templet hbhe3103 gaya hidup sihat nasip

Upload: zauhari-hussein

Post on 02-Jun-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    1/24

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER : JANUARI 2014

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )

    DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

    NAMA PELAJAR : MOHAMAD NASIP BIN

    ABD RAHMAN

    NO. MATRIKULASI : 690307125125001

    NO. KAD PENGENALAN : 690307125125

    NO. TELEFON : 0198957851

    E-MAIL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    2/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    1

    ISI KANDUNGAN

    BIL TAJUK M/S

    1.0 PENGENALAN 2

    2.0 ENAM DIMENSI KESEJAHTERAAN DALAM RODA

    KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)

    3

    2.1 Dimensi Kesejahteraan Intelektual (I nter lectual) 4

    2.2 Dimensi Kesejahteraan Fizikal (Physical) 5

    2.3 Dimensi Kesejahteraan Emosional (Emotional) 62.4 Dimensi Kesejahteraan Rohani (Spiritual) 8

    2.5 Dimensi Kesejahteraan Sosial (Social) 10

    2.6 Dimensi Kesejahteraan Persekitaran (Environmental) 11

    3.0 KESAN KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI KESEJAHTERAAN 12

    3.1 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Intelektual 12

    3.2 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Fizikal 13

    3.3 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Emosional 14

    3.4 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Rohani 15

    3.5 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Sosial 163.6 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Persekitaran 17

    4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA

    KESEJAHTERAAN UNTUK KESEJAHTERAAN YANG SEIMBANG

    17

    5.0 DUA DIMENSI KESEJAHTERAAN TAMBAHAN BAGI RODA

    KESEJAHTERAAN

    19

    6.0 RUMUSAN 20

    BIBLIOGRAFI 21

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    3/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    2

    1.0 PENGENALAN

    Kesejahteraan merupakan perkara yang subjektif dan memerlukan pengertian mendalam

    antara seseorang manusia. Kesejahteraan juga merupakan komponen positif kesihatan yang

    optimum. Ini dapat dibuktikan melalui rasa kepuasan yang dicerminkan melalui kemampuan

    berfungsi secara optimum, kualiti hidup yang baik, kerja yang bermakna, dan sumbangan

    kepada masyarakat. Kesejahteraan membolehkan pengembangan potensi seseorang untuk

    hidup dan bekerja dengan berkesan dan untuk membuat sumbangan penting kepada

    masyarakat.

    Walau bagaimanapun amatlah sukar untuk mentfsir maksud kesejahteraan secara realitinya.

    Namun begitu Myers, Sweeney and Wittmer (2005) telah mentafsirkan kesejahteraan hidup

    sebagai cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum

    merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan

    yang berkualiti di dalam masyarakat.

    Manakala Norizan (2003) pula mendefinisikan kesejahteraan mengikut dua kategori iaitu

    objektif dan subjektif. Kesejahteraan objektif bermaksud keperluan hidup yang dapat

    dikecapi oleh individu dan dapat dilihat secara luaran seperti pendapatan, perumahan,

    kesihatan dan pendidikan. Manakala kesejahteraan hidup subjektif pula dinilai berdasarkan

    kepuasan dan nikmat hidup yang dirasai oleh individu seperti berasa seronok dan bersyukur

    kerana mempunyai pekerjaan yang baik, anak-anak yang berjaya dan mempunyai keluarga

    yang bahagia. Beliau juga mengatakan bahawa kesejahteraan adalah merupakan kualiti hidup

    subjektif kerana ia adalah kemuncak kepada kepuasan dan kebaikan manusia.

    Veenhoven (2006) pula mengaitkan kesejahteraan dengan kegembiraan. Kegembiraan pula

    didefinisikan sebagai sejauhmana seseorang itu menyukai akan kehidupan yang dilaluinya

    atau darjah di mana seseorang itu menilai keseluruhan kehidupannya, secara positif. Beliau

    juga mengatakan, perkataan kesejahteraan, kegembiraan, kualiti kehidupan, kepuasan hidup,

    kebajikan merupakan perkataan yang menerangkan konsep yang sama iaitu kehidupan yang

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    4/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    3

    baik. Namun kesejahteraan tidak sama dengan kegembiraan walaupun kedua-dua istilah

    tersebut sering digunapakai bersama.

    Berdasarkan kepada di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kesejahteraan merupakan satu

    proses dinamik yang memberikan nilai kepada manusia tentang bagaimana kehidupan mereka

    berkembang sama ada bertambah baik atau sebaliknya. Ini dapat dibuktikan melalui rasa

    kepuasan yang dicerminkan melalui kemampuan berfungsi secara optimum, kualiti hidup

    yang baik, kerja yang bermakna, dan sumbangan kepada masyarakat. Kesejahteraan

    membolehkan pengembangan potensi seseorang untuk hidup dan bekerja dengan berkesan

    dan untuk membuat sumbangan penting kepada masyarakat.

