tema 7 penjelajahan dan penerokaan

Upload: mon

Post on 30-May-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    1/17

    Tema 7 : Penjelajahan dan Penerokaan

    Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir. Arab, Graeco-Roman, India, China Melayu,

    Barat.

    7.1: Konsep

    1. Jelaskan pengertian penjelajahan dan penerokaan berasaskan kepada

    aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam tamadun awal berkait dengan

    penjelajahan dan penerokaan tersebut

    2. Jelaskan maksud tujuan-tujuan penjelajahan dan penerokaan yang berlaku

    pada zaman tamadun awal seperti tujuan peningkatan ilmu, penyebaran

    agama dan kegiatan perdagangan.

    3. Berikan latar belakang tokoh-tokoh yang menjelajah dan meneroka iaiatu I

    Ching, Marco Polo, Christopher Columbus, Ferdinand Magellan,Vasco da Gama, Cheng Ho dan jelaskan tujuan penjelajahan dan

    penerokaan mereka.

    1. Tunjukkan tarikh berlakunya penjelajahan dan penerokaan tersebut.

    Sifat ingin tahu adalah salah satu daya penggerak yang terbesar dalam kehidupan

    manusia. Dalam tempoh lebih kurang 100,000 tahun yang lalu, manusia telah

    berulang kali menanyakan soalan bagaimana dan mengapa? Pada sepanjang

    zaman, sifat ingin tahu tentang dunia sekeliling telah mendorong manusia untuk

    menjelajah. Bentuk penjelajahan telah berubah mengikut masa. Manusia awal

    keluar mencari kawasan perburuan yang lebih baik dan tempat tinggal yang

    selamat. Petani awal mencari lembah subur tempat terdapatnya bekalan air yang

    boleh diharap. Persaingan untuk mendapatkan makanan memaksa nenek moyang

    kita mengembara ke pelbagai arah bagi meneruskan penghidupan baru. Pedagang

    mengembara ke tempat baru untuk mencari pelanggan baru bagi barang-barang

    mereka dan untuk mencari bahan dagangan baru untuk dijual di tempat sendiri.

    Empayar yang luas dan berkuasa pada zaman tamadun awal seperti yang dilakukan

    oleh orang Mino, orang Mesir, orang Phoenik, orang greek dan orang Rom dibina

    menerusi perdagangan dan penaklukan.Apabila pembelajaran dan pengetahuan

    mula disanjung dalam tamadun purba Mesopotamia, China, Mesir dan Yunani, suatu

    penjelajahan baru pun wujud iaitu mencari pengetahuan semata-mata untuk

    pengetahuan.

    Pengembara akan mengembara untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang

    menarik minat mereka. Apakah yang terdapat di sebalik gunung ganang itu? Dari

    manakah punca sungai ini? Di manakah sungai itu bertemu dengan laut? Hanya

    melalui pengembaraan sahajalah dapat menjawab soalan-soalan tersebut.Golonan

    penjelajah ini dikenali sebagai penjelajah amatur yang ingin melihat tempat baru.

    Mereka ini termasuklah Ibn Batuta,, Hsuan-tsang dan Richard Burton. Yang lain

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    2/17

    seperti Alexander Humboldt dan Charles Darwin mengetuai ekspedisi sains dengan

    tujuan mempelajari sebanyak mungkin tentang tempat baru yang diterokai.

    Agama memainkan peranan penting dalam penjelajahan dunia baru . Seawal abad

    ke-5 M, paderi dari Iceland telah mula mengembara untuk mengkristiankan orang

    Wales, Cornwall dan Perancis. Walau bagaimanapun, ekspedisi yang terkemudian

    banyak mengakibatkan keganasan dan kemusnahan walaupun ekspedisi itu

    kononnya atas nama agama.Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa penjelajahan

    ialah pergi ke satu-satu tempat untuk tujuan-tujuan tertentu seperti ekonomi,

    peningkatan ilmu, penyebaran agama dan memenuhi kehendak ingin tahu tempat-

    tempat baru, dilakukan sama ada melalui jalan darat atau laut dengan merempuh

    berbagai kesukaran . Penerokaan pula merujuk kepada pembukaan sesatu kawasan

    baru dengan tujuan untuk mencari sumber ekonomi atau membuat petempatan

    baru seperti yang berlaku kepada orang-orang Yunani. Terdapat beberapa orang

    tokoh penjelajah dan peneroka yang masyhur seperti Christopher Columbus,

    Ferdinand Magellan, Vasco da Gama, Marco Polo, Cheng Ho dan I Ching.

    Christopher Columbus

    Christopher Columbus atau Cristobal Colon (1451-1506) adalah antara penjelajah

    yang terkenal tetapi penemuannya yang terbesar iaitu benua Amerika adalah

    secara tidak sengaja. Beliau dilahirkan pada tahun 1451 di Genoa, Itali dan mula

    turun ke laut sejak kecil lagi. Beliau menetap di Lisbon pada tahun1479 dan

    berkhidmat dengan kerajaan Portugis selama 10 tahun. Beliau telah berkahwin

    dengan anak perempuan seorang bangsawan Portugis. Dari Lisbon beliau

    melakukan banyak pengembaraan laut dan memperoleh kemahiran yang

    cemerlang sebagai ahli pelayaran.

    Cita-cita Columbus adalah untuk belayar ke Timur Jauh. Alasannya selalu

    diringkaskan dalamungkapan, "Emas, Tuhan dan Cathay". Emas yang dimaksudkan

    ialah kekayaan yang diperoleh dengan membawa balik rempah ratus dan sutera

    dari China dan Jepun. Tuhan merujuk kepada keinginan Columbus untuk

    menyebarkan agama Kristian di negara bukan Kristian dan menjajah tanah baru

    dengan nama Tuhan. Ini merupakan motif biasa di kalangan orang Eropah ketika itu.

    Cathay adalah nama purba bagi China. Columbus begitu tertarik dengan Timur

    Jauh dan ingin mengetuai ekspedisi ke sana.

    Pada abad ke-15 kebanyakan orang berpendapat bahawa dunia ini rata. BagiColumbus pula, dunia ini bulat. Beliau berhasrat untuk membuktikan pendapatnya

    dengan belayar ke arah barat merentasi Atlantik untuk pergi ke Timur seperti yang

    disarankan oleh peta Ptolemy dan bukan mengikut jalan biasa (dari Eropah ke

    selatan menyusuri pantai Afrika yang telah dilakukan oleh orang Portugis dalam

    mencari jalan ke Timur Jauh).

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    3/17

    Columbus mengambil masa bertahun-tahun bagi mengumpulkan wanguntuk

    membiayai ekspedisinya kerana ramai tidak yakin dengan kejayaan usahanya.

    Beliau gagal mendapat pertolongan Raja Portugis tetapi akhirnya pada tahun 1492

    Permaisuri Isabella dan Raja Ferdinand dari Sepanyol memberikan wang yang

    diperlukannya.

    Columbus meninggalkan Sepanyol pada bulan Ogos 1492 bersama-sama tiga buah

    kapal. Pada 6 September mereka belayar dari Pulau Canary ke laut lepas. Pada

    masa itu jarang kapal belayar jauh dari daratan sehingga pantai tidak kelihatan.

