teori pembentukan konsep bruner & ausubel
TRANSCRIPT
Teori Pembentukan Konsep Bruner
Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai
J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner,
telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah
di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil
jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di
Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau
berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force
Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik
moden di Amerika Syarikat.
Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD,
Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA
Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami
fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan budayanya dan pergaulan sosialnya
akan menentukan cara bagaimana individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya
iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.
Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam pembelajaran yang mementingkan konsep
kategorisasi.Bruner lebih menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan
inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip konstruktivisme iaitu,seorang murid
akan membina maklumat dan konsep baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia
ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema dan model mental
untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan.
Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam
keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-
murid dengan soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti
pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka.
Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang harus diutamakan.Tema pertama
adalah pertengahkan konsep dan keutamaan struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan
pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu
difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana
penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula
kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan mengutamakan
kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum daripada senang kepada susah
dan yang sentiasa mengaitkan satu konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang
oleh guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.
Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa guru-guru mengajar,mereka mesti
mengajar dengan memfokuskan kepada naluri intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan
perlu diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran perlu disokong dengan
pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti
sentiasa mencungkil motivasi dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini
merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat murid-muridnya.Guru-guru juga perlu
mengajar murid-murid yang mencapai markah yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama
dalam pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar adalah lebih untuk
memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan intelek murid-murid.
Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang terkenal.Beliau menekankan
perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat
enaktif atau tidak aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada peringkat
ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka
juga menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan
pergerakan anggota kanak-kanak.Maka,guru-guru perlu sdiakan bahan maujud untuk mengimbangkan minda murid-
murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang
berumur 2-4 tahun dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka juga
menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif secara lebih tersusun.Guru-guru perlu merancang
pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat
simbolik.Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan simbol-
simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran ke situasi serupa dengan membuat
penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat
mengenai sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan langkah-langlah penyelesaian masalah.Oleh
yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan
potensi mereka pada peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu jenis
penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir pada tahap
yang lebih mantap melalui pendedahan kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada
umur yang kecil lagi.
Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of Instruction ,menghuraikan empat prinsip
pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip
kecenderungan murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan prinsip
peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti mempunyai kecenderungan ingin tahu
perkara-perkara yang sedang berlaku di sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan
sepert “ Mengapa?”,”Kenapa?” atau “ Bagaimanakah sesuatu berlaku?”Manakala pengajaran berstruktur pula
dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan dapat dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran mental kanak-
kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran
yang sesuai digunakan untuk apa murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan
prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi
untuk mengajar perwakilan nombor.
Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen merupakan suatu prinsip
turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip
kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang
berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya
adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar.
Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak
langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat
menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat
ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip
yang terakhir adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang bersesuaian tidak kira
positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi
peneguhan,penetapan masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas yang
ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.
Secara kesimpulanya,boleh dikatakan bahawa teori Bruner telah mempengaruhi pengajaran dengan impak
yang paling ketara.
Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel
David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi
banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga
pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York.
Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam
bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau
juga telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi M.A dan Ph.D
dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan
untuk bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel
telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau
telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang
memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang
professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang
terkenal.
David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu
kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali
sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut
urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu ‘meaningful verbal learning’,
termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan
Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk
membantu pembelajaran bermakna ialah pembelajaran resepsi dan penemuan.Ausubel lebih mementingkan
pembelajaran resepsi daripada pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat
oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara eksplisit ,langsung,lengkap dan
tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam
bentuk pengajaran memusatkan guru.Penemuan berlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan pembelajaran
yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha
untuk mencari makna sendiri dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini.
Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep penyusunan awal. Penyusunan
awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan
pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan
kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan
awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan
penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep
berkaitan yang telah dipelajari.
Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh digunakan sebagai penyusunan
awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan
maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang sedia ada dalam struktur kognitif
murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya
boleh berlaku sekiranya guru-guru menyusun bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang lengkap dan
sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan
atur.Justeru itu,teori beliau juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.
Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitif berkembang dengan
pembelajaran bermakna melalui 4 proses.Proses pertama adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk
kepada pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam struktur kognitif
seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk
kepada maklumat bary yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan
disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk pada suatu keadaan
di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan
maklumat atau konsep baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam pembentukan
kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan maklumat untuk memahami konsep secara terperinci
dan khusus.Proses ini adalah spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui
pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinat adalah pengolahan maklumat secara am dan inklusif.Proses
pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam
pendekatan ini,guru-guru akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur
khasnya apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran
dimana mereka perlu mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan di
antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri yang lebih terpencil yang wujud di dalam
konsep-konsep yang sukar ini.Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara
konsep-konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu murid-murid meningkatkan kefahaman dan
memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau
pengubahsuaian bersepadu adalah proses terakhir.Dalam proses penyelarasan integratif ,guru-guru mesti
memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda murid-murid akibat
daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba
menyelaraskan tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid.Justeru
itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu pendekatan dimana percanggahan makna di antara
konsep-konsep yang hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan
perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran
resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap
dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam
pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan
konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk
pelajaran.
Ausebel
Menurut Ausebel siswa akan belajar dengan baik jika apa yang disebut ”pengatur kemajuan (belajar)” (Advance
Organizers) didefinisikan dengan baik dan tepat bagi mahasiswa. Pengatur kemajuan belajar adalah konsep atau
informasi umum yang mewadahi (mencakup) semua isi pelajaran yang akan diajarkan kepada siswa.
Menurut ausebel ”advance organizers” dapat memberikan tiga macam manfaat yakni:
1. Dapat menyediakan suatu kerangka konseptual untuk materi pelajaran yang dapat dipelajari oleh siswa.
2. Dapat berfungsi sebagai jembatan yang menghubungkan antara apa yang sementara dipelajari siswa ”saat
ini” dengan apa yang ”akan” dieplajari sedemikian rupasehingga membantu siswa memahami bahan belajar
dengan lebih mudah.
Burner
Teorinya disebut free discovery learning.
Menurut teori ini proses belajar akan berjalan dengan baik dan kreatif jika guru memberi kesempatan kepada siswa
untuk menemukan suatu teori, konsep definisi dan sebagainya.
Dengan kata lain siswa dibimbing secara induktif untuk memahami suatu kebenaran umum.
Contoh: untuk siswa memahami konsep tentang ”kejujuran” siswa tidak semata-mata ”menghafal”, definisi kata
”kejujuran” tersebut, melainkan dengan memplajari contoh-contoh kongrit tentang kejujuran.
Lawan dari pendekatan ini disebut ”belajar ekspositiory” (belajar dengan cara menjelaskan). Dalma hal ini siswa
disodori sebuah informasi umum dan diminta untuk menjelaskan informasi tersebut melalui contoh-contoh khusus
yang kongkrit.
Contoh: untuk masalah di atas mahasiswa pertama-tama diberi definisi tentang ”kejujuran” dan dai definisi itulah
mahasiswa diminta untuk mencari contoh.
Jerom BrunerMenurut teori perkembangan kognitif oleh Bruner pula, berpendapat bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaanya belajar
melalui peringkat enaktif. Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini juga kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui alat muzik lebih pantas daripada orang dewasa (Richard, 2004)
Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkeambangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej atau gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Manakala dalam peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembangan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi berkembang dalam kehidupan seseorang itu.
Ausubel Ausubel menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Menurut Ausubel lagi terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.
Konsep utama teori pembelajaran resepsi yang bermakna ialah dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu sedia ada pelajar. Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif, mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logical dalam bentuk terakhir dengan pengalaman /ilmu yang sedia ada melalui ekspositori.
Teori Kognitif
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang
disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka
panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadapTeori belajar kognitif
memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan
pembuatan informasi yang bermakna.
Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat
keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif.
Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan
pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan
dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).
Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu
Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji lebih dalam
bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana
itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.
Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau, konsep adalah
penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari
serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga
berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat
memudahkan pengurusan
keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari serta
mengingati.
Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan
secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk
mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian
bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi
sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri
mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa
dalam pengajaran di sekolah.
Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau
beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula merupakan gabungan
atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep
hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain.
Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan
perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan
suasana pembelajaran.
Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif,
dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun. Dalam hal ini Bruner
telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap itu adalah:
(1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau
pengalaman baru;
(2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang
lain, dan
(3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.
Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan .
Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan yang perlu
diperhatikan iaitu:
a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan,
b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar,
c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,
d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk
memotivasinya
Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan
cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik,
bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru
dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan
yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak
merasa puas.
Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini diangkat dari
teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam proses pembelajaran. Ini
merupakanpemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver.
Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk
mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.
Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan secara
efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untuk mengembangkan
program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara
di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan
kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep
di dalam bahasa yang dierti oleh mereka.
Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai
bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau,
rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya
ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan
dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah
penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses
pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan
lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran.
Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh
motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di
sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi,
tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.
Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan.
Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan
memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di
sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang
lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.
Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan
dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor
ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam
ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan
ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.
Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor
jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman.
Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya
supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau
fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan
menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.
Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh
diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali
ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi
atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian
kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka
dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.
Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable mengemukakan
teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi
baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya
dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:
- Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial
- Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.
Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki kebermaknaan
logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif siswa. Bedasarkan
Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:
1. Pengatur awal (advance organizer)
Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama
denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat dapat meningkatkan
pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur.
Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu
digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.
2. Diferensiasi progresif
Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep. Caranya
unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih detail, berarti proses
pembelajaran dari umum ke khusus.
3. Belajar superordinat
Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah deferensiasi,
terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur kognitif tersebut. Proses
belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat
akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif.
4. Penyesuaian Integratif
Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama
konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan pada lebih satu
konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian
integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-
hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama informasi disajikan.
Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh David
Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner
tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri
sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang
telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar
penangkapan.
NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BRUNERJerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa perkara dan dapat dikaitkan secara bermakna.
Beliau juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat suatu gambaran secara keseluruhan.
Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran.
Perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
a) Peringkat enaktif ( 0 – 2 tahun )b) Peringkat Ikonik ( 2 -4 )
c) Peringkat Simbolik ( 5 – 7 ) Pembelajaran Penemuan Bruner - beliau berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan pengalaman kepada kanak-kanak untuk membantu menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu fenomena dan murid menyiasat bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan diperoleh , jawapan itu akan dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam kelas.
Teori Pembelajaran Induktif - guru seharusnya membekalkan murid-murid dengan pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran yang aktif dan membentuk konsep yang difahami.
Konsep pemikiran induktif adalah dari spesifik kepada umum.
Cara pembelajaran induktif ini adalah guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kepada kanak-kanak iaitu pelbagai aktiviti dan pengalaman.
Menggunakan pengalaman untuk membentuk konsep baru.
Pembelajaran Induktif – (Memain peranan – latihan pembentukan konsep – aktiviti amali – aktiviti lain).
Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran Kanak-kanak belajar melalui pengalaman, mereka perlu diberi peluang untuk
meneroka, memegang, mencium dan merasa supaya proses ini dapat mewujudkan pembelajaran bermakna.
Murid tahap 1 , gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.
Murid tahap 2 pula,hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka boleh mengaplikasikannya di dalam proses penyelesaian masalah.
Motivasi ekstinsik dan motivasi intrinsik perlu ditekankan untuk meransang minat murid terhadap sains.
Kesediaan murid-murid juga perlu diambil berat serta menambah nilai-nilai murni di dalam pelajaran.
NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang menekankan penguasaan bahasa yang bermakna . Menurut beliau,maklumat dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara iaitu resepsi dan penemuan melalui hafazan atau bermakna.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka.* Pembelajaran resepsi (Pembelajaran Penerimaan)- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik. Menurut Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan teratur di dalam bentuk kuliah dan ceramah. Walaupun guru memberi maklumat,idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama guru. Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos institusi yang mengendalikannya. Menurut beliau juga bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi. Untuk kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah menarik dan cepat dilupai oleh mereka. Pembelajaran Penemuan – maklumat diperolehi oleh pelajar adalah secara bebas melalui usaha sendiri, amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi ransangan pelbagai serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang. Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal – diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optima boleh berlaku. Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal ini berfungsi untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran malah boleh juga menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Terdapat 3 tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu memberi gambaran
a) memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran b) menjelaskan hubungan antara konsepyang akan dihuraikan c) menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang
telah dipelajari. Penyusunan konsep dalam bentuk pengetahuan harus disusun dalam bentuk hirarki iaitu dari konsep umum ke spesifik.
Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel ke atas pengajaran dan pembelajaran. Guru digalakkan menggunakan penbelajaran penemuan untuk melibatkan murid di dalam aktiviti penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat, analisis,membuat sintesis penilaian dan rumusan.Pembelajaran seperti ini lebih kekal, bermakna dan menyeronokkan. Teknik penghafazan masih boleh digunakan oleh guru untuk mengingati sesetengah perkara seperti rumus-rumus matematik, sifir, puisi dan pantun.
Pembelajaran bermakna ditekankan untuk membuatkan/membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan sesuatu isi-isi pelajaran dengan pertalian dan antara pengalaman baru dan pengalaman lama. Ketika mengajar guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pelajaran yang disediakan. Guru juga boleh menggunakan pembelajaran superordinat atau pendekatan induktif atau pembelajaran deduktif .
AUSUBEL-PENGASAS TEORI KOGNITIFDavid Ausubel dilahirkan pada 25 Oktober tahun 1918 dan telah dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau telah menamatkan pelajaran di Universiti Pennsylvania dimana beliau telah dianugerahkan sijil kehormat pada tahun 1939, dengan menerima ijazah sarjana muda dalam major Psikologi. Ausubel kemudiannya menamatkan pelajaran beliau di Sekolah Perubatan di Universiti Middlesex pada 1943. Beliau telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dimana beliau telah mendapat M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada 1973. Ausubel bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Semasa latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.
Teori Pembelajaran AusubelDavid Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.
Teori pembelajaran Ausabel merupakan salah satu dari teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam ‘cooperative learning’. Menurut Ausubel (Dahar 1996) bahan subjek yang dipelajari murid mestilah “bermakna” (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat
dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat murid. Suparno (1997) mengatakan pembelajaran bermakna adalah suatu proses pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang yang sedang melalui pembelajaran.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila murid boleh menghubungkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ertinya, bahan subjek itu mesti sesuai dengan keterampilan murid dan mesti relevan dengan struktur kognitif yang dimiliki mereka. Oleh itu, subjek mesti dikaitkan dengan konsep-konsep yang sudah dimiliki murid, sehingga konsep-konsep baru tersebut benar-benar terserap oleh mereka. Dengan demikian, faktor intelektual-emosional murid terlibat dalam kegiatan pembelajaran.
Pembelajaran sejarah bukan hanya sekadar menekankan kepada pengertian konsep-konsep sejarah belaka, tetapi bagaimana melaksanakan proses pembelajarannya, dan meningkatkan kualiti proses pembelajaran tersebut, sehingga pembelajaran tersebut menjadi benar-benar bermakna. Dengan pembelajaran koperatif, tentu bahan sejarah yang dipelajarinya tidak hanya sekadar menjadi sesuatu yang dihafal dan diingat, melainkan ada sesuatu yang dapat dipraktikkan dan dilatih dalam situasi nyata dan terlibat dalam penyelesaian masalah. Dengan demikian, pembelajaran koperatif akan dapat mengusir rasa jemu dan bosan pembelajaran mata pelajaran sejarah yang lebih banyak menggunakan pendekatan ekpositori (Al Muchtar 2002), khasnya pembelajaran sejarah yang selalu bermasalah selama ini.
