tanggam skm

54
DUTY 04 : TANGGAM

Upload: nur-azira-fauzi

Post on 17-Feb-2016

97 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

TANGGAM

TRANSCRIPT

Page 1: TANGGAM SKM

DUTY 04 : TANGGAM

Page 2: TANGGAM SKM

 

PENGENALAN

         Tanggam merupakan teknik penyambungan kayu yang telah diamalkan oleh orang melayu

terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan. Dalam seni bina warisan melayu,

kaedah tanggam menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan untuk membentuk satu

ikatan kerangka yang kukuh. kekuatan ini bergantung pada mutu jalinan kaedah penyambungan

tersebut. satu ciri unik dalam sistem tanggam tradisi ialah wujudnya elemen pengunci sebagai

pengukuh keseluruhan kerangka bangunan. "Pemeting" atau "cemat penetap" dipasang pada

komponen terakhir sesuatu bentuk sambungan yang bertindak sebagai pengunci. sambungan

tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu

persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya boleh dipasang semula.

            Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu, ia tidak

dikunci dan mudah dipisahkan. ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih,

pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan

tanpa merosakkan bahagian kayu terbabit. Proses pembinaan tanggam boleh dilakukan ndengan

memnggunakan peralatan tangan dan mesin. Tanggam digunakan dengan meluas dalam

pertukangan kayu dan perbuatan perabot. Kebirataan dalam teknik tanggam ini menjadikanya

sebagai salah satu saya cipta warisan melayu yang unggul.

Objektif

1. Mengenalpasti pelbagai jenis tanggam dan kegunaannya.

2. Mengetahui kaedah pembinaan tanggam. 

3. Mengetahui bahagian tanggam.

4. Mengetahui kepentingan tanggam.

Page 3: TANGGAM SKM

04.01 : Tanggam Melebar

Tanggam melebar digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk dijadikan

kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan perabot, dinding

dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke tepi dengan

menggunakan bahan pelekat seperti glu. Antara jenis tanggam melebar adalah:

a)      Tanggam glu gesel

b)      Tanggam penetap

c)      Tanggam lidah dan lurah

d)      Tanggam tetingkat

Tanggam Glu Gesel

Tanggam ini dibuat dengan menyediakan tepi kedua kepingan papan secara lurus dan bersegi

tepat dan diglukan. Untuk memastikan lekatan yang semmpurna antara papan-papan, proses ini

dilakukan dengan bantuan apit panjang. Semua papan yang hendak di sambung itu disediakan

dan disapu dengan glu disebelah tepinya, kemudian semuanya diapitkan sekaligus. Glu yang

berlebihan akan keluar apabila papan-papan diapitkan. Tanggam ini dibuat dengan menyambung

beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar dan dgunakan untuk membuat

permukaan meja,tempat duduk, pintu, panel dan sebagainya. Untuk membuat tanggam ini, kayu

Page 4: TANGGAM SKM

yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan juga lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki

supaya memudahkan untuk diketam(diratakan).

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, apit panjang, pensel tukang, tolok penanda, gergaji kerat,

ketam pelican, tolok rata, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), glu

Langkah kerja :

1.      Mengetam lurus tepi kayu.

2.      Menguji kelurusan dan keratin tepi kayu yang telah diketam.

3.      Menyapu glu pada kedu-dua tepi kayu yang hendak dicantumkan.

4.      Mencantumkan tanggam dengan menggesel dan merapatkan kedua-dua tepi kayu dan

mengapitkannya dengan apit panjang.