    Selepas belayar beberapa hari tapi pantai masih tidak kelihatan, anak-anak

    kapalnya ingin berpatah balik tapi Columbus memujuk mereka supaya meneruskan

    pelayaran. Pada 12 Oktober mereka menemui tanah daratan ( Pulau Watling di

    Bahamas) berhampiran dengan pantai Amerika.Columbus menyangka beliau telah

    sampai ke Timur Jauh dan telah hampir dengan kekayaan India dan China Columbus

    menamakan penduduk di pulau itu sebagai Indian dan pulau itu dinamakan

    Indies( setengah-setengah ahli sejarah menyatakan beliau menamakannya San

    Salvador). Penduduknya berminat untuk berdagang tapi Columbus tidak menemuibukti kekayaan Timur. Walau bagaimanapun Columbus tetap yakin bahawa

    sasarannya telah hampir. Melalui panduan penduduk tempatan, beliau mengetuai

    rombongan itu untuk terus mencari Cathay dan kekayaannya. Beliau melawat Cuba

    yang ketika itu diberi nama La Espanola ( sekarang Hispanola).Selepas itu iaitu pada

    bulan Disember beliau kembali ke Sepanyol untuk melaporkan pelayarannya. Belaiu

    disambut sebagai wira dan dilantik sebagai gabenor pulau-pulau baru yang beliau

    temukan. Namun beliau tidak sesuai dengan tanggungjawab ini. Hal ini jelas apabila

    dalam eksepedisi-eksepedisi terkemudian beliau telah melayan peneroka-peneroka

    bangsa Sepanyol dengan kejam dan juga memaksa puak Indian menyerahkan emas

    mereka dan menghantar ramai orang Indian sebagai hamba ke Sepanyol.

    Columbus melancarkan 3 pelayaran lagi pada tahun-tahun 1493-1496, 1498-1500

    dan 1502-1504. Beliau melawati dan menamai sebilangan besar pulau di Caribbean

    serta juga pantai-pantai Amerika Selatan dan Tengah. Namun beliau gagal menemui

    timbunan emas yang diharap-harapkan dan beliau tidak pernah memahami

    sepenuhnya bahawa penemuannya itu bukanlah Timur Jauh. Dalam pelayaran

    ketiganya pada tahun 1498, beliau ditangkap, dirantai dan dihantar pulang ke

    Sepanyol. Dalam pelayaran keempatnya pada tahun 1502 Ratu Isabella

    menugaskannya mencari selat yang mungkin menghubungkan Laut Caribbean

    dengan Lautan Pasifik. Ekspedisi itu gagal kerana kapal-kapal beliau rosak akibat

    cacing marin dan Columbus terpaksa diselamatkan dari Jamaica. Beliau kembali kesepanyol dengan kecewa.

    Ferdinand Magellan

    Ferdinand Magellan (1480-1521) merupakan penjelajah pertama yang mengelilingi

    dunia. Beliau merupakan seorang ahli aristokra Portugis dan ahli pelayaran

    berpengalaman yang pernah mengiringi Alfonso de Albuquerque ke Asia Tenggara

    pada tahun 1511. Beliau telah membuat beberapa pelayaran untuk mencari jalanAll The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    4/17

    perdagangan bagi kerajaan Portugis tetapi apabila berselisih faham dengan raja

    Portugis, beliau belayar bagi pihak Sepanyol pula. Kerajaan Sepanyol ingin mencari

    jalan perdagangan ke timur dan menuntut sebahagian Pulau Maluku (Pulau

    Rempah) mengikut Persetiaan Tordesillas (perjanjian antara Portugis dan Sepanyol

    pada tahun 1494 untuk mengelak pergaduhan antara kedua-duanya dalam usaha

    mencari tanah jajahan). Magellan percaya beliau boleh sampai ke Pulau Malukudengan belayar ke arah barat, mengelilingi hujung bahagian selatan Amerika, tanpa

    mengikut jalan laut Portugis ke timur yang mengelilingi Afrika. Raja Sepanyol

    bersetuju untuk membiayai pelayarannya.

    Pada bulan September 1519 Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-sama 260

    orang dan 5 buah kapal.Kapal ini membawa banyak barang dagangan tetapi tidak

    membawa barang makanan yang mencukupi kerana Magellan tidak pandai

    menganggar jarak pelayaran. Kapal ini menyeberangi Lautan Atlantik dan berhenti

    seketika di Pulau Canary. Kemudian mereka belayar ke Brazil dan menyusur turun

    pantai timur Amerika Selatan.

    Magellan menghadapi banyak masalah seperti makanan yang tidak mencukupi,

    cuaca buruk, dan pemberontakan orang-orangnya. Beliau meneruskan lagi

    pelayarannya melalui satu selat yang sempat (kemudian dinamakan Selat Magellan)

    di selatan Amerika Selatan . Dari situlah mereka menemui jalan ke Pasifik. Mereka

    telah berjaya membuktikan bahawa ada jalan ke Timur melalui Amerika Selatan.

    Setelah mengambil bekalan makanan di Pulau Marshall, mereka meneruskan

    peyaran ke Filipina. Di situ Magellan terlibat dalam satu pergaduhan dengan ketua

    tempatan. Beliau dan 40 orangnya telah terbunuh. Anggota ekspedisi yang

    terselamat meneruskan pelayaran di bawah arahan Kaptan Juan Sebastian del

    Cano.Dengan anak kapal seramai 115 orang mereka telah sampai ke Pulau Malukupada tahun 1521. Di situ mereka membeli rempah ratus yang memang menjadi

    matlamat utama mereka. Akhirnya hanya sebuah kapal sahaja dari 5 buah kapal

    yang melakukan pelayaran selamat sampai ke Sepanyol melalui Lautan Hindi dan

    mengelilingi tanjung di selatan Afrika pada tahun 1522 dengan membawa hanya 18

    orang anak kapal setelah mengelilingi dunia selama 3 tahun..

    Marco Polo

    Marco Polo berasal dari Venice, Itali. Beliau menyertai bapanya, Noccolo Polo dan

    bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 ketika berusia 17 tahun.

    Ekspedisi keluarga Polo ini berkait rapat dengan keadaan yang berlaku masa itu.

    Pada awal abad ke-13, puak Mongol bersatu di bawah pimpinan Genghis Khan

    (1167-1227). Mereka cuba menceroboh China dan utara Asia. Menjelang tahun 1241

    Genghis Khan menubuhkan empayar yang merentang hingga ke sempadan Eropah (

    dari China hingga ke Timur Tengah dan sampai ke Poland dan Hungry). Beberapa

    orang duta beberapa buah negara Eropah yang terdiri daripada paderi-paderi diutus

    ke Karakorum, ibu kota Monggolia ntuk berbincang dengan ketua Mongol dengan

    harapan puak Mongol dapat dipujuk untuk menyertai Eropah Kristian dalam

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    5/17

    peperangan menentang Empayar Islam di bawah kuasa Turki. Namun usaha mereka

    gagal untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Mongol. Jalan laluan mereka

    inilah digunakan oleh saudagar-saudagar seperti dua adik beradik dari Venice,

    Maffeo dan Niccolo Polo. Dalam perjalanan mereka, mereka telah bertemu dengan

    utusan dari Mongol yang menjemput mereka ke China. Mereka sampai ke Beijing

    ( masa itu dikenali sebagai Khanbalik) menjelang tahun 1265.Mereka dilayandengan baik oleh Maharaja China masa itu iaitu Kublai Khan ( cucu Genghis Khan).

