tenaga pakar utm · negeri johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak...

12

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,
Page 2: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

Johor Bahru, 29 April – Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor Universiti Teknologi Malaysia berharap tenaga pakar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat membantu dengan menggunakan kepakaran dan kajian secara terperinci untuk mengekalkan kebersihan sungai tercemar di negeri ini. Malah, baginda turut menyeru semua pihak agar dapat mempertahankan kebersihan sungai yang merupakan sumber minuman utama serta keperluan harian, selain menjadi habitat bagi haiwan dan tumbuhan. Baginda bertitah bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-62, yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

“Sepertimana yang kita ketahui, baru-baru ini negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu, sebahagian besar penduduk di Pasir Gudang menerima kesan buruknya termasuklah murid-murid sekolah dan masyarakat awam. Pencemaran air serta

TENAGA PAKAR UTMDISERU BANTU

CEGAH TRAGEDIPENCEMARAN SUNGAI

udara di kawasan ini merupakan perkara serius yang perlu ditangani segera. Malah, saya turut mendapat makluman bahawa sungai lain di negeri ini turut menerima nasib yang sama. DYMM Tuanku Sultan Johor dan saya amat mengambil berat akan hal kebajikan dan keselesaan rakyat negeri Johor,” tegas baginda Tuanku Canselor.

Pada majlis konvokesyen kali ke-62 ini, Tuanku Canselor turut berkenan mengurniakan Gelaran Profesor Emeritus kepada tiga orang penerima, iaitu Ir. (Engineer) Dr. Mohd. Azraai bin Kassim (Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato’ Dr. Abd. Majid bin A.Kadir, dan Dr. Noor Sharipah binti Sultan Sidi. Anugerah ini merupakan suatu pengiktirafan akademik tertinggi yang diberikan oleh universiti kepada tokoh akademik yang telah menyumbang bakti dalam bidang keilmuan mereka.

Selain itu, baginda turut mengingatkan para graduan agar tidak sesekali melupakan jasa ibu bapa yang banyak berkorban dalam memastikan kejayaan mereka sehingga berjaya menamatkan pengajian.

~ Fadhli

TENAGA PAKAR UTMDISERU BANTU CEGAH

TRAGEDI PENCEMARANSUNGAI

Page 3: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

Johor Bahru, 29 April – Majlis graduasi bukanlah titik penamat kepada graduan dalam sebuah perjuangan menimba pengetahuan. Sebaliknya, inilah permulaan untuk meneruskan perjuangan dalam mengharungi kehidupan. Menyedari akan arus kehidupan yang kian mencabar, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM, menitipkan empat formula (4S) berguna untuk dijadikan panduan kepada para graduan yang bakal menempuh cabaran alam pekerjaan.

Dalam ucapannya sewaktu istiadat Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62, Datuk Naib Canselor berkongsi Formula ‘4S’ berkenaan, iaitu Sense of Mission (misi), Struggle (perjuangan), Sacrifice (pengorbanan), dan Sincerity (keikhlasan). Para graduan diseru agar menetapkan misi hidup yang jelas berdasarkan nilai-nilai yang murni yang luhur. Dengan penetapan misi yang jelas, graduan perlu kuat untuk berjuang untuk

mengatasi rintangan yang ada, di samping sanggup berkorban untuk mencapai misi berkenaan. Pengorbanan dalam sebuah perjuangan pula perlu disaluti dengan keikhlasan agar kepayahan yang dihadapi akhirnya melahirkan individu yang penuh berintegriti, sabar, dan tabah.

Para graduan juga diingatkan agar menggunakan ilmu yang diperoleh sebaiknya untuk membantu masyarakat membuat perubahan ke arah kebaikan. Nilai teras UTM, iaitu Integriti, Sinergi, Cemerlang dan Lestari yang menjadi teras kepada DNA UTM perlu terus disemat di dalam minda dan dihayati oleh graduan agar menjadi pemimpin dan pembimbing masyarakat yang berperibadi mulia.

Dalam pada itu, Datuk Naib Canselor turut berkongsi rasa bangga atas pencapaian UTM dan siswanya, apabila salah seorang mahasiswa, iaitu Mohd. Syafiq Rahmat dari Sekolah

Komputeran, telah dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini. Beliau juga mengalu-alukan graduan yang kini merupakan alumni UTM untuk menyumbang semula kepada universiti sama ada dalam bentuk kepakaran, pengetahuan mahupun dana bagi membantu mahasiswa yang memerlukan serta meneruskan kegemilangan UTM.

