tanggam
TRANSCRIPT
TANGGAM KAYU
Apa itu tanggam?
• Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina.
Kategori Tanggam Kayu
• Tanggam Melebar
• Tanggam Siku
• Tanggam Pemidang
• Tanggam Memanjang
TANGGAM MELEBAR
• Untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan yang lebar.
• Digunakan membuat permukaan perabot, dinding, lantai dan sebagainya.
• Penyambungan dilakukan secara tepi ke tepi.
Jenis-jenis Tanggam Melebar:
• Tanggam glu gesel
• Tanggam penetap
• Tanggam lidah dan lurah
• Tanggam tetingkat
Tanggam Glu Gesel• Dibuat dengan menyediakan tepi kedua
keping papan secara lurus dan bersegi tepat dan diglukan.
• Proses dilakukan dengan bantuan apit panjang bagi memastikan lekatan sempurna.
• Juga dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar digunakan untuk membuat permukaan meja, tempat duduk, pintu dan lain-lain.
• Kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki.
Tanggam Penetap
• Menyerupai tanggam temu tetapi bezanya ialah papan-papan kecil dipasang penetap (bukan glu) untuk tambah kekuatan pegangannya.
• Penetap dipasang dengan menggerudi lubang-lubang di tepi papan mengikut jarak ditentukan diglu diapit.
• Panjang penetap berkesan hendaklah tidak kurang daripada 6 kali diameternya supaya dapat dimasukkan ke dalam tepi kedua-dua keping papan.
• Papan yang sesuai tidak kurang daripada 12 mm tebalnya.
Tanggam Lidah dan Lurah
• Lazimnya digunakan dalam pembinaan lantai papan, pelapisan dinding kayu dan panelan.
• Boleh dibuat sama ada dengan alat-alat tangan atau mesin.
• Tiap keping papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain.
• Dipasang dengan diapit dan dipaku serong bagi papan lantai dan pelapisan dinding.
• Bagi kerja perabot, tanggam ini boleh diglukan supaya ia lebih tetap dan teguh.
Tanggam Tetingkat
• Tepi kedua-dua papan dibuatkan tingkat dan dipasang dengan glu dan mengapit.
• Fungsi tingkat ini ialah menambahkan luas permukaan yang diglukan
TANGGAM SIKU
• Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada pada penjuru ataupun pada pertengahannya.
• Contohnya ialah seperti dalam pembinaan kotak, laci dan sebagainya.
Jenis-jenis Tanggam Siku:
• Tanggam Temu• Tanggam Temu Tetingkat• Tanggam Temu Tetingkat Lidah Berparit• Tanggam Rencong Biasa• Tanggam Bajang Tunggal• Tanggam Bajang Biasa• Tanggam Bajang Hujung Litup
Tanggam Temu
• Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi.• Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu
secara bersudut tepat. • Boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan.• Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan
kotak atau peti biasa yang dibuat secara cepat.
Tanggam Temu Tetingkat
• Ia dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup.• Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan
dimasukkan ke dalam tingkat melintang di keping kayu yang kedua.
• Tetingkat ini menambahkan luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukan apabila dipakukan.
• Seperti tanggam temu, tanggam ini juga digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru perabot dan laci yang murah buatannya.
Tanggam Tetingkat Lidah Berparit
• Satu daripada hujung keping kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu yang kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut.
• Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkat, tanggam ini adalah lebih kuat.
• Digunakan untuk membuat kotak, perabot dan laci.
TANGGAM PEMIDANG
• Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang.
• Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi.
• Contohnya ialah pada pintu berpanel,pemidang gambar,meja,kerusi dan lain lain lagi.
Tanggam Lekap• Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung
bahagian keping kayu yang akan dilekapkan.• Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila
dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.• Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu • 1 tanggam lekap siku atau pepenjuru• 2 tanggam lekap penjuru rencong• 3 tanggam lekap T• 4 tanggam lekap bajang T• 5 tanggam lekap palang
Tanggam Lekap Siku atau Pepenjuru
• Ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil .
