teks ucapan ybm pawe perak - kpwkm.gov.my yb... · yang tinggi pengerusi dan jawatankuasa, akhirnya...
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN
YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
LAWATAN YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)
PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) PERAK
PADA :
28 OKTOBER 2015 (RABU)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia
1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita semua
hadir ke majlis yang sangat bermakna pada petang ini di Pusat
Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Ipoh, Perak.
2. Sebelum saya meneruskan ucapan, izinkan saya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Jawatankuasa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Ipoh, Perak
di bawah kepimpinan Dato’ Tan Lian Hoe, Pengerusi Pawe UTC
kerana menerima kehadiran saya dan rombongan untuk melawat
PAWE pada hari ini. Ucapan tanhiah saya sekali lagi kepada PAWE
UTC Perak kerana Berjaya merangkul anugerah PAWE paling aktif
sempena Hari Warga Emas baru-baru ini. Terima kasih juga
kepada Jabatan-jabatan kerajaan dan NGO yang hadir bersama-
sama pada petang ini. Kehadiran pihak tuan-puan ini
menunjukkan sokongan serta penyataan hubungan kerja yang
amat erat serta terjalin kepada PAWE UTC Perak disamping
menghebahkan serta mempromosikan program-program yang
menjurus kepada kepentingan kumpulan sasar jabatan secara
khususnya warga emas dan kementerian amnya.
Malaysia Bakal Berstatus Negara Tua
3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunjurkan bahawa
Malaysia akan mengalami status Negara Tua (aged nation) pada
tahun 2030 apabila penduduk yang berumur 60 tahun ke atas
mencecah 15 peratus dari keseluruhan populasi. Pada ketika itu,
penduduk negera akan mencapai 35.3 juta orang, yang mana 5.3
juta orang merupakan warga emas. Justeru, Malaysia akan
menjadi sebuah negara tua menjelang Rancangan Malaysia ke-
14.
4. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu bersiap sedia mulai
sekarang untuk menghadapi fenomena penuaan penduduk di
negara ini. Menyedari hakikat ini serta keperluan semasa dan
cabaran masa hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) mengambil inisiatif untuk
mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara yang digubal pada
Tahun 1995 dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang
dirangka pada Tahun 1998.
5. Selaras dengan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan
Tindakan Warga Emas Negara, salah satunya adalah pewujudan
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). PAWE merupakan satu
perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan
pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan
kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang
lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) program sokongan
sosial atau pengintegrasian warga emas bersama ahli keluarga
dan masyarakat setempat. Ia juga merupakan pusat pertemuan
untuk warga emas menjalankan aktiviti dan seterusnya dapat
menghindarkan warga emas daripada kesunyian.
Peranan PAWE
Ybhg. Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan,
8. Kewujudan PAWE kini difokuskan kepada komuniti setempat
serta turut dibuka kepada semua warga emas dalam masyarakat
sekitar bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk
menjalani pelbagai aktiviti di dalam PAWE, sekaligus
memperkasakan warga emas di bawah Ekonomic Empowerment
Programme (EEP) bagi memberi peluang kepada mereka
melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi seterusnya dapat
membantu menjana ekonomi mereka.
9. Jabatan juga akan menekankan perluasan Program
Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan usahasama institusi-
institusi pendidikan dan penglibatan pelajar sekolah yang
berhampiran agar dapat membantu warga emas dalam
mempertingkatkan pengetahuan sebagai persediaan mereka di
hari tua.
10. Selain itu,menerusi perancangan masa depan PAWE,
kerajaan bercadang untuk mewujudkan 222 buah PAWE iaitu
sekurang-kurangnya 1 PAWE di setiap kawasan parlimen bagi
memberi ruang kepada seluruh warga emas di setiap daerah
merasai kemudahan dan aktiviti yang di sediakan kepada
mereka.
PAWE Perak
Ybhg. Dato’, tuan-tuan dan puan-puan,
11. Saya dimaklumkan bahawa di negeri Perak mempunyai 2
buah pusat PAWE iaitu di Tanjung Malim dan UTC Perak.
Difahamkan PAWE UTC Ipoh Perak ini di bawah kepimpinan Dato’
Tan Lian Hoe sebagai Pengerusi PAWE bersama ahli jawatankuasa
telah dikendalikan dengan baik dan sangat aktif sejak dilantik
pada Bulan Ogos tahun lalu.
12. Pelbagai aktiviti dan kemudahan warga emas telah
dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak kerajaan dan sektor
swasta. PAWE UTC Ipoh Perak mendapat sambutan yang sangat
baik dan diluar jangka di kalangan golongan warga emas di
sekitar Ipoh. Bukan itu sahaja, dimaklum pihak Jawatankuasa
PAWE mempunyai perancangan yang lebih besar di masa
hadapan demi menjadikan PAWE UTC Perak adalah antara PAWE
yang terbaik dan memberi manfaat kepada warga emas selaras
dengan objektif penubuhannya. Dengan usaha dan komitmen
yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti
Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai
PAWE Cemerlang Tahun 2015 dalam Sambutan Hari Warga Emas
dan Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru pada 3
Oktober 2015 yang lalu. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah sekali
lagi kepada Dato’ Tan dan ahli jawatankuasanya kerana berjaya
mengemudikan PAWE ini dengan begitu cemerlang sekali.
13. Diharap kerjasama dan kesungguhan Jawatankuasa ini
bersama Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Perak dapat diteruskan dan dipertingkatkan
pencapaian yang lebih tinggi demi kebajikan dan kesejahteraan.
Penutup
14. Sebagai kesimpulan, kesejahteraan sosial dan pembangunan
yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa ini adalah hasil
titik peluh dan usaha gigih generasi terdahulu yang kini menjadi
warga emas. Sehubungan itu, adalah menjadi obligasi sosial dan
komitmen Kerajaan dengan kerjasama NGO/sektor swasta untuk
menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan
bagi membolehkan warga emas kita menua secara aktif,
produktif dan sihat.
Sekian, wabillahittaufik, Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.