya. Apabila anda
menggunakan Kad Debit gantian untuk kali pertama, ia merupakan pengaktifan sah untuk Kad Debit tersebut dan
anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini. Anda bertanggungjawab
semata-mata untuk memaklumkan Pedagang yang Dibenarkan untuk membatalkan atau meminda mana-mana
arahan tetap sedia ada berhubung dengan Kad Debit yang hilang atau dicuri dan/atau Kad Debit gantian.
12.0 PENAMATAN, PEMBATALAN ATAU PENGGANTUNGAN KAD DEBIT
12.1 Anda boleh menamatkan penggunaan Kad Debit pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami.
Fi tahunan tidak akan dibayar balik kepada anda.
12.2 Kami boleh pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, menarik balik, menamatkan atau menggantung
penggunaan Kad Debit, Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan berkaitan lain oleh anda, menolak apa-apa
transaksi di bawah Kad Debit dan/atau enggan mengeluarkan, memperbaharui atau mengganti Kad Debit, tanpa
memberi apa-apa notis atau sebab kepada anda, jika mana-mana yang berikut (“Kejadian Ingkar”) berlaku –
a) anda gagal mematuhi pembayaran atau cara pembayaran apa-apa wang yang perlu dibayar di bawah
mana-mana perjanjian lain berhubung dengan mana-mana kemudahan perbankan/kredit yang diberikan
oleh kami kepada anda;
b) anda melebihi Had;
c) anda mengancam untuk melanggar atau telah melanggar Terma dan Syarat ini;
d) anda meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, tidak siuman, tidak mampu bayar, bankrap atau
menghadapi prosiding kehakiman;
e) anda melakukan perbuatan kebankrapan atau membenarkan penghakiman yang belum diselesaikan
terhadap anda untuk melebihi dua puluh satu (21) hari;
f) pelaksanaan distres, penahanan atau prosiding undang-undang lain telah dikenakan, dikuatkuasa atau
dikeluarkan terhadap hartanah anda dan tidak dilepaskan atau masih kekal dalam tempoh tujuh (7) hari;
g) apa-apa tindakan undang-undang (sama ada sivil atau jenayah), timbang tara atau prosiding
pentadbiran yang belum selesai, berterusan atau diancam terhadap anda;
h) anda memasuki atau cuba memasuki sebarang persetujuan atau pengaturan dengan atau untuk
manfaat pemiutang anda;
i) anda melakukan atau mengancam untuk melakukan kemungkiran atau pelanggaran mana-mana
perjanjian, persetujuan, ketetapan, terma atau syarat yang dimeterai antara anda dan kami, yang perlu
dipatuhi dan dilaksanakan;
j) pada bila-bila masa selepas pengeluaran Kad Debit, undang-undang dan peraturan yang mentadbir
kami mungkin menjadikannya salah dari segi undang-undang, tidak sah atau mustahil bagi kami untuk
membenarkan anda atau terus membenarkan anda untuk menggunakan Kad Debit atau Akaun atau
untuk mematuhi tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini atau untuk kami menguatkuasakan
mana-mana hak kami di bawah Terma dan Syarat ini, apa-apa dokumen keselamatan atau apa-apa
perjanjian lain berhubung dengan mana-mana kemudahan perbankan/kredit yang diberikan oleh kami
kepada anda;
k) apa-apa penyiasatan oleh pihak polis, pihak berkuasa atau pengawal selia yang belum lagi selesai,
masih dijalankan atau diancam terhadap anda;
l) lokasi anda tidak diketahui oleh kami;
m) kami, pada budi bicara mutlak kami, memutuskan bahawa terdapat apa-apa perubahan dalam keadaan
pasaran yang akan menyebabkan penerusan kemudahan dan perkhidmatan Kad Debit yang ditawarkan
kepada anda untuk menjadi tidak praktikal atau tidak sesuai dari segi komersial untuk sementara waktu
atau selama-lamanya;
n) jika anda telah didakwa atau disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah atau mempunyai sebarang
rekod jenayah;
o) jika terdapat apa-apa laporan yang diambil terhadap anda di bawah Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001;
p) jika kami mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Kad Debit digunakan bagi
suatu aktiviti yang menyalahi undang-undang.
12.3 Tanpa mengambil kira Klausa 12.2, kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menarik balik atau menamatkan
penggunaan Kad Debit anda dengan memberikan notis kepada anda.
12.4 Pada penamatan Kad Debit anda, anda akan terus bertanggungjawab untuk sebarang transaksi yang
dilaksanakan melalui penggunaan Kad Debit (sama ada sebelum atau selepas penamatan Kad Debit), termasuk
transaksi yang dilakukan tetapi belum dimasukkan ke dalam Akaun, dan mana-mana arahan tetap sedia ada yang
dilakukan oleh anda kepada Pedagang yang Dibenarkan. Anda bertanggungjawab semata-mata untuk
memaklumkan Pedagang yang Dibenarkan dan membatalkan mana-mana arahan tetap sedia ada sebelum atau
selepas penamatan Kad Debit anda.
12.5 Jika Kad Debit dan/atau Akaun ditamatkan, anda mesti –
a) memotong Kad Debit kepada dua bahagian di sepanjang jalur magnet dan cip;
b) membayar semua wang yang dihutang oleh anda kepada kami dengan serta-merta (termasuk
keseluruhan baki tertunggak dalam Akaun bersama dengan semua fi, kos, cukai, duti, levi yang terakru
sehingga tarikh penamatan Kad Debit dan apa-apa amaun terhutang lain berhubung dengan transaksi
yang dilaksanakan menggunakan Kad Debit yang belum dimasukkan ke dalam Akaun).
