tan sri azman hashim
DESCRIPTION
A lil bit sharing of presentation of Malaysian entrepreneurship (Tan Sri Azman Hashim) made for Entrepreneurship BPME 1013 course that I'm taking in UUM Sintok..please enjoy yourself..have a cup of tea.. :)TRANSCRIPT
Asas KeusahawananBPME 1013
(Tan Sri Azman Hashim)AmBank Berhad
Apakah yang dikatakan tentang usahawan??
Pengenalan
Pengenalan
Usahawan dan Keusahawanan adalah diantara istilah yang seringkali disebut-
sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi.
Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa
pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru
kepada kita.
Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris
‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis,
‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab.
Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud atau takrifan mengikut bidang
atau kefahaman individu masing-masing.
Terdapat banyak sudut perspektif dalam definisi keusahawanan.
YBhg. Tan Sri Dato’ Azman bin Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala
Lumpur pada bulan Julai 1939.
Beliau mempunyai 13 adik-beradik dan merupakan anak ketiga di dalam
keluarganya.
Bapanya bekerja sebagai juruteknik di Lembaga Letrik Negara ( LLN )
manakala ibunya pula seorang guru.
Beliau bersekolah di Malay Boy’s School, Setapak dan kemudiannya ke
Methodist Boy’s School di Sentul dan menamatkan sijil persekolahan pada
tahun 1954 ketika berusia 15 tahun.
Pada tahun 1955, beliau telah pergi ke Perth, Australia untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang perakaunan. Di Perth, beliau telah berpeluang
bekerja di Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) sehingga tahun
1960.
Apabila pulang ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Bank Negara
Malaysia sehingga Mei 1964. Setelah empat tahun di Bank Negara, beliau
memulakan syarikatnya sendiri dengan nama Azman & Co pada Mei 1964.
Kemudiannya dikenali dengan nama Azman Wong Salleh & Co. (Chartered
Accountants). Beliau meninggalkan syarikat itu pada Mei 1971 dan menyertai
Malayan Banking Berhad sebagai Pengarah Eksekutif (Jun 1971-Dis 1980).
Beliau juga merupakan Pengarah di bank yang sama semenjak tahun 1966.
Beliau kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk menyertai Kwong Yik
Bank Berhad dari Disember 1980 hingga Mac 1982.
Tahun 1982 merupakan tahun yang membawa tuah kepada beliau apabila
berjaya membeli 40 peratus dari Taiping Textiles sebuah syarikat tersenarai
(kemudiannya dinamakan Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB).
Pada tahun1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini
dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain
mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari
negara - negara Arab ke Malaysia.
Selepas pembelian itu, TanSri Azman dilantik sebagai pengerusinya.
Beliau juga merupakan individu melayu kedua terkaya di Malaysia selepas Tan
Sri Syed Al Bukhary.
Ditubuhkan pada Ogos 1975, Kumpulan AmBank adalah kumpulan
perbankan kelima terbesar di Malaysia dari segi aset.
Terdiri daripada AMMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikatnya
Am Investment Bank Berhad, Am Investment Group Berhad, AmBank
(M)Berhad, AmLife Insurance Berhad dan AmG Insurance Berhad
Falsafah Kumpulan AmBank menggabungkan komitmen yang
berakar umbi kepada pelbagai pelanggan yang berpuas hati, dengan
inisiatif yang dipacu oleh pelanggan dalam semua bentuk komunikasi
dan interaksi dengan semua kumpulan pelanggan.
Latar Belakang Perniagaan yang Dijalankan
Latar Belakang Produk atau Perkhidmatan yang Dikeluarkan
Menyediakan pelbagai produk dan perbankan pelaburan, perbankan komersil, pembiayaan runcit dan
perkhidmatan kewangan yang berkaitan, juga termasuk perbankan Islam,pengunderaitan am dan
insurans hayat, saham,saham dan broker niaga hadapan, nasihat pelaburan dan aset, harta dan unit
pengurusan amanah
Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Antaranya adalah Ahli Lembaga
Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia,
Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan
Produktiviti Nasional.
Selain itu beliau juga ada kepentingan didalam South Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad,
Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30%
kepentingan.
Disamping Arab-Malaysia, Tan Sri Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan,
antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd, Perbadanan Pembangunan
Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific
Basin Economic Council Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian-British dan Malaysia
China Business Council, Asean-Japan Business Meeting dan Malaysia Endurance Riding Society.
Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak bertubi dan memaksa Datuk Syed Kechik Syed
Mohamed menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan melunaskan hutangnya, Azman
menyelamatkan keadaan dan mengambilalih firma itu dan menjadi syarikat induknya
Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah, disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau
memohon tempoh seminggu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas
firma tersebut.
Beliau merupakan seorang yang tidak boleh duduk diam, Tan Sri Azman sering mencari sesuatu yang
mencabar dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau menganggapnya sebagai terlalu rutin.
Selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk
membentuk firma perakaunan Azman and Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang
yang amat baru dan tidak ramai yang mengamalnya.
Tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia adalah kelas ke dua
Beliau menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu membuktikan tanggapan itu salah kata beliau.
Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya
dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri
perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank,
iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.
Cabaran yang Dihadapi Dalam Perniagaan
Kejayaan Perniagaan atau Konsep Perniagaan yang
diceburi
Pada Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian
Business sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang paling
kaya di negara ini dengan anggaran asset bernilai RM543.6
juta. Di satu segi, beliau bolehlah dianggap sebagai seorang
yang Berjaya.
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya
ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia
pada tahun 1990
Pada tahun1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus
Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.
Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum
Perniagaan ASEAN
Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun1995 oleh Kelab
Alumni Harvard Business School
Dibawah kepimpinan beliau, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan
metodologi pengukuran produktiviti di peringkat kebangsaan dan subsektor.
Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti
yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan
tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND),
iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang.
Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada
pergerakan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.
Disamping itu, beliau pernah menjadi ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah menjadi
Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno Selangor pada 1970an.
Kesimpulan
Kesimpulannya, usahawan merupakan suatu bidang yang sangat luas. Ada
individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerana melihat
faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan
keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada
juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari
daripada terkongkong dengan kehidupan kerja makan gaji.
Tan Sri Dato’ Azman Hashim. Beliau merupakan seorang yang inginkan
pekerjaan yang mencabar sehinggalah beliau meletak jawatan dalam BNM dan
membentuk firma perakaunannya sendiri iaitu Azman and Co.
TERIMA KASIH! THANK YOU!
XIEXIE! NAMASTE!
DANKE SCHONE!