teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

19
1 TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MAJLIS ANUGERAH TAWARAN BAHARU KEPADA GURU BESAR 2014 12 MEI 2015

Upload: chon-seong-hoo

Post on 20-Jul-2015

95 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

1

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN

MAJLIS ANUGERAH TAWARAN BAHARU KEPADA GURU BESAR 2014

12 MEI 2015

Page 2: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh

Menteri Pendidikan 11

Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching

Timbalan Menteri Pendidikan

Yang Berhormat P. Kamalanathan P Panchanathan

Timbalan Menteri Pendidikan II

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Y. Bhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusuf

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

3

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,

Barisan pengurusan tertinggi Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

Para penerima anugerah tawaran baharu, guru-guru

serta para hadirin dan hadirat yang dihormati

sekalian.

1. Alhamdulillah, dengan segala puji dan syukur kita

panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas

limpah kurnia dan inayah-Nya, dapat kita bertemu

sekali lagi dalam Majlis Anugerah Tawaran Baharu

Kepada Guru Besar bagi tahun 2014. Majlis kali

kelima ini bertujuan untuk meraikan guru besar

yang telah berjaya mencapai sasaran

Page 4: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

4

kecemerlangan di bawah Bidang Keberhasilan

Utama Negara NKRA Pendidikan.

2. Saya amat berbesar hati kerana pada hari ini

saya sekali lagi berkesempatan untuk bersama-

sama dengan guru besar yang telah berjaya

membawa kejayaan kepada sekolah masing-

masing. Saya bersyukur walaupun didalam

keadaan ekonomi global yang tidak menentu,

kerajaan negara ini masih berupaya menepati

janji untuk memberi imbuhan kepada sekolah

seperti yang dinyatakan dalam Bidang

Keberhasilan Utama Negara khususnya sub

NKRA Pendidikan.

Page 5: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

5

Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,

3. Sama ada kita sedar atau tidak, Gelombang 1,

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2015 akan berakhir pada

penghujung tahun 2015 ini. Fokus pertama

Gelombang 1 PPPM adalah untuk mengukuhkan

asas dalam pendidikan dan lonjakan prestasi.

Sekiranya diimbas bagi Gelombang 1 bagi

2013, lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia

telah menunjukkan pencapaian yang positif.

Bagi akses; enrolmen prasekolah telah

mencapai 81.7 peratus manakala pendidikan

vokasional mencapai 4.6 peratus. Bagi kualiti;

Page 6: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

6

LINUS Bahasa Malaysia dan Numerasi murid

Tahun 3 mencapai 99 peratus manakala LINUS

Bahasa Inggeris Tahun 1 menunjukkan

peningkatan dari 50 peratus ke 63 peratus.

4. Bagi ekuiti; negeri Kedah dan Sabah mencapai

peningkatan tertinggi dalam UPSR, PMR dan

SPM. Selain itu, 9.6 peratus murid

berkeperluan khas belajar bersama-sama murid

sekolah arus perdana. Bagi perpaduan, RIMUP

dilaksanakan di 20 peratus sekolah rendah

manakala Indeks Perpaduan dalam kalangan

murid dan guru sedang dibangunkan. Akhirnya

bagi kecekapan; 251 jawatan kepimpinan

Page 7: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

7

utama di JPN dan PPD telah diprofilkan. Selain

itu pembaikan kritikal selesai bagi 1,693 projek

sekolah. Susulan ini, saya yakin banyak lagi hasil

yang telah tercapai bagi tahun 2014 yang akan

diumumkan tidak lama lagi, inshaAllah.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,

5. Guru Besar yang berjaya menerima Bayaran

Intensif Tawaran Baharu (BITB) ini adalah Guru

Besar yang semestinya mengamalkan

pendekatan transformational leadership.

Tranformasi melibatkan perubahan

fundemental iaitu cara organisasi

Page 8: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

8

melaksanakan tugasnya dan karakter dalam

organisasi tersebut; dalam konteks ini

organisasi sekolah. Tuan puan diyakini telah

berjaya mengurus sekolah bagi mencapai ke

arah pembelajaran masa depan dan untuk

menjadikan yang mustahil kepada realiti

ataupun to make the impossible possible.

6. Dalam tempoh empat tahun pelaksanaan TBGB

bagi sekolah rendah, kerajaan telah

membelanjakan RM69.6juta sebagai insentif

kepada 2,014 orang guru besar, 59,166 orang

guru dan 7,886 orang anggota kumpulan

pelaksana. Pelbagai anugerah yang disediakan

Page 9: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

9

oleh KPM seperti BITB ini yang disediakan

setiap tahun sewajarnya menggambarkan

adanya usaha yang bersungguh dalam kalangan

sekolah untuk mencapai kecemerlangan.

Namun, pada hakikatnya adakah sekolah kita

telah bersedia menghadapi cabaran dunia

pendidikan yang semakin rencam ini? Saya

penuh yakin kejayaan sesebuah sekolah bukan

setakat pencapaian akademik sahaja namun

kemenjadian murid yang menyeluruh yang

sepatutnya dilihat semula oleh sekolah. Saya

difahamkan KPM pada masa ini sedang

merangka indeks kemenjadian murid bagi

mengukur pencapaian enam ciri utama murid

Page 10: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

10

dari segi pengetahuan, kemahiran berfikir,

memimpin, dwibahasa, beretika dan kerohanian

dan yang akhirnya beridentiti nasional.