    Tahun 1269 mereka kembali ke Venice dengan membawa surat persahatan dari

    Kublai khan untuk Paus. . Mereka menjadi penghubung hubungan diplomatik antara

    Kublai Khan dengan Eropah.

    Pada tahun 1271 Marco Polo menyertai bapa dan bapa saudaranya ke China. Inilah

    salah satu pelayaran penjelajahan yang teragung pada sepanjang zaman yang

    memakan masa selama 24 tahun. Marco Polo membawa cerita tentang kekayaan,

    keindahan dan perkara-perkara ganjil pada penglihatannya sepanjangpenjelajahannya itu tetapi tidak dipercayai orang. Marco Polo menemui banyak

    perkara di China yang belum diketahui oleh orang Eropah. Umpamanya, orang

    China telah mencipta serbuk letupan yang digunakan untuk membuat bunga api,

    membuat buku bercetak dengan menggunakan blok kayu berukir, mereka membuat

    wang kertas ( idea yang tidak masuk akal bagi orang Eropah). Marco Polo juga

    melaporkan tentang batu hitam misteri yang dikorek dan dibakar seperti kayu api

    ( batu arang). Marco Polo juga mencatatkan perkara pelik yang dilihatnya seperti

    mata air yang mengeluarkan minyak yang panas, kambing biri-biri besar yang

    mempunyai tanduk bergulung. Catatannya juga menyentuh tentang pertanian,

    pertukangan di tempat yang berlainan, penduduk, agama dan adat resam

    ( termasuklah tentang sutera, halia sebagai bahan rempah yang pedas, kunyit

    sebagai perasa makanan dan pencelup asli, tanah yang digunakan untuk membuat

    tembikar). Hanya beberapa abad kemudian barulah barangan ini sampai ke Barat.

    Kublai Khan tertarik dengan Marco Polo lalu mengambilnya menjadi wakil istana.

    Marco membuat misi diplomasi ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Ceylon bagi

    pihak Kublai Khan. Beliau juga melawat India dan Burma dan membuat catatan

    tentang negara-negara tersebut. Ketika beliau berada di Sumatera Marco Polo telah

    membuat beberapa catatan. Beliau sampai di Pasai pada tahun 1292. Pasai pada

    masa itu diperintah oleh raja Pasai yang ke-12 iaitu Sultan Abdul Jalil al-Malikul

    Saleh (1276-1300). Selain singgah di Pasai, beliau juga melawat Perlak. Beliau

    mencatatkan bahawa penduduk bandarnya mengamalkan ajaran Muhammad,

    sedangkan mereka yang hidup di kawasan bukit (hillside) masih hidup sebagai

    haiwan (liar, gemar makan daging manusia dan pelbagai jenis daging lain, halal

    atau haram). Kemudian beliau mengunjungi Basman yang penduduknya dianggap

    tidak mengenal undang-undang kecuali undang-undang rimba dan mereka

    mengaku berada di bawah pemerintahan Kublai Khan, tetapi tidak pernah

    menghantar ufti kepadanya oleh kerana mereka tinggal jauh dan tidak mungkin

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    6/17

    orang Mongol akan datang ke negeri mereka. Di bandar Samara pula, Marco Polo

    sempat tinggal selama enam bulan untuk menanti putaran angin. Di sana beliau

    menikmati sejenis minuman tuak yang dibuat dari pokok anau. Kononnya selama

    di Samara itu dia dan rombongannya ditempatkan dalam sebuah kem dan dikawal

    ketat supaya mereka terselamat daripada gangguan penduduk yang gemar makan

    daging manusia. Selepas itu beliau melawat bandar Dagroin (Pedir sekarang) yangmenurutnya pernah dilihatnya upacara cannibalistic (makan daging sesama

    manusia) di bandar itu. Kemudiannya dia tiba di Lambri, sebuah bandar pelabuhan

    yang katanya mempunyai rakyat yang amat aneh iaitu mereka mempunyai ekor.

    Akhirnya beliau mengunjungi bandar Fansur, sebuah bandar yang terkenal dengan

    kapur barusnya yang bermutu tinggi.

    Sebagai seorang Kristian yang hidup pada Zaman Pertengahan dan lebih-lebih lagi

    pada zaman-zaman akhir Perang Salib (1097-1292), pandangannya yang begitu

    buruk terhadap penduduk Sumatera tersebut tidaklah menghairankan sangat.

    Rupa-rupanya dari catatan-catatan Marco Polo lah yang telah membuka mata bagi

    orang-orang Barat untuk menjelajah Nusantara.

    Keluarga Polo berkhidmat untuk Kublai Khan selama 17 tahun. Pada tahun 1292

    mereka kembali ke Venice melalui Parsi dengan menaiki jong China. Dari Hormus

    mereka mengikut jalan darat ke Trebizond dan kemudian belayar ke Venice melalui

    Konstantinople. Perjalanan pulang ini memakan masaselama 3 tahun dan semasa

    sampai di Venice mereka telah mengembara selama 24 tahun. Marco telah berumur

    39 tahun ketika itu.Bila berlaku peperangan antara Venice dan Genoa, Marco Polo

    ditawan semasa mempertahankan bandarnya. Semasa dipenjara, Marco Polo

    menceritakan pengalamannya kepada Rustichello yang kemudian menerbitkan buku

    bertajuk The Travels or Marco Polo.Buku ini banyak mempengaruhi penjelajah

    kemudian seperti Christopher Columbus.

    Pada tahun 1368 orang China memberontak melawan pemerintah Mongol dan

    melantik maharaja sendiri dan menghalang kemasukan pelawat Eropah. Jauh di

    bahagian Barat orang Mongol telah memeluk Islam dan tidak menyambut baik

    kedatangan orang Kristian. Dengan itu jalan darat ke Timur terhalang semula.

    Meskipun wujud laporan Marco Polo, namun tindakan tidak diambil sehinggalah

    abad ke-15 apabila orang Portugis mula gigih berusaha untuk mencari punca

    kekayaan di Timur yang menjadi legenda terutamanya rempah.

    Vasco da Gama

    Vasco da Gama ( 1460-1524) adalah seorang kapten tentera laut Portugis . Beliau

    ditugaskan oleh raja Portugis untuk menyiasat sama ada wujud laluan ke India

    dengan mengelilingi hujung selatan Afrika yang ditemuiBartholomeu Dias pada

    tahun 1487. Sebenarnya berikutan sampainya Pedro da Covinha di India pada tahun

    1487dengan menyeberangi Laut Mediterranean dan melayari Laut Merah orang

    Portugis menanam tekad untuk mencari jalan ke timur (selepas membaca laporan

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    7/17

    da Cavinha yang menceritakan bagaimana beberapa buah negara kecil yang

    ditemuinya telah menjadi kaya hasil perdagangan mereka negara-negara tersebut

    dengan dunia Arab).