Tambah beliau, “Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Jika semalam anda dibantu, esok anda perlu membantu. Sekiranya kitaran ekonomi lebih seimbang dan adil, pasti satu masa nanti mungkin yang memberi lebih ramai daripada yang memerlukan. Anda tahu bagaimana gembiranya hati apabila dibantu oleh mereka yang mampu. Jadi, suatu waktu nanti anda akan mengalami satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila anda mampu membantu dan menggembirakan orang lain.”

~ Nur ‘Aina

Page 4: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,
Page 5: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

Johor Bahru, 29 April – Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, dianugerah gelaran Profesor Emeritus sempena istiadat Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62. Beliau sebelum ini merupakan profesor di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM, dan juga menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE).

Anak jati negeri Perak ini yang telah berkhidmat di UTM selama 33 tahun, mendapat pendidikan awal di Sekolah Clifford dan Malay College, Kuala Kangsar. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat A Level di Swansea College of Further Education, Wales, United Kingdom. Manakala pengajian beliau di peringkat Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dan Sarjana Sains Kejuruteraan Kesihatan Awam, pula diteruskan di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom.

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar ini memulakan kerjaya bersama UTM pada 30 November 1983 sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam sebelum dilantik sebagai Dekan pada tahun 1997–2000. Sepanjang berkhidmat di UTM, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting di peringkat universiti. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dari tahun 2000 hingga 2003, dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidkan & Inovasi) dari tahun 2012 hingga 2015. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Urusan UTMSPACE pada 2015 sehingga 2019.

Kepakaran beliau dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dikongsi bersama komuniti pendidikan melalui 155 kertas dalam jurnal dan prosiding berimpak tinggi dan dua judul buku berkaitan kepemimpinan akademik, iaitu Membina Kerjaya Akademia dan Kepimpinan Akademik di Universiti. Selain menempa kecemerlangan

dalam kerjaya akademik, beliau juga menyertai jawatankuasa dan badan profesional peringkat nasional dan antarabangsa, seperti Malaysian Council of Engineering Deans, Engineering Accreditation Council (EAC), Board of Engineers Malaysia, dan International Water Association (IWA), United Kingdom.

Kredibiliti beliau terus diperkukuh apabila dilantik sebagai Pengerusi, Board of Trustees, International Educational Scientific and Cultural Organisation (IESCO) pada tahun 2017. Selain itu, beliau turut dilantik sebagai perunding utama dalam Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Tinggi 2018–2022 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Beliau menerima pelbagai pengiktirafan atas segala bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di UTM, antaranya ialah Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) (1999); Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UTM (2014); Anugerah Jasa Setia, UTM (2015); dan Anugerah Jasa Abadi, UTM (2016).

~Nur ‘Aina

NAIB CANSELORUiTMDIANUGERAH GELARAN

PROFESOR EMERITUS

Page 6: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

Johor Bahru, 29 April – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa menghargai ilmu dan kepakaran ahli akademiknya. Lantaran itu, ketokohan dua orang ahli akademik dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) diiktiraf melalui penganugerahan gelaran Profesor Emeritus sempena istiadat Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62.

Dua ahli akademik yang dimaksudkan ialah Dato’ Dr. Haji Abd. Majid bin A. Kadir dan Dr. Noor Sharipah binti Sultan Sidi, menerima anugerah Profesor Emeritus daripada Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris dalam istiadat berkenaan yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Dato’ Dr. Haji Abd. Majid bin A. Kadir, anak kelahiran “Pulau Mutiara”, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Ukur Tanah. Dato’ Dr. Haji Abd. Majid meneruskan kembara ilmunya di bumi Finland dalam bidang Sains Geodasi sehingga beroleh Ijazah Sarjana (M.Sc.) dan juga Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dari University of Helsinki.

Beliau memulakan kerjaya akademik bersama UTM pada tahun 1978 sebagai Penolong Pensyarah A dan memilih untuk bersara awal pada tahun 2007 setelah berkhidmat di UTM selama 29 tahun. Mantan Pengarah Pusat Kajian Geodesi dan Geodinamik UTM ini memainkan peranan besar dalam bidang penyelidikan. Salah satu projek penyelidikan di bawah seliaannya telah memberi impak yang besar kepada amalan ukur hak milik Malaysia, iaitu The Development and Implementation of Coordinated Cadastral System (CCS) for the State of Melaka. Hasil projek penyelidikan yang mengambil masa 10 tahun ini telah diguna pakai oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam Projek eKADASTER Malaysia pada tahun 2007–2009.