5.      Uji keratan dengan tolok rata.

6.      Tanggam temu glu gesel siap dipasang.

Kegunaan tanggam

Page 5: TANGGAM SKM

-permukaaan meja

- tempat duduk 

- pintu panel,

Tanggam Penetap

Tanggam ini sama dengan tanggam temu tetapi bezanya ialah antara papan-papan kecil

dipasangkan penetap untuk menambahkan kekuatan pegangan. Penetap-penetap ini dipasangkan

dengan menggerudi lubang-lubang ditepi papan mengikut jarak yang ditentukan, diglu dan

diapit. Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada enam kali diameternya

supaya dimasukkan kedalam tepi kedua-dua papan. Tebal papan yang sesuai untuk tanggam ini

hendaklah tidak kurang daripada 12mm.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, gandin, tolok penanda, gergaji putting,

mesin gerudi dan mata gerudi, ketam pelican, tolok rata, ragum meja

Bahan : kayu ( 22mm x 44mm x180mm), kayu penetap

Langkah kerja :

1.      Mengetam kedua-dua tepi kayu sehingga lurus dan rata.

Page 6: TANGGAM SKM

2.      Menanda kedudukan penetap menggunakan sesiku L dan tolok penanda.

3.      Menebuk lubang penetap dengan kedalaman separuh daripada panjang penetap.

4.      Memasang penetap pada satu tepi kayu.

5.      Mencantumkan tanggam dengan mengetuk kedu-dua keeping kayu hingga rapat menggunakan

gandin.

6.      Tanggam yang telah siap dibina diuji keratannya dengan menggunakan tolok rata.

Kegunaan

-untuk menambah kekuatan pengangannya

-banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri

-terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja

Tanggam Lidah dan Lurah

Tanggam ini adalah tanggam lebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai papan, lapisan

dinding kayu dan panel. Tanggam ini boleh dibuat sama ada dengan alat-alat tangan ataupun

mesin. Pada tiap-tiap kepingan papan, dibuat lidah disatu tepid an lurah ditepi yang lain. Ia

dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan lantai dan pelapis dinding. Bagi kerja-kerja

perabot, tanggam ini boleh digunakan kerana kuat dan teguh.

Page 7: TANGGAM SKM

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, tolok penanda, ketam lurah, gergaji kerat,

tolok rata, ragum meja

Bahan : kayu ( 22mm x 44mm x180mm)

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda lidah dan lurah pada kedua-dua tepi kayu menggunakan tolok penanda. Tebal

lidah adalah 1/3 daripada ketebalan kayu.

2.      Menggergaji dan memahat lidah.

3.      Mengetam lurah sedalam 1/3 daripada ketabalan kayu.

4.      Mencantum tanggam dengan merapatkan kedua-dua keeping kayu.

5.      Uji keratan dengan tolok rata.

6.      Tanggam lidah dan lurah yang telah siap dipasang.

Kegunaan

-pembinaan lantai papan

-pelapisan dinding kayu

Page 8: TANGGAM SKM

-penelan

-kerja-kerja perabot

Tanggam Tetingkat

Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit. Fungsi tingkat

ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, tolok penanda, ketam lurah, gergaji kerat,

tolok rata

Bahan : kayu ( 22mm x 44mm x180mm)

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda tetingkat pada kedu-dua tepi kayu dengan ketinggian separuh daripada

ketebalan kayu.

2.      Mengetam tetingkat pada kedua-dua tepi kayu.

Page 9: TANGGAM SKM

3.      Kedua-dua keeping kayu dicantumkan.

4.      Uji keratan dengan tolok rata.

5.      Tanggam tetingkat siap dicantumkan.

Kegunaan

-menambah luas permukaan

04.02 : Tanggam Pemidang

Tanggam pemidang digunakan untuk kerja-kerja penyambungan pepenjuru atau dalam

pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung

dari tepi ke tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel pemidang gambar serta pembuatan

kerangka meja, kerusi, pintu dan tingkap. Tanggam pemidang terdiri daripada:

a)      Tanggam Lekap 

b)      Tanggam Kekang Penjuru Biasa 

c)      Tanggam Penetap 

d)      Tanggam Lubang Dan Puting 

Tanggam Lekap

Tanggam ini dibuat dengan menorah kedua-dua bahagian kepingan kayu yang akan dilekapkan.

Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya

Page 10: TANGGAM SKM

berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu :

Tanggam Lekap Siku / Berpenjuru – digunakan pada sudut pemidang yang kecil.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, gergaji putting, pahat peraut, tukul kuku

kambing, ragun meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), glu, paku.