    Ballard (2012) telah memperkenalkan Roda Kesejahteraan yang mengandung enam dimensi

    kesejahteraan yang perlu dimiliki untuk mencapai kesejahteraan diri. Enam dimensi tersebut

    adalah intelektual, fizikal, emosi, spritual, intelektual dan persekitaran.

    2.0 RODA KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)

    Rajah 1.Roda Kesejahteraan Ballard 2012

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    5/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    4

    Terdapat enam dimensi kesejahteraan yang perlu dimiliki oleh setiap orang untuk

    memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan seperti yang terdapat dalam Roda Kesejahteraan

    Ballard. Iaitu dimensi kesejahteraa intellectual (intelektual), dimensi kesejahteraan physical

    (fizikal), dimensi kesejahteraa emotional (emosi), dimensi kesejahteraan spiritual (rohani),

    dimensi kesejahteraansocial (sosial) dan dimensikesejahteraanenvironmental(persekitaran)..

    2.1 Dimensi Kesejahteraan Intelektual (I ntell ectual)

    Pepatah Arab ada mengatakan al-aqli salim fi jasadi salimyang bermaksud akal yang sihat

    dari jasad yang sihat. Pepatah ini sebenarnya menunjukkan betapa kesejahteran diri itu

    berkait rapat dengan kesejahteraan mental. Dalam Roda kesejahteraan yang diperkenalkan

    oleh Ballard (2012), beliau telah menyenaraikan kesejahteraan intelektual sebagai satu

    dimensi kesejahteraan yang perlu dimiliki untuk kesejahteraan diri yang bermakna.

    Dimensi kesejahteraan ini merujuk kepada kemampuan diri untuk menaakul, memproses danbertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan kepercayaan

    serta kemampuan membuat keputusan. Melalui pencapaian dimensi kesejahteraan ini,

    seseorang individu itu akan dapat mengguna dan melahirkan idea-idea yang membawa

    kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. Intelektual yang sejahtera

    secara tidak langsung mewujudkan sistem pertahanan diri yang utuh dari melakukan perkara-

    perkara yang negatif seperti terlibat dengan masalah sosial, jenayah dan kekerasan kerana diri

    berkeupayaan untuk membanding beza dan menilai antara kebaikan dengan keburukan.

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    6/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    5

    Intelek yang sejahtera mampu untuk menyubangkan pelbagai idea untuk kesejahteraan

    komuniti

    2.2 Dimensi Kesejahteraan Fizikal (Physical)

    Dimensi kesejahteraan fizikal pula bermaksud kesihatan optimum yang memerlukan amalan

    pemakanan yang sihat,senaman, mengelakkan tabiat yang merosakkan, pemeriksaan

    kesihatan yang regular dan pencegahan kecederaan semasa di rumah,jalan raya dan di tempat

    kerja.I ni secara tidak lansung akan meningkatkan kesejahteraan fizikal. Menurut

    Kementerian KesihatanMalaysia (2005) kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam

    kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular,

    otot dan komposisi badan.

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    7/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    6

    Kesejahteraan fizikal dapat dimiliki melalui aktiviti senaman

    2.3 Dimensi Kesejahteraan Emosional (Emotional)

    Kesejahteraan emosi pula merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan

    kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap

    penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

    Kegagalan mengurus emosi akan menyebabkan diri mudah marah

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    8/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    7

    Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang,

    gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang

    selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan

    perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada

    pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan

    berpeluh kerana ketakutan.

    Kegembiraan dan keseronokan lahir dari emosi yang sihat

    Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat

    dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan

    sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran.

    Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya.

    Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang

    dimaksudkan sebagai emosi

    Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan

    warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia

    ke arah kesejahteraan. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek emovere yang

    membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagimemenuhi kepuasan seseorang. Menurut Mohmood Nazar Mohamad, (1992). emosi boleh

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    9/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    8

    ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa

    perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

    Ahmad Sukardi Aziz (1980) pula mengatakan bahawa sebarang usaha ke arah penyesuaian

    akan menimbulkan berbagai masalah. Cara menyelesaikan masalah ini banyak bergantung

    kepada pengalaman yang sudah ada pada diri individu itu sendiri melalui proses interaksi

    dengan persekitarannya sebelum itu. Dalam proses perkembangan di zaman moden ini,

    individu terpaksa menempuh banyak situasi baru. Ini menimbulkan masalah kepadanya.

    Masalah penyesuaian ini timbul disebabkan adanya konflik dalam diri individu bagi

    memenuhi kehendak persekitarannya.

    Hurlock (1973), mengatakan bahawa masalah emosi juga perlu dilihat dari aspek kesannya ke

    atas individu, masyarakat dan juga negara. Gangguan dan ketegangan emosi yang tinggi atau

    berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkah laku tetapi juga sikap dan keadaan

    psikologikal, nilai dan kebolehan mereka. Ganguuan ini seterusnya akan mengakibatkan

    kejahteraan hidup tidak tercapai.