    Vasco da Gama bertolak dari Lisbon dengan 4 buah kapal dan 170 orang anak

    kapal. Beliau belayar ke Malindi di pantai timur Afrika . Melalui pertolongan

    beberapa orang Arab sebagai pemandu, mereka sampai ke pelabuhan Kalikat di

    pantai barat daya India pada bulan Mei 1498. Malangnya pedagang Islam tidak

    tertarik dengan barang dagangan da Gama dan tidak suka orang Eropah Kristian

    campur tangan dalam perdagangan mereka. Vasco da Gama hanya dapat membeli

    sedikit rempah dan barangan lain untuk dijadikan sebagai bukti yang beliau telah

    menemui jalan ke timur. Selepas 3 bulan berada di India, beliau kembali ke Portugal

    dengan 55 orang anak kapal dan disambut sebagai wira. Perjalanan pulangnya ke

    Portugas mengambil masa 3 bulan lebih lama dari pelayaran semasa pergi. Vasco

    da Gama melancarkan satu lagi ekspedisi perdagangan ke India pada tahun 1502 .

    Pada tahun 1524 beliau kembali ke India sebagai wizurai untuk memerintah koloni

    Portugal yang baru tetapi malangnya beliau meninggal dunia sejurus sampai kesitu.

    ChengHo

    Cheng Ho atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang penjelajah China yang

    sangat masyhur. Kemasyhurannya sering dikaitkan dengan armadanya yang

    dianggap terbesar yang pernah dilancarkan atas nama penjelajahan. Beliau

    mengetuai 27,000 orang anak kapal dan 317 buah kapal (sebenarnya dipanggil jong

    )dan ekspedisi beliau mengandungi sehingga 63 buah kapal yang belayar

    bersama-sama. Ketujuh-tujuh pelayaran beliau mengambil masa kira-kira 2 tahun

    setiap satu. Penjelajahannya dilakukan antara tahun 1405 hingga tahun 1433.

    Armada ini belayar ke sebahagian besar Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera,

    Siam, Tanah Melayu, dan Borneo. Eksepedisi lain telah ke India, Kepulauan Maldives,

    Teluk Pars, negara Arabi dan pantai timur Afrika (1415). Ada kemungkinan mereka

    juga telah mengelilingi Tanjung Harapan pada kira-kira 70 tahun sebelum orang

    Eropah melakukannya. Ini dikaitkan dengan adanya satu peta China pada tahun

    1420 dengan jelas menunjukkan sebahagian pantai barat Afrika. Tujuan mereka

    ialah untuk berdagang, mengutip cukai daripada koloni China dan mengumpul

    maklumat.Beberapa buah kapal telah dihantar untuk meninjau eksepedisi di Lautan

    Pasifik dan ada kemungkinan mereka sampai di pantai utara Australia.

    Selepas kemangkatan Maharaja Cheng Tsu, kemasyhuran Cheng Ho mulai merosot.

    Beliau dibenarkan membuat satu sahaja lagi pelayaran iaitu pada tahun 1433 iaitu

    sebelum China membuat dasar tutup pintu kepada dunia luar. Seratus tahun

    kemudian orang Eropah telah tiba ke sebahagian besar dunia yang sebelum ini

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    8/17

    pernah dijelajahi Cheng Ho. Sekiranya pencapaian Cheng Ho telah diteruskan, maka

    sejarah penjelajahan mungkin amat berbeza sekali.

    I Ching

    Beliau merupakan seorang lagi penjelajah China yang masyhur pada abad ke-7 M.

    Beliau merupakan seorang sami Buddha.Antara tempat-tempat yang pernahdilawatinya ialah Tanah Melayu dan India. Semasa melawat Tanah Melayu iaitu

    ketika singgah di Kedah pada tahun 671 beliau mendapati kerajaan Kedah Tua

    merupakan sebuah kerajaan yang masyhur dan makmur. Dalam catatannya semasa

    singgal ke Kedah sekambalinya dari India menyebut bahawa Kedah masa itu dijajah

    Srivijaya. I Ching juga telah melawat Srivijaya sebanyak dua kali untuk mempelajari

    bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab suci agama Buddha.

    7.2 Asal usul

    Susur galurkan sejarah penjelajahan dan penerokaan yang berlaku dalam tamadun

    awal.

    Tamadun Mesopotamia

    Mesopotamia merupakan tamadun awal yang terkenal dengan penggunaan roda

    sebagai alat pengangkutan. Melalui sistem pengangkutan yang ada di tamadun ini

    mereka menjalin hubungan perdagangan dengan kawasan-kawasan jiran.Selama

    beribu-ribu tahun saudagar dan pengembara mengharungi jalan perdagangan yang

    merentasi Asia. Sebab itulah banyak barang dari negara luar boleh ada di

    Mesopotamia, begitu juga barang-barang dari Mesopotamia dijual ke negara-

    negaraluar.

    Tamadun Mesir

    Tamadun Mesir Purba yang berkembang kira-kira 5000 tahun dahulu di lembah

    Sungai Nil yang subur telah menjalin hubungan dengan kerajaan dan penduduk lain

    di Timur Tengah. Namun begitu, ekspedisi ke bahagian Afrika yang lain di selatan

    nampaknya amat jarang sekali. Ekspedisi yang pernah dilakukan dicatat secara

    terperinci dalam inskripsi di dinding sebuah kuil di barat Thebes. Satu contoh yang

    masyhur ialah ekspedisi besar yang dilancarkan ketika Mesir di bawah

    pemerintahan Ratu Hatshepsut (ratu ini memerintah antara tahun 1501 SM 1479SM) pada tahun 1492 SM ke Tanah Punt yang dipercayai terletak di kawasan

    Somalia moden. Ekspedisi ini bermatlamatkan perdagangan. Catatan mengisahkan

    tentang banyak barang dagangan seperti dupa, eboni, gading, emas, perak dan

    monyet hidup dibawa balik oleh kapal-kapal ekspedisi. Ekspedisi itu mungkin telah

    menggunakan jalan darat dari Thebes untuk menaiki kapal-kapal di Laut Mereah.

    Kapal-kapal itu kemudian belayar kira-kira 2000 km dari Laut Merah ke Punt

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    9/17

    Phonecia pernah menjadi wilayah Empayar Mesir pada masa-masa yang berbeza.

    Pada kira-kira tahun 600 SM, Firaun Necho II mengasaskan armada Phonecia untuk

    mencari jalan dari Laut Merah ke Mediterranean.Ekspedisi berani Firaun Necho

    mengelilingi Afrika adalah didorong oleh keinginan baginda untuk mencari jalan

    perdagangan yang boleh menghubungkan Laut Merah dengan Delta Nil. Mereka

    nampaknya berjaya mencapai tujuan ini dengan belayar mengelilingi TanjungHarapan. Mereka melaporkan kedudukan matahari yang berada di sebelah kanan

    sambil mereka belayar dari timur ke barat mengelilingi hujung selatan Afrika .