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pada kedua-dua hujung kayu dengan sesiku L. tolok penanda digunakan

ukuran separuh ketebalan kayu.

2.      Memotong hujung kayu secara melintang.

3.      Membelah hujung kayu bagi mendapatkan lekap dengan pahat peraut.

Page 11: TANGGAM SKM

4.      Mencantumkan tanggam dan kukuhkan dengan glu dan paku.

5.      Uji ketepatan dengan sesiku L.

6.      Tanggam lekap penjuru siap dipasang.

Tanggam Lekap Penjuru Rencong – digunakan untuk membuat kumai seperti pada

rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupanya dapat melindungi ira hujung kayu.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, sesiku rencong, pensel tukang, gergaji

putting, pahat perabot, tukul kuku kambing, ganding, apit G, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), paku.

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pada kedua-dua hujung dengan sesiku rencong.

Page 12: TANGGAM SKM

2.      Menggergaji serong separuh daripada ketebalan kayu bagi mendapatkan lekap. Kayu

ditetapkan kedudukannya dengan apit G.

3.      Mengemas pin menggunakan pahat peraut.

4.      Kedua-duan kayu dicantumkan pada penjuru dengan glu dan paku.

5.      Uji ketepatan dengan sesiku L.

6.      Tanggam lekap penjuru rencong siap dipasang.

Tanggam Lekap ‘T’ – digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu

dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Page 13: TANGGAM SKM

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat

perabot,, ganding, apit G, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pin pada hujung dan soket pada tengah pemidang.

2.      Pin dipotong dengan gergaji putting.

3.      Selepas bahagian bahu digergaji soket dikemaskan dengan pahat.

4.      Pemasangan tanggam dibuat dengan mengetuk pin ke dalam soket.

5.      Keratan tanggam diuji dengan sesiku L.

6.      Tanggam lekap T siap dipasang.

Tanggam Lekap Bajang T – ia adalah serupa dengan lekap T, tetapi ia lebih kuat

menahan tarikan dari sebelah luar.

Page 14: TANGGAM SKM

Tanggam Lekap Palang – ia digunakan pada dua permukaan kayu yang bersilang.

Tanggam Kekang Penjuru Biasa

Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan putting. Tanggam ini

terdiri daripada dua bahagian pin dan cabang. Pin dan cabang ini dibuat dari 1/3 tebal kayu.

Terdapat 3 bentuk tanggam kekang yang digunakan iaitu :

Tanggam Kekang T – ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan putting

biasa pada pertemuan kedua-dua bahangian kayu jauh dari hujungnya.

Page 15: TANGGAM SKM

Tanggam Kekang Penjuru – nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan

putting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.

Tanggam Kekang Penjuru Rencong – cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-

dua belah atau sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat

daripada tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan

sebagainya.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting,

pahat perabot,, ganding, apit G, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Page 16: TANGGAM SKM

Langkah kerja :

1. Merancang tanda pada kedua-dua hujung kayu. Tolok penanda digunakan bagi

mendapatkan ketebalan pin bersamaan 1/3 daripada tebal kayu.

2. Membelah kayu bagi membuat putting.

3. Selepas mengergaji, soket dikemaskan dengan pahat.

4. Pemasangan dibuat dengan mengetuk pin hingga rata dengan soket.

5. Ketepatan diuji dengan sesiku L.

6. Tanggam kekang penjuru biasa siap dipasang.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat

perabot,, sesiku rencong, ganding, apit G, ragum meja.

Page 17: TANGGAM SKM

Bahan : kayu beroti (22mm x 44mm x 180mm), paku

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pin dan soket pada kedua-dua hujung kayu.