12.6 Jika, selepas penamatan, anda tidak memotong Kad Debit kepada dua bahagian, anda akan terus
bertanggungjawab ke atas apa-apa caj dan transaksi yang dilakukan dengan Kad Debit dan caj dan transaksi
tersebut akan didebitkan ke dalam Akaun anda.
12.7 Butiran untuk mana-mana Kad Debit yang dibatalkan atau ditarik balik boleh diletakkan dalam “senarai
pembatalan” yang kami boleh edarkan kepada semua Pedagang yang Dibenarkan dan Rangkai Niaga Tunai yang
Dibenarkan.
12.8 Anda perlu memaklumkan kami jika anda meninggalkan Malaysia untuk menetap di tempat lain sekurang-
kurangnya empat belas (14) hari sebelum anda berlepas. Dalam keadaan sedemikian, Kad Debit akan ditamatkan
dengan serta-merta dan anda mesti memotong Kad Debit kepada dua bahagian sebelum anda berlepas.
13.0 PENGECUALIAN LIABILITI
13.1 Kami tidak akan dalam apa-apa keadaan sekalipun bertanggungjawab ke atas ganti rugi yang dialami atau
kerugian yang ditanggung oleh anda (termasuk kehilangan reputasi atau rasa malu) –
a) berhubung dengan sesuatu perwakilan atau implikasi yang disebabkan oleh –
i) pembatalan atau keengganan kami untuk memperbaharui Kad Debit;
ii) penggantungan atau sekatan yang dikenakan oleh kami ke atas penggunaan Kad Debit;
iii) pengedaran butiran Kad Debit anda dalam senarai Kad Debit dibatalkan kepada Pedagang
yang Dibenarkan atau Rangkai Niaga Tunai yang Dibenarkan; atau
iv) pindaan, perubahan, pembatalan, penggantungan dan/atau penarikan balik mana-mana
manfaat atau keistimewaan anda di bawah Kad Debit;
b) disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan oleh Pedagang yang Dibenarkan atau Rangkai
Niaga Tunai yang Dibenarkan;
c) disebabkan oleh pengekalan Kad Debit dan/atau keengganan Pedagang yang Dibenarkan atau Kedai
Tunai yang Dibenarkan untuk menerima Kad Debit;
d) berhubung dengan suatu kenyataan, perwakilan atau komunikasi yang dilakukan oleh Pedagang yang
Dibenarkan atau Rangkai Niaga Tunai yang Dibenarkan;
e) disebabkan oleh kerosakan atau kekurangan dalam barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang
disediakan oleh Pedagang yang Dibenarkan atau Rangkai Niaga Tunai yang Dibenarkan;
f) disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan kualiti, keberkesanan dan/atau ketulenan barangan yang
dibeli dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Pedagang yang Dibenarkan atau Rangkai Niaga
Tunai yang Dibenarkan.
14.0 FI, CAJ DAN HAK UNTUK MENDEBIT
14.1 Anda bersetuju untuk membayar, dan membenarkan kami mendebit daripada Akaun, pada bila-bila masa tanpa
memaklumkan anda terlebih dahulu, semua fi dan caj, faedah, cukai, duti atau levi yang ditanggung berhubung
dengan pengeluaran dan penggunaan Kad Debit, dan semua kos guaman, caj dan perbelanjaan yang mungkin
ditanggung oleh kami dalam menguatkuasakan atau percubaan untuk menguatkuasakan Terma dan Syarat ini.
14.2 Anda bertanggungjawab untuk membayar sebarang cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau levi lain
yang, pada tarikh pengeluaran Kad Debit atau apa-apa tarikh selepas tarikh pengeluaran Kad Debit, diperlukan
oleh undang-undang (termasuk Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (2014) atau peraturan-peraturan, garis
panduan, keputusan atau arahan yang dikeluarkan di bawah undang-undang tersebut (dan termasuk apa-apa
pindaan yang dibuat kepada apa-apa undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, keputusan atau
arahan) untuk dibayar kepada mana-mana perbadanan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke
atas kami, berhubung dengan sebarang wang yang dikenakan atau ditanggung oleh kami berhubung dengan Kad
Debit. Kecuali kami telah menyatakan sebaliknya, anda akan bertanggungjawab untuk membayar barangan dan
cukai servis yang berkenaan sebagai tambahan kepada yuran dan caj kami.
14.3 Sebarang cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang ditanggung oleh kami berhubung
dengan penggunaan Kad Debit dan apa-apa barangan atau perkhidmatan yang disediakan di bawah Kad Debit
akan ditanggung oleh dan dikenakan kepada anda. Jika kami melaksanakan apa-apa pembayaran bagi pihak
anda, anda bertanggungjawab untuk membayar balik sebarang amaun yang dibayar kepada kami.
14.4 Anda mesti membayar fi tahunan untuk Kad Debit apabila Kad Debit dikeluarkan atau diperbaharui. Fi tahunan
akan ditentukan oleh kami pada bila-bila masa, dan akan didebitkan daripada Akaun anda apabila pembayaran
dijangka, dan tidak akan dikembalikan.
