teknik berkesan close sale di facebook
DESCRIPTION
Teknik Berkesan Close Sale Di FacebookTRANSCRIPT
1 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Teknik Berkesan Close
Sale Di Facebook
Ketahui teknik mudah dan berkesan untuk mencairkan
hati pembaca dengan ayat close sale anda.
2 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
3 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Kandungan. M/s
4 PERKARA PENTING 4
PLAN CLOSE SALE……………………
10
TANGKAP PELANGGAN BERPOTENSI……………………
21
18 IDEA FOLLOW UP …………………….
23
PENUTUP.
30
4 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
4 PERKARA PENTING SEBELUM MEMBUAT CLOSE SALE
Assalammualaikum, salam sejahtera. Sebelum kita ketahu cara close sale, 4 Perkara ini amat penting.. iaitu cara membuat Text Iklan.
Menjual produk di facebook adalah lubuk wang di internet. Namun, jika produk
tersebut tidak berkualiti, ia hanya akan membantutkan usaha anda untuk
menjana sebanyak mungkin pendapatan menerusi jualan produk. Produk yang
berkualiti akan di agung-agungkan manakala produk yang rendah mutunya akan
di hindari oleh pembeli
Produk yang berkualiti bukanlah bergantung kepada harga atau kualiti, cover yang
bagus dan tajuk yang menarik. Produk yang berkualiti bergantung kepada sejauh
mana maklumat yang anda jual sampai kepada pembeli.
Contohnya :
Jika anda menjual produk panduan memulakan perniagaan, produk tersebut
mestilah boleh membantu si pembeli memulakan perniagaannya selepas
menggunakan produk anda. Sokongan kepada pembeli perlulah hebat. Produk
5 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
yang berjaya menyampaikan maklumat yang di jual adalah produk yang bermutu
tinggi.
Jika penyampaian maklumat tidak menepati objektif anda, ia adalah produk yang
hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Untuk membantu anda menghasilkan
produk yang berkualiti tinggi, saya senaraikan empat langkah utama iaitu
-Untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, anda harus kenal pasti
masalah dahulu.
- Kenal pasti penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah
pelanggan.
6 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
-Di samping menyelesaikan masalah, anda perlu fokus pada tujuan produk digital
tersebut di hasilkan.
-Akhirnya, barulah anda memikirkan tajuk yang paling sesuai untuk anda letakkan
pada iklan anda.
Tidak Faham? Ok tidak mengapa, saya terangkan lagi.
Masalah
Lihat keadaan sekeliling anda dan kenal pasti satu masalah. Di sekeliling anda
pasti ada masalah. Lihat masalah yang mengganggu jiran anda, ahli keluarga anda,
ibu bapa anda, anda sendiri dan rakan-rakan anda. Untuk memudahkan urusan
anda, anda pilih beberapa orang dan catat semua masalah yang membelenggu
mereka di atas satu kertas kosong.
Dari banyak-banyak masalah, anda pilih satu masalah yang ada pada semua orang
yang anda pilih tersebut. Namun, anda bebas untuk memilih masalah yang anda
rasa menarik di hadapi oleh orang-orang yang anda pilih.
Penyelesaian.
Selepas mengenalpasti masalah, anda cuba cari jalan penyelesaian kepada
masalah yang anda pilih tadi.
7 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Contohnya :
Jika anda menjual produk ebook/digital berkenaan KEWANGAN.
Masalah yang anda kenal pasti adalah masalah kewangan, anda cari penyelesaian
untuk menyelesaikan masalah kewangan tersebut.
Penyelesaian perlulah menyeluruh atau khusus. Bagi masalah kewangan, ada
berbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antaranya,
Panduan menyelesaikan hutang.
Panduan jimat wang.
Panduan meminjam
Panduan perlaburan wang.
Panduan perniagaan bagi mereka yang ada masalah kewangan.
Panduang pengurusan wang.
Terdapat berbagai penyelesaian. Anda boleh tulis penyelesaian secara
menyeluruh atau khusus pada satu-satu kemahiran. Pilih yang anda rasa terbaik.
8 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Tujuan produk.
Langkah seterusnya adalah menentukan tujuan produk anda. Berdasarkan
penyelesaian yang anda pilih tadi, anda tentukan tujuan produk anda di tulis.
