teori struktural fungsional

58
TEORI-TEORI SOSIAL TERKEMUKA (Major Social Theories)

Upload: suff-fyee

Post on 14-Apr-2017

12.916 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori struktural fungsional

TEORI-TEORI SOSIAL TERKEMUKA

(Major Social Theories)

Page 2: teori struktural fungsional

TEORI SOSIAL

• Teori Struktural-Fungsional• Teori Konflik• Teori Interaksi Simbolik• Teori Pertukaran Sosial• Teori Feminis • Teori Pemodenan• Teori Pasca-Pemodenan

Page 3: teori struktural fungsional

TEORI STRUKTURAL-FUNGSIONAL

Page 4: teori struktural fungsional

Teori Struktural-Fungsional

• Teori struktural-fungsional (atau ringkasnya teori fungsional pada asasnya melihat masyarakat berada dalam keadaan stabil dan mantap.

• Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan (whole) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (parts).

Page 5: teori struktural fungsional

• Setiap bahagian berfungsi, dengan pengertian setiap bahagian memberi sumbangan terdapat wujudnya keseluruhan yang dimaksudkan.

• Sumbangan setiap bahagian itu adalah untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam masyarakat, termasuk keperluan saradiri, integrasi, dll.

Page 6: teori struktural fungsional

• Para fungsionalis sering membuat analogi atau mengibaratkan masyarakat itu seperti organisma biologis (seperti tubuh badan manusia) yang terdiri daripada anggota-anggota badan, setiap satunya berfungsi (memberi sumbangan) terhadap wujudnya tubuh badan tersebut sebagai satu keseluruhan (whole).

Page 7: teori struktural fungsional

• Mana-mana bahagian (anggota badan) yang tidak memberi sumbangan atau yang merosakkan tubuh badan itu dikatakan tidak berfungsi (dysfunction).

• Bahagian itu patut dipisahkan daripada tubuh badan tersebut demi menjaga kesetabilan dan kelangsungan (survival).

• Pendekatan ini dikatakan sebagai pendekatan organicisme (organicism).

Page 8: teori struktural fungsional

• Jika dilihat masyarakat sebagai satu sistem sosial (social system), maka ia terdiri daripada beberapa sub-sistem, yang setiap satunya berfungsi.

• Sub-sistem itu pula mempunyai hubungan yang fungsional antara satu sama lain, dan bersifat saling bantu membantu (complementary).

Page 9: teori struktural fungsional

• Jika satu-satu sub-sistem itu berubah, maka sub-sistem yang lain, malah keseluruhan sistem sosial itu akan berubah.

• Contohnya, jika sub-sistem ekonomi berubah, maka akan berlaku perubahan kepada sub-sistem sub-sistem politik, pendidikan, kekeluargaan, perubatan, nilai dll.

Page 10: teori struktural fungsional

Intipati Teori Struktural-Fungsional• Fokus ke atas keadaan yang teratur dan

kestabilan dalam masyarakat.• Masyarakat adalah satu system yang sering

berhubungan, mempunyai bahagian yang sering bergantungan, dan bahagian-bahagian ini adalah institusi social atau struktur, contohnya institusi keluarga, pendidikan, ekonomi, agama, dll.

Page 11: teori struktural fungsional

• Fungsi setiap bahagian adalah sumbangan bahagian tersebut kepada sistem, dan juga kesannya ke atas bahagian yang lain.

• Setiap bahagian berfungsi untuk mempertahankan sistem yang teratur lantaran itu mengekalkan ketenteraman sosial.

• Anggota masyarakat mempunyai satu rangkap nilai dan pola tingkahlaku yang dikongsi bersama.

Page 12: teori struktural fungsional

Tokoh Teori Struktural-Fungsional

• Antara tokoh utama yang mendokong teori fungsionalis ini termasuk : Emile Durkheim, Talcott Parsons, Robert Merton, dan Jeffrey Alexander.

• Emile Dukheim adalah pendokong teori fungsional klasik, sedangkan yang lain-lain adalah pendokong teori struktural-fungsional moden.

