takwim master

Download TAKWIM MASTER

If you can't read please download the document

Post on 28-Jun-2015

300 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SMK. Khir Johari, Sg. Sumun Takwim 2011

Carta Organisasi

1

SMK. Khir Johari, Sg. Sumun Takwim 2011

SMK. KHIR JOHARI, 36300 SUNGAI SUMUNPERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

2

SMK. Khir Johari, Sg. Sumun Takwim 20111.0. Pakaian Rasmi Perkhidmatan Pendidikan 1.1. Kemas dan bersopan (sila rujuk Pekeliling Bil 6/1985). 1.2. Waktu mesyuarat, perhimpunan dan majlis sekolah adalah tugas rasmi, pakaian mesti ikut pekeliling. 1.3. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/diluar sekolah 1.4. Tanda nama mesti mengikut saiz dan warna yang ditetapkan (Hitam dan putih sahaja) 1.5 Guru-guru diminta memakai pakaian unit beruniform pada hari Rabu dan berpakaian batik pada hari Khamis. Guru-guru juga digalakkan memakai baju Melayu pada hari Jumaat. 2.0. Waktu Rasmi Sekolah 2.1. Sidang Pagi Hari Isnin hingga Khamis : 7.20 pagi 1.30 petang Hari Jumaat : 7.20 pagi 12.10 tengahari 2.2. Tingkatan 6pindaan)

Hari Isnin hingga Khamis:7.20pagi4.00petang**(tertakluk kepada Hari Jumaat : 7.20 pagi 12.10 tengahari

2.3. Sidang Petang

Hari Isnin hingga Khamis: 12.30 6.45 petang Hari Jumaat : 2.10 6.45 petang

3.0. Masa Datang Ke Sekolah 3.1. Semua guru hendaklah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng pertama mengikut sidang masing-masing. 3.2. Guru hendaklah mengimbas punchcard di pejabat semasa sampai ke sekolah dan mengimbas punchcard sekali lagi sebelum balik ke rumah. 3.3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah /PK Petang secepat mungkin melalui telefon supaya jadual ganti dapat disediakan. 4.0. Keluar Waktu Mengajar 4.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang. 4.2. Guru dikehendaki mencatat nama, masa, sebab keluar dalam buku rekod yang terdapat di pejabat sekolah/bilik Penolong Kanan Petang.4.2.1 Guru yang diberi pelepasan keluar pada waktu mengajar perlu menyerahkan slip pelepasan kepada guru jadual ganti waktu awal pagi/awal sesi petang.

4.3. Sebelum meninggalkan sekolah, sekiranya ada kelas pada masa / selepas itu, guru dikehendaki memberikan kerja bertulis kepada pelajar.

5.0. Buku Rekod Mengajar 5.1. Setiap orang guru akan diberi sebuah buku rekod mengajar dan bertanggung jawab terhadap keselamatan buku tersebut. 5.2. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan maklumat-maklumat berikut: (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 dan P.U.(A) 531-Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997. i) Butir Peribadi ii) Jadual Waktu Peribadi dan Kelas iii) Sukatan Pelajaran iv) Rancangan Pelajaran

3

SMK. Khir Johari, Sg. Sumun Takwim 2011v) vi) vii) viii) Senarai Buku Teks dan Rujukan Rancangan Tahunan dan Harian Markah Ujian Bulanan/Peperiksaan Pertengahan Tahun/Akhir Tahun/Percubaan TOV dan Target ditulis dalam ruangan yang disediakan. ** hilang buku rekod mengajar tindakan mengikut pekeliling

5.3. Buku rekod mengajar mesti dibawa ke kelas semasa P&P (Rujuk Pekeliling dalam 5.2.) 5.4. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat/bilik PK Petang pada waktu akhir hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua/PK/PK Petang/Guru Kanan. 6.0. Buku Jadual Kedatangan 6.1. Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku Kedatangan Pelajar. Guru Tingkatan bertanggungajawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 6.2. Guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil dan menanda kedatangan secara kemas dan teratur pada setiap hari dan dikembalikan ke pejabat sebelum waktu ketiga. Tugas ini tidak boleh diberikan kepda pelajar kerana keselamatan buku ini adalah tanggungjawab guru tingkatan. 6.3. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menanda buku kedatangan tersebut. 6.4. Buku jadual kedatangan tidak boleh dibawa balik ke rumah atau ditinggalkan di bilik guru. Buku ini hendaklah sentiasa disimpan di pejabat. 6.5. Guru Tingkatan perlu mendapatkan bukti jika murid tidak hadir ke sekolah seperti surat ibubapa/penjaga atau sijil cuti sakit. 6.6. Guru Tingkatan dikehendaki menghantar surat kepda ibu bapa/penjaga jika didapati seseorang murid tidak hadir lebih 3 hari berturut-turut. 6.7. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penyelaras Tingkatan. ***6.8. Rujuk m.s 8 untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. 6.9. Guru Tingkatan bertanggungjawab menulis maklumat nombor pendaftaran dalam buku jadual kedatangan murid dan semua maklumat lain di muka surat 4 hingga 9 dan muka surat 34 hingga 37. 7.0. Mesyuarat/Taklimat Guru 7.1. Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat/taklimat yang diberikan oleh Pengetua/P.Kanan/PK Petang dari semasa ke semasa. 7.2. Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, guru berkenaan hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Pengetua sekurangkurangnya ehari sebelum mesyuarat 7.3. Guru-guru juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dkendalikan oleh KetuaKetua Panitia/Setiausaha sukan dan sebagainya. 8.0. Jadual Waktu 8.1. Guru Tingkatan hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu kelas dipamerkan di