2.      Selepas bahagian bahu digergaji, pin diraut bagi mendapatkan ketebalan yang dikehendaki.

3.      Menggergaji dan memahat bagi menghasilkan soket.

4.      Tanggam dicantumkan dengan memasukkan pin kedalam soket.

5.      Uji ketepatan dengan sesiku L.

6.      Tanggam kekang penjuru rencong siap dipasang.

Tanggam Penetap

Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu

dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameter. Tanggam ini terdapat pada pemidang

lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot

yang dihasilkan secara dipasang sendiri.

Page 18: TANGGAM SKM

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji kerat, gerudi

giarsala dan mata gerudi, ganding, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), kayu penetap.

Langkah kerja :

1.      Menanda garisan tengah pada hujung dan sisi kayu. Kedudukan penetap dibuat dengan

menggunakan sesiku L.

2.      Menggerudi lubang dengan dalamnya separuh daripada panjang penetap.

3.      Memasukkan penetap pada sisi kayu dengan menggunakan ganding.

4.      Mencantumkan tanggam dengan mengetuk hujung kayu hingga rapat pada sisi.

5.      Uji ketepatan dengan sesiku L.

6.      Tanggam kekang penjuru rencong siap dipasang.

Page 19: TANGGAM SKM

Kegunaan

-untuk menambah kekuatan pengangannya

-banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri

-terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja

Tanggam Lubang dan Puting

Tanggam ini adalah kategori paling kuat dalam kategori tanggam emidang. Ia mempunyai

pelbagai bentuk dan tiap-tiap bentuk pula mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang

biasa digunakan ialah :

Tanggam Lubang Dan Putting Biasa – kedua-dua keping kayu yang akan

disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan

pemidang tegak. Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya

ialah lebih kurang 1/3 daripada tebal kayu berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya

melebihi 6 kali tebalnya. Jika lebar pemidang lintang tersebut lebar, maka eloklah dibuat

dua putting. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting. Seberapa

boleh, gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang.

Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan putting

untuk menguatkannya. Akan tetapi, kayu pasak yang digunakan itu akan mencacatkan

rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat

perabot.

Page 20: TANGGAM SKM

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,

ganding, apit G, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), kayu penetap.

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda putting pada hujung lubang pada tengah pemidang kayu, ketebalan putting

adalah 1/3 daripada tebal kayu dan ditanda menggunakan tolok penanda.

2.      Menggergaji hujung kayu bagi menghasilkan putting.

3.      Memahat bagi menghasilkan lubang.

4.      Tanggam dicantumakan dengan memasukkan putting ke dalam lubang.

5.      Uji ketepatan dengan sesiku L.

Page 21: TANGGAM SKM

6.      Tanggam lubang dan putting biasa yang telah siap dipasang.

Tanggam Lubang Dan Putting Berjanjang – tanggam ini digunakan apabila pemidang

lintang bertemu dengan pemidang tegak. Pemidang pada hujungnya seperti pada kali

meja dan kerusi. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal putting. Fungsi janjang

ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau

berpiuh jika pemidang tegak mengecut.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,

pahat, ganding, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), kayu penetap.

Page 22: TANGGAM SKM

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda kedudukan putting dan lubang pada kedua-dua hujung kayu menggunakan

sesiku L dan tolok penanda.

2.      Semasa menggergaji, putting kayu diapit pada ragum.

3.      Bagi memahat lubang, kayu diapit dengan apit G.

4.      Membuat janjang dengan menggunakan gergaji putting.

5.      Uji ketepatan dengan sesiku L.

6.      Tanggam lubang dan putting berjanjang siap dipasang.

Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Tinggi Rendah – sebelah bahu dikerat

panjang sedikit untuk menerima tetingkat pada pemidang tegak. Tanggam ini digunakan

apabila pemidang dibuat bertingkat seperti pada panel pintu.

Page 23: TANGGAM SKM

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,

pahat, apit G, ganding, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda kedudukan putting dan lubang pada kedua-dua hujung kayu menggunakan

sesiku L dan tolok penanda.