Setelah bersara dari UTM, Fellow di Pertubuhan Jurukur DiRaja Malaysia (RISM) ini menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Melalui syarikatnya, beliau telah berjaya melaksanakan Marine Geodetic Infrastructures in Malaysian Waters (MAGIC), iaitu satu inisiatif oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bagi menjaga kedaulatan perairan Laut Cina Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi. Dengan terlaksananya projek ini, pihak JUPEM dapat melengkapkan maklumat peta-peta geodetik marin di kawasan perairan EEZ Malaysia dan didepositkan kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selaras dengan kehendak Artikel 76, The United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS).

Dato’ Dr. Haji Abd. Majid juga amat dikenali dengan sifat pemurah dan dermawan. Beliau aktif dalam kerja amal, antaranya termasuklah menghulurkan

Page 7: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

sumbangan dan bantuan kepada Tabung Canselor UTM ‘Because We Care’ dan pembelian kaki palsu kepada individu yang memerlukan.

Tokoh kedua penerima gelaran Profesor Emeritus ialah Dr. Noor Sharipah binti Sultan Sidi, iaitu merupakan ahli akademik wanita pertama UTM yang menerima gelaran ini. Beliau yang dilahirkan pada 17 Oktober 1950, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Port Dickson, dan Special Malay Class di Government English Primary School Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau mendapat ijazah pertama dalam bidang Sosiologi/Antropologi dari Universiti Malaya pada tahun 1974 dan meneruskan pengajian ke peringkat pascasiswazah dalam bidang perancangan bandar di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. Pada tahun 1991, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Perancangan) dari University of Nottingham, England, United Kingdom.

Beliau mula berkhidmat di UTM sebagai tenaga pengajar di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Fakulti Alam Bina (yang kini dikenali sebagai Fakulti Alam Bina dan Ukur). Oleh sebab beliau merupakan wanita pertama dari FAB yang dilantik sebagai Profesor, justeru itu menjadikan beliau pakar rujuk yang disegani. Sepanjang perkhidmatannya di UTM, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting seperti Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Penyelaras Pascasiswazah JPBW, dan Ketua Kumpulan Fokus Sains Sosial di Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM (RMC). Pengasas Pusat Kajian Perancangan Luar Bandar UTM (Centre for Rural Planning Studies - CRPS) yang kini dikenali sebagai Center for Innovative Planning and Development (CiPD) ini pernah dilantik sebagai Pensyarah Tamu di University of Wales Institute of Science and Technology (UWIST), Cardiff, Wales England pada tahun 1982 selain sebagai ahli Kumpulan Pakar ASEAN Expert Group on Women pada tahun 1992.

Selain itu, beliau juga aktif memberikan khidmat perundingan apabila dilantik sebagai Pakar Perunding bagi pelbagai projek mega. Antaranya ialah Penilaian Kesan Sosial Koridor Pembangunan Selat Tebrau dan Selat Johor oleh UPEN Johor (2014); Penilaian Kesan Sosial Projek Pengindahan Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru oleh IRDA (2013), serta pelbagai projek penyediaan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan, dan Rancangan Kawasan Khas sama ada di peringkat Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Dr. Noor Sharipah turut terlibat dalam pelbagai lapangan ilmu yang memerlukan kepakarannya seperti penghasilan beberapa dokumen hasil kajian berkaitan dasar kerajaan serta menganggotai panel penjurian dalam pelbagai anugerah.

~ Nur ‘Aina

Page 8: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

Johor Bahru, 29 April – Pengalaman belajar secara separuh masa amatlah berbeza dengan pengalaman belajar sepenuh masa. Banyak perkara yang harus dikorbankan bagi pelajar separuh masa demi mencapai cita-cita untuk menggenggam segulung ijazah. Namun begitu, dengan iltizam, disiplin, dan motivasi diri yang tinggi, laluan yang berliku ini akan menjadi mudah untuk diharungi. Begitulah kata-kata semangat yang dipegang oleh Yohanis Aching, penerima Anugerah Dekan di Majlis Anugerah Graduan Cemerlang UTMSPACE sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62.

Anak kelahiran Bumi Kenyalang

ini telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum), yang juga merupakan ijazah kedua beliau setelah menamatkan pengajian di peringkat yang sama dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi. Keperluan kerjaya sebagai kontraktor perkhidmatan cari gali minyak dan gas telah mendorong beliau untuk melanjutkan pengajian buat kali kedua di UTM.

Menurut beliau, “Saya amat menghargai pengalaman belajar secara sepenuh masa dan separuh masa. Saat ini, barulah saya benar-benar memahami konsep

pembelajaran sepanjang hayat dan status kita sebagai pelajar sepanjang hayat. Kelas-kelas diadakan pada hujung minggu dan saya perlu bekerja pada hari Isnin sehingga Jumaat. Masa untuk keluarga dan aktiviti pada hujung minggu perlu dikorbankan demi memenuhi impian saya untuk menamatkan program ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.”

