teori etika

24
3.0 TEORI ETIKA 3.1 TEORI TELEOLOGI Teori ini mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan imbangan antara baikdan buruk, betul dan salah. Ini bererti, sesuatu tindakan atau perbuatan perlu banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori ini juga amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan ini juga digelar sebagai “konsekualisme” (consequentialism). Bagi ahli-ahli teleologi (teleologis), mutu atau nilai moral tindakan seseorang individu, atau sifat perlakuannya bergantung kepada nilai bukan moral yang dihasilkan oleh mereka atau cuba dihasilkan secara bandingan. Hal ini kerana jika mutu atau nilai moral sesuatu perkara bergantung kepada nilai moral yang dihasilkan, keadaan akan menjadi berbelit- belit. Oleh itu teori-teori telah menetapkan apa yang baik atau wajib secara bukan moral. Oleh yang demikian, untuk mengetahui sama ada apa yang dilakukan itu adalah baik, betul, atau wajib secara moral, kita mesti mengetahui apa yang baik, betul, atau wajib secara bukan moral atau perkara berkenaan

Upload: syedzaqhwan

Post on 31-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

English Language Moral

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI ETIKA

3.0 TEORI ETIKA

3.1 TEORI TELEOLOGI

Teori ini mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan

sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan

perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau

tidak langsung, iaitu perbandingan imbangan antara baikdan buruk, betul dan salah.

Ini bererti, sesuatu tindakan atau perbuatan perlu banyak kebaikan daripada

keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori ini juga amat mementingkan

hasil akibat sesuatu tindakan ini juga digelar sebagai “konsekualisme”

(consequentialism).

Bagi ahli-ahli teleologi (teleologis), mutu atau nilai moral tindakan seseorang

individu, atau sifat perlakuannya bergantung kepada nilai bukan moral yang

dihasilkan oleh mereka atau cuba dihasilkan secara bandingan. Hal ini kerana jika

mutu atau nilai moral sesuatu perkara bergantung kepada nilai moral yang

dihasilkan, keadaan akan menjadi berbelit-belit. Oleh itu teori-teori telah menetapkan

apa yang baik atau wajib secara bukan moral. Oleh yang demikian, untuk

mengetahui sama ada apa yang dilakukan itu adalah baik, betul, atau wajib secara

moral, kita mesti mengetahui apa yang baik, betul, atau wajib secara bukan moral

atau perkara berkenaan hendaklah menghasilkan atau cuba menghasilkan apa yang

baik, betul, atau wajib secara bukan moral (Frankena W. K. 1973).

Pelbagai teori teleologi wujud, antaranya :

i) Utilitarianisme

ii) Egoisme

Page 2: TEORI ETIKA

Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasakan

tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan untuk bilangan orang yang

banyak. Contohnya seperti kes pengeboman Hiroshima adalah bertujuan untuk

menghentikan peperangan dunia yang telah banyak mengorbankan nyawa manusia.

Sebelum ulasan dibuat terhadap etika utilitarianisme, untuk memperjelaskan

teori etika ini eloklah isu moral berkaitan peperangan diambil sebagai contoh. Bagi

utilitarianisme, dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu

menerusi cara berperang tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudahan

dan kebaikan yang mungkin dihasilkan oleh peperangan itu. Jika kemudaratan itu

dijangka melebihi apa-apa akibat yang baik yang boleh dinikmati negara yang

melancarkan peperangan itu (walaupun negara berkenaan menang), menurut etika

utilitarianisme, peperangan itu tidak boleh di justifikasikan. Sebaliknya, peperangan

serta cara peperangan itu dikendalikan dianggap wajar dari segi moral oleh etika

utilitarianisme jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kebaikan lebih daripada

kesengsaraan dan penderitaan.