Tanggam Lekap Siku atau Pepenjuru
½ daripada tebal kayu
Tanggam Lekap Penjuru Rencong
• Ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu.
Tanggam Lekap Penjuru Rencong
Tanggam Lekap T
• Ia digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak secara melintang dihujungnya hujungnya.
Tanggam Lekap T
Tanggam Lekap T (Buntu)
Tanggam Lekap Bajang T
• Ia adalah serupa dengan lekap T tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar.
Tanggam Lekap Bajang T
pin
soket
Tanggam Lekap Bajang T
Tanggam Lekap Palang
• Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang.
TANGGAM KEKANG
• Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan puting.
• Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian,pin dan soket (cabang).
• Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal kayu.
• Ada 3 bentuk tanggam kekang yang digunakan.
Tanggam Kekang T
• Ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya.
Tanggam Kekang Penjuru
• Nama yang lain bagi tanggam ini ialah tangam lubang dan puting terbuka.
• Ia digunakan pada penjuru pemidang.
Tanggam Kekang Penjuru Rencong
• Cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah ataupun sebelah sahaja.
• Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong dikhendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya.
TANGGAM PENETAP
• Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap.
• Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya.
• Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja.
• Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabut yang dihasilkan secara pasangkan sendiri ( knock down furniture )
Tanggam Lubang dan Puting
• Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang.
• Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang tertentu.
• Antara bentuk yang biasa digunakan ialah :
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
• Kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal.
• Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak.
• Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah 1/3 daripada tebal kayu yang berkenaan.
• Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya.• Jika pemidang lintang tersebut terlalu lebar,maka eloklah
dibuat dua puting.• Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting.
Sambung..
• Seberapa boleh,gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang.
• Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembuskan muka pemidang tegak dan puting untuk menguatkannya.
• Akan tetapi,kayu yang dipasakkan itu akan mencacatkan rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat perabut.
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
1/3 tebal kayu
puting
lubang
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
penetap
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
BAJI
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang
• Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pada hujungnya seperti pada kaki meja atau kerusi.
• Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal puting.
• Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.
Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang
janjang
Tanggam Lubang dan Puting Berbahu Tinggi Rendah
• Sebelah bahu puting dikerat panjang sedikit untuk menerima tetingkat
Tanggam Lubang dan Puting Berbahu Sebelah
• Tanggam ini digunakan apabila lintang pemidang lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja biasa.puting ini cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah ½ tebal kayu pemidang lintang.
Lain-lain tanggam lubang dan puting
• Tanggam lubang dan puting sanding
Lain-lain tanggam lubang dan puting
• Tanggam lubang dan puting kembar
TANGGAM MEMANJANG
• Digunakan apabila menyambung dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang
• Kerja ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan
Jenis-jenis Tanggam Memanjang:
• Tanggam Skaf
• Tanggam Plat Sambut
• Tanggam Sambung Jari
• Tanggam Sambung Lekap
Tanggam Skaf
• Banyak diguna untuk memanjangkan kayu tutup tiang,gulung –gulung dan gelegar
• Panjang tanggam skaf biasanya ditebuk 2 hingga 2/1/2 kali ukuran lebarnya.
• Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang – menerima baji lipat dan diperkukuhkan dengan memasang 3 @ 4 bolt bersama nat
Tanggam Plat Sambut
• Sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-dua keping kayu dikerat lurus pada hujungnya
• Disambung bersama 2 keping logam @ plat kayu di kedua – dua belahnya dengan bolt dan nat
• Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu yang berkenaan
Tanggam Sambung Jari
• Biasanya diguna pada kayu bersaiz kecil – kayu yang diproses dengan mesin
• Panjang sambungan ini ialah 2 kali lebar kayu.• Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan
glu.• Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu
susur tangan bagi sesebuah tangga.
Tanggam Sambung Lekap
• Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan di lekapkan sepanjang 2 kali lebar kayu.
• Tanggam ini diguna dalam pembinaan perabot – tidak boleh menerima tegangan yang berlebihan
• Tanggam ini boleh diperkukuhkan dengan bolt dan nat