14.5 Anda mesti membayar caj perkhidmatan (pada kadar yang kami tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara
mutlak kami) bagi perkhidmatan yang kami berikan berhubung dengan –
a) permintaan untuk pengeluaran atau salinan dan/atau Draf Jualan asal atau dokumen lain;
b) penggantian Kad Debit yang hilang atau dicuri; atau
c) penggantian Kad Debit disebabkan oleh terlupa PIN.
14.6 Anda mesti membayar sebarang fi dan/atau caj yang dikenakan pada bila-bila masa oleh kami atau mana-mana
pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami untuk perkhidmatan dan kemudahan
yang disediakan kepada anda.
15.0 PROGRAM REBAT SMART$
Anda boleh mendapat SMART$ pada pembelian yang dilakukan dengan Kad Debit yang dilaksanakan di mana-mana kedai
pedagang SMART$ melalui terminal kami pada kadar yang ditentukan antara kami dan pedagang SMART$. Kelayakan
anda untuk menyertai Program Rebat SMART$ adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Program Rebat SMART$. Bagi
mengelakkan keraguan, semua rujukan kepada nilai apa-apa transaksi sedemikian dengan Kad Debit akan dianggap
sebagai rujukan kepada jumlah akhir yang dicaj kepada Kad Debit selepas mengambil kira penebusan SMART$ (jika ada) di
bawah Program Rebat SMART$.
16.0 CIRI DAN MANFAAT SECARA AM
Kami boleh pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, meminda, mengubah, menyemak, menyekat, meningkat,
menggantung, membatalkan atau menarik balik semua atau mana-mana kemudahan, perkhidmatan, manfaat dan
keistimewaan yang diberikan kepada anda di bawah Kad Debit dengan memberikan notis terlebih dahulu.
17.0 TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN TELEFON UOB 121
Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, jika anda meminta perkhidmatan kami melalui Perkhidmatan Perbankan
Telefon UOB 121, Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Telefon UOB 121 akan digunakan sebagai tambahan
kepada dan bukan penggantian untuk Terma dan Syarat ini. Anda boleh membaca Terma dan Syarat Perkhidmatan
Perbankan Telefon UOB 121 di www.uob.com.my.
18.0 TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET PERIBADI UOB
Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, jika anda meminta perkhidmatan kami melalui Perkhidmatan Perbankan
Internet Peribadi UOB, Terma dan Syarat yang Mentadbir Perbankan Internet Peribadi UOB akan digunakan sebagai
tambahan kepada dan bukan penggantian untuk sebarang terma dan syarat yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini.
Anda boleh membaca Terma dan Syarat yang Mentadbir Perbankan Internet Peribadi UOB di www.uob.com.my.
19.0 TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN
Terma dan Syarat ini perlu dibaca bersama dengan Terma dan Syarat yang mentadbir Akaun (“T&S Akaun”). Sekiranya
terdapat percanggahan di antara T&S Akaun dan Terma dan Syarat ini, Terma dan Syarat ini akan dikekalkan untuk perkara
yang berhubung dengan Kad Debit.
20.0 HAK UNTUK MENOLAK SELESAI DAN PENGGABUNGAN
20.1 Sebagai tambahan kepada apa-apa hak tolak selesai umum di bawah undang-undang atau mana-mana perjanjian
lain, anda bersetuju bahawa kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menggabung atau menyatukan baki kredit
dalam Akaun dengan semua atau mana-mana akaun sedia ada anda dengan kami, sama ada secara tunggal atau
bersama dengan mana-mana individu lain. Anda membenarkan kami, selepas memberi anda notis tujuh (7) hari,
untuk menolak selesai atau memindahkan apa-apa jumlah wang kredit yang ada dalam Akaun untuk
menyelesaikan apa-apa jumlah terhutang dan perlu dibayar kepada kami oleh anda di bawah mana-mana akaun
sedia ada anda dengan kami, sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain.
20.2 Pada pengeluaran notis yang dinyatakan dalam Klausa 20.1 di atas, anda bersetuju bahawa kami mempunyai hak
untuk memperuntukkan atau memegang sebarang wang kredit yang ada dalam Akaun, sebelum tolak selesai
tersebut dan anda tidak berhak untuk mengeluarkan wang, tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih
dahulu.
20.3 Di mana penggabungan, tolak selesai atau pemindahan memerlukan penukaran antara mata wang, penukaran
akan dikira pada kadar pertukaran semasa (sebagaimana yang ditetapkan oleh kami pada budi bicara mutlak
kami) untuk membeli mata wang yang anda bertanggungjawab ke atasnya.
21.0 PERTIKAIAN
21.1 Anda mesti menyelesaikan semua aduan, tuntutan dan pertikaian secara langsung dengan Pedagang yang
Dibenarkan atau Rangkai Niaga Tunai yang Dibenarkan, dan anda bersetuju untuk tidak membabitkan kami dalam
sebarang tuntutan, pertikaian atau prosiding undang-undang sedemikian, dan tuntutan sedemikian tidak boleh
ditolak selesai terhadap kami.