    Malangnya ramai dari penduduk di sebelah utara yang tidak pernah mengalami

    keadaan ini tidak percaya dengan laporan tersebut. Orang Phonecia merupakan

    pelaut yang pakar pada zaman itu. Menjelang abad ke-7 SM, mereka telah belayar

    melepasi Selat Gibraltar ke Madeira dan Kepulauan Canary. Di situlah mereka telah

    berdagang bahan pencelup. Pada tahun 470 SM, Jeneral Hanno dari Carthage

    mengetui satu angkatan armada besar menuju arah ini dan meneruskan pelayaran

    di sepanjang pantai barat Afrika. Dalam tempoh seribu tahun, penjelajahan orang

    Mesir berkembang dengan perlahan dan tumpuan terutamanya pada patai Afrika

    atas tujuan perdagangan. Juga dikatakan bahawa ekspedisi itu tidak diulang oleh

    sesiapa pun selama 2000 tahun selepas itu.

    Pada kira-kira pada tahun 2300 SM, seorang pegawai bernama Harkhuf telah

    dihantar untuk membawa ekspedisi ke Yam, Nubia. Tatkala melepasi Riam Pertama

    di Sungai Nil, beliau pun melintasi sempadan terjauh dalam dunia yang diketahui

    orang Mesir Purba. Catatan perjalanan beliau dapat dilihat pada inskripsi di makam

    beliau di Pulau Elephantine, Sungai Nil. Sejarah Mesir juga mencatatkan bahawa

    ketika Mesir di bawah pemerintahan Kerajaan Pertengahan iaitu di permulaan abad

    ke-20 SM, Amenemhet III telah menghantar kapal-kapal jauh ke luar negari untuk

    mencari barang dagangan. Mereka membuat perhubungan dengan Crete, Syam,Babylon dan kawasan-kawasan selatan. Tidak hairanlah orang Mesir dengan mudah

    memperolehi bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet mumia seperti myrrh

    dan kemenyan dari luar negeri kerana telah wujud penjelajahan waktu itu.

    Tamadun Graeco-Roman

    Orang-orang Greek melakukan penjelajahan dan penerokaan kerana tanah Greek

    tidak subur untuk menampung penduduk yang kian bertambah. Bagi mengelakkan

    daripada berlakunya pembahagian tanah milik mereka, pemerintahnya telah

    menghantar penduduknya ke negara lain terutama ke kawasan selatan Greek. Inilah

    punca penerokaan secara besar-besaran yang telah merobah bentuk dunia

    Mediterranean dalam beberapa generasi.

    Tanah jajahan Greek dibuka untuk perdagangan dan sebagai tempat pertemuan

    perniagaan antara kota-kota. Kawasan-kawasan itu terletak di pesisiran laut

    Mediterranean dan Laut hitam. Berita tentangnya dibawa pulang oleh pengembara

    yang menjelajah secara perseorangan sebagai pedagang atau perompak laut.

    Mereka menemui lombong-lombong emas di Tartessus.

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    10/17

    Ekoran dari penjelajahan dan penerokaan orang-orang Greek itu, petempatan-

    petempatan Greek ditubuhkan di Pulau Sicily, Pulau Cyprus, Corsica dan pesisiran

    Laut Mediterranean, Laut Aegeann dan Laut Hitam. Mereka seterusnya telah

    menyebarkan kebudayaan dan pemikiran Greek. Antara faktor-faktor pemilihan

    sesatu tanah jajahan itu ialah pelabuhan yang baik, terdapat air untuk minuman

    dan tanah yang subur.

    Menjelang kira-kira tahun 750 SM, bangsa-bangsa Yunani dan Phoenicia telah

    menjelajah sebahagian besar kawasan Mediterranean dan mewujudkan koloni

    perdagangan. Orang Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang amat arif

    di Mediterranean.Orang Rom telah mempelajari cara membuat kapal berpandukan

    rangka kapal orang Phoenicia. Menjelang tahun 702 SM orang Phoenicia telah

    menubuhkan koloni di seluruh Mediterranean. Tamadun Yunani Purba merupakan

    yang pertama di Eropah yang cuba menganalisis dunia dari sudut sains. Antara

    tahun 310-306 SM penjelajah Yunani yang bernama Pytheas telah menyusuri pantai

    -Atlantik ( Portugal) dan dikatakan telah mengelilingi Britain sebelum belayar

    pulang. Pelayaran Pytheas bukanlah atas dorongan perdagangan tetapi atas minatsains yang sebenar. Ahli geografi dan astronomi pula menggunakan pencerapan

    serta maklumat daripada penjelajah untuk membuat peta kawasan Mediterranean

    dan peta dunia. Ptolemy (seorang ahli astronomi Mesir-Yunani ) telah menghasilkan

    peta dunia yang terbaik sehingga abad ke-15 hasil dari maklumat yang diperolehi

    dari ahli geografi yang diperolehi penjelajah.

    Iskandar Zulkarnain Agung (356-323 SM) yang berasal dari Makedonia pernah

    menjadi penguasa Greek yang diwarisi dari ayahnya, Philip II merupakan seorang

    penjelajah dan peneroka yang hebat sekali. Baginda telah menjelajah dan menawan

    wilayah Parsi, Mesir, Mesopotamia. Dalam proses penjelajahannya, baginda telah

    mengumpulkan maklumat tentang geografi kawasan yang jatuh ke tangan baginda.

    Tenteranya diiringi sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli

    astronomi. Ahli geografinya memetakan wilayah taklukan yang merentang dari

    Sungai Indus ke timur Mediterranean. Orang Rom terus mengembangkan

    pengetahuan dunia yang diasaskan oleh orang Yunani. Namun tujuan mereka agak

    berbeza. Pada dasarnya, pembuat peta dan juruukur Rom berperanan untuk

    mewujudkan dan mengekalkan Empayar Rom.

    Semasa Rom sebuk meluaskan penjajahannya, Empayar Rom merangkumi kesemua

    kawasan yang bersempadan dengan Mediterranean dan menuju ke timur hingga

    Mesopotamia dan meliputi keseluruhan barat Eropah hingga ke utara (Britain).

    Dengan itu, penjajahan Rom menjadikan bangsanya menjelajah jauh sekali ke

    negara-negara lain.

    Orang Rom juga mengetahui tentang India melalui kempen penjajahan Iskandar

    Zulkarnain dan mereka juga mengetahu serba sedikit tentang Timur Jauh ekoran

    barang dagangan yang tiba dari China ke dunia Rom melalui Jalan Sutera. Namun

    orang Rom jarang mengembara melepasi sempadan mereka. Mereka banyak

    mengembara di dalam kawasan empayar mereka. Orang Yunani Purba dan RomAll The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    11/17

    telah menerbitkan buku serta panduan pelancongan untuk pelancong. Salah sebuah

    buku yang masyhur ialah Hellados Periegesis" ( Panduan Melawat Yunani) yang

    ditulis pada abad ke-2 M oleh penulis Yunani yang bernama Pausanias.

    Bagi melicinkan perjalanan, orang Rom telah membina jalan-jalan bagi

    menghubungkan antara bandar-bandar di dalam empayarnya. Orang Rom memang

    terkenal sebagai pembina jalan raya dan jalan raya yang dibina itu sangat lurus

    dengan jarak yang begitu jauh. Jalan-jalan lurus ini bertujuan mempercepatkan

    penghantaran bekalan dan utusan serta askar jika berlaku kekacauan.