Page 13: teori struktural fungsional

Emile Durkheim

• Tiga perkara utama yang dihubungkan dengan idea atau pemikiran Durkheim, berkaitan dengan teori fungsional adalah: 1. Fakta Sosial (Social Facts); 2. Perpaduan Dalam Masyarakat; 3. Fenomina Bunuh Diri (Suicide)

Page 14: teori struktural fungsional

Fakta Sosial (Social Facts)• Dalam karya beliau "The Rules of Sociological

Method", Durkheim mengatakan bahan kajian sosiologi yang terutama ialah fakta sosial (social facts).

• Semua fenomina sosial seperti perkahwinan, adat resam, undang-undang, pendidikan, kepercayaan, kepimpinan, dll. adalah merupakan fakta sosial

Page 15: teori struktural fungsional

• Mengikut Durkheim fakta sosial mesti dianggap sebagai "benda" (things) yang boleh dikaji secara objektif dan terkawal, sama seperti seorang saintis mengkaji objek fizikal dalam sains tulin.

• Sebagai anggota masyarakat, seseorang individu mesti akur kepada kehendak masyarakat, dengan cara mengikut peraturan-peraturan yang terdapat dalam mana-mana fakta sosial yang diterima bersama.

Page 16: teori struktural fungsional

• Misalnya, dalam perkahwinan, seseorang itu mesti akur atau mengikut prosedur perkahwinan (adat resam dsb) yang umum yang menjadi amalan bersama.

• Dilihat dalam konteks ini fakta sosial dikatakan mengenakan tekanan (constraint) ke atas individu tersebut demi menjamin kelansungan (survival) dan kestabilan masyarakat.

Page 17: teori struktural fungsional

• Durkheim juga mengatakan satu-satu fakta itu dikaji dalam konteks hubungannya dengan fakta sosial lain yang terdahulu daripadanya.

• Satu fakta sosial menyebabkan wujudnya fakta sosial yang lain.

Page 18: teori struktural fungsional

• Oleh kerana satu-satu fakta sosial itu dilihat dalam konteks masyarakat atau kumpulan, dan tidak dalam konteks individu, maka yang lebih diutamakan adalah perkara yang berlaku dalam masyarakat atau kumpulan tersebut.

Page 19: teori struktural fungsional

• Contohnya, jika perpaduan dalam satu-satu kumpulan itu longgar, maka kumpulan tidak boleh mengawal perlakuan individu atau memberi perlindungan kepada individu tersebut, tetapi perlu mencari kaedah atau cara untuk mengatasinya secara umum.

Page 20: teori struktural fungsional

• Kadar bunuh diri yang tinggi dalam masyarakat Barat pada abad 19 dikatakan berlaku sebagai akibat daripada kelonggaran perpaduan dalam masyarakat.

Page 21: teori struktural fungsional

Perpaduan Dalam Masyarakat• Dalam bukunya "Division of Labour in Society",

Durkheim mengatakan terdapat dua bentuk perpaduan dalam masyarakat, iaitu: perpaduan mekanikal (mechanical solidarity) dan perpaduan organik (organic solidarity).

Page 22: teori struktural fungsional

Perpaduan Mechanical

• Perpaduan ini wujud atas asas-asas kesamaan (a solidarity of resemblance).

• Apabila terdapat banyak ciri persamaan, anggota masyarakat seolah-olah sama antara satu dengan yang lain.

Page 23: teori struktural fungsional

• Oleh kerana mendokong nilai yang sama, emosi yang sama, atau nasib yang sama, anggota masyarakat dikatakan mempunyai kesedaran kumpulan yang sama, yang disebut sebagai “collective consciousness”.

Page 24: teori struktural fungsional

• Megikut Durkheim, perpaduan mekanikal lazimnya lahir dalam masyarakat masyarakat simple (simple societies) yang terdapat di kawasan luar bandar.

• Kuatnya kesedaran kumpulan, maka banyak terdapat tindakan yang konformis di kalangan anggota masyarakat.

• Mana-mana penyelewengan akan mendapat tekanan daripada masyarakat.