21.2 Setakat yang dibenarkan undang-undang, apa-apa tuntutan atau pertikaian yang anda mungkin hadapi terhadap
Pedagang yang Dibenarkan atau Kedai Tunai yang Dibenarkan tidak akan menjadi tanggungjawab bagi pihak
kami di bawah Terma dan Syarat ini untuk menahan apa-apa pemindahan atau pembayaran sebarang wang dari
Akaun kepada Pedagang yang Dibenarkan atau Rangkai Niaga Tunai yang Dibenarkan. Anda bersetuju bahawa
kami tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan pemindahan atau bayaran sedemikian kepada Pedagang
yang Dibenarkan atau Rangkai Niaga Tunai yang Dibenarkan.
21.3 Anda mesti menghubungi dan memaklumkan Pedagang yang Dibenarkan secara langsung mengenai apa-apa
pembatalan bil berulang untuk arahan tetap atau bayaran atau pembatalan Kad Debit berhubung dengan
sebarang arahan tetap bil berulang. Anda bersetuju bahawa anda akan mengemukakan apa-apa tuntutan atau
pertikaian berhubung dengan bil berulang yang terdapat dalam Penyata Akaun secara langsung kepada
Pedagang yang Dibenarkan, dan bahawa kami tidak akan dipertanggungjawabkan dalam apa-apa cara sekalipun.
21.4 Apabila anda melaporkan sesuatu transaksi yang anda pertikaikan terhadap Pedagang yang Dibenarkan atau
Rangkai Niaga Tunai yang Dibenarkan, anda mesti memberikan kami maklumat berikut, sama ada secara lisan
atau bertulis, berhubung dengan transaksi yang dipertikaikan:
a) nama anda;
b) Akaun yang terjejas;
c) tarikh dan jumlah transaksi yang dipertikaikan; dan
d) sebab mengapa anda percaya bahawa ia merupakan transaksi yang dipertikaikan.
21.5 Kami berhak mendebitkan jumlah penuh transaksi yang dipertikaikan daripada Akaun anda selepas diberikan bukti
transaksi yang dipertikaikan tersebut adalah sah dan dibenarkan oleh anda dengan memberikan anda notis dua
puluh (21) hari terlebih dahulu.
21.6 Sebarang usaha di pihak anda untuk membuat tuntutan palsu bagi transaksi yang dipertikaikan akan melayakkan
kami untuk melaksanakan sebarang hak kami di bawah Terma dan Syarat ini.
22.0 KEINGKARAN SILANG
Jika anda melanggar apa-apa terma dan syarat dalam mana-mana perjanjian dengan kami, sama ada untuk penggunaan
mana-mana kad debit lain yang dikeluarkan oleh kami atau untuk sebarang kemudahan perbankan/kredit, kami boleh
menamatkan Kad Debit tersebut pada budi bicara mutlak kami.
23.0 PERUBAHAN
23.1 Kami boleh, pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, mengubah, menambah, memotong atau meminda
fi dan caj serta Terma dan Syarat ini dengan memberi anda notis dua puluh satu (21) hari, melalui pemaparan di
laman web rasmi kami di www.uob.com.my, penampilan notis di mana-mana cawangan kami dan/atau
memasukkan penyata ke dalam Penyata Akaun.
23.2 Sebarang perubahan yang dinyatakan dalam Klausa 23.1 akan berkuat kuasa pada tarikh yang kami nyatakan.
Pengekalan atau penggunaan Kad Debit selepas tarikh kuatkuasa akan dianggap sebagai penerimaan tanpa
keraguan anda terhadap perubahan tersebut.
24.0 ARAHAN KOMUNIKASI
24.1 Anda membenarkan kami untuk bertindak atas arahan anda yang diberikan melalui telefon, telefon bimbit
[termasuk Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) yang dihantar
daripada nombor telefon bimbit terakhir anda yang diketahui oleh kami], teleks, faksimile atau cara arahan
telekomunikasi lain yang kami percaya telah diberikan oleh anda.
24.2 Kecuali dinyatakan sebaliknya dengan jelas dalam Terma dan Syarat ini, kami berhak untuk bergantung dan
bertindak atas apa-apa arahan yang diberi seperti yang dinyatakan dalam Klausa 24.1 di atas dan tidak akan
bertanggungjawab kepada anda dalam apa-apa cara untuk bertindak dengan niat baik terhadap apa-apa arahan
sedemikian walaupun ia kemudiannya menunjukkan bahawa ia tidak diberikan oleh anda, atau untuk apa-apa
salah faham atau apa-apa kesilapan, kerugian atau kelewatan yang disebabkan oleh penggunaan peranti mudah
alih, perkhidmatan pos, teleks atau mesin teletaip, peranti kabel, peranti penghantaran faksimile atau peranti
komputer. Kami berhak untuk bergantung dan bertindak ke atas apa-apa arahan yang disampaikan melalui telefon
atau telefon bimbit seperti yang dinyatakan dalam Klausa 24.1 di atas, dan risiko salah faham dan kesilapan serta
arahan yang diberikan oleh individu yang tidak dibenarkan adalah tanggungjawab anda sendiri. Kami tidak akan
bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, liabiliti atau perbelanjaan yang disebabkan oleh sebarang salah
faham, kesilapan atau arahan yang tidak dibenarkan.
24.3 Anda bersetuju untuk melindungi kami sepenuhnya, dan kekal melindungi kami sepenuhnya dan tidak
mempertanggungjawabkan kami pada setiap masa terhadap segala tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan,
liabiliti, kerugian, ganti rugi, kos dan perbelanjaan dalam apa-apa bentuk (termasuk kos guaman pada dasar
indemniti penuh) yang timbul dalam apa-apa cara yang kami mungkin tanggung, alami atau hadapi akibat
daripada persetujuan kami untuk bertindak atas arahan yang dinyatakan dalam Klausa 24.
