teks pengacaraan majlis mesyuarat pibg skss 2015

14
TEKS PENGACARAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI SETIA 2015 PENGACARA MAJLIS : EN. RASIDI & PN. NURUL AMIRA BIL AGENDA/MASA TEKS TINDAKAN 1. Pengumuman (8.30 pagi) Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Setia kali ke-42 Sesi 2015/2016. Bagi pihak urus setia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin. Atur cara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk mematikan telefon bimbit atau set kepada mod senyap. Para hadirin juga diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan Amira 1

Upload: mirajo

Post on 02-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks mc pibg

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK SERI SETIA

TEKS PENGACARAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI SETIA 2015

PENGACARA MAJLIS : EN. RASIDI & PN. NURUL AMIRABILAGENDA/MASATEKSTINDAKAN

1.Pengumuman(8.30 pagi)Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Setia kali ke-42 Sesi 2015/2016.Bagi pihak urus setia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin. Atur cara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan untukmematikan telefon bimbit atau set kepada mod senyap. Para hadirin juga diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan

Amira

2.

Ketibaan tetamu jemputan(9.00 pagi)

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Wilayah(9.05 pagi)

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusofdiiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Setia dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Setia ke tempat duduk utama.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu wilayah dengan iringan muzik.- NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU WILAYAH -

Hadirin dipersilakan duduk.Rasidi

3.Bacaan doa(9.15 pagi)Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai olehEncik Abdul Hafiz bin Abd Satar.Dipersilakan. -BACAAN DOA- Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.Rasidi

4.Persembahan pembukaan-nasyid(9.20 pagi)Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh ______________________________ .Majlis mempersembahkan.-PERSEMBAHAN NASYIDPersembahan nasyid itu tadi telah diketuai oleh Ustazah Nor Malai dan Ustazah Siti Shamsiah.. Majlis mengucapkan terima kasih.Rasidi

5

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis(9.25 pagi)Ke Pekan Nilai membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang BerbahagiaDatuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusof, JPKetua UMNO Bahagian Seputeh

Yang Berusaha Encik Soharto bin BaharenGuru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Setia. Yang Dihormati, Puan Kavita a/p K. SubramaniamYang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Setia

Yang Dihormati guru-guru penolong kanan, guru-guru, Ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Setia sesi 2015/2016, ibu bapa dan hadirin sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Datuk, para jemputan, guru-guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Setia kali ke-42 sesi 2015/2016 pada hari ini.Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Datuk dan hadirin sekalian,objektif Mesyuarat Agung PIBG SK Setia kali ke-42 ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta guru berbincang, berkolaboratif, berunding, dan bekerjasama antara satu sama lain berkenaan cara memperbaiki taraf pendidikan murid di sekolah ini. Diharap mesyuarat yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni.

Amira

6

Ucapan Yang Dipertua PIBG(9.30 pagi)Hadirin sekalian,Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 pada kali ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Setia. Untuk itu, dijemput Yang Dihormati Puan Kavita a/p K. Subramaniam untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.- UCAPAN YDP PIBG -

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG atas ucapan beliau sebentar tadi.

Rasidi

7

Ucapan Penasihat / Guru Besar SK Seri Setia (9.40 pagi)Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Berusaha Encik Soharto bin Baharen, Guru Besar SK Seri Setia untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

- UCAPAN GURU BESAR -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Soharto bin Baharen atas ucapan beliau sebentar tadi.

Amira

8Ucapan Perasmian (9.50 pagi)

Cabutan nombor bertuahMakan durian bersama pulut,Duduk bersembang atas serambi,Tampillah tuan kami menjemput,Bersama ucapan kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusof, JPKetua UMNO Bahagian Seputeh

Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

- UCAPAN PERASMIAN -

Tuan berbudi tidak terperi,Hulurkan madah kata perasmi,Yang Berbahagia Datuk kami segani,Kesudian Yang Berbahagia Datuk kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Setia kali ke-42 pada hari ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusof merasmikan majlis kita sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah sesi pertama. Nombor yang bertuah ialah ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Rasidi

9Penyampaian cenderamata(10.15 pagi)

Seterusnya, dijemput Yang berusahaEncik Soharto bin Baharen, Guru Besar SK Seri Setia diiringi oleh Yang dihormati Puan Kavita a/p K. SubramaniamYang Dipertua PIBG SK Seri Setia untuk menyampaikan cenderamata kepadaYang Berbahagia Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusof, JPKetua UMNO Bahagian Seputeh

Majlis merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusofatas kesudian beliau memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Amira

10Persembahan koir(10.20 pagi)Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan koir ___________________________yang telah diketuai oleh Encik Mohd FadzilMajlis mempersembahkan.

11

Kata penutupan perasmian

Maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusof atas kesudian untuk meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-42 serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat buat seketika dan akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Setia Kali ke-42 sesi 2015/2016 sebentar lagi. Sekian, terima kasih.

12.Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42(10.30 pagi)*dikendalikan oleh YDP PIBG

13.Cabutan nombor bertuah sesi keduaHadirin yang dikasihi sekalian,Masa yang kita nanti-nantikan iaitu cabutan nombor bertuah. Nombor yang bertuah pada kali ini ialah ________________________________________________________________________________________________________________Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertuah pada hari ini.

14.Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada AJKMajlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014.Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Soharto bin Baharen, Guru Besar SK Seri Setia merangkap penasihat PIBG SK Seri Setia untuk menyampaikan sijil dan cenderamata. Dipersilakan (rujuk senarai nama AJK PIBG) ________________________________________________________________________________________________________________Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2013/2014 atas usaha mereka selama ini.

15.BersuraiPihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 sesi 2015/2016. Kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.Akhir kata daripada kami, semoga kita bersua lagi.Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

11