Justeru itu, utilitarianisme akan menyokong tindakan mengebom bandar

bandar di Jerman (walaupun ramai yang tidak berdosa terkorban) untuk

menamatkan Perang Dunia Kedua kerana jika pihak Nazi menang, dunia ini akan

kehilangan sifat ke manusiaannya dan kezaliman akan berleluasa. Walau apa pun,

yang menjadi masalah ialah setiap negara yang pernah berperang selalunya

mendakwa mereka berbuat demikian untuk menegakkan kebenaran bagi kebaikan

dunia, manakala cara serta alat peperangan canggih yang digunakan adalah wajar

dari segi moral.

Menurut Ashmore R. B. (1987), utilitarianisme ialah :

“ a teleogical theory which regards the end of action to be ‘general happiness’

and which judges praiseworthy those acts, dispositions, rules and institutions

which maximize the happiness of all who are affected by them”

Page 3: TEORI ETIKA

Dalam erti kata yang lain teori ini memerlukan kita memilih sesuatu tindakan

yang boleh menghasilkan kebaikan yang maksimum ke atas sebanyak mungkin

orang yang terlibat. Kebaikan ini adalah dalam bentuk kegembiraan atau

keseronokan. Sebenarnya utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang

bermaksud “barang yang berguna atau berfaedah”. Maka uitilirianisme bermaksud

kita perlu menilai sesuatu tindakan berdasarkan kegunaanya atau faedahnya untuk

kebanyakan orang bagi memperbaiki kualiti hidup kita. Secara ringkas, sesuatu

tindakan yang kita lakukan dianggap sebagai bermoral apabila tindakan tersebut

menghasilkan keseronokan yang maksimum. Sebaliknya, apabila ia menghasilkan

kesakitan atau penderitaan, ia dianggap tidak bermoral.

Di Malaysia, salah satu contoh utilitarianisme ialah mewujudkan koc wanita di

dalam sistem transit aliran ringan. Walaupun usaha ini banyak dikritik oleh

sebahagian daripada kaum lelaki namun pada hakikatnya ia banyak membawa

kebaikan kepada golongan wanita yang merupakan golongan majoriti di Malaysia.

Teori Egoisme (Egoism) ini merujuk kepada sebarang perbuatan yang

dilakukan oleh seseorang itu semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri.

Seseorang itu tidak akan mempedulikan perasaan orang lain tidak kira orang itu

dilayan dengan buruk ataupun baik. Matlamat yang terutama ialah untuk

memberikan faedah kepada diri sendiri.

Teori ini mula berkembang sejak berkurun-kurun dahulu di mana wujudnya

pertentangan di antara golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Dikatakan

bahawa golongan bangsawan pada ketika itu melihat diri mereka sendiri sebagai

golongan rakyat yang paling tinggi dan berhak menggunakan rakyat jelata sebagai

hamba abdi. Golongan bawahan ini lemah dan tidak terdaya untuk menjaga

kebajikan diri walaupun bilangan mereka ramai. Orang biasa ini dipaksa dengan

kejam supaya mereka bekerja untuk golongan atasan itu tanpa dibayar apa-apa gaji.

Page 4: TEORI ETIKA

Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900).

Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik kuat terhadap teori

Utilitarianisme. Mengapakah beliau berpendapat sebegitu? Ini adalah kerana asas

pemikiran utilitarianisme sangatlah mementingkan kesan sesuatu perbuatan

terhadap majoriti masyarakat. Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau juga

kuat menentang teori kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan

hamba abdi kerana individu-individu telah disekat hak kebebasan mereka. Dalam

teori kemoralan sosial, setiap individu diwajibkan untuk menurut segala perintah

yang wujud dalam masyarakat.