Page 25: teori struktural fungsional

Perpaduan Organic• Perpaduan organik pula ialah bentuk

perpaduan yang wujud apabila satu-satu masyarakat itu mengalami pembezaan struktur (struktural differentiation) seperti masyarakat kota yang kompleks.

• Dalam keadaan ini, individu bebas bertindak, atau melakukan sesuatu berdasarkan kesedaran individu, tidak sangat berdasarkan kesedaran kolektif.

Page 26: teori struktural fungsional

Fenomina Bunuh Diri

• Durkheim dalam bukunya ‘Suicide’ menurunkan empat jenis tindakan membunuh diri iaitu: (1) bunuh diri egoistik (2) bunuh diri altruistik (3) bunuh diri anomik (4) bunuh diri fatalistik

Page 27: teori struktural fungsional

• Tindakan bunuh diri (1) dan (2) dikaitkan dengan darjah integrasi (integration) dalam masyarakat –samaada rendah atau tinggi, dan tindakan bunuh diri (3) dan (4) dikaitkan dengan darjah regulasi atau tekanan ke atas penduduk – sama rendah atau tinggi.

Page 28: teori struktural fungsional

• Bunuh diri egoistik berlaku apabila perpaduan atau integrasi dalam masyarakat adalah longgar.

• Disebabkan oleh integrasi yang longgar, seseorang yang mengalami tekanan jiwa akibat masalah yang dihadapi (dalam pelbagai aspek) tidak mempunyai tempat untuk mendapat pertolongan, bantuan, simpati dll, lantaran itu akan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Page 29: teori struktural fungsional

• Sebaliknya, fenomina bunuh diri altruistik berlaku apabila darjah integrasi dalam masyarakat menjadi kuat.

• Anggota masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat akan mengambil tindakan kolektif membunuh diri secara beramai-ramai bagi tujuan menyelesaikan masalah atau untuk mendapat kesejahteraan tertentu.

Page 30: teori struktural fungsional

• Tindakan membunuh diri oleh pengikut Reverand Jim Jones di Jonestown Guyana secara beramai-ramai adalah contoh bunuh diri altruistik.

Page 31: teori struktural fungsional

• On November 18, 1978, 909 Temple members died in Jonestown, Guyana (South America) all but two from apparent cyanide poisoning in an event termed "revolutionary suicide" by Jones and some members on an audio tape of the event and in prior discussions. To the extent the actions in Jonestown were viewed as a mass suicide, it is the largest such event in modern history.

http://en.wikipedia.org/wiki/Jonestown

Page 32: teori struktural fungsional

• Bunuh diri anomik pula berlaku apabila regulasi (regulation) atau peraturan dalam masyarakat terganggu.

• Dengan kata lain, masyarakat tidak lagi dapat mengawal atau mengatur kehidupan serta tindakan penduduk. Mereka kehilangan pedoman, tidak ada asas atau tunjung dalam hidup (rootlessness), dan tidak ada norma (normlessness).

Page 33: teori struktural fungsional

• Perubahan pesat (dalam bidang ekonomi, teknologi dll) yang berlaku dalam masyarakat menyebabkan peraturan (norma) tradisi terkubur, dan peraturan baru tidak lagi wujud.

• Atas kehilangan punca dalam hidup berserta dengan tidak ada peraturan yang mengawal, maka ada yang mengambil tindakan membunuh diri.

Page 34: teori struktural fungsional

• Akhir sekali bunuh diri fatalistik berlaku dalam keadaan di mana darjah regulasinya tinggi, dan dalam keadaan di mana seseorang terpaksa mengikuti segala peraturan (regulation).

• Contohnya, fenomina bunuh diri di kalangan hamba abdi kerana tidak lagi sanggup menjalani hidup yang penuh dengan kongkongan dan peraturan.

Page 35: teori struktural fungsional

• Begitu juga, tindakan bunuh diri yang berlaku di kalangan para isteri (kes-kes berlaku di India) yang tidak sanggup diperlakukan sebagai hamba abdi dalam mengharungi alam rumah tangga.