2.      Kayu diapit pada ragum bagi tujuan menggergaji putting.

3.      Kayu diapit dengan apit G bagi tujuan memahat lubang.

4.      Tanggam dicantumkan dengan memasukkan putting ke dalam lubang.

Page 24: TANGGAM SKM

5.      Ketepatan diuji menggunakan sesiku L.

6.      Tanggam lubang dan putting berjanjang berbahu tinggi rendah siap dipasang.

Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Sebelah – tanggam ini digunakan apabila

kayu pemidang lintah lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan

kaki meja biasa. Putting ini Cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah ½

tebal kayu melintang.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pelubang,

pahat, apit G, ganding, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Page 25: TANGGAM SKM

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda putting pada hujung dan lubang pada tengah pemidang dengan sesiku L dan

tolok penanda. Tebal susur adalah 2/3 daripada ketebalan kayu pemidang.

2.      Menggergaji dengan mengapitkan kayu pada ragum.

3.      Apitkan kayu dan pakat lubang dengan pahat pelubang.

4.      Mencantumkan tanggam dengan mengetuk hujung putting hingga rapat dengan sisi pemidang.

5.      Uji persegian dengan sesiku L.

6.      Tanggam lubang dan putting berbahu sebelah siap dipasang.

04.03 : Tanggam Siku

Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada

pada penjuru ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat dalam pembinaan kotak dan

laci serta bingkai gambar. Di antara jenis tanggam dalam kategori tanggam siku adalah :

a)      Tanggam temu 

b)      Tanggam temu tetingkat 

Page 26: TANGGAM SKM

 

c)      Tanggam tetingkat lidah berparit 

d)      Tanggam rencong biasa 

e)      Tanggam bajang tunggal 

f)       Tanggam bajang biasa 

g)      Tanggam bajang hujung litup

Tanggam Temu

Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara

bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan

pada binaan kotak atau peti biasa yang dibuat secata tepat.

Page 27: TANGGAM SKM

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, pisau penanda, sesiku L, tolok penanda, tukul kuku kambing, pensel

tukang, gergaji putting, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), paku

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pada hujung kayu menggunakan pensel dan sesiku ‘L’.

2.      Mengergaji hujung kayu yang akan dicantumkan.

3.      Selepas dipotong, kedua-dua hujung kayu dicantumkan secara bersudut tepat.

4.      Tanggam dikukuhkan dengan menggunkan paku.

5.      Uji ketepatan sambungan dengan sesiku ‘L’.

6.      Tanggam temu telah siap dipasang.

Page 28: TANGGAM SKM

Tanggam Temu Tetingkat

Ia juga dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup. Hujung salah satu kepingan kayu

dipotong lurus dan dimasukkan kedalam tingkat melintang dikepingan kayu kedua. Tetingkat ini

menambah luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukannya apabila

dipakukan seperti tanggam temu, tanggam ini juga digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru

perabot dan laci yang murah buatanya.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, pisau penanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji

putting, tukul kuku kambing, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Page 29: TANGGAM SKM

Langkah Kerja :

1.      Merancang tanda tetingkat pada satu hujung kayu dengan sesiku ‘L’

2.      Mengergaji bahu tetingkat separuh daripada ketebalan kayu.

3.      Mengergaji tetingkat.

4.      Mencantumkan tanggam dan mengukuhkannya dengan menggunakan paku.

5.      Menguji ketepatan menggunakan sesiku ‘L’.

6.      Tanggam temu tingkat siap dipasang.

Tanggam Tetingkat Lidah Berparit

 

Page 30: TANGGAM SKM

Satu daripada hujung kayu dibuat lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu kedua pula

dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut. Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkat,

tanggam ini adalah lebih kuat. Ia juga digunakan untuk membuat kotak, perabot dan laci.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat

peraut, gandin, apit G, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda untuk parit dan lidah berbahu sebelah pada kedua-dua hujung kayu.

