terapi kuda

Upload: ummi-maisarah

Post on 06-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    1/10

    PROFIL MURID

    NAMA MURID : CHANG KUAN LAN

    TARIKH LAHIR : 13 SEPTEMBER 2002

    KATEGORI : AUTISME

    SEKOLAH : SJK (C) CHONG HWA WEI SIN, K. TERENGGANU

    ALAMAT : 622, LORONG JAMBU, JLN. BUKIT BESAR,

    21100 K. TERENGGANU

    NAMA BAPA : CHANG CHEE KONG

    PEKERJAAN BAPA : BEKERJA SENDIRI

    NAMA IBU : LOW YUER MEI

    PEKERJAAN IBU : SURI RUMAH

    Catatan :

    Kuan Lan merupakan murid yang mempunyai emosi yang tidak stabil dan bermasalahdari segi tingkah laku. Dia juga cepat terganggu dengan bunyi bising dan mood sentiasa

    berubah-ubah menyebabkan proses P&P terganggu.

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    2/10

    PENGENALAN

    Terapi berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan

    berbagai penyakit seperti masalah mental, autisme, hyperaktif, sindrom down, celebral

    palsy, slow learner dan lain-lain lagi. Terapi berkuda adalah satu bentuk terapi yang

    melibatkan penggunaan kuda dalam rawatan pemulihan. Ia dilaksanakan oleh petugas

    yang terlatih dari segi pengurusan dan latihan berkuda.

    Menunggang kuda telah dijadikan sebagai latihan terapi di Paris .Ia telah

    diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Di seluruh dunia, ahli terapi fizikal

    telah menggunakan hippotherapy selama lebih daripda 30 tahun dahulu. Sejak 1970 di

    Amerika Syarikat ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan dan pakar patologi pertuturan bahasa

    telah menggunakan pergerakan kuda dalam terapi mereka. Pada tahun 1992, Amerika

    Hippotherapy Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum pendidikan,

    komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan pergerakan

    kuda dalam rawatan.

    DEFINISI DAN KONSEP TERAPI BERKUDA

    Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan

    menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan,

    menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

    Definisi Hippo (badak air) berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu

    Hippocrates yang bermaksud kuda. Terapi Menurut Mosby (2001) ialah rawatan

    pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan

    bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Kesimpulannya

    Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    3/10

    OBJEKTIF TERAPI BERKUDA

    Membantu murid yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi,

    sabar, dan berdisiplin tinggi.

    Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya.

    Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

    Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri murid.

    Melatih murid supaya mematuhi disiplin.

    Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.

    Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.

    Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

    KEPENTINGAN TERAPI BERKUDA

    Meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan

    mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang.

    Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap

    saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan galloping kuda.

    Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang murid

    Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman,sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual

    akan teransang secara optimum.

    Menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.

    Meningkatkan daya kepekaan dan daya tumpuan murid

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    4/10

    SPESIFIKASI ALATAN

    BIL. ALATAN NAMA ALATAN KEGUNAAN

    1.

    Ladam Digunakan sebagai alas

    pada tapak kaki kuda bag

    mengelakkan kecederaan

    2.

    Pelana Digunakan untuk mengalas

    duduk yang diletakkan pada

    bahagian atas belakang kuda

    3.

    Tali kekang Digunakan untuk mengawal

    pergerakkan kuda oleh

    jurulatih

    4.

    Lilitan Digunakan pada bahagian

    muka kuda yang dililit supaya

    penunggang dapat mengawal

    pergerakan kuda ketika

    menunggang.

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    5/10

    PERANCANGAN AKTIVITI

    Kelas : 1 Wawasan

    Masa : 30 minit

    Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

    Tajuk : Menunggang kuda

    Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat :

    i. Meningkatkan koordinasi pengamatan dan pergerakan

    tangan, kaki dan badan.

    ii. Menambah kemahiran motor halus dan motor kasar

    iii. Mengetahui cara naik dan turun kuda

    Penerapan Nilai : Tekun, sabar, berdisiplin.

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    6/10

    LANGKAH PERLAKSANAAN

    Pengenalan :

    y Memperkenalkan kuda kepada murid :

    - Mengajar mereka cara mendekati kuda,

    - Tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda,

    - Mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan

    dan rakap

    Langkah 1:

    y Cara menaiki kuda

    - Seterusnya murid diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat.

    y Cara menuruni kuda

    - Seterusnya murid diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat.

    y Menunggang dengan bantuan

    - Setelah murid mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang

    kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih.

    - Menunggang sambil melakukan pergerakan.

    - Murid juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti

    mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.

    Langkah 2:

    y Menunggang sambil menyanyi .

    - Adakalanya murid akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang

    kuda.

    -Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan.

    y Menunggang menggunakan tali panjang. (longing)

    - Murid akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, ini bermakna

    mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi

    kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang .

    - Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    7/10

    Langkah 3 :

    y Menunggang mengikut arahan.

    -Seterusnya murid akan diajar bagaimana menggerakkan kuda samada laju,

    perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih.

    - Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya

    sendiri.

    y Menunggang sendiri

    - Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri, murid akan

    dibiarkan menaiki kuda sendiri.

    -

    Namun demikian, jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telahbenar-benar mahir.

    Penutup :

    y Jurulatih membawa murid berjalan-jalan dengan menunggang kuda.

    y Memberi pujian kepada murid yang dapat menunggang kuda dengan baik.

