taman pertanian universiti universiti putra … panduan (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap...

of 20 /20
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 1 drpd 20 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/STE/06 BUKU PANDUAN PENGURUSAN PASTURA DAN MAKANAN TAMBAHAN TERNAKAN

Upload: phammien

Post on 19-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 1 drpd 20

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/STE/06

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PASTURA DAN MAKANAN TAMBAHAN

TERNAKAN

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 2 drpd 20

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan ............................................................................................ 4 2.0 Ciri-ciri Pastura Bermutu .......................................................................... 4 3.0 Jenis Pastura Dan Kekacang......................................................... ........... 5 3.1 Pastura ............................................................................................ 5 3.2 Kekacang ......................................................................................... 6 4.0 Kadar Muatan (stocking rate) .................................................................. 16 4.1 Faktor Menentukan Kadar Muatan ................................................. 16 5.0 Penyediaan Tanah .................................................................................... 8 5.1 Membajak ....................................................................................... 8 5.2 Memecah ........................................................................................ 9 5.3 Memutar ......................................................................................... 8 5.4 Mengapur ........................................................................................ 10 6.0 Pembajaan Kawasan ................................................................................ 20 6.1 Pembajaan Permulaan ..................................................................... 21 6.2 Pembajaan Pengurusan ................................................................... 21 7.0 Penanaman Rumput ................................................................................ 10 7.1 Menanam Menggunakan Biji Benih ................................................ 11 7.2 Menanam Secara Tampang ............................................................ 12 8.0 Menuai/ Memotong Pastura ................................................................... 18 8.1 Pemotongan Pertama ...................................................................... 18 8.2 Pemotongan Seterusnya .................................................................. 18 8.3 Tinggi Pemotongan .......................................................................... 19 9.0 Kaedah Pembekalan Rumput ................................................................... 14 9.1 Potong Angkut ................................................................................ 14 9.2 Ragutan Pusingan............................................................................ 15 9.3 Makanan Tambahan....................................................................... 15 10.0 Kawalan Dan Penjagaan Kawasan Pastura ............................................ 23 10.1 Kawalan Secara Mekanikal ............................................................. 23 10.2 Kawalan Secara Kimia ..................................................................... 23 10.3 Topping ........................................................................................... 24 10.4 Membuang anak pokok............................................... ................... 24 10.5 Penyelenggaraan Infrastruktur.................................... .................. 24 Rujukan.......................................................................................................... 25

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 3 drpd 20

1.0 PENDAHULUAN

Pastura ialah suatu kawasan yang mempunyai tumbuhan-tumbuhan herba hijau sama ada

ditanam atau tumbuh sendiri secara semulajadi yang digunakan sebagai bahan makanan oleh

haiwan ruminan. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang

akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging

atau susu.

Oleh itu rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan

bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti

tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan

menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan.

Pemilihan jenis pastura dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada

1. Jenis ternakan (lembu, kambing atau bebiri)

2. Keadaan topografi dan jenis tanah

3. Kegunaan samada untuk diragut atau dipotong

2.0 CIRI-CIRI PASTURA BERMUTU

1. Hasil dan nilai zat yang tinggi sepanjang masa

2. Mempunyai nilai penghadaman yang baik

3. Tahan lasak seperti tahan ragutan berlebihan dan tahan kemarau

4. Kadar pembesaran yang cepat dan mudah membiak

5. Kadar daun lebih tinggi dari batang

6. Tiada masalah bercampur dengan spesies lain terutamanya kekacang

7. Berekonomik untuk diusahakan

8. Lazat serta digemari haiwan

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 4 drpd 20

3.0 JENIS PASTURA DAN KEKACANG

Contoh Jenis-jenis rumput dan kekacang yang di tanam di kawasan pastura Seksyen Ternakan.

