taklimat integriti pejabat perikanan daerah kerian · dibekalkan oleh pusat penetasan udang galah,...

4
Jabatan Perikanan Negeri Perak Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30624 Ipoh, Perak Darul Ridzuan 05-2554061/62 | 05-2542148 | [email protected] | http://www.dof.gov.my | perikananperak f

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAKLIMAT INTEGRITI PEJABAT PERIKANAN DAERAH KERIAN · dibekalkan oleh Pusat Penetasan Udang Galah, Kampung Acheh Sitiawan Perak pada 24 Feb 2017. Adun Alor Pongsu Dato’Sham Bin

Jabatan Perikanan Negeri Perak

Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30624 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

05-2554061/62 | 05-2542148 | [email protected] | http://www.dof.gov.my | perikananperak f

Page 2: TAKLIMAT INTEGRITI PEJABAT PERIKANAN DAERAH KERIAN · dibekalkan oleh Pusat Penetasan Udang Galah, Kampung Acheh Sitiawan Perak pada 24 Feb 2017. Adun Alor Pongsu Dato’Sham Bin

TAKLIMAT INTEGRITI PEJABAT PERIKANAN DAERAH KERIAN

KERIAN - Untuk memantapkan dan meninggikan nilai tatalaku serta displin di kalangan kakitangan Kompleks Perikanan Kerian, Program Taklimat Integriti diadakan pada hari Isnin bertarikh 6/2/2017 di Bilik Kurau. Pada Program tersebut Puan Lili Fauziah Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Pejabat Perikanan Negeri Perak telah memberi taklimat yang me-nyentuh kehadiran ke Pejabat bagi Kakitangan, cuti dan persaraan kakitangan. Tujuan utama program adalah untuk menjamin mutu kerja yang berkualiti dan meningatkan kecekapan perkhidmatan kepada kumpulan sasar. Harapan Ket-ua Daerah Kerian Encik Hamidon Bin Ahmad agar semua kakitangan berkerjasama dan berusaha meningkat intergiti diri sebagai penjawat awam. Sebagai penjawat awam program ini memberi kesedaran untuk menjalan tugas yang lebih berkualiti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam menjalankan tugas. Program bermula pada pukul 09.00 pagi dan tamat pukul 12.00 t/hari.

UDANG GALAH SUMBER PENDAPATAN UTAMA NELAYAN NIBUNG HANGUS

Bagi memastikan dan memuliharakan sumber – sumber perikanan dan meningkatkan sosioekonomi nelayan program pelepasan benih ikan dan udang ke perairan umum dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan secara berkala di sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, Program kesedaran telah dijalankan dengan Pelepasan Benih Udang Galah sejumlah 50,000 ekor yang dibekalkan oleh Pusat Penetasan Udang Galah, Kampung Acheh Sitiawan Perak pada 24 Feb 2017. Adun Alor Pongsu Dato’Sham Bin Mat Sahat telah dijemput untuk melepasan benih udang tersebut di Sungai Kurau, Pangkalan Nibung Hangus. Turut hadir pada majlis tersebut terdiri dari Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Serai, Puan Zarina Bt Abdol Majid,Wakil Pengarah Perikanan Perak,Encik Mohd Azhari Bin Ali Bashah.Ketua Daerah Perikanan Kerian Encik Hamidoh Bin Ahmad dan Ketua Bahagian Perlindungan Sumber,Pangkalan Kecil Kuala Kurau Encik Razali Bin Mat Akil. Majlis tamat pada pukul 12.00 t/

hari.

Page 3: TAKLIMAT INTEGRITI PEJABAT PERIKANAN DAERAH KERIAN · dibekalkan oleh Pusat Penetasan Udang Galah, Kampung Acheh Sitiawan Perak pada 24 Feb 2017. Adun Alor Pongsu Dato’Sham Bin

KEMPEN PERANGI DADAH HABIS HABISAN

Antidadah Kebangsaan Kerian telah melancarkan Kempen Perangai Dadah Habis- Habisan di Mukim Kuala Kurau Daerah Kerian. Pendekatan dan strategi terhadap taklimat kepada jabatan-jabatan merupakan perancangan yang sempurna bagi melaksana pro-gram terhadap kakitangan dan kumpulan sasaran jabatan tersebut. Pada 27/2/2017 di Bilik Kurau, Kompleks Perikanan Daerah Kerian, Kuala Kurau, Perak telah diadakan Taklimat Kempen Perangi Dadah Habis – Habisan. Taklimat telah disam-paikan oleh En Abdul Rahim Bin Muhammad Salleh (Ketua Daerah AADK Perak) dan Encik Basri Bin Nordin (Penolong Pegawai AADK Perak) yang dihadiri seramai 20 orang kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Kerian. Taklimat menyentuh tentang jenis dadah , cara pengguna dan dadah yang selalu diguna di samping mengenali perwatakan seorang penagih dadah. AADK berharap mendapat kerjasama dari Bahagian Perlindungan Sum-ber, Pangkalan Kecil Kuala Kurau dalam melaksanakan Operasi Bersepadu untuk mengesan nelayan, pengusahaan pengusahaan pemulihan.

LAWATAN PESERTA KURSUS ASAS AKUAKULTUR

KUALA KANGSAR - Bagi memberi pendedahan kepada 30 peserta Kursus Asas Akuakultur Ikan Hiasan Siri 1/2017 (21-23 Februari 2017), satu program lawatan ke kolam ikan Kelisa milik En. Samsul Kamal Bin Ramli telah dibuat pada 22 Fabruari 2017, yang diketuai oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin Mohd Ali, Ketua Cawangan bahagian Akuakultur Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia. Walaupun pemilik kolam orang kurang upaya (OKU), beliau mengusahakan 52 buah ko-lam ikan kelisa dalam tanah seluas 0.6 HA. Selain mendapat maklumat berkenaan ternakan iakn Kelias, peserta kursus juga mendapat maklumat berkenaan ternakan chengkerik yang diusahakan En. Samsul Kamal.

Page 4: TAKLIMAT INTEGRITI PEJABAT PERIKANAN DAERAH KERIAN · dibekalkan oleh Pusat Penetasan Udang Galah, Kampung Acheh Sitiawan Perak pada 24 Feb 2017. Adun Alor Pongsu Dato’Sham Bin

PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN/UDANG KE PERAIRAN UMUM

Kuala Woh, Tapah - Pada 6 Febuari 2017, pelepasan benih ikan lam-pam ke perairan umum telah dijalankan di Sungai Batang Padang. Sebanyak 50,000 ribu ekor benih anak ikan lampam dilepaskan agar dapat memulihara spesis ikan air tawar di sungai Batang Padang. Disamping itu juga, nelayan tempatan tidak putus bekalan ikan untuk menangkap ikan air tawar di sepanjang sungai Batang Padang. Sema-sa pelepasan perairan umum ini, ketua kampung dan penduduk setem-pat telah bersama-sama menjayakan program pelepasan benih ikan ke sungai Batang Padang.

Taiping - Latihan ’Hand On’ Pengurusan Rekod Kerajaan Untuk Pegawai Rekod Jabatan Perikanan pada 27-28/2 di Hotel Perdana,Taiping, seramai 28 orang kakitangan Jabatan Perikanan telah menyertainya. Pada program itu,,Pengarah Jabatan Arkib Negara,Kuala Lumpur telah dijemput menyampaikan taklimat berhubung latihan mengu-ruskan dan pelupusan rekod jabatan.

Ijok,Selama – Program Pemindahan Teknologi Ternakan Ikan Airtawar Dalam Kolam telah diadakan di SK.Sultan

Idris II ,Felda Ijok,Selama. Program yang dijalankan secara ‘In Situ’ itu telah dijalankan oleh Pejabat Perikanan Dae-

rah Larut Matang & Selama dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah tersebut.Seramai 50 orang peserta terma-

suk pelajar pendidikan khas sekolah-sekolah sekitar Mukim Ijok telah menyertainya.

Kubu Gajah – Program JOM MASUK KAMPONG peringkat DUN Kubu Gajah telah diadakan di Bagan Baru,Ijok. Pro-

gram dua hari tersebut telah diresmikan oleh YB. Tuan Hasbullah b. Elias,Ahli Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah.

Turut sama hadir pada program tersebut ialah Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama ,Orang Besar Jajahan

(OBJ) serta wakil jabatan kerajaan

Diterbitkan Oleh Bahagian Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi, Jabatan Perikanan Negeri Perak