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    8/10

    LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI TERAPI BERKUDA

    NAMA AKTIVITI : Menunggang kuda

    TEMPAT : Pusat Ekuin Terengganu Equestrian Resort

    PENGLIBATAN : 4 orang

    Terapi berkuda membantu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan

    keseimbangan badan, membantu murid untuk lebih fokus, mengurangkan kekejangan

    otot dan sebagainya. Terapi ini telah dijalankan di Pusat Ekuin Terengganu Equestrian

    Resort yang dibantu oleh tiga orang pekerja dan dua orang pengurus. Pekerja tersebut

    yang digelargroomeradalah terlatih serta bertanggung jawab memastikan kuda sihat dan

    bersedia untuk melatih murid. Dalam aktiviti terapi berkuda ini, murid didedahkan terlebih

    dahulu oleh jurulatih tentang peralatan-peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali

    kekang, pelana, lilitan dan rakap. Selepas itu, murid dibawa pada kuda yang ingin

    ditunggang, dan menyentuh kuda tersebut terlebih dahulu. Ini kerana sentuhan bulu kuda

    dapat memberi rangsangan kepada kulit murid tersebut. Selain itu, bunyi dan bau kuda

    juga adalah satu rangsangan positif menyebabkan murid begitu bermotivasi untuk

    meneruskan sesi latihan terapi. Selepas itu, jurulatih menunjukkan cara bagaimana untuk

    naik dan turun kuda supaya kemahiran asas ini dapat dikuasai oleh murid sebelum aktiviti

    menunggang kuda dijalankan.

    Melalui aktiviti ini khususnya murid-murid pendidikan khas yang mempunyai

    masalah kurang daya koordinasi, kekuatan otot yang menyebabkan mereka berjalan

    agak perlahan dan sering terkulai. Melalui aktiviti menunggang kuda ini dapat

    membangkitkan kekuatan otot apabila murid perlu menyeimbangkan tubuh mereka di

    atas kuda. Selain ini, kelajuan kuda yang berubah juga memberi kesan kepada tubuh

    murid sekali gus membuatkan perkembangan motor mereka bertambah baik. Melalui

    aktiviti ini juga murid berpeluang untuk memberi arahan kepada kuda. Sebagai contoh

    apabila jurulatih memberi arahan satu, dua dan tiga, mereka akan spontan berkata 'go'.

    Banyak lagi arahan mudah yang telah mereka pelajari dalam sesi terapi ini serta dapat

    meningkatkan kemahiran bercakap dan kognitif lebih-lebiah lagi pada kanak-kanak

    autisme bermasalah dalam pertuturan dan memahami arahan.

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    9/10

    Sepanjang menjalankan sesi terapi berkuda dan kelihatan pelbagai riaksi yang ditunjukkan oleh

    murid-murid samada gembira dan takut ketika pertama kali menunggang kuda

  • 8/3/2019 TERAPI KUDA

    10/10

    NAMA : NURUL SYUHADA BINTI MAT SAT

    NO I/C : 891027-11-5476

    REFLEKSI

    Bagi tugasan ini iaitu terapi berkuda ini, saya mendapati bahawa banyak

    pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperolehi menerusi terapi yang dijalankan.

    Kelebihan dalam melaksanakan terapi berkuda ini adalah saya dapat meluaskan

    pengetahuan yang baharu dalam melaksanakan dan merancang setiap aktiviti dalam

    terapi berkuda yang telah dijalankan. Selain itu, saya juga perlu meneliti setiap aktiviti

    terapi yang dijalankan dapat mencapai objektif yang ingin dicapai agar aktiviti ini dapat

    memberi perubahan kepada murid tersebut. Terapi berkuda ini memberi penekanan

    terhadap keseimbangan badan, membantu murid untuk lebih fokus, mengurangkan

    kekejangan otot dan sebagainya. Secara tidak langsung, terapi berkuda ini dapat

    membantu postur badan murid menjadi lebih baik jika terapi ini dapat dijalankan secara

    berkala.

    Kekangan ketika menjalankan pencarian maklumat berkenaan terapi berkuda ini

    adalah kebanyakkan maklumat yang ditemui kurang memuaskan dan hanya sedikit

    sahaja berkaitan dengan terapi berkuda ini. Walaubagaimanapun, saya membuat

    pencarian maklumat di perpustakaan awam dan mendapat maklumat yang diperolehi.

    Walaupun tidak banyak, namun maklumat tersebut mampu membantu saya dalam

    menyelesaikan tugasan yang telah diberikan ini dengan sebaik mungkin.

    Cadangan yang perlu dilakukan dalam aktiviti terapi berkuda adalah selain

    penglibatan murid-murid dalam menjalankan aktiviti terapi berkuda ini, guru juga perlu

    turut terlibat sama dan lebih mahir daripada murid dalam menunggang kuda. Selain itu,

    guru juga perlu tahu cara dan teknik yang betul yang digunakan oleh jurulatih sepanjang

    terapi berkuda ini dijalankan. Ini kerana melalui pengalaman guru menunggang kuda,

    guru juga boleh berkongsi pengalaman tersebut bersama murid-murid dan juga boleh

    menerangkan secara ringkas terapi berkuda ini kepada ibu bapa murid yang terlibat.

    Secara keseluruhannya, aktiviti amali terapi berkuda ini dapat dijalankan dengan

    baik dengan kerjasama dan kolaborasi yang baik dengan semua pihak yang banyak

    membantu.