3.1 PASTURA

NAMA BIASA NAMA SAINTIFIK

Rumput Star

Cynodon plectostachyus

Rumput Signal

Brachiaria decumbens dan Brachiaria humidecola

Rumput Kuda / Guinea

Panicum maximum cv.- Colonio cv. Hamil cv. -Typica

Rumput Gajah / Napier

Pennisetum purpureum

Cynodon plectostachyus Brachiaria decumbens

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 5 drpd 20

Panicum maximum Pennisetum purpureum

3.2 KEKACANG

NAMA BIASA NAMA SAINTIFIK

Centro

Centrosema pubscens

Stylo

Stylosanthes guyanensis

Calapo

Calapogonium mucunoides

Petai Belalang /Ipil-ipil

Leucaena leucocephala

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 6 drpd 20

Centrosema pubscens Stylosanthes guyanensis

Calapogonium mucunoides Leucaena leucocephala

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 7 drpd 20

4.0 KADAR MUATAN (STOCKING RATE)

Kadar muatan ialah bilangan ternakan (ekor) yang ditempatkan dalam sesuatu kawasan. Tujuan

utama dalam pengurusan pastura adalah untuk mengawal komposisi tumbuh-tumbuhan dan

perseimbangan spesis dalam kawasan pastura. Dari segi ragutan pula,kadar muatan adalah

faktor penting yang mempengaruhi kestabilan pastura, perseimbangan dalam spesis rumput

atau kekacang.

4.1 FAKTOR MENENTUKAN KADAR MUATAN

1. Jumlah pengeluaran pastura yang ada

2. Perseimbangan dalam spesis rumput atau kekacang

3. Mengawal hakisan tanah

4. Jumlah hujan yang diharapkan

5. Jumlah ternakan dengan keseimbangan sumber pasti

LEMBU RUMPUT/KEKACANG KADAR MUATAN ekor/ha (optima)

Kedah-Kelantan

(K/K)

Guinea

Signal

Guinea/Centro/Stylo/Peuro

6

8

4

Kadar muatan yang diamalkan di Seksyen Ternakan, TPU untuk lembu Kedah-Kelantan ialah 3

ekor/ha.

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 8 drpd 20

5.0 PENYEDIAAN TANAH

1. Membajak

2. Memecah

3. Memutar

5.1 MEMBAJAK

Bertujuan memecah tanah kepada struktur lebih kasar, menterbalikkan tanah dan

mendedahkannya kepada cahaya matahari. Alatan yang digunakan ialah 2 disc atau 3 disc

plough.

Terdapat 2 peringkat pembajakan :

1. membajak kali pertama

2. membajak kali kedua

Jarak masa yang diperlukan diantara dua peringkat tersebut adalah antara 10-14 hari

bergantung kepada keadaan cuaca, tanah dan lain-lain. Ini untuk memberikan cukup masa

untuk melembutkan tanah dan mendapatkan ketulan/leraian (tekstur) tanah yang baik.

Page 9: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 9 drpd 20

5.2 MEMECAH/MENYIKAT

Bertujuan memecahkan ketulan-ketulan tanah yang kasar kepada struktur yang lebih kecil.

Alatan yang selalu digunakan ialah disc harrow. Biasanya ia dilakukan lebih kurang 10-14 hari

selepas selesai pembajakan silang.

5.3 MEMUTAR

Peringkat terakhir dalam proses penyediaan tanah. Proses ini bertujuan mendapatkan tanah

yang lebih halus di permukaan dan memudahkan pertumbuhan akar-akar pokok. Untuk

peringkat ketiga ini, alatan yang digunakan ialah rotovator.

Page 10: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 10 drpd 20

5.4 MENGAPUR

Mengapur dibuat sebaik kerja-kerja penyediaan tanah siap atau dilakukan serentak pada

peringkat memutar tanah, kira-kira 2 minggu sebelum menanan. Boleh menggunakan ‘spinner

broadcaster’ atau hanya menggunakan tangan. Penutup hidung dan mulut serta sarung tangan

hendaklah dipakai untuk mengelakkan gangguan pernafasan dan melecur.