    Bagi mempercepatkan perjalanan melalui laut, orang Rom telah mempelajari cara-

    cara membuat kapal berdasarkan rangka kapal orang Phonecia. Dengan itu

    penjelajahan melalui jalan laut di sekitar Laut Mediterranean itu membawa kepada

    kegiatan menjajah, telah memunculkan Rom sebagai perampas perdagangan di

    seluruh Laut Mediterranean dan menjadi kuasa besar di situ.

    Menjelang abad ke- 5 M, Empayar Rom mula merosot akibat serangan tentera gasar

    dari Eropah Timur ( German). Menjelang tahun 476 M Empayar Rom runtuh. Walaubagaimanapun, maharaja Kristian Rom yang pertama iaitu Constantine 1 ( 306-337

    M) telah mengasaskan Constantinople ( Istanbul, Turki). Constantinople menjadi

    pusat Empayar Byzantine Kristian (Rom) yang wujud hingga abad ke-15.Melalui

    penjelajahnya yang juga mubaligh, agama Kristian disebarkan ke kawasan-kawasan

    yang dijelajahi. Penjelajahan dan pejajahan Rom ke bumi Arab ( Arab Utara dan

    Selatan) juga menampakkan motif perdagangan dan penyebaran agama Kristian.

    Tamadun China

    Tamadun China bermula pada kira-kira tahun 1700 SM, namun China mengambil

    masa kira-kira 1000 tahun untuk menjalin hubungan tetap dengan tamadun Asia

    Barat dan Asia Selatan. Pada tahun 138 SM Chang Chien telah diutus ke Asia Tengah

    oleh Maharaja Han Wu Ti untuk cuba membuat perjanjian dengan penduduk di

    sempadan barat China bagi menentang puak Hun yang menceroboh. Dalam tempoh

    12 tahun beliau mengembara , 10 tahun dihabiskan sebagai tawanan Hun. Selepas

    berjaya melepaskan diri, beliau cuba kembali ke China melalui Tibet tetapi ditawan

    semula. Walau bagaimanapun akhirnya beliau berjaya kembali ke China dengan 2

    orang sahaja daripada 100 orang yang mengikutnya dahulu. Misi beliau gagal tetapi

    beliau berjaya membawa balik berita tentang peluang perdagangan dengan Asia

    Barat. Hasilnya, tidak lama kemudian ( kira-kira pada tahun 105 SM) jalanperdagangan baru dibuka untuk membawa barangan seperti rempah ratus, batu

    permata, mutiara, sutera, kulit penyu melintasi Gurun Gobi dan gunung ganang

    tinggi di Asia Tengah ke Timur Tengah dan Eropah. Mereka mengembara melalui

    Asia ke Antioch dan kemudian menaiki kepal ke Rom. Terdapat beberapa batang

    jalan yang secara amanya dikenali sebagai Jalan Sutera iaitu laluan perdagangan

    antara China dan Barat .

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    12/17

    Ramai pengembara China yang awal ke Asia Tengah dan Selatan adalah penganut

    agama Buddha yang sedang mencari pengetahuan agama di dalam dan di sekitar

    India Utara iaitu tempat asalnya agama Buddha. Pengembara yang termasyhur

    ialah Hsuan- tsang (596-664M). Beliau mengembara selama 16 tahun bermula pada

    tahun 629 SM tanpa menghiraukan larangan Maharaja atas tujuan medalami bidang

    agama. Beliau merentasi Asia Tengah melalui Gurun Gobi, melalui jalan yangberbahaya dan gaung yang gelap ke Bactria, mendaki Hindu Kush dan mendaki ke

    timur untuk ke Kashmir dan India. Beliau belajar selama 2 tahun di India, melawat

    perpustakaan di biara yang terdapat di Lembah Sungai Ganges. Beliau melawat

    Allahabad dan di situ beliau ditangkap lanun tapi dapat melepaskan diri. Dalam

    perjalanan pulang ke China, beliau terpaska meredah pelbagai bahaya dan selepas

    meninggalkan China selama 16 tahun, akhirnya beliau tiba di Chang-an dengan

    membawa 700 buah buku agama, patung dan peninggalan Buddha. Ekspedisinya

    dianggap sangat penting hinggakan hukuman ke atasnya telah ditarik balik malah

    beliau dihujani penghormatan termasuk dari Maharaja.. Ini agak luar biasa kerana

    pengembaraan di luar sempadan China tidak digalakkan manakala bangsa asing

    tidak dibenarkan masuk. Atas sebab itu kemajuan tamadun China langsung tidak

    diketahui dunia Barat sehinggalah pengembaraan Marco Polo pada abad ke-13.

    Saudagar China telah sampai ke Zanzibar ( salah sebuah pelabuhan perdagangan

    yang kaya di pantai Afrika Timur, tempat pedagang Arab menetap dan

    menyebarkan agama Islam) dan Madagascar menjelang tahun 1180-an ( mereka

    sebenarnya telahpun melawat Timur Tengah melalui jalan laut sejak tahun 360 M

    lagi). Sebenarnya orang China hanya dibenarkan keluar dari negara China dalam

    tahun-tahun tertentu sahaja dalam sejarah China. Salah satu zaman yang

    membenarkan ialah pada masa China di bawah pemerintahan Maharaja Cheng Tsu

    pada awal Dinasti Ming (1368-1644). Baginda menugaskan seorang pembesar Islamyang bernama Laksamana Cheng Ho (1371-1435) untuk mengetuai seangkatan

    armada besar yang telah melancarkan satu siri tujuh pelayaran penjelajahan yang

    bermula pada tahun 1405 hingga tahun 1433. Mereka sampai di Afrika tahun 1415

    Pada awal abad ke-13 puak Mongol bersatu di bawah Genghis Khan (1167-1227).

    Mereka menceroboh China dari Utara Asia. Menjelang tahun 1241 Genghis Khan

    berjaya mewujudkan empayarnya merentang hingga ke sempadan Eropah.Pada

    masa ini mereka enggan melayan lawatan diplomatik dari wakil-wakil Eropah

    hinggalah kedatangan keluarga Polo. Marco Polo diambil sebagai wakil China ke

    Tanah Melayu, Sumatera, Ceylon dan Tibet. Pada tahun 1368 pemberontakan orang

    China terhadap pemerintah Mongol berlaku. Kejatuhan kerajaan Mongol di Chinamembuka lembaran baru dalam sejarah China apabila China menjalankan dasar

    menutup pintunya kepada pelawat-pelawat Eropah.

    Tamadun Barat

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    13/17

    Barat atau Eropah selepas kejatuhan Rom pada menjelang abad ke-5 M

    menyaksikan peranan gereja dalam usaha mengembangkan agama Kristian. Pada

    ketika itu sebilangan pengembara yang agung adalah mubaligh Kristian yang

    mengembara untuk menyebarkan Gospel kepada penduduk di sebahagian besar

    Empayar Rom Lama. Walau pun Ireland tidak pernah dijajah Rom namun telah

    menjadi negara Krisitian selepas kira-kira tahun 440 M. Ramai mubalighmengembara dari Ireland untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk

    benua Eropah. Malah St Brendan pernah sampai ke Amerika.