25.0 PENDEDAHAN
Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, pekerja, agen atau mana-mana individu lain yang kami benarkan untuk
mengakses rekod kami, surat-menyurat atau sebarang bahan berkaitan dengan anda atau Akaun anda) boleh
mendedahkan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami tanpa memaklumkan anda, sebarang maklumat berkaitan
dengan anda atau Akaun anda, kepada individu-individu seperti berikut:-
(a) mana-mana cawangan, agensi, wakil pegawai, syarikat bergabung, bersekutu atau berkaitan, dan
pegawai, pekerja atau agen mereka masing-masing, sama ada di Malaysia atau di tempat lain
(“Kumpulan Bank”), untuk tujuan berikut: -
(i) menyediakan anda dengan perkhidmatan perbankan;
(ii) pelaporan;
(iii) pemadanan data;
(iv) meningkatkan dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami;
(v) pencegahan penipuan atau jenayah;
(vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan aktiviti pengubahan wang haram
dan jenayah;
(vii) pengutipan hutang;
(viii) penggunaan khidmat sumber luar untuk operasi kami;
(ix) pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai kami atau berkaitan dengan pengauditan atau
menjalankan pengurusan risiko;
(x) memudahkan pelaksanaan tugas kami atau mana-mana fungsi ahli Kumpulan Bank;
(xi) pematuhan kepada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan Bank;
(xii) pelaksanaan peraturan korporat;
(xiii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan ke atas kami;
(b) mana-mana pedagang atau pertubuhan yang menerima Kad Debit, mana-mana bank atau institusi
kewangan lain, MasterCard Worldwide atau penggantinya, mana-mana ahli MasterCard Worldwide
dan/atau mana-mana pihak berkepentingan lain untuk memudahkan penggunaan Kad Debit atau
pemprosesan sebarang transaksi yang terjejas atau penyiasatan dalam apa-apa bentuk yang akan
dilaksanakan;
(c) mana-mana individu yang berkaitan dengan apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil untuk
mendapatkan kembali wang yang perlu dibayar oleh anda kepada kami di bawah Terma dan Syarat ini;
(d) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang menyediakan perkhidmatan
elektronik atau yang lain kepada kami untuk tujuan menyediakan, mengemas kini, menyenggara dan
meningkatkan perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada siasatan percanggahan,
kesilapan atau tuntutan;
(e) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang kami lantik bagi tujuan untuk
melaksanakan atau berhubung dengan pelaksanaan perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah
menggunakan khidmat pakar luar;
(f) pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan penyiasatan berkaitan dengan sebarang
kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;
(g) syarikat kad debit dan institusi kewangan yang berkaitan dengan pertanyaan kad debit;
(h) kepada bank-bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit (hanya untuk maklumat
kredit) yang lain;
(i) juruaudit, peguam dan penasihat profesional kami;
(j) pencetak alat tulis kami, vendor sistem komputer yang kami gunakan, dan individu sedemikian yang
memasang dan menyenggarakannya dan pembekal barangan atau pembekal perkhidmatan lain yang
kami gunakan;
(k) mana-mana biro kredit di mana kami adalah ahli, dan mana-mana ahli lain dan/atau jawatankuasa
pematuhan biro kredit sedemikian;
(l) mana-mana agensi penarafan, rakan sekutu perniagaan, penanggung insurans atau broker takaful atau
pembekal langsung atau tidak langsung bagi perlindungan kredit;
(m) mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau sub-peserta berhubung dengan mana-mana
kewajipan kami di bawah perjanjian perbankan di antara anda dan kami, atau pemegang serah hak,
novatee atau penerima pindahan (atau mana-mana pegawai, pekerja, agen atau penasihat) untuk
mana-mana daripada mereka;
(n) untuk transaksi yang dilaksanakan atau diproses dengan atau tanpa kebenaran anda dalam atau
melalui ATM bank-bank lain atau institusi kewangan atau bukan kewangan atau terminal atau mesin
yang dikendalikan oleh kad yang lain atau peranti yang kami luluskan, kepada bank, institusi kewangan
atau bukan kewangan, pedagang atau pihak lain yang menerima penggunaan kad ATM dan agen atau
kontraktor mereka masing-masing;
(o) mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang
mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank;
(p) mana-mana individu yang dibenarkan atau diperlukan oleh kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank
untuk melakukan pendedahan di bawah undang-undang mana-mana negara;
(q) mana-mana individu lain di mana pendedahan tersebut dianggap oleh kami adalah untuk kepentingan
kami, atau kepentingan mana-mana ahli Kumpulan Bank (bukan untuk pakatan strategik untuk tujuan
pemasaran dan promosi);
(r) mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana
hak kami di bawah Terma dan Syarat ini; dan
(s) Biro Kredit Pusat atau mana-mana pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara
Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.
26.0 PERINTAH MAHKAMAH
Kami boleh bertindak dalam apa-apa cara yang kami anggap sesuai, tanpa berunding dengan anda terlebih dahulu, jika
kami dikemukakan dengan perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah dalam mana-mana bidang kuasa. Anda
bersetuju bahawa anda tidak akan mempertanggungjawabkan kami untuk sebarang kerugian atau ganti rugi berhubung
dengan tindakan kami.