Kadar penaburan kapur bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. Sebanyak/ lebih

kurang 2-3 tan metric kapur/ha atau 1 tan metric/ekar diperlukan atau dijangka dapat

menaikkan nilai pH sebanyak 0.5. Sebarang bentuk pembajaan tidak digalakkan sebelum

kemasaman diperbaiki kerana tanah yang masam akan menggangu penyerapan baja oleh

tumbuhan.

Setiap aktiviti yang dilakukan akan dicatat. Rujuk Log Penyelenggaraan Pastura

(OPR/TPU/BL/STE/06).

Page 11: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 11 drpd 20

6.0 PEMBAJAAN KAWASAN

Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh

tumbuhan kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi

kehendak tumbuhan itu sendiri. Bekalan baja yang mencukupi boleh membantu melancarkan

aktiviti membaja di Ladang 16. Rujuk Log Bekalan Baja (OPR/TPU/BL/STE/07) dan Senarai Jadual

Pembajaan (OPR/TPU/SN/STE/01).

Selain dari itu pembajaan pastura juga bertujuan untuk mendapatkan :

1. Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi

2. Jangkamasa hidup yang panjang

Jenis Baja

1. Baja asli (najis ternakan dan kompos)

2. Baja kimia

Kaedah membaja

1. Membuat campuran baja

2. Tabur menggunakan spinner broadcaster

Page 12: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 12 drpd 20

6.1 PEMBAJAAN PERMULAAN

Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum

menanam atau pada masa menanam. Bertujuan menggalakkan perkembangan akar dan

pertumbuhan permulaan yang sihat dan untuk pembesaran dan perkembangan seterusnya.

Kadar pembajaan untuk baja permulaan :-

1. Campuran baja (NPK 60:30:30)

2. UREA (46% N)

6.2 PEMBAJAAN PENGURUSAN

Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau

beberapa kali. Namun begitu pembajaan setiap selepas pemotongan atau ragutan adalah

disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang

diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Penggunaan baja najis dan sisa-sisa

tumbuhan dilakukan secara semulajadi untuk kawasan padang ragut.

Kadar pembajaan :

Kaedah penanaman N (kg/ha/thn) P205 (kg/ha/thn) K 20 (kg/ha/thn)

Rumput tulen potong angkut 200-300 40-60 100-150

Rumput tulen ragutan 150-200 40-60 50-100

(baja NPK dan UREA)

Rujuk Senarai Jadual Pembajaan (OPR/TPU/SN/STE/01)

Page 13: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 13 drpd 20

7.0 PENANAMAN RUMPUT

Penanaman rumput biasanya dilakukan diawal musim hujan, kerana pertumbuhan rumput

memerlukan kuantiti air yang lebih. Oleh itu, sumber air yang bersesuaian dapat memberikan

hasil yang lebih baik.

Kadar kuantiti biji benih atau jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan

menentukan pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai

yang tidak diingini.

Ada 2 cara menanam :-

1. Mengunakan biji benih

2. Menanam secara tampang/keratan batang

7.1 MENANAM MENGGUNAKAN BIJI BENIH

Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara

menanam. Jika peratus percambahan baik maka penggunaan kuantiti biji benih adalah kurang

dan begitulah sebaliknya.

Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti

biji benih digunakan adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna). Penanaman

menggunakan biji benih untuk kawasan yang luas memerlukan bantuan jentera iaitu spinner

broadcaster.

Page 14: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 14 drpd 20

Biji benih Kadar semaian (kg/ha)

Rumput Kuda/Guinea 2 - 6

Rumput Para 2 - 6

Rumput Brachiaria decumbens 3 - 6

Rumput Brachiaria humidicola 5-7

7.2 MENANAM SECARA TAMPANG/KERATAN BATANG

1. keratan batang

- lebih cepat dan senang

- baja campuran (60:30:30 NPK)

- batang disusun didalam lorong,ditimbuskan dan dipadatkan atau diletakkan dalam

lubang yang digali.

- rumput yang sesuai untuk keratan batang ialah rumput napier.