Kita tidak perlu membayangkan teori ini sebagaimana yang dikemukakan oleh

Nietsche. Egoisme ini wujud dalam setiap individu, termasuk saya dan anda yang

sedang membaca artikel ini. Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan

individu masing-masing. Tetapi, matlamat masih sama, iaitu, mementingkan diri

sendiri untuk mendapatkan manfaat dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Sebagai contoh, individu A mengenakan usikan (prank) kepada individu B

tanpa berfikir kesan-kesan yang berikutan. Individu A mengusik dengan menyatakan

ia boleh “hack” ke dalam sistem komputer individu B melalui MSN. Individu B yang

tidak dapat mengawal perasaan kerisauaan lalu memberitahu hal ini kepada ibu dan

bapanya, pensyarah, dan kawan baiknya. Individu B amat sedih dan bimbang akan

kebolehan “hacker” itu.

Ianya jelas bahawa keseronokan hanya berpihak kepada individu A dan

individu B diabaikan untuk menghadapi kesan-kesan negatif. Individu B yang berada

dalam keadaan yang panik boleh melakukan apa sahaja tindakan seperti

merepotkan hal ini kepada pihak berkuasa.

Page 5: TEORI ETIKA

Teori ini memang patutlah dikritik oleh semua lapisan masyarakat. Sebab-

sebabnya adalah cukup terang di mana kepentingan diri sendiri diutamakan tanpa

memikirkan akibat-akibatnya. Jika individu A tidak mengaku bahawa dia merupakan

dalang itu, kemungkinan besar individu A akan menghadapi risiko-risiko tinggi.

Page 6: TEORI ETIKA

3.2 TEORI DEONTOLOGI

Pandangan etika “deontologikal” berasal daripada perkataan Yunani “deon”

yang bermaksud “tugas atau kewajipan” (duty) ; dan ia berbeza dengan pandangan

“teologikal” dari perkataan “telos” yang bermaksud “matlamat” (goal). Orang yang

berpandangan deontologikal percaya bahawa bertindak secara moral melibatkan

kesedaran diri (iaitu bernilai intrinsic) dalam penerimaan batasan-batasan atau

peraturan spesifik yang meletakkan had kita antara kepentingan diri dengan

kebaikan umum (Davis, N. dalam Singer, P. 1991). Mereka juga percaya bahawa

ada tindakan-tindakan tertentu yang salah dalam dirinya. Oleh itu, tindakan itu tidak

boleh diterima secara moral dalam apa jua kesannya, walaupun kesannya itu adalah

secara moral baik dan wajib. Secara bandingan, pandangan teologikal menolak

kepercayaan bahawa ada tindakan-tindakan khas dan tertentu yang sendirinya betul

atau salah. Untuk teologis, betul atau salah tindakan kita ditentukan oleh penilaian

bandingan konsekuen tindakan tersebut.

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah

German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian

barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu

tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di

bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan

kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk

membuat kebaikan atau keburukan.

Page 7: TEORI ETIKA

3.2.1 PRINSIP KEWAJIPAN

Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan

tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant

menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti

kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan

pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik

atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad

itu.

Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai

mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad

itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik

dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana

amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan

kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana

memuliakan atau menghormati undang-undang.

Menurut Kant lagi, kita perlu mengambil kira niat, tujuan atau motif seseorang

dalam menentukan sama ada satu tindakan adalah baik dan betul. Sebagi contoh,

aktiviti bagi seorang pekedai yang benar-benar jujur mungkin tiada perbezaan

dengan pekedai yang enggan jujur, atau yang berniaga dengan jujur hanya dengan

niat untuk memperoleh reputasi bisnes yang baik dan akan menipu pelanggan

apabila ada peluang. Pekedai pertama dianggap bermoral kerana tekadnya baik,

manakala pekedai kedua dengan “niat yang bertujuan” adalah tidak bermoral

walaupun tindakan yang diambil olehnya adalah sama dengan pekedai pertama.

Secara ringkasnya, sesuatu tindakan tetap tidak dianggap sebagai bermoral jika

tindakan tersebut dilakukan atas kepentingan diri.

Page 8: TEORI ETIKA

Sebagai contoh di Malaysia mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira

bahan yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun

mencuri boleh membantu seseorang mendapatkan bahan yang diinginkan atau

wang, tetapi dia akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang.

