teknik jawab soalan bm k2

48
TEKNIK & BENGKEL MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 NORHESAM BIN SULIMAN GURU BAHASA MELAYU SKBJ

Upload: hazyzyizuan-hassa

Post on 14-Jul-2015

6.624 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik jawab soalan BM K2

TEKNIK & BENGKEL MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU

KERTAS 2

NORHESAM BIN SULIMANGURU BAHASA MELAYU

SKBJ

Page 2: Teknik jawab soalan BM K2

FORMAT KERTAS 2

012

• 5 SOALAN•1 JAM 15 MINIT

BAHAGIAN A•1 SOALAN – WAJIB JAWAB

•MEMBINA 5 AYAT BERDASARKAN •GAMBAR/CARTA/GRAF/JADUAL

•15 MINIT – 10 MARKAH

BAHAGIAN B•3 SOALAN – PILIH 1

• MENULIS KARANGAN LENGKAPFORMAT UMUM / FORMAT KHUSUS

•TIDAK KURANG DRPD 80 P.P. •40 MINIT – 30 MARKAH

BAHAGIAN C•1 SOALAN – WAJIB JAWAB

•MEMBUAT RUMUSAN(PETIKAN/PUISI)

(NILAI / PENGAJARAN)•TIDAK MELEBIHI DRPD 50 P.P.

• SATU PERENGGAN• 20 MINIT – 20 MARKAH

•RESPON TERBUKA

•RESPON TERHAD

Page 3: Teknik jawab soalan BM K2

TEKNIK & BENGKEL MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU

KERTAS 2

BAHAGIAN A

Page 4: Teknik jawab soalan BM K2

FORMAT PENULISAN BAHAGIAN A

1. JENIS INSTRUMENT - Ujian Subjektif2. JENIS ITEM - Subjektif / Respon Terhad3. BILANGAN SOALAN - 1 soalan wajib dijawab4. JUMLAH MARKAH - 10 markah5. TEMPOH - 15 minit6. KONSTRUK YANG DITAKSIR - Memahami dan memindahkan maklumat (Diberi bahan rangsangan)

Page 5: Teknik jawab soalan BM K2

KERTAS 2 – BAHAGIAN A

15 MINITCONTOH SOALAN

10 MARKAH

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasiyang terdapat dalam gambar.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Page 6: Teknik jawab soalan BM K2

LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB BAHAGIAN A

• Teliti gambar/carta/graf yang diberi.

• Tentukan tema / tajuk / persoalan yang diketengahkan.

• Baca dan fahami kehendak soalan / arahan.

• Senaraikan lima kosa kata yang sesuai (aktiviti / situasi / gambar)

• Bina 5 ayat yang lengkap / gramatis.

• Semak tanda baca dan ejaan.

Page 7: Teknik jawab soalan BM K2

MEMBINA AYAT

1. Siapa – Apa - Di mana – Bagaimana - Kenapa

* Gunakan kata hubung yang sesuai.

Page 8: Teknik jawab soalan BM K2
Page 9: Teknik jawab soalan BM K2

idea

1. Gotong-royong.

2. Memadam papan hitam.

3. Mengelap tingkap.

4. Menyusun kerusi dan meja.

5. Menyapu lantai dan membuang sampah.

Page 10: Teknik jawab soalan BM K2

Contoh Jawapan 1. Sekumpulan murid sedang bergotong-royong

membersihkan kelas mereka agar kelihatan lebih selesa.

2. Seorang budak lelaki sedang memadam papan hitam dengan menggunakan pemadan papan hitam.

3. Dua orang budak perempuan sedang mengelap tingkap yang berhabuk dengan kain yang basah.

4. Dua orang budak lelaki sedang menyusun kerusi dan meja agar kelihatan kemas dan teratur.

5. Seorang budak perempuan sedang menyapu sampah di lantai manakala dua orang budak lelaki mengangkat tong sampah untuk dibuang.

Page 11: Teknik jawab soalan BM K2
Page 12: Teknik jawab soalan BM K2

idea

1. Mengadakan sukan.

2. Berlari.

3. Bersorak.

4. Merawat.

5. Mencatat.

Page 13: Teknik jawab soalan BM K2

Contoh Jawapan 1. Sebuah sekolah telah mengadakan sukan

tahunan di padang.2. Beberapa orang peserta lumba lari sedang

berlari dengan pantas di lorong yang disediakan.