Menurut Ausubel, penyelesaian masalah yang sesuai adalah lebih bermanfaat bagi murid dan merupakan strategi yang efisien dalam pembelajaran. Kekuatan dan makna proses pemecahan masalah dalam pembelajaran sejarah terletak pada kemampuan siswa dalam mengambil peranan pada kumpulannya. Untuk melancarkan proses tersebut maka diperlukan bimbingan secara langsung daripada guru, sama ada secara lisan mahupun dengan tingkah laku, manakala murid diberi kebebasan untuk membangunkan pengetahuannya sendiri. Hal ini merupakan penekanan dalam pembelajaran koperatif atau cooperative learning.
Selanjutnya Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis belajar, iaitu belajar bermakna (meaningful learning) dan belajar menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Belajar bermakna adalah suatu proses di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Belajar akan bermakna bila murid mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep konsep dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh murid.
(a)Model Pembelajaran Ekspositori
Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
(b)Penyusunan AwalPenyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran AusubelPrinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Posted by mab at 6:41 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Monday, August 16, 2010
BRUNER-PENGASAS TEORI KOGNITIF
Seymour Jerome Bruner
Seymour Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat.
Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
MAKLUMAT TEORI
Jerome Bruner telah banyak menghasilkan penulisan dalam bidang teori-teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Kebanyakkan hasil penyelidikan beliau, terutama bukunya yang berjudul
The Process of Education, telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara.
Bruner telah mengembangkan teori pembelajaran konstruktivis, di mana, antara lain, beliau telah menggambarkan proses pembelajaran, situasi yang berbeza dari perwakilan dan karakteristik teori Arahan. Bruner telah mengambil banyak karya Jean Piaget.
BELAJAR
Belajar pada dasarnya adalah kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan realiti dan memudahkan tindakan. Kategori tersebut berkait rapat dengan proses seperti pemilihan maklumat, generasi proposal, fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian hipotesis. Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti menetapkan kemasukkan yang sesuai dengan kategori mereka sendiri. Di mana mereka akan menentukan kategori konsep yang berbeza.
Hal ini kerana ini kerana belajar adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Konsekuensi lain merupakan struktur pengetahuan para pelajar yang sebelumnya (model mental mereka dan skim), merupakan faktor penting dalam belajar. Ini memberi makna kepada organisma untuk menimba pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu media seperti peraturan ini:
a) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya.
b) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting.
c) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori.
Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori: pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza) dan konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori). Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep konsep Tingkat pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun.
Menurut Bruner (1973), konsep boleh di kelaskan kepada tiga kategori, iaitu konsep konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan.
· Konsep konjuntif
Merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa atribut yang tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila atribut ini diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.
· Konsep disjuntif
Merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain.
· Konsep hubungan
Merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud diantara antribut-antribut tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya terdiri daripada antribut-antribut yang mengandungi masa dan ruang.Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Bahasa ialah perwakilan penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan.
ASPEK TEORI PEMBELAJARAN
Bruner berpendapat bahawa setiap teori Arahan harus mempertimbangkan empat aspek berikut:
1) kecenderungan terhadap pembelajaran
2) bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh pelajar
3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar
4) Sifat dari hadiah dan ganjaran.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan: a) Teorem pembelajaran Matematik
Dalam mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat Bruner dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik. Hasilnya mereka telah Berjaya membina empat teorem pembelajaran seperti berikut:
· Teorem Pembinaan
Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih memahami.
· Teorem Tatatanda
Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar pada waktu itu.
· Teorem Kontras dan Variasi
Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor tersebut.
· Teorem Perhubungan
Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru kepada pelajar.
b) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik
Seseorang murid belajar dengan cara menemui strukturkonsep-konsep yang dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak.
c) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran
Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang dikemukakan oleh beliau sendiri.
· Prinsip motivasi
Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing sesame mereka.
· Prinsip struktur
Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.
· Prinsip sekuen
Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
· Prinsip peneguhan
Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pengajaran-pembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya, demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan.
d) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)
Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar mereka dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.
e) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Melalui contoh-contoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.