terhadap - ikkm.edu.my · pengenalan penggunaan teknologi komputer bermula secara rasminya pada...

Click here to load reader

Post on 29-Aug-2019

218 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Bil. 44/2014 33

    Pengenalan

    Penggunaan teknologi komputer bermula secara rasminya pada 1939 dengan tertubuhnya syarikat Hewlett-Packard iaitu sebuah syarikat pengkomputeran terkenal di dunia. Sejak itu, pelbagai alatan elektronik berkomputer diperkenalkan bagi memudahkan urusan manusia sama ada di dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian. Pada 1960 pula, teknologi Internet mula mengambil tempat dalam membantu manusia untuk berkongsi maklumat (Timeline of Computer History, 2006).

    Pada 1999, Syarikat konsultan terkenal dunia, Earnst & Young pernah membuat andaian bahawa pada 2010, manusia di muka bumi ini akan mempunyai beribu-ribu alatan yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan kelajuan yang amat cepat. Ini akan membentuk “huge digital creature” (Gross, 1999).

    Di Malaysia pula, bermula dari 1980-an, penggunaan peralatan komputer menjadi semakin popular dalam membantu meningkatkan produktiviti pekerja. Dengan tertubuhnya RangKom pada 1987, teknologi Internet mula diperkenalkan untuk memudahkan rakyat Malaysia berkongsi maklumat dengan penduduk di seluruh dunia (Halim, 2010). Bermula dari situlah teknologi ICT mula berkembang dengan pesatnya, tambahan pula dengan sokongan padu kerajaan dengan pelaksanaan beberapa projek ICT negara seperti Koridor Raya Multimedia (MSC).

    Seperti yang diketahui umum, penggunaan ICT akan meningkatkan produktiviti seseorang pekerja dan seterusnya dapat membantu dalam kecekapan penyampaian sesebuah organisasi. Tanpa disedari, kita dihidangkan dengan kebaikan yang diperoleh daripada penggunaan ICT. Namun begitu, ICT juga memberi kesan yang negatif kepada kesihatan dan keselamatan penggunanya (Dyer, The impact of ICT on health and safety, 2011).

    Impak Penggunaan ICT kepada Kesihatan

    Menurut Shariff (2011) dan Dyer (2011), terdapat beberapa masalah kesihatan yang dikenal pasti berpunca daripada penggunaan peralatan komputer dalam tempoh yang lama. Antaranya seperti:

    ¥ Ketegangan saraf di pergelangan tangan dan jari atau lebih dikenali sebagai Repetitive Strain Injury (RSI)

    ¥ Masalah tulang belakang dan leher (Back and Neck Problems)

    ¥ Masalah penglihatan dan sakit kepala (Eye Strain and Headaches)

    Repetitive Strain Injury (RSI)

    RSI akan menyebabkan kesakitan di bahagian per-gelangan tangan dan jari. Pesakit yang mengalami RSI yang teruk boleh menyebabkan mereka langsung tidak

    Nor Azlina KassimPusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kesan ICT TerhadapKesihatan Dan Keselamatan

  • Bil. 44/201434

    MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

    boleh menggunakan tangan mereka. RSI biasanya disebabkan oleh penggunaan tangan untuk menggerakkan sesuatu sebagai dalam tempoh yang lama. Sebagai contoh, pengguna komputer yang menaip dan menggunakan tetikus sepanjang hari biasanya akan mendapat RSI.

    Secara ringkasnya antara penyebab RSI yang dikenal pasti ialah:

    ¥ Menggunakan komputer dalam tempoh yang lama.

    ¥ Menggunakan tetikus dalam tempoh yang lama.

    ¥ Memegang tetikus dengan cara yang tidak betul.

    ¥ Bekerja di kawasan yang berselarak.

    Oleh itu, RSI boleh dielak dengan cara:

    ¥ Rehatkan tangan sebentar selepas sesuatu tempoh penggunaan komputer.

    ¥ Gunakan tetikus dan papan kekunci ergonomik.

    ¥ Susun kawasan kerja anda supaya tidak berselerak.

    ¥ Gunakan wrist rest.

