teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua ... · teks ucapan dato' sri zainal...

19
TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH MAMPU PERASMIAN SEMINAR GALERI APLIKASI MUDAH ALIH KERAJAAN (GAMMA) TEMA MOBILITI, GAYA HIDUP PINTARATAU MOBILITY, SMART LIFESTYLE17 FEBRUARI 2016 (RABU) SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PEJABAT LAMA), JALAN IMPACT, CYBERJAYA

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

74 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

TEKS UCAPAN

DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH MAMPU

PERASMIAN SEMINAR GALERI APLIKASI MUDAH ALIH KERAJAAN

(GAMMA)

TEMA “MOBILITI, GAYA HIDUP PINTAR”

ATAU “MOBILITY, SMART LIFESTYLE”

17 FEBRUARI 2016 (RABU)

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PEJABAT

LAMA), JALAN IMPACT, CYBERJAYA

Page 2: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

1

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,

Salam “1Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”,

Salam Sehati Sejiwa.

Yang Dihormati Saudara/saudari

Pengacara Majlis

Yang Berusaha

Dr. Aizi Razman bin Ismail,

Timbalan Ketua Pengarah

(Transformasi & Pemodenan

Pengurusan) MAMPU;

Page 3: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

2

Yang Berusaha

Dr. Suhazimah binti Dzazali,

Timbalan Ketua Pengarah (Teknologi

Maklumat dan Komunikasi - ICT)

MAMPU;

Yang Berusaha

En Adrian bin Abdul Ghani,

Pengarah Kanan

Bahagian Perkhidmatan Digital Dan

Landasan Data

Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM),

Page 4: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

3

Yang Berusaha

En Roosly bin Abu Hashim

Ketua Pegawai Eksekutif

DAPAT Vista (M) Sdn Bhd

Ketua-Ketua Pegawai Maklumat atau

Chief Information Officer (CIO) dan

Pengurus ICT dari agensi-agensi

Kerajaan

Yang diraikan barisan penerima

Anugerah penghargaan GAMMA, dan

pemenang-pemenang APPGENATION

Page 5: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

4

YBhg. Datuk-Datuk /Dato’-Dato’/ Datin-

Datin/ YBrs. Dr./ Tuan-Tuan dan Puan-

Puan yang saya hormati sekalian

1. Alhamdulillah, syukur kita ke

hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-

Nya kita dapat bersama-sama

melaksanakan Seminar Aplikasi

Mudah Alih Kerajaan atau ringkasnya

GAMMA yang bertemakan “Mobiliti,

Gaya Hidup Pintar” atau “Mobility,

Smart Lifestyle” yang julung kalinya

diadakan pada hari ini. Saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Pengerusi

Suruhanjaya Komunikasi dan

Page 6: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

5

Multimedia Malaysia (SKMM), YBhg.

Dato’ Sri Dr. Halim Shafie atas

kerjasama yang diberikan pihak SKMM

bagi menjayakan seminar ini sebagai

tanda sokongan terhadap transformasi

perkhidmatan digital kerajaan yang

dilaksanakan oleh MAMPU.

2. Saya ingin mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah dan syabas

kepada pegawai-pegawai MAMPU

atas inisiatif menganjurkan seminar ini.

Sesungguhnya seminar ini merupakan

satu platform yang terbaik bagi semua

rakan strategik untuk berkongsi idea

dan strategi mempergiatkan

Page 7: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

6

pembangunan aplikasi mudah alih

kerajaan bagi meningkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan kerajaan.

3. Sinergi daripada seminar ini

akan mencetuskan pelbagai idea dan

inisiatif baharu berimpak tinggi yang

memberi manfaat kepada seluruh

pihak dalam memantapkan sistem

penyampaian perkhidmatan di Sektor

Awam. Oleh itu, saya ingin

menzahirkan penghargaan kepada

semua pembentang dan ahli panel

yang terlibat dalam pembentangan dan

sesi perbincangan panel nanti.

Page 8: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

7

Hadirin yang dihormati sekalian,

PENGENALAN

4. Perkhidmatan Kerajaan melalui

telefon mudah alih dengan

menggunakan gerbang perkhidmatan

Kerajaan telah diperkenalkan sejak

2008 dengan inisiatif mySMS 15888.

Seterusnya pada 2011, inisistif myGov

Mobile diperkenalkan yang

merangkumi perkhidmatan mySMS,

myMMS, myUSSD, myPay dan

myApp. Sehingga kini, sebanyak 396

Agensi telah menggunakan gerbang-

gerbang di myGov Mobile dengan

Page 9: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

8

menyediakan lebih 4,000

perkhidmatan melalui telefon mudah

alih.

5. Statistik yang dikeluarkan oleh

SKMM melalui Buku Maklumat Statistik

Komunikasi dan Media Q2 2015

menyatakan bahawa, kadar

penembusan internet adalah 70%

daripada 30.49 juta penduduk

Malaysia. Seramai lebih 22 juta rakyat

melanggan perkhidmatan 3G, malah

kadar penembusan telefon mudah alih

mencapai 144.8%. (rakyat mempunyai

satu atau lebih telefon mudah alih).

