teknik penyoalan kbat
DESCRIPTION
Penyoalan Kemahiran Berfikir Aras TinggiTRANSCRIPT
Teknik Penyoalan KBATTeknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT
Tujuan Menyoal1. menilai pengetahuan sedia ada2. menimbulkan minat3. membina pemahaman yang mendalam4. membina idealisme, sikap dan penghargaan5. memantapkan pembelajaran6. merangsang pemikiran kritis7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid8. menjelaskan pemikiran9. mencari sebab atau penjelasan10. meneroka pandangan alternatif11. menguji implikasi dan akibat
Ciri-ciri soalan yang berkesan1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan
tertentu)2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa
yang dinyatakan)3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit
perkataan yang mungkin)4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran
dan tindakbalas)5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa
kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)
Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih
banyak soalan secara lisan dan bertulis3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal
murid lain semasa berbincang4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat
soalan susulan kepada murid6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina
dan mengkategorikan soalan murid
Contoh Soalan Untuk Menjelaskan Pemikiran1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?5. Bolehkah anda menunjukkan cara ... ?
Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?3. Apakah sebab-sebab anda ... ?4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?
Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda
dengan cara lain ... ?2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan
bahawa ... ?4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?
Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang
telah dinyatakan sebelum ini ... ?3. Apakah akibat sekiranya ... ?4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada
benar atau tidak?
Amalan baik untuk guru dalam menyoal1. Soalan dirancang2. Logik dan berurutan3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan4. Seimbang antara fakta dan pemikiran5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir6. Tidak berulang7. Ditanya dalam nada perbualan8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas
yang berterusan