3. Para penyokong yang hadir telah bersorak kepada pasukan masing-masing untuk memberi semangat.

4. Beberapa orang ahli Bulan Sabit Merah sedang merawat beberapa orang murid yang tercedera semasa sukan tersebut.

5. Seorang guru sedang mencatat rekod bagi acara lompat tinggi.

Page 14: Teknik jawab soalan BM K2
Page 15: Teknik jawab soalan BM K2

idea

1. Berkelah.

2. Menyediakan makanan.

3. Membaca surat khabar.

4. Membina istana pasir.

5. Mandi di laut.

Page 16: Teknik jawab soalan BM K2

Contoh Jawapan

1. Encik Aiman berkelah di tepi pantai bersama keluarganya.

2. Isteri Encik Aiman sedang menyediakan makanan untuk keluarganya di atas sebidang tikar.

3. Encik Aiman sedang membaca senaskhah surat khabar sambil mendengar radio.

4. Dua orang anak perempuan Encik Aiman sedang membina istana pasir yang besar.

5. Beberapa orang budak sedang mandi-manda di laut yang kelihatan tenang.

Page 17: Teknik jawab soalan BM K2
Page 18: Teknik jawab soalan BM K2
Page 19: Teknik jawab soalan BM K2
Page 20: Teknik jawab soalan BM K2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU

KERTAS 2

BAHAGIAN B

Page 21: Teknik jawab soalan BM K2

FORMAT PENULISAN BAHAGIAN B

1. JENIS INSTRUMENT - Ujian Subjektif2. JENIS ITEM - Subjektif / Respon Terbuka3. BILANGAN SOALAN - 3 soalan- pilih 1 sahaja4. JUMLAH MARKAH - 30 markah5. TEMPOH - 40 minit6. KONSTRUK YANG DITAKSIR - Kemahiran menulis karangan

berformat khusus/ berformat biasa.

Page 22: Teknik jawab soalan BM K2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN BAHAGIAN B

• Baca kesemua soalan yang diberi.

• Garis kata kunci / kehendak soalan.

• Tentukan format umum atau khusus.

• Buat pilihan berdasarkan pengetahuan yang ada.

• Mencatat isi-isi penting /peta minda.

• Mengarang dengan membina ayat gramatis.

• Menyemak ayat, tanda baca, ejaan dan kosa kata.

Page 23: Teknik jawab soalan BM K2

CONTOH SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2BAHAGIAN B

Bahagian B[Masa yang dicadangkan : 40 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurangdaripada 80 patah perkataan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Gambarkan suasana pada hari tersebut.

ATAU

2. “Belajar Melalui Kelas Bimbingan Lebih Berkesan daripada Belajar Sendiri”. Sebagai pihak pencadang dalam satu pertandingan bahas, tuliskan karangan perbahasan kamu itu berdasarkan tajuk tersebut selengkapnya.

ATAU

3. Seorang rakan kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita di peringkat daerah. Kamu menghubunginya melalui telefon untuk mengetahui rahsia kejayaannya. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.

Page 24: Teknik jawab soalan BM K2

KERTAS 2 – BAHAGIAN B

KaranganFormat Khas

KaranganFormat Umun

Fakta CeritaSituasi

Biografi Gambaran

RangsanganPeribahasaAutobiografi

PerbincanganPenerangan

BeritaCatatanLaporanUcapan

CeramahSyarahan

PerbahasanDialog / Temu RamahSurat Kiriman Rasmi

Surat Tak Rasmi

Page 25: Teknik jawab soalan BM K2

BERITA

LIMA MAUT DI JALAN RAYA

TAIPING, Rabu -

Page 26: Teknik jawab soalan BM K2

CATATAN HARIAN

LAWATAN KE PULAU PINANG

23 Jun 2006, Sabtu

7.00 pagi -

9.00 pagi -

Page 27: Teknik jawab soalan BM K2

LAPORAN

LAPORAN HARI KANTIN

Laporan disediakan oleh, 24 JUN 2006.

……………………………

(ABDUL WAHAB B. BUANG)

Setiausaha Hari Kantin,

SK. Asam Kumbang.

Page 28: Teknik jawab soalan BM K2

UCAPAN/CERAMAH/SYARAHAN/PERBAHASAN

UCAPAN PERSARAAN

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Guru Besar SK. Asam Kumbang, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamuaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 29: Teknik jawab soalan BM K2

DIALOG

TEMU RAMAH TOKOH PELAJAR

Ahmad :

Ali :

Page 30: Teknik jawab soalan BM K2

SURAT KIRIMAN RASMIPersatuan Bahasa Melayu,SK. Asam Kumbang,34000 Taiping.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru Besar,SK. Asam Kumbang,34000 TAIPING. 13 JULAI 2006.

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar

2.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,………………………….(ABDUL WAHAB B. BUANG)Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,SK. Asam Kumbang.

Page 31: Teknik jawab soalan BM K2

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

15, Jalan Melur,

Taman Bunga, 34000 Taiping.

