teori perancangan bahasa

23
TEORI PERANCANGAN BAHASA AMEERUL ASWAD B AB AZIZ (P76109) WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ (P76149)

Upload: miroswat

Post on 23-Dec-2015

368 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Perancangan Bahasa

TEORI PERANCANGAN BAHASA

AMEERUL ASWAD B AB AZIZ (P76109)

WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ (P76149)

Page 2: Teori Perancangan Bahasa

PENGENALANEdward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kata bahasa antaranya bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.

Secara ringkasnya bahasa ialah suatu sistem simbol bunyi yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.

Page 3: Teori Perancangan Bahasa

TEORI PERANCANGAN BAHASAIstilah perancangan bahasa bermula daripada seorang rakyat Amerika yang bernama Einar Haugen yang berketurunan Norwegia. Beliau mengkaji perkembangan bahasa di Norwegia. Hasil daripada pemerhatiannya terhadap perkembangan yang berlaku di Norwegia, maka Haugen telah mencipta istilah ‘language planning’ dan mendefinisikannya sebagai :

“The activity of preparing a normative orthography, grammar and dictionary for the guidance of writers and speakers in a non-homogenous speech community”

Page 4: Teori Perancangan Bahasa

Sebelum Haugen memperkenalkan istilah language planing sudah wujud dua istilah yang digunalan oleh sarjana yang mengkaji dalam kegiatan linguistik. Istilah itu ialah glosssopolitics dan language engineering.

Glosspolitics = Kegiatan atau proses mengaplikasi ilmu linguistik kepada dasar yang diambil oleh kerajaan dalam menentukan cara-cara yang paling baik untuk mencapai keadaan dwibahasa di tempat-tempat yang menghadapi pertembungan kebudayaan (Robert A.Hall Jr, 1974)

Language Planning = 1. Rujukan kepada usaha-usaha penulisan dan pembakuan bahasa-bahasa separa baku di Soviet Union (Springer, 1956 dan 1974).2. Bimbingan yang seharusnya diberi dalam perkembangan bahasa dalam konteks perubahan yang berlaku dalam kehidupan sosial, kebudayaan dan teknologi (Sutan Takdir Alisjahbana, 1961)

Page 5: Teori Perancangan Bahasa

Ronald Wardhaugh (1998) menyatakan terdapat dua tumpuan dalam perancangan bahasa iaitu :

1. Perancangan taraf atau status iaitu - Melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka

yang menggunakannya.

2. Perancangan bahan, matan atau korpus iaitu- Melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi, sumber-sumber baru kosa kata, kamus, dan

kesusasteraan serta pembinaan pemakaian-pemakaian yang baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan kepada bidang-bidang kerajaan, pendidikan dan perdagangan.

Page 6: Teori Perancangan Bahasa

Charles Ferguson (1968) pula mengenalpasti tiga matra atau dimensi dalam pembinaan bahasa iaitu

1. Graphization (Pengabjadan)2. Standardization (Pembakuan)3. Intertranslatability (kebolehterjemahan)

Page 7: Teori Perancangan Bahasa

1. Pengabjadan ialah usaha supaya sesuatu bahasa itu mempunyai abjad atau sistem ejaan yang sempurna. Ini biasanya dikaitkan dengan bahasa yang belum mempunyai ejaan, atau usaha pembakuan atau pembaikan ejaan yang wujud.

2. Pembakuan ialah proses menjadikan satu dialek atau bahasa sebagai bahasa yang baku berbanding dengan dialek-dialek lain dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa itu dalam bidang ilmiah dan pentadbiran, demi meningkatkan komunikasi.

3. Kebolehterjemahan atau nama lain iaitu pemodenan ialah usaha-usaha pengembangan kosa kata dan pembinaan bentuk-bentuk wacana tertentu, biasanya ilmiah. Pembinaan kosa kata ini melibatkan penciptaan istilah dan ungkapan-ungkapan tertentu untuk menampung keperluan ilmiah atau pentadbiran bahasa itu.

Page 8: Teori Perancangan Bahasa

H. Kloss (1969) melihat perancangan bahasa iaitu perancangan taraf dan perancangan bahan.

1. Perancangan TarafPerancangan taraf ialah usaha menentukan taraf sesuatu bahasa atau dialek berbanding dengan bahasa atau dialek lain, biasanya memilih sesuatu dialek atau bahasa menjadi bahasa kebangsaan.Contoh :

2. Perancangan BahanPerancangan bahan melibatkan pembentukan istilah baru, pembakuan ejaan dan pembakuan tatabahasa, iaitu usaha-usaha yang menggunakan bahan sebagai yang diolah dan dibentuk. Contoh :

Page 9: Teori Perancangan Bahasa

A. Fishman (1973) pula mengemukakan tentang penentuan dasar bahasa, pengekodan dan peluasan serta pelaksanaan dan penilaian.

Penentuan dasar bahasa = Perancangan taraf.Contoh : Bahasa rasmi dan kebangsaan

Pengekodan dan peluasa = Perancangan bahan.Contoh : Ejaan, tatabahasa dan istilah (kamus)

Pelaksanaan dan penilaian = Peluasan dan penyuburan.Contoh : Istilah pinjaman (selfie)

Page 10: Teori Perancangan Bahasa

P. S. Ray (1966) melihat perancangan bahasa dari sudut pembakuan.

Pembakuan bahasa bermaksud penggunaan satu norma yang baku dalam kawasan yang terdapat perbezaan penggunaan bahasa, sama ada perbezaan sosial ataupun daerah. Penerimaan satu bahasa sebagai bahasa baku akan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi untuk digunakan sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan dan sebagai bahasa pentadbiran dan perhubungan rasmi untuk urusan kerajaan.