    Orang Eropah mula menunjukkan minat terhadap Afrika pada Zaman Pertengahan.

    Mereka mula menggemari benda mewah dari Timur seperti rempah ratus, sutera,

    gula, mutiara dan batu berharga. Namun pada masa itu jalan perdagangan darat

    dikuasai oleh orang Turki yang ketika itu sedang berperang dengan orang Eropah.

    Keadaan ini menjadikan barangan ini sangat sukar diperolehi dan mahal harganya

    sedangkan orang Eropah ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.

    Mereka bertekad untuk mencari jalan laut yang mengelilingi Afrika untuk

    membolehkan mereka berdagang secara terus dengan India, China dan PulauRempah (Pulau Maluku) di Lautan Pasifik tanpa bertembung dengan orang Turki.

    Sebenarnya Eropah menyaksikan banyak penjelajahan dan penerokaan

    terutamanya untuk mencari jalan ke Timur Jauh bagi mendapatkan rempah ratus.

    Salah sebuah negara Eropah yang giat melakukan penjelajahan dan penerokaan

    ialah Portugal. Pada awal abad ke-15 orang Portugis memulakan suatu siri

    pelayaran ke selatan pantai barat Afrika untuk mencari jalan laut ke Timur Jauh.

    Salah seorang yang sangat berminat dalam penerokaan ini ialah Putera Henry

    (1394-1460). Beliau dikenali sebagai Henry Pelayar walaupun sepanjang hayatnya

    beliau tidak pernah belayar! Beliau terkenal sebagai penjelajah yang duduk diam di

    rumah sahaja. Beliau tertarik dengan kekayaan di timur dan mendapat inspirasi

    daripada cerita tentang paderi raja agama Kristian iaitu Prestor John yang

    dipercayai tinggal di suatu tempat di Afrika. Henry membina sebuah sekolah untuk

    melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping membina limbungan kapal. Beliau

    mengambil cendikiawan, ahli geografi, ahli astronomi dan pelaut. Beliau mendorong

    orangnya mengetuai ekspedisi . Selama 12 tahun beliau telah menghantar

    sebanyak 14 ekspedisi tetapi apabila sampai di Tanjung Bojadur, ekspedisinya

    berpatah balik kerana dihantui oleh kepercayaan bahawa di Khatulistiwa , suatu

    kawasan yang dikenali sebagai Laut Hijau Yang Gelap, matahari berada sangat

    hampir dengan bumi sehingga kulit manusia terbakar hitam, laut menggelegak dan

    terdapat kolam berpusar dan kabus hijau yang tebal, tempat tinggal raksaksa yangmenunggu untuk membaham mereka. Salah satu ekspedisi yang dihantar Henry

    ialah yang diketuai oleh Gil Eannes. Pada tahun 1434, Gil Eannes menjadi ahli

    pelayaran yang pertama berani belayar ke selatan iaitu ke Tanjung Bojadur. Lima

    puluh tahun kemudian iaitu pada bulan Ogos 1487 Maharaja John II menghantar

    satu ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal diketuai oleh Bartolomeu Dias

    atas tujuan membuka jalan laut di hujung Afrika Selatan. Maharaja John II percaya

    bahawa jalan ke Timur akan menjadi mudah jika Lautan Hindi dapat diterokai.

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    14/17

    Pada tahun 1487 juga Pedro da Covilha bersama-sama Alfonso de Paiva membuat

    satu misi rahsia. Covilha diarahkan mencari maklumat sebanyak mungkin tentang

    jalan ke India sementara Paiva pula diarahkan mencari kerajaan Prestor John di

    Afrika. Mereka menyeberangi Laut Mediterranean dan belayar ke selatan Laut

    Merah. Paiva telah hilang, sementara Covilha sampai ke India dan kemudiannya

    menetap di Habsyah (Abyssinia/Ethiopia) Covilha telah melaporkan pelayarannya keIndia kepada kerajaan Portugal.

    Vasco da Gama (1460-1524) pula dihantar oleh Raja Manuel, raja Portugal untuk

    memastikan sama ada jalan ke India dengan mengelilingi Afrika seperti yang

    dilaporkan sebelum ini benar-benar wujud. Pada tahun 1497 Vasco da Gama telah

    menyusuri bahagian atas pantai timur Afrika dan akhirnya menemui jalan laut ke

    India yang selama ini cuba dicari-cari oleh pengembara Eropah.. Angkatannya

    meredah Lautan Hindi selama 23 hari dan setelah 10 bulan belayar barulah beliau

    sampai di Calicut, India. Dalam perjalanan mereka ke Timur, orang Portugis telah

    bertemu dengan peluang perdagangan yang lumayan di Afrika Barat terutama

    sekali emas, gading dam hamba. Perdagangan hamba berkembang pesat antaraabad ke-16 hingga 19. Orang Portugis kemudiannya melancarkan ekspedisi tentera

    laut secara agresif . Mereka menubuhkan kubu di Ceylon pada tahun 1505 dan

    menawan Goa pada tahun 1510. Namun mereka masih belum menemui sumber

    rempah ratus. Dengan itu mereka pun terus belayar ke arah timur. Pada tahun 1511

    satu ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal di bawah pimpinan Antonio de

    Abreu telah belayar dari Melaka (masa itu Portugis telah pun menawan Melaka).

    Pada tahun 1512 mereka telah sampai ke Pulau Banda. Ini membuka jalan ke

    Kepulauan Maluku yang merupakan satu-satunya sumber buah pala dan bunga

    cengkih di dunia pada masa itu. Akhirnya orang Portugis berjaya sampai di

    Kepulauan rempah yang selama ini menjadi legenda itu. Selepas itu .merekamenuju ke utara iaitu ke China dan menjelang tahun 1540-an menjadi orang Eropah

    pertama sampai di Jepun.

    Sepanyol juga tidak ketinggalan dalam usaha mencari jalan ke Timur. Melalui

    Christopher Columbus, Sepanyol cuba mencari jalan ke Timur Jauh melalui arah

    Barat iaitu arah yang bertentangan dengan jalan sebelum ini (menyusuri pantai

    Afrika) tetapi gagal menemui negara China. Sebaliknya, diluar tujuan sebenar, atau

    tanpa sengaja dia menemui benua Amerika!.Pada tahun 1511 pula Sepanyol

    membiayai pelayaran Magellan untuk mencari jalan perdagangan ke timur dan

    menuntut Pulau Maluku. Dia hanya sampai di Filipina setelah menyusuri Amerika

    Selatan. Kematiannya di Filipina menyebebkan rakannya yang bernama Sebastiandel Cano mengambilalih mengetuai pelayaran kembali ke Sepanyol.

