teks syarahan

3
Faedah menabung 储储储储储 Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Faedah Menabung’. Hadirin sekalian, Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh menyimpan wang di bank . Kita boleh menggunakan wang itu untuk pelbagai perkara yang penting. 储储储储储储储储储 () Hadirin sekalian, Menabung dapat memupuk amalan berjimat- cermat.Kita tidak akan membelanjakan wang sesuka hati.Kita boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah seperti bag sekolah,buku dan sebagainya. () Selain itu,menabung dapat mengelakkan pembaziran.Kita hanya membelanjakan wang setelah membuat perancangan. Contohnya, berfikir masak-masak sebelum membeli sesuatu. 储储 (、) Hadiri sekalian, Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan untuk membantu orang yang mengalami kesusahan. Kita juga boleh meminjamkan wang kepada adik untuk membeli buku. ()

Upload: eugyne-jie-ying

Post on 16-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

*Sasaran pelajar GALUS

TRANSCRIPT

Faedah menabungYang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Faedah Menabung.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh menyimpan wang di bank . Kita boleh menggunakan wang itu untuk pelbagai perkara yang penting.

Hadirinsekalian,

Menabung dapat memupuk amalan berjimat-cermat.Kita tidak akan membelanjakan wang sesuka hati.Kita boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah seperti bag sekolah,buku dan sebagainya.

Selain itu,menabung dapat mengelakkan pembaziran.Kita hanya membelanjakan wang setelah membuat perancangan. Contohnya, berfikir masak-masak sebelum membeli sesuatu.

Hadirisekalian,

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan untuk membantu orang yang mengalami kesusahan. Kita juga boleh meminjamkan wang kepada adik untuk membeli buku.

Setakat ini sahajalah syarahan saya . Akhir sekali, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya rajin menabung untuk masa hadapan.Sekian, Terima kasih.Kebaikan BersukanYang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Kebaikan Bersukan.

Hadirin sekalian,

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Kerajaan menggalakkan rakyat sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.

Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan.Aktiviti bersukan dapat menjadian badan kita sihat dan cergas.Contohnya,berbasikal,bermain badminton dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, bersukan dapat mengeratkan hubungan sesama rakan. Kita dapat bersukan bersama rakan selepas waktu sekolah.

Bersukan juga dapat mengisi masa lapang. Dengan ini,kita tidak akan membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Di samping itu, kita juga boleh mengharumkan nama sekolah dengan bersukan.Kita boleh mewakili sekolah untuk bertanding dan menambah pengalaman.

Setakat ini sahajalah syarahan saya . Akhir sekali, saya menyeru kepada rakan-rakan agar sentiasa bersukan.

Sekian,terima kasih.