Page 15: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 15 drpd 20

8.0 MENUAI ATAU MEMOTONG PASTURA

8.1 PEMOTONGAN PERTAMA

Waktu pemotongan/ragutan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan

kesuburan pastura. Pemotongan/ragutan yang terlalu awal akan merosakkan pertumbuhan

rumput kerana sistem akar belum cukup kukuh. Ragutan awal secara terkawal (light grazing)

selalunya digalakkan bagi rumput yang berstolon seperti Brachiaria decumbens dan rumput

Setaria. Pijakan ternakan boleh membantu stolon masuk kedalam tanah dan boleh

menggalakkan pertumbuhan.

Bagi rumput yang berumpun pula seperti guinea, ragutan awal tidak digalakan. Jika ragutan

awal dibuat ternakan akan mencabut keluar rumput bersama-sama dengan akarnya sekali dari

tanah. Biasanya bagi rumput guinea, ternakan mula dibenarkan meragut selepas 3 bulan

ditanam. Pada ketika ini rumput tersebut telah mulai kuat akar-akarnya dan biji benih telah

mula gugur.

8.2 PEMOTONGAN SETERUSNYA

Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebih cepat mencapai takat optima

berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk

menentukan masa pemotongan/ragut. Mengikut kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka

masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura

yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:

Jenis pastura Jangka masa rehat (minggu)

Rumput signal (Brachiaria decumbens) 4-5

Rumput para (Brachiaria mutica) 3-4

Rumput guinea (Panicum maximum) 4-5

Page 16: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 16 drpd 20

Rumput setaria 4-5

Rumput napier 5-6

8.3 TINGGI PEMOTONGAN

Umumnya untuk semua jenis pastura, ketinggian pemotongan dari paras tanah ialah antara 10 -

15 cm dari paras tanah, manakala ketinggian bagi rumput napier ialah 7 cm dari paras tanah.

Tetapi untuk rumput guinea yang ditanam di kawasan ‘cut and carry’ di Ladang 16, rumput

dipotong apabila ketinggian mencapai kira-kira 2 hingga 3 kaki.

Kandungan protein kasar rumput berkurangan mengikut umur tetapi kandungan protein kasar

rumput yang optima boleh didapati untuk rumput pada umur seperti berikut :-

Jenis rumput Umur (hari)

Brachiaria decimbens (rumput signal) 18-21

Rumput para 18-21

Guinea 18-21

Setaria 18-21

Napier 35-42

9.0 KAEDAH PEMBEKALAN RUMPUT

Terdapat 2 kaedah pemberian rumput iaitu :

1. Potong angkut (cut and carry)

2. Ragutan pusingan (rotational grazing)

Page 17: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 17 drpd 20

9.1 POTONG ANGKUT

Rumput ditanam di suatu kawasan yang agak luas. Ternakan tidak akan dibawa ke tempat

penanaman rumput ini sebaliknya rumput-rumput ini yang akan dipotong dan diangkut

menggunakan trailer dan diberikan kepada ternakan.

Rumput dipotong sekitar jam 8 pagi hingga 9 pagi menggunakan jentera forage harvester.

Kemudian, pemandu yang membawa trailer pula akan membawa rumput yang telah dipotong

untuk dihantar kepada ternakan yang memerlukan seperti lembu fidlot, anak lembu tenusu,

rusa dan kambing.

9.2 RAGUTAN PUSINGAN

Kaedah ini merujuk kepada kawasan pastura yang dibahagikan kepada beberapa petak ragutan.

Sekumpulan lembu dimasukkan ke petak mengikut pusingan. Kaedah ragutan pusingan ini

berkesan untuk merehatkan tumbesaran rumput dan memberi masa untuk pertumbuhan

rumput baru.

Page 18: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 18 drpd 20

6.3 MAKANAN TAMBAHAN

Makanan tambahan diberikan sebagai bekalan nutrien tambahan kepada ternakan. Antara

makanan tambahan yang diberikan adalah garam jilat (batu garam), pelet (DCP, goat pellet dan

PKC) dan molasses. Rujuk Log Makanan Tambahan Ternakan (OPR/TPU/BL/STE/12) bagi setiap unit

ternakan.