Beliau yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D turut menasihati rakan-rakan yang ingin menyambung pengajian secara separuh masa agar mencari sumber motivasi yang sesuai dan sentiasa bersedia untuk menghadapi tugasan mencabar yang bakal menanti.

~ Hafifi

Page 9: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

Johor Bahru, 29 April - Dr. Ruzimi bin Mohamed@Mahmood, 34, berasal dari Kota Bharu, Kelantan hari ini melakar sejarah dengan kejayaan beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Sains Komputer sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62.

Kekurangan fizikal sejak lahir tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga ke hari ini. Sejak kecil juga beliau sering menerima ejekan dan gurauan yang memperlekehkan keadaan fizikalnya. Namun begitu, semua dugaan ini membuatkan beliau kuat serta berazam untuk membuktikan kepada masyarakat luar supaya tidak meletakkan golongan OKU sebagai golongan 3rd class.

Ketika diwawancara pemberita, Dr. Ruzimi yang kuat berpegang kepada prinsip “on time” menyatakan antara kesukaran utama yang dihadapi beliau ketika bergelar mahasiswa ialah masalah pengangkutan. Beliau hanya menggunakan kerusi roda elektrik untuk berulang-alik ke fakulti dan sekitar kolej. Beliau amat bersyukur mempunyai teman-teman rapat dan isteri yang banyak membantu beliau sepanjang tempoh pengajian.

Dr. Ruzimi berharap dapat menjadikan kejayaan beliau sebagai inspirasi kepada OKU lain untuk menyambung pelajaran dan mengubah nasib ke arah yang lebih baik. Beliau juga percaya bahawa pendidikan merupakan satu-satunya cara untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan OKU.

Sebelum mengakhiri wawancara, beliau turut berkongsi kegembiraan kepada pemberita bahawa beliau bakal menimang cahaya mata pertama dalam masa seminggu lagi. Isteri beliau Quratul Ain binti Hasanan, 33 tahun, turut berasa bersyukur dan gembira atas kejayaan yang diperoleh suaminya pada hari ini.

~ Syazlin

Page 10: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,
Page 11: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

Johor Bahru, 29 April – Wong Keng Yinn (30) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Dekan di Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62 bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah merupakan seorang jaguh atlet karate kebanggaan Negara sejak tahun 2007.

Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal ini adalah atlet yang pernah memegang gelaran Asia Junior No.1 (2007), World University No.7 (2012), dan Asian University No.1 (2012) bagi sukan Karate (Kategori Kata) berkata, “Saya perlu bijak merancang jadual bagi mengimbangi antara waktu belajar dan latihan karate. Beliau

menambah, “Saya menggunakan waktu pagi dan tengahari untuk mengulang kaji pelajaran serta membuat penyelidikan, dan menggunakan waktu lewat petang untuk membuat latihan karate.”

Kejayaan yang hadir pastinya memerlukan pengorbanan dan perjuangan yang besar. Beliau yang juga tenaga pengajar bagi kelab Karate UTM dan jurulatih pasukan karate Johor turut menjadikan sensei atau jurulatih beliau Cik Lim Lee Lee, jurulatih karate kebangsaan, sebagai sumber inspirasi dan mentor untuk berjaya. Beliau turut mengakui bahawa sensei beliau banyak memberi nasihat positif dan kata-kata peransang agar terus berusaha bersungguh-sungguh

sehingga sampai ke tahap ini. Kini, beliau turut sibuk dengan tugasan melatih pasukan negeri ini dalam kategori Kata untuk menghadapi Sukan Malaysia 2020 (Sukma 2020).

Selain itu, kejayaan berganda dalam bidang sukan dan akademik semestinya menjadi contoh tauladan dan ikutan positif kepada masyarakat agar tidak menjadikan alasan komitmen sukan sebagai penghalang untuk berjaya dalam akademik. “Jika saya boleh, saya percaya bahawa orang lain pun boleh berjaya seperti saya”, ujar beliau yang juga pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 2015.

~ Sharil

KEJAYAAN BERGANDA,AKADEMIKDAN SUKANGRADUAN DOKTOR FALSAFAH KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Page 12: TENAGA PAKAR UTM · negeri Johor telah ditimpa musibah akibat perbuatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Lantaran itu,

PENAUNG: Encik Abdul Razib Haji ShahuddinSIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Salina Shamsuri, Mohd Hafifi Jamal, Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin, Syazlin Sarapol, Wardah, Ayu & Apin GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob. Mohd Hairy ZolkefleFOTO: Nor Azman Sukri, Isyamfazrin, Halid Jamaluddin LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. GhaniLOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/

facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia