teks perutusan amanat tahun baru 2016 ketua … filealhamdulillah, syukur kita ke hadrat allah...

22
1 TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN Oleh YBHG DATUK SR AHMAD FAUZI BIN NORDIN Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia 26 Januari 2016

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

1

TEKS PERUTUSAN AMANAT

TAHUN BARU 2016

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN

Oleh

YBHG DATUK SR AHMAD FAUZI BIN NORDIN

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

26 Januari 2016

Page 2: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

2

Terima kasih Pengacara Majlis

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

YBhg. Dato’ Hasan Bin Jamil Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan I YBhg. Dato’ Mohd Noor Bin Isa Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan II

Y. Berusaha Tuan Haji Che Roslan Bin Che Daud Setiausaha Bahagian (Tanah, Ukur dan Pemetaan) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian

Pengarah-Pengarah Ukur Negeri

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai Kader

Pengerusi dan Ahli-Ahli MBJ

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,dan Salam Sejahtera

Page 3: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

3

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah

kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat tahun

2016.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada

semua yang datang dari jauh dan dekat untuk hadir ke majlis ini. Juga, saya

rasa tak terlalu lewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua

warga JUPEM; semoga permulaan tahun 2016 ini akan memberi keazaman dan

semangat yang lebih kental kepada kita semua.

Sehubungan itu sama-sama lah kita berdoa supaya sepanjang tahun 2016

ini kita diberkati dengan kekuatan mental dan fizikal serta kebijaksanaan untuk

mencapai visi dan misi kita. Dan semoga kita sama-sama dapat bergerak

dengan penuh iltizam untuk mencorak dan memajukan JUPEM demi

kesejahteraan negara.

KENANGAN TAHUN 2015

Kejayaan Jabatan

Hadirin sekalian,

Walaupun kita sudah tinggalkan tahun 2015; tapi ada baiknya juga kita

imbau kembali pencapaian2 dan kejayaan2 yang telah dicatatkan oleh

JUPEM sepanjang tahun 2015, yang boleh dibanggakan oleh semua

warga JUPEM.

Page 4: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

4

Dalam hal ini setelah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Hari Inovasi

1NRE bagi tahun 2014; pada tahun lepas JUPEM telah sekali lagi

memenangi Juara Keseluruhan Hari Inovasi 1NRE bagi tahun 2015.

Jadi, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat.

Secara lebih terperinci kemenangan2 yang diraih oleh JUPEM adalah:

i. Pertamanya, Johan Pertandingan Logo Transformasi 1NRE.

ii. Kedua, Johan Pertandingan Filem Pendek

iii. Ketiga, Johan Pertandingan Simfoni Seni 1NRE – oleh Kumpulan

JUPEM Performing Art Group

iv. Keempat, Johan Pertandingan Inovasi 1NRE, yang dimenangi oleh

Kumpulan Mutiara Millenium daripada JUPEM Pulau Pinang.

v. Kemenangan Kelima, Johan KIK Kategori Teknikal, yang

dimenangi oleh Kumpulan Geliga, JUPEM Terengganu.

vi. Seterusnya, Naib Johan KIK Kategori Pengurusan, yang dimenangi

oleh Kumpulan Arco Iris, Bahagian Pemetaan Utiliti.

Justeru kesemua kemenangan ini telah menjadikan JUPEM sebagai Juara

Keseluruhan dengan jumlah hadiah kemenangan sebanyak RM21,000.00.

Selain itu, satu lagi bentuk kejayaan yang dicapai adalah daripada segi

anugerah atau pengiktirafan yang diterima. Dalam hal ini kita turut

berbangga dan berbesar hati dengan beberapa pencapaian lain, iaitu:

i. Pertama JUPEM telah memenangi anugerah global dalam kategori

Special Achievement in GIS Awards. Anugerah antarabangsa ini

diperolehi sebagai pengiktirafan terhadap usaha JUPEM yang

menggalakan penggunaan maklumat geospatial melalui projek GDAS

Page 5: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

5

nya. Saya difahamkan bahawa pemilihan JUPEM ini dibuat daripada

lebih 400,000 organisasi di sektor komersial dan awam di seluruh

dunia.

ii. Pencapaian Ke-2.. adalah penerimaan Anugerah Emas, kepada

kumpulan AKRAB JUPEM , yang menjadi pemenang Amalan Terbaik

Akrab, sempena Konvensyen AKRAB Kebangsaan kali ke-6;

iii. Ketiga, pencapaian oleh JUPEM Kedah,yang menerima Anugerah

Emas, sempena Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara, di

Pulau Langkawi, Kedah;

iv. Keempat, ‘Anugerah AKRAB Gemilang’, yang diterima oleh AKRAB

JUPEM, sempena seminar AKRAB Kementerian NRE;

v. Kelima , Anugerah Emas ,yang diterima oleh JUPEM Pahang,

sempena Konvensyen KIK dan Hari Inovasi, Peringkat Negeri Pahang

kali ke-31;

vi. Keenam,. Anugerah Emas Tiga Bintang, yang diterima oleh JUPEM

Kedah, dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan,

bersempena dengan Annual Productivity and Innovation Conference

and Exhibition 2015;

vii. Pencapaian ke-7, adalah tempat ke-3, yang diperolehi oleh JUPEM

Pulau Pinang dalam acara “Cabaran Inovasi Inklusif Peringkat

Kebangsaan Tahun 2015”, yang dianjurkan oleh MOSTI.

Page 6: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

6

viii. Dan akhir sekali, pencapaian2 khusus oleh Bahagian Pemetaan

Topografi Sabah. Ini meliputi penerimaan beberapa anugerah yang

dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, iaitu:

Anugerah Sijil Naziran Cemerlang 2015, kepada Bahagian

Pemetaan Topografi Sabah.

Anugerah Sijil Kecemerlangan Naziran Bersih , kepada Pejabat

Topografi Wilayah Sandakan, dan

Anugerah Sijil Kecemerlangan Naziran dalam Kategori

Sederhana 2015, kepada Pejabat Topografi Wilayah Tawau

Pendek kata mengikut rekod ini adalah penganugerahan terbanyak dan

terbesar yang pernah diterima oleh JUPEM. Jadi, sekali lagi, saya ingin ucapkan

setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat. Semoga

kejayaan sebegini akan menjadi pendorong kepada kita semua bagi mencapai

kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang.

Hadirin sekalian,

Yang saya sebutkan tadi adalah kejayaan berbentuk anugerah dan

pengiktirafan, yang kita telah terima daripada pelbagai pihak luar. Pun

begitu, terdapat juga kejayaan-kejayaan lain yang pada hemat saya turut

bermakna kepada Jabatan. Kejayaan ini adalah dari segi pencapaian2 kita

dalam ikhtiar kita beralih ke landasan baru menuju ke tahap kegemilangan.

Page 7: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

7

Seperti yang telah saya sebutkan dalam amanat tahun lalu, kita

mempunyai masalah untuk memenuhi kehendak dasar ulangkaji peta kita.

Dalam hal ini, kita masih belum dapat mencapai sasaran2 yang kita

tetapkan melalui polisi tersebut walaupun selepas satu setengah dekad

polisi ini diwujudkan. Dan kegagalan menghasilkan data pemetaan yang

kemaskini bukan sahaja menjejaskan imej Jabatan bahkan telah

menimbulkan ketidakpuasan kepada pengguna2 data dan produk kita.

Jadi, dengan sebab itu lah maka saya telah bertekad untuk gunakan

strategi2 baru bagi mengatasi masalah data2 pemetaan kita yang tidak

kemaskini itu. Dan strategi2 yang dirangka ini telah turut ambil kira

pengalaman dan amalan international best practise.

Justeru itu, bagi saya salah satu kejayaan kita adalah dalam memulakan

halatuju baru dalam mengendalikan pemetaan topografi bagi negara kita.

Dalam hal ini kita telahpun atur dan laksanakan beberapa strategi kearah

memperbaiki pendekatan urusan kerja pemetaan kita. Salah satunya

adalah untuk turut melibatkan sektor swasta untuk jalankan kerja ini.

Jadi apa yang telah kita buat adalah dengan mengkontrakkan sebahagian

kerja pemetaan topografi ini kepada pihak luar. Ini telah kita mulakan

pada tahun lepas dengan pengkontrakkan pemetaan pekan dan bandar,

dalam peringkat awal inisiatif ini.

Page 8: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

8

Alhamdulillah usaha ini telah membuahkan hasil yang baik. Umumnya, ia

telah berjaya memendekkan masa sebahagian proses pemetaan dengan

begitu ketara sekali. Dan sehubungan itu, seperti yang telah saya

sebutkan dalam perhimpunan tahun lepas kita akan teruskan lagi strategi

ini untuk tempoh lima tahun lagi di bawah RMK-11, iaitu di bawah projek e-

pemetaan 2.0.

Saya harap dalam jangkamasa yang panjang pendekatan ini akan jadi

“entrenched”, akan berakar umbi dan menjadi sebahagian daripada

amalan pemetaan di negara kita. Dan dalam jangkamasa yang panjang

juga apabila pihak swasta telah mempunyai kompetensi yang lebih tinggi,

kita dapat mengkontrakkan keseluruhan proses pemetaan, daripada

penggambaran udara sehinggalah ke penyediaan data yang berintegriti

untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data topografi kita.

NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY

Hadirin sekalian

Salah satu lagi strategi atau inisiatif bagi meningkatkan prestasi pemetaan,

yang telah kita ikhtiarkan adalah untuk berkerjasama dengan Pihak

Berkuasa Tempatan. Seperti perancangan yang saya maklumkan pada

tahun lepas ini telahpun kita lakukan di bawah strategi lautan biru atau

National Blue Ocean Strategy.

Dalam hal ini saya percaya semua sedar bahawa pembangunan berlaku di

kawasan-kawasan yang berada di bawah kuasa pihak berkuasa tertentu

sebahagian besarnya di bawah Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. Jadi,

mereka inilah yang menjadi punca kepada perubahan fizikal kerana

merekalah yang meluluskan cadangan pembangunan fizikal di tempat

Page 9: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

9

masing2. Dengan itu, wajarlah kita berkerjasama dengan mereka untuk

dapatkan maklumat kelulusan pembangunan dan dalam keadaan tertentu,

juga sepatutnya kita boleh dapatkan data as-built.

Ini seterusnya dapat kita gunakan untuk membuat perancangan kerja

updating kita. Dan dalam keadaan kita memperolehi data as-built daripada

mereka, boleh kita guna terus di dalam mengemaskini pangkalan data

pemetaan di Jabatan. Pada masa yang sama mereka juga boleh dapat

manfaat daripada data pemetaan yang terkini yang boleh kita berikan

kepada mereka dalam perkongsian strategik ini. Jadi, sekiranya ini dapat

dijayakan bererti kita dapat kelak melaksanakan kerja-kerja map updating

kita secara lebih cost effective, secara lebih berkesan.

Jadi, sebagai langkah permulaan JUPEM telahpun mengadakan beberapa

siri lawatan teknikal dan perbincangan dengan Kementerian KPKT dan

Perbadanan Putrajaya, juga Majlis Perbandaran Seremban. Susulan itu,

kita telah sediakan secara bersama deraf Memorandum Persefahaman

dengan Perbadanan Putrajaya dan MoU ini dijangka akan dapat

ditandatangani dalam masa yang terdekat.

Kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya ini sebenarnya merupakan

inisiatif, yang mempunyai lebih daripada satu tujuan. Pertamanya, kita

akan dapat manfaat daripada maklumat mereka untuk kemaskini peta kita

secara berterusan. Kedua, kita sudah mempunyai beneficary utama, iaitu

Perbadanan Putrajaya untuk projek Smart Kadaster Jabatan. Dan ini akan

membolehkan kita menghasilkan outcome yang berbaloi daripada

pelaksanaan projek Smart Kadaster, yang telahpun menelan belanja yang

sangat besar melebehi RM 24 juta.

Page 10: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

10

Walaupun begitu, perlu juga saya ingatkan bahawa yang kita usahakan

dengan Perbadanan Putrajaya ini cuma merupakan satu showcase

sahaja. Jadi, untuk lebih berkesan kita sewajarnyalah turut perluaskan

kerjasama dengan PBT-PBT yang lain. Juga, kita perlu pandang lebih jauh

dan seperti yang telah saya minta sebelum ini diharapkan kertas kerja

dasar yang bersesuaian disediakan supaya kerjasama ini diadakan pada

skala yang lebih besar meliputi semua PBT di seluruh negara.

Hadirin sekalian

Satu lagi strategi untuk tingkatkan prestasi pemetaan yang turut saya

sebutkan pada tahun lepas adalah untuk libatkan JUPEM Negeri bagi turut

sama melaksanakan kerja2 pemetaan topografi di mana bersesuaian.

Dalam hal ini pastinya JUPEM negeri perlulah bersedia dengan

meningkatkan keupayaan masing2 bagi melaksanakan tugas ini.

Sehubungan itu, melalui RMK11, JUPEM negeri akan dilengkapkan

dengan infrastruktur yang bersesuaian, termasuklah perkakasan ICT bagi

menampung keperluan melaksanakan aktiviti tersebut. Penglibatan

JUPEM Negeri khususnya dalam aktiviti mengemaskini peta topografi ini

tentunya akan dapat membantu jabatan dalam mempercepatkan

penghasilan peta topografi yang terkini. Dalam pada itu perlu juga saya

ingatkan bahawa inisiatif ini hanya boleh diambil tanpa membelakangi

keutamaan pertama JUPEM negeri iaitu kepada pelaksanaan kerja2 ukur

hakmilik tanah.

Page 11: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

11

PUSAT KHIDMAT PELANGGAN JUPEM

Hadirin yang dihormati sekalian

Kita patutnya sedar bahawa, wujudnya Jabatan kita ini adalah kerana

adanya pelanggan. Kita tentunya akan jadi tidak relevan dan boleh jadi

jumud, sekiranya tidak ada pelanggan kepada khidmat yang kita berikan

dan produk yang kita hasilkan. Dan sekarang ini terdapat bermacam

ancaman dan cabaran kepada apa yang menjadi core business kita, baik

dari luar negara, mahupun dalam negara. Ini perkara asas yang kita

sentiasa perlu beringat dan perlu berikan perhatian yang berat.

Dalam konteks yang lebih sempit kita semua tahu bahawa ekspektasi

pelanggan terhadap sistem penyampaian kita pada hari ini adalah jauh

lebih tinggi berbanding sebelum ini. Pelanggan sekarang ini mahukan

perkhidmatan yang berkualiti, yang cepat dan juga tepat.

Mereka juga mahukan, persekitaran perkhidmatan yang kondusif, yang

membolehkan mereka berurusan dengan kita, dengan mudah. Jadi, kita

perlulah sentiasa adakan usaha-usaha untuk menyediakan perkhidmatan,

yang boleh memenuhi kehendak mereka. Kearah itu, kita kena lah

tingkatkan komitmen kita untuk berikan khidmat yang lebih baik kepada

mereka dan kita perlu usahakan untuk keluarkan lebih banyak khidmat dan

produk supaya kita ini lebih berguna kepada lebih ramai orang.

Page 12: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

12

Dalam hal ini kita sebenarnya, sudahpun lakukan beberapa inisiatif yang

berikan penekanan kepada manfaat untuk klien dan orang ramai. Antara

yang terkini termasuklah usaha di bawah projek image library ini berupa

kemudahan akses yang diberikan kepada pengguna kepada imej foto

udara JUPEM untuk digunakan sebagai alternatif kepada imej google.

Juga, kemudahan penggunaan portal JUPEM untuk membuat peta

pelbagai guna oleh pengguna2.

Hadirin sekalian

Di samping itu, kita juga telah bangunkan Pusat Khidmat Pelanggan di

Wisma JUPEM untuk berikan khidmat jualan produk dan khidmat

konsultansi kita. Di situ akan adalah showroom untuk kita pamirkan

produk2 yang kita keluarkan, juga bilik konsultansi yang boleh digunakan

untuk berbincang. Jadi premis ini bukan sahaja akan memudahkan

perhubungan kita dengan klien kita tetapi juga akan memudahkan

pemasaran produk-produk Jabatan.

Pusat Khidmat Pelanggan ini kita rancang untuk dirasmikan oleh YB

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam masa terdekat ini. Setelah

beroperasi nanti saya haraplah supaya kakitangan kita di Pusat Khidmat

Pelanggan ini akan menunjukkan sikap yang baik dan komitmen yang

tinggi, yang customer driven dan yang sentiasa ingin membantu

pelanggan.

