teks perasmian oleh yang berbahagia tan sri … · alhamdulillah, bersyukur ke hadrat allah swt...
TRANSCRIPT
TEKS PERASMIAN OLEH
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
PEMBUKAAN PROGRAM HRMIS USER
GROUP SUMMIT (HUGS) 2014
29 SEPTEMBER 2014, 1.30 PETANG
HOTEL EQUATORIAL, MELAKA
2
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
Terima kasih Saudara/ Saudari
Pengacara Majlis
Yang Berbahagia Datuk Dr. Sharifah
Zarah Syed Ahmad
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (Pembangunan)
3
Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal
Rahim Seman
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (Operasi)
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Ghani
Botok
Pengarah Bahagian Pengurusan
Maklumat
YBhg. Dato’-Dato’ Ketua Setiausaha dan
Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Merangkap Ketua Pegawai
Maklumat atau Chief Information Officer
(CIO)
4
Pengarah-Pengarah, Kementerian,
Jabatan, Pentadbiran Setiausaha
Kerajaan Negeri dan Agensi
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi
sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat
ALLAH SWT kerana dengan limpahan
rahmat dan kurniaNya dapat kita
berhimpun pada hari ini di Negeri
Melaka, Bandaraya Bersejarah sempena
program HRMIS User Group Summit
(HUGS) 2014. Saya ingin mengambil
kesempatan di sini untuk merakamkan
ucapan tahniah kepada urus setia dan
5
semua pihak yang terlibat atas
kerjasama dan komitmen tinggi yang
diberikan dalam menjayakan
penganjuran program ini.
THE GLOBAL INFORMATION
TECHNOLOGY REPORT 2014
Hadirin yang dihormati sekalian,
2. ICT telah memperkasakan dan
mengubah kehidupan masyarakat
melalui penawaran pelbagai bentuk
penyelesaian kepada keperluan
masyarakat yang akhirnya membawa
kepada peningkatan kualiti hidup
rakyat. Di Malaysia, ICT bertindak
6
sebagai pemboleh upaya pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi semenjak
sedekad yang lalu. ICT memberikan
penggandaan besar kepada ekonomi
negara kerana berpotensi menjadikan
rantaian bekalan lebih efisien,
mewujudkan lebih banyak rangkaian
kolaborasi, transaksi kewangan yang
lebih pantas, dan proses yang lebih
telus.
3. ICT juga telah memudahkan urusan
mengakses maklumat dengan tepat dan
cekap, menembus pasaran merentas
sempadan kedudukan geografi dan zon
masa selain daripada mengurangkan
7
jurang maklumat dan menjimatkan
masa dan kos. Dari sudut sosio-
ekonomi pula, ICT berupaya untuk
menggalakkan kerjasama dalam
kalangan jaringan sosial.
Perkembangan ICT ini juga telah
mengubah keboleh capaian maklumat
Kerajaan oleh rakyat, bermula dengan
hanya berinteraksi melalui saluran
biasa seperti e-mel hinggalah kepada
pelbagai saluran media baharu seperti
Facebook, Flickr, Twitter.
4. Dalam konteks majlis kita pada
hari ini, untuk kita mengetahui
kedudukan kita dalam perkara
8
berkaitan dengan ICT, kita boleh
merujuk kepada beberapa laporan yang
dikeluarkan oleh badan antarabangsa
seperti The Global Information
Technology Report yang dikeluarkan
Forum Ekonomi Dunia (WEF).
5. Laporan ini menyediakan penilaian
yang komprehensif berhubung
kesediaan rangkaian atau networked
readiness dan melihat sejauh mana
sesebuah negara menggunapakai ICT
bagi meningkatkan ekonomi negara dan
kesejahteraan rakyat.
9
Hadirin yang dikasihi sekalian,
6. The Global Information Technology
Report 2014 telah menempatkan
Malaysia pada kedudukan yang ke-30
daripada 148 buah negara bagi
Networked Readiness Index 2014. Ini
merupakan satu lagi prestasi terbaik
yang dicatatkan oleh Malaysia bagi
tahun 2014.