Page 10: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

9

6. Menurut sumber Mindshare

Research pula, peratus akses ke

internet melalui telefon pintar dan tablet

berbanding akses melalui desktop atau

komputer riba adalah 64% nisbah 36%

(64%:36%)

7. Menyedari perkembangan

teknologi dan penggunaan ‘Smart

Phone’ ini, Kerajaan sedang

menambah bilangan sistem

penyampaian perkhidmatan,

khususnya pembangunan aplikasi-

aplikasi mudah alih dan aplikasi

pembayaran melalui telefon mudah

alih. Seterusnya, Kerajaan

Page 11: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

10

menyediakan satu Galeri Aplikasi

Mudah Alih Kerajaan Malaysia

(GAMMA) iaitu sebuah galeri berpusat

dan sahih bagi semua aplikasi mudah

alih yang dibangunkan oleh agensi

Kerajaan. Ini adalah untuk

memudahkan rakyat memuat turun

aplikasi yang diperlukan. Sekiranya

Galeri ini tidak diwujudkan, rakyat perlu

mencari aplikasi yang diperlukan dari

google playstore, iOS Store atau

windows store yang mungkin tidak

pasti kesahihannya. GAMMA telah

dilancarkan pada 8 Oktober 2015 di

Forum Dan Wadah Perkhidmatan

Page 12: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

11

Digital Kerajaan 2015 oleh YBhg. Tan

Sri Ketua Setiausaha Negara.

8. Kerajaan turut menyediakan

Aplikasi App Generator (atau

ringkasnya App Gen) yang merupakan

tools atau alat pembangunan aplikasi

untuk memudahkan pembangunan

aplikasi mudah alih oleh agensi

kerajaan. Dengan menggunakan

AppGen, aplikasi mudah alih dapat

dibangunkan dengan mudah dan

pantas dengan tujuan supaya pihak

agensi boleh membangunkan sendiri

aplikasi-aplikasi mudah alih. Selain itu,

lebih banyak aplikasi mobil yang

Page 13: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

12

menyokong sistem penyampaian

perkhidmatan awam dapat dibina

melalui pengaplikasian Data Terbuka

Sektor Awam secara secara co-

creation dengan komuniti umum atau

industri selain pihak sektor awam.

9. Sehingga kini, sebanyak 66

aplikasi telah berjaya didaftarkan ke

portal GAMMA. Daripada jumlah ini

sebanyak 32 aplikasi mudah alih

dibangunkan dengan kerjasama

MAMPU manakala 34 aplikasi lagi

dibangunkan oleh agensi. Tahniah

diucapkan kepada agensi yang terlibat.

Masih ada lagi aplikasi yang

Page 14: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

13

dibangunkan oleh agensi yang belum

dimuat naik ke GAMMA. Mana-mana

agensi yang telah membangunkan

aplikasi mudah alih dan belum dimuat

naik ke GAMMA boleh berbuat

demikian dengan menghubungi pihak

MAMPU.

PERTANDINGAN 24 JAM

MEMBANGUNKAN APLIKASI

MUDAH ALIH KERAJAAN

10. Sebagai usaha untuk

menggalakkan penggunaan App Gen

di kalangan agensi Kerajaan, MAMPU

telah menganjurkan pertandingan 24

Page 15: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

14

jam membangunkan aplikasi mudah

alih menggunakan App Gen atau

ringkasnya APPGENATION. Sambutan

yang diterima amatlah menggalakan.

Seramai 40 kumpulan telah berjaya

menyertai pertandingan ini. Tahniah

diucapkan kepada pemenang–

pemenang yang berjaya

membangunkan aplikasi dalam tempoh

yang diberikan. Adalah menjadi hasrat

MAMPU untuk mengadakan

pertandingan ini sebagai acara

tahunan sekiranya bersesuaian.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 16: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

15

AMANAT GCIO – FOKUS 2016 DAN

HALATUJU RMKE-11

11. Kerajaan telah melaksanakan

pelbagai usaha bagi

mengarusperdanakan transformasi

digital Sektor Awam ke arah

pemerkasaan sistem penyampaian

perkhidmatan yang efsien, inovatif dan

berkualiti. Dalam senario global,

kebanyakan negara maju telah

mengambil langkah untuk memperbaiki

inisiatif-inisiatif Sektor Awam ke arah

E-Government dengan memberi

penekanan kepada infrastruktur ICT

dan Kerajaan 3.0 berteraskan cloud

Page 17: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

16

computing dan Green ICT.

12. RMKe-11 akan memberi tumpuan

dalam ICT untuk mentrasformasi

perkhidmatan awam bagi

meningkatkan produktiviti. Lima (5)

bidang fokus yang akan diberi tumpuan

adalah mempertingkatkan

penyampaian perkhidmatan dengan

mengutamakan rakyat,

merasionalisasikan institusi sektor

awam untuk meningkatkan produktiviti

dan prestasi, memperkukuh

pengurusan bakat untuk perkhidmatan

awam masa hadapan,

mempertingkatkan pengurusan projek

Page 18: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

17

untuk menghasilkan outcome yang

bersifat value added serta

memanfaatkan pihak berkuasa

tempatan bagi menyediakan

perkhidmatan yang berkualiti.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PENUTUP

13. Adala diharapkan seminar ini

dapat mencapai matlamat untuk

perkongsian maklumat

memperbanyakkan pembangunan

aplikasi mudah alih kerajaan dan

seterusnya meningkatkan sistem

Page 19: TEKS UCAPAN DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA ... · teks ucapan dato' sri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perasmian seminar galeri aplikasi mudah alih kerajaan (gamma)

18

penyampaian perkhidmatan awam.

14. Maka, dengan lafaz

Bismillahirahmanirahim saya dengan

rasa sukacita merasmikan Seminar

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan

(GAMMA).

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wasalam

mualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Terima kasih.