teks arnab dan kura kura

Upload: ting-chek-ming

Post on 17-Jul-2015

753 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Pada zaman dahulu ada seekor arnab yang sangat sombong. Dia amat berbangga dengan kepantasan dia berlari. Suatu hari, dia terjumpa seekor kura-kura yang berjalan amat perlahan. Lalu, ketawalah sang arnab dengan sekuat hatinya.

Dalam kesombongannya itu, dia telah mengajak sang kura-kura berlumba lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan kalah, namun sang kura-kura tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang arnab.

Tiba di hari perlumbaan, kedua-dua haiwan ini pun berlumba lari. Seperti yang diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan tersebut. Namun, sampai di sebatang pokok, berhentilah Sang Arnab lantas tertidur kerana dia yakin bahawa sang kura-kura pasti tidak dapat melepasinya walaupun dia tidur. Apabila sang arnab terbangun dari tidur, dia melihat sang kura-kura telah hampir dengan garisan penamat. Maka berlarilah sang arnab dengan sekuat-kuatnya. Namun, sang arnab tidak berjaya mendahului sang kura-kura ke garisan penamat. Maka, kalahlah sang arnab dalam perlumbaan tersebut. Moral of the story: Jangan sombong dan memperkecil-kecilkan orang lain..