2.      Menggergaji bahagian bahu peparit.

3.      Meraut parit dengan pahat peraut.

4.      Membuat lidah dengan menggunakan gergaji putting.

5.      Menguji ketepatan dengan sesiku ‘L’.

6.      Tanggam temu tetingkat dan berparit siap dipasang.

Page 31: TANGGAM SKM

Tanggam Rencong Biasa

Tanggam ini adalah cara yang paling senang untuk menghasilkan sedut kotak yang tidak

menunjukkan keratan kayu. Kedua-dua kepingan kayu hendaklah sama tebal. Sambungannya

dilekatkan dengan glu dan dikukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan kedalam lurah

yang digergajikan dipenjurunya secara melintang.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji putting, pahat

peraut, tukul kuku kambing, apit G, sesiku rencong, ragum meja.

Bahan : kayu beroti (22mm x 44mm x 180 mm), paku,glu kayu.

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda rencong pada kedua-dua keeping kayu dengan sesiku rencong.

2.      Kayu diapit dengan apit G semasa kerja mengerat rencong.

Page 32: TANGGAM SKM

3.      Mencantumkan kedua-dua hujung kayu yang telah dipotong rencong dengan paku.

4.      Uji ketepatan sambungan dengan sesiku L.

5.      Tanggam rencong biasa telah siap dipasang.

Tanggam Bajang Tunggal

Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu

yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat. Pin ini dibuat mengikut ekor punai.

Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1 : 6. Tanggam ini digunakan untuk

pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, papan tatah tanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji

bajang, sesiku boleh laras, pahat peraut, ganding, ragum meja.

Page 33: TANGGAM SKM

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pin pada hujung kayu dengan kecuraman 1:4 atau 1:6 menggunakan tolok

boleh laras.

2.      Menggergaji dan memahat bahu pin dengan gergaji bajang.

3.      Merancang tanda soket mengikut saiz pin.

4.      Memahat dan mengemas soket.

5.      Tanggam dicantumkan dengan memasukkan pin ke dalam soket.

6.      Tanggam bajang tunggal siap dipasang.

Tanggam Bajang Biasa

Page 34: TANGGAM SKM

Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. Keratan

hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang

diserongkan mengikut kadar 1:6, tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang

memerlukan sudut yang kuat seperti belakang laci dan pemidang dulang.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, papan tatah tanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji

bajang, sesiku boleh laras, pahat peraut, ganding, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda tiga pin pada hujung kayu dengan kecuraman 1:4 atau 1:6.

2.      Kayu diapit pada ragum semasa menggergaji pin.

3.      Merancang tanda soket mengikut saiz pin.

4.      Memahat tanda soket mengikut saiz pin.

5.      Memahat dan mengemas soket.

6.      Tanggam dicantumkan dengan memasukkan pin ke dalam soket.

Page 35: TANGGAM SKM

7.      Tanggam bajang biasa siap dicantum.

Tanggam Bajang Hujung Litup

Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak

ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin. Litup dihujung soket ini biasanya satu per tiga

hujung kayu. Tanggam ini digunakan untuk menyambung diantara gelegar lintang dengan

gelegar sambut, sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, papan tatah tanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji

putting, ganding, sesiku boleh laras, pahat peraut, apit G, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm)

Page 36: TANGGAM SKM

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pin. Panjang pin adalah 2/3 daripada ketebalan kayu pemidang.

2.      Menggergaji dan memahat bahu pin.

3.      Menanda soket mengikut saiz pin.

4.      Memahat dan mengemaskan soket secara menegak.serta memahat dan mengemaskan soket

secara condong.

5.      Mencantum pin dan soket.

6.      Tanggam bajang hujung litup siap dipasang.

04.04 Tanggam Memanjang

Page 37: TANGGAM SKM

Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk

menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.

Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan, iaitu :

a)      Tanggam skaf 

b)      Tanggam sambung jari 

 

c)      Tanggam sambung lekap 

d)      Tanggam Plat Sambut

Tanggam Skaf

Tanggam ini banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga

gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2 kali ukuran lebarnya. Ditengah-tengah

tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasang 2 atau 4

bolt bersama nat.

Page 38: TANGGAM SKM

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, Pensel tukang, gergaji putting, pahat, pelubang, ganding,

sesiku boleh laras, ragam meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), baji lipat.