27.0 PERLINDUNGAN DATA
27.1 Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah menerima, membaca, memahami dan bersetuju untuk diikat
oleh Notis Privasi yang dikeluarkan oleh kami (yang boleh didapati di cawangan UOBM dan juga di laman web
UOBM di www.uob.com.my) dan klausa dalam Terma dan Syarat ini yang mungkin berkaitan dengan
pemprosesan Data Peribadi anda. Bagi mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut
akan dianggap telah dimasukkan sebagai rujukan ke dalam Terma dan Syarat ini.
27.2 Anda mengizin dan bersetuju bahawa kami boleh memindahkan Data Peribadi di luar Malaysia. Semua Data
Peribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan Bank akan diberi tahap perlindungan yang wajar terhadap
sebarang kerugian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja atau
pendedahan, pengubahan atau pemotongan.
27.3 Jika anda memberikan Data Peribadi berhubung dengan pihak ketiga, termasuk data berkaitan dengan waris
terdekat dan tanggungan anda (di mana anda ialah seorang individu) atau data berkaitan dengan pengarah,
pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pembekal keselamatan anda (di mana anda ialah sebuah
syarikat), bagi tujuan pembukaan atau pengendalian Akaun dengan kami atau sebaliknya bagi melanggan produk
dan perkhidmatan kami, anda:
(a) mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk
menyediakan data ini kepada kami dan untuk kami menggunakannya selaras dengan Terma dan Syarat
dalam dokumen ini;
(b) berjanji bahawa anda telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian untuk membaca Notis Privasi di
laman web kami di www.uob.com.my;
(c) telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian:-
(i) bahawa kami boleh mengutip atau mengesahkan data peribadi dan kewangan mereka
dengan sumber-sumber pihak ketiga;
(ii) bahawa kami boleh mendedahkan data peribadi mereka kepada kelas pihak ketiga yang
dinyatakan dalam Notis Privasi kami;
(d) bersetuju untuk memastikan bahawa data peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat;
(e) bersetuju untuk mengemas kini kami secara bertulis jika terdapat apa-apa perubahan penting dalam
data peribadi dan kewangan tersebut; dan
(f) bersetuju kepada hak kami untuk menamatkan Terma dan Syarat ini jika persetujuan sedemikian ditarik
balik oleh pihak ketiga tersebut.
27.4 Di mana anda telah mengarahkan kami untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan
(termasuk untuk melakukan atau menerima bayaran), butiran berkenaan transaksi merentas sempadan (termasuk
data berhubung dengan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar
negara, di mana ia boleh diakses oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berhubung dengan tugasan
sah mereka (contoh, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan kami dan/atau agen kami untuk melaksanakan
sebarang transaksi merentas sempadan bagi pihak anda, anda bersetuju dengan pendedahan tersebut di atas
bagi pihak anda dan individu lain yang terlibat dalam transaksi merentas sempadan te rsebut.
27.5 Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan
dan/atau kewajipan) yang digunakan oleh kami atau Kumpulan Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia),
anda bersetuju bahawa kami dan Kumpulan Bank, serta pedagang dan rakan kongsi strategik kami boleh
menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percayai mungkin menarik minat
anda atau memanfaatkan anda dari segi kewangan. Walaupun dengan apa-apa yang tersebut di atas, kami hanya
akan mendedahkan Data Peribadi anda (tidak termasuk data berhubung dengan hal ehwal anda atau Kad Debit)
kepada pedagang dan rakan kongsi strategik kami di mana persetujuan anda telah diperolehi terlebih dahulu.
27.6 Anda boleh memilih untuk tidak menerima sebarang bahan pemasaran langsung daripada kami dan Kumpulan
Bank dengan menulis kepada kami di ‘Perkhidmatan Kewangan Persendirian, Peti Surat 13525, Menara UOB,
Jalan Raja Laut 50738 Kuala Lumpur (atau alamat lain sedemikian yang dimaklumkan oleh kami) dengan
permintaan anda dan kami akan mematuhi arahan bertulis terkini anda kepada kami.
27.7 Anda mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti Penyata Akaun dan laman web kami mengandungi maklumat
standard mengenai produk dan perkhidmatan lain kami yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan
penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, pengendalian Akaun anda dan/atau kemudahan
dengan kami, dan/atau tanpa mengenakan kos tambahan kepada anda.
27.8 Anda berhak untuk meminta secara bertulis:
(a) untuk apa-apa maklumat berhubung dengan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh
kami, selepas pembayaran fi yang ditetapkan;
(b) untuk sebarang maklumat yang dipegang atau disimpan oleh kami untuk dikemaskinikan, dipinda
dan/atau diperbetulkan;
(c) untuk kami mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami;
dan
(d) untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda.
Untuk permintaan di bawah (a) atau (b), anda boleh membuat permintaan kepada kami melalui Borang
Permintaan Mengakses Data atau Borang Permintaan Pembetulan Data masing-masing. Borang-borang ini boleh
didapati di cawangan kami serta di laman web kami di www.uob.com.my.
Anda boleh mengarahkan permintaan anda ke mana-mana cawangan kami atau ‘Pengurusan Perhubungan
Pelanggan, Pusat Panggilan UOB, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur.