Page 36: teori struktural fungsional

TALCOTT PARSONS

• Parsons mengatakan masyarakat sebagai satu sistem sosial memperlihatkan perhubungan yang tetap antara beberapa sub-sistem di dalamnya.

• Antara sub-sistem utama termasuk: ekonomi, politik, agama, perundangan, keluarga, pendidikan, dll.

Page 37: teori struktural fungsional

SISTEMEKONOMI

SISTEMPOLITIK

SISTEMKELUARGA

SISTEMAGAMA

SISTEMPERUNDANGAN

Page 38: teori struktural fungsional

• Setiap bahagian (sub-sistem) dalam masyarakat mempunyai fungsi masing-masing.

• Fungsi (function) setiap bahagian itu dilihat dari segi sumbangan masing-masing bagi meneruskan kewujudan dan pengekalan masyarakat itu sebagai satu keseluruhan (whole).

Page 39: teori struktural fungsional

• Sebagai seorang pendokong teori fungsionalis, Talcott Parsons menumpukan perhatian kepada soal memenuhi keperluan (needs) dalam masyarakat, di mana fungsi setiap bahagian (parts) atau sub-system dalam masyarakat adalah ke arah mememenuhi keperluan masyarakat yang berbagai-bagai.

Page 40: teori struktural fungsional

• Parsons mengatakan setiap sistem dalam masyarakat mesti digerakkan bagi memenuhi empat keperluan utama atau bagi mencapai empat "functional imperatives" atau AGIL berikut:1. A = Adaptation 2. G = Goal Attainment3. I = Integration4. L = Latency/ Pattern Maintenance

Page 41: teori struktural fungsional

Adaptation

• Mana-mana sistem mesti adapt atau menyesuaikan diri dengan persekitaran (sosial & bukan-sosial).

• Ini dilakukan dengan cara menguasai persekitaran tersebut serta mengadaptasikan diri dengannya.

• Bagi memenuhi fungsi adaptasi ini, pembahagian tugas (division of labour) adalah perlu.

Page 42: teori struktural fungsional

• Ini kerana tidak ada anggota masyarakat yang boleh menjalankan peranan/ tugas secara serentak pada masa yang sama.

• Pembahagian tugas memungkinkan pencapaian yang lebih tinggi kerana terdapat pengkhususan dari segi kemahiran.

• Fungsi adaptation dijalankan oleh sub-sistem ekonomi.

Page 43: teori struktural fungsional

Goal Attainment

• Setiap sistem mempunyai matlamat tertentu yang hendak dicapai, dan segala sumber (manusia dan bukan-manusia) yang ada dalam masyarakat perlu dimobilisasikan bagi mencapai matlamat tersebut.

Page 44: teori struktural fungsional

• Fungsi goal attainment juga memerlukan pembahagian tugas (division of labour).

• Tugas mobilisasi sumber serta menentukan peranan kepada orang yang sesuai, tepat lagi betul mengikut kebolehan, mengikut masa dan juga keadaan dijalankan oleh sub-sistem pemerintahan atau kerajaan (polity).

Page 45: teori struktural fungsional

Integration

• Setiap sistem mempunyai keinginan untuk mewujudkan ketenteraman dan kestabilan.

• Dalam masyarakat juga wujud unsur integrasi berlandaskan kepada sistem nilai yang dikongsi bersama oleh anggotanya.

Page 46: teori struktural fungsional

• Walau pun tidak dinafikan ada unsur-unsur perbezaan pendapat, tetapi bagi menjaminkan integrasi, anggota masyarakat terpaksa akur kepada peraturan serta nilai yang dikongsi bersama .

• Fungsi integrsai dijalankan oleh sub-sistem agama & sub-sistem undang-undang.

Page 47: teori struktural fungsional

Latency

• Mana-mana sistem mesti dikekalkan bagi mewujudkan kesinambungan (continuity).

• Ini melibatkan dua proses iaitu proses sosialisasi (socialization) dan proses kawalan sosial (social control).