7. Untuk makluman, sepuluh aspek
telah menjadi teras atau indikator
utama penilaian WEF bagi indeks ini dan
salah satu aspek tersebut ialah
Government Usage dalam aspek ICT. Di
10
bawah aspek Government Usage ini,
Malaysia dilaporkan berada di
kedudukan ke 9 daripada 148 buah
negara bagi penilaian ke atas kedua-
dua sub-indikator “The Importance of
ICTs to Government vision of the future”
dan “Government success in ICT
Promotion”. Ini membuktikan bahawa
rancangan Kerajaan meningkatkan
penyampaian perkhidmatan awam
melalui penggunaan ICT dan usaha
mempromosi program-program ICT
Kerajaan tidak sia-sia malah telah
mendapat pengiktirafan dunia.
11
HUGS: HRMIS CEKAP, TRANSFORMASI
MANTAP
Hadirin yang dikasihi sekalian,
8. Program HRMIS User Group
Summit atau HUGS yang diadakan pada
kali ini telah memasuki tahun kedua
penganjurannya setelah diperkenalkan
buat julung-julung kalinya tahun lalu.
Dengan tema “HRMIS CEKAP,
TRANSFORMASI MANTAP”, penganjuran
program HUGS pada tahun ini telah
dibawa pula ke Negeri Melaka, Melaka
Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar
Teknologi Hijau.
12
9. Program HUGS merupakan salah
satu inisiatif yang digariskan di bawah
Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa
Organisasi di bawah Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam.
Adalah menjadi hasrat utama penganjur
agar kupasan mendalam tema program
HUGS pada tahun ini akan membawa
kita kepada penemuan yang
mengukuhkan lagi kenyataan kita
bahawa HRMIS mampu bertindak
sebagai sumber maklumat utama
Pengurusan Sumber Manusia di Sektor
Awam.
13
10. Konsep program HUGS ini
bertepatan dengan takrifan perkataan
HUGS itu sendiri yang bertujuan untuk
“merapatkan atau mendekatkan lagi
yang jauh”. Untuk makluman, program
ini dianjurkan bagi memenuhi 5 objektif
yang telah digariskan iaitu:
(i) Pertama: Meningkatkan
kefahaman dan kepentingan
pengurusan sumber manusia
berteraskan ICT dalam
sesebuah organisasi;
(ii) Kedua: Berkongsi pengalaman
pengurusan sumber manusia
14
antara sektor swasta dan
agensi Kerajaan;
(iii) Ketiga: Meningkatkan
kefahaman dan kepentingan
keselamatan data;
(iv) Keempat: Memberi penerangan
status terkini pembangunan
dan hala tuju sistem HRMIS
yang baharu; dan
(v) Kelima: Mempromosikan
HRMIS serta memupuk
persepsi positif pengguna
terhadap HRMIS.
15
MEMADANKAN TEORI DAN REALITI
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian,
11. Jabatan Perkhidmatan Awam atau
JPA juga seperti agensi atau jabatan
Kerajaan yang lain. Kita sama-sama
terlibat menggariskan dasar-dasar
Kerajaan dan kita juga perlu
memastikan pelaksanaannya. Sebagai
agensi pusat, JPA boleh memilih untuk
sekadar mengeluarkan surat arahan
atau apa sahaja garis panduan
berkaitan HRMIS ini. Namun, bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan
16
dan demi menyahut seruan Yang
Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha
Negara yang sering menekankan
kepentingan turun padang, maka
program ini dirancang dilaksanakan di
negeri-negeri seluruh Malaysia setiap
tahun.
12. Apa yang paling penting ialah sesi
ini boleh memadankan teori-teori yang
dicoretkan di atas kertas dengan realiti
pelaksanaannya di peringkat jabatan
dan agensi Kerajaan. Lebih-lebih lagi
program ini melibatkan penyertaan
daripada peringkat pengurusan tertinggi
Kementerian/Jabatan/Agensi.
17
13. Program ini juga disesuaikan untuk
pengurusan tertinggi Kementerian/
Jabatan/ Agensi khususnya yang
dikenakan KPI untuk menghayati dan
membincangkan isu-isu dan tren
semasa berkaitan pengurusan sumber
manusia dan sumbangan ICT dalam
membantu proses operasi pengurusan
sumber manusia sektor awam.
14. Selain daripada menggalakkan
aktiviti turun padang, Yang Berbahagia
Tan Sri Ketua Setiausaha Negara turut
memberi penekanan kepada
kepentingan mengadakan sesi libat urus
atau engagement dalam perkhidmatan
18
awam negara.