    Masalah tulang belakang dan leher (Back and Neck Problems)

    Kesakitan pada bahagian belakang dan leher secara tidak langsung akan mengganggu kehidupan anda. Kesakitan pada bahagian belakang dan leher disebabkan cara duduk yang tidak betul dan menggunakan kerusi yang kurang berkualiti tanpa back rest. Ini dikenali sebagai poor posture.

    Antara penyebab kesakitan pada bahagian belakang dan leher ialah:

    ¥ Bekerja di kawasan yang sempit dan berselerak.

    ¥ Duduk dalam keadaan yang tidak betul atau tidak tegak.

    ¥ Kedudukan skrin komputer yang tidak betul.

    Cara untuk mengelakkan kesakitan belakang dan leher adalah dengan:

    ¥ Berehat seketika bagi meregangkan badan.

    ¥ Gunakan kerusi yang boleh dilaraskan supaya anda boleh duduk sesuai dengan ketinggian anda.

    ¥ Duduk dalam keadaan tegak dan bersandar pada back rest.

    ¥ Laraskan skrin komputer supaya ia berada di bawah sedikit daripada paras mata anda.

    ¥ Sentiasa pastikan kaki anda rata di atas lantai.

    Masalah Penglihatan dan Sakit Kepala (Eye Strain and Headaches)

    Melihat ke skrin komputer dalam tempoh yang lama akan menyebabkan ketegangan pada mata dan seterusnya mengakibatkan sakit kepala. Ketegangan mata boleh menyebabkan pandangan menjadi kabur. Penyebab utama kepada ketegangan mata adalah screen flicker dan cahaya terus dari skrin komputer yang juga dikenali sebagai screen glare.

    Penyebab ketegangan mata ialah:

    ¥ Melihat ke skrin komputer dalam tempoh yang lama.

    ¥ Bekerja di dalam bilik yang tidak mempunyai pencahayaan yang baik.

    ¥ Menggunakan skrin komputer yang mempunyai glare or flickers.

    ¥ Terdapat kekotoran pada skrin.

  • Bil. 44/2014 35

    Langkah- langkah untuk mengelakkan ketegangan mata ialah:

    ¥ Berehat seketika selepas sesuatu tempoh. (Contoh berehat 5 minit setiap jam).

    ¥ Menggunakan skrin LCD berbanding skrin CRT kerana skrin LCD mempunyai flicker yang kurang berbanding skrin CRT.

    ¥ Gunakan skrin anti silau.

    ¥ Pastikan kawasan kerja anda mempunyai pencahayaan yang baik tanpa cahaya terus yang boleh menyebabkan silau pada skrin.

    ¥ Pastikan skrin komputer anda selalu dibersihkan untuk memudahkan pandangan anda tanpa memaksa mata untuk bekerja keras melihat objek yang terselindung di sebalik kotoran yang ada.

    ¥ Dapatkan ujian mata secara berkala.

    Impak Penggunaan ICT terhadap Keselamatan

    Selain daripada kesan terhadap kesihatan pengguna, penggunaan ICT juga memberi kesan terhadap keselamatan penggunanya. Antaranya ialah:

    ¥ Kejutan elektrik.

    ¥ Tersadung wayar atau kabel komputer.

    ¥ Peralatan berat terjatuh ke atas anda.

    ¥ Kebakaran.

    Kejutan Elektrik

    Kebanyakan peralatan ICT menggunakan sumber tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang ada boleh memberi risiko kejutan elektrik.

    Antara penyebab kejutan elektrik ialah:

    ¥ Peralatan rosak (wayar terdedah dan lain-lain).

    ¥ Tumpahan minuman ke atas peralatan elektrik.

    ¥ Membuka peralatan elektrik tetapi anda tidak mempunyai kepakaran dalam melakukannya.

    Kejutan elektrik ini boleh dielak dengan:

    ¥ Pastikan wayar terlindung.

    ¥ Jauhkan minuman daripada peralatan.

    ¥ Laporkan sebarang kerosakan peralatan kepada juruteknik.

    ¥ Jangan sekali-kali membuka alat elektrik sekiranya anda tidak tahu mengenainya.

    Tersadung Wayar atau Kabel Komputer

    Peralatan ICT yang disambungkan dengan wayar boleh memberi risiko bahaya pada kawasan kerja anda. Wayar yang terdedah boleh menyebabkan sesiapa sahaja tersadung sekiranya ia tidak diikat dan disusun dengan baik iaitu wayar atau kabel berselirat dan terdedah di atas lantai.

    Langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian tersadung kabel adalah dengan:

    ¥ Menyembunyikan wayar dalam saluran kabel.

    ¥ Menyembunyikan wayar di bawah meja atau permaidani.

    ¥ Menggunakan teknologi tanpa wayar (wireless).

    Peralatan Berat Jatuh di atas Anda

    Sesetengah peralatan ICT (contoh: skrin komputer, UPS, CPU) mempunyai berat yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya ia jatuh di atas anda. Setiap peralatan perlu diletakkan dengan betul di atas meja yang kukuh.

  • Bil. 44/201436

    MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

    ¥ Membiarkan soket dengan kuasa elektrik yang terpasang dalam tempoh yang lama.

    ¥ M e n u t u p a t a u menghalang laluan udara yang terdapat p a d a p e r a l a t a n elektrik, contohnya komputer riba.

    Anda boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan :

    ¥ Pastikan kawasan kerja anda mempunyai soket yang mencukupi.

    ¥ Jangan memasang terlalu banyak peralatan pada sebuah soket.

    MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

    Antara penyebab kepada keadaan ini ialah:

    ¥ Peralatan diletakkan dalam keadaan yang tidak stabil di tempatnya (contoh: atas meja).

    ¥ Kualiti atau keadaan penempatan peralatan ICT (atau meja) yang tidak baik.

    Cara untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini ialah dengan:

    ¥ Memastikan peralatan ICT diletakkan sedikit ke tengah meja dan bukan di bahagian tepi meja.

    ¥ Menggunakan meja yang kukuh yang boleh menampung berat peralatan yang diletakkan di atasnya.

    Kebakaran

    Kebanyakan peralatan ICT memerlukan kuasa daripada elektrik. Sekiranya banyak peralatan disambungkan pada hanya sebuah soket pada masa yang sama, keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya lebihan kuasa (overload) dan seterusnya menyebabkan litar pintas. Anda perlu memastikan kawasan kerja anda mempunyai soket kuasa elektrik yang mencukupi bagi memenuhi keperluan peralatan ICT anda.

    Terdapat pelbagai penyebab kepada kebakaran daripada peralatan ICT. Antaranya seperti:

    ¥ Terlalu banyak peralatan disambungkan pada hanya sebuah soket.

  • Bil. 44/2014 37

    ¥ Tutup dan cabut plug peralatan ICT dari soket sekiranya anda tidak akan menggunakannya dalam tempoh yang lama.

    ¥ Pastikan anda mempunyai alat pemadam api (CO2) yang diletakkan berdekatan kawasan kerja anda.

    ¥ Pastikan laluan udara pada peralatan anda tidak dihalang atau ditutup.

    Kesimpulan

    Kebanyakan peralatan pada zaman moden ini bercirikan komputer. Penggunaan peralatan komputer daripada teknologi ICT ini dapat membantu memudahkan kehidupan manusia secara amnya. Tetapi penggunaan peralatan ICT secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai masalah daripada segi kesihatan dan keselamatan penggunanya. Oleh itu, kita perlu mempunyai langkah-langkah yang bersesuaian untuk mencegah berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini dalam menggunakan teknologi ICT.

    Rujukan

    Dyer, J. (2011). The impact of ICT on health and safety. Dicapai dari http://www.slideshare.net/tictactickle/the-impact-of-ict-on-health-and-safety.

    Gross, N. (1999). The earth will don an electronic skin. Dicapai dari Businessweek Online: http://www.businessweek.com/1999/99_35/b3644024.html.

    Halim, N. B. (2010, Mei 12). Sejarah Internet Malaysia. Dicapai dari http://ptmk.ump.edu.my/index.php/artikel/69-telekomunikasi/198-sejarah-internet-malaysia.html.

    Sharif, N. (2011). The impact of ICT revolution. Dicapai dari http://www.slideshare.net/REFLESIA/slide-presentation.

    Timeline of computer history. (2006). Dicapai dari http://www.computerhistory.org/timeline/?category=cmptr.

    Dimensi 30DEC2014 (1).pdf