team leadership

2
TEAM LEADERSHIP WEEK 10 Pembentangan dan perbincangan pada minggu ini adalah berkenaan dengan kepimpinan berpasukan. Berikut adalah refleksi dan apa yang dapat saya fahami serta rumuskan berkenaan topik ini. kepimpinan dalam kumpulan organisasi atau kerja berpasukan menjadi salah satu pendekatan atau teori kepimpinan yang sedang berkembang pesat dewasa ini. Kumpulan organisasi adalah merujuk kepada ahli-ahli yang berkongsi maklumat yang sama dan menyelaras aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat yang ditetapkan bersama. Contoh kumpulan -kumpulan seperti ini terdiri daripada pasukan pengurus projek, pasukan kualiti dan sebagainya. Kepimpinan berpasukan adalah satu proses seseorang mempengaruhi orang lain secara berkumpulan bagi mencapai suatu objektif atau matlamat dan membawa organisasi itu mencapai kecemerlangan. Pemimpin mengendalikan proses ini dengan mengaplikasikan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada ahli kumpulan iaitu kepercayaan, nilai, etika, sikap, pengetahuan dan kemahiran. Bagi mencapai hasrat itu, seorang pemimpin perlu menggalakkan pengikut bagi mencapai matlamat yang diperjelaskan itu secara bersama dan bukannya mengarah pengikut mencapai matlamat yang dihasrat oleh pemimpin. Kepimpinan berpasukan digalakkan terutama dalam organisasi sekolah. Pengetua sebagai pemimpin di sekolah seharusnya bekerjasama dan bersepakat dengan guru-guru bagi mewujudkan sebuah organisasi sekolah yang cemerlang melalui kepimpinan

Upload: erin-pitts

Post on 17-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

team

TRANSCRIPT

TEAM LEADERSHIPWEEK 10Pembentangan dan perbincangan pada minggu ini adalah berkenaan dengan kepimpinan berpasukan. Berikut adalah refleksi dan apa yang dapat saya fahami serta rumuskan berkenaan topik ini.kepimpinan dalam kumpulan organisasi atau kerja berpasukan menjadi salah satu pendekatan atau teori kepimpinan yang sedang berkembang pesat dewasa ini. Kumpulan organisasi adalah merujuk kepada ahli-ahli yang berkongsi maklumat yang sama dan menyelaras aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat yang ditetapkan bersama. Contoh kumpulan -kumpulan seperti ini terdiri daripada pasukan pengurus projek, pasukan kualiti dan sebagainya.

Kepimpinan berpasukan adalah satu proses seseorang mempengaruhi orang lain secara berkumpulan bagi mencapai suatu objektif atau matlamat dan membawa organisasi itu mencapai kecemerlangan. Pemimpin mengendalikan proses ini dengan mengaplikasikan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada ahli kumpulan iaitu kepercayaan, nilai, etika, sikap, pengetahuan dan kemahiran. Bagi mencapai hasrat itu, seorang pemimpin perlu menggalakkan pengikut bagi mencapai matlamat yang diperjelaskan itu secara bersama dan bukannya mengarah pengikut mencapai matlamat yang dihasrat oleh pemimpin.Kepimpinan berpasukan digalakkan terutama dalam organisasi sekolah. Pengetua sebagai pemimpin di sekolah seharusnya bekerjasama dan bersepakat dengan guru-guru bagi mewujudkan sebuah organisasi sekolah yang cemerlang melalui kepimpinan berpasukan. Perkara penting bagi merealisasikan matlamat itu adalah dengan komunikasi berkesan antara pengetua dengan semua pihak seperti pegawai pendidikan, ibu-bapa dan pelajar-pelajar.Iklim kolaborasi akan terbentuk sekiranya semua pihak boleh bertolak ansur dan menerima segala pendapat mahupun kritikan membina daripada ahli-ahli. Guru-guru juga mudah menyuarakan pandangan, meminta nasihat daripada pengetua dan ahli-ahli lain dalam pasukan sekiranya ada sebarang masalah. Oleh itu, terpulang kepada kewibawaan pengetua kerana hanya pengetua yang berketerampilan menjamin keberkesanan kepimpinan berpasukan.