3.2.2 PRINSIP EKSISTENSIALISME

Ia boleh didefinisikan sebagai menegaskan bahawa nilai buruk mesti

berasaskan pilihan individu secara bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai

buruk jika kerana dipaksa. Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi

apa yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dua aliran eksistensialisme

yang berlainan pandangan iaitu:

a) Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl

Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik;

b) Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya

kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis

Perancis serta Sarte sendiri.

Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang

berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan

andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat

secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan

kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa

terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia

lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak

hidup.

Page 9: TEORI ETIKA

Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku

moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang

memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu

membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya

dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan

keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan

moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan

suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.

Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan

kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang

dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan

dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus

daripada sumber asal (first hand choice).

Sebagai contoh, masyarakat Malaysia seringkali merasakan menderma

secara paksaan daripada orang lain adalah satu nilai yang buruk dan menderma

hanya akan dilihat sebagai nilai yang baik jika dilakukan dengan kerelaan hati

sendiri.

Page 10: TEORI ETIKA

3.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori kemoralan sosial dikenali sebagai Ethos iaitu hukum, adat resam,

kebiasaan dan tradisi. Keduanya, Mores iaitu adab, sopan, santun, tradisi yang

menentukan piawaian sesebuah kelompok. Hasil daripada takrifan ini lahirnya teori

kemoralan sosial (kemoralan konvensional/tradisionalisme).Ia merupakan peraturan

yang ditentukan oleh masyarakat dijadikan sebagai undang-undang dan diberi

autoriti dalam masyarakat.

Ahli masyarakat mesti menerima/patuh kepada sistem kepiawaian moral

(moral standards) bagi menyekat segala perbuatan buruk seperti mencuri, tamak,

dengki dan sebagainya. Setiap masyarakat mempunyai adat resam dan pantang

larangnya yang tersendiri Buddha - tidak amalkan cara hidup ekstrim, Kristian -

patuhi rukun 10, Hindu – patuhi peraturan moral dari epik Ramayana, Upanishad

Islam – disiplin melalui ajaran etika dan akhlak dari Al-Quran dan hadith.

Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat,

bukan kepentingan diri seseorang individu. Akan tetapi, masyarakat yang terlalu

dikawal oleh peraturan khususnya peraturan yang menyekat kebebasan kehidupan

ahli masyarakatnya yang menyebabkan keadaan dogmatic (terlalu patuh kepada

peraturan) dan autoritatif (terlalu berkuasa). Contohnya, ada sesetengah peraturan

masyarakat melarang orang ramai mengkritik nilai-nilai moral dalam peraturan yang

telah ditetapkan oleh masyarakat. Ini telah mengurangkan autonomi (kebebasan

hak) ahli-ahli masyarakat dan menambahkan autoriti pihak berkuasa.

Page 11: TEORI ETIKA

Peraturan-peraturan masyarakat yang ditentukan oleh pihak autoriti dan

diterima oleh ahli-ahli masyarakat, akan lama kelamaan menjadi tradisi dan bersifat

mutlak. Sifat mutlak ini kadang-kadang menyebabkan perlakuan ahli-ahli masyarakat

ini menghadapi cabaran yang tidak dapat ditangani dengan peraturan mutlak ini,

khasnya dalam menghadapi situasi baru yang mengancam kebahagiaan dan

ketenteraman kehidupan ahli-ahli masyarakat ( Wiblatt, W. R. 1963). Sebagai

contoh, kemajuan sains dan teknologi, khasnya perkembangan teknologi maklumat

yang begitu pesat kadang kala menimbulkan fobia (ketakutan) pada seseorang

untuk menghadapinya. Fobia computer berlaku apabila sesetengah orang (khasnya

generasi yang lebih tua) tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan penggunaan

computer yang canggih dan sotifiskated dalam kehidupan seharian. Walau

bagaimanapun, dilema menghadapi situasi baru ini dengan sendirinya akan berakhir

apabila seseorang individu atau keseluruhan masyarakat dengan serta-merta atau

beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan perubahan situasi tersebut. Apa

yang menjadi masalah adalah apabila ahli masyarakat enggan membuat perubahan

terhadap peraturan tradisional atau adat resam masyarakat. Jika keadaan ini

berlaku, kita yakin bahawa kemoralan sosial masyarakat tersebut akan ketinggalan

masa dan akhirnya merugikan mereka sendiri.

Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan

yang dibuat oleh masyarakat. (Peraturan biasanya ditetapkan oleh ahli-ahli falsafah

moral, pemerintah negara, tokoh-tokoh agama dll) Berlaku salah faham, konflik dan

ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza.

(Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 –titik hitam dalam sejarah Malaysia)

Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang

ada kerana masa dan keadaan telah berubah. (Contoh : Perkembangan teknologi

maklumat - perlu diterima supaya masyarakat tidak ketinggalan dan merugikan diri

sendiri).

Page 12: TEORI ETIKA

Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan

dengan kehendak hati mereka. (Individu tidak berhak menyuarakan pendapat)

Peraturan masyarakat dicabar oleh ahli masyarakat itu sendiri. (Sesetengah orang

melanggar peraturan untuk keuntungan dan kepentingan sendiri tetapi akhirnya

perbuatan itu merugikan masyarakat dan negaranya).

Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat

peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan.

Sebagai contoh di Malaysia, pada baru-baru ini polis Malaysia menggunakan

kekerasan bagi meleraikan perhimpunan jalanan yang dijalankan oleh pihak parti

pembangkang. Namun begitu, masih ramai golongan masyarakat di Malaysia yang

mengecam tindakan tersebut.

3.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Mengikut Ashmore, R. B. (1987), teori moral yang dikatakan sebagai satu

cara yang sistematik dalam menentukan soalan-soalan nilai, bermula apabila kita

bertanya “Mengapa saya patut bertindak sedemikian dan bukan sebaliknya?”

Teori ini menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik.

Matlamatnya adalah untuk mengetahui kualiti dan taraf kehidupan yang diingini. Ia

juga menjadi satu piawai untuk menentukan kita hendak menjadi insan yang

bagaimana. Sebelum berbincang mengenai peraturan, soal keperibadian mulia perlu

dibentuk terlebih dahulu.

Peraturan dihuraikan dan dibuktikan berdasarkan konsep mengenai

keperibadian mulia. Tabiat atau perangai yang dibentuk dalam proses

perkembangan moral mengandungi kelakuan individu Mereka menentukan corak

tingkah laku dan respon terhadap situasi kehidupan.

Page 13: TEORI ETIKA

Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan

“jalan tengah”, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan

tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani

hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan

semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi

seorang insan yang mulia.

Proses Perkembangan Moral Individu tidak dilahirkan dengan kebolehan

memahami dan mengaplikasikan kepiawaian moral Sama seperti kebolehan fizikal,

emosi dan kognitif seseorang yang berkembang apabila matang Kebolehan

seseorang menangani isu-isu moral dibina mengikut perkembangan kehidupan

mereka.

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa

dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini

berkait rapat dengan ”kaedah seikap baik” dan sifat-sifat seorang insan bermoral.

Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah

perasaan atau kebolehan dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu

tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya

atau kerana dia berupaya merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan

oleh alam semulajadi. Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah

menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang

menyenangkan dan menyeronokan.

Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi

latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian

mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu

kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah,

jahatn buruk dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara

sederhana dan pertengahan.

Page 14: TEORI ETIKA

Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini.

Pertama sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara

semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.

Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan

sederhana berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh

dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Sebagai contoh, dapat di berikan disini ialah dalam permainan bola sepak.

Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan

pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang

bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu

melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan

berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak

selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.