Page 13: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

13

Hadirin yang dihormati sekalian

Walaupun sudah ada inisiatif2 yang saya sebutkan tadi, tapi kita tak

bolehlah berpuas hati dengan usaha2 tersebut. Kita perlu adakan usaha-

usaha secara berterusan supaya data2 yang kita kutip dan senggara ini,

diolah untuk meliputi lebih banyak aplikasi dan juga digunakan oleh lebih

ramai pengguna. Dengan itu, baru berbaloi perbelanjaan berjuta-juta

ringgit yang dikeluarkan setiap tahun untuk mengutip dan menyenggara

data ukur dan pemetaan yang kita lakukan sepanjang masa.

Prestasi Perbelanjaan Tahun 2015

Hadirin sekalian,

Selain pencapaian2 yang saya sebutkan tadi, saya juga ingin sentuh

tentang prestasi pengurusan kewangan tahun 2015. Dalam hal ini, untuk tahun

lepas, JUPEM telah pada mulanya diperuntukkan Belanja Mengurus sebanyak

RM 280.2 juta. Walaupun begitu, disebabkan kedudukan kewangan kerajaan

yang terjejas kemudiannya waran sekatan berjumlah RM 11.5 juta telah

dikenakan terhadap Jabatan. Ini akhirnya menyebabkan peruntukan Jabatan

sehingga hujung tahun lepas menjadi berkurangan ke tahap RM268.4 juta

sahaja. Apapun, kita telah membelanjakan 99.9% daripada peruntukan tersebut.

Bagi Peruntukan Pembangunan pula untuk tahun 2015, JUPEM telah

diluluskan sejumlah RM 102.7 juta. Daripada jumlah ini, Jabatan telah berjaya

membelanjakan sebanyak RM 102.5 juta, iaitu pencapaian prestasi perbelanjaan

sebanyak 99.8%. Jadi, syabas dan tahniahlah kepada semua yang terlibat di

atas kejayaan pelaksanaan projek2 dan perbelanjaan yang melebihi 99.0% ini.

Ini jelas merupakan suatu pencapaian yang cemerlang berdasarkan prestasi

perbelanjaan yang berjaya dibuat.

Page 14: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

14

BAJET TAHUN 2016

Hadirin sekalian,

Untuk tahun 2016 ini, Peruntukan Belanja Mengurus yang diluluskan

kepada jabatan adalah sebanyak RM 264.2 juta; jumlah ini 6% kurang daripada

tahun 2015. Dalam pada itu, kebelakangan ini saya difahamkan bahawa akan

berlaku pemotongan sebanyak 7% lagi keatas peruntukan yang telah kita terima

sebelum ini.

Pengurangan peruntukan ini berpunca daripada terjejasnya hasil Kerajaan

Persekutuan akibat faktor2 tertentu. Antaranya adalah disebabkan penguncupan

kutipan cukai langsung dari sektor korporat; juga disebabkan kejatuhan

harga minyak yang ketara. Harga minyak pada awal tahun 2015 adalah pada

kadar 100 US Dollar se-tong. Bagaimanapun, sehingga penghujung Disember

tahun lepas ianya telah jatuh ketahap 38 US Dollar se-tong dan dalam minggu

yang lalu telah jatuh lagi, ketahap antara 28 hingga 30 US Dolar se-tong.

Kejatuhan harga minyak ini menyebabkan penguncupan hasil minyak dari

RM66 bilion kepada RM31 bilion, iaitu pengurangan hampir 53%.Jadi, selaras

dengan pengurangan hasil Kerajaan Persekutuan ini maka Kementerian

Kewangan telah mengurangkan peruntukan belanja mengurus Kementerian NRE

untuk tahun 2016; pengurangannya adalah sebanyak 93 juta Ringgit, iaitu

sebanyak 8.5% jika dibandingkan dengan tahun 2015. Sehubungan itu, Jabatan

telah diarahkan untuk semak semula keperluan perbelanjaan serta mengadakan

kawalan ketat keatas perbelanjaan ini.