15. Mendasari perkara ini, program
yang diadakan kali ini turut bertindak
sebagai platform kepada JPA untuk
menyalurkan maklumat terkini
mengenai sistem HRMIS dan pada masa
yang sama turut memberi ruang kepada
peserta yang terdiri daripada pentadbir
HRMIS di Kementerian dan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri untuk
menyuarakan secara terus pandangan
serta mengutarakan sebarang
permasalahan yang dihadapi semasa
menggunakan HRMIS.
16.
19
KEPENTINGAN HRMIS DALAM SEKTOR
AWAM
Para hadirin yang dikasihi sekalian,
17. Pengurusan pentadbiran yang
cekap dan berkesan menjadi tunjang
utama dalam memastikan kejayaan
pelaksanaan HRMIS. Kita semua sedia
maklum bahawa proses sumber
manusia yang dibangunkan dalam
modul HRMIS bersifat anjal demi
memastikan sistem ini sentiasa relevan
dan responsif mengikut kehendak
semasa.
20
18. Sistem HRMIS yang komprehensif
dan holistik, dimudahcarakan oleh
teknologi yang menggabungkan amalan
terbaik pengurusan sumber manusia
merupakan faktor yang sangat
signifikan bagi meningkatkan
kecekapan pengurusan sumber manusia
dan kualiti penyampaian perkhidmatan
awam.
HRMIS DALAM SEKTOR AWAM
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi
sekalian.
21
19. HRMIS yang dirancang dan
dibangunkan semenjak 4 tahun lalu
nyata sekali bukan sekadar omongan
kosong. Hakikatnya, hari ini kita dapat
melihat bagaimana HRMIS berupaya
mengumpul lebih daripada 1.53 juta
rekod perjawatan sektor awam yang
melibatkan 734 buah agensi sektor
awam.
20. Pengurusan maklumat di peringkat
agensi pusat dapat bertindak secara
proaktif di mana semua agensi sektor
awam dapat menjalankan
pengemaskinian data secara
berterusan.
22
21. Hasilnya, semua urusan sumber
manusia sektor awam, bermula sejak
seseorang penjawat awam dilantik ke
perkhidmatan awam sehinggalah ke
saat penjawat awam itu bersara boleh
dilakukan dengan hanya satu klik
dengan menggunakan ketikan papan
kekunci secara atas talian melalui
aplikasi HRMIS.
22. Ini jelas menunjukkan betapa
mudah dan senangnya penggunaan
aplikasi HRMIS dalam melancarkan
urusan sumber manusia penjawat awam
di Malaysia.
23
SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN
KE ATAS HRMIS
Hadirin yang dikasihi sekalian,
23. Saya ingin berkongsi dengan para
hadirin sekalian mengenai dapatan soal
selidik yang telah dijalankan oleh pihak
JPA di kalangan pengurus sumber
manusia, pengurus ICT dan pentadbir
HRMIS pada bulan Mei 2014 yang lalu.
Hasil soal selidik mendapati 84%
responden bersetuju bahawa HRMIS
telah menjadikan proses pengurusan
sumber manusia menjadi lebih mudah
dan lancar.
24
24. Ini jelas membuktikan lakaran
pemodenan yang dicetuskan oleh JPA
telah membawa sistem pengurusan
sumber manusia dalam perkhidmatan
awam ke tahap yang lebih
membanggakan. Melalui HRMIS,
perkhidmatan awam memiliki medium
pemangkin pengurusan yang membantu
menjayakan transformasi perkhidmatan
awam ke arah yang lebih cemerlang.
25. Bagi memastikan agenda
transformasi Sektor Awam
dilaksanakan dengan lebih giat dan
menyeluruh, kita sebagai penjawat
awam perlu bersikap proaktif, inovatif,
25
kreatif, sedia berubah dan bernilai
tambah.
26. Sesungguhnya, proses transformasi
pengurusan sumber manusia
menggunakan HRMIS memerlukan
usaha yang bukan sedikit malah harus
dilaksanakan secara berterusan bagi
memperoleh hasil yang kita harapkan.