13 Julai 2006.

Menemui sahabatku Ali b. Baba yang berada di Ipoh dengan selamatnya.

Saudara,

Yang benar, ………………. (Kasim)

Page 32: Teknik jawab soalan BM K2

Pengenalan

Idea 2

Idea 3

Idea 4

Penutup

TENTUKAN

FORMAT UMUM

ATAU

FORMAT KHAS

40 MINIT

30 MARKAH

MELEBIHI

80 P.P.

Tulisan kemas

CARA 2

Idea 1

Page 33: Teknik jawab soalan BM K2

Jenis : GambaranSoalan: Kamu telah mengikut ibu kamu ke sebuah pasar malam. Gambarkan suasana di pasar malam itu.Idea :

Pengenalan Sabtu Kamunting Ibu

Idea 1 Riuh-rendah Pengunjung Sesak

Idea 2 Gerai Makanan Pakaian

Idea 3 Memilih Tawar-menawar Membeli

Idea 4 Peminta sedekah Ubat-ubatan menangis

Penutup Pulang Gembira Lega

Page 34: Teknik jawab soalan BM K2

Suasana di Sebuah Pasar Malam

Pada hari Sabtu yang lalu saya pergi ke sebuah pasar malam. Pasar malam itu terletak di Kamunting. Kali ini saya pergi dengan ibu.

Dari jauh kedengaran suara riuh-rendah. Ramai pengunjung yang datang ke pasar

malam itu. Keadaannya sungguh sesak.

Banyak gerai yang didirikan oleh para peniaga. Ada yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Ada juga yang menjual pakaian baharu dan yang terpakai.

Para pengunjung sibuk memilih barang-barang yang hendak dibeli oleh mereka. Proses tawar-menawar juga berlaku antara penjual dengan pembeli untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Setelah berpuas hati, barulah mereka membelinya.

Selain itu, terdapat beberapa orang peminta sedekah yang cacat penglihatan. Tidak ketinggalan juga ada yang menjual ubat-ubatan tradisional orang-orang Melayu. Sekali-sekala kedengaran kanak-kanak menangis meminta sesuatu barang daripada ibu bapa mereka.

Setelah membeli barang keperluan, kami pun pulang ke rumah. Saya sungguh gembira

dapat menemani ibu ke pasar malam. Sungguh lega rasanya apabila keluar dari pasar malam itu.

Page 35: Teknik jawab soalan BM K2

Jenis : LaporanSoalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan pertandingan bercerita. Sebagai setiausaha, kamu diminta menyediakan laporan aktiviti pertandingan tersebut.Idea :

Pengenalan 12 Februari 2007 Dianjurkan Dewan

Idea 1 8.00 pagi Semua murid Dirasmikan

Idea 2 Peserta Tahap Berketrampilan

Idea 3 Tajuk 10 minit Menarik

Idea 4 Hakim Hadiah Juara

Penutup Jamuan Lancar Bersurai

Page 36: Teknik jawab soalan BM K2

LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA

Pada 12 Februari 2007 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang telah mengadakan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Majlis itu berlangsung di dewan sekolah.

Pertandingan bercerita itu bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 menyaksikan pertandingan itu. Pertandingan bercerita itu telah dirasmikan oleh Guru Besar.

Sebanyak 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tahap 1 dan tahap 2. Semua peserta yang terpilih adalah berketrampilan.

Tajuk cerita yang disampaikan adalah bebas. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah 10 minit. Persembahan para peserta adalah sungguh menarik dan menghiburkan.

Hakim-hakim terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah ini. Hadiah yang disediakan berupa piala dan sijil. Juara pertandingan ini ialah Siti Aminah bt. Alias bagi tahap 1 dan Adnan b. Adlan bagi tahap 2.

Jamuan telah diadakan untuk para guru dan hakim. Pertandingan ini telah berjalan dengan lancar. Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengah hari. Laporan disediakan oleh, 14 FEBRUARI 2007.…………………..(AMIN B. ATAN)Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,SK. Asam Kumbang, Taiping.