    2.4 Dimensi Kesejahteraan Rohani (Spiritual)

    Kesejahteraan rohani pula direalisasikan melalui agama, kepercayaan dan amalan ritual. Ia

    juga merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mewujudkan satu sistem nilai dan bertindak

    pada sistem kepercayaan, serta untuk membina dan menjalankan matlamat seumur hidup

    yang bermakna dan konstruktif. Kesejahteraan rohani sering berdasarkan kepercayaan dalam

    kuasa yang lebih besar daripada individu yang dapat membantu seseorang menyumbang

    kepada kualiti hidup yang lebih baik untuk semua orang. Menurut Pertubuhan Kesihatan

    Sedunia (WHO) (1984), aspek rohani (spiritual) merupakan salah satu unsur dari pengertian

    kesejahteraan hidup seutuhnya. Seseorang dengan kesejahteraan rohani umumnya dicirikan

    sebagai sentiasa berpuas hati berbanding dengan tidak terpenuh.

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    10/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    9

    Kesejahteraan spiritual dapat dicapai melalui pematuhan kepada kehendak agama

    Manakala menurut Mimi Doe dan Marsha Walch (2007 dalam Syamil Yusuff,2007),

    kerohanian merupakan dasar bagi perkembangan harga atau maruah diri, serta nilai dan moral

    seseorang. Ianya memberi makna dan erti yang sangat besar bagi kehidupan kita, tentang

    kepercayaan mengenai adanya kekuatan dalaman yang lebih besar dan kuat daripada

    kekuatan fizikal. Kerohanian juga menghubungkan diri kita secara langsung dengan Pencipta.

    Rohani atau jiwa yang tenang adalah anugerah daripada tuhan untuk memberi kekuatan

    kepadakehidupan di dunia dan di akhrat. Apabila rohani itu suci maka keseluruhan kehidupan

    akan baik, akal menjadi sihat, emosi akan menjadi stabil dan fizikal akan sejahtera.

    MenurutTajul Ariffin (2010), kekuatan rohani terletak kepada penghayatan dan amalan

    beragama yang yang mengukuhkan hubungan manusia dengan penciptanya. Semakin tinggi

    amalan beragama semakin mantaplah rohaninya.

    Dengan melahirkan sifat kerohanian dalam diri, secara tidak langsung seseorang individu itu

    akan lebih matang menilai setiap perkara di sekeliling kehidupannya sebelum menentukan

    arah keputusan dalam meneruskan perjalanan kehidupan. Malah setiap unsur negatif yang

    berada di depan mata akan ditepis daripada mempengaruhi kehidupannya untuk menjadi

    seseorang individu yang positif dalam membina kesejahteraan kehidupan. Sungguhpun

    begitu, sifat-sifat kerohanian perlu diamalkan secara konsisten kerana pengabaian akanmenjurus kepada kelalaian yang membawa kepada keburukan.

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    11/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    10

    2.5 Dimensi Kesejahteraan Sosial (Social)

    Kesejahteraan sosial pula dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti

    dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan

    bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu saling

    menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga dan idea.

    Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota masyarakat

    yang dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik.

    Kesejahteraan sosial merupakan matlamat dan elemen teras kepada pembangunan seseorang

    individu. Kesejahteraan sosial yang dicapai oleh seseorang individu digambarkan oleh

    kedudukan atau keadaan seseorang pada suatu masa tertentu. Kedudukan atau keadaan

    individu digambarkan pula oleh tahap dan taraf hidup individu berkenaan. Menurut Becker

    (1967), tahap merujuk kepada apa yang dirasai, dinikmati atau dideritai oleh seseorang.

    Manakala taraf pula merujuk kepada apa yang ingin dicapai oleh individu berkenaan. Tahap

    dan taraf hidup individu, keluarga dan komuniti boleh dinilai berdasarkan kepada indikator-indikator kesejahteraan sosial.

    Kerjasama dan kesepakatan merupakan ciri kesejahteraan sosial

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    12/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    11

    2.6 Dimensi Kesejahteraan Persekitaran (Environmental)

    Kesejahteraan persekitaran dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan

    dunia atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Menurut Prentice (1999),

    kesejahteraan ini akan menggerakkan manusia untuk menyediakan ersekitaran yang sihat

    serta menghargai sumber alam sekeliling

    Sejak sekian lama hubungan antara masyarakat dengan alam sekitar ibarat aur dengan tebing

    iaitu saling bergantungan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Masyarakat memerlukan

    alam sekitar sebagai tempat tinggal, sumber makanan, sumber perubatan, sumber bahan

    mentah, sumber terapi serta sumber rekreasi dan pendidikan. Menurut Jamaluddin (2009),

    dalam kehidupan seharian, manusia sangat bergantung pada alam sekitar dan adalah amat

    sukar untuk menyatakan bahawa kesejahteraan hidup tidak bergantung pada kemampanan

    alam sekitar. Hal ini bermakna gangguan terhadap alam sekitar secara berlebihan bukan

    hanya menyebabkan kemerosotan kualitinya, tetapi juga boleh mengganggu kesejahteraan

    kehidupanKesedaran dan kefahaman terhadap hubungan manusia dengan alam sekitar inilahyang akan membentuk kesejahteraan persekitaran.