Page 15: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

15

Dalam hal ini, Kementerian NRE telah memutuskan supaya semua

Jabatan melaksanakan perbelanjaan yang berhemat. Dan ini perlu dibuat melalui

pelaksanaan langkah2 tertentu. Antara langkah2 tersebut, termasuklah dalam

aspek2 seperti:

i. Pertamanya, Penganjuran Majlis, mestilah diadakan di premis

kerajaan; dengan perbelanjaan hiasan yang sederhana, serta

jamuan makan dan minum yang minimum,harap2 majlis ini

dahpun ikut arahan ini.

ii. Ke-2:, Tempahan makanan untuk penganjuran Mesyuarat ,

hendaklah pada kadar yang minimum.

iii. Ke-3, Penganjuran Latihan hendaklah dibuat, di premis kerajaan,

atau Institut Latihan Awam.

iv. Ke-4, Perjalanan ke Luar Negara, hanyalah untuk mesyuarat2

yang wajib, dan berkala sahaja.

v. Ke-5, Penjimatan hendaklah dibuat, keatas penggunaan utiliti, ini

termasuklah letrik, air dll.

vi. Ke-6, Pengurangan Kerja Lebih Masa, juga, Kerja di Luar Waktu

Berkerja Biasa,.

vii. Dan ke-7, Menghadkan bilangan pegawai, yang bertugas rasmi

di Luar Pejabat

Hadirin sekalian,

Seperti yang saya sebutkan tadi, kita telah dikenakan waran sekatan

berjumlah RM 6.5 juta pada hujung tahun 2015. Ini menyebabkan amaun

bayaran yang besar yang perlu kita buat bagi perbelanjaan tahun lepas dengan

menggunakan peruntukan tahun ini; atau dengan lain perkataan pembayaran di

bawah AP58(a). Ditambah pula dengan pengurangan belanja mengurus bagi

tahun 2016 ini, sudah pastinya keadaan ini akan memberikan kesan yang sangat

Page 16: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

16

besar terhadap pelaksanaan aktiviti2 utama Jabatan terutamanya kerja ukur

hakmilik tanah di kesemua JUPEM Negeri.

Berdasarkan perkiraan peruntukan semasa operasi kerja ukur hakmilik

tanah di JUPEM negeri hanya boleh dilaksanakan untuk tempoh kurang dari 7

bulan sahaja. Jadi saya ingin mengingatkan lah supaya Bahagian Kadaster dan

JUPEM Negeri ambil langkah2 yang bersesuaian untuk kawal perbelanjaan baik

di semua Pejabat Ukur Daerah mahupun di Ibu Pejabat JUPEM Negeri.

Begitu jugalah dengan semua Bahagian di Ibu Pejabat JUPEM, perlulah

laksanakan langkah2 penyesuaian dan penjajaran semula perbelanjaan

mengurus, supaya mengikut keutamaan dan keperluan mendesak sahaja.

Sebagai panduan mengenai langkah2 yang perlu diambil NRE telahpun

menerbitkan panduan yang mereka panggil “Cadangan Inisiatif Pelaksanaan

Perbelanjaan Optimum”, kepada semua agensi di bawah NRE. Saya harap

panduan ini telahpun diedarkan kepada semua Pengarah di Ibu Pejabat dan juga

JUPEM negeri.

KEKANGAN PERJAWATAN

Dato2, tuan2 dan puan2 yg dihormati sekalian,

Selain daripada masalah pengurangan bajet kita juga hadapi isu kekangan

perjawatan dan sumber manusia. Constraint yang kita hadapi ini adalah kesan

daripada pelaksanaan dasar, penggunaan sumber manusia secara optimum,

yang ditetapkan oleh JPA. Akibat pelaksanaan dasar ini sebanyak 163 jawatan

kosong di Jabatan kita terpaksa dimasukkan ke dalam bank perjawatan di bawah

NRE. Dan ada kemungkinan perjawatan2 ini kelak dijumudkan.

Page 17: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

17

Selain itu, dari segi pengisian perjawatan pula sehingga hujung tahun

lepas keseluruhan pengisian perjawatan di Jabatan kita adalah sebanyak 92%.

Kadar pengisian yang melebehi 90% ini mengikut pendirian JPA adalah kadar

pengisian yang tinggi dan baik. Dengan itu, buat masa ini mereka tidak lagi

membenarkan pengisian dibuat walaupun wujud kekosongan yang banyak dari

segi bilangannya.