Page 37: Teknik jawab soalan BM K2

BAHASA MELAYU KERTAS 2

(UPSR)

TEKNIK MENJAWAB

BAHAGIAN C

Page 38: Teknik jawab soalan BM K2

FORMAT PENULISAN BAHAGIAN C

1. JENIS INSTRUMENT - Ujian Subjektif2. JENIS ITEM - Subjektif / Respon Terhad3. BILANGAN SOALAN - 1 soalan wajib dijawab4. JUMLAH MARKAH - 20 markah5. TEMPOH - 20 minit6. KONSTRUK YANG DITAKSIR - Memahami dan mengulas (Diberi petikan)

Page 39: Teknik jawab soalan BM K2

Tulis beberapa nilai yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan

di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50

patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Contoh Soalan

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikandi bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Page 40: Teknik jawab soalan BM K2

Contoh Nilai Murni

amanah, bertimbang rasa, bersopan-santun, bekerjasama, beradap, berdikari, berani, bertolak-ansur, berhati-hati, berusaha, berterus

terang,

bertanggungjawab, berperikemanusiaan, beriman, berinovasi, berdisiplin, berwawasan, bersyukur, bercakap benar,

berterima kasih, dermawan, hormat-menghormati, ikhlas, jujur,

kreatif, merendah diri, memahami, menepati janji, menepati masa,

merendah diri/tawaduk, mengenang jasa, mengikut nasihat, penyayang, prihatin, pemaaf, patuh, patriotik, pengasih/penyayang,

rajin, sabar, sedia berkhidmat, setia, simpati, tenang, tabah/tidak berputus asa, tegas, teliti, taat, telus, tawakal,

Page 41: Teknik jawab soalan BM K2

Langkah Menjawab

1) Baca petikan yang diberi dengan teliti.2) Baca setiap baris ayat untuk mendapatkan nilai atau

pengajaran yang tersurat atau tersirat.3) Catatkan idea.4) Bina ayat yang gramatis. - kita mesti, kita hendaklah, kita seharusnya, kita

sewajarnya, kita sepatutnya, kita perlu,…5) Guna penanda wacana yang sesuai.6) Semak kosa kata, tanda baca dan ejaan.

Page 42: Teknik jawab soalan BM K2

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ibu Naufal melarangnya keluar rumah pada waktu malam tetapi larangan itu tidak diendahkannya. Setiap malam, dia pasti keluar bersama-sama rakannya. Mereka sering kali berbual-bual di tepi persimpangan jalan taman perumahan mereka. Kerja sekolah tidak dipedulikannya.

Pada suatu malam, ketika Naufal dan rakan-rakannya berada di persimpangan jalan itu, sebuah kereta yang hilang kawalan terbabas menuju ke arah mereka. Kereta yang laju itu melanggar tembok tempat mereka duduk. Tindakan pantas mereka dengan melompat dari tempat itu telah menyelamatkan nyawa masing-masing. Walaupun begitu, kaki Naufal patah kerana terjatuh ke dalam longkang. Naufal menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya.

Page 43: Teknik jawab soalan BM K2

Pengajaran

1. Mendengar nasihat.

2. Menghargai masa.

3. Bertanggungjawab

4. Berhati-hati.

5. Insaf.

Page 44: Teknik jawab soalan BM K2

CONTOH JAWAPAN

Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti mendengar nasihat ibu bapa yang mahukan kita menjadi anak yang baik. Kita patut menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Selain itu, kita perlu bertanggungjawab menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Seterusnya, kita sewajarnya berhati-hati ketika berada di kawasan jalan raya. Akhir sekali, kita seharusnya insaf jika telah melakukan sesuatu kesilapan.

Page 45: Teknik jawab soalan BM K2

Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50

patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Razif murid yang rajin menelaah pelajaran. Pada masa yang sama juga, dia selalu membantu ibu dan bapanya di rumah. Antara kerja yang sering dilakukan seperti membasuh pinggan mangkuk dan menyapu sampah. Secara tidak langsung, dia dapat meringankan beban kerja ibunya. Razif juga mempunyai hobi. Dia suka membaca buku cerita sama ada cerita kanak-kanak atau cerita rakyat. Terdapat koleksi buku yang banyak di rumahnya. Buku-buku tersebut disimpan dengan rapi di dalam almari. Razif amat pandai membaca. Ada juga hadiah daripada kakaknya. Cerita-cerita yang dia baca amat bermakna dan memberi pengajaran kepadanya.

Page 46: Teknik jawab soalan BM K2

Nilai/Pengajaran

1. Tekun.

2. Tolong-menolong.

3. Baik hati.

4. Menghargai masa.

5. Cermat.

Page 47: Teknik jawab soalan BM K2

Contoh jawapan

Amalan baik yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti tekun dalam pelajaran. Kita patut tolong-menolong antara satu sama lain terutama apabila berada di rumah. Selain itu, kita juga perlu baik hati dengan ibu bapa kita. Seterusnya, kita sewajaranya menghargai masa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah. Akhir sekali, kita seharusnya cermat menggunakan barang-barang kepunyaan kita agar boleh disimpan dengan lebih lama.

Page 48: Teknik jawab soalan BM K2

Sekian,semoga berjaya!