    kesejahteraan persekitaran menyebabkan diri menghargai kebersihan dan keselamatan

    persekitaran

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    13/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    12

    3.0 KESAN KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI KESEJAHTERAAN

    Keruntuhan institusi kekeluargaan, keruntuhan moral dan budaya, pencemaran alam dan isu

    penderaan merupakan sebahagian contoh permasalahan kehidupan masyarakat akibat

    ketidaksejahteran diri. Pengabaian atau ketidakseimbangan dimensi akan menyebabkan

    matlamat memenuhi kesejahteraan hidup tidak akan tercapai. Seperti sebiji roda, kecacatan

    pada mana-mana bahagian roda akan menyebabkan roda berpusing secara tidak stabil.

    3.1 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Intelektual

    Kesejahteraan intelektual menyebabkan seseorang itu mampu untuk menyumbangkan idea

    dan kemahirannya bagi menyelesaikan keperluan masyarakat. Penciptaan teknologi

    komunikasi, perubatan, maklumat dan penganggutan yang kita nikmati hari ini adalah datang

    dari individu yang sejahtera intelektualnya. Sungguhpun begitu, kehancuran alam semulajadi

    akibat peperangan, penggunaan racun srangga dan penerokaan tidak terkawal juga lahir dariintelektual seseorang. Cuma yang menjadi bezanya antara individu yang sejahtera

    intelektualnya dengan yang tidak sejahtera. Oleh sebab itu, memiliki kesejahteraan intelktual

    itu amat penting kerana tanpa kesejahteraan intelektrual, daya intelektual itu mungkin akan

    disalahgunakan untuk keuntungan diri dan memudaratkan orang lain.

    Sekiranya daya intelektual digunakan untuk kepentingan survival diri seperti melindungi

    kebenaran dengan memanipulasi fakta untuk kepentingan pihak-pihak tertentu maka individu

    tersebut sebenarnya tidak sejahtera intelektualnya. Intelektual sebegini akan menyumbang

    kepada perselisihan dan perbalahan dalam masyarakat. Sharif Shaary (2004), menegaskan

    bahawa seorang intelektual bukan hanya sekadar berfikir tentang kebenaran tetapi harus

    menyuarakannya, walau apapun rintangannya. Seorang intelektual yang benar tidak boleh

    berkecuali, dan harus memihak kepada kebenaran dan keadilan. Dia tidak boleh menjadi

    intelektual bisu kecuali dia betul-betul bisu atau dibisukan.Kalau intelektual itu betul-betul

    bisu pun, dia masih boleh bertindak dengan menyatakan fikiran melalui penulisan yang

    akhirnya akan sampai juga kepada orang ramai. Inilah yang dikatakan intelektual bisu yang

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    14/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    13

    tidak bisu. Sebaliknya, terdapat intelektual yang tidak bisu tetapi bisu. Dia menjadi bisu

    mungkin kerana dia takut atau berkepentingan.Intelektual palsu akan mengabui mata dan

    minda rakyat dengan kebenaran palsu melalui menyelewangkan fakta dan pernyataan-

    pernyataan yang mengelirukan. Intelektual palsu banyak menggunakan retorik-retorik

    kosong.

    Ketidaksejahteraan intelektual juga akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah di

    Malaysia. Jenayah cetak rompak, pemalsuan dokumen, rasuah dan macam-macam lagi akan

    terus berlaku akibat ketidaksejahteraan intelektual. Menurut Statistik Bilangan Kes Akta

    Hakcipta 1987 pada tahun 2012 yang dikeluarkan oleh KPDNKK, sebanyak 289 kes yang

    dicatatkan dan jumlah ini terus meningkat pada tahun 2013. Jenayah-jenayah ini dilakukan

    oleh golongan profesional dan pakar ataupun dari golongan berdaya intelektual tinggi.

    Ketidaksejahteraan intelektual juga akan mempengaruhi dimensi kesejahteraan yang lain.

    Intelek yang tidak sihat akn menyebabkan kemudaratan kepada kesejahteraan fizikal,

    emosional, persekitaran, sosial dan spiritual. Menurut Maschlach (1981), masalah kesihatantermasuk beberapa penyakit mental danpsikologi seperti penagihan alkohol, penyalahgunaan

    dadah, mentalbreakdown, masalah rumah tangga dan juga masalah ibu atau bapa

    tunggal.Semua keadaan ini dikatakan menghasilkan tekanan mental, keadaankemurungan

    (depression) dan juga kebimbangan (anxiety) dalam kalanganpekerja.