Contoh :

Page 11: Teori Perancangan Bahasa

Cobarrubias (1983) telah memerikan empat jenis idealogi yang menggerakkan perancangan bahasa dalam sesuatu masyarakat iaitu:

1. Linguistic Assimilation (Asimilasi Linguistik )2. Linguistic Pluralism (Pluralisme Linguistik)3. Vernacularization

(Pemvernakularan/Vernakularisasi)4. Internationalization

(Penginternasionalan/Pengantarabangsaan)

Page 12: Teori Perancangan Bahasa

1. Linguistic Assimilation (Asimilasi Linguistik )

Kepercayaan bahawa setiap orang mesti mempelajari bahasa utama dalam masayarakat berkenaan.

Contoh : Semua rakyat di Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu untuk komunikasi yang lebih baik. Di sekolah juga diajarkan bahasa Melayu dan menjadi bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

2. Linguistic Pluralism (Pluralisme Linguistik)

Pengiktirafan lebih daripada satu bahasa.

Contoh : Singapura mengiktiraf empat bahasa sebagai bahasa rasmi (Perlembagaan Singapura 1965).Di Sarawak mengiktiraf beberapa bahasa sebagai bahasa rasmi selain daripada bahasa Melayu.

Page 13: Teori Perancangan Bahasa

3. Vernacularization (Pemvernakularan/Vernakularisasi)

Pembaikan dan peluasan sebuah bahasa peribumi dan menjadikannya sebagai bahasa rasmi.

Contoh :

4. Internationalization (Penginternasionalan/Pengantarabangsaan)

Pengambilan bahasa bukan peribumi sebagai bahasa rasmi untuk kegunaan tertentu seperti perhubungan antarabangsa, pendidikan atau ekonomi.

Contoh : Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama selain bahasa Melayu.

Page 14: Teori Perancangan Bahasa

J.V.Neustupny (1974) mengemukakan dua pendekatan untuk perancangan bahasa.

1. Pendekatan Dasar (Policy Approach)- Meliputi masalah pemilihan bahasa

kebangsaan, pembakuan, celik huruf, ortografi, masalah stratifikasi bahasa dan seumpamanya.

2. Pendekataan Pembinaan (Ciltivation Approach)- Menyentuh tentang ketepatan, kecekapan,

peringkat linguistik untuk memenuhi fungsi-fungsi khusus, masalah- masalah gaya, kendelaan-kendelaan pada keupayaan komunikatif dan lain-lain.

Page 15: Teori Perancangan Bahasa

Asmah Hj Omar (1987) menjelaskan perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa.

1. Perancangan taraf atau status- Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan

taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguh- sungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. 2. Perancangan korpus

- Merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.

Page 16: Teori Perancangan Bahasa

Nik Safiah Karim et-.al (1993) mengatakan secara kasar sesuatu bahasa yang dirancang akan melalui tiga peringkat utama.

1. Membuat keputusan dasar tentang bahasa yang hendak dirancang.

2. Pelaksanaan rancangan-rancangan yang telah disusun.

3. Penilaian.

Ketiga-tiga peringkat ini diterapkan pada masyarakat bahasa yang menjadi penerima segala kegiatan perancangan. Keseluruhan proses ini dapat digambarkan dalam bentuk rajah seperti yang berikut:

Page 17: Teori Perancangan Bahasa

Penilaian

PerancanganMasyarakat

Bahasa

Pelaksanaan

Page 18: Teori Perancangan Bahasa

Contoh :

Perancangan = Pelembagaan erseketuan perkara 152

Pelaksanaan = Dasar Bahasa Kebangsaan, Akta Pelajaran 1961

Masyarakat Bahasa = Penduduk, etnik, kumpulan masyarakat dalam sesebuah komuniti atau negara.

Penilaian = Semakan semula.

Page 19: Teori Perancangan Bahasa

KESIMPULANSecara keseluruhannya perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa. Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti. Hal ini melibatkan perekasayaan sosial penggunaan bahasa bagi sesebuah negara. Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987).

Page 20: Teori Perancangan Bahasa

Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.

Page 21: Teori Perancangan Bahasa

Dalam sistem pendidikan pula, perancangan bahasa yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah menggalakkan pelajar, pengajar, guru dan pensyarah, penggubal kurikulum, penyedia soalan peperiksaan, dan pentadbiran menuntut kegiatan peristilahan Bahasa Melayu dipacu dengan lebih laju. Ini memperlihatkan proses pemodenan Bahasa Melayu berlaku secara terancang, iaitu melalui perancangan bahasa. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Page 22: Teori Perancangan Bahasa

RUJUKAN

Abdullah Hassan. 1999. Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Hj. Omar. 1978. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1991. Aspek Bahasa dan Kajiannya, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 23: Teori Perancangan Bahasa

Nik Safiah Karim et.al., 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah binti Osman, 2010, Perancangan Bahan Ejaan dan Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan Dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-4-iankaka.pdf

http://www.slideshare.net/puterifasya/perancangan-bahasa

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/pemodenan-dan-perancangan-bahasa-melayu.html