teknik roundtable

Upload: heidi-jorx

Post on 03-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Teknik Roundtable

    1/2

    Roundtable

    Teknik Roundtable membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbang kepada kejayaan

    kumpulan berkenaan. Dalam teknik ini, setiap kumpulan akan diberikan sehelai kertas dan

    sebatang pen. Seorang ahli akan membuat sumbangan dan memberikan kertas dan pensel

    berkenaan kepada ahli di sebelah kiri atau kanannya yang akan memberikan sumbangannya.

    Kertas dan pensel tersebut akan di"kitar"kan sedemikian sehingga masa yang diperuntukkan

    tamat.

    [Gambar dipetik dari: Kagan, S. (1992). Cooperative Learning.San Clemente, CA: Kagan Cooperative Learning]

    Teknik Roundtable selalunya digunakan pada permulaan sesuatu pengajaran untuk

    memberikan suatu aktiviti berdasarkan isi kandungan untuk tujuan pembentukan kumpulan.

    Langkah-langkah:

    1. Masalah: Guru mengemukakan satu soalan yang mempunyai pelbagai jawapan, iaitu

    soalan jenis bercapah. Misalnya, guru boleh mengemukakan masalah apakah pasangan

    nombor yang akan memberikan jumlah 15 apabila ditambahkan.

    2. Sumbangan Murid: Murid-murid memberikan sumbangan secara bergilir-gilir

    dengan cara menuliskan sumbangan masing-masing pada sehelai kertas yang

    di"kitarkan".

    Roundrobin

    133432850.doc

    Ahli No. 1 BeriSumbangan

    Ahli No. 2 BeriSumbangan

    Ahli No. 3 BeriSumbangan

    Ahli No. 4 BeriSumbangan

  • 7/29/2019 Teknik Roundtable

    2/2

    Teknik Roundrobin adalah serupa dengan teknik Roundtable, kecuali iadijalankan secara lisan. Seorang demi seorang, setiap orang ahli kumpulan akanbercakap manakala ahli-ahli lain akan mendengar.

    133432850.doc