    3.2 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Fizikal

    Kesejahteraan fizikal merupakan elemen kesihatan yang paling baik dalam kesejahteraan

    manusia. Pengabaian dimensi kesejahteraan ini akan mengundang kepada penuruanan

    produktiviti dan kegoyahan institusi kekeluargaan akibat masalah penyakit. Kewujudan

    penyakit fizikal dalam diri individu dan ahli keluarga lazimnya berpunca daripadapemakanan

    dan gaya hidup yang tidak sihat. Pengamalan pemakanan yang tidak mengikut kadar

    yangditetapkan menyumbang kepada risiko individu dihidapi penyakit kencing manis,

    jantung, darah tinggi dan kanser.

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    15/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    14

    Kesihatan diri dalam sesebuah keluarga penting dalam menjadikan sesebuah keluarga itu

    sihat secara luaran dan dalaman. Menurut Yahaya (2002), kebanyakan penyakit yang kronik

    menyerang seseorangindividu secara senyap-senyap, tanpa dikesan oleh mata kasar kita

    Penyakit sepertijantung dan darah tinggi dikatakan berpunca daripada tekanan yang dihadapi

    pada peringkat awal. Individu yang tidak pandai mengawal emosi kemarahan mudah

    dijangkiti penyakit ini dan menjejaskan prestasi kesihatan individu, keluarga dan komuniti

    untuk jangka masa panjang.

    Amalan seperti merokok, diet berlebihan, sikap negatif, tingkah laku luar kebiasaan dan

    selalu berfikiran negatif dikaitkan dengan penghidapan penyakit kronik sebegini. Kesedaran

    dalaman tidak akan timbul sekiranya individu belum menghidap sebarang jenis penyakit yang

    kronik dan kritikal. Mereka akan menyedari hakikat pentingnya kesihatan apabila diri mereka

    menghidapi penyakit kronik sepertijantung, kanser, diabetis, masalah seksual dan AIDS.

    3.3 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Emosional

    Kesejahteraan emosional adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam menjalani

    kehidupan seharian kita kerana ia penting dalam memastikan kita sentiasa berada dalam

    keadaan yang rasional dan tenang terutamanya dalam membuat sesuatu keputusan penting.

    Pengabaian dimensi ini akan menjadikan kita hilang pertimbangan dan berada dalam keadaan

    kemurungan yang berpanjangan. Sebagaimana kesihatan fizikal, emosi juga perlu sentiasa

    dijaga dan dirawat supaya ianya tak membawa kepada kesakitan mental yang kronik.

    Emosi yang tidak sejahtera akan menyebabkan individu itu tidak dapat menyumbang kepada

    kejayaan sesebuah organisasi yang diwakilinya. Ini adalah kerana emosi yang tidak sihat

    akan mengakibatkan hilang daya tumpuan, kewarasan tidakan, kesabaran mengurus masalah

    dan mengatsi tekanan.Mengikut Cherniss (2000) kebolehan mengatur perasaan dan

    mengawal tekanan merupakan salah satu aspek kecerdasan emosi yang penting dalam

    menentukan kejayaan. Mereka yang cerdas emosinya mempunyai kebolehan mengendalikan

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    16/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    15

    tekanan dan mampu meningkatkan keberkesanan prestasi kumpulan.

    Pengabaian terhadap kesejahteraan emosi juga akan mempengaruhi tingkahlaku, nilai dan

    kebolehan seseorang. Menurut Hurlock (1973), masalah emosi juga perlu dilihat dariaspek

    kesannya ke atas individu, masyarakat dan juga negara. Gangguan dan ketegangan emosi

    yang tinggi atau berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkahlaku tetapi juga sikap dan

    keadaan psikologikal, nilai dan kebolehan mereka. Ini bermakna pengabaian kesejahteraan

    emosi akan menyumbang kepada masalah sosial.

    3.4 Kesan Pengabaian Dimensi Rohani

    Kesejahteraan spiritual juga dikenali sebagai kesejahteraan kerohanian. Kerohanian menurut

    al-Ghazali (2000: 532) adalah merujuk kepada empat elemen kerohanian manusia iaitu al-

    ruh, al-qalb, al-aql dan al-nafs. Ini menjelaskan bahawa aspek kerohanian adalah aspek

    manawi yang tersimpan di dalam diri manusia. Aspek ini tidak sepatutnya diabaikan dalamaktiviti seharian bagi menjamin kebergantungannya dengan Tuhan dalam usaha mencapai

    kesejahteraan hidup.