Kami boleh mengenakan fi untuk memproses permintaan anda bagi pengaksesan atau pembetulan. Kami juga
boleh menolak untuk mematuhi permintaan anda berhubung dengan (a) atau (b) di atas jika maklumat yang diberi
oleh anda tidak mencukupi (sebagaimana yang ditentukan oleh kami) atau di mana permintaan sedemikian
mungkin memungkiri atau melanggar sebarang undang-undang atau syarat atau apa-apa sebab lain yang kami
anggap bukan pada kepentingan kami untuk berbuat demikian. Jika kami menolak untuk mematuhi permintaan
tersebut, kami akan memaklumkan anda mengenai penolakan kami dan sebab penolakan tersebut.
27.9 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat,
lengkap dan tidak mengelirukan dan maklumat tersebut telah dikemaskinikan.
27.10 Sila maklum bahawa jika anda kemudiannya menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi
anda seperti yang diberikan kepada kami sebelum ini, kami tidak boleh memproses dan/atau mendedahkan Data
Peribadi anda berhubung dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Kami akan berhak untuk tidak
menyediakan atau tidak meneruskan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, Akaun dan/atau kemudahan
berkaitan dengan Data Peribadi sedemikian.
27.11 Kami berhak untuk meminda Klausa 27 ini dari semasa ke semasa pada budi bicara tunggal kami dan akan
memberikan notis terlebih dahulu kepada anda secara bertulis dan memaparkan pindaan sedemikian dalam
laman web atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di kawasan utama dalam cawangan kami atau
dengan apa-apa cara komunikasi lain sedemikian yang dianggap sesuai oleh kami.
27.12 Klausa 27 ini tidak akan menjejaskan apa-apa klausa lain dalam Terma dan Syarat ini yang menyediakan
pendedahan data.
28.0 INDEMNITI
Anda bersetuju untuk melindungi kami daripada segala tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, ganti rugi, kos
dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan guaman pada dasar indemniti penuh) yang kami
mungkin tanggung atau alami dalam menguatkuasakan atau mencuba untuk menguatkuasakan hak kami di bawah Terma
dan Syarat ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan sebarang undang-undang atau peraturan pencukaian
mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.
29.0 NOTIS DAN KOMUNIKASI
29.1 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menghantar sebarang Penyata Akaun, notis atau komunikasi kepada
anda dalam apa-apa cara seperti berikut:
(a) mel elektronik ke alamat e-mel terakhir anda yang diketahui dalam rekod kami;
(b) pos (berdaftar, berdaftar AR, biasa atau sebaliknya) atau dihantar dengan tangan atau ditinggalkan di
alamat terakhir anda dalam sistem kami;
(c) memaparkan notis di cawangan;
(d) memaparkan notis atau komunikasi di laman web rasmi kami di www.uob.com.my;
(e) melalui iklan atau notis umum dalam suatu akhbar harian;
(f) siaran radio atau televisyen atau apa-apa bentuk komunikasi media lain;
(g) faksimile kepada nombor faksimile terakhir anda yang diketahui dalam rekod kami.
29.2 Notis atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima oleh anda pada hari ia dihantar, pada hari berikutan
penghantaran sedemikian atau pada hari paparan, penerbitan atau penyiaran sedemikian dilakukan.
29.3 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa yang mungkin berlaku kepada notis atau komunikasi selepas ia
dihantar, contohnya, jika sebarang notis atau komunikasi terlewat, dipintas, hilang, gagal untuk sampai atau
didedahkan kepada mana-mana pihak semasa transit.
29.4 Perubahan dalam butiran hubungan:-
(a) Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera mengenai sebarang perubahan dalam surat-
menyurat/alamat pos atau alamat kediaman anda dan maklumat hubungan anda (“Maklumat”).
(b) Jika anda tidak memaklumkan kami tentang sebarang perubahan dalam Maklumat anda, anda
bersetuju bahawa kami boleh pada budi bicara mutlak kami, bergantung kepada:-
(i) apa-apa alamat dan/atau maklumat hubungan yang dinyatakan dalam borang permohonan
atau yang ditunjukkan dalam rekod kami; atau
(ii) apa-apa alamat dan/atau maklumat hubungan yang kami peroleh daripada apa-apa
komunikasi yang kononnya dikeluarkan oleh anda kepada kami.
(c) Apa-apa kegagalan oleh anda untuk memaklumkan pihak kami tentang perubahan dalam Maklumat
anda yang menyebabkan kelewatan atau tiada penghantaran sebarang Penyata Akaun, surat-menyurat
dan/atau notis tidak akan menjejaskan hak dan kelayakan kami di bawah Terma dan Syarat ini.
.
30.0 PENYIMPANAN REKOD ANDA
Anda bersetuju bahawa kami tidak diwajibkan untuk mengekalkan apa-apa rekod Kad Debit anda, termasuk tetapi tidak
terhad kepada borang permohonan Kad Debit, dokumen transaksi, Penyata Akaun, surat-menyurat atau dokumen yang
diberikan kepada kami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga lain, yang melebihi sebarang tempoh pengekalan seperti
yang dinyatakan di dalam polisi dalaman, garis panduan dan prosedur kami dan/atau sebagaimana yang diperuntukkan di
bawah sebarang undang-undang atau peraturan yang digunakan di mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke
atas kami.
