teks ucapan ketua murid sempena majlis perpisahan guru praktikal skss 2014

2
TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKAL SKSS 2014 Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan CIKGU SASIKALA ANAK PEREMPUAN T.SIVAM DAN CIKGU SIVAKAMI ANAK PEREMPUAN GANESAN , Yang berusaha GPK Pentadbiran, En Mohamad Baharudin Bin Hj Tahir,GPK Kokurikulum, Ustaz Mohd Fathi bin Misran, Guru- Cemerlang, guru-guru,serta hadirin warga dewan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Hadirin Warga Dewan yang Dihormati, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan dua orang guru praktikal yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Cikgu Sivakami dan Cikgu Sasikala bukan sahaja sebagai seorang cikgu tetapi ibarat seorang kakak dalam sebuah keluarga besar SK Seri Separap. Hadirin yang Dihormati, Cikgu-cikgu praktikal bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan pelajar. Cikgu Sivakami dan Cikgu Sasikala juga guru yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajar. Sikap mereka yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SK Seri Separap. Sebagai seorang murid, saya berasa bangga dan terharu apabila mendapat tahu mereka sanggup bersama-sama dengan murid tahun 6

Upload: mohamad-zahari-abu-bakar

Post on 26-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

UCAPAN MURID

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Ketua Murid Sempena Majlis Perpisahan Guru Praktikal Skss 2014

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKAL SKSS 2014

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan CIKGU SASIKALA ANAK PEREMPUAN T.SIVAM DAN CIKGU SIVAKAMI ANAK PEREMPUAN GANESAN , Yang berusaha GPK Pentadbiran, En Mohamad Baharudin Bin Hj Tahir,GPK Kokurikulum, Ustaz Mohd Fathi bin Misran, Guru- Cemerlang, guru-guru,serta hadirin warga dewan yang dikasihi sekalian.

     Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin Warga Dewan yang Dihormati,

     Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan dua orang guru praktikal yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Cikgu Sivakami dan Cikgu Sasikala bukan sahaja sebagai seorang cikgu tetapi ibarat seorang kakak dalam sebuah keluarga besar SK Seri Separap.

Hadirin yang Dihormati,

    Cikgu-cikgu praktikal bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan pelajar. Cikgu Sivakami dan Cikgu Sasikala juga guru yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajar. Sikap mereka yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SK Seri Separap. Sebagai seorang murid,  saya berasa bangga dan terharu apabila mendapat tahu mereka sanggup bersama-sama dengan murid tahun 6 semasa mengendalikan aktiviti riadah dalam perkampungan Ilmiah Murid Tahun 6 yang berlangsung pada seminggu yang lalu.

Warga Dewan yang Dikasihi,

     Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Seri Separap merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Sivakami dan Cikgu Sasikala yang tidak pernah mengenal erti jemu mencurah ilmu di sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami murid-murid SK Seri Separap. Semoga cikgu-cikgu akan terus mengekalkan usaha-usaha murni cikgu dalam membentuk sahsiah diri yang mulia kepada para murid pada masa akan datang..

Page 2: Teks Ucapan Ketua Murid Sempena Majlis Perpisahan Guru Praktikal Skss 2014

     Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,  yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun,  yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.

    

          Pulau Pandan jauh ke tengah,          Gunung Daik bercabang tiga;          Hancur badan dikandung tanah,          Budi yang baik dikenang jua.

          Tuai padi antara masak,          Esok jangan layu-layuan;          Intai kami antara nampak,          Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian, wabillaitau fik wal hidaya…

Assalamualaikum wbkth