7. Suka saya memetik titah ucapan Ke bawah Duli

Sultan Perak baru-baru ini yang menyatakan

“kemajuan sesebuah negara bergantung pada

warga yang mengamalkan disiplin yang tinggi,

kesusilaan yang terpuji, beradab sopan terhadap

negara dan menghormati lambang kedaulatan

negara. Kita tidak mahu lahirnya modal insan

yang “ buta huruf terhadap sejarah negaranya,

cetek tentang tamadun bangsanya, berminda

budaya pelarian, minda yang terapung-apung

Page 11: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

11

dan minda yang tiada ada akar budaya lalu

melanggar adab dan menyisihkan adat”

Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,

8. Terdapat beberapa syarat dan kelayakan BITB

yang telah ditambah baik. Antaranya sekolah

yang dicalonkan mestilah mengekalkan

pencapaian atau menunjukkan peningkatan

berbanding tahun sebelumnya bagi sekolah

yang telah menerima BITB. Pada tahun 2014,

kita mendapati ada sebilangan sekolah yang

pernah menerima BITB pada tahun-tahun

sebelumnya telah gagal mengekalkan skor

Page 12: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

12

komposit masing-masing. Dalam hal ini,

sekolah mesti membuktikan mereka mampu

mengekal atau meningkatkan GPS dan skor

komposit sekolah masing-masing sebelum layak

dicalonkan.

9. Tawaran Baharu Guru Besar ini telah memasuki

pusingan yang kelima. KPM pada masa ini

sedang meneliti semula program ini secara

keseluruhan supaya bersesuaian dengan

perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Saya sebentar tadi telah menyentuh berkaitan

matlamat mendidik pelajar holistik. Dalam hal

ini saya berpandangan bahawa kombinasi skor

Page 13: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

13

komposit 70 peratus untuk GPS berdasarkan

peperiksaaan dan 30 peratus berdasarkan

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

adalah kurang sesuai. Oleh kerana SKPM

merupakan satu-satunya indikator mengukur

kemajuan sekolah dan kemenjadian murid, saya

mengesyorkan supaya pemberatan kepada

SKPM ditingkatkan kepada 50 peratus.

10. Bagi penerima anugerah yang telah mendapat

BITB lebih dari tiga kali wajar juga mereka ini

dipertimbangkan untuk membangunkan

sekolah-sekolah baru yang lain. Saya percaya

suntikan pengalaman dan kepakaran tuan puan

Page 14: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

14

di sekolah sedia ada, boleh membantu lebih

banyak lagi sekolah lain untuk menerima

anugerah BITB ini pada masa-masa akan datang.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,

11. Bagi tahun 2014, dari 7,709 buah sekolah

rendah seluruh negara sebanyak 673 buah

sekolah telah diverifikasi oleh Jemaah Nazir dan

Jaminan Kualiti, Bahagian Pembangunan

Sumber Manusia, Bahagian Audit Sekolah dan

Unit Integriti. Dari jumlah berkaitan, sebanyak

264 atau 39.23 peratus telah melepasi semua

syarat tapisan yang ditetapkan. Dari bilangan di

Page 15: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

15

atas, 193 sekolah atau 73.11 peratus

merupakan sekolah yang berada di luar

bandar. Usaha kerajaan untuk merapatkan

jurang dan menyamaratakan peluang

pendidikan berkualiti antara bandar dan luar

bandar nampaknya telah membuahkan hasil.

12. Pada hari ini kita meraikan 264 orang guru

besar yang akan menerima BITB dalam majlis

ini. Saya juga mengambil kesempatan di sini

merakamkan syabas dan tahniah kepada 12

guru besar yang telah lima kali menerima

BITB ini. Di peringkat negeri pula, Sarawak

merupakan penerima BITB teramai iaitu

Page 16: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

16

sebanyak 60 sekolah diikuti oleh negeri Johor

sebanyak 32 sekolah dan Perak dan Terengganu

sebanyak 27 sekolah.

13. Suka juga saya menyentuh di sini berkaitan

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sehingga kini

terdapat 64 buah SBT rendah di seluruh negara

dan bilangan yang diverifikasi sebanyak 31

buah sahaja kerana skor komposit yang

menurun. Nampaknya pada tahun 2014, hanya

21 buah saja SBT berjaya menerima TBGB.

Sehubungan ini, saya menyeru supaya sekolah-

sekolah SBT terus berusaha mengekalkan

Page 17: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

17

kecemerlangan seiring dengan status berprestij

sekolah masing-masing.

14. Pada hari ini, kerajaan akan membelanjakan

hampir RM10 juta sebagai ganjaran kepada

tuan-tuan dan puan-puan, guru-guru serta

kakitangan sokongan yang memenuhi syarat di

sekolah masing-masing. Dijangkakan hampir

lapan ribu warga pendidikan dan kakitangan

peringkat sekolah rendah akan mendapat

manfaat daripada Bayaran Insentif Tawaran

Baru ini.

Page 18: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

18

15. Saya ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat dalam menjayakan

penganugerahan Tawaran Baharu ini

terutamanya kepada Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti (JNJK) selaku urus setia Tawaran Baharu

yang telah melaksanakan verifikasi serta

penilaian ke atas sekolah yang layak. Tidak

dilupakan juga bahagian-bahagian lain di

Kementerian Pendikan Malaysia (KPM), Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) atas segala usaha

yang telah dilakukan untuk mendorong sekolah

ke arah kecemerlangan.

Page 19: Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar 2014

19

16. Saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah dan syabas kepada semua guru besar

yang berjaya menerima Anugerah Tawaran

Baharu bagi Tahun 2014.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.