Sokongan aplikasi teknologi maklumat
dan komunikasi yang terkini merentas
organisasi akan menjadi faktor penentu
utama dalam menilai keupayaan
perkhidmatan awam selaras dengan
tuntutan semasa. HRMIS akan terus
diperkasakan dari aspek pengukuhan
26
sistem, capaian dan penerimaan bagi
memastikan pelaksanaan urusan
sumber manusia yang lebih pantas dan
berkesan.
MENITI PERJALANAN HUGS
Tuan-Tuan Dan Puan-Puan yang saya
kasihi sekalian,
27. Sektor awam juga perlu
menjayakan pelaksanaan konsep
Kerajaan saling berhubungan dipacu
oleh teknologi ICT sebagai pemboleh
daya strategik. Kerajaan saling
berhubungan adalah bercirikan capaian
27
mudah, perkhidmatan berinovasi,
interaksi dan koordinasi berkesan,
perkongsian maklumat, kecekapan
operasi dan tadbir urus yang mantap.
28. Agenda ini perlu diterjemahkan
melalui perencanaan pelbagai dasar
dan program seperti perkhidmatan
merentasi agensi Kerajaan berteraskan
ICT. Dalam hal ini, program HUGS yang
sedang berjalan pada hari ini dan esok
merupakan satu refleksi perkembangan
HRMIS serta cabaran yang perlu
dihadapinya sejak semenjak awal
pelaksanaannya pada tahun 1999.
Dalam program kali ini, kita semua akan
28
didedahkan kepada amalan terbaik
dalam pengurusan sumber manusia
serta inovasi-inovasi pintar yang
terhasil dari pengalaman
mengendalikan HRMIS sepanjang 15
tahun ini.
29. Selain daripada itu, HUGS 2014
juga akan membawakan isu terkini
dalam pengendalian maklumat-
maklumat penjawat awam yang
menyentuh dari aspek Keselamatan
Data Peribadi.
30. Dalam majlis ini juga, Anugerah
HRMIS yang julung-julung kalinya
29
diperkenalkan akan disampaikan
kepada 10 buah agensi kerajaan yang
telah mendapat purata markah tertinggi
dalam pelaksanaan KPI HRMIS 2013.
Mereka juga merupakan sebahagian
daripada 39 buah agensi yang telah
komited untuk melaksanakan KPI
HRMIS 2013 yang ditetapkan sehingga
berjaya mencapai tahap “Significantly
Exceed Target – ST”. Kejayaan dan
kesungguhan mereka ini seharusnya
dijadikan pembakar semangat kepada
semua agensi yang lain untuk
membuktikan keupayaan masing-
masing mencapai KPI HRMIS 2014 yang
akan datang.
30
HARAPAN DAN PENUTUP BICARA
31. Harapan saya kepada para peserta
HUGS 2014 agar mengambil
kesempatan dan menggunakan masa
dan peluang yang diberikan ini untuk
merebut sebanyak mungkin informasi
terkini daripada pembentang-
pembentang kertas kerja seperti HR
Systems & Consulting Sdn. Bhd.,
Jabatan Perlindungan Data Peribadi,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta
pegawai-pegawai JPA yang telah
dijemput khas untuk berkongsi
maklumat dan pengalaman mereka.
Sesungguhnya, perkongsian budaya
31
amalan kerja terbaik merupakan salah
satu prinsip dalam meningkatkan
prestasi penjawat awam Malaysia
seperti yang telah disarankan oleh YAB
Perdana Menteri dalam Majlis Sambutan
Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 yang
lalu.
32. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk merakamkan penghargaan dan
terima kasih di atas komitmen dan
dedikasi para pembentang. Adalah
menjadi harapan saya agar program ini
berlangsung sepertimana yang
dihasratkan. Semoga program HUGS ini
berjaya menjadi medan pertemuan yang
32
terbaik buat JPA dan semua Pengurus
Sumber Manusia dan Pentadbir HRMIS
di setiap Kementerian dan agensi.
33. Akhir kata, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas komitmen semua
pihak dalam menjayakan program HUGS
2014 ini. Syabas dan tahniah kepada
penganjur dan terima kasih juga
diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan program
HUGS pada kali ini.
33
Dengan lafaz kalimah mulia
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan
ini merasmikan “PROGRAM HRMIS
USER GROUP SUMMIT – HUGS 2014”.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Warabakatuh. Terima kasih.