    Kesejahteraan spiritual merupakan kunci kepada kehidupan manusia. Menurut Nahid (2009),

    kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir daripada kekuatan atau kecerdasan

    spiritual.Oleh sebab itu, kita akan dapat menjalankan tugas kita dengan baik sekiranya kita

    memiliki kekuatan atau kecerdasan spiritual yang tinggi Pengabaian kesejahteraan spiritual

    dalam diri akan menyumbang kepada masalah tingkah laku dan gejala sosial. Menurut Anis

    (2011), antara kes-kes salah laku yang pernah berlaku ialah gejala rasuah. Perbuatan

    mengejar kekayaan untuk meningkatkan kualiti hidup atau kesejateraan hidup tanpa

    mempedulikan agama menyebabkan berlakunya gejala rasuah ini.

    Pengabaian dimensi kesejahteraan ini juga akan menyumbang kepada kehancuran institusi

    kekeluargaan. Berita Harian,(2009) melaporkan kes-kes penceraian melibatkan kakitangan

    kerajaan juga semakin meningkat. Terdapat kes seorang kakitangan kerajaan di sebuah

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    17/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    16

    universiti terkemuka, merasai derita berumah tangga apabila diceraikan padausia 27 tahun

    hanya selepas tiga tahun berkahwin. Keretakan rumah tangga merekaberpunca daripada

    perhubungan bebas di kalangan rakan-rakan sepejabat). Menurut Tengku Asmadi (2009), kes

    perceraian ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan atau jahil dalam ilmu agama.

    3.5 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Sosial

    Kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua individu, keluarga

    dan komuniti. Ianya merupakan elemen utama dalam menentukan tahap pembangunan

    sesebuah komuniti. Konsep kesejahteraan sosial menjelaskan strategi merubah sesebuah

    komuniti berdasarkan pendekatan yang berkaitan dengan aspek pengurusan masalah sosial,

    pemenuhan keperluan hidup dan penyediaan peluang mobiliti sosial dalam komuniti.

    Pengabaian dimensi ini akan menyebabkan institusi keluarga, komuniti masyarakat dan

    negara runtuh akibat timbulnya gejala-gejala sosial seperti pergaduhan, vandalisme,penyalahgunaan dadah, minum arak, pembunuhan dan sebagainya. Gejala sosial ini timbul

    akibat ketidakupayaan individu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat,

    menerima perbezaan bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan

    individu saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat

    tenaga dan idea.

    Mengikut Midgley (1995) kesejahteraan sosial sesuatu komuniti ditentukan oleh tiga aspek,

    iaitu: pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan peluang mobiliti sosial

    dalam masyarakat. Kewujudan ketiga-tiga elemen kesejahteraan sosial ini akan menyediakan

    masyarakat dengan keadaan persekitaran yang selamat, kepuasan menyeluruh terhadap

    keperluan asas dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial. Sekiranya ketiga-tiga aspek ini

    tidak dipenuhi masalah ketidakpuasan hati, pertengkaran, jenayah dan masalah tingkahlaku

    akan berlaku. Di negara kita contohnya, menyaksikan demonstrasi besar-besaran oleh

    kumpulan masyarakat yang mewakili NGO Bersih atas sebab ketidakpuasan terhadap

    perjalan sistem pilihanraya di negara ini. Demonstrasi ini bukan sahaja menyebabkan lalu

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    18/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    17

    lintas terganggu tetapi juga menimbulkan implikasi yang lain seperti kecederaan, vandalisme

    dan pertempuran.

    3.6 Kesan Pengabaian Dimensi Kesejahteraan Persekitaran

    Kesihatan Persekitaran menyeliputi kesemua perkara yang berkaitan dengan manusia dan

    kesihatan yang berkait rapat dengan faktor alam semulajadi, keadaan alam sekeliling dan

    pembangunan persekitaran. Pengabaian dimensi ini akan menyumbang kepada masalah

    mental, emosi dan sosial.

    Penerimaan manusia terhadap persekitaran adalah suatu kebolehan semula jadi yang mungkin

    terkawal atau tidak terkawal. Secara asasnya, persekitaran ekologi adalah lebih bersifat

    fizikal tetapi mempengaruhi manusia dalam aspek fizikal dan juga mental. Topik perubahan

    emosi yang terkesan daripada persekitaran adalah menjurus kepada sudut tekanan atau stress

    yang diterima daripada input-input persekitaran. Sama ada ia melalui kedatangan inputpersekitaran tidak selesa, perubahan drastik, terlalu banyak dan membebankan, atau terlalu

    berat untuk ditanggung, maka semuanya adalah hasil daripada input berbentuk fizikal.

    Mitchell (1989), menyatakan diantara faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah

    laku delinkuen adalah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira hasil daripada faktor

    persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang

    perhatian daripada keluarga atau ibu bapa.

    4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN

    UNTUK KESEJAHTERAAN YANG SEIMBANG

    Berdasarkan kepada Roda Kesejahteraan Ballard 2012, pencapaian kenam-enam dimensi

    kesejahteraan akan membentuk kesejahteraan yang seimbang. Untuk mencapai kesemua

    dimensi tersebut, pengamalan gaya hidup sihat amatlah penting sekali. Gaya hidup sihat

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    19/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    18

    merupakan satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang,

    keluarga dan masyarakat.

    Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan

    meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Menurut Wee Eng Hoe(2002), gaya

    hidup yang sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait dengan nilai

    kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan dengan nilai kesihatan

    yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan yang lain

    .

    Bagi mencapai kesejahteraan fizikal dan intelek mengamalkan pemakanan yang seimbang

    dan menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak akan dapat menjamin

    kehidupan yang bahagia. Makanan segera, minuman bergas dan makanan ringan hendaklah

    dikurangkan. Mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan serta serat dapat

    menghindarkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Makanan yang bergoreng dan

    berlemak pula mengandungi banyak kolestrol yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

    Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menyihatkan dan mencergaskan badan

    seseorang. Kita boleh melakukan aktiviti seperti bersukan, berekreasi atau berjoging bersama

    keluarga ketika hujung minggu. Pakar perubatan percaya aktiviti senaman mampu

    melancarkan sistem peredaran darah manusia serta menjadikan sistem imunisasi lebih kebal.

    Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas

    berbanding dengan orang yang jarang bersukan.

    Setiap individu juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan

    mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,

    berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup

    seharian. Masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang

    bersih perlu dijadikan amalan dalam kehidupan agar kita terhindar daripada sebarang

    penyakit. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik

    pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.

    .

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    20/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    19

    Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang

    lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih

    bermakna kehidupannya. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra

    bersama rakan atau jiran tetangga..Pada masa yang sama sentiasa bersikap positif adalah

    penting untuk menangani tekanan. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu

    menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya. Individu yang menghadapi

    tekanan pula boleh mendapatkan bantuan daripada pakar psikologi di Klinik Psikologi

    Hospital Kerajaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya

    hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

    5.0 DUA DIMENSI KESEJAHTERAAN TAMBAHAN BAGI RODA

    KESEJAHTERAAN

    Dimensi kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard merupakan dimensi kesejahteraan

    yang dianggap memadai oleh beliau untuk seseorang itu mencapai kesejahteraan diri.

    Berdasarkan kepada keperluan untuk mencapai kesejahteraan diri yang dikemukakan oleh

    ahli psikologi yang lain, dimensi kesejahteraan pekerjaan dan dimensi kesejahteraan

    psikologi.

    Kesejahteraan pekerjaan meliputi pengembangan dan penggunaan kemahiran, bakat,

    anugerah dan pengetahuan untuk meningkatkanpencapaian dan taraf hidup. Kesejahteraan

    pekerjaan membina sikappositif terhadap pekerjaan dan seterusnya meningkatkan

    produktiviti sertamencapai kepuasan dalam pekerjaan. Manakala kesejahteraan psikologi pula

    merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik,

    meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam

    kehidupan

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    21/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    20

    Pecapaian dimensi kesejahteraan pekerjaan dan kesejahteraan psikologi amat penting untuk

    mencapai kesejahteraan hidup adalah berlandaskan kepada hubungkaitnya dengan pencapaian

    dimensi kesejahteraan intelektual, emosional, persekitaran, fizikal, spiritual dan sosial.

    Individu yang tidak sejahtera pekerjaan tidak akan mampu untuk mengaplikasi kemahiran

    yang dimilikinya untuk kesejahteraan masyarakatnya. Ini disebabkan individu ini tidak akan

    berusaha untuk meningkatkan kemahiran sedia ada pada dirinya.Selain itu juga, kegagalan

    untuk menangani tekanan dan bebanan kerja akan menyebabkan individu ini mengalami

    gangguan emosi dan seterusnya tidak dapat mengimbangi keperluan masyarakat sekitarnya.

    Kepentingan kesejahteraan psikologi dalam mkencapai kesejahteraan amat realistik sekali. Ini

    disebabkan kesejahteraan psikologi menuntut keupayaan diri untuk menangani stress,

    menangani konflik dan merangsang motivasi. Tanpa ciri-ciri ini kesejahteraan khidupan tidak

    mungkin akan tercapai.

    6.0 RUMUSAN

    Kesejahteraan hidup adalah matlamat yang ingin dikecapi oleh semua orang. Kehidupan yang

    tidak sejahteran bukan sahaja akan menimbulkan kesan negatif terhadap diri tetapi juga

    kepada keluarga, masyarakat dan negara. masalah-masalah seperti penyakit kronik, gangguan

    mental, tekanan perasaan, pencemaran, penagihan dadah, pembunuhan adalah hasil dari

    ketidaksejahteraan hidup.

    Untuk mencapai kesejahteraan hidup, pengamalan gaya hidup sihat amatlah dituntut kerana

    amatlah mustahil untuk mencapai kesejahteraan sekiranya diri dibebani dengan masalah

    penyakit, tekanan perasaan, masalah tingkah laku dan sebagainya.

    3782 patah perkataan

  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    22/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    21

    BIBLIOGRAFI

    Adriaansens, H. (1994). Citizenship, Work and Welfare. In Steenbergen, B. V. (ed.). The

    Condition of Citizenship. London: Sage Publication.