    Seperti orang Sepanyol, orang Inggeris dan Perancis juga ingin mencari kekayaan di

    Timur dengan cara belayar ke arah Barat. Mereka tidak mengikut jalan orang

    Sepanyol mengelilingi Amerika Selatan, sebaliknya mereka mencari jalan baru

    mengelilingi Amerika Utara. Mereka berkeyakinan menemui selat yang boleh dilalui

    oleh kapal mereka. Jalan ini dikenali sebagai Laluan Barat Laut.Satu ekspedisi yang

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    15/17

    diketuai oleh Martin Frobisher bersama 3 buah kapal bertolak dari London pada

    tahun 1576 tetapi gagal menemui Laluan Barat Laut. Beberapa ekspedisi lain yang

    dihantar seperti yang diketuai oleh John Davis ( antara tahun 1585 hingga

    1587),Henry Hudson (1610), William Baffin dan Robert Bylot (1616) semuanya gagal

    menemui Laluan Barat Laut. Sejak itu hingga berabad-abad lamanya orang Inggeris

    masih gagal menemui Laluan Barat Laut hinggalah pada abad ke-20 nanti.

    Seorang lagi ahli pelayaran Inggeris yang terkenal ialah Francis Drake (1545-1596).

    Dia dianggap sebagai penjelajah kedua yang mengelilingi dunia. Penjelajahannya

    dilakukan 50 tahun selepas pelayaran Magellan.. Orang Sepanyol menganggapnya

    sebagai lanun kerana beliau banyak kali menyerang petempatan orang Sepanyol di

    Caribbean dan Amerika Tengah. Pelayarannya berlangsung antara tahun 1577

    hingga 1580.Pada tahun 1577 beliau dihantar oleh Ratu Elizabeth I ke Selat

    Magellan (menjelajah laut-laut selatan) atas tujuan untuk mengaut kekayaan dan

    rempah dengan membawa lima buah kapal. Setelah mengelilingi dunia selama 3tahun, akhirnya beliau pulang ke England dengan sebuah kapal sahaja.

    Perancis turut cuba mencari laluan terus ke Timur. Pada tahun 1534 Raja Francois I

    mengarahkan Jacques Cartier mencari jalan barat ke Pasifik dan mendapatkan

    kawasn baru bagi Perancis tapi usaha-usahanya gagal. Usaha itu diteruskan oleh

    orang-orang Perancis yang lain yang akhirnya menemukan mereka dengan Amerika

    dan membina empayar Perancis di Amerika.

    Orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark yang sering dikenali

    sebagai penyerang itu juga merupakan penjelajah dan pedagang. Mereka mula

    belayar ke Barat pada abad ke-9 untuk mencari kawasan baru. Menjelang tahun 860

    ada di kalangan mereka telah sampai ke Iceland dan menetap di situ. Dalam

    perjalanan yang kerap ke Barat, mereka telah menjadi orang Eropah pertama yang

    menemui Amerika. Menjelang abad ke-11 terdapat petempatan Viking merentasi

    utara Eropah dari Rusia ke Ireland. Ekspedisi perdagangan membawa mereka jauh

    hingga ke Laut Mediterranean dan menghilir Sungai Volga ke Laut Kaspia.

    Tamadun Arab

    Penjelajahan orang Arab lebih bermotifkan perdagangan. Zaman sebelum

    kedatangan Islam lagi iaitu zaman jahiliah telah ada bukti-bukti yang menunjukkan

    bahawa mereka telah menjelajah sampai ke India, Asia Tenggara dan China (jalan

    laut). Ketika Yaman terkenal sebagai pusat perdagangan utama di semenanjungTanah Arab, pelabuhan di Yaman telah menjadi pusat persinggahan kapal-kapal dari

    Timur dan tempat memulakan pelayaran ke Timur. Orang-orang Arab bukan sahaja

    terkenal sebagai pelayar bahkan pengembara padang pasir melalui sistem kafilah.

    Mereka telah memonopoli perdagangan Timur dan menjadikan saudagar-saudagar

    Venice dan Genoa sebagai orang tengah mereka dalam memasarkan barang-barang

    ke Eropah. Hal ini berterusan sehingglah mereka memeluk agama Islam. Inilah

    All The Best

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    16/17

  • 8/14/2019 Tema 7 Penjelajahan Dan Penerokaan

    17/17

    baru kepada orang Greek dan telah membangunkan minat terhadap penyelidikan

    saintifik.Semasa Iskandar Zulkarnain membuat penjelajahan ke Asia, tenteranya

    diiringi oleh sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli astronomi.

    Pakar-pakar tersebut telah memetakan wilayah taklukan yang merentang dari

    Sungai Indus ke timur Mediterranean. Peta Eropah yang dibuat pada lebih 1500

    tahun selepas penjelajahan Iskandar telah menggunakan maklumat tentang Asiayang diperolehi dari Iskandar. Orang Rom mengembangkan pengetahuan mereka

    tentang dunia melalui orang Yunani dan pengetahuan tentang India melalui

    penjelajahan Iskandar Zulkarnain. Ahli kaji bintang telah membuat penyelidikan

    melalui perjumpaan-perjumpaan zaman dahulu di Babylon; mereka belajar mengira

    sukatan dunia. Ada di kalangan mereka mengemukakan teori-teori peredaran dunia

    mengelilingi matahari. Ahli geografi yang terkenal iaitu Erotosthenes (275 200 SM)

    adalah orang yang mula-mula mengajar tentang lautan di dunia dan memulakan

    lukisan peta dengan menggunakan garis bujur dan garis lintang. Ptolemy, seorang

    ahli astronomi Mesir-Yunani yang bertugas di Perpustakaan Iskandariah, Mesir dari

    tahun 127 hingga 150M telah mengumpulkan pelbagai ilmu Yunani tentang Geografi

    bagi menghasilkan peta dunia yang terbaik sehingga abad ke-15. Selepas pelayaran

    Kapten Cook (1780) ke Hawaii barulah peta dunia yang lebih sempurna dihasilkan

    ( pada abad ke-18).

    Penjelajahan dan penerokaan juga telah mengembangkan ilmu pelayaran. Orang

    Rom belajar membuat kapal berdasarkan bangkai kapal orang Phoenicia. Orang

    Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang terpakar di Mediterranean dan

    telah menubuhkan koloni di seluruh kawasan Mediterranean pada abad ke-8.SM.

    Pada abad ke-15, Putera Henry (1394-1460)yang terkenal dengan jolokan Henry

    Pelayar ( Henry the Navigator) telah menubuhkan sebuah sekolah pelayaran yang

    masyhur di Sagres, Portugal. Di akademi tersebut beliau mengumpulkan kemahiranahli pelayaran, ahli geografi, pembuat peta, ahli astronomi dan pembina bot. Beliau

    menganjurkan beberapa ekspedisi Portugis ke timur walaupun beliau sendiri tidak

    pernah menyertai pelayaran-pelayaran yang dianjurkannya itu. Ekoran usaha

    beliau, sekolah-sekolah pelayaran telah ditubuhkan di tempat-tempatlain di

    Eropah.Berkait dengan penjelajahan dan penerokaan melalui laut, pelbagai jenis

    alat pandu arah digunakan dengan luasnya pada abad ke-15 seperti kompas, alat

    bahagi, jam pasir, carta bintang dan jadual. Sesiku laut pula digunakan untuk

    mengukur sudut matahari bagi mengira latitud kapal.

    All The Best