Contohnya bagi masalah kewangan, anda memilih penyelesaian adalah
berkisarkan teknik menguruskan wang
Jadi, anda perlu fokus bahawa tujuan produk anda di tulis adalah untuk
membantu orang menguruskan wang. Tujuan produk anda bukanlah
menyelesaikan masalah orang tetapi bertujuan membantu orang ramai
menguruskan wang mereka sendiri.
9 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Tajuk Iklan.
Sekarang dan langkah terakhir adalah memilih tajuk bagi iklan anda. Pilih satu
tajuk yang menarik dan catchy.
Ini contoh text iklan nya :
*Anda juga boleh tambahkan dengan MASALAH PELANGGAN DAN TUJUAN.
10 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
PLAN CLOSE SALE
Setiap tindakan anda harus ada plan dan perancangan untuk meningkatkan jualan di
dalam fan page.
Saya percaya Ramai yang sudah tahu membuat iklan fb ads. Tetapi masih ramai yang
mengalami masalah untuk membuat jualan.
INGAT! Jualan terhasil dari bagaimana kita membuat close sale.
Baiklah untuk topik ini saya mungkin akan terangkan dengan secara detail. Sila
fahamkan dengan betul betul.
11 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
PLAN PERTAMA CLOSE SALE PANTAS
AMARAN ! Hanya sesuai jika harga Produk Di Bawah RM60
Ini Contoh Text Iklan Jualan Terus.
12 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
13 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
PLAN KEDUA CLOSE SALE
Jika Anda sudah faham konsep text iklan dengan GAYA EFEKTIF dan MEMBERI IMPAK.
Saya akan terangkan bagaimana untuk membuat Close sale, sila fahamkan dengan betul
betul.
Selalu tak anda mendapat pm inbox seperti ini :
Harga? Berapa Harga? Price? Dan sebagainya.
Selalu kan? Atau Tidak?
Pelanggan yang bertanyakan seperti itu, mengikut kajian saya, ada yang hanya bertanya
sahaja, ada juga yang berminat, ada juga yang benar benar ingin membeli.
14 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Bagaimana pula jika anda mendapat pm inbox seperti ini
- Saya Nak Order 1pcs
- Saya Berminat, macam mana nak beli?
Pelangan jenis ini peratusan untuk membeli, sangat baik…. Kerana Mereka benar benar
mempunyai masalah, sebab itu mereka tidak kisah berapa harganya. Selalunya mereka
yang bertanya harga. Solusinya hanya ada dua. Iaitu MINAT ATAU TIDAK.
Anda boleh memberi ayat pm jualan terus jika mereka bertanya seperti ini
15 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
16 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
PLAN KETIGA CLOSE SALE
Apa yang perlu kita perhatikan, usahawan yang membuat close sale ketika menerima
pm inbox fan page seperti itu, ada terdapat 3 golongan usahawan member pendapat :-
1. Golongan pertama, Ada yang mengatakan, hanya perlu menjawab soalan, iaitu
HARGA PRODUK.
2. Golongan kedua, Ada juga yang mengatakan, balas dengan segala detail harga
dan cara tempah
3. Golongan ketiga, jawab soalan dan bertanya semula.
Saya amat sarankan anda mengunakan cara ke-3 iaitu JAWAB DAN SOAL.
Skripnya mungkin seperti ini, contohnya :
Pelanggan – “ Berapa harga xxx? “
Anda – “ Terima kasih kerana berminat dengan XXX, harganya Cuma RMxx, cik/puan
mahu berapa pcs ya? “
17 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Ada beberapa faktor kenapa saya sarankan anda menggunakan cara SOAL DAN JAWAB.
1. Mungkin pelanggan tersebut tidak online ketika anda membalasnya
2. Mungkin juga pelanggan tersebut sekali sekala sahaja online
3. Atau mungkin juga pelanggan tersebut hanya online facebook di pejabat sahaja.
Jika kita JAWAB DAN SOAL kembali, walaupun pelanggan tersebut akan online facebook
pada minggu depan. Kemungkinan mereka akan lupa apa yang mereka minat? Betul
bukan?
Jadi , jika kita menjawab
1. Nama produk
2. Harga
3. Dan Soal Kembali.
Peratusan mereka ingat sangat baik dan perasaan minat masih ada.