    Ahmad Sukardi Aziz (1980). Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada http://eprints.utm.my

    /2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdf

    Al-Ghazali, Abu Hamid, & Muhammad Bin Ahmad (2000).Ihya Ulum al-Din. Tahqiq

    Abdul Rahim bin al-Husain al-cIraqi, al-Qahirah : Dar al-Taqwa li al-Turath.

    Anis Abd Wahab (2011). Hubungan Kecerdasan Spiritual dengan Kualiti Kehidupan Staf

    Sokongan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Dortor

    Falsafah & Sarjana Separa Penyelidikan. Johor Bahru:Universiti Teknologi

    Malaysia.

    Baker, R. (2003).Dimensions of wellness. Dicapai pada Febuari 16, 2005 daripada

    http://www.bradley.edu/eddey/cwc/

    Becker, E. (1967). Beyond Alienation: A Philosophy of Education for the Crisis of

    Democracy: New York, G. Braziller.Cherniss, C. (2000).Promoting emotional intelligence in organizations. Virginia: American

    Society for Training and Development.

    Coleman, M. C. (1986/. Behavioral Disorders: Theory and Practice. Englewood Cliffs, New

    Jersey: Prentices Hall.

    Fraser, N., dan Gordon, L. (1994). Civil Citizenship Against Social Citizenship. In

    Steenbergen, B. V. (ed.). The Condition of Citizenship. London: Sage Publication.

    Hurlock (1973).Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada http://eprints.utm.my//

    2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdf

    Mahmood Nazar Mohamed (1992).Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa

    dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Maslach, C. & Jackson, S. E. (1981). The measurement of experienced burnout.Journal of

    Occupational Behavior, 2, 99-113.

    Midgley, J. (1995). Social Development: The Development Perspective in Social Welfare.

    London: Sage Publication

    http://www.bradley.edu/eddey/cwc/http://www.bradley.edu/eddey/cwc/http://eprints.utm.my/%092265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdfhttp://eprints.utm.my/%092265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdfhttp://eprints.utm.my/%092265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdfhttp://eprints.utm.my/%092265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdfhttp://eprints.utm.my/%092265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdfhttp://www.bradley.edu/eddey/cwc/
  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    23/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    22

    Mitchell, B. (1989). The Family Environment and Leaving The Parental Home. Journal of

    the Marriage and Family, 51, 605-613.

    Mohd Syamil Mohd Yusuff (2007). Transf rmasi P.i.E.S. : physical, intellectual, emotional,

    spiritual.Kuala Lumpur : Mustread

    Nahid (2009). Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada.

    http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1

    114668bd80127be4b0c2ce.pdf

    Norizan Abdul Ghani (2003). Kualiti Hidup Penduduk Pulau Negeri Terengganu: Satu

    Kajian Di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. PHD Tesis.

    Norhafifi Yahya (2006).Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada.

    http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1

    114668bd80127be4b0c2ce.pdf

    Quay, H. C., Morse, W. C and Cutler, R. L. (1966). Personality Patterns of Pupils in Special

    Classes for the Emotionally Disturbed. Exceptional Children. 32: 297-301

    Raihanah Abdullah (2004) Kesihatan keluarga. PTS Publication Sdn Bhd., Bentong.

    Reinert, H. R. & Huang, A., (1987). Children in Conflict (3 ed.) Columbus: MerrillPublishing Co

    Renwick, R.,(2006). The Quality life model.Dicapai pada Febuari 16, 2005 daripada

    http://www.utoronto.ca/qol/concepts.htm.

    Sharif Shaary dan Faizal Yusup (2004).Bicara tentang Mahathir.Pekan Ilmu Publications

    Sdn Bhd.

    Tajul Ariffin Noordin (2010).Pemikiran Sihat Landasan Rakyat Bertaraf Dunia.Pendidik Bil

    72/Mei 2010.

    Tengku Asmadi (2009).Dicapai pada Febuari 17, 2014 daripada.

    http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1

    114668bd80127be4b0c2ce.pdf

    Veenhoven R. (2006). How Do We Assess How Happy We are? Tenets, Implications and

    Tenability of Three Theories. Paper conference on New Directions in the Study of

    Happiness: United States and International Perspectives, University of Notre Dame,

    USA, October 22-24.

    http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10067_4d81bafac1%09114668bd80127be4b0c2ce.pdf
  • 8/10/2019 Templet Hbhe3103 Gaya Hidup Sihat Nasip

    24/24

    HBHE3103 : GAYA HIDUP SIHAT

    23

    Yahaya Mahamood (2002)Kesihatan dan pencapaian kesejahteraan manusia: Perdampingan

    sumber-sumberbiologikal dengan faktor-faktor psikologikal dan sosial. Pasca-Sidang

    Seminar Psikologi-PSIMA 2, 1-16.