Page 48: teori struktural fungsional

• Proses sosialisasi adalah proses menurunkan tret budaya (cultural traits) dari satu generasi kepada satu generasi yang lain bagi mewujudkan kesinambungan (continuity).

• Selain itu mana-mana penyelewengan atau pelanggaran peraturan dalam masyarakat mesti dibetulkan atau dilkawal melalui proses kawalan sosial.

• Fungsi latency/pattern maintenance ini dijalankan oleh sistem keluarga.

Page 49: teori struktural fungsional

ROBERT P. MERTON

• Merton pada asasnya bersetuju dengan gagasan teori fungsional yang melihat masyarakat secara keseluruhan berada dalam keadaan stabil apabila semua bahagiannya berfungsi.

• Namun demikian beliau mengatakan keadaan kestabilan itu lebih sesuai jika diaplikasikan kepada masyarakat kecil & primitif, tapi tidak sedemikian kepada masyarakat moden & kompleks.

Page 50: teori struktural fungsional

• Beliau juga mengatakan tidak semua struktur atau bentuk masyarakat dan budaya berfungsi secara positif.

• Tidak kurang pula ada yang berfungsi secara negatif.

• Contoh yang diberikan ialah wujudnya semangat nasionalisma yang kuat di sesetengah negara yang menjejaskan kestabilan politik dunia (dengan ancaman tenaga nuclear).

Page 51: teori struktural fungsional

• Beliaulah yang mengemukakan konsep dysfunction ditinjau daripada sudut fungsi negatif berkenaan.

• Selain daripada konsep dysfunction, Merton juga mengemukakan konsep nonfunction (tidak berfungsi) ditinjau dari aspek-aspek warisan (tradisi) yang sudah ketinggalan zaman/ lapok dan tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman ini.

Page 52: teori struktural fungsional

• Seterusnya Merton mengemukakan konsep net balance atau baki keseimbangan apabila fungsi positif bagi satu-satu aspek sosial itu dibandingkan dengan fungsi negatifnya.

• Beliau mengatakan adakalanya yang positif itu lebih berat daripada yang negatif, dan adakala pula keadaan sebaliknya berlaku, iaitu yang negatif lebih berat daripada yang positif.

Page 53: teori struktural fungsional

• Dengan demikian akan wujud net balance, samada lebih condong kepada yang positif, atau sebaliknya.

• Bagaimana dengan sistem keluarga luas dalam masyarakat Malaysia – apakah net balance nya?

Page 54: teori struktural fungsional

• Konsep-konsep lain yang dikemukakan oleh Merton ialah fungsi terbuka (manifest function), dan fungsi terselindung (latent function).

• Fungsi terbuka adalah dihubungkan dengan fungsi yang mempunyai matlamat yang diduga atau bercorak sengaja (intended), sedangkan fungsi terselindung pula bercorak tidak sengaja atau tidak didugakan berlaku.

Page 55: teori struktural fungsional

• Beliau mengemukan contoh sistem perhambaan di Amerika di mana fungsi terbukanya adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dengan tenaga kerja hamba, sedangkan fungsi terselindungnya adalah mempertingkatkan martabat golongan kulit putih, iaitu berlakunya mobiliti sosial secara menegak dengan meluas di kalangan orang berkulit putih.

Page 56: teori struktural fungsional

• Akhirnya, Merton mengatakan walaupun satu-satu aspek sosial itu bercorak dysfunctional (mempunyai fungsi negatif), tapi masih kekal wujud dalam masyarakat dan terus diamalkan.

• Contohnya, diskriminasi terhadap wanita, masih dipertahankan oleh kebanyakan masyarakat sebab tindakan itu masih dianggap fungsional bagi kaum lelaki.

Page 57: teori struktural fungsional

• Begitu juga dengan sikap diskriminasi kaum (terhadap penduduk berkulit hitam), yang masih dianggap tindakan yang fungsional di kalangan sesetengah penduduk berkulit putih.

• Merton mengatakan tindakan mempertahankan sesuatu yang dysfunctional ini akan membawa kepada wujudnya konflik dalam masyarakat.

Page 58: teori struktural fungsional

SEKIAN & TERIMA KASIH