18 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
PLAN KEEMPAT CLOSE SALE
Soalan berkaitan PRODUK,
Soalan jenis ini, saya percaya berada pada tahap sederhana jika anda menjual produk
kesihatan dan kecantikan. Kadang kala, anda juga tiada masa nak menjawab soalan
seperti ini, betul bukan?
Apa yang perlu kita lakukan :-
Sediakan Soalan yang bakal di tanya dan sertakan sekali jawapannya, catat di dalam
buku, dalam notepad, fail word dan sebagainya..
19 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Contohnya :
- Soalan Pelanggan :- “ Boleh rawat jerawat tak kak? “
Anda :- “ Boleh, kerana ianya boleh merawat jerawat batu atau jerawat kecil
termasuk parut, ada testimoni yang telah merawat jerawat ini dalam masa
seminggu, berikut testimoninya – [ LINK GAMBAR TESTIMONI ]
Adakah encik berminat? “
20 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN
“ Boleh, kerana ianya mengandungi aloe vera, rumpai laut, XXX dan
sebagainya.. “
Adakah anda membacanya, juga berminat? TIDAK bukan.. kerana saya percaya, rata rata
bakal pelanggan anda, bukan semua tahu tentang kebaikan kandungan dalam isi produk
tersebut.
Jadi kenapa kita memeningkan kepala mereka, sedangkan mereka mahu menyelesaikan
masalah yang mereka alami sahaja. Betul bukan?
21 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
TANGKAP PELANGGAN BERPOTENSI
Mesej pm kedua yang pelanggan anda balas, ketika ini telah menunjukkan mereka benar
benar berminat. Tindakan selanjutnya yang boleh anda lakukan , contohnya :
22 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Jawapan Mesej Kedua Pelanggan: - “ Macam mana Nak Bayar ”
Anda : Encik mahu akaun maybank atau cimb?
Mana satu yang mudah bagi encik?
Pelanggan : Maybank
Anda :
Untuk membuat tempahan sila buat bayaran 1pcs hanya RMxx ke salah satu akaun
berikut :
Maybank – xxxxxxxxxx - nama
Berikan NAMA, ALAMAT, KUANTITI, NO.TEL, MASA & TARIKH BAYARAN
Ke - 019-XXXXXXX
Terima Kasih
23 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
18 IDEA FOLLOW UP
Bukan semua yang akan membuat pembelian dalam masa 24jam, ada beberapa faktor
yang membuatkan mereka perlukan masa untuk berfikir. Contohnya :
- Testimoni kurang menyakinkan
- Harga terlalu mahal
- Belum gaji
- Dan Sebagainya
Jadi bagaimana kita nak atasinya , ya… melalui FOLLOW UP , dengan membuat follow up
seminggu sekali, saya percaya peratusan kepercayaan dan keyakinan mereka untuk
membeli, masih ada.
24 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
PENTING ! – Follow up harus dilakukan jika ada pelanggan yang tidak membalas pm
anda sekian lama, contohnya 3-4 hari tanpa maklum balas.
Berikut 18 idea follow up yang boleh anda lakukan :-
1. Follow Up Harga naik.
Mesej yang mengatakan produk akan di naikkan harga dalam masa terdekat.
Yakinkan si pembaca dengan mengatakan anda terpaksa menaikkan harga
kerana sebab-sebab tertentu. Katakan juga anda sedang mengalami kerugian
kerana menjual pada harga yang murah.
2. Follow Up Pembayaran mudah.
Beritahu bahawa anda sudah menyediakan pembayaran produk cara murah. Jika
sebelum ini tiada option kad kredit, anda boleh tambahkan option tersebut dan
beritahu pada mereka. Jika produk anda harga mahal, anda boleh benarkan
pembeli untuk membayar secara ansuran
25 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
3. Follow Up Server down
Katakan pada mereka, server internet anda mengalami gangguan kerana terlalu
ramai pelawat yang melawat laman web anda atau terlalu banyak tempahan
yang terpaksa di uruskan..
4. Follow Up Kurangkan harga.
Katakan pada mereka, anda telah kurangkan harga produk yang di jual di
sebabkan terdapat ramai orang yang mahu membeli tetapi mereka tidak mampu.
Kurangkan harga dan wujudkan kuota. Katakan pada mereka, anda memang
benar-benar ikhlas untuk membantu mereka mendapatkan produk itu.
5. Follow Up Tambahan Bonus.
Wujudkan satu lagi bonus untuk pembeli produk dan katakan pada mereka bonus
itu istimewa dan sangat-sangat terhad. Beritahu selengkap mungkin maklumat
mengenai bonus itu.
26 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
6. Follow Up Jualan hampir tamat
Buat follow up bahawa jualan sudah hampir tamat dan mereka boleh dapatkan
sekarang atau akan menyesal pada kemudian hari nanti.
7. Follow Up Amaran kuantiti.
Wujudkan satu suasana kecemasan, katakan produk anda semakin laris dan mula
mencapai kuota atau sasaran anda. Katakan pada mereka rahsia di dalam produk
anda itu bakal tersimpan selama-lamanya.
8. Follow Up ketika waktu cuti.
Hantar Follow Up pada pelanggan yang pm anda selepas hari cuti. Ceritakan
kenangan indah anda ketika percutian dan kaitkan faedah di dalam produk anda
dengan percutian anda.
27 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
9. Follow Up Jawab Soalan.
Tulis Follow Up berbentuk Question and Answer. Cari sebanyak mungkin soalan
yang relevan dengan produk anda dan tulis jawapannya sekali. Teknik ini bagi
menghuraikan persoalan tersirat di dalam minda pelanggan anda.
10. Follow Up Percubaan percuma.
Bina satu konsep free trial sama ada dalam harga yang rendah atau percuma
terus pada masa tertentu. Di dalam free trial itu, ceritakan secara ringkas
mengenai produk anda itu.
11. Follow Up Bonus produk sudah hampir habis.
Ceritakan pada pelanggan anda bahawa bonus yang di beri bersama-sama
dengan produk anda adalah terhad dan ia semakin menghampiri kuota yang di
benarkan. Ceritakan mengenai kehebatan bonus anda itu.
12. Follow Up Pengumuman pakej.
Jika produk yang anda jual kurang mendapat sambutan, mungkin anda boleh
pecah-pecahkan mengikut kategori dan letakkan pada harga yang berlainan.
Sudah tentu, mereka akan dapat diskaun jika mereka beli semua pakej.
28 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
13. Follow Up Testimoni dalam bentuk mesej inbox.
Tunjukkan pada pelanggan anda testimoni yang anda terima. Kalau boleh
sertakan dalam bentuk screen shot supaya pelanggan akan lebih cair akan
tawaran anda.
14. Follow Up Lebihkan produk dan masa.
Ceritakan berkenaan dengan produk anda. Katakan pada mereka betapa lakunya
produk anda dan anda terpaksa menutup jualan kerana kuota telah hampir
penuh. Namun, khas untuk para pelanggan tersebut, anda lanjutkan tawaran
untuk produk tersebut.
15. Follow Up Keputusan jualan.
Ceritakan pada pelanggan anda berkenaan dengan jumlah jualan yang di terima
oleh anda.
16. Follow Up testimoni kadar yang cepat.
Ceritakan pada mereka berkenaan dengan pembeli yang mendapat keputusan
cepat apabila menggunakan produk yang anda jual itu.
29 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
.
17. Follow Up Support.
Ceritakan pada mereka mengenai cara anda membantu pelanggan lain dengan
memberi bantuan yang bertepatan seperti menyediakan group support dan
sebagainya. Penceritaan anda secara tidak langsung akan memberi gambaran
pada pembeli bahawa produk anda sangat bagus.
18. Follow Up Rumusan mengenai kesibukan.
Ceritakan bagaimana sibuknya anda sejak anda menjual produk anda itu.
Ceritakan suka dan duka anda. Ini secara tidak langsung memberi gambaran
produk anda mendapat sambutan yang hangat.
30 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page
Kesimpulan.
Tujuan utama saya berkongsikan TEKNIK BERKESAN CLOSE SALE DI FACEBOOK adalah
untuk anda menarik perhatian bakal pelanggan mengenai produk anda. Setiap strategi
mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
www.bforbiz.com
31 Teknik Berkesan Close Sale Dalam Fan Page