Jadi, pendirian JPA ini menimbulkan masalah kepada kita. Walaupun

kekosongan perjawatan kita ini cuma 8% sahaja tapi daripada sejumlah 4,884

perjawatan yang diluluskan kepada Jabatan ini bermakna kita ada 358 jawatan

kosong yang tidak dapat diisi. Jelas, ini jumlah yang signifikan kalau kita

translate kepada pasukan ukur kita boleh wujudkan tak kurang daripada 60

pasukan ukur tambahan.

Pendirian JPA ini bukan sahaja menimbulkan kesukaran kepada kita, tapi

juga Jabatan2 lain spt JKR, MacGDI, JMG dll, yang perlu kita bekalkan pegawai

kader kita kepada mereka, Dan mereka sekarang ini sudah pun mula mengadu

kepada kita. Apapun,kita akan berterusan membuat permohonan dan rayuan,

kepada pihak JPA, bagi mengisi kekosongan2 yang wujud di Jabatan.

Hadirin sekalian,

Selain daripada apa yang saya sebutkan tadi kekangan perjawatan kita

juga turut berpunca daripada persaraan2 yang berlaku baik melalui persaraan

paksa mahupun persaraan pilihan, yang mana telah meningkat pada tahun

2015. Dalam tahun tersebut sehingga ke Januari 2016 sejumlah 162 orang telah

bersara; separuh secara persaraan paksa dan separuh lagi secara persaraan

Page 18: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

18

pilihan. Dengan mengambil kira kesannya kepada jabatan dan demi kepentingan

perkhidmatan mungkin pada tahun ini Jabatan akan terpaksa menolak

permohonan2 persaraan pilihan yang tidak betul2 kritikal.

RANCANGAN MALAYSIA KE 11 (RMK-11)

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tahun ini, merupakan tahun permulaan kepada pelaksanaan, Rancangan

Malaysia Ke-11. Di bawah RMK-11 ini JUPEM telahpun diluluskan 9 projek

utama dengan jumlah siling peruntukan untuk 5 tahun (2016 - 2020) sebanyak

RM 721.6 juta.

Projek- projek ,yg diluluskan adalah:

i. Projek E-Pemetaan 2.0;

ii. Projek Menaiktaraf Perkakasan perisian dan Aplikasi eKadaster;

iii. Pembangunan SmartKadaster Fasa II yang meliputi Kawasan

Lembah Kelang sehingga Seremban (termasuk Greater KL);

iv. Kajian Pembangunan Pangkalan Data 3D Kadaster dan Land

Administration Domain (LADM) Secara Open Source;

v. Menaiktaraf 48,846 lot Lot-lot Yang Masih Dalam Kategori Sub-

standard (Demarkasi Dan Kelas Tiga) Secara Pengkontrakkan;

vi. National Sub-Surface Utility Mapping (NaSUM);

vii. Projek Marine Geodetic Infrastructure (MAGIC) In Malaysia Waters ;

viii. Memperkasa ICT Enterprise Integrated System (IEIS); dan

ix. Perolehan Data Synthetic Aperture Radar (InSAR) Bagi Seluruh

Daratan dan Pulau-pulau di Malaysia.

Page 19: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

19

Untuk tahun ini, peruntukan pembangunan yang telah diluluskan, adalah

sebanyak RM117.15 juta. Sehubungan itu, saya minta kerjasama lah daripada

semua Bahagian yang terlibat untuk ambil tindakan secara proaktif di dalam

melaksanakan projek2 yang telah diluluskan itu.

Saya juga ingin ingatkan supaya Bahagian2 yang menguruskan projek2

membuat semakan semula keatas jadual pembayaran bagi mempastikan

bayaran akhir projek dijadualkan dalam kontrak paling lewat dalam bulan

November 2016. Ini berdasarkan keputusan terkini NRE untuk elakkan masalah

yg biasa berlaku bila ditetapkan dalam bulan Disember.

Juga, saya berharap J/kuasa Pemantauan Projek Pembangunan JUPEM, akan

adakan mesyuarat yang lebih kerap untuk memantau kemajuan projek,Dan

untuk pastikan pelaksanaan projek mengikut jadual yang ditetapkan, juga untuk

bantu tangani masalah2 pelaksanaan yang mungin berbangkit dari semasa ke

semasa.