10.0 KAWALAN DAN PENJAGAAN KAWASAN PASTURA

Kawalan dan penjagaan kawasan pastura juga penting untuk mendapatkan bekalan rumput

berkualiti untuk ternakan. Kawalan dan penjagaan ini termasuklah membaja, meracun dan

topping. Rujuk Jadual Kawalan Rumpai (OPR/TPU/SN/STE/02)

10.1 KAWALAN SECARA MEKANIKAL

Petak 1 Petak 2

Petak 3

Petak 4

Petak 5

Petak 6

Page 19: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 19 drpd 20

Rumput dan anak-anak pokok dicabut menggunakan cangkul atau dipotong menggunakan

traktor (service cutter). Kaedah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi mengikut

kesesuaian keadaan muka bumi. Kerana keadaan yang terlalu cerun atau berbatu menyukarkan

kemasukan traktor, maka kawalan secara manual seperti memotong menggunakan parang atau

cangkul adalah lebih sesuai.

10.2 KAWALAN SECARA KIMIA

Kawalan secara kimia ini selalunya dilakukan dikawasan yang ditumbuhi oleh rumpai yang

terlalu luas. Pengawalan secara kimia iaitu meracun adalah tidak berapa digalakkan kerana

ianya akan menambahkan kos pengeluaran dan mencemarkan alam sekeliling. Tetapi kaedah

ini digunakan untuk mengurangkan masa dan tenaga pekerja, selain rumpai yang merebak itu

adalah banyak.

Meracun akan dilakukan setelah ternakan keluar dari kawasan tersebut. Ternakan boleh dibawa

masuk semula 3-4 minggu selepas kawasan diracun.

Rumpai juga boleh dikawal dengan cara melepaskan ternakan dengan kadar muatan yang tinggi

(high grazing) beberapa hari dan selepas itu kawasan ditabur baja untuk menggalakkan

pertumbuhan.

10.3 TOPPING

Topping adalah memotong bahagian atas rumput iaitu 15cm dari muka bumi. Topping

dilakukan selepas rumput diragut dan sebelum membaja. Alatan yang diperlukan untuk

topping ialah service cutter dengan tujuan :

1. mendapatkan pertumbuhan baru yang sama rata

2. memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti membaja

Page 20: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA … PANDUAN (pdf)/… · menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 20 drpd 20

3. mencantikkan pemandangan kawasan pastura

10.4 MEMBUANG ANAK KAYU

Aktiviti membuang anak kayu ini dilakukan secara manual oleh pekerja. Pembuangan anak kayu

adalah cara merumput yang lebih berkesan dan merendahkan peratusan pertumbuhan baru

anak pokok. Kaedah pembuangan anak kayu secara service cut juga boleh dilakukan tetapi

memakan masa dan tenaga kerja yang lebih. Kerana pembuangan anak kayu menggunakan

service cut memerlukannya dilakukan berterusan dalam selang waktu tertentu agar ianya lebih

berkesan.

10.5 PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR

Penyelenggaraan infrastruktur ini adalah termasuk pagar dan jalan. Laporan mengenai

sebarang kerosakan pagar dan jalan ini akan dilakukan setelah pemantauan berkala dijalankan.

Rujukan

1. file:///F:/panduan-menanam-pastura-dan-fodder.html. Adam Agrofarm: Pengurusan

Pastura

2. http://www.jpvpk.gov.my/html/pasture/GUIDELINE%20FOR%20GROWING%20PASTURE

%20AND%20FODDER.pdf Jabatan Veteriner Perak Darul Ridzuan

3. Nota Pastura. Universiti Putra Malaysia

4. http://agungwah.blogdetik.com/2009/07/08/panduan-menanam-rumput-pastura-dan-

fodder/

5. http://www.facebook.com/note.php?note_id=113772048635117