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pada kedua-dua hujung kayu menggunakan sesiku L dan sesiku boleh laras.

Panjang tanggam adalah dua setengah lebar kayu.

2.      Bagi memotong, bahu kayu diapit pada ragum.

3.      Soket untuk menempatkan baji dibuat menggunakan pahat.

4.      Mencantumkan kedua-dua keeping kayu.

Page 39: TANGGAM SKM

5.      Menguji ketepatan dengan sesiku L.

6.      Tanggam skaf telah siap dipasang.

Tanggam Sambung Jari

Tanggam ini biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses

dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar kayu. Sambungan jari biasanya

dilekarkan dengan glu. Contohnya tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi

sesebuah tangga.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, sesiku boleh laras, pensel tukang, gergaji belah, pahat

peraut, ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 100mm x180mm)

Page 40: TANGGAM SKM

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda pin dan soket pada kedua hujung kayu.

2.      Menggergaji pin dengan gergaji belah.

3.      Memahat soket dengan pahat perauh.

4.      Mencantumkan tanggam dengan merapatkan kedua-dua keeping kayu.

5.      Tanggam sambung jari yang telah siap dipasang.

Tanggam Sambung Lekap

Pada hujung kedua-dua keeping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekatkan sepanjang dua

kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima

tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

Page 41: TANGGAM SKM

Tanggam Plat Sambut

Sebagai ganti kepada tanggam skaf kedua-dua keeping kayu. Dikerat lurus pada hujungnya dan

disambungkan bersama dua keping logam. Plat kayu juga digunakan di kedua-dua belahnya

dengan bolt dan nat. Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu yang berkenaan.

Kaedah Pembinaan Tanggam

Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji kerat, apit G, gerudi

giarsala, spanar ragum meja.

Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180 mm), bold an nat

Langkah kerja :

1.      Merancang tanda kedudukan lubang bolt dan nat pada plat sambut.

2.      Memotong tepat hujung kayu yang hendak disambung.

3.      Menebuk lubang untuk bolt dan nat pada plat sambut menggunakan gerudi giarsala . semua

kepingan kayu diapit dengan apit G bagi membolehkan kerja menggerudi dilakukan.

Page 42: TANGGAM SKM

4.      Tanggam disiapkan dengan mengetatkan bolt dan nat menggunakan spanar.

5.      Tanggam plat sambut yang telah siap dipasan

]

Bahagian Tanggam

                                                                                       

A = BAHU

      B = JANJANG

   C = PUTING

             D = LUBANG       

Page 44: TANGGAM SKM

Kepentingan Tanggam

               Dalam pembinaan Rumah Melayu Tradisi, kepentingan sistem tanggam sudah tidak

dapat dinafikan lagi kerana tanpa tanggam, bangunan tersebut tidak dapat didirikan. Sistem

tanggam telah memainkan peranan yang penting dimana ia merupakan satu-satunya cara untuk

menyambungkan setiap elemen bangunan untuk membentuk satu komponen bangunan yang

lengkap.Oleh kerana hasil pembuatannya yang telah dirancang dengan baik dan begitu berhati-

hati, komponen bangunan yang telah lengkap dan siap dipasang, boleh dibuka atau ditanggalkan

setiap satu untuk tujuan pengubahsuaian dan boleh dipasang semula setiap satu. Ini adalah

bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat Melayu Tradisi sejak azali. Sistem tanggam juga

telah direka bentuk supaya dapat mengukuhkan keseluruhan kerangka bangunan. 

          'Pemeting' atau nama panggilan lain 'cemat penetap' yang digunakan pada sistem tanggam

adalah bertujuan sebagai 'pengunci sambungan' supaya tidak tanggal. Kadangkala pemeting tidak

perlu digunakan kepada setiap tanggam kerana susunan pemasangan setiap elemen bangunan

atau objek telah disusun dan mengikatkan keseluruhan tanggam pada bangunan tersebut.