INTEGRITI & KECERMELANGAN PENJAWAT AWAM

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum saya akhiri amanat saya pada pagi ini saya nak sentuh sikit

mengenai etika dan integriti kita sebagai penjawat awam. Saya percaya kita

semua sedia maklum bahawa penjawat awam sentiasa berdepan dengan

pelbagai bentuk ancaman sama ada dari dalam mahupun daripada luar

persekitaran organisasi. Lazimnya, ancaman ini berhubungkait dengan isu, etika

Page 20: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

20

dan integriti seseorang pegawai. Jika diabaikan prinsip etika dan integriti, ia akan

membuka ruang untuk berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku dan salah

guna kuasa dalam sesebuah organisasi.

Mengikut kata Tan Sri Ketua Setiausaha Negara integriti bukan saja

sekadar menghindari diri dari perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, yang

melibatkan wang ringgit. Tapi, integriti juga perlu diterjemahkan dalam bentuk

lain iaitu dalam bentuk pengurusan masa dalam memberikan perkhidmatan

terbaik dalam menyampaikan maklumat; juga integriti dalam komunikasi dengan

ketua jabatan, rakan sekerja dan pelanggan.

Sehubungan itu, selaras dengan pembentukan Pelan Integriti NRE maka

saya akan melancarkan Pelan Integriti bagi JUPEM sebentar lagi. Pelan ini

mengandungi 5 strategi pelaksanaan juga program2 tertentu bagi setiap strategi

tersebut. Jadi, program-program yang dirancang ini akan dipantau

pelaksanaannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelan Integriti

Organisasi atau JPPIO, di peringkat ibu pejabat, juga di peringkat negeri. Ini

bagi memastikan setiap objektif, untuk terapkan budaya integriti dalam

perkhidmatan itu mampu tercapai.

Selain dari itu, saya juga ingin ingatkan semua bahawa YAB Perdana

Menteri telahpun menggariskan prinsip-prinsip berkaitan, yang perlu diikuti oleh

penjawat awam. Prinsip-prinsip ini jika kita amalkan akan dapat meningkatkan

lagi prestasi kita dalam meningkatkan produktiviti dan sumbangan kita kepada

pembangunan negara.

Page 21: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

21

Terdapat 8 prinsip kesemuanya yang perlu kita ikuti, iaitu secara ringkasnya,

Prinsip Berilmu

Prinsip Membudaya Amalan Kerja Terbaik

Prinsip Semangat.

Prinsip Budaya keberhasilan, berteraskan outcome based.

Prinsip Budaya Kreativiti dan Inovasi .

Prinsip Nilai Tambah dan Kompetensi

Prinsip Pemuafakatan Kerja, dan terakhir,

Prinsip Kebolehpercayaan – yang meliputi sifat amanah dan integriti.

Jadi, prinsip2 ini, perlulah kita semua berikan perhatian, kita hayati, dan kita

amalkan, kearah kita memperbaiki diri ,juga memperbaiki organisasi kita.

PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,

Akhir kata, saya ingin sekali lagi melahirkan rasa gembira dan syukur ke

hadrat Allah SWT di atas segala kejayaan dan pencapaian kita sepanjang tahun

2015. Saya juga ingin ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada

semua warga JUPEM di semua peringkat daripada peringkat pengurusan

tertinggi sehinggalah ke peringkat kumpulan sokongan di atas segala kerjasama

serta tanggungjawab yang telah ditunaikan, yang menyumbang kepada

kecemerlangan JUPEM.

Page 22: TEKS PERUTUSAN AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA … fileAlhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat

22

Saya juga ingin menyeru kepada semua warga JUPEM supaya dapat

meneruskan kecemerlangan Jabatan dengan semangat yang kental di dalam

menghadapi segala rintangan pada tahun 2016 ini. Kepada semua pegawai ukur

dan geospatial, yang berkhidmat secara kader di NRE, MaCGDI, INSTUN, JKR,

MKN, dan KPKT, saya berharap tuan2 dan puan2 akan memberi perkhidmatan

yang terbaik demi menjaga nama baik JUPEM.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urus setia serta

semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Amanat tahun ini. Semoga

setiap langkah yang kita ambil adalah langkah ke arah kejayaan dan

kecemerlangan. Dan semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan

perkhidmatan khususnya dalam bidang ukur dan pemetaan ini diberkati Allah

SWT dan mencapai matlamat dengan jayanya.

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah wassallamualaikum warahmatullah hi

wabarakatuh.

Terima kasih.