4

SMK. Khir Johari, Sg. Sumun Takwim 2011dalam kelas sendiri. Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya. Guru-guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas/tempat mengajar jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua.

8.2. 8.3. mengikut

9.0. Jadual Ganti 9.1. Guru-guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan. 9.2. Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu guru mesti berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti dan membuat pengisian yang sewajarnya. 9.3. Semua guru hendaklah menyemak Jadual Waktu Ganti di kaunter pejabat setiap kali selepas mengimbas punchcard dan mengambil slip Jadual Waktu Ganti sebelum 8.10 pagi (sesi pagi) dan 1.15 tengahari (sesi petang). 9.4 Kebenaran keluar perlu diperolehi daripada Pengetua/PK 1. Dapatkan slip kebenaran keluar dan maklumkan kepada guru kanan untuk jadual ganti. 9.5 Untuk memudahkan pengurusan jadual ganti, Fail Rekod Guru Ganti akan diwujudkan. 10.0. Surat Arahan Pekeliling 10.1.Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 10.2.Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 10.3.Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 10.4.Sekiranya guru ingkar arahan Pengetua tanpa alasan yang munasabah, guru boleh dikenakan tindakan tatatertib. 11.1. Fail Sekolah 11.1. Apabila guru-guru menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera mengikut arahan dan masa yang ditetapkan. 11.2. Sila tandatangan Buku Edaran Fail semasa menerima fail. Sila pulangkan fail dengan segera setelah diambil tindakan. 12.0. Melaksanakan Arahan/Tugas 12.1. Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, misalnya mewakili sekolah untuk membawa pelajar bermain atau menghadiri mesyuarat atau diminta mengarahkan pelajar melakukan sesuatu, maka tugas itu hendaklah dilakukan sendiri dan tidak boleh memberikan tugas/mengarahkan guru lain tanpa kebenaran Pengetua. 12.2. Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikan, kebenaran daripada Pengetua perlu diperolehi terlebih dahulu. 12.3. Sesuatu tugas yang menjadi tanggungjawab guru sepatutnya dilakukan oleh guru sendiri, tidak boleh serahkan kepada pelajar, misalnya memegang/menyimpan kunci sekolah.

5

SMK. Khir Johari, Sg. Sumun Takwim 2011

13.0. Penggunan Alat/Harta Benda Sekolah 13.1. Guru-guru mesti bertanggungjawab menjaga alat/harta benda sekolah yang digunakan mengikut peraturan tertentu. 13.2. Barang-barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan setelah menggunakannya. 13.3. Sebarang kerosakan/kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera.

14.0. Keselamatan Pelajar 14.1. Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, makmal. Bilik ERT, bengkel, di padang adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah berhati-hati dan mengawal rapi gerak-geri pelajar supaya tidak berlaku kecederaan atau kemalangan. 14.2. P&P PJ PK tidak boleh dijalankan di padang sama ada semasa hujan atau waktu guruh dan kilat walau pun tiada hujan. 14.3. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas. 14.4. Maklumkan kepada Pengetua/ PK Petang jika berlaku kemalangan kepada guru atau murid. 14.5. Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mengadakan langkah-langkah keselamatan bagi bahagian-bahagian masing-masing. 15.0. Penggunaan Telefon/ Faks Sekolah/Komputer Sekolah dan Alatan Sekolah 15.1. Telefon/faks sekolah hanya digunakan untuk urusan pentadbiran sekolah sahaja. 15.2. Kebenaran Pengetua hendaklah diperolehi untuk penggunaan peribadi dan panggilan hendaklah dibuat melalui operator dan bayaran yang sewajarnya akan dikenakan. 16.0. Bilik Guru 16.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 16.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagi non-teaching period da