31.0 PERKHIDMATAN PROSES UNDANG-UNDANG
Sebagai tambahan kepada dan bukan penggantian untuk sebarang kaedah perkhidmatan yang mungkin dibenarkan atau
ditetapkan oleh sebarang undang-undang bertulis yang berkuatkuasa pada masa ini, sebarang perkhidmatan Proses
Undang-undang oleh atau bagi pihak kami dapat dilaksanakan ke atas anda:
a) dengan meninggalkan satu salinan di alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan atau apa-apa
komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami atau yang terakhir diketahui oleh kami dan ia
akan dianggap sebagai telah diterima oleh anda pada hari ia ditinggalkan di alamat tersebut; atau
b) dengan menghantar satu salinan melalui pos prabayar berdaftar atau pos biasa ke alamat yang dinyatakan dalam
borang permohonan atau dalam apa-apa komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami
atau yang terakhir diketahui oleh kami dan ia akan dianggap sebagai telah diterima oleh anda pada hari ketiga
(ke-3) (termasuk hari pengeposan) dari tarikh ia diposkan, walaupun ia tidak dapat dihantar atau dikembalikan.
32.0 KEADAAN DI LUAR KAWALAN KAMI
Jika kami tidak dapat melaksanakan apa-apa kewajipan kami di bawah Terma dan Syarat ini, atau menjalankan apa-apa
operasi atau menyediakan apa-apa perkhidmatan yang diperlukan akibat apa-apa sebab di luar kawalan kami, termasuk –
a) kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian
perindustrian, tindakan keganasan, sekatan, peperangan, bencana alam;
b) apa-apa kegagalan atau gangguan telekomunikasi, internet, elektrik, air, bekalan bahan api; atau
c) apa-apa keadaan yang bersifat force majeure (peristiwa tidak diduga yang menghalang kami daripada
melaksanakan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini,
kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk sebarang kegagalan pelaksanaan atau untuk apa-apa
kesulitan, kehilangan, kecederaan, dan ganti rugi yang dialami atau ditanggung oleh anda secara langsung atau tidak
langsung sebagai akibatnya.
33.0 MASA
Masa akan menjadi dasar Terma dan Syarat ini.
34.0 PENEPIAN
Kegagalan untuk menjalankan, atau kelewatan dalam menjalankan, apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi oleh
kami tidak akan dianggap sebagai penepian, mahupun pelaksanaan tunggal atau sebahagian daripada mana-mana hak,
kuasa, keistimewaan atau remedi lain. Hak dan remedi dalam Terma dan Syarat ini adalah kumulatif dan tidak eksklusif
untuk apa-apa hak atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang.
35.0 KEBOLEHASINGAN
Ketidaksahan atau tiada penguakuatkuasaan mana-mana peruntukan tidak akan menjejaskan tujuan dasar Terma dan
Syarat ini, dan peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan diasingkan, dan tidak akan menjejaskan
kesahan atau penguatkuasaan terma dan peruntukan lain, yang akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
36.0 PENGGUNAAN KAD DEBIT UNTUK AKAUN TAMBAHAN/GANTIAN
Walaupun dengan apa-apa yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini, kami mempunyai budi bicara untuk membenarkan,
pada permintaan anda, mana-mana Kad Debit digunakan atau terus digunakan berhubung dengan atau sebagai ganti bagi
Akaun yang pada asalnya ditetapkan oleh anda, dan Terma dan Syarat ini akan digunakan untuk penggunaan Kad Debit
berhubung dengan mana-mana Akaun lain sedemikian
37.0 PEMELIHARAAN HAK DAN KELAYAKAN
Hak-hak kami di bawah Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan akan dikekalkan
daripada sebarang pembatalan, penarikan balik atau penggantungan penggunaan Kad Debit.
38.0 PERUBAHAN DALAM PERLEMBAGAAN
Terma dan Syarat ini akan terus sah dan mengikat untuk semua tujuan, walaupun terdapat perubahan dalam perlembagaan
kami atau anda, melalui penyepaduan, penyatuan, penyusunan semula, penggabungan atau sebaliknya jika sebuah
perbadanan, dan melalui kematian jika seorang individu.
39.0 PENYERAHAN HAK
Kami boleh pada bila-bila masa dan tanpa persetujuan anda menyerahkan semua atau mana-mana hak, hak milik dan
kepentingan kami di bawah Terma dan Syarat ini kepada mana-mana individu atau perbadanan. Anda tidak boleh
menyerahkan apa-apa hak dan kewajipan anda di bawah Terma dan Syarat ini.
40.0 UNDANG-UNDANG
Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan anda tidak secara
muktamad -
(a) menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah di Malaysia;
(b) mengetepikan sebarang bantahan atas alasan kesesuaian tempat atau forum yang tidak sesuai atau apa-apa
alasan lain yang sama; dan
(c) bersetuju dengan perkhidmatan Proses Undang-undang dalam apa-apa cara lain yang dibenarkan oleh Terma
dan Syarat ini dan/atau sebarang undang-undang berkenaan.
41.0 ADUAN ATAU PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan Kad Debit, anda boleh menghubungi Pusat
Panggilan 24-jam kami di:
Nombor telefon : 03-2612 8121
Faks : 03-2690 0121
E-mel : [email protected]
42.0 PENGIKATAN PENGGANTI
Terma dan Syarat ini akan mengikat waris anda dan wakil peribadi anda serta